SITI.YANG.MENAIP

1 Januari 2014 [Rabu]

TRIP CHINA HANGZHOU SHANGHAI | DARI SHANGHAI HONGQIO RAILWAY STATION KE BAOLONG HOMELIKE HOTEL ZHONGSHAN ROAD. Hello Shanghai akhirnya sampai juga setelah berperang cakap ayam itik semata-mata gigih mencari jalan dan nak beli tiket. Lenguh sendi duduk berhimpit dalam train. Keluar dari Shanghai Hongqio Railway Station sekali lagi kami diserbu ulat-ulat travel agensi yang nak promote pakej tour di Shanghai. Kalau korang malas nak jalan sendiri bolehlah ambil pakej dari agents. Tapi tak tahulah kenapa aku rasa semua meragukan sebab bawa papan sepanduk beriklan saja. Walaupun ada nombor lesen perniagaan dipaparkan, kalau tak yakin better cari travel agent yang betul. Kami tepis semuanya. Tak cakap apa main geleng saja walaupun ada sesetengah yang sangat memaksa. Keluar dari Arrival Hall kami menonong masuk Starbuck nak lepak sekejap tumpang guna free Wifi semak jalan mencari hotel yang terletak di Zhongshan Road. Tak ada simcard jadi terpaksa rely on free Wifi.

KENA ADA SIMCARD CHINA UNTUK ACCESS WIFI PERCUMA DI CHINA DAN PETA LALUAN METRO SHANGHAI SECARA MANUAL

Tak tahulah betul atau tak tapi inilah yang pekerja di Starbuck bagitahu kami bila kami minta password kepada free Wifi yang disediakan. Syarat utama nak dapat dan guna free Wifi yang disediakan oleh kerajaan China di Shanghai kena mempunyai sim card China dan sim card disana bukan dijual di mana-mana convenient shops macam kita. Menurut Kak Shiro kena tempah khas melalui internet. Aku ada juga masuk 7Eleven nak beli sim card tapi memang tak dijual. Jadi disebabkan kami tak tahu mana nak pergi kami belilah kopi untuk jadikan syarat duduk menumpang kat Starbuck. Beli kopi kosong tak ada susu. Takut nak guna susu kat China. Tak pasti apa dia letak dalam susu. Lepak punya lepak aku keluarkan printed map yang aku dah print siap-siap. Celaru juga ada gadget canggih tapi tak dapat membantu. Harus ada backup manual macam ni. Aku ingat dah habis lengkap map laluan metro di Shanghai yang aku dah print. Tapi nama Shanghai Hongqio Railway Station tak ada langsung dalam map. Jadi aku blur sebab tak tahu nak mula dari mana. Lama kami melepak di Starbuck lebih dari satu jam aku rasa. Dahlah Internet tak ada nak buat rujukan. Memang masing-masing mati akal disitu. Aku tunjuk address kat pekerja Starbuck tapi they did not know kat mana hotel kami. Padahal ada dah alamat in Chinese characters dalam kertas tu. At least aku just nak tahu metro mana yang berdekatan atau ada cara lain nak reach hotel. Pekerja tu suggest aku naik bus ke bandar tapi bila tanya macam mana dia pun tak tahu. Mengikut arahan yang Kak Shiro berikan macam senang kalau naik metro daripada naik bas.



Bosan duduk di Starbuck tak jumpa sebarang penyelesaian ada yang keluar meronda menjenguk kawasan. Tapi aku dan Momon tinggal di Starbuck masih lagi berusaha. Nak buka mulut tanya customers lain semua Chinese people belaka takut nanti ayam itik lagi entah kemana nanti hala tuju. Alhamdulillah Kak Farah beranikan diri approach seorang lelaki Sudan yang kebetulan ada dalam Starbuck katanya memang asyik memandang kami dari awal lagi. Kak Farah panggil aku untuk bercakap dengan that guy. Aku explained masalah kami. Dia belek peta yang aku print dan senyum. Betul dah peta yang aku print memang peta metro di Shanghai. Tapi stations Shanghai Hongqio tak ada dalam peta sebab baru saja setahun siap dibina. Maybe peta yang aku print tu tahun sebelumnya. This Sudanese guy boleh speak Mandarin. Dia study di Shanghai. Dia tengah tunggu wife dia sampai. Rupanya sebelah Shanghai Hongqio Railway Station ada airport. Tapi for domestic purposes. Jadi dia pergi tanya orang ramai bagi pihak kami. Dia tahu station metro yang kami perlu turun tapi dia nak kepastian. Jadi kawan-kawan semua, Station Shanghai Hongqio Railway Station actually berada di Line 2. Memang berpandukan peta yang aku print, hanya station ni sahaja yang tak ada dalam peta. Jadi silalah print peta yang paling latest okay. Check betul-betul version latest punya. Bila dah tahu yang kami sebenarnya berada di Line 2 pergerakan menjadi mudah. Sistem metro di Shanghai jauh lebih mudah berbanding di Hangzhou. Jauh rupanya dari tempat kami jumpa this Sudanese guy untuk ke station metro. Padahal dalam satu bangunan. Besar sungguh.

