SITI.YANG.MENAIP: MALAYSIA PAHANG | CAMERON HIGHLANDS 2013 PART 2 - MARDI AGRO PARK

MALAYSIA PAHANG | CAMERON HIGHLANDS 2013 PART 2 - MARDI AGRO PARK

/
17 Comments
January 09, 2013

JALAN-JALAN DAN TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI CAMERON HIGHLANDS

DAY 2 (3 JANUARY 2013)

CUTI-CUTI MALAYSIA | CAMERON HIGHLANDS - MARDI AGRO PARK. Bangun awal pagi bersiap-siap untuk keluar. Perlu awal untuk cari breakfast di Pekan Brinchang. Aku tak book breakfast di hotel. Tak perlu risau sangat. Senang saja nak cari makanan di Cameron Highlands. Sebelum kami mula gerak, sempat juga aku dan RaihanF meronda sekitar hotel. Biasalah pengantin siap lambat. Malas nak tunggu jadi kami berdua saja yang pusing-pusing. Posing sana sini ambil gambar. Ramai yang kata suhu di Cameron Highlands dah tak sejuk macam dulu. Banyak pembangunan dah naik jadi sudah semakin panas. Tapi pada pendapat aku suhu sejuk juga sebenarnya. Konon aku jiwa kental dengan hanya memakai cardigan. Ada kalanya bila angin bertiup ohoooi seram sejuk jadinya.

Cuti-Cuti Malaysia, Tempat Menarik Di Cameron Highlands, Butterfly Farm Di Cameron Highlands, Taman Rama-Rama Di Cameron Highlands, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Makan Di Brinchang, Makan Sedap Di Cameron Highlands, Mardi Agro Park, Brinchang, Ringlet, Tanah Rata, Tempat Makan Di Cameron Highlands,

Seronok si RaihanF posing. Lepas saja pengantin bersiap, kami meneruskan perjalanan ke Pekan Brinchang. Kali ini suasana taklah seseram semalam. Ceria dan havoc. Lebih ramai manusia dan meriah tapi tak sesak. Kalau waktu cuti sekolah memang aku jamin traffic akan sedikit terganggu. Mesti stress sepanjang percutian. Jadi datanglah ketika bukan peak holiday season. Kami makan di salah satu kedai mamak yang ada. Makan roti canai. Kalau tak mahu roti canai, ada kedai yang jual nasi lemak dan makanan-makanan lain. Banyak pilihan untuk dipilih. Lepas dah kenyang kami kemudiannya menuju ke MARDI yang terletak di Tanah Rata. Pandu dari arah Brinchang ke Tanah Rata dan belok ke kiri setelah nampak papan tanda penunjuk arah. MARDI adalah stesen kajian bidang agricultural dan dikendalikan oleh pihak kerajaan. Tapi tempat ini dibuka untuk kunjungan orang ramai jadi sesiapa saja boleh singgah. Setiap kali aku ke Cameron Highlands mesti akan singgah di MARDI without fail. Bukan ada amusement park atau shopping mall yang hebat pun tapi kami sekeluarga suka dengan suasana nyaman dan sejuk disini. Kali ini aku bawa PakSu dan MakSu pula sebab masing-masing belum pernah singgah.

LOKASI MARDI AGRO PARK DI TANAH RATA

 Stesen MARDI Cameron Highlands
   Jalan Dayang Endah
   Tanah Rata 39007
Cameron Highlands
Pahang

Admission Fee
Adult : RM5
Children : RM3

Dengan bayaran masuk ke MARDI yang murah, kita dapat meneroka taman seluas empat puluh dua hektar yang dibahagikan kepada beberapa bahagian. Boleh cuci mata tengok bunga, tumbuh-tumbuhan dan pelbagai jenis tanaman buah-buahan. Sekarang MARDI sudah semakin maju. Setiap kali datang mesti ada pembaharuan yang dilakukan. Sebab tu tak pernah jemu. Each visit memberi pengalaman yang berbeza. Sudah ada bahagian untuk binatang-binatang reptilia dan juga taman arnab. Terkejut aku tengok iguana sebesar-besarnya dalam sangkar. Tak kuasa nak ambil gambar. Seram. Macam kena tenung saja each time nak angkat camera. Baik ambil gambar tempat lain. Dalam kawasan MARDI ini juga ada hotel yang berkonsepkan English cottage. Sesuai untuk sesiapa yang nak buat trip sambil meeting atau perhimpunan keluarga. 

