SITI.YANG.MENAIP: JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017 DAY 2.0 - KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT TERMINAL 2 + PEACH AVIATION + NEW CHITOSE AIRPORT + HELLO HOKKAIDO

JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017 DAY 2.0 - KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT TERMINAL 2 + PEACH AVIATION + NEW CHITOSE AIRPORT + HELLO HOKKAIDO

/
51 Comments
January 05, 2018

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017

Entri sebelumnya diSINI.
5 December 2017 (Selasa)

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT TERMINAL 2, PENGALAMAN PERTAMA MENAIKI PEACH AVIATION KE NEW CHITOSE AIRPORT HOKKAIDO. Tak ingat pukul berapa terjaga tapi belum masuk waktu Subuh dan ramai yang masih tidur. Sakit badan yang amat dan masih panas tapi digagahi juga. Panic sekejap cari Ain tak jumpa rupanya dah tukar tempat tidur. Masih awal nak bangun tapi dah tak boleh lelap. Layan Netflix sebab wifi di Aeroplaza sangat awesome. Bangun bersiap di tandas yang berdekatan buatlah apa patut nak freshen up. Nak mandi pun boleh. Disediakan shower room yang terletak di Terminal 1 (International North Gate), di KIX Airport Lounge dan di 2F Aeroplaza. Dikenakan bayaran 500Y - 600Y untuk 15 minit. Rujuk SINI untuk peta lokasi. Kesemua shower rooms yang disediakan adalah coin-operated jadi masuk duit air pun keluar. Shampoo, shower gel dan conditioner turut disediakan. Mandi kena pantas tak boleh take your own sweet time. Bersiap ala kadar just nice untuk menempuh perjalanan ke Hokkaido dan solat. Kami bentang sejadah buat tak tahu dan solat. Kalau rasa insecure ada juga ceruk yang tersorok jadi boleh solat disitu. Tapi jangan risau, orang ramai di Aeroplaza tak sempat nak ambil peduli pun kita buat apa. Masing-masing sibuk dengan urusan masing-masing. 

KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT : DARI TERMINAL 1 KE TERMINAL 2 MENGGUNAKAN FREE SHUTTLE BUS SERVICE

Di Terminal 1, ada juga perlepasan ke destinasi-destinasi domestic tapi untuk selected airlines saja. Khas untuk penumpang-penumpang Peach Aviation, KIX telah menyediakan satu terminal khas iaitu Terminal 2 Kansai International Airport. Hanya Peach Aviation saja yang beroperasi di Terminal 2. Kalau korang naik ANA, JAL, Vanilla Air atau mana-mana airlines selain Peach Aviation tak perlu susah-susah ke T2. Terpaksalah kami gerak ke T2 untuk check-in luggage. Selesai solat kemas barang sikit siap sedia untuk berangkat ke Terminal 2. Semangat nak sampai domestic departure awal-awal.. Ikut saja signage 'shuttle' dan tunggu service shuttle bus ke T2 yang disediakan secara percuma. Dekat sangat dengan kawasan Waiting Area hanya perlu turun ke bawah terus sampai di tempat menunggu shuttle bus. Rujuk SINI untuk lokasi menunggu shuttle bus ke T2 Kansai International Airport. Ada timetable waktu pergerakan shuttle bus online tapi based on my observation, frequency service shuttle bus ke T2 adalah banyak bermula seawal 06:00AM dan mungkin sedikit slow menjengah tengah malam.

Dalam shuttle bus dari T1 ke T2.


Perkhidmatan percuma shuttle bus yang sistematik.

Tak sampai lima minit gap, another shuttle bus sampai.

Terminal 2 International Gate perlepasan Peach Aviation ke negara lain.

Shuttle bus turunkan penumpang berhadapan dengan Domestic Gate.

Suasana di dalam kawasan Domestic Gate T2 Kansai International Airport.

Kerusi-kerusi yang disedikan untuk menunggu pun tak banyak.

