SITI.YANG.MENAIP

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA

Entri sebelumnya diSINI.
21 March 2017 [Selasa]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | KATOOMBA - SCENIC WORLD BLUE MOUNTAINS AUSTRALIA. Trip ke Blue Mountains tak akan lengkap kalau tak singgah ke the Scenic World Blue Mountains Australia. Inilah antara main purpose kenapa orang ramai nak sangat ke Blue Mountains. Scenic World Blue Mountains Australia menawarkan pengalaman meneroka kawasan Blue Mountains dari pelbagai sudut yang menarik dan mencabar. Orang-orang yang mudah gayat mesti rasa terdera sikit perasaan. Aku bukanlah orang yang berani sangat tapi dah alang-alang sampai haruslah cuba. Tak sabar rasanya nak naik Skyway, Cableway dan Railway di the Scenic World Blue Mountains Australia. Dari Echo Point kami naik bus terus dibawa ke satu terminal Skyway untuk menyeberangi gunung-ganang. Tak ada kaunter penjualan tiket. Kita kena naik dulu Skyway bila dah seberang baru beli tiket. Wajib !! Tak boleh lari patah balik. Nak tak nak memang kena beli. Jadi fikir habis-habisan dulu sama ada korang memang nak mencuba semua rides di the Scenic World Blue Mountains Australia atau tidak sebab bayaran harga tiket agak mahal.

SKYWAY RAILWAY DAN CABLEWAY DI THE SCENIC WORLD BLUE MOUNTAINS

Boleh juga tunggu naik bus untuk turun di entrance sebenar tapi disebabkan kami dah turun di terminal Skyway jadi tabahlah menanti Skyway datang ambil. Kiranya kalau nak exit dari kawasan the Scenic World Blue Mountains boleh juga naik Skyway akhir sekali dan tunggu bus datang ambil. Mana-mana pun boleh pilihan ditangan sendiri. Bersama kami ada beberapa lagi passengers turut sama menunggu. Sambil tu bolehlah pusing-pusing kawasan sekitar untuk jenguk papan tanda dan baca serba sedikit tentang sejarah the Scenic World Blue Mountains Australia. Ditayang juga harga entrance jadi boleh congak kira siap-siap sebab bila sampai seberang terus kena bayar tiket.

Harga tiket untuk ke the Scenic World Blue Mountains Australia. Adult / dewasa dikenakan bayaran sebanyak 39AUD (RM131.82 approx).

Muka excited campur cuak at the same time.

See through glass floor. Tak nampak apa sebab kabus tebal.

Katoomba Falls. Subhanallah cantiknya.

Skyway adalah ride pertama yang kami naik. Dari Echo Point boleh nampak Skyway ulang-alik pergi balik ambil dan hantar passengers. Setinggi 270 meter dari aras laut, perjalanan sepanjang 720 meter melintasi banjaran gunung-ganang Blue Mountains, Katoomba Falls, The Three Sisters dan juga Jamison Valley menawarkan view yang sangat menarik dan cantik. Masih tebal kabus menghalang sikit pandangan tapi syukur masih jelas cantiknya Blue Mountains. Skyway akan berhenti seketika ditengah-tengah perjalanan memberi ruang kepada tour guide untuk memberi penerangan. Disebabkan gerabak Skyway adalah besar dan boleh memuatkan ramai orang, tak rasa gerun dan menakutkan. Tak juga terhayun kekiri dan kekanan walaupun boleh dengar bunyi angin yang bertiup. Lulus ujian pertama. Dalam banyak-banyak rides di the Scenic World Blue Mountains, kami paling teruja nak naik Scenic Railway. Bila tengok promo videos nampak seronok sangat dan haruslah excited nak cuba. Kami teruslah cari jalan ke Scenic Railway. Panjang beratur ramai orang nak naik sebab ini paling seronok. Bayangkan perjalanan sepanjang 310 meter menjunam ke bawah setinggi 52 darjah dan boleh adjust kedudukan kerusi sama ada nak makin menjunam atau mendongak sikit. Hari hujan kami redah juga tak peduli. Kalau dilayan memang tak jadi apa-apa. Rasa macam seram nak naik roller coaster tapi tak adalah menakutkan sangat. Seronok !!

