SITI.YANG.MENAIP

Sana sini aku tengok orang cuci gambar versi polaroid tiba-tiba sendiri pun rasa nak cuci juga. Godek-godek Facebook jumpa orang jual service cuci gambar versi polaroid. Gambar-gambar biasa yang diambil dengan camera bukan polaroid pun dah boleh dicuci jadikan versi polaroid. Aku decide untuk cuci dengan Lomo Lorry dan service sangat bagus. Mudah sangat berurusan dengan diorang. Aku settle upload gambar hari Ahad, hari Rabu dah siap sampai. Perggh laju !! Harga untuk 120 keping gambar polaroid dan dua album gambar dan postage adalah RM55.00. Kalau tak mahu album pun tak apa lagi jimat. Aku divide 60:60 - separuh cuci gambar-gambar pemandangan atau view yang aku suka dan separuh lagi cuci gambar keluarga. Tengok pada kualiti bagi aku memuaskan. Aku edit dulu setiap gambar yang nak dicuci nak style vintage ke.. nampak classic ke.. Ikut suka kitalah macam mana pun. Sebenarnya aku ada camera polaroid sebiji Instax Mini 7s beli hampir 8 tahun lepas tapi memang lama sangat tak digunakan. Elok lagi alhamdulillah dok dalam kotak tersimpan sepi. Seronok sebenarnya ambil gambar polaroid dan teruja nak tunggu hasil gambar yang diambil. Cuma bab film camera tu tercekik sikit rasa sebab mahal. Kena adjust betul-betul sebelum ambil gambar takut tak jadi rugi rasanya sebab film mahal.

Cuci cara macam ni tak adalah 100% authentic perasaan sama macam cuci polaroid sebenar. Tapi who cares ?? Hihihi.. Harga jauh lagi murah jimat dan sama cantik. Plan cuci konon nak tampal kat dinding bilik di area meja tulis tapi nanti kita tengoklah hasil macam mana. Kalau aku rajin aku proceed. Kalau tak.. Duduk diam-diam dalam album =)



shake it.. shake it.. shake it.. shake it..
shake it like a polaroid picture..

Haaa.. kalau korang tahu lyrics diatas ni lagu apa..
Korang memang hebat !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Salah satu port makan tengah hari best di Taiping adalah Wan Ikan Bakar. Kalau aku dan family lajak ke Taiping waktu tengah hari tak perlu pening kepala fikir nak makan mana.. memang sini jadi pilihan sebab dah tahu memang best makan kat sini. Banyak pilihan lauk pauk yang sedap belaka dan menepati cita rasa. Harga pun berpatutan standard harga makanan berlauk. Tempat senang nak cari dan kawasan parking pun luas boleh muat banyak kenderaan. Dah namanya kedai ikan bakar, mesti ada hidangan ikan bakar. Selain ikan bakar, ada juga ayam bakar dan menu-menu lain seperti mee sup, kuey teow sup dan macam-macam lagilah.


Lokasi Kedai Ikan Bakar Wan, Taiping.

Kuey Teow Sup yang sedap !!

Ayam bakar dengan cili kicap.

Terselit pedal ayam goreng hihihi..

Kalau korang dah sampai Taiping tu boleh singgah pergi makan.
Sesuai tengah hari nak cari nasi campur kan..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Aku yakin dalam phone kita semua mesti penuh gambar-gambar makanan kan ? Asal pergi makan ke masak ke mesti ambil gambar. Niat nak buat entry tapi itulah tak rajin jadi lama-lama penuh. Aku scroll gallery tengok oiii banyak gambar makanan.. Nak delete sayang jadi aku simpan sinilah buat kenangan. Hahaha boleh gitu ? Ini antara kompilasi gambar-gambar makanan yang memenuhi space phone aku. Dahlah space kecil jadi kenalah reduce gambar-gambar untuk keperluan lain. Tak ingat dah berapa lama simpan ada yang lama ada yang baru. Ada yang home cooked ada yang makan diluar ehhh.. Macam-macamlah. semua aku nak letak sini sebab memang nak kasi clear phone. Legaaa bila dah transfer..

By Azie - Kari ikan, kacang botol goreng dan ulam.
Aku selalu sediakan sayur saja..

By Azie - Tomyam putih dan telur dadar.

Sambal telur pecah dan ikan goreng !! Buah jangan lupa.

Sambal sotong dan sayur campur !! Ehhh sendiri pula telan air liur.

Ini time aku rajin. Aglio Olio campak-campak janji sedap.

