SITI.YANG.MENAIP: WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 1.3 - GUKJE MARKET

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 1.3 - GUKJE MARKET

/
61 Comments
February 17, 2016
Entri sebelumnya di SINI.
15 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN BUSAN - GUKJE MARKET. Setiap kali ada scene makan maggi dalam drama Korea mesti diorang masak guna periuk warna emas. Macam wajib pula semua penduduk Korea kena ada periuk emas untuk masak maggi. Memang dah pasang niat untuk beli sebiji dua bawa balik ke Malaysia. Haruslah nak poyo masak maggi macam orang Korea walaupun diri sendiri tak minat makan maggi. Itu letak sebelah yang penting ada periuk emas masak maggi. Kalau korang berminat nak bawa balik barangan-barangan dapur periuk belanga yang murah-murah semualah boleh didapati di Gukje Market. Selain barangan-barangan dapur, pakaian, aksesori dan juga souvenirs ada dijual di Gukje Market. Serba serbi macam-macam ada dijual. Turun dari kawasan Yongdusan Park bertemu jalan utama yang kiri kanan ada shop lot menjual barangan berjenama tapi maaflah aku tak ingat nama jalan. Kedai produk kecantikan Korea memang sah-sah ada. Kalau tak sabar nak shopping di Seoul boleh terus shopping di Busan atau kalau masih ada benda yang belum beli di Seoul boleh juga beli di Busan. Kawasan yang sibuk menjadi tumpuan penduduk setempat. Anak-anak muda dan orang-orang tua pun sama banyak. Kami menapak kembali ke Jagalchi Station tapi niat nak mencuci mata dan cari barang-barang sikit kalau ada yang berkenan boleh terus rembat. Boleh juga masuk ke lorong-lorong kecil celah bangunan yang menjual macam-macam di belakang laluan utama. Lagi meriah rupanya padat sangat dengan orang ramai. Pelbagai jenis street food ada dijual dan banyak sangat kedai menjual pakaian dan kasut.

WINTER COAT / BAJU SEJUK DAN KASUT YANG MURAH DAN CANTIK BOLEH DIBELI DI BUSAN

Suasana sangat meriah dengan macam-macam benda ada dijual. Paling geram adalah winter coats atau baju sejuk yang cantik-cantik belaka dan harga murah sangat berbanding di Malaysia. Semua baju-baju sangat comel macam selalu kita tengok dalam drama Korea. Macam mana pelakon-pelakon Korea selalu dress up dengan baju-baju comel, macam itulah baju-baju yang banyak terjual. Harga pula ada yang semurah 30000WON (RM115.20 approx) sehingga 100000WON (RM300.00 approx). Macam-macam style dan warna memang rambang mata nak memilih. Ikut hati memang nak beli tapi takut luggage tak cukup muatan. Dari Malaysia pun dah bawa dua tiga pasang. Kalau tahu dari awal memang terasa nak usung luggage kosong dan memborong di Busan. Jadi korang dah tahu silalah bertindak dengan bijak. Kasut boots pun sangat murah. The same design yang aku beli di Universal Traveler dengan harga RM99.00 boleh dapat around 10000WON (RM40.00 approx) saja. Lagi cantik dan pelbagai warna dan style ada. Kualiti pun boleh tahan bukan cikai acah nak jual murah saja. Memang rasa terkilan sangat.




SURVEY HARGA BARANGAN SEBELUM BELI

Kalau nak borong pakaian for winter season memang sesuai borong disini. Sangat banyak pilihan tapi silalah survey harga dulu sebelum membeli. Majoriti peniaga-peniaga menjual benda yang sama tapi ikut nasiblah kita dapat harga macam mana. Aku nak kongsikan satu cerita nasib badan baik punya terkena dengan seorang penjual. Fikir balik lawak pun ada sebab diri sendiri yang bodoh. Aku nak beli sweat shirt sebab banyak pilihan dan lawa. Kedai first aku tanya jual dengan harga hanya 15000WON (RM57.60 approx) tapi Ahjushhi pula macam layan tak layan saja. Aku pun berlalu pergi. Kedai seterusnya dah jauh sikit kedepan baju yang sama harga 20000WON (RM76.80 approx) sehelai. Ahjusshi mesra tapi sayangnya size pula tak ada. Aku decide nak beli juga kalau jumpa di kedai lain. Akhirnya jumpa sweat shirt yang berkenan dan size pun sesuai tapi harganya 40000WON (RM153.60 approx). 