Gerabak Scenic Railway.



Setiap kali nak gerak akan ada suara Superman. Rasanyalah suara Superman tak ingat pula. Acah-acah get ready nak terbang gitu.. Aku banyak ambil video dari gambar kononnya nak kongsikan footage tapi tengoklah kalau rajin. Inilah ride yang paling seronok dan naiklah banyak kali sampai muntah janji tabah tunggu turn beratur panjang. Memang ada sekelompok budak-budak sekolah yang ulang naik dua tiga kali. Ikutkan hati kakak yang jiwa konon muda ni nak juga ulang lagi. Tak puas sebenarnya tapi sebab hujan makin lebat kami naik satu round saja. Bila kita patah balik, kita akan mengadap ke hadapan tapi gerak ke belakang. Kami singgah souvenirs shop cari apa patut. Harga memang standard barangan exclusive jangan compare dengan harga di Paddy's Market. Souvenirs di the Scenic World Blue Mountains lebih detailed dan cantik. Syukur dah beli fridge magnet The Three Sisters di Echo Point sebab tak nampak langsung di the Scenic World Blue Mountains. Banyak fridge magnets berbentuk gambar. Cantik juga tapi kurang berkenan. Nak beli totes pun mampu berangan. Ended up kami beli beberapa keping nougat buat alas perut. Lastly kami naik Scenic Cableway pula. Hujan renyai-renyai tapi Amy dan Nurul takut nak naik. Aku heret juga tak kira dah sampai kena naik. Masing-masing cari excuse tak nak naik tidak dilayan. 

Dua orang dibelakang tengah cari cara nak escape.


The Three Sisters di kejauhan.



Tak menakutkan pun sebab gerabaknya besar boleh memuatkan hampir 80 orang. Tapi sebab tak ramai orang rasa sangat lapang dan bebas nak bergerak. Rasanya ramai yang tengah beratur nak ulang alik naik Scenic Railway. Sampai terminal kami tak turun sebab nak patah balik ke atas. Kalau nak turun boleh juga jalan-jalan di Walkway sepanjang 2.4 kilometer di the Jurassic rainforest. Tak apalah kami tak berminat. Perjalanan sepanjang 510 meter membolehkan kita cuci mata tengok kecantikkan sekitar Jamison Valley. Semua rides dah naik perut pun mula berbunyi. Nak cari makanan halal tapi sayangnya..

MAKANAN HALAL DI THE SCENIC WORLD BLUE MOUNTAINS DAN KATOOMBA

Ada dua tiga restaurants yang disenaraikan dalam official website tapi bukan rezeki kami semuanya tutup. Hanya ada kedai menjual snack nugget dan sausage where obviously tak boleh dimakan. Kami hanya beli air lepas penat. Nasib tak menyebelahi kami bila kedai kebab halal di Katoomba juga tutup. Masuk Subway tanya ada atau tak menu halal tapi pekerja pun tak yakin. Bagus jugalah jujur jadi kami tak beli apa-apa. Kesian kawan-kawan tapi apakan daya, kedai tutup. Sebelum balik kami singgah di BigW Katoomba. Alang-alang ada masa sikit lagi before balik ke Sydney kita shopping sekejap. Beli jacket dan beberapa helai baju yang dijual murah serta pinggan mangkuk Corelle. Kalau tak ada idea sangat nak beli Corelle dimana, silalah cari BigW. Pilihan tak adalah banyak sangat tapi bolehlah buat nak tambah koleksi. Aku beli casserole Pyrex dan beberapa biji mangkuk Corelle untuk MamiZ dan makcik di Bangi. Sebiji mangkuk nasi Corelle aku beli berharga 8.9AUD (RM30.08 approx). Jadilah buat souvenirs. Jenuh usung bawa balik ke Sydney tabahlah bunyi pinggan mangkuk dalam train. Bukan tak ada BigW di Sydney saja gatal beli di Katoomba.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA

