SITI.YANG.MENAIP: HANGZHOU SHANGHAI 2014 | CHINA : DAY 6.0 - SHOPPING DI HEFANG STREET + DUMPLING + SELAMAT TINGGAL HANGZHOU

HANGZHOU SHANGHAI 2014 | CHINA : DAY 6.0 - SHOPPING DI HEFANG STREET + DUMPLING + SELAMAT TINGGAL HANGZHOU

/
18 Comments
January 26, 2014

TRAVELOGUE CHINA | HANGZHOU SHANGHAI

Entri sebelumnya di SINI.
4 JANUARI 2014 [Sabtu]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE HANGZHOU SHANGHAI CHINA | SHOPPING DI HEFANG STREET, MAKAN DUMPLING DAN SELAMAT TINGGAL HANGZHOU. Hari terakhir di Hangzhou. Berat pula rasa hati nak balik walaupun hakikatnya hati merindui tanah air. Shiroro dan KZatil dah gerak balik lebih awal. They had other things to do. Kami semua masih bermalas-malasan sebab flight kami lewat malam pukul 10:45PM. Masih ada banyak masa untuk meronda kawasan sekitar Wushanyi International Hostel. Around 10:00AM kami turun ke lobby siap sedia untuk check-out. Tinggalkan luggage di lobby dan menapak keluar. Memang jalan tanpa hala tuju hanya untuk meronda mengisi masa. Jalan punya jalan akhirnya kami berlima terjumpa satu jalan yang ramai sangat orang. Memang meriah happening dan macam-macam benda ada. Bila dah balik baru aku check rupanya itulah Hefang Street yang terkenal di Hangzhou. Kat sana kami memang tak tahu apa-apa. Ini semua knowledge buat research bila dah balik Malaysia. Dekat sangat rupanya dengan Wushanyi International Hostel. Block yang bersebelahan saja.

SHOPPING DAN SOUVENIRS MURAH DI HEFANG STREET HANGZHOU

Memang sejak sampai di Hangzhou terfikir nak beli souvenirs dimana sebab kami tak jumpa pun kawasan yang menjual souvenirs. Satunya sebab kami tak buat research sebelum pergi jadi we had no idea at all. Alhamdulillah Allah izin terjumpa Hefang Street yang sememangnya jalan yang terkenal di Hangzhou dan menjadi salah satu spot tumpuan pelancong-pelancong. Kami terjah hari Sabtu hari orang ramai keluar outing jadi tabahlah merempuh lautan manusia. Menariknya di Hefang Street, ciri-ciri bangunan lama China dikekalkan dan dibina kedai-kedai dan tempat penginapan. Sepanjang jalan semuanya kedai yang masih mengekalkan ciri-ciri binaan klasik. Rasa macam tengah berjalan sepanjang laluan di zaman China purba kala. Sama perasaan ketika berjalan di Yuyuan Garden di Shanghai. Ada banyak street food yang obviously kita tak boleh makan, ada barangan yang unik daripada buluh dan juga pasu-pasu dari tanah liat, pertunjukan itu ini dan kedai-kedai souvenirs. Aku nak cari t-shirt dan fridge magnet tapi hanya jumpa fridge magnet saja. T-shirt tak ada. Mungkin ada tapi kami tak meronda sakan sangat. One more thing, Hangzhou terkenal dengan product sutera jadi kiri kanan jalan ada banyak kedai menjual kain sutera. Scarf dan necktie tapi tak beli pun cuma diakui cantik dan kemas jahitannya. Harga pun tidaklah murah.



 Pameran baju pengantin di sepanjang jalan.


 Bunga-bunga kering yang digubah. Confirm tahan lama tak layu hihihi..


 Kedai-kedai kecil yang menjual barang-barang unik.



