SITI.YANG.MENAIP

 Sedapnya Calpis Japanese Mochi Flavour Limited Edition Baru


Bila ternampak botol Calpis baru dengan flavour limited edition Japanese Mochi Flavour aku sendiri tertanya-tanya sedap ke ni ? Macam pelik benar.. Tapi ambil juga sebab teruja nak rasa. Tak boleh nampak benda baru di kedai memang laju nak membeli. Aku tak minum susu tapi cultured milk aku suka. Semua perisa Calpis aku suka and ini rare.. Perisa baru. Selama ni makan mochi tapi tak terfikir pula perisa mochi boleh dijadikan minuman. Pelik pelik.. Minum sikit.. Uuuit tak tahu nak describe rasa macam mana - ada rasa lemak manis yang tak heavy sangat. Macam rasa marshmellow pun ada dan sikit rasa ice-cream. Bagi aku tak adalah rasa mochi tu sangat. 

Aku beli di 7Eleven dengan harga RM3.20 sebotol. Worth to try..
Ini adalah minuman yang limited edition jadi dapatkan cepat ya..

 Snickers White Baru Limited Edition Coconut Flavor


Sebenarnya masa beli ni aku tak belek betul-betul tengok ada tulis coconut flavour. Aku ingatkan semata-mata white chocolate. Bila nak makan baru noticed tiba-tiba rasa macam hilang mood sebab aku tak suka chocolate coconut flavour. Air kelapa jelly kelapa aku suka tapi kalau chocolate perisa kelapa kureeeng sikitlah. Haaaih !! Excited sudah nak makan Snickers White baru Limited Edition ni.. Tapi dah beli tuuu makan sajalah..

First bite.. Aku terdiam terus. Uuuit !! Ini sedap !! Hahaha..
Terus makan dengan penuh rasa nikmat.

Ada rasa kelapa tapi very subtle. Tak overpower langsung macam rasa makan Bounty.. Dalam memang tak ada inti coconut pun.. Hanya perisa. Just a hint gituuu dan sebagai someone yang tak suka chocolate coconut