SITI.YANG.MENAIP: PERAK | PULAU PANGKOR 2013 PART 1 - JETI MARINA KE PULAU PANGKOR + BUDGET BEACH RESORT

PERAK | PULAU PANGKOR 2013 PART 1 - JETI MARINA KE PULAU PANGKOR + BUDGET BEACH RESORT

/
6 Comments
September 13, 2013

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PULAU PANGKOR PERAK

PULAU PANGKOR | PERJALANAN DARI JETI MARINA KE PULAU PANGKOR DAN MENGINAP DI BUDGET BEACH RESORT. Sangat lama tak menulis sampai tak tahu nak mula macam mana. I was so busy menguruskan kehidupan seharian sampai tak terkejar nak jenguk blog. Dua minggu lepas aku ada rancang satu trip ke Pulau Pangkor memandangkan currently aku berada di Parit. Contract dah nak habis so why not explore sikit apa yang ada nearby. Aku ajak sekali kakak-kakak lain memeriahkan trip. Kalau aku seorang memang tak jadilah. Kami rancang weekend getaway. Booked untuk tidur dua malam di Budget Beach Resort through Agoda. Hotel murah saja tapi okay sangat bilik yang kami dapat. After school, lepas zohor kami terus pecut ke Lumut. Perjalanan mengambil masa lebih kurang satu jam dari Parit. Ada dua options yang boleh dipilih untuk access ke Pulau Pangkor. Sama ada naik feri melalui Jeti Lumut atau Jeti Marina yang baru siap dibina. Aku decide untuk ke Pulau Pangkor melalui Jeti Marina. Tempat baru siap baru first time nak cuba. Bertahun-tahun dulu pergi Pulau Pangkor dah naik feri dari Lumut. Mari kita cuba Jeti Marina pula. Perjalanan dari Jeti Marina ke Pulau Pangkor hanya plus minus sepuluh minit. Tak sempat nak feeling nak hangat punggung duduk dalam ferry dah sampai. Tak puas rasa kena lambung ombak dah nampak terminal Jeti Pulau Pangkor. Kalau dari Jeti Lumut pula, 20 minit perjalanan untuk sampai ke Pangkor menaiki feri.

Marina ----- Pangkor - 10 Minutes
Lumut ----- Pangkor - 20 Minutes

Kalau korang baru first time nak ke Pulau Pangkor melalui Marina, korang kene daftar dulu. Extra RM10 for registration. Just show your IC to the people at the ticket counter and they will do the registration for you. Kalau tak register tak boleh naik boat. Maybe sebab Jeti Marina lebih private so ada class sikit. They need to record senarai penumpang keluar masuk melalui Jeti Marina. Akhirnya sampai di Pulau Pangkor. Aku ingat main-main perjalanan hanya sepuluh minit. Rupanya sungguh. No pictures dalam feri sebab kerusi yang kami duduk sangat tak stabil. Goyang sana sini nak pegang camera pun tak selesa. Bila dilambung ombak lagi tak stabil mujur tak terpelanting sana sini. Ticket RM10 saja dapatlah naik feri macam tu. Nak naik feri cozy kena bayar mahal sikitla.


Dari Jeti Pulau Pangkor kami sedikit clueless actually sebab it was my first time pergi Pulau Pangkor without my parents. Selalunya urusan cenggini DediS yang uruskan. Sekarang kena belajar uruskan sendiri. Kami ikut penumpang-penumpag lain gerak keluar dari terminal secara berjemaah. Jalan punya jalan ada seorang abang datang tanya kami menginap dimana. Dia ada sediakan perkhidmatan hantar pelancong ke hotel. Kalau keluar dari jeti memang dah ada notice board harga tambang dari jeti ke mana-mana hotel jadi harga sudah ditetapkan. Pemandu taxi tak boleh menipu terang-terang semua orang dah tahu harga tambang. Alhamdulillah perjalanan kami ke Teluk Nipah berjalan lancar. Siap dihantar sampai depan pintu hotel. Eh kami duduk budget resort saja. Dikenakan RM15 untuk satu trip nanti balik pun RM15 juga. Sampai sudah hampir pukul 5:00PM jadi kita tunaikan apa yang wajib baru bersiap-siap untuk terjun laut. Memang motif kami ke Pulau Pangkor untuk berendam sampai lebam. Sempat juga tanya abang taxi mana spot yang best untuk mandi laut. He suggested two places di Pantai Bogak dan Teluk Nipah. Teluk Nipah lebih terkenal dan orang pun lebih ramai. Ada kedai-kedai makanan dan suasana lebih meriah.







Aku dan Kak Yan siap untuk mandi laut. Kami sebenarnya dah siap bawa bekal dari rumah untuk makan malam. Jadi usung sekali bekal nak makan tepi pantai. Seronok ditiup angin petang sambil makan. Ombak agak kuat and besar takut jugak sebenarnya dengan mengenangkan pesan-pesan MamiZ yang berbakul. Jangan terlalu berani. Jangan itu Jangan ini. Take things into consideration juga jangan ingat seronok saja. Tapi bila dah tengok ombak sedikit jinak beranilah ke tengah sikit. Landai pantainya. Patutlah ada yang pergi lebih jauh dari kami. Sebab memang landai. Since kami keluar pun dah almost Maghrib tak adalah lama sangat pun berendamnya. Jadilah untuk hari pertama di Pulau Pangkor. Nak tunggu sunset tapi mendung semacam. Tak jadi tunggu sampai senja. Hari hujan. Semoga esok lebih cerah.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

6 comments:

  1. syoknyaaa. dah lama tak mandi kat pantai. ade plan nak g sana nanti.. ehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. make sure jangan datang time musim hujan macam kami pergi ni.. ombak besar saangat jadi bahaya.. nak mandi pun takut hehe..

      Delete
  2. alahai xdpt nak tgk sunsetkan hihii nnt dtg lagi ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau ada kesempatan nak saja CT pegi lagi hehe.. why not..

      Delete
  3. benda best kalau pergi pulau pangkor - makanan2 seafood yg mcm jajan tuu :D hehe pernah makan kat gerai2 kat pangkor, pastu kecewa kenapa harga mahal sgt. pastu katanya sbb seafood fresh dr laut. T_T kalau kat luar pun, mahal jugak sbb kos pengangkutan. hahaha, senang cakap, harga barang memang naik skrg. Eh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi akak suka jajan yang keropok ikan tu saja. yang dalam peket ada kecik2 hehehe.. itu kalau makan memang boleh tak perasan apa. eh Hanis.. memang mahal lah seafood kat sini. kami tak jadi makan gempak2 terkejut dengar harga. lastnya makan biasa2 saja. baik akak balik penang and makan seafood puas-puas.

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.