DARI SHANGHAI HONGQIO RAILWAY STATION KE BAOLONG HOMELIKE HOTEL ZHONGSHAN ROAD

  1. Hotel kami berada di North Zhongshan Rd di Line 1 berwarna merah.
  2. Shanghai Hongqio Railway Station berada di Line 2 berwarna hijau.
  3. Kami perlu ke People's Square di Line 2 dan tukar metro ke Line 1.
  4. Seterusnya kami hanya perlu ke North Zhongshan Rd.
Dah sampai di North Zhongshan Rd barulah kami menjenguk dunia luar. Kalau tak sepanjang sampai Shanghai kami berada di dalam bangunan. Tak tahu hujan ke ribut ke apa ke yang terjadi kat dunia luar. Keluar tengok hari dah sayup nak senja. Baru pukul 4.00PM lebih. Huuurm.. Kena gerak cepat sikit. Sekali lagi kami tak tahu mana nak tuju tapi dah ada peta manual jalan ke hotel. Kebetulan ada few policemen berdekatan station metro. Aku approach dan dengan baik hati poena berani kalau tak aku rasa memang tak jumpa hotel. Dia tengok alamat dan suruh kami cross jalan besar dan terus ke kiri. Menapak punya menapak bayang hotel tak nampak. Ada seorang pakcik tua panggil kami. Tak reti cakap English pun tapi bersungguh nak tolong. Dia kata betul dah kami jalan tapi kena ke depan lagi. Dia siap lukiskan peta kat newspaper yang dia ada. Kalau ikut Kak Shiro punya anggaran, jarak station metro dan hotel hanya 200M sumpah menipu. Dekat 1KM rasanya kami dah berjalan  memang jauh. Tambah pula dengan luggage yang gabak. Makian sungguh dalam hati sepanjang jalan. Dekat apanya naik longgar lutut bila sampai depan hotel. Seronok tak terkira dah bila nampak nama hotel. Excited sebab tak sabar nak guling dalam bilik hilangkan lenguh betis.



BAOLONG HOMELIKE HOTEL ZHONGSHAN ROAD

Urusan check-in tak ada apa masalah. Booking kami semua ada. Jadi terus saja masuk bilik. Cuma kena bayar deposit sebanyak 200Yuan (RM100 approx) untuk dua malam. Korang kena jaga-jaga bab deposit. Aku rasa kat mana-mana hotel pun kita kena extra alert dengan bayaran deposit. Nanti aku cerita drama sakai minah jaga kaunter time kami nak check-out. While kami berkumpul depan hotel before check-in tadi, ada seorang pakcik datang tegur. Pakai kopiah mini warna. Kami agak dia muslim. Dia tanya dah makan ke belum. Obviously belum makan. Kami memang kebuluran dari pagi tak makan pakcik. Dia ajak pergi kedai makan katanya dia ada kedai makanan halal. Jadi Momon dan Kak Farah ikut pakcik ke kedai dan bungkus tiga set makanan. Masuk dalam bilik terus bedal. Tak sempat ambil gambar pun. Laju makanan masuk dalam perut. Memang nikmat dan sangat sedap. Kalau time kebuluran makanan tak sedap pun jadi sedap. Kisah makan tak berhenti disitu. Mana cukup makanan tiga set kongsi berlima sedangkan semua ada perut tong. Tak cukup. Jadi kami decided untuk mandi dan solat dulu kemudian keluar untuk mencari makanan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
01 JANUARI 2014 [Rabu]

TRIP CHINA HANGZHOU SHANGHAI | PERJALANAN DARI HANGZHOU KE SHANGHAI MENAIKI KERETA API. Tidur lena sungguh malam sebelumnya walaupun tak puas hati bilik sempit. Tak perlu on aircond langsung. Kami just buka tingkap itupun buka sikit saja. Momon memang dah berkelubung tak ingat apa. Siap pakai winter coat lagi. Ada heater disediakan tapi kami tak guna. Kami tak tahu nak adjust untuk dapatkan suhu yang sesuai. Bila on rasa macam dalam sauna sebab terlalu panas pula. Kami bersiap dah kemas apa patut. Kami berkumpul di lobby. Breakfast ala kadar. Minum hot milo dan makan biskut. Mission on that day agak mencabar. Kami perlu cari jalan untuk ke Shanghai. Walaupun aku dah sediakan panduan tapi masih kurang jelas. Perhatikan sekumpulan lelaki yang berkumpul belakang kami. Nampak macam duduk santai siap baca newspaper lagi. Tapi bukan guests dekat hotel pun. They are pemandu-pemandu teksi ulat. Sembang kuat suara tinggi lepas tu asyik jeling ke arah kami. Ada yang tawaf meja kami beberapa kali tapi tak cakap apa. Maybe atas faktor language barrier jadi kami tak ditegurnya. Seram juga tapi kami ramai. Ada yang berani juga buat signal nak communicate dengan kami. Kami just geleng kepala tak nak kasi ruang boleh berkomunikasi pun. Buat tak tahu saja. Aku tanya receptionist apa the nearest metro. Alhamdulillah pekerja hotel pandai speak English. Dia explain katanya dekat saja dan siap tuliskan in Chinese characters incase kami tak jumpa dan nak tanya orang sekeliling. Sangat thoughtful.


