SITI.YANG.MENAIP: HANGZHOU SHANGHAI | CHINA 2014 : DAY 3.0 - ORIENTAL PEARL TV TOWER

HANGZHOU SHANGHAI | CHINA 2014 : DAY 3.0 - ORIENTAL PEARL TV TOWER

/
4 Comments
January 18, 2014

TRAVELOGUE CHINA | HANGZHOU SHANGHAI

Entri sebelumnya di SINI.
2 JANUARI 2014 [Khamis]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE HANGZHOU SHANGHAI CHINA | SHANGHAI - ORIENTAL PEARL TV TOWER. Langit cerah menyambut kami. Pukul 8.00AM macam pukul 11.00AM. Semua ceria maklumlah tidur lena secukupnya haruslah senang hati. Berkumpul di lobby dan ambil masa around setengah jam untuk online update apa yang patut. Bilik aku, Momon dan Juju beruntung sebab ada Internet cable dapat Internet all the time. For Kak Ecah dan Kak Farah tak ada. Internet di bilik semput jadi kasi chance untuk Kekakaks. Facebook dan Twitter access memang kena block. Hanya boleh guna Instagram. Aku dan Momon siap main kejar-kejar dengan kucing kedai sebelah. Gebu sungguh. Suhu tak terlalu sejuk. Aku tertanya-tanya sebenarnya. Meneruskan misi kami di kota Shanghai menuju destinasi pertama. Walaupun aku ikut trip Kekakaks tapi these girls did not prepare anything. Syukur jugalah aku ada print few notes sebab aku paling last setuju nak join this trip. Ada tiga minggu saja sebelum fly. Lagipun aku bukan pernah travel anywhere before yang aku plan sendiri. Baru nak belajar. Aku tak mahu memandai sebab aku tumpang trip orang lain tapi bila tengok tak prepared susah hati jadinya. Huuurm.. Masing-masing ikut saja bila aku suggest nak ke Oriental Pearl TV Tower. Sempat study dengan Momon before tidur. 


Kami tak breakfast langsung that morning. Makanlah sikit makanan-makanan ringan yang dibawa dari Malaysia. Bancuh Milo and simpan dalam mini thermos. Kalau sejuk sangat boleh minum air panas. Ready untuk redah Shanghai. Harapan untuk mencari mana-mana kedai makanan halal sepanjang journey. Kami menapak ke the nearest metro station. Tak berapa terasa jauhnya that morning. Mungkin sebab tak ada luggage berat yang diusung dan mood mulakan hari baru yang berkobar-kobar. Jalan santai saja jadi pelan-pelan kami sampai ke station. Destinasi kami yang pertama adalah Oriental Pearl TV Tower. Once korang dah went through sistem metro di Shanghai mesti dah tak ada masalah. Seriously sangat senang sebenarnya. Panduan yang diberikan di setiap metro station pun mudah untuk difahami. Sebab Shanghai adalah bandar besar, jadi penggunaan Bahasa Inggeris agak banyak. Signage pun in English. Tak perlu risau. Kalau nak lebih yakin aku guna peta yang aku dah print. 




CARA UNTUK KE ORIENTAL PEARL TV TOWER

  1. Hotel kami terletak di North Zhongshan Rd di Line 1.
  2. Pergi ke People's Square untuk tukar laluan metro ke Line 2 dan turun di Lijiazui.

