SITI.YANG.MENAIP: PERTH | WESTERN AUSTRALIA 2016 : DAY 7.0 - BELI CORELLE DI BELMONT FORUM + KINGS PARK + GOODBYE WESTERN AUSTRALIA

PERTH | WESTERN AUSTRALIA 2016 : DAY 7.0 - BELI CORELLE DI BELMONT FORUM + KINGS PARK + GOODBYE WESTERN AUSTRALIA

/
53 Comments
July 12, 2017
Entri sebelumnya di SINI.
04 Jun 2016 [Saturday]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE PERTH WESTERN AUSTRALIA | PERTH - BELI CORELLE DI BIG W BELMONT FORUM, KINGS PARK DAN SELAMAT TINGGAL WESTERN AUSTRALIA. Barang-barang diborong sakan selama tujuh hari di Western Australia sekarang jenuh fikir macam mana nak sumbat semuanya dalam luggage. Thanks to Malindo Air kasi 30KG each jadi semua orang pun shopping tak ingat dunia. MamiZ nak bawa balik juga kuali dan pisau yang dia beli di Coles gigihlah anak dia menyusun. Susun kemas dan gunakan sebaik mungkin space yang ada alhamdulillah dapat sumbat semuanya dalam satu luggage. Bag baru yang dibeli di Watertown simpan dulu sebab kami akan ke Belmont Forum pula untuk shopping lagi before balik. Tak sudah-sudah. Tak sangka masing-masing sebenarnya ada dark side kaki shopping. Check-out dari Victoria Park Lodge around 09:00AM tak adalah awal sangat. Tak ada benda nak kejar flight pun lambat lagi petang nanti. Say goodbye kat owner dan dia minta maaf hiruk pikuk dua malam yang kami kena hadap. Sengih sajalah nak buat apa lagi.

BELI PINGGAN MANGKUK DAN PERALATAN DAPUR TEFAL PYREX CORNINGWARE CORELLE DI BIG W BELMONT FORUM PERTH

Tak sah kalau ke Australia tapi tak beli pinggan mangkuk Corelle sekotak dua buat habuan atau souvenirs. Selain Corelle ada Tefal Corningware dan Pyrex. Mak-mak mesti suka kalau kita bawa balik benda-benda macam ni. Aku tak beli because last time I bought one set dah untuk MamiZ. Just incase MamiZ ada berkenan apa-apa lagi bolehlah beli tapi nothing really caught our eyes that day. Di Perth aku tak really sure kedai mana yang jual Corelle harga murah but di Big W definitely ada Corelle dan kami memilih untuk ke Big W di Belmont Forum. Kalau korang nak shopping tapi ada limited time boleh datang ke Belmont Forum terus. Semua hypermart ada ditempatkan dalam satu bangunan. Ada Big W, Coles, Woolworth, KMart dan Aldi senang habis cerita semua benda boleh dapat di Belmont Forum. Pandora pun ada disini. Satu lagi tempat membeli-belah yang famous adalah Westfield. CHakim saja yang beli Corelle dua set. Satu set 16 pieces dapat 59AUD (RM187.03 approx) murah sangat tu. Mana nak dapat di Malaysia. Compared to harga Corelle di Melbourne murah lagi di Melbourne.

BELMONT FORUM PERTH

Trading Hours
Monday 8:00am - 5:30pm
Tuesday 8:00am - 5:30pm
Wednesday 8:00am - 5:30pm
Thursday 8:00am - 9:00pm
Friday 8:00am - 5:30pm
Saturday 8:00am - 5:00pm
Sunday 11:00am - 5:00pm

CONTACT US
227 Belmont Ave‎, Cloverdale WA 6105, Australia

Website - Belmont Forum

Apa yang menarik aku dan MamiZ tak habis-habis rasa nak beli baju budak-budak. Gila harga sangat murah. Baju kanak-kanak bukan tak ada brand. GAP Kids dan Lee Cooper hanyalah around 5AUD-30AUD (RM15.85 - RM95.10 approx) sehelai. Rambang mata jadinya kami berdua teringat anak-anak saudara di Malaysia. Dari sepasang seorang dapatlah habuan dua tiga pasang. Memang murah sangat. Tshirt kanak-kanak cantik-cantik lengan panjang hanya 3AUD (RM9.51 approx). Menggoda sangat sampai lupa nak cari untuk diri sendiri. We had our lunch di Nandos before bergerak balik. Beli chocolate lagi top up yang ada untuk dibawa pulang. Itulah gunanya bag yang baru dibeli di Watertown. Alhamdulillah muat semuanya. Funniest part adalah nak tutup bonnet kena guna tenaga tiga orang serentak. Nampak sangat terlebih muatan. Mujur nak balik Malaysia dah.