CARA UNTUK KE SHANGHAI DARI HANGZHOU MENAIKI TRAIN

  1. Naik metro dan turun di Hangzhou East Railway Station yang berada di Line 1.
  2. Turun dari station metro terus naik satu tingkat.
  3. Cari signboard 'train' dan beli tiket ke Shanghai.
  4. Station terakhir di Shanghai adalah Shanghai Hongqio Railway Station.
  5. Shanghai Hongqio Railway Station berada di Line 2 sistem metro Shanghai.
Around 9.00PM kami usunglah luggage kami. Menapak ke station metro yang berdekatan. Tak susah pun nak jumpa sebab memang sepanjang jalan utama. Tak perlu nak masuk lorong sana sini. Tapi tak adalah dekat sangat seperti yang pekerja tu cakap. Dekat setengah jam juga kami berjalan atau mungkin sebab kami jalan melenggang. Terasa lambat. Cuaca cerah cantik saja. Matahari dah mencanak atas kepala tapi tak lawan juga angin sejuk yang bertiup. Jalan jauh pun tak mengeluh. Akhirnya sampai pun ke Station Metro Wujiang Rd yang berada di Line 1. Kami perlu ke Station Metro Hangzhou East Railway Station yang juga berada di Line 1. Jadi tak perlu tukar metro. Sampai di Station Metro Hangzhou East Railway Station. Ada escalator jadi tak perlu risau macam mana nak usung luggage gabak naik turun tangga. Nama saja kawasan perkampungan tapi station metro tip top okay. Kemas dan besar. Orang pun agak ramai. Disinilah bermulanya sesi berperang cakap ayam itik yang agak menyakitkan hati.





Kami kumpulkan bag di suatu sudut. Aku dengan yakin ke information counter. Pekerja pun macam yakin saja sedia terima aku nak tanya apa. Memang seksa nak berkomunikasi. Few times sebut 'Shanghai' tetap geleng kepala. Kalau hang tak reti tak faham English sekali pun tak mungkin perkataan 'Shanghai' hang tak faham. Berapa lama dah duduk lahir makan tidur kat China memang panas hati jadinya. Memang geram jugalah hati ni. Aku guna basic English kot. Aku blah dari information counter tu. Tak ada any info boleh dapat kat situ. Aku menapak ke satu peta besar laluan station metro when there was this one lady datang tegur aku. Finally aku dapat cakap dengan orang yang tahu English. Walaupun tak berapa betul tapi sekurang-kurangnya aku faham apa yang dia cakap. Dia beratur kat belakang aku rupanya jadi dia tengok scene serabut aku tadi. Memang tak boleh beli tiket ke Shanghai kalau kat station metro. Aku kena naik atas. Ada station bullet train. That lady pun gigih tunjukkan jalan nak naik tingkat atas. Aku pun mengerti. Mungkin pekerja di information counter tu ingat aku nak beli tiket ke Shanghai jadi memang tak ada. Dia geleng. Tapi bengap sangat kenapa. Tunjuk sajalah kat aku kena naik atas. Lorong nak naik atas sebelah counter saja. Salam lah seround dua tanda thank you. Aku dengan Momon naik ke tingkat atas terus terkedu ternganga kagum. Bangunan tu besar gila. Besar dari KL Sentral. Ada lagi beberapa tingkat rupanya kat atas sana.

PERJALANAN KE SHANGHAI MENAIKI BULLET TRAIN DARI HANGZHOU

Kami tengok signage ke arah bullet train. Tak nak buang masa berperang dengan mesin tiket kami terus ke counter. Haaa kali ni tak ada masalah communication. Direct saja aku cakap nak tiket untuk lima orang. Dia angguk. Then dia minta kelima-lima passport. Damn !! Ada passport aku dengan Momon saja. Kenalah menapak turun pula dan alang-alang tu teruslah sekali bawa luggage ke atas. Masing-masing teruja tengok bangunan besar bertingkat-tingkat di atas station metro yang berada di tingkat bawah. Kalau bawa anak-anak datang main kat station tu takut mak ayah yang tak larat kejar. Selesai beli tiket ke Shanghai. Rupanya kami naik train yang tak berapa nak laju. Patutlah murah. Train nak ke Shanghai ada tiga jenis. Jenis K, D dan yang paling laju Jenis G. Kami dapat Jenis D since itu paling cepat nak bertolak. Tiket harga 38Yuan (RM19 approx). Aaaargh yang lain belakang kira. Janji sampai Shanghai.