First time cuba masak kari ikan sendiri. Hahaha.. Bolehlah nak makan..

Udang butter first time buat sendiri during PKP.
Okay ini kebanggaan huhu..

Buat sikit first try.. Lepas tu anak-anak buah request lagi..
Khas untuk korang nak dua mangkuk hahaha..

Seafood yang bercangkerang aku makan Kerang dan Lala saja..
Terimala Lala masak campak-campak apa ada di dapur.


Lepas PKP lepak Eid Korean Restaurant dengan students.

That one day aku lepak Nu Sentral, layan 4Fingers for the first time.

Chicken Chop & Otak-Otak at Chillex Cafe, Seri Iskandar.

Mango shaved ice with fruits and marshmallow.

Wajib lepak Sushi King waktu Bonanza.

Dimsum-ing session at Dolly Dimsum.

Sushi sedap at Nippon Sushi Bangi.

Nippon Sushi Bangi.

Burger at Big Mouth Republic Sungai Petani.

Nasi Daging Utara ni di R&R Tapah kalau tak silap..

Ohooohoi !! Favourite place - De Pauh Garden Seberang Perai.

Mykori with MamiZ lepas habis PKP fasa 1. Sedapnya melon !!

Apam beras gebus !! Warna saja lain rasa sama.

Sebelum tinggal Penang, singgah Juru makan dulu.

Dolly Dimsum lagi - ni dengan orang lain lepas PKP. Aiyaaa..

Chicken and lamb skewers di Salam Noodles Cyberjaya.
Sebiji rasa macam skewers di China. Sedap !!

Mee Tarik Salam Noodles. Prefer Mee Tarik Warisan lagi..

Satar sedap di Teras Jernang Bangi.

Sushi King session with KNana di Mitsui Sepang.

Nasi Arab Rizq Bistro Taman Pekaka Nibong Tebal.

Mykori lagi dengan anak-anak buah. Saja bawa jenjalan.

Mee Tarik session dengan MamiZ.

Kek Rose Lychee Secret Recipe !! Sedap !!

Secret Recipe session dengan FarahK dan Azie.

My favourite Mee Kari from Secret Recipe.

Lagi-lagi Secret Recipe. Isk isk isk..

Creamy pasta at Coffe Bean.

Kerabu maggi tak ingat kat mana.. Hahaha..

Pulut mangga !! Alamak teringat ni sedapnya.

Mee Udang Pulau Sayak.

Tudia haih.. Ada lagi sebenarnya ni nanti aku tambah. Share yang ni dulu tak larat nak copy dari phone. Yang mana sedap lulus di tekak aku.. Aku share. Yang mana krik krik aku cuba makan memang aku tak kongsikan.

MENU-MENU SEDAP DI SECRET RECIPE

Aku suka makan di Secret Recipe. Bukanlah high end dan fancy restaurant semua orang pun dah selalu pergi makan disana. Rasanya kami satu family kalau diajak makan di Secret Recipe tak akan tolak. Walaupun MamiZ tak suka hidangan western sangat tapi usually kalau ke Secret Recipe dia akan setuju. Aku pun selalu pergi makan seorang diri (forever alone) dan it is not a big deal. Kek-kek di Secret Recipe semua pun kita sudah maklum sedap tak payah nak ceritalah. Makanan-makanan pun sedap. Dalam entry ini aku akan kongsikan gambar-gambar saja. Banyak lagi tapi entahlah disimpan dalam folder mana. As time goes by.. aku akan tambah gambar-gambar berkaitan Secret Recipe dalam entry ini. Nak kumpul semua dalam satu entry. 


Kadang-kadang lepak Secret Recipe tak ada reason atau ocassion pun. Terasa nak makan western tapi clueless mana nak pergi memang terus suggest Secret Recipe. Dah tahu memang sedap. Kadang-kadang tekak rasa nak makan dessert manis-manis pun terus terlintas Secret Recipe. Ada satu Secret Recipe dekat dengan rumah itulah jadinya selalu sangat pergi. Aku suka pasta dan fish and chips di Secret Recipe. Kalau nak hidangan light memang aku pilih fish and chips. Kalau lapar sangat memang pasta. Harga normal standard berbaloi jugalah aku rasa. Sama juga dengan restaurants franchise yang lain. Usually di Secret Recipe tak hectic sangat suasana cool tenang sesuai nak layan perasaan. Hahaha.. Siapa suka makan di Secret Recipe ? Kita geng..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.