SITI.YANG.MENAIP

WHILE IN TERENGGANU | JALAN-JALAN TERENGGANU | TOMYAM IKAN KUALA BERANG


The very first day I was in Kuala Berang, the locals suggested me to try their infamous Tomyam Ikan. Apparently all kedai in Kuala Berang have this in their menu. Tak pernah tahu ikan dimasak tomyam weird but we gave it a try. Just to note that I am not an avid fan of tomyam be it yang merah atau putih and definitely tak suka ikan masak rebus or air air except Sup Ikan Merah. Sorry tekak memilih. But surprisingly rasanya sedap just nice or maybe because it has a little taste of Sup Ikan than I could eat. I won't suggest if the menu is not tasty. If you happen to be in Kuala Berang, jangan lupa untuk cuba !!

Opps.. Picky eater at its best.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

WHILE IN TERENGGANU | JALAN-JALAN TERENGGANU


Just for the record - My first ever flight to Pantai Timur Kuala Terengganu. The view is stunning ooh my beautiful Malaysia.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

SO MUCH LOVE TOWARDS KOREAN FOOD I CANNOT RESIST


Tak akan mampu nak tolak kalau ada orang ajak makan Korean cuisine. Sesiapa nak ajak pergi food hunt jangan segan. My pleasure.. Haaaih sedapnya !! Bukan lupa daratan asal usul keturunan Melayu cuma dah suka makan jadi tak salah pun. My friend and I had these dishes from Dubuyo few months ago lepas tengok Avengers. My second time makan di Dubuyo. All time fave adalah spicy rice cake (topokki) with cheese. Sedap but I prefer topokki di Soopong atau Eid Restaurant. Selain itu kami ordered beef bulgogi, honey mustard fried chicken (tak boleh lawan Kyochon) and kimchi jigae. Other than that, I have tried Soopong dan B.Bap. Semua pun sedap dan ada kelebihan tersendiri. Sekarang ada banyak option mana-mana pun ada kedai makanan Korea. Korang macam mana ? Suka makan Korean cuisine tak ? Any suggestion nak bagi nak cuba makanan Korea yang sedap dimana ? Aku nak pergi cuba. Yumms..

'all we need is love but a little food now and then doesn't hurt'

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
'Any obsession is dangerous but without it.. life is nothing..'


The perks of being a May baby and The Body Shop ada sale. Siapa suka 'The Body Shop' ? High fiveee !! Kita geng !! Selalunya aku jadi macam ni thrice a year : The Body Shop Mega Sale.. May and YES !! But dah terlepas mega sale jadi kita top up masa birthday month. Jadi diatas adalah apa yang berjaya diborong dengan birthday discount. Banyak borong shower gel dan shampoo. Miniatures sekali senang nak bawa berjalan. Skincare banyak lagi jadi tak perlu. Hanya beli ketika ada sale sahaja. Cukup bekalan untuk setengah tahun trust me. Dah habis tunggu sale top up balik. Started to use these babies since secondary and MamiZ pun a true fan juga. Obviously ada juga pakai products lain tapi ended up akan toleh pandang The Body Shop semula. Inilah umpama first love. Susah nak lupa.

I am obsessed and nothing can be done. Sorry not sorry. 

BERBUKA PUASA DI THE MANHATTAN FISH MARKET ALAMANDA PUTRAJAYA

Each Ramadhan mesti timbul soal nak berbuka puasa dengan kawan-kawan. Sampai ada yang buat troll ajakan hanya tinggal ajakan semata-mata sampailah Aidilfitri menjelma. Hihihi.. Tapi syukur dengan kawan-kawan Geng Bulat tak pernah lagi mengecewakan. Kalau ada peluang memang laju kami berkumpul walaupun kadang-kadang tak cukup ahli jemaah. Alhamdulillah tahun ini sekali lagi kami berjaya berbuka puasa bersama. Kawan-kawan rapat jauh dimata dekat dihati. Selalu pun insyallah setiap kali Ramadhan akan diusahakan supaya dapat berjumpa juga sama ada diawal ditengah atau diakhir Ramadhan. This time diawal Ramadhan lagi cepat-cepat kami atur perjumpaan kebetulan aku di Bangi, dapatlah melepak cuma Ciken tak dapat datang. Sambil berbuka puasa kita buat video call. We were in torn juga awalnya nak pergi IOI City Mall atau Alamanda, ended up sepakat untuk ke The Manhattan Fish Market Alamanda. Dalam kepala terbayang IOI City Mall yang penuh manusia. Pilih Alamanda sebab dekat sikit dengan Bangi kekangan aku tak dapat nak pergi jauh. Thanks kawan-kawan sanggup datang ke Alamanda walaupun seharian penat bekerja.




Order makanan through phone call saja mudah. Sampai restaurant makanan terus dihidangkan tak perlu tunggu lama. Lega tau pilih nak pergi Alamanda sebab lengang dan aman. Disebabkan selera kami masing-masing most of the time tak sama, kami order few dishes. Kami order Platter Fried Giant dan Platter Grilled Gala bersama sepinggan Scallop Americano dan nasi. Air pula bottomless jadi ambil dua cawan saja. Aku suka Platter Fried Giant dari Platter Grilled Gala tapi sos mussels tu sedap yang amat. Menu-menu ini cukup untuk empat orang makan dengan jayanya. Punya bersembang lepas solat sambung sembang lagi tak ingat nak balik. Dah sesekali jumpa memang macam-macam cerita keluar dari zaman jahiliyah bersama dulu. Tak sama feeling membawang face to face dari membawang dalam group Whatsapp. Apa-apa pun thanks for the time spent girls and thanks Baby belanja kami makan. Murah rezeki selalu.

Happy 10th Year Friendiversary.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.