Penerbangan ke New Chitose Airport Hokkaido adalah pada pukul 09:00AM. Pukul 07:00AM kami dah terpacak di T2. Memang dinasihatkan untuk berada di terminal one hour prior depature tapi kami nervous better pergi awal. Bangunan T2 sama macam LCCT rumah gudang yang besar. Tak ada yang menarik langsung dan kerusi pun tak banyak disediakan. Masuk melepasi pintu automatic terus nampak kaunter drop luggage dan ada signage 'Okinawa' dan 'Fukuoka' saja. Duduk dulu sekejap hilangkan penat sebelum aku pergi jenguk mesin print ticket. Bila nampak ada yang bertudung ganjil semacam makhluk seorang ni ramailah datang nak tolong. Very nice staff Peach Aviation tolong even though mesin ada option English. Scan code yang diberikan tapi yang appear adalah 'Access Denied'. Dua kali cuba still sama. Dah sudah.. Nak nangis pun ada. Staff minta nak check ticket aku dan senyum saja. Rupanya untuk ke New Chitose belum boleh check-in. Pukul 08:20AM baru boleh scan code. Dalam hati terdetik tak lewat sangat ke nak check-in tapi ikutkan saja. Duduk melepak melangut tengok orang. Adalah kedai kalau nak beli coffee tapi tak terasa pun. Not a fan. Tiba-tiba ada segerombolan penumpang (adalah dalam 20-30 orang) baru turun shuttle bus masuk dan terus ke mesin untuk scan dan print ticket. Pantas terus masuk ke security check dan hilang disebalik pintu. Yang mana nak drop luggage boleh proceed drop luggage, kalau tak ada terus saja ke depature gate. Peeergh !! Patutlah tak ramai orang berlegar-legar sebab yang sampai terus uruskan urusan ticket dan lenyap. Kenapa ya cepat sangat.. Makin tak sabar nak tahu macam mana situasi disebalik pintu security.

PENGALAMAN PERTAMA MENAIKI PENERBANGAN PEACH AVIATION DARI KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT KE NEW CHITOSE AIRPORT HOKKAIDO

Peach Aviation berpusat di Kansai International Airport itulah sebabnya siap ada satu terminal khas untuk Peach Aviation. Urusan booking ticket penerbangan adalah sangat mudah dengan syarat ada credit card. Tak ada credit card memang tak boleh booking langsung. Ingatkan bila dah activekan debit card untuk buat international transaction bolehlah guna tapi asyik kena reject. Ended up terpaksa pinjam credit card orang lain yang baik hati nak tolong because I don't have one. Thank you so much. Homepage Peach Aviation pula sangat tersusun dan comel mudah untuk berurusan. Isi nama kena rapatkan semua huruf 'binti' pun dirapatkan sekali. Contohnya : SITIH#####BINTI (Name) dan SH### (Surname). Maaf tak ada tutorial bergambar tapi jangan risau senang saja nak isi. At first aku memang tak tahu nak isi macam mana sebab keliru. Tanya kawan yang pernah study di Jepun katanya tak perlu 'BINTI' tapi tanya seorang lagi kawan yang pernah menaiki Peach Aviation letak 'BINTI' untuk mengelakkan persoalan bila nama di booking form tak tally dengan passport. Baiklah.. Letaklah 'BINTI'. Aku letak 'BINTI' sekali terus dengan nama. Alhamdulillah selamat lepas kastam dan urusan-urusan lain. Peach Aviation menawarkan tiga jenis kelas penerbangan. Paling murah obviously paling tak ada benefit, sesuai untuk those yang travel light, middle dan paling mahal. Kami ambil yang middle Value Plus namanya, boleh check-in luggage 20KG seorang dan hand carry 10KG seorang. One of the reasons kenapa kami pilih nak naik Peach Aviation selain daripada tambang yang paling murah adalah kerana kecomelan nama airlines 'Peach Aviation' dan warna tema purple. Serba serbi purple sooo kawaii.