Entri sebelumnya diSINI.
21 March 2017 [Selasa]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | KATOOMBA - ECHO POINT LOOKOUT DI BLUE MOUNTAINS DAN THREE SISTERS. Semangat nak habiskan cerita jalan-jalan ke Sydney New South Wales. Simpan lama-lama nanti input makin terlupa. Hari kelima diteruskan ke Blue Mountains di Katoomba. Ada banyak lookout points di Blue Mountains jadi pilihlah yang mana paling sesuai dengan jiwa. Paling famous adalah Echo Point dan nak access pun senang. Selain daripada Echo Point, another location yang wajib terjah adalah Scenic World Blue Mountain. Untuk merancang perjalanan ke Katoomba, cuaca sangatlah penting. Disebabkan hari-hari kami di Sydney asyik hujan risau juga takut lebat obviously acara tergendala. Cara terbaik adalah semak weather forecast untuk hari seterusnya sehari sebelum. Terpulanglah ikut cara masing-masing nak tentukan macam mana. Then baru kami decide nak kemana. Itinerary yang kami disediakan boleh tukar-tukar ikut kesesuaian hari. Kami pilih hari yang paling kurang purata taburan hujan untuk ke Katoomba. Tapi kawan-kawan.. ini semua perancangan manusia. Ended up ketentuan tuhan juga yang utama. Walaupun sepanjang hari diramalkan cerah matahari keluar cantik hujan juga akhirnya cuma tak lebat. Sendu juga bila kabus tebal permandangan terhad.

DARI CENTRAL SYDNEY STATION KE KATOOMBA STATION

Mode pengangkutan paling senang ke Katoomba Station adalah menaiki train. Aku rasa naik bus pun boleh tapi tak study pula route dengan bus macam mana. Perjalanan selama dua jam setengah dihiasi permandangan hutan-hutan yang cantik. Teringat cerita Twilight especially kawasan rumah The Cullens. Kalau ke Kiama cuci mata tengok laut tapi ke Katoomba memang lalu celah pokok-pokok dan gunung-gunung. Ada juga lalu sebelah batu-batu besar. Menarik tapi lama-lama pengsan juga mengantuk. Dua jam lebih memang boleh qada tidur kepenatan lenguh. Jangan terlajak sudahlah. Lain pula ceritanya nanti. Pastikan kad Opal sentiasa ada baki. Top up siap-siap di Sydney Central Station sebab kadang-kadang di outskirt susah nak top up. Sampai di Station Katoomba langit mendung sikit. Tawakal sajalah semoga cuaca baik tak banyak ragam. Keluar dari Katoomba Station terus cari The Carrington Hotel. Depan hotel adalah bus stand yang akan bawa penumpang terus ke Echo World. Silalah naik bus No.686. Tak susah nak cari The Carrington Hotel sebab memang keluar dari station ada signboard terus menghala hotel. Lagipun ramai orang akan menuju ke bus stand yang sama jadi ikut sajalah. Ada juga beberapa options untuk enjoy Katoomba to the fullest. Kalau naik bus biasa kenalah turun tap on and tap off. Kalau ada budget lebih nak selesa boleh beli packages yang dijual sebaik saja keluar dari Katoomba Station. Ada booth or small shop yang jual ticket tour buses. Pilih mana yang sesuai dengan jiwa. Paling famous rasanya adalah Trolley Bus dan Blue Mountains Explorer Bus. Trolley Bus cover twenty nine places around Katoomba dengan hanya 30AUD/pax. Banyak tempat-tempat yang Trolley Bus cover. Menarik semuanya. Boleh semak offiial website dan buat pilihan. Bus pun comel warna merah klasik sangat.



Trolley Bus yang comel.

Jadual perjalanan bus No.686 di hadapan The Carrington Hotel.

Blue Mountain Explorer Bus. Concept hop on hop off.