Harga barangan di Hangzhou tak boleh tawar-menawar. Aku cuba juga tapi memang tak berjaya. Pilihan fridge magnet juga limited tak secantik di Shanghai. Tapi bolehlah daripada tak ada langsung untuk dijadikan kenangan. Better korang jalan-jalan dulu survey harga barangan dari satu kedai ke kedai yang lain. Memang diorang jual benda-benda yang sama tapi harga Kedai A dan Kedai B walaupun bersebelahan boleh beza banyak. Memang hebat mencekik jadi sila work smart and decide mana yang terbaik. Trend di Hangzhou agaknya, bersepah-sepah beads atau manik-manik. Banyak kedai jual gelang dari beads. Lebih seronok bila kita boleh pilih beads yang kita nak dan tunggu lima minit sampai gelang siap. Sekejapnya dan puas hati sebab pilihan sendiri. Sangat cute tapi aku tak buat pun saja asyik tengok orang lain buat. Aku dah banyak borong crystal dan beads di Shanghai. Cukuplah tapi serious talk, beads yang terjual di Hangzhou lebih cantik dan menarik. Bila dapat pilih dan ikut taste sendiri, tambah sikit sentimental value. Aku dan Momon dah berpecah dengan KEcah, Juju dan KFarah. Diorang nak menjenguk kawasan lain aku dan Momon shopping tak habis lagi. Jadi eloklah kita berpecah dulu buat aktiviti masing-masing.

Selesai meninjau dan memborong baru sedar diri tengah lapar kebulur. Masa shopping haruslah tak sedar apa. Hampir pukul 2.00PM dan Momon bersetuju untuk makan di kedai yang sama kami pergi hari sebelumnya. Hanya sebab chicken sweet sour yang superb and marvelous tahap lima bintang kami rela menapak semata-mata untuk makan. Sekali lagi meninjau permandangan jalanraya di Hangzhou dari atas jejantas. Sayunya rasa hati nak meninggalkan Hangzhou. Tak sangka boleh jatuh cinta dengan Hangzhou walaupun pada asalnya tak pernah terlintas akan sampai di Hangzhou satu hari nanti. Kami masuk ke restaurant dan main tunjuk-tunjuk saja. Berbekalkan menu bergambar itulah kami mampu untuk order makanan yang kami nak. Susah sikit nak communicate tapi semuanya berjalan lancar. Kita kena extra tabah saja dan bersabar. 




 Ah Du yang tolong kami check-in dengan lebih mudah.

Lepas makan kenyang dan bersenang-senang di restaurant kami pun gerak balik ke Wushanyi International Hostel. Dah hampir pukul 6:00PM jadi eloklah patah balik sebab nak gerak ke airport pula. Keluar dari restaurant terus hari dah gelap. Kekakaks lain sudah menunggu kami di lobby. Siap-siap ambil luggage untuk balik. Kemas barang-barang kecuali barang yang baru beli belum pack betul-betul. Memang kami cadang nak kemas di airport itulah nak pergi awal. Pinjam telefon hostel nak call Malaysia. Call MamiZ dan DediS inform dah nak gerak balik dan double confirm dengan sepupu untuk tolong datang ambil di LCCT. We took two different cabs nak ke airport. Shiroro dah tuliskan siap-siap nama airport in Chinese characters jadi kami hanya hulur saja notebook pada taxi driver. Ingat !! Hanya naik taxi yang ada logo official Hangzhou untuk mengelakkan diri dari ternaik teksi ulat. Perlu atau tak nama-nama tempat ditulis siap-siap terpulang kepada style travel masing-masing. Kalau nasib baik dapatlah taxi driver yang boleh cakap English sikit jadi tak susah. Dibuatnya dapat yang memang sepatah tak boleh sebut eloklah prepare dari awal. Seperti yang kami dah jangkakan, traffic was a bit heavy. Hari Sabtu mungkin. Dapat merasa tengok kesesakan di Hangzhou macam mana. Jalan sesak tapi taklah sampai tak bergerak langsung. Hampir satu jam juga perjalanan dari Middle Zhongshan Road ke Hangzhou Xiaoshan International Airport. Alhamdulillah we reached airport within masa yang kami target.

Masa tengah siap-siap nak gerak ke airport, kami sempat berkenalan dengan Maulana from Indonesia. I am not quite sure dia sebenarnya menginap di hostel yang sama atau kebetulan hanya berada disitu. Yang pasti Maulana akan naik flight yang sama dengan kami ke Malaysia sebelum transit untuk ke Jakarta. Memula kami ajak naik cab sekali tapi dia kata dia nak pusing-pusing meronda dulu. Okaylah nanti kita jumpa di airport. Maulana dah berada di China lagi lama dari kami berlima tapi dia hanya bawa sebiji bag saja. Bukan luggage besar gedabak pun hanya bag biasa orang bawa baju balik kampung. Kagum sangat. Kalau aku tak tahulah nak survive macam mana. Pergi bag sebiji saja balik bag dah beranak. Itulah namanya orang yang sangat bahagia shopping. Tapi bag kedua adalah bag gabungan barang-barang kami berlima. Seriously sangat berguna extra bag yang kami bawa untuk menampung barang-barang hasil shopping. Alhamdulillah urusan check-in tak ada masalah dan masing-masing dah ready nak balik.