Lepas beli tiket kami terus ke tempat menunggu. Sekali lagi kami ke information counter sebab tiket memang totally in Chinese characters. Bagus saja semua pekerja. Berebut pula nak tolong kami. Sampai lima orang nak explain serentak. Bangunan terminal memang besar teramat lah. Aku rasa adalah dalam 5x ganda KL Sentral. Jauh gila kami menapak dari satu area ke satu area. Orang agak ramai juga nak naik train ke Shanghai. Ooops lupa. Kalau train Class D yang kami dapat ni bukan direct terus ke Shanghai. Ada stop di several stations. Sebab tu journey makan masa almost dua jam. Dahlah dapat Class D punya tiket, seat pula yang third class. Seksa tau third class punya seat. Kena berhimpit dengan sesiapa saja. Walaupun tulis dalam tiket kami berlima dapat duduk sekali dalam satu coach tapi minah apek China ni peduli apa. Dia buat selamba saja usung anak-anak masuk coach kami dan menempek. Aku rasa semak so aku pindah pi coach sebelah. Lagi best walaupun terpisah dengan kawan-kawan. Bayangan train macam coach dalam cerita Harry Potter. Tapi langsung tak ada privacy. Next time kalau korang nak naik train Class D ni mohon pilih first class punya seat. Dia ingat kami tak ada duit kot nak beli tiket first class. Dicampaknya kami ke third class. Selain daripada duduk dalam coach, kita boleh jalan-jalan di corridor juga. Boleh tengok permandangan luar. Lenguh juga duduk berhimpit selama dua jam. Jadi bolehlah regangkan urat saraf sendi berdiri sekejap. Ada juga disediakan kerusi di corridor kalau rasa nak duduk. Pemandangan pun gersang saja. Pokok togel dimana-mana. Tapi menarik sebab kita dapat tengok perubahan struktur binaan. Makin dekat dengan Shanghai makin moden rumah-rumah yang dibina. Hangzhou lebih kepada pertanian. Sebab tu rumah di kawasan pedalaman Hangzhou jarak jauh-jauh. Tanah memang besar untuk tanam pelbagai tanaman.





Aku ada terlelap sekejap dalam train. Tapi terjaga sebab announcement yang dibuat boleh kasi pecah telinga. Hazab dari mula naik tak aman langsung. Mamat handsome siap gelak lagi tengok aku terkejut. Katanya memang macam tu kalau naik train Class D. Dah alang-alang terjaga sembanglah dengan dia. Kampung dia kat Hangzhou tapi study kat Shanghai. Jadi dah perkara biasa untuk ulang-alik Hangzhou-Shanghai-Hangzhou. Lepas tu dia tanya kami dari mana. Dia ingat kami Indonesians tapi dia tertanya-tanya kenapa tak riuh. Usually dia kata kalau Indonesians naik train sama kecoh dengan Chinese. Bising dan suka sembang kuat-kuat. Aku pun cakaplah kami Malaysians dan dia pun angguk-angguk sambil buat thumbs up. Kalau dia mengutuk dalam hati aku tak tahulah. Tapi aku mengutuk bangsa dia banyak juga sejak sampai. Lepas almost dua jam kami selamat sampai di Shanghai Hongqio Railway Station dan mula mencari arah ke hotel untuk check-in.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
31 DISEMBER 2013 [Selasa]

TRIP CHINA HANGZHOU SHANGHAI | DARI KUALA LUMPUER KE HANGZHOU DAN HANGZHOU GENTING STAR HOTEL. Alhamdulillah syukur aku diberi kesempatan ke Hangzhou dan Shanghai yang terletak di China. Aku last minute memilih untuk ke Hangzhou dan Shanghai ikut kawan-kawan. Menarik juga walaupun dua destinasi ini tak pernah tersenarai langsung dalam destinasi pilihan. Flight tiket ke Hangzhou adalah pada pukul 05.30PM. After Zohor hari kejadian baru aku actually usung luggage dan start melipat baju. Lagi elok kalau kemas awal boleh tahu apa yang dah ready and what not. Around 3.00PM aku dah sampai di LCCT. Kawan-kawan lain dah sampai lebih awal. Kami just melepak dulu sambil bersembang. Suddenly rasa nak add on berat luggage sebab masing-masing takut banyak pula memborong. Masing-masing berkongsi duit jadi sama-sama boleh shopping sakan. Redha menanti kaunter buka.