Kemain mahal nampak tak perbezaan harga disitu. Boleh dapat murah sebenarnya. Terkedu disitu juga tapi sebab dah berkenan aku rembat juga. Sepatutnya aku tak perlu beli pun cuma teringat pesan MamiZ. Tak baik buat peniaga acah-acah nak beli tanya macam-macam tapi tak beli pun. Serba salah aku tengok muka Ahjusshi selongkar bundle nak cari size. Memikirkan harga memang tak mahu sebab mahal dan bukan baju berjenama pun. Jual tepi jalan saja. Tapi mulut tak terkeluar nak cakap tak jadi beli. Dalam kepala kata-kata MamiZ bermain-main. Dipersimpangan dilemma tau. Maka aku redha membayar. Kalau ikutkan bukan salah Ahjusshi pun. Dia peniaga dah letakkan harga. Nak beli boleh beli tak mahu letak balik. Sampai balik ke Malaysia aku zikir penyesalan aku andai dapat kuundurkan masa. Next time tak boleh pakai teori MamiZ kat tempat orang. Korang pun haruslah berbelanja dengan bijak. Jadikanlah pengajaran. Sweat shirt dah selamat jadi hadiah birthday RaihanF. Aku tak sanggup nak simpan pakai sendiri. Nanti tak boleh move on dari rasa berdosa dan menyesal.


Tengok harga baju-baju winter coat yang cantik. Mahal lagi sweat shirt tepi jalan yang aku beli. Tak boleh move on melupakan. Lagi cantik baik aku beli coat baru.

Ahjumma focus memasak. Maintain lawa.




Tergoda sangat rasa tengok street food yang banyak terjual. Kalau confirm halal memang aku borong semua nak rasa. Ikutlah tahap keyakinan masing-masing. Mana yang rasa boleh makan kalau nak cuba tanyalah untuk kepastian. Hotteok tteokbokki kimbab semua ada. Tengok orang-orang Korea makan memang telan air liur saja mampu. Pujuk perut bersabar sekejap. Nanti dapat makan sedap-sedap juga. Siap berasap-asap makan benda panas waktu cuaca sejuk. Cuti agaknya semua keluar dari sarang berjalan-jalan. Buah-buahan segar pun banyak juga. Strawberry dan apples besar-besar dan menggoda sangat. Memang tengah musim agakya. Kami borong juga sebekas. Perrrgh manis macam gula tumpah. Paling manis yang pernah aku rasa. Tolong jangan banding dengan strawberry Cameron Highlands.

GUKJE MARKET - PUSAT SHOPPING PAKAIAN, AKSESORI, BARANG-BARANG DAPUR DAN SOUVENIRS DI BUSAN

Jalan punya jalan akhirnya sampai pun ke Gukje Market. Cara untuk sampai ke Gukje Market pun senang saja. Dari Jagalchi Station (Line 1 / Exit 7) jalan kedepan sikit dan belok kiri. Teruskan berjalan sampai nampak pintu gerbang ke Gukje Market. Kawasan Gukje Market besar dan ada bahagian-bahagian tertentu jadi kenal pasti area mana yang kita nak pergi. Senang saja nak cari sebab kawasan kemas dan teratur. Gukje Market adalah antara tempat yang wajib singgah kalau ke Busan. Bila baca cerita Nekcik membuatkan aku teringin nak ke Gukje Market. Kami nak cari periuk belanga dan juga souvenirs. Ada satu lorong khas menjual souvenirs Busan. Pekerja orang Indonesia jadi ngomongnya bahasa kita. Senang nak berkomunikasi dan dapat lagi harga murah. Kami just nak cari fridge magnet yang ada tulis Busan. Tak pernah ada dalam simpanan lagi. Paling penting aku nak beli periuk belanga orang Korea masak maggi. Akhirnya kami jumpa kedai yang menjual barang-barang dapur. Nak beli periuk emas yang kecil saja buat kenangan. Harga pun murah hanya 5000WON (RM19.20 approx) sebiji. Kalau nak besar pun ada. Luggage tak ada banyak space jadi tak boleh borong sakan. Nanti tak muat nak bawa balik. 