 Bersama Maulana sebelum masuk ke boarding gate.






Before masuk gate nak ke departure hall tiba-tiba aku perasan boarding pass aku tak ada terselit dengan passport. Tinggal passport semata aku usung tapi boarding pass hilang. Sumpah berderau darah aku tak pernah lagi ada pengalaman menakutkan macam ni. Kekakaks yang lain dah selesai urusan masuk kedalam boarding hall aku dan Momon masih diluar. Kelam kelibut serious nak meraung nak menangis nervous sesak dada semua ada. Berlari aku dalam airport selaju mungkin pergi balik setiap genap ruang airport yang kami lepak. Tak peduli orang pandang tengok fikir apa. Nak balik !! Sendiri rasa kagum dengan kemampuan untuk lari sepantas itu setelah sekian lama. Jantung berderau memang tak terkata dah. Patah balik kat tempat kami duduk memang clear tak ada apa-apa. Sejuk pun tak terasa dah panas siap berpeluh-peluh. Alhamdulillah teringat yang kami ada keluar dari pintu airport konon nak menyedut udara dan aku bawa passport bersama. Terus berlari keluar dan mencari di sekitar kawasan tepi jalan. Alhamdulillah syukur sangat bila aku nampak ticket aku ada jatuh bawah kereta yang parking dekat-dekat kawasan tu juga. Syukur jatuh bawah kereta jadi angin tak dapat terbangkan ticket. Terus ambil berlari balik cari Momon dan baru rasa aku boleh bernafas secara normal. Masa lari tak terpikir dah penat semput semua. Tolonglah jaga document penerbangan dengan lebih berhati-hati. Jadikan pengajaran jangan cuai dan ambil benda sambil lewa. Bila dah nampak flight maksudnya memang trip dah sampai ke penghujungnya. Goodbye Hangzhou goodbye China.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

18 comments:

  1. CT....part sayu tu nmpk CT suka sangat dok Hangzhou ni kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang !! nak pergi Hangzhou laaaagi dan lagiii dan laaaagi. nak makan sedap nak ronda keliling west lake.. jom jom ^^

      Delete
    2. memang dah teringin ni...hihihi....tak jadik plak nak pegi Xi'an....

      Delete
    3. laaa nape tak jadi ? xian dekat saja ngan hangzhou.. bound xian balik kot hangzhou.. hehehe pandaila CT plak eh nak rancang aaaaaa nak ikut nak ikut..!!!!!

      Delete
  2. Orang China memang kretif buat souvenir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. souvenir lain murah tau SS
      mai tang fm memang mencekik.. seketul fm buruk 10yuan.. memanglah baru berapa hinggit aje
      tapi duh !! tak sanggup nak beli banyak2..

      Delete
  3. Eh! Cutenye motor ke basikal pink tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. basikal.. solek aje lebih ehehe..

      Delete
  4. Replies
    1. adus adus.. tanak mengenang T.T rasa nak terbang ke hangzhou skarang juga.. huwaaaa..

      Delete
  5. Masa berkokok tu ada buat aksi mengepak sekali tak? He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak. cukuplah berkokok aje T.T kawan dah nyorok bawah meja..
      tinggallah daku mengadap waiter tu..

      Delete
  6. Si Maulana tu mandi ke tidak? Bawak bag sejemput tu jek!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. entahlah SS tak dapat dipastikan.
      winter tayah mandi kan kan kan ahahaha..

      Delete
  7. Bag beranak tu sape jadi mak bidan? Keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami sambut kelahiran beliau dengan gembiranya =D

      Delete
  8. Next time tiket and passport masuk dalam bag transparent... SS beli kat DIY je... Harga baru 1.50...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak alamak kena lecture ahaha.. slalu masuk beg tapi ni nyinggah konon nak keluar without coat gatai pi usung skali T.T adus pengalaman yang tak dapat dilupakan..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.