KINGS PARK DAN BOTANIC GARDEN PERTH

Antara lokasi wajib singgah sekiranya ke Perth. Banyak lagi tempat-tempat iconic sekitar Perth yang ada tapi kami tak sempat terjah. Dah habis masa road trip sekitar Western Austalia. Jadi mana yang sempat sajalah. Tempat-tempat lain insyallah next time kalau ada rezeki lagi. Cara terbaik nak menikmati permandangan Perth CBD dari jarak jauh mengadap Swan River. Nampak bangunan-bangunan pencakar langit di bandar Perth. Kami singgah sekejap sebelum pulangkan kereta di Bayswater. Menarik melepak santai orang tak ramai sangat. Spots untuk BBQ pun ada disediakan. Memang sangat family type untuk beriadah. Rumput cantik nak golek-golek dibuatnya.

Kulit muka masing-masing dah sunburn tanpa sedar.







Kalau ada banyak masa nak juga meronda-ronda sekitar Kings Park dan Botanic Garden. Ada banyak spot untuk bergambar tapi apakan daya. Masa tak mengizinkan. Kalau korang nak datang sini janganlah spend masa sekejap saja. Spare lama sikit boleh pusing puas-puas tak adalah terkilan macam aku. Cantik sangat tempatnya walaupun ada rumput dan pokok saja. Kalau musim bunga mesti bersepah-sepah bunga-bunga cantik.

PULANGKAN KERETA DI BAYSWATER DAN MENUJU PERTH AIRPORT

Urusan memulangkan kereta sangat simple. Kita keluarkan dulu barang-barang kita put aside dan pulangkan kunci. Sama-sama nanti kita akan check kereta dengan pekerja Bayswater takut ada kerosakan. Alhamdulillah semua okay. Jangan lupa untuk isi minyak full tank semula sebelum pulangkan kereta. Dapat kereta minyak full pulangkan pun kena full. Since kami dah tempat airport transfer, akan ada wakil hantarkan kami ke Perth Airport. Tak jauh pun dalam lima belas minit saja. Sampai di Perth Airport kami pergi cari service wrapping dulu. Nak balut Corelle sebab bakal check-in sekali. Insyallah selamat Corelle tahan lasak. Untuk pengetahuan semua, berat sekota Corelle 16 pieces adalah plus minum 4.8KG jadi nak buat jadi hand carry pun boleh. Disebabkan masing-masing ada 30KG luggage, kenapa susahkan diri mengusung. Lepas kastam semua terus saja ke departure gate. Kami masuk around sejam setengah awal. Tak awal sangat tak lewat sangat. Sambil melepak tunggu kapal terbang bolehlah meronda-ronda dalam airport. Beli lagi bekalan air tea peach dan chocolate milk yang sedap dan jajan-jajan nak makan dalam flight. Menghabiskan coins yang ada nanti bukan boleh tukar balik.






Flight Malindo Air that day tak full house. Kami dapat row depan sekali dengan leg room yang super luas nak buat apa saja. Selesa sangat rasa nak baring tidur kat lantai pun boleh. Part paling sedih for sure nak say goodbye. Haaaih sayunya hati setiap kali nak balik. Walaupun rindu negara tercinta tapi masih juga sedih. Tujuh hari yang penuh suka duka dan pengalaman berharga di bumi Western Australia. Meninggalkan kami dengan seribu satu kenangan. Insyallah ada rezeki akan kembali masih banyak yang belum diteroka. Nanti aku kongsikan budget dan perbelanjaan. Selamat tinggal Perth dan Western Australia.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

53 comments:

  1. Tak pernah travel jauh jauh mcm ni CT.... belum ada bajet huhu....
    Kita ni pompuan suka jerlah soping corele bagai tu tp malangnya husband kurang suka so nampaknya boleh beli FM jerlah... ringankan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kirim lepas ni.. ada ramai yang ambil order kalau ke Australia memang beza sangat2 harga murahnya. Corelle ringan saja skotak.. yang berat tu Pyrex or Corningware seksa nak bawak hihi.. jom kita jalan-jalan ^^

      Delete
  2. wah..bestnya melancong..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kak.. tapi kena tunggu tabung CT penuh balikla hehe..

      Delete
  3. seronok baca trip siti ni...puashati tgk gmbr2 yg cntik wlaupon tak penah smpai...

    x sabar nk baca trip yg lain pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Kak Zai.. alamak trip nye sikit je bukan selalu pun.. sesekali bila tabung penuh.. dapatla jalan..

      Delete
  4. syoknyer... bila leh p agaknya ni... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh boleh.. menabung kena disiplin. ni CT pun dah tersasar banyak tabung dok sendu saja..

      Delete
  5. bestnyeeeee..pasnie kalau pegi perth, kite tau nak terjah mana..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best Perth.. tapi negeri ni terlalu besar tak habis pusing tak tahulah berapa hari baru dapat pusing seluruh negeri..