 Harga berbeza mengikut jenis dan size.

Periuk emas yang aku berkenan sangat. Siap ada tudung periuk. Ikutlah suka style mana. Satu pemegang dua pemegang semua ada.



Kalau ada rezeki kembali ke Busan memang nak pergi Gukje Market lagi. Tak habis pusing ke semua bahagian. Kalau beli yang ceramic atau tanah liat kena make sure balut elok-elok kemas dan rapi. Penjual akan balut jangan risau. Mula-mula rasa teringin nak beli bekas ceramic tapi tahan diri. Perjalanan aku masih jauh banyak lagi tempat nak pergi. Aku takut possibility nak pecah adalah tinggi. Terbayang dah nak masak Kimchi Jigae tapi tak apalah tak ada rezeki lagi. Kalau ada minat yang sama jangan lupa singgah Gukje Market. Harga periuk belanga perkakas dapur di Busan lebih murah berbanding di Seoul. Berbelanjalah dengan jimat.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

61 comments:

  1. best kan anum pun dah sampai
    rindu plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu best.. memang rasa rindu nak pergi lagi =)

      Delete
  2. bertuah punya dak tecik. MamiZ pulak yang dipersalahkan.
    ha ha ha...
    bagitau mamiZ...

    siap arhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. bahahaha konon nak jadi anak solehah.. tula patutnya kena tawar menawar dulu.. tapi tak reti..

      Delete
  3. mungkin maksud mamiZ tu - kalau dah tawar dapat price yang kita nak - kena lah beli.
    tapi kalau tak dapat price yang kita nak - tidaklah dikira kita mempermainkan ahjuhsi itu ...

    kan?

    ke salah.

    nnt arh nak tanya mamiZ balik ... kih kih kih

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha iyela kot kena tawar menawar.. tah nak sebut mintak harga murah pun tak reti kang ahjusshi tak faham hehehe..

      Delete
  4. sebenarnya akak rasa BUSAN ni BOSAN.
    Hahahaha.
    tp baca entri ni rasa busan ni BEST pulak.

    padah betul antu shopping camni... adeiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. i had that thought too memula but nope.. Busan pun seronok and i wish to explore more.. hehe haven kot shopping !! bawak beg kosong and duit..

      Delete
  5. eh jom lah kita ke busan - borong periuk kaler kuning jom jom jom

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe menarik jugak kalo pegi lagi.. teringat makanan sedap2..

      Delete
  6. CANTIK2 SEMUANYA PERALATAN DAPUR TU RUGI SITI XBORONG BNNYK2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak borong Kak PI.. kalo ada luggage kosong macam2 nak bawak balik..

      Delete
  7. bestnya shopping..barang murah2..periuk kaler kuning tu mmg popular kan, masak ramen dan terus makan dlm periuk tu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. barang2 memang murah2.. baju2 laaa lawa2 and size besar.. tempting sungguh.. so far tak guna pun lagi masak ramen hahaha..

      Delete
  8. Bestnya dear...masa akak pergi last year, x sempat pun nk pergi jalan² kat tempat² cenggini. Hehehe... Sebab tu planning nak pergi lagi ke Korea. Huhuhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay itu reason valid untuk kembali ke Korea hehee i loooike.. CT pun rasa nak pergi lagi..