DARI KUALA LUMPUR KE HANGZHOU CHINA

Selesai urusan check-in kami pergi makan sebab masing-masing tak beli makanan nanti di dalam penerbangan. Makan kasi kenyang nanti naik flight senang hati boleh rehat. Masuk ke Departure Hall kami berlima saja yang bertudung. Most of the passengers memang Chinese people. Sebenarnya aku takut juga nak ke sana sebab aku tak study langsung satu apa pun. Memang serah pasrah redha aku ikut kawan-kawan. Just ambil tahu sikit dimana kedudukan Hangzhou dan Shanghai. Aku paling takut bab communication. Hangzhou boleh kata kawasan kampung jugalah dan majoriti orang tak tahu speak in English. Ini adalah pengalaman pertama aku menaiki AirAsiaX. Alhamdulillah berlepas smoothly. Perjalanan memang rasa lancar tak ada gegar sana sini. Aku sejenis yang memang akan panic kalau naik flight. Sepanjang perjalanan mata rasa berat kuyu nak tidur tapi tak dapat lena. Bising yang amat passengers lain pun sembang apa tak tahulah. Rasa macam ada di pasar. Sumpah stress. Memang tak harmoni sungguh aku rasa sepanjang nak sampai Hangzhou. Terpaksalah bersabar.. Dua jam sebelum mendarat kami kena isi arrival form. Senang saja isi maklumat diri dan jawab apa yang patut. Pukul 11.00PM waktu tempatan kami selamat sampai di Hangzhou Xiaoshan International Airport. Ada banyak kapal terbang besar yang bound di Hangzhou dan AirAsiaX parking cantik sebelah Qatar Airways. Keluar dari kapal terbang ke terminal terus ditampar kasar angin winter. Dalam terminal pun dah rasa sejuk nak membeku. Dalam menahan sejuk hati sedikit teruja. Pengalaman pertama berjalan ketika musim sejuk. Ahamdulillah urusan di kastam cepat selesai.






Polis yang berpakaian macam komunis ada merata. Yang jeling kami pun ada. Buat tak tahu saja. Kita bukan datang nak cari masalah. Sampai giliran kami pegawai memang muka ketat sungguh. Tapi tak cakap apa pun. Just kasi arrival form dan cop apa patut. Itu saja. Kenapa lama sangat beratur pun aku tak tahu. Urusan kami selesai lewat. Hampir pukul 1.00AM baru dapat keluar.

JANGAN TERPEDAYA DENGAN TEKSI SAPU / TEKSI ULAT

Kak Shiro (noted that Kak Shiro adalah kawan aku yang pernah tinggal di Hangzhou) dah pesan pada kami awal-awal lagi. Jangan naik teksi ulat. Korang pun mesti dah tahu apa teksi ulat kan ? Keluar dari Arrival Hall mesti punya korang akan disapa oleh pemandu teksi ulat. Ramai okay. Jenuh menepis. Padahal tak boleh cakap English pun. Tibai saja chong cheng chong cheng bahasa dia. Aku pun geleng saja. Jangan pula cakap apa-apa. Berjalan keluar dari airport akan ada teksi bermeter. Di badan teksi akan ada lambang 'Hangzhou'. Sama ada warna biru atau hijau. Haaa yang ni kita boleh naik. Ada seorang pegawai perempuan yang tunggu di kawasan berdekatan. Aku datang dekat tapi dia macam takut-takut pula. Maybe takut nak guna bahasa apa dengan aku. Malas nak buat drama aku terus tunjuk alamat hotel yang sudah siap ditulis dalam chinese characters. Pihak hotel memang dah kirimkan alamat siap-siap. Kak Shiro pun ada tuliskan incase kami ada masalah communication. Pegawai perempuan tu belek few minutes dan terus panggil dua teksi. Kami berlima jadi kami kena guna dua teksi dan teruskan chong cheng chong cheng dengan pemandu teksi dan terus suruh kami naik.

HANGZHOU GENTING STAR HOTEL

Jauh juga rupanya nak sampai ke hotel yang kami tempah. Kak Shiro yang tempah dua bilik di hotel tu. Dia uruskan tapi sebenarnya ada beberapa masalah yang terjadi while kami nak check-in. Pihak hotel tak dapat nak trace booking number. Satu bilik lepas sebab kami book melalui Agoda. Jadi untuk tak memanjangkan drama di pagi buta hari, kami ambil saja another bilik dengan rate yang memang disediakan since tak jauh beza sangat pun. Dan untuk memudahkan pengiraan pembayaran kami sum up semuanya dan bahagi lima tak payah nak beratkan kepala. Bilik yang kami dapat sumpah kecil yang amat. Masuk luggage masing-masing nak jalan pun seksa. Muat-muat katil besar dan tak selesa. Tak tahulah bilik-bilik lain macam mana. Yang membuatkan kami masih okay adalah cuaca yang sejuk jadi tak sesak dalam bilik. Memang aku tak nak recommend Hangzhou Genting Star Hotel pada sesiapa. Lagipun aku tak terlibat langsung dalam process pemilihan lodging jadi tak boleh nak bersuara. Syukur hanya one night. Ended up kami tawakal letak luggage diluar bilik. Barang-barang berharga saja diambil bersama.



Almost pukul 2.00AM juga baru selesai segala urusan. Masuk bilik salin baju dan solat aku ajak Juju turun ke lobby teman aku nak guna wifi. Aku jenis susah hati kalau tak dapat Internet. Yang lain dah terbungkang pengsan. Aku nak inform parents yang aku dah selamat sampai. Sambil hantar beberapa bahan bukti bergambar yang aku selamat. Nanti MamiZ sebu perut tak lalu makan pula. Tak lama pun online. Mata kuyup. Aku and Juju perlu rehat. Dalam keadaan bilik yang sempit dapat juga kami tidur. Terpaksa paksa diri untuk tidur. Esoknya perjalanan kami masih jauh.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PULAU PANGKOR PERAK

Entri sebelumnya diSINI.