ECHO POINT BLUE MOUNTAINS

Hanya lima belas minit perjalanan dengan bus untuk sampai ke Echo Point. Cuaca mendung dan kabus tebal. Tak nampak langsung permandangan. Three Sisters langsung kelam. Orang sangat ramai penuh dengan pelancong-pelancong dari China. Bising yang amat kalut sungguh macam tempat dia pula sampai semak dada rasa. Aku tengok muka pelancong-pelancong lain pun tak selesa tapi semua redha. Hampir give up sebab dah lama tunggu kabus pergi tapi syukur tak patah semangat. Pelan-pelan kami mula nampak permandangan dan terus laju meluru ke lookout point untuk tengok Three Sisters yang famous. Three Sisters diberi nama kepada rock formation yang terhasil daripada hakisan tanah long long time ago. Ada tiga ketul batu jadi terus dapat nama Three Sisters - Meehni, Wimlah dan Gunnedoo. Nak tunggu turn ambil gambar pun satu hal. Memang penuh bangsa China dah conquer Queen Elizabeth Lookout. Kot iyaaa pun tiga empat keping sudahlah. Ini gambar solo, suami isteri, suami saja, panggil anak lelaki pula, emak dan anak, ayah dan anak lepas tu sepupu sepapat bila nak habis. Memang Echo Point tu dibina untuk korang. Aku dah jeling dah tak puas hati. Kami sampai dulu kot buat tak tahu saja menonong potong que. Sekali dapat menyelit aku terus kedepan. Dibuatnya tak peduli sambung lagi bergambar. Memang sakai sungguh.. Aku suruh tepi sikit tak berganjak tak faham sengaja buat tak faham tak tahulah. Akhirnya aku tolak tangan baru nak gerak. Itupun anak lelaki dia tarik. Biarlah dia maki bukan aku faham. Gila.. Hari dahlah kabus tebal ramai lagi orang nak bergambar. Nanti kabus datang balik kesianlah orang lain. Tanah sekitar Blue Mountains dikatakan sejenis yang lembut sebenarnya. Senang terhakis dan terbentuk hanya dengan tiupan angin, sungai dan air hujan. Seram pula baca explanation. Diramalkan juga one day Blue Mountains mungkin hanya tinggal nama untuk disebut-sebut. Bakal terhakis sepenuhnya. Tak tahulaaah sejauh mana kebenaran tapi yang aku baca dan faham begitulah. 


Kabus tebal menghalang pandangan.



Yeay.. kabus mula pergi. Akhirnya nampak juga view yang cantik ini.

THREE SISTERS DAN LAGENDA ABORIGINAL

Dibawah kawasan bukit actually ada Kedumba River tapi tak nampak langsung dari atas. Mungkin boleh nampak dengan jelas dari lookout point yang lain. Ada history sebenarnya sejarah tiga adik beradik batu Three Sisters. Meehni, Wimlah dan Gunnedoo adalah anak-anak perempuan puak Katoomba yang tinggal sekitar Jamison Valley. Jatuh cinta dengan tiga anak-anak lelaki dari puak jiran, Nepean tapi cinta terhalang mengikut undang-undang puak. Abang sulung tak restu dan disuruhnya tangkap dan kurung tiga beradik perempuan dia. Bergaduhlah kedua-dua puak dan dengan alasan untuk melindungi adik-adik perempuan kesayangan abang sulung, dia sumpah adik-adiknya jadi batu. Abang sulung mati terbunuh ketika berlawan jadi tak sempat nak sumpah adik-adik perempuan jadi orang semula. Gitulaah.. Kalau kat Malaysia ada Gunung Mat Cincang, di Australia ada Three Sisters. Ada laluan disediakan, The Giant Stairway untuk ke puncak Meehni tapi ditutup sebab hujan. Kalau tak boleh berjalan kesana tapi kena tabah melalui 1000 anak tangga.

Berjaya menyelit akhirnya.

Gambaran ringkas Jamison Valley.

Meehni, Wimlah dan Gunnedoo.

