SITI.YANG.MENAIP: WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 9.0 - SHOPPING DI NAMDAEMUN MARKET + MYEONGDONG

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 9.0 - SHOPPING DI NAMDAEMUN MARKET + MYEONGDONG

/
8 Comments
April 07, 2016
Entri sebelumnya di SINI.
23 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN SEOUL - NAMDAEMUN MARKET DAN MYEONGDONG. Hari terakhir di bumi Korea memang kami sudah sepakat untuk dipenuhi dengan aktiviti membeli-belah. Marilah kita habiskan saki baki duit yang masih ada untuk shopping dan borong apa yang patut nak bawa balik. Esoknya adalah hari perjalanan untuk pulang jadi tak mahu singgah mana-mana dah. Destinasi pertama kami di awal pagi adalah Namdaemun Market. Naik subway dan turun di Hoehyeon Station Exit 5. Keluar dari station kita dah dijamu dengan gerai-gerai menjual pakaian yang murah-murah. Lets not talk about quality sebab its not fair. Tapi mengikut penilaian aku, the clothes bukan cikai atau low quality sangat tau. Jahitan kemas and bersesuaian sangat dengan harga. Tapi jalanlah dulu jangan terus beli. Banyak lagi pilihan yang menanti.

NAMDAEMUN MARKET - PUSAT MEMBORONG BROOCH, SOUVENIRS DAN AKSESORI WANITA

Kami terus meluru masuk market. Suhu sangat sejuk that day jadi nak berlindung. Sepanjang berada di Korea rasanya that day was the worst. Memang paling kering paling sejuk dan paling kejung. Syukur dapat berlindung dalam bangunan. Namdaemun Market adalah tempat penjualan barang-barangan tradisional, buah tangan dan keperluan seharian seperti souvenirs, alatan dapur, permainan, pakaian, makanan dan perhiasan diri. Disebabkan terkenal dengan penjualan barangan dengan harga yang murah, lama-lama Namdaemun Market pun jadi famous dalam kalangan tourists. Dah lama target nak borong brooches yang comel-comel dan murah di Namdaemun Market. Pinar mata tengok kiri kanan. Rasa nak beli semua. Ramai suggest beli dengan seorang Ahjumma yang sedia dengan sikap pemurah. Cari juga kedai Ahjumma dan yes.. Memang murah dan Ahjumma sangat rajin melayan. Tak henti dia bercakap. Gigih juga nak cuba berkomunikasi.

Most kedai dalam Namdaemun Market jual barangan dengan harga yang lebih kurang sama. Extra credit untuk Ahjumma sebab pandai ambil hati pembeli. Mungkin sebab aku dah borong banyak dengan Ahjumma yang pertama, Ahjumma-Ahjumma lain dah alert. Selesai bayar terus tangan aku ditarik pergi kedai Ahjumma lain. Boleh tahan brutal. Pujuk suruh beli juga dengan harga yang sama macam Ahjumma yang pertama. Design memang berbeza jadi apalah salahnya kita laburkan sedikit lagi duit yang ada. Dasar perempuan.

Awal pagi lagi dah siap sedia packing barang-barang.








Sudahlah. Kalau terlebih mampu memang nak borong semua. Cukuplah ala kadar dan sedarlah banyak benda tak beli lagi. Jom pergi next section pula. Keluar dari bahagian barangan perhiasan diri masuk pula ke bahagian souvenirs. Huuuurm.. Sekali lagi tergoda nak beli itu ini. Jumpa this one kedai jual souvenirs harga yang cantik sikitlah dari kedai-kedai lain. Malas fikir panjang terus saja beli macam-macam kat kedai Ahjusshi dan anaknya. Allah izin nak tunjuk betapa kecil sebenarnya bumi ni, boleh terjumpa Acik Siti Hamin (kawan MamiZ) di Namdaemun Market. MamiZ told me earlier memang Acik Siti Hamin ke Korea tapi memang tak sangka rezeki nak berjumpa. Aku noticed winter coat yang Acik Siti Hamin pakai. Warna pink sama macam dalam gambar yang MamiZ share. Aku jalan perlahan sikit nak make sure betul ke tidak orangnya. It turned out to be yes.. Memang Acik Siti Hamin.

Sukanya tengok deco yang vintage macam ni.

Kalau DediS masih ada sure aku belikan model kereta yang macam-macam jenis tu..


Bersama Ahjusshi dan anaknya. Lot kedai seperti yang tertera dalam gambar.

What a small world kan.. Kawan MamiZ masa sekolah.

Selesai memborong macam-macam di dalam bangunan Namdaemun Market kami menapak keluar. Beg sandang dah mula berat. Suhu masih sejuk yang amat dan aku rasa bertambah-tambah sejuknya. Redah jugalah nak buat macam mana. Mana ada masa lain nak shopping dah kena juga redah. Kedai-kedai di luar bangunan Namdaemun Market banyak menjual pakaian-pakaian dan makanan-makanan tradisional. Kalau nak cari seaweed, jajan snack dan cookies memang kena meronda extra sikit tapi berbaloi. Terpulanglah pada minat masing-masing. Aku jenis suka bawa balik makanan so I would put extra effort sikit untuk cari benda yang halal dimakan dan boleh bawa balik untuk ahli keluarga. Senang nak memilih kalau ingredients ditulis in English. Kalau 100% in Hangul eloklah bertanya sepuas-puas hatinya pada tuan kedai untuk kepastian. 