Hampir 08:20AM dah nampak signage 'Chitose' dipasang. Banner guna kertas saja langsung tak fancy tapi still warna purple. Tak ada screen electronic pun. Pandai-pandailah kau buka mata luas-luas tengok banner. Staff yang tolong aku tadi dah panggil suruh check-in. Nampak tak macam mana diorang bekerja ? Alert dan ingat penumpang-penumpang walaupun deal dengan ramai orang dalam masa sehari. Scan code terus keluar nama dan tiket. Nak scan code terus dari handphone pun boleh. Dapat ticket terus pergi ke kaunter untuk drop luggage. Scan luggage sekali dan terus tinggalkan di kaunter. Tak ada banyak soal. Untuk hand carry, staff hanya tanya saja ada atau tak barangan terlarang tak check pun. Memang tak adalah jadi terus ke security gate. Punyalah standby nak tanggalkan jam, nak keluarkan handphone dan segala macam benda yang kita selalu lalui di Malaysia rupa-rupanya tak ada langsung security check. Disambut mesra dengan senyuman dan hanya angguk-angguk kepala sambil wish safe journey. Tahap kepercayaan tinggi sangat agaknya sampai tak perlu check. Mampu bertukar pandangan saja dengan Ain sambil terserlah rasa kagum.

Boarding pass dan ruangan menunggu Q untuk ke Chitose.

Melepasi security gate ada kedai kiri kanan dan terus sampai ruangan menunggu. Tak adalah episode menapak jauh atau takut ditinggalkan kapal terbang. Hairan sungguh kenapa semua sudut tak ada banyak kerusi disediakan. Sikit sangat. Memang masyarakat Jepun tak suka duduk agaknya. Kami cari tempat nak melepak tapi tak sampai 10 minit menunggu pun semua penumpang sudah dipanggil beratur. Waktu menunjukkan pukul 08:40AM. Hanya pemegang ticket seat tepi tingkap saja dulu yang dibenarkan masuk dan memang akan disemak satu per satu. Tak ada yang tak ikut arahan pun semua faham bahasa jadi process sangat smooth dan cepat. Since aku beli seat duduk tepi tingkap, aku berjalan masuk dulu ke dalam kapal terbang. Landasan open air tak ada aerobridge kena naik tangga macam zaman di LCCT. Angin sejuk bertiup kencang memang menggigil teruk walaupun jarak menapak dekat tapi seksa yang amat. Nak buka mata pun berkerut-kerut dahi. Ingatkan ada aerobridge rupanya tak ada.. Baju sejuk pula dah lipat masuk hand carry. Padan muka !!

Sambil flight attendance check compartment sambil kapal terbang gerak. Woooah !! 08:55AM demonstration keselamatan tepat 09:00AM dah depart. Bukan 09:00AM baru undur nak gerak. NO !! No wonder they don't even mind check-in 40 minit sebelum berlepas sebab semuanya sangat sistematik right on the dot terus gerak. Pap pap pap pap !! Selesai kerja. Itulah agaknya sebab kenapa tak perlu nak sediakan kerusi banyak-banyak sebab tak sempat nak duduk melepak dah dipanggil. No wonder juga semua penumpang yang meluru masuk ke departure gate lesap sebab sistem yang sangat bagus pantas dan sistematik. I just can't imagine how they work it out..


Goodbye Kansai. Will be back soon..

Terbang meninggalkan landasan Kansai International Airport.

Kapal terbang Peach Aviation biasa saja besarnya. Sama size dengan pesawat Air Asia untuk penerbangan domestic. Untuk journey sejam dua okaylah just nice. I noticed one thing masa melangkah masuk ke flight, flight attendance pandang atas bawah sambil sengih kemain sangat. Mula-mula ucap selamat datang in Japanese kemudian sendiri melatah kalut greet in English. Alaaa tak kisah pun.. Ada juga penjualan makanan snack dan merchandises. Comel-comel merchandises Peach Aviation teringin nak beli (tiba-tiba jadi peminat pula) tapi melihatkan harganya memang hanya mampu tengok tak mampu membeli. Penerbangan ke New Chitose Airport Hokkaido mengambil masa selama hampir dua jam. Memang kami sambung tidur mengantuk dan penat. It was a rough journey bumpy here and there. Awan kepul-kepul dan tebal. Penggunakan handphone adalah dibenarkan cuma tak dibenarkan membuat sebarang panggilan (diberitahu ketika penerangan keselamatan) dan memang dapat signal 4G. Laju !! Hati makin melonjak riang bila buka tingkap dah mula nampak tompokan-tompokan putih di daratan. Tak tahu nak express perasaan dalam hati macam mana. Ya Allah.. hanya tuhan yang tahu betapa aku excited dan sangat tak sabar untuk mendarat. Berkali-kali rasa syukur aku ucapkan dan berterima kasih dengan peluang yang DIA berikan. Always.. Always be grateful and thankful.