PULAU PANGKOR | TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEKITAR PULAU PANGKOR DALAM MASA DUA JAM. Perjalanan diteruskan untuk hari kedua di Pulau Pangkor. Setelah sepetang bermain air sure malam tidur lena. Letak kepala memang terus pengsan tak sedar apa dah. Rasanya kakak berdua ada juga layan movie tapi aku laju lena dibuai mimpi. Tak sempat mimpi pun sebab lena sangat. Lepas solat semua pakat pengsan balik. Patutnya bersiaplah nak keluar jalan-jalan tapi since effect main air dengan ombak besar memukul, badan jadi sakit. Dah lama tak beriadah terkejutlah urat sendi. Lemau sikit rasanya that morning tapi digagahi juga. Puas berehat kami decide untuk keluar. Baru nak fikir apa aktiviti-aktiviti yang nak dilakukan. Berdebat juga seround dua sementara nak capai kata sepakat. Seorang nak naik motor seorang nak pusing pulau seorang nak mandi laut. Adik yang pening kepala. Tak ada apa sebenarnya. Adik yang paling bebal nak ajak kakak pergi buat itu ini. Bila kita pergi holiday, banyak perkara yang perlu kita consider. Duit belanja, makanan, souvenirs and macam-macam lagi. Selalunya memang akan terover budget. Setelah berjaya dipujuk, akhirnya kakak setuju untuk ronda pulau. Kita brunch dulu tepi pantai. Cuaca cerah cantik semoga tahan sampai malam tak hujan. Pekerja di reception bagi peta Pulau Pangkor. Kononnya nak jalan kaki saja ke selected places tapi obviously jarak dari satu tempat ke tempat lain adalah jauh. Jangan risau dimana nak cari makanan kalau stay area Teluk Nipah. Makanan memang akan sentiasa ada kedai-kedai makan banyak dibuka. Pukul 11:00AM nasi lemak pun masih ada. Setakat hari kedua makanan-makanan di Pulau Pangkor semua menepati citarasa kami. Harga sedikit mahal tapi normal. Inikan pulau kenalah bayar lebih sikit. Berdekatan dengan tempat kami makan, ada port taxi pink yang selalu bawa pelancong-pelancong pusing sekitar Pulau Pangkor. Sajalah singgah sembang kejap dengan pakcik-pakcik driver yang ada disitu. Tanya harga dan cadangan tempat yang boleh kami pergi. Lepas sembang pakcik driver offer dua jam perjalanan pusing pulau naik taxi hanya dikenakan sebanyak RM70 ringgit. Jeling pandang kakak tersayang tanya pendapat. Aku on saja memang niat datang nak berjalan. Kakak setuju jadi untuk tempoh dua jam pakcik taxi akan bawa kami bertiga pusing-pusing sekitar Pulau Pangkor.


Having our brunch tepi pantai.

KILANG BUAT BOT DI PULAU PANGKOR

Sebelum sampai ke tempat buat kapal, pakcik taxi bawa kami meronda ke kawasan pantai selain dari Pantai Bogak dan Teluk Nipah. Seronok juga pakcik taxi mesra dan rajin explain itu ini. Kenapa pantai yang kami lalu dah macam tempat jin bertendang tak ada orang mandi langsung. Hairan sebab kawasan lapang cantik. Rupanya sebab kawasan pantai yang mengadap ke jeti dan mainland lebih berselut jadi orang tak sukalah nak mandi. Mandi laut ke mandi selut. Kawasan Pantai Bogak dan Teluk Nipah lebih berpasir and landai sesuai untuk mandi. Gituuu.. Pusing punya pusing sampailah kami ke tempat buat boat. Majoriti penduduk di Pulau Pangkor memang kerjanya tangkap ikan and hasil hasil laut. They need good boats untuk cari ikan. Sebab tu ada satu kawasan khas yang sentiasa menghasilkan bot atau baiki bot rosak atas permintaan nelayan-nelayan. Kami tak bernasib baik sangat sebab tak ada bot yang almost nak siap or what. Semuanya dalam proses baru baru nak mula buat. Pakcik taxi cakap, kilang ini buat badan bot saja. Nanti bila badan dah siap, bot akan dibawa masuk air kemudian baru siapkan bahagian atas. Tak semua nelayan minta bot dibina sepenuhnya. Kadang-kadang ada yang nak bahagian bawah saja dibina atas buat sendiri. Ikutlah selera dan kepakaran masing-masing.



Lepas daripada menjenguk orang buat kapal, pakcik taxi bawa kami ke kilang sate ikan. Kalau pergi Pulau Pangkor wajiblah beli sate ikan atau produk-produk makanan laut yang lain. Memang banyak sangat kedai yang jual tapi kalau datang ke kilang dapat tengok ikan dijemur dan boleh beli yang baru siap dipanggang. Dapat rasa panas-panas lagi sate ikan Pulau Pangkor. Ramai pelancong yang singgah banyak van-van taxi ada. Memang port memborong. Harga memang dah tetap tak adalah nak tawar menawar memang tak dilayan. Kalau datang kilang memproses makanan-makanan laut kita boleh juga jenguk kawasan pekerja-pekerja sedang bekerja. Dapatlah tengok bersih atau tidak kawasan kilang. Setakat yang kami nampak bersihlah kawasannya. Yang tak nampak tak tahulah macam mana. Ada juga sotong-sotong kering digantung. Sedapnya sotong gula yang pedas manis memang favourite.