Singgah kedai Ahjumma beli teh delima dan seaweed. Depan kedai ada logo halal.

T-SHIRT SOUVENIRS KOREA DENGAN HARGA MURAH DI NAMDAEMUN MARKET

Di Namdaemun Market juga boleh beli t-shirt Korea dengan harga murah. Tak perlu risau nak warna apa. Semua warna boleh campur. Ada juga terbaca harga murah kalau beli yang warna putih saja. Tak. Ada beberapa kedai di Namdaemun Market yang tak mengamalkan perniagaan yang macam tu. Boleh beli dengan senang hati. Nak warna apa tunjuk saja semua ada. Tak ada proper kedai pun just Ahjumma yang meniaga atas cart. Tak ada gambar sebab tak sanggup nak pegang camera. Sejuk sangat jadi tangan sentiasa dalam poket. Korang rajin-rajin pusing jauh sikit mesti akan jumpa punya. Dekat dengan barisan kedai-kedai jual CD KPOP. Lepas dah memborong di Namdaemun Market cadangnya nak pergi Namsam Tower. Tapi haaa.. Jujurnya memang tak ada mood sebab sejuk sangat and beg sangat berat. Cancel ke Namsan Tower. Tak adalah terkilan sangat sebab rasa dah sampai sebenarnya bila baca entries kawan-kawan lain yang dah sampai. Jadi tak apalah ada rezeki lain kali kita pergi. Mood shopping lebih tinggi daripada mood nak ke Namsam Tower. Dari Namdaemun Market kami jalan kaki saja terus sambung ke Myeongdong. Haaa.. Ini dah masuk kali keempat pergi sana. Pergi lagi untuk makan dan borong barang-barang make up yang berkenan dihati. Sungguh nak habiskan duit yang ada. Rembat apa saja yang berkenan.





BELI MAKE UP DAN SKINCARE DI DAN MAKAN SAMGYETANG DI MYEONGDONG

Macam-macam skincare products kami beli. From one shop to another kami masuk. Aku banyak beli benda yang kecil dan senang nak bawa balik nak bagi orang especially sepupu sepapat. Tapi ada juga yang besar-besar. Harga memang jauh lagi murah dari di Malaysia. Haruslah begitu kan.. Sedap membeli tak terfikir pun ruang dalam bag ada lagi atau tak. Padahal bag macam dah nak meletop. Aku banyak beli barangan Skin Food. Suka dan antara products yang aku guna. Packaging sangat cantik dan bau usually memang wangi. Sakan membeli punya pasal, bahu pun dah kebas-kebas galas bag. Semua pun mahu sumbat dalam bag galas. Dahlah tu.. Mari kita pergi makan pula. Alang-alang berada di Myeongdong kami sekali lagi pergi makan di kedai Ahjumma Asam Pedas Myeongdong. This time nekad nak order juga Samgyetang. Nak cuba apa rasa makanan favourite Kim Joong Kook. Sedap sangat ke sampai each time orang Korea makan Samgyetang macam over sangat reaction. Jadi marilah kita cuba.. 

Side dishes diberikan percuma. Boleh kalau nak minta tambah.


Steamed egg diatas berharga 10000WON sebekas. Sama harga dengan sehelai baju. Tibailah weh nak merasa punya pasal.

Tofu stew. Sedap juga tapi sedap yang biasa-biasa saja.

Inilah dia Samgyetang yang terkenal tu. Memang makanan sihat sungguh garam sebutir pun tak ada. Tak tahu nak describe macam mana.

Dinner that night sangatlah banyak sebab memang main order saja apa yang terfikir nak makan. Bukan hari-hari dapat makan di Myeongdong jadi apa salahnya sesekali. Masa dah order Samgyetang baru terfikir status kehalalan ayam yang dimasak. Memanglah ada logo halal depan kedai tapi still ragu-ragu. Aku tanya Ahjumma kedai dan dia gigih nak meyakinkan kami semua makanan di kedai itu adalah halal. Siap keluarkan resit pembelian ayam halal di Itaewon dan lesen perniagaan makanan halal yang diiktiraf. Baaaiklah Ahjumma.. Lepas makan terus balik ke hotel. Tak lewat sangat kami balik sebab nak golek-golek dalam bilik juga. Menikmati malam terakhir di Korea sambil mula packing. Aku memang dah susah hati. Sepatutnya share berat luggage dengan JM tapi sumpah aku jamin memang tak cukup. So aku decided untuk beli tambah berat luggage aku asing. Luckily Kak Dayana tolong top up dari Malaysia and claim duit later kalau tak memang tak lena tidurku. Syukur gelabah awal and top up juga extra. Ada hikmahnya setiap sesuatu. Tuhan saja yang tahu betapa beratnya beg aku.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

8 comments:

  1. bestnyaaaaaaa harap harap dapat pi korea satu hari nanti! http://shafyqahazahar.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah ada rezeki sampai tu =)

      Delete
  2. How I miss the old time.. 😘😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe mengimbau kenangan eeeh =D

      Delete
  3. agaknya mcm dah jd trend org kita...lps shopping sakan, melantak puas2 hahahaha... tp kalau sedap no prob kan siti janji kenyang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe dengan duit baki itulaaaah kita melantak puas puas. sebab semua dah borong hehehe..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.