How can you say no to this ?






Hello Hokkaido.. Nice to meet you.



Alhamdulillah selamat mendarat di New Chitose Airport Hokkaido at 11:00AM local time. Memang satu perasaan yang tak dapat nak digambarkan macam mana rasanya bila tengok salji putih memenuhi landasan. Terkedu dan rasa diri sangat kerdil. Lama berdiri di aerobridge mengintai landasan. It was not my first encounter dengan snow. Dah pernah main snow when I went to Korea few years ago tapi perasaan kali ini tak sama. Not at all. Slowly berjalan meninggalkan aerobridge nak pick up luggage. I believe yang menanti di luar airport mesti lagi menakjubkan. Tak sabar nak melalui pelbagai lagi pengalaman baru dan menarik yang aku dan Ain akan tempuh selama lima hari di Hokkaido. Tapi.. Kita pergi makan dulu ya. Perut dah mula buat konsert tarian kipas.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

51 comments:

  1. Lima hari di Sapporo pun rasanya dah cukup puas bergomol dengan snow yang macam tepung tu kan CT...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jujurnyaa tak puas PLM..!! tamoo balik hahaha.. nak pergi lagi nak main snow lagi. seronoknyaa cuma satu yang tak best.. penat jalan bila snow ni lain macam..

      Delete
  2. amboi..bestnya..bila blh join siti g travel gak ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomla kak.. kita plan yang dekat2 dulu. akak kalau ada idea bagitau kalau CT free poket tengah okay inshallah on =D

      Delete
  3. Seronoknyaa tak sampai lima minit gap antara bas tuu. Kita kat sini kadang2 sampai berejam jugak. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo bus Malaysia kat airport okay kot servicenya jenuh kalau berejam hihi.. well orang Jepun kan memang hebat disiplinnya.. kagum kan =D

      Delete
  4. mmg teruja sangat kan tengok airport memutih dari atas
    can't wait for my turn (walaupun tak tau bila huhuhu)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. orang nak cakap jakun pun jakunla hihi memang jalun pun hahaha.. insyallah tu real soon. kadang2 yang kita tak plan betul tu Allah izin nak sampai =D

      Delete
  5. Subhanallah.. terasa diri sendiri pulak yang lalui pengalaman ni.. Good sharing dear :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you.. harapnya perkongsian ini ada manfaatnya =D

      Delete
  6. Seronoknya nampak sis jalan sana sini. ya ampun bila nak pergi ni? Japan pun memang merupakan satu destinasi wishlist saya. hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh sampai tu.. akak pun mula dengan angan-angan. you can do it !!

      Delete
  7. Wah, bestnya... Tak sabar nak baca sambungannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe sambungan nanti nanti hahaha..

      Delete
  8. Ya Allah baca pengalaman CT rasa macam dok ikut CT p trip sekali. Seronok sangat. Macam macam pengalaman, esok esok pengalaman tu nanti boleh bantu kita travel ke negara yang lain juga kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya apa yg CT kongsi dapatla sikit bantu kawan2 yang nak pergi sana. tapi entries CT banyak membebel je hahaha..

      Delete
  9. Oh kena ada credit card juga untuk pembelian tiket kapal terbang ye. Thanks berkongsi info

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. urusan mudah senang tapi kena ada cc. rasanya tak banyak airlines luar yang terima debit. kalau airlines kita okay lagi.. internet banking je.