BELI SOUVENIRS DI ECHO POINT INFORMATION CENTRE

Seperti biasa, haruslah beli souvenirs. Unik semuanya souvenirs di Blue Mountains. Pengumpul fridge magnet silalah rembat seketul fridge magnet Echo Point yang dijual di Echo Point Information Centre. Tak ada ditempat lain kalau tak silap melainkan fridge magnet Blue Mountains. Jangan tangguh nak beli nanti menyesal. Souvenirs lain sangat pricey. Totes pun mahal jadi aku hanya beli fridge magnet seketul dan postcards. Walaupun suhu agak sejuk tapi kami masing-masing beli ice-cream. Sedap pula rasanya makan ice-cream sebab dah penat berjalan. Nak balik baru sedar kad Opal dalam poket dah tak ada. Aiseh.. Mana pula perginya. Melayang masa tengah berebut tempat nak bergambar agaknya. Balance kad masih banyak sebab baru top up itu sebenarnya buat rasa nak menangis. Susah hati pusing keliling Echo Point tapi sure bayang pun tak nampak. Tanya juga kedai-kedai berdekatan tapi tak ada dijual kad Opal. Kena tunggu sampai Katoomba semula. Redha sajalah terpaksa bayar tambang manually. Mahal sikit daripada guna kad Opal. Itulah Allah SWT nak tegur sikit. Tadi pergi marah orang. Padan muka kad Opal dah hilang.

Senyumlah tak sedar lagi kad Opal hilang.

Cantik tapi mahalnya.. Ambil gambar sajalah.


Tunggu bas di depan deretan kedai-kedai diatas. Kat situ turun kat situ jugalah tunggu bus semula. Banyak saja bus No.686 lalu jadi tak perlu risau kena tunggu lama. Jumpa beberapa keluarga Malaysians yang mesra. Sambil tunggu bus sambil sembang. Yang tak berapa ramah pun ada tapi tukar jugalah senyuman. It is oookay. Tak semua orang mudah mesra. Dalam kesenduan kehilangan kad Opal perjalanan tetap kena diteruskan. Naik bus cakaplah nak beli tiket manual nak ke Scenic World and driver okay saja melayan. Jomlah. Layan hati sedih apa pun tak jadi.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya diSINI.
20 March 2017 [Isnin]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | ILLAWARRA - BANDAR KECIL KIAMA (KIAMA BLOWHOLE), GRAND PACIFIC DRIVE SEA CLIFF BRIDGE DAN WOLLONGONG. Sangat excited nak memulakan perjalanan hari keempat ke Kiama, sebuah pekan kecil yang terletak di daerah Illawarra. Boleh juga korang masukkan Kiama dalam itinerary sekiranya ada masa yang panjang di New South Wales. Boleh buat day trip balik hari. Selain ke Kiama, boleh lajak ke Shellharbour, Wollongong dan Wingecarribee yang terletak dalam daerah yang sama. Kami tak punya banyak masa jadi setuju untuk ke Kiama saja untuk ke Kiama Blowhole. Kalau ada banyak masa memang lagi jauh pergi. Lake Illawarra, Port Kembla dan Bombo Beach adalah antara tempat-tempat menarik yang selalu dikunjungi. Awal pagi lagi keluar meninggalkan Chippendale. Perjalanan sepanjang lebih dua jam untuk sampai ke Kiama dihiasi dengan permandangan indah pantai dan kawasan perumahan penduduk luar bandar. Banyak options untuk pilih mode pengangkutan ke Kiama dan menaiki train adalah yang terbaik. Selesa dan tak banyak songeh. Mengantuk kepenatan berjalan memang elok ambil peluang tidur berehat.

Meninggalkan Central Station, Sydney.

Menghampiri pekan kecil Kiama.

Kiama Post Office | Pejabat Pos Kiama

Antara tarikan-tarikan menarik di Kiama.