KILANG SATE IKAN PULAU PANGKOR





Jujur aku memang suka kawasan perkampungan nelayan. Suka nature tapi lebih suka tengok kawasan tepi pantai ada banyak bot-bot nelayan. Rasa tenang dan menarik sangat. Kami borong sikit makanan-makanan laut di kilang sate selain kenyang makan tester. Tak adalah banyak sangat borong sebab tak tahu nak bagi siapa. Beli untuk makan sendiri saja.

TOKONG FOO LIN KONG PULAU PANGKOR

Next destination adalah Tokong Cina Foo Lin Kong yang famous di Pulau Pangkor. Actually was was juga kitorang nak singgah tak pasti hukumnya apa tapi tawakal sajalah dah pakcik taxi sakan suruh turun. Kami pusing-pusing di sekeliling temple dan tak masuk pun ke kawasan penyembahan. Simple sangat kawasan sekitar tokong tapi cantik dan kemas. Rasanya sebab cantik tu yang terkenal. Banyak pokok-pokok besar menjadikan kawasan tokong redup. Angin pun bertiup sepoi sepoi. Nearby kawasan tokong ada orang jual souvenirs Pulau Pangkor. Belilah souvenirs disini sebab paling murah compared to other places sekitar Pulau Pangkor. Kami borong fridge magnets dan keychains disini sebab sangat murah. Tak ingat beza harga berapa tapi di Teluk Nipah memang mahal. Beli banyak lagi dapat discount. Murah hati sungguh. Boleh kalau nak kasi sepupu sepapat sorang sebiji fridge magnet sebagai kenangan. Design pun bukan yang buruk-buruk. Cantik-cantik juga.





Lepas daripada melompat sana sini bergambar dan bersiar sekitar tokong, pakcik taxi bawa kami singgah satu mini galeri yang baru saja siap dibina. Kecil galerinya tapi banyak juga benda yang dipamerkan. Sejarah Pulau Pangkor dan haruslah ada sejarah Perjanjian Pangkor yang terkenal. Bagi pencinta sejarah, kalau datang ke Pulau Pangkor memang disarankan singgah menjenguk mini galeri.  Infonya semua tersusun dan tak pening pun nak baca. Sesetengah muzium atau galeri, terlalu banyak input yang nak sampaikan, pening kepala jadinya. Tapi mini galeri ni memang straight to the point banyak gambar dan yang penting tulisan besar senang baca. Paling suka tengok duit zaman dulu kala. Nampak sangat mata duitan. Pergi mana pun tertarik dengan duit. Hehehe..

KOTA BELANDA PULAU PANGKOR

Last pit stop sebelum kami dihantar pulang ke resort haruslah singgah sekejap di Kota Belanda. Kalau dah datang Pulau Pangkor wajiblah ke Kota Belanda. Tak ada apa sangat pun. Kota Belanda adalah kota peninggalan Belanda suatu ketika dahulu ketika menjajah Tanah Melayu. Tinggal sikit saja tapaknya tapi dah datang sini memang haruslah menjenguk. Ambil gambar seround dua. Dulu rasanya masa aku datang tempat ni tak rupa macam sekarang. Dah ada banyak benda yang berubah. Kawasan ni sedikit panas dan bahangnya memang terbaik jadi kalau korang jenis puteri putera lilin, pakailah topi or sunglasses. Menyucuk-nyucuk rasa.





Plus minus daripada trip meronda sekitar Pulau Pangkor adalah beberapa tempat lagi yang kami dibawa meronda. Batu Bersurat yang famous tu pun kami sempat singgah. Beberapa lagi pantai yang pakcik taxi terangkan dan pusing-pusing di perkampungan Cina dan Melayu. Memang ngam dua jam nak pusing satu pulau. Alhamdulillah selesai pusing satu pulau. Petang hari niat dihati nak sambung bermandi manda. Tapi air laut sedang pasang and ombak memang lagi tinggi dan bergelora. Tak berani untuk ke tengah pun. Memang duduk kat pesisir jew tunggu ombak datang bawak pasir. Sekali check poket penuh dengan harta karun. Jadi sampai ke senjalah kami duduk kat tepi pantai kene tibai ombak. Memang nasiblah gamaknya. Sempat juga hujan turun seround dua time tengah mandi. Awal tahun pergi Pulau Tioman pun time hujan musim monsoon. Asal pergi pulau saja musim hujan. Makan ikan bakar for dinner and had a good sleep. Esoknya pulang ke Parit. Seronok juga plan percutian mengejut. Boleh buat lagi.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PULAU PANGKOR PERAK