      Delete
  10. Wah bestnya pergi masa winter. Dpt main salji. Seronok tgk gambar2 siti. Teringin nye nk ke jepun. Tp bila baca bab bumpy tu sakit perut kejap. I is penakut. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha samalah.. CT sbenarnya penakut jugak tapi tak ada cara lain da kalo nak pegi kena go thru jugak hihi.. kadang2 paksa diri tidoo tamo fikir. hehe..

      Delete
  11. Seronoknya dapat travel. Insyallah nanti saya pun nak pergi travel.

    ReplyDelete
  12. Baca pengalaman CT, teruja pula nak melalui sendiri.. Adoilah.. Kalau dapat pergi ini, memang teruja habis.. Tamabah-tambah pengalaman dekat airport tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah boleh pergi. huhu kat airport tu bosan je kak.. tak menarik pun..

      Delete
  13. Kita baru tahu ada airport nama New Chitose masa tengok gambar this trip dekat your Instagram :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi airport baru jugak tu.. besar yang amat huhuhu..

      Delete
  14. best nyerrr laa kalau semua staf security kt airport mcm tu... ni x muka 24 jam masam jee hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ada je orang yang tak mesra kami jumpa. okayla majoriti okay tak adalah scary sangat =D

      Delete
  15. xde rezeki kalau tak kita ikot dah huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tak apa next time ada rezeki lagi =D

      Delete
  16. harap-harap satu hari nanti berpeluang juga ke negara matahari terbit ini. Sekarang no baca entry sym ni pun rasa teruja sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin amin mudah2an ada rezeki itu menanti =D

      Delete
  17. in shaa Allah xde aral melintang Ray pun nak terbang ke sana. Ameen

    ReplyDelete
  18. maigod, ni yang CT cerita hari tu. sampai hari ni akk still x dpt hadam. Hahaha, kena tengok sendiri depan mata. Peach Aviation, comel giler nama. And those snow...pergh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kena experience sendiri.. CT pun tak percaya diorang boleh manage semua benda semua urusan dalam tempoh masa yang sangat singkat. memang sangat sistematic =P

      Delete
  19. bestkan sbb tak yah tunggu lama..betul2 on time

    winter with snow..pemandangan cantik, syok dpt bergomol dgn salji tpi akk kureng sikit..tk suka pakai baju berlapis-lapis, jari2 sakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi excited sebab mende tak ada kat tempat kita kan.. serba jakun tengok snow tebal gitu hehehe.. btol2 kak sistem diorang memang tip top. tak boleh nak sangkal da.. in 30mins siap semua peergh.. Malaysia kena belajar sistematik macam tu..

      Delete
  20. wow masuk coins keluar ayaq..so canggih.kena praktik kat Malaysia supaya tiada istilah membazir..hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. dalam masa 15mins kena mandi. kalo tak masuk duit lagi. yang jenis mandi lama-lama sedikit stress la mandi situ hehehe..

      Delete
  21. susah la sbb tak ada credit card. sob2... cantik gila tgk salji dr atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ni ceq setuju.. mujur ada orang nye boleh pinjam. kalo tak memang jenuh jugaklah nak booking2 susah..

      Delete
  22. Comel nama Peach Avation tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. comel kan.. tu kami fall in love jugak hehe..

      Delete
  23. Replies
    1. teruja kan Mummy.. subhanallah cantik ^^

      Delete
  24. eh! boleh bukak tingkap.. tingkap flight ka.. ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tingkap flight lew Mummy nak tengok view hehe..

      Delete
  25. Adoiii bila la mummy dapat jejak Jepun ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh Mummy.. bawak hero2 sekali hehe =D

      Delete
  26. Best system depa. Orang Jepun memang efisyen. Biasanya naik kapal terbang dari Malaysia saja. Paling benci bila dah sampai awal, kata berlepas 5 petang, 4.55 baru bagi naik, 5.20 baru berlepas.

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.