SISTEM METRO DI SHANGHAI YANG SISTEMATIK / PEARL ORIENTAL TV TOWER DAN LUJIAZUI RING

Station People's Square sangat besar tapi jangan risau. Guidelines yang diberikan untuk pertukaran metro adalah sangat sistematik. Hanya perlu ikut signage atau anak panah di lantai menunjukkan direction yang perlu diambil. Kalau setakat mahu tukar Line 1 ke Line 2 tak adalah jauh mana. Metro di Shanghai super cepat. Jangan risau kalau terlepas metro. Tak lama mesti another metro sampai. Memang tak perlu berebut. Kalau rasa orang ramai sangat biarkan saja metro tu berlalu. Sampai di Lujiazui terus boleh nampak signage ke Oriental Pearl TV Tower. Lujiazui Rd is famous for its tall buildings and Lujiazui Ring. Kalau korang Google tempat-tempat menarik di Shanghai mesti ada Lujiazui Ring. Aku tak ada idea pun mengenai tempat ni sampailah aku dah tengok sendiri. Aku kagum dengan creativity masyarakat China yang ada saja idea menarik nak hasilkan sesuatu. Lujiazui Ring works as a fly over untuk passengers yang nak cross jalan besar. Kalau kat Malaysia, fly over kita satu arah saja. Tapi Lujiazui Ring berbentuk bulatan dan ada banyak jalan naik dan turun. Jadi tak perlu nak susah payah lintas jalan. Mostly tourists yang datang singgah mesti nak shooting gambar bangunan besar dan tinggi yang ada di sekeliling Lujiazui Ring.  Paling best adalah semua jalan naik dan turun ada escalator. Tangga pun ada juga incase hujan. Jadi kami pun berlenggang untuk menyeberangi jalan untuk ke Oriental Pearl TV Tower. Memang keluar dari station metro dah terus nampak tower tu. Ramailah orang tengah posing sakan ambil gambar. Satu perkara yang aku noticed boleh tahan biadap juga orang China ni. Kalau di Malaysia kita nampak orang nak ambil gambar kita tak akan lintas lalu depan orang tu. Tapi kat sini dia buat tak kisah saja. Peduli apa. Kita tengah elok posing dan space dibelakang pun luas lagi tapi main bedal saja lalu. Tak semua tapi ada yang memang rude macam tu.





Akhirnya sampai pun di Oriental Pearl TV Tower. Orang ramai tengah beratur nak beli tiket. Ada sekumpulan keluarga Indonesian. Riuh. Tiba-tiba teringat komen mamat handsome yang aku jumpa dalam train dari Hangzhou. Kami tak terus beli tiket. Kami duduk dan buka bekalan makanan. Walaupun ada biskut kering dan air tin saja tapi kami makan penuh selera. Nampak sangat masing-masing tengah lapar. Sabar ya kawan-kawan. Hope nanti kita jumpa tempat makan. Inilah padah jalan main redah tak mahu study apa-apa. Kami beli tiket Package C berharga 120Yuan (RM60 approx). Kami nak pergi the Sightseeing Galleria dan Transparent Observatory. At first aku dah buang tower ni dari list kami tapi sejak tengok Pak Nil upload video di Instagram tentang tower ni terus rasa nak pergi. Untuk info lanjut mengenai Oriental Pearl TV Tower -- SINI. Jom kita masuk tower cepat. Barisan beratur tunggu turn nak naik lift sangatlah panjang. Lift pula ada satu saja. Boleh memuatkan around 30 orang sekali naik. Sepanjang nak sampai atas adalah seorang pekerja buat explanation in Mandarin dan English.







SIGHTSEEING GALLERIA ORIENTAL PEARL TV TOWER

Lift akan bawa semua orang ke Sightseeing Galleria dulu tak kira package apa pun yang dibeli. Tak jauh beza pun dengan menara tinjau KL Tower kita. Setinggi 263M dan kita boleh jenguk permandangan panorama sekeliling bandar Shanghai in one go. Pusing dan tawaf sepuas hati cuci mata kalau nak rasa pusing satu Shanghai. Boleh tengok semua bangunan-bangunan tinggi di Shanghai. Tapi nasib kami not so good that day. Hari berkabus samar-samar saja nampak. Aku tak peduli sangat pun dengan scenery sekeliling. Aku sibuk shopping souvenirs.