Cuaca sedang elok matahari pun ceria. Tengok weather forecast dari awal pagi djangkakan cerah baru senang hati sikit nak berjalan. Panas terasa tapi angin pun boleh tahan kencang. Terpukau dengan kebersihan dan kecantikan bandar kecil Kiama. Kemas tersusun rapi sangat comel semua bangunan-bangunan berdekatan saja antara satu sama lain. Keluar dari Kiama Station boleh mula berjalan ke kiri atau ke kanan. Kami pilih ke kiri untuk terus ke Kiama Blowhole Point. Berjalan kaki dalam dua puluh minit lalu pejabat pos yang klasik dan Kiama Harbour. Kalau nak meronda pekan Kiama silalah ke kanan. Kenderaan tak banyak memang sangat tenang. Singgah satu teluk dalam perjalanan ke Kiama Blowhole Point. Tergoda nak turun sekejap bergambar. Nampak seorang perempuan gigih berendam mandi seorang diri. Seronok dia layan diri sendiri. Seram tengok ombak walaupun tak tinggi tapi macam tengah mengamuk.

BELI SOUVENIRS DI KIAMA VISITOR INFORMATION CENTRE

Singgah sekejap di Kiama Visitor Information Centre jenguk apa yang menarik. Dihadapan Kiama Visitor Information Centre ada ditampal aktiviti-aktiviti sepanjang tahun yang berlangsung di Kiama. Setiap bulan ada aktiviti. Kalau korang tak tahu nak beli souvenirs dimana bila sampai pekan-pekan kecil di Australia, singgahlah di Information Centre. Confirm ada souvenirs. Lagi-lagi jenis mak-mak acik-acik pengumpul fridge magnet nama-nama tempat. Kalau tak jumpa yang comel cantik memang rasa susah hati. Dah jangan panik.. Ikut nasihat kakak !! Pergi terjah Information Centre. Option tidaklah banyak tapi puas hati walaupun mahal sikit. Dapatlah rembat seketul fridge magnet, beberapa beg totes yang comel dan postcard. Eco friendly katanya. Total kehancuran adalah 9.69AUD (RM36.76 approx). Beli untuk diri sendiri okaylah. Belakang Kiama Visitor Information Centre ada satu cafe hipster yang comel. Kalau baca mana-mana website dan portal rasmi Kiama mesti ada promote cafe @milkandhoney. Singgah saja ambil gambar.



Cantiknya cantiknyaa cantiknyaaa !!


Senarai aktiviti-aktiviti menarik yang berlangsung di Kiama.

Souvenirs di Kiama Visitor Information Centre.


Cafe comel dan hispter @milkandhoney.

KIAMA BLOWHOLE

Tarikan utama di Kiama adalah Kiama Blowhole. Benda apa pula blowhole ni meh kakak nak cerita sikit. Blowhole sebenarnya adalah satu saluran dalam laut celah-celah batu yang tembus ke pemukaan. Orang putih panggil sea caves. Yaaa.. Gua lautan. Jadi bila dah konsep namanya gua adalah laluan keluar dan masuk. Bila air laut bertembung di pintu masuk bawah laut tersemburlah air keluar dari pintu di permukaan batu. Haaa gitulah. Tak faham juga pergi search sendiri. Di Perth pun ada juga ala-ala blowhole di The Gap tapi itu tak mencabar sangat. Air naik sikit saja. Timing is everything sekiranya korang plan nak datang ke Kiama. Boleh check SINI untuk tahu waktu air pasang surut di Kiama. Boleh budget pukul berapa elok sampai untuk tengok air percik yang tinggi. Kami tak ikut sangat sebab kalau tunggu waktu betul air pasang memang sampai ke petang senja kami di Kiama. Depends pada rezeki. Ada yang berjaya tengok air percik tinggi melangit sampai baju pun basah. Kami redha dapat tengok air percik ala-ala sayup segan nak keluar. Jadilah buat cuci mata alang-alang dah sampai ke Kiama.




Malu-malu dia nak keluar. Hihihi..

Kawasan sekitar Kiama Blowhole Point ada banyak batu-batu yang boleh dipanjat. Selagi tak ada papan tanda warning dan penghadang tibai sajalah pergi panjat. Angin kuat sangat. Sedap duduk-duduk melepak kami makan bekalan chocolates yang dibawa sambil gossip. Since aku dan Nurul kawan dari kecil macam-macam cerita zaman tok kaduk keluar. Next kami nak pergi cari kedai makanan halal. Ada satu kedai kebab di pekan Kiama tapi pusing punya pusing tak jumpa. Kedai tutup sebenarnya kerusi semua naik atas meja. Tak tahulah masih beroperasi atau tengah cuti. Akhirnya sebab dah kebulur kami beli fish and chips dua set dan kongsi. Bawa bekalan naik train sebab seterusnya kami nak menjejaki Sea Cliff Bridge di laluan Grand Pacific Drive.