PULAU PANGKOR | PERJALANAN DARI JETI MARINA KE PULAU PANGKOR DAN MENGINAP DI BUDGET BEACH RESORT. Sangat lama tak menulis sampai tak tahu nak mula macam mana. I was so busy menguruskan kehidupan seharian sampai tak terkejar nak jenguk blog. Dua minggu lepas aku ada rancang satu trip ke Pulau Pangkor memandangkan currently aku berada di Parit. Contract dah nak habis so why not explore sikit apa yang ada nearby. Aku ajak sekali kakak-kakak lain memeriahkan trip. Kalau aku seorang memang tak jadilah. Kami rancang weekend getaway. Booked untuk tidur dua malam di Budget Beach Resort through Agoda. Hotel murah saja tapi okay sangat bilik yang kami dapat. After school, lepas zohor kami terus pecut ke Lumut. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam dari Parit. Ada dua options yang boleh dipilih untuk access ke Pulau Pangkor. Sama ada naik feri melalui Jeti Lumut atau Jeti Marina yang baru siap dibina. Aku decide untuk ke Pulau Pangkor melalui Jeti Marina. Tempat baru siap baru first time nak cuba. Bertahun-tahun dulu pergi Pulau Pangkor dah naik feri dari Lumut. Mari kita cuba Jeti Marina pula. Perjalanan dari Jeti Marina ke Pulau Pangkor hanya plus minus sepuluh minit. Tak sempat nak feeling nak hangat punggung duduk dalam ferry dah sampai. Tak puas rasa kena lambung ombak dah nampak terminal Jeti Pulau Pangkor. Kalau dari Jeti Lumut pula, 20 minit perjalanan untuk sampai ke Pangkor menaiki feri.

Marina ----- Pangkor - 10 Minutes
Lumut ----- Pangkor - 20 Minutes

Kalau korang baru first time nak ke Pulau Pangkor melalui Marina, korang kene daftar dulu. Extra RM10 for registration. Just show your IC to the people at the ticket counter and they will do the registration for you. Kalau tak register tak boleh naik boat. Maybe sebab Jeti Marina lebih private so ada class sikit. They need to record senarai penumpang keluar masuk melalui Jeti Marina. Akhirnya sampai di Pulau Pangkor. Aku ingat main-main perjalanan hanya sepuluh minit. Rupanya sungguh. No pictures dalam feri sebab kerusi yang kami duduk sangat tak stabil. Goyang sana sini nak pegang camera pun tak selesa. Bila dilambung ombak lagi tak stabil mujur tak terpelanting sana sini. Ticket RM10 saja dapatlah naik feri macam tu. Nak naik feri cozy kena bayar mahal sikitla.


Dari Jeti Pulau Pangkor kami sedikit clueless actually sebab it was my first time pergi Pulau Pangkor without my parents. Selalunya urusan cenggini DediS yang uruskan. Sekarang kena belajar uruskan sendiri. Kami ikut penumpang-penumpag lain gerak keluar dari terminal secara berjemaah. Jalan punya jalan ada seorang abang datang tanya kami menginap dimana. Dia ada sediakan perkhidmatan hantar pelancong ke hotel. Kalau keluar dari jeti memang dah ada notice board harga tambang dari jeti ke mana-mana hotel jadi harga sudah ditetapkan. Pemandu taxi tak boleh menipu terang-terang semua orang dah tahu harga tambang. Alhamdulillah perjalanan kami ke Teluk Nipah berjalan lancar. Siap dihantar sampai depan pintu hotel. Eh kami duduk budget resort saja. Dikenakan RM15 untuk satu trip nanti balik pun RM15 juga. Sampai sudah hampir pukul 5:00PM jadi kita tunaikan apa yang wajib baru bersiap-siap untuk terjun laut. Memang motif kami ke Pulau Pangkor untuk berendam sampai lebam. Sempat juga tanya abang taxi mana spot yang best untuk mandi laut. He suggested two places di Pantai Bogak dan Teluk Nipah. Teluk Nipah lebih terkenal dan orang pun lebih ramai. Ada kedai-kedai makanan dan suasana lebih meriah.







Aku dan Kak Yan siap untuk mandi laut. Kami sebenarnya dah siap bawa bekal dari rumah untuk makan malam. Jadi usung sekali bekal nak makan tepi pantai. Seronok ditiup angin petang sambil makan. Ombak agak kuat and besar takut jugak sebenarnya dengan mengenangkan pesan-pesan MamiZ yang berbakul. Jangan terlalu berani. Jangan itu Jangan ini. Take things into consideration juga jangan ingat seronok saja. Tapi bila dah tengok ombak sedikit jinak beranilah ke tengah sikit. Landai pantainya. Patutlah ada yang pergi lebih jauh dari kami. Sebab memang landai. Since kami keluar pun dah almost Maghrib tak adalah lama sangat pun berendamnya. Jadilah untuk hari pertama di Pulau Pangkor. Nak tunggu sunset tapi mendung semacam. Tak jadi tunggu sampai senja. Hari hujan. Semoga esok lebih cerah.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.