TRANSPARENT OBSERVATORY DECK ORIENTAL PEARL TV TOWER

Ini yang kami semua teruja sangat nak jenguk. Tapi bila dah sampai semua kecut perut. Tak bukan semua. Aku kot jadi yang paling passive. Kejung berdiri tak berani bergerak. Dengan ketinggian 259M kami hanya perlu turun ke deck dengan menggunakan tangga dari Sightseeing Galleria. Tak boleh guna lift. Hanya untuk orang yang nak naik lebih tinggi saja boleh guna lift. Transparent Observatory Deck ini adalah satu pelantar tinjau yang transparent. Maknanya kita boleh nampak bawah terus macam tak ada apa. Walaupun ada kaca tebal berlapis-lapis aku still nervous. Dahlah another pelantar tu diperbuat daripada kayu. Pijak pun berbunyi mau tak seram. Sakit jantung jadinya. Budak-budak pula berlari sana sini macam tak ada perasaan. Rasa nak cubit-cubit.. Yang paling berani memang Juju dan Kak Ecah. Sampai ke hujung perginya untuk bergambar. Aku tengok kereta pun dah sama size dengan semut. Tak seram ke Kekakaks semua. Aku dengan Momon bergambar juga tapi kaki kami di pelantar. Badan saja di kaca. Takut.

Aku pesan kat Kak Farah ambil gambar aku cepat-cepat. Aku nak berdiri then aku nak lari ke pelantar balik. Kena juga bergambar. Beranikan diri beberapa saat. Dah bayar mahal-mahal jangan dilayan sangat takut tu. Cewah pandailah aku kasi nasihat. Diri sendiri pucat lesi. Dapatlah few pictures tapi tak nak share. Muka jelas tengah cuak. Jealous aku tengok Kekakaks bergambar tapi aku surrender. Aku ambil few pictures tunjuk dekat DediS dan MamiZ. Lama juga kami kat sini. Aku dah duduk santai kat tempat lain. Biarkan Kekakaks posing tak habis-habis lagi. Tengok jam memang dah elok benar kena beransur. Ada destination lain yang ingin dituju. Takut nanti hari dah gelap susah nak cari jalan.




Paling berani.







Selain daripada menara tinjau yang menarik, ada banyak lagi tarikan di Oriental Pearl TV Tower ni. Antaranya cermin dimensi macam gambar diatas. Kami nak cuba tapi tengoklah orang yang tunggu turn ramai mana. Ada rombongan sekolah agaknya. Malas nak buang masa. Di basement Oriental Pearl TV Tower ada banyak kedai makan. Tapi tak ada restoran halal. Poor tummy. Kami terus berjalan untuk keluar dari tower. Ada banyak kedai menjual souvenirs tapi harga range dari 5Yuan - 15Yuan (RM2 - RM8 approx). Aku ada juga beli beberapa fridge magnets yang unik bentuknya. Walaupun harga sebiji fridge magnet adalah 10Yuan (RM5 approx) tapi aku tak menyesal sebab memang aku tak jumpa di tempat lain. Selesai membeli dan memborong. Di perkarangan Oriental Pearl TV Tower pun ada ramai orang jual souvenirs. Kami saja cuba nasib nak bargain. Yes kami dapat. Keychain yang berharga 8Yuan - 10Yuan (RM4 - RM5 approx) berjaya dibeli dengan harga 3Yuan (RM1.50 approx). Bila peniaga dah diturunkan harga jangan pula korang tak beli. Kesian peniaga tu semua. Jangan lah beli sebiji saja bila dah berusaha bersungguh-sungguh minta kurang. Belilah banyak sikit. Its time to say goodbye to the tower. Kami perlu gerak ke next destination. Nak shopping lagi lagi dan lagi.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

4 comments:

  1. wow.. mcm klcc la ye.. seronoknya berjalan2 di negara orang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe KLCC ada eh cermin transparent mcm ni ? tingin nak lalu kat jambatan KLCC tu..

      Delete
  2. sis JM rasalah kan..kalau ke Shanghai maybe nk skip kot Oriental Pearl TV Tower..rasa mcam 'biasa' je ke bagi CT wajib pergi sbb menarik..korang x naik Sightseeing bus eh..One Day Shanghai Tour which is bagi sis JM lebih murah dan byk pit stop termasuk Pits Stop Pearl TV ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. huurm ekotlah kalau rasa tak perlu tak payah pergi.. kami semua setuju untuk pergi jadi kami pergi.. tak naik pun bus tu sebab limited time dekat Shanghai. kalau lama okaylah kot..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.