SEA CLIFF BRIDGE - GRAND PACIFIC DRIVE

Grand Pacific Drive adalah laluan sepanjang 140KM bermula dari Royal National Park NSW melintasi tepian laut menuju Illawarra dan seterusnya ke Canberra. Di sepanjang laluan Grand Pacific Drive adalah beberapa iconic spots yang menarik untuk dikunjungi. Salah satunya adalah adalah Sea Cliff Bridge sepanjang 665M. Selalunya laluan Grand Pacific Drive akan dilalui oleh those yang drive kereta untuk ke Canberra. Tapi ada juga yang daring pergi terjah walaupun tak naik kereta. Menariknya Sea Cliff Bridge adalah laluan melengkuk-lengkuk yang dibina ke tengah lautan Pacific. Memang dibina juga laluan buat pejalan kaki. Kami memang berhasrat nak jejak Sea Cliff Bridge ikut panduan mereka yang daring tapi belajar tak habis padah jadinya. Renyah sikit nak cerita serabut pun iya.. Pengalaman sangat. Seram sejuk takut semua adalah. 

Sebenarnya tak adalah susah sangat nak ke Sea Cliff Bridge. Ada dua stations yang boleh kita access untuk ke Sea Cliff Bridge iaitu turun di Scarborough Station atau Coalcliff Station. Ikut perancangan awal kami akan turun di Scarborough Station, jalan kaki sikit sepanjang Lawrence Hargrave Drive dan sampailah ke Sea Cliff Bridge atau naik bus. Ada perkhidmatan bus yang khas untuk turunkan passengers di Sea Cliff Bridge. Kami terlajak station terlepas untuk turun di Scarborough Station. Bila naik train ke outskirt dari Sdyney kena alert. Tak semua pintu gerabak train akan dibuka jadi kena pasang telinga dengar betul-betul pintu gerabak mana saja akan dibuka. Kami dengar announcement tapi tak clear. Coach yang kami duduk pintunya tak dibuka jadi ternganga melopong bila dah terlepas Scarborough Station. Satu lagi option adalah untuk turun di Coalcliff Station. Satu stesen selepas Scarborough.

Bye bye awak..


Menghampiri Coalcliff Station. Cantik rumah-rumah di kawasan ni.

Permandangan dari Coalcliff Station yang terletak di atas bukit - Coalcliff Beach.

Dengan yakin kami turun di Coalcliff Station. Tiga orang kami saja turun seorang makluk pun tak ada di Coalcliff Station. Station master pun tak ada. Dahlah surrounding menyeramkan atas bukit batu-batu keliling. Mula tak sedap hati tapi teruskan juga. Turun bukit cerun gilaaa nak turun dari station ke jalan utama. Kalau mula dari Scarborough Station balik ikut Coalcliff Station taubat nasuha tak mau pergi dah. Dah terfikir kena patah balik ke nanti untuk ke Coalcliff Station. Jenuh.. Dah sampai main road kena menapak turun bukit lagi. Keliling hutan !! Okay mula rasa nak menangis. Kat mana sebenarnya kami dah sampai pun tak sure. Berpandukan Google Maps semata kata dah dekat. Nampak signboard Sea Cliff Bridge tapi menuju kawasan perumahan. Dah sudah !! Nampak macam tak ada kesudahan jalan ikut kawasan perumahan. Masing-masing give up. Tunggu bus di bus stop berdekatan. Nekad kami nak naik saja mana-mana bus yang lalu. Tak sanggup nak mendaki bukit balik ke Coalcliff Station. Setengah jam berlalu satu bayang bus tak ada. Check jadual memang jarang bus lalu. Selang satu jam. Perkhidmatan bus pula hanya sampai pukul 5:00PM. Ada dua jam lebih lagi tapi tetap seram. Akhirnya ada satu bus lalu tapi arah bertentangan. Aku main tahan dan tanya pakcik drive tolong bawa kami to the nearest bus station atau terus ke Coalcliff Station. Pakcik driver tak bagi naik bus katanya kami kena tunggu bus lain datang. Haaaiyoo !!