      Delete
  6. BANYAK BORONG PINGGAN MANGKOK YA SITI BERAT JUGA NK ANGKUT BAWA BALIK TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe CT x beli pinggan mangkuk this time kak.. banyak beli chocolate hehe.. and shopping melampau. teruk betul.. hihi..

      Delete
  7. alahai Siti...akak yg baca cerita Siti ni pun tumpang seronok..melancung tu kan sinonim dgn shopping..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ada orang tak suka kak.. depa nak jalan jaaa.. CT a mixture of semua kot hehe.. kadang2 gatai nak membeli.. kadang2 rasa nak jimat..

      Delete
  8. gambar semua cantikkkkkkk

    ReplyDelete
  9. Murahnya baju budak2 dekat sana. Kalau ana confirm xbergerak dr shopping tu. Hehe.

    Suka tgk gambar2 siti. Cantik semuanya.

    Malindo memang best. Leg room sgt luas dan ada in-flight entertainment. Pernah naik sekali je masa ke Bandung dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. balik Perth memang paling bruntung sebenarnya anak2 buah.. selalu CT xde pkir diorang sangat tapi sbb cantik2 branded and murah tu yang dapat habuan masing2.. yang xde anak ni pun truja kak.. best kan Malindo diakui. ada kesempatan boleh cuba lagi ke tempat lain..

      Delete
  10. Replies
    1. seronok sesekali bila tabung da penuh ^^

      Delete
  11. Cantiknya semua gambar2 ni. Mana gambar pinggan mangkuk? Nak tengok ☺☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sebab tak beli so tak amek gambar hehe =P

      Delete
  12. Replies
    1. seronok.. jom. tapi tunggu tabung penuh balik ngeh3..

      Delete
  13. seronoknye dah pegi Perth!

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi tak pergi.. besar sangat negerinya..

      Delete
  14. Wow..gambar2 memang terbaik. Cantik.

    Part shopping pinggan mangkuk tu rasa macam teruja lak nak pegi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. bab pinggan mangkok tu memang. terasa nak beli semua especially pyrex ngan corningware peergh mmg murah sangat..

      Delete
  15. Seronoknya tengok Siti. Gambar kat sana semua cantik <3

    ReplyDelete
  16. wow ! Corelle.. haah.. mak2 suka la sangat.. anak2 tengok je kan ? heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tapi entahla sejak bila CT pun rasa dah suka dah Corelle pinggan mangkuk semua ni. macam dah terjebak sama.. hihi..

      Delete
  17. huiyoooo.. sun burn... sun bathing ea ? heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tidak waak.. memang sejuk gedi tapi sunray tu baik punya direct. kita plak selamba tak pakai sunscreen.. tulaa terbakor kulit.

      Delete
  18. cantik2 gambar.... dah say bye bye ke kat kangaroo ?? hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bye bye buat sementara waktu..

      Delete
  19. Bukan main lagi dia shopping ye....bestnya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kak nafsu tak dapat dikawal tengok semua murah2.. still mahal but too cheap berbanding di Malaysia. dats why jadi cenggitu hahaha..

      Delete
  20. Gambar2 memang cantikkkkk....

    ReplyDelete
  21. cantiknyaaaaa view kat sanaaaa. omoooooo bila laaa dpt jejak sana. xlepas2 simpan duit ni xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik.. pelan2 menabung akak pun slowly sikit2. memang rasa perit tapi bila dah dapat pergi dengan duit tabung tu memang terasa nikmat.

      Delete
  22. Comelnya MamiZ kak Siti! Muka serupa sangat :D

    Tak pernah terfikir nak jadikan Corelle sebagai hand carry. Masa parents saya shopping Corelle kat sini, saya sumbat je Corelle dalam check in luggage.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni first time orang cakap muka kami sama huhuhu.. muka akak sebijik muka ayah. orang selalu akan question ni ke anak mak akak hahaha sebab tak sama. Corelle tahan lasak so dalam luggage pun okay..

      Delete
  23. Seronoknya kalau dapat bawa balik sekotak dua Corelle tu... murah sangat kat sana yea?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaa kak murah yakamat.. paling puas hati Pyrex la cuma berat sangat nak bawak balik. bolehla beli dua tiga mangkuk tapi luggage kena berat la..

      Delete
  24. Salam. Nak tanya perlu asing duit x in case kena bayar airport tax di airport?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat ni CT tak ada pula kena bayar airport tax. maaf tak tahu kalau ada bayaran airport tax di Australia. tapi eloklah asingkan duit untuk emergency. thats what i did. memang ada few hundreds yang diasingkan.

      Delete
  25. Salam, tumpang tanya. Baju kanak-kanak (GAP) beli di mana ya? Watertown atau di Belmont Forum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. watertown pun ada kat Belmont pun ada. di Belmont CT terus ke BigW..

      Delete
  26. ct dgn aussie tak dipisahkan hehehe... hopefully nephew nk smbung study sana. boleh la borong hee

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.