Cuti-Cuti Malaysia, Tempat Menarik Di Cameron Highlands, Butterfly Farm Di Cameron Highlands, Taman Rama-Rama Di Cameron Highlands, Tempat Makan Di Cameron Highlands, Makan Di Brinchang, Makan Sedap Di Cameron Highlands, Mardi Agro Park, MARDI, Brinchang, Ringlet, Tanah Rata, Tempat Makan Di Cameron Highlands,

Adalah dalam tiga jam lamanya kami di MARDI. Luas tempat ni jadi makan masa juga nak meronda. Aku dan RaihanF jalan berdua dan kami biarkan pasangan pengantin pergi bawa diri jalan berdua. Tak mahulah mengganggu. Penat pusing-pusing aku dan RaihanF singgah di satu kawasan yang ada buaian. Dulu datang tak ada pun buaian. Jadilah kalau nak lepas lelah penat meronda. Jakun nampak buaian sebenarnya. Entahlah bila kali terakhir naik buaian pun aku tak ingat. Sejak dah makin dewasa lagilah tak naik buaian. Jadi sesekali acted macam budak-budak seronok juga. Orang tak ramai jadi tak perlu nak berebut. Buaian itu kami yang punya. Sempat juga singgah di Bharat Tea House arah Tapah. Duduk santai. Seronok juga jalan-jalan free and easy. Tak rasa terburu-buru. RaihanF memang bertuah. Sepanjang malam aku ingat dia charge camera rupanya dia lupa nak switch on plug jadi sia-sia saja tak dapat nak snap gambar posing sakan. Berbekalkan telefon masing-masing yang tak berapa nak canggih. Jangan ikut perangai kami. Sila pastikan camera full battery before meronda.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

You may also like

17 comments:

  1. ct, shad xpenah lagi pegi cameron, make me jelous though when reading ur entry.. huuu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jom jalan-jalan cameron.. i always love cameron..
      tapi semalam banjir katanya..

      Delete
  2. posing habis semuanye..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahaha tu sepupu akak tu..
      ade lagi gambar over tapi tak haplod la heheh..

      Delete
    2. cuti-cuti riang gumbira namanya :)

      Delete
    3. hehee bila bercuti saja kan selalunya nak over gini =D

      Delete
  3. yang ni tak pernah jejak lagi. next visit maybe. hehe

    ReplyDelete
  4. hahaha . laaa tak on swtich plug ke . mmg slalu jd mcm tu . kdg2 ingat dh on . sekali dah berjam2 tunggu . rupanyaa xon . memang bebel2 lahh . haha .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha confident saja dia tu dah on.. akak plak dah hanyut tak pikir apa dah..
      bangun tengok memang nyawa ikan aje.. tapi mana ada masa nak charge dah..

      Delete
  5. MARDI...ok masuk list kalau ke CH nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaah. wajib tau Kak Sofu..
      sebut nama CT mesti dapat diskaun =P miahaha..

      Delete
  6. haha..nasib baik ada kamera hp kan ct boleh la abadikan kenangan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. huuurm camera henpon pun zaman tu ahaha.. macam ambil gambar asap =P

      Delete
  7. gambar sweet seet belako hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe gambar propa nak masuk blog saja ni =P

      Delete
  8. Wah.. Seronoknya.. Sekali je pernah pergi CH..

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.