Tunggu lagi dan lagi.. Akhirnya nampak sebiji lagi bus and the funniest part was, pakcik driver yang sama cuma this time arah yang lain pula. Okay tak tahu nak ketawa ke apa tapi dia kasi naik. Dia tanya macam mana kami sesat sampai situ pot pet pot pet aku explain. Dia cakap betul dah ni jalan ke Sea Cliff Bridge. Haaaih !! Cumanya kami kena menapak ke depan lagi. Sungguh rupanya lalu rumah-rumah orang baru sampai ke laluan walkway Sea Cliff Bridge. Masing-masing mengeluh tak sudah. Tapi pakcik driver pujuk jangan sedih. Ended up kami dapat lalu juga Grand Pacific Drive dengan bus. Cuma tak dapatlah berhenti cuci mata tengok laut. Pakcik driver suggest kami ke Wollongong memandangkan station last bus yang kami naik adalah disana. Tak masuk dalam itinerary tapi apa salahnya.


Bila dah balik buat research sekali lagi baru sedar hakikat sebenar kami di laluan kebenaran. Cuma masing-masing ragu sebab prepare itinerary bermula dari Scarborough Station. Tak jangka nak terlajak ke Coalcliff Station. Kami ended up terperangkap dalam kawasan perumahan yang selonggok itu dan tak berani untuk terus jalan. Jadi sangatlah penting untuk kita prepare itinerary back up sekiranya benda-benda yang kita rasa remeh terjadi. Menggelabah jadinya !! Bagi aku biasa saja kawasan Sea Cliff Bridge. Sesuai sangat untuk yang memandu. Yang tak memandu boleh rujuk SINI untuk better understanding. Andai kata terlepas station macam kami, janganlah give up. Yakin dan teruskan. Apa-apa pun benda dah terjadi alhamdulillah semua okay. Jom kita pergi Wollongong.

BANDAR WOLLONGONG ILLAWARRA

Disebabkan dah agak petang jadi tak jauh pun kami meronda. Pakcik driver turunkan kami berdekatan Wollongong Beach. Katanya jalan sampai ke hujung enjoy pantai sampai jumpa Hotel Novotel dah dekat dengan bus stand untuk ke Wollongong Station. Baiklah pakcik thank you so much melayan kami dengan baik. Cari port untuk duduk hilangkan penat sambil makan fish and chips yang masih berbaki. Biasa saja laut di Wollongong tapi okaylah nak meronda. Wollongong adalah bandar yang agak urban di Illawarra. Ada University of Wollongong yang terkenal. Bila ada institusi pendidikan obviously kawasan cepat membangun. Sibuk juga kawasannya.





Menarik atau tak Wollongong ? Menarik. Ceruk Australia semua pun menarik. Disebabkan plan asal memang tak terjah Wollongong jadi kami tak tahu apa tempat-tempat menarik yang ada. Kalau search banyak rupanya. Zoo pun ada selain daripada tempat-tempat nature yang for sure menarik. Panjang pula membebel kali ni. Tak nak pecahkan kepada beberapa bahagian nanti tak feel. Macam-macamlah kau. Thank you kepada yang sudi baca sampai habis. Tahniah juga diucapkan.. Kami sampai ke Sydney semula hampir pukul 10:00PM lama tunggu train di Wollongong Station. Kelesuan yang teramat sangat perjalanan yang jauh sepanjang hari. Pengalaman yang mahal dan banyak benda baru dapat kami belajar. Makan bekalan makanan yang Amy bawa dari Malaysia. Tak larat nak cari makanan lain. Rehat cukup-cukup esok nak guna tenaga lagi.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.