      Delete
  9. Selagi takde foto JM... PLM tak percaya CT pergi dengan dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeeeh.. bukan entry awal2 ada da ke gambar JM hehe..

      Delete
    2. Ooops... sahlah tu... hehe

      Delete
    3. iyeee laaa PLM.. ade da gambar JM sbagai bukti hehe..

      Delete
  10. bestnyer awak
    macam biasa
    kita mampu melihat saja
    (':

    ReplyDelete
    Replies
    1. haip jangan gituuu Lion.. jom kita pi..
      bukak tabung skarang jugak !! hihi..

      Delete
  11. teringin lak nk honeymoon sini.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. huahua.. sila sila.. lajak pi Jeju skali..

      Delete
  12. PALING `SUKA TGK BUAH2AN SEGAR TU

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang geram macam nak cuba semua.. tapi beli banyak2 takot tak termakan pulak hehehe..

      Delete
    2. tak perasan ter capslock atas tu. hihi salam aidiladha siti

      Delete
    3. heheh takpe okay je.. salam aidiladha =)

      Delete
  13. Mak akk p sana pun borong belanga...
    Murah katanyaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh betul murah.. nak membalut bawak balik tu problem =P

      Delete
  14. jalan cuci mata cuci poket..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu huwaaaa.. nak cuci mata berambu air mata nak membeli =P

      Delete
  15. Boleh rabak poket tengok barang kat Korea ni... adoii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa.. tengok saja pun dah rabak. belum lagi mula membeli. pengsan terus hehe..

      Delete
  16. adoiii nak beli paling murah terbeli paling mahai.. adoii ngeri!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulaaa kisahnya.. jangan pakai da teori CT tu ye hehe taknak beli cakap je xnak hehe..

      Delete
  17. Style la periuk kuning tu... nasib baik pink takda. mau juling mata mummy tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe aiyioo Mummy.. periuk mau pink jugak ka.. kita spray laaa nak ? hehe..

      Delete
  18. hrp2 satu hari nanti dpt ke sini

    ReplyDelete
  19. Pengalaman mahal tu shopping dekat sana. Lain kali datang dah tahu tricks berbelanja. Berpinau mata tengok periuk. Mau k.su borong kalo gi sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kakak2 mesti suka ni.. CT yang malaih masak pun berkenan macam2. rasa nak itu nak ini. tapi memikirkan diri takla rajin. periuk ramen jadila..

      Delete
  20. Selalu baca entry kak siti, tapi malas komen :D

    Btw, bila baca je rasa macam tengah bercuti sana jugak. Teringinnya nak pegiii.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe diam diam eh dia.. eh awak pun rajin jalan2 je akak tengok. ajak cik abang tu pi Korea hehe..

      Delete
  21. Owh kat sini byk barang barang dapur ye.. Hari tu g korea kt seoul x dpt cari.. Kesian kat mak..ckp kt mak xde kt korea..sedih die... Rupenya kt busan.. Mesti g ni..hehe.. Thanks for the info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat Seoul kitorang jumpa dekat Namdaemun tapi kat luar bukan dalam building. harga beza dalam 1000won - 2000won jugakla. yang harga 5000won kat Busan around 7000won kat Seoul.. hehe..

      Delete
  22. strawberry kat korea memang besar & manisss.best!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sokong !! memang puas makan !!

      Delete
  23. hihihi kalau husna tu tak kira nak patah balik jgk cari kedai murah tu.. hahahhaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah patutnya patah balik.. tapi mmg da jauh sangat and orang ramai hehe..

      Delete
  24. wowww syurga wanita ni. syurga mak mak like iols kalau bab periuk pelik2 yg susah nak dapat dekat mesia ni ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa betul2 syurga mak mak hehe.. gegirls mesti suka mai sini borong periuk2. yang tak berapa rajin masak cem CT pun teruja =D

      Delete
  25. I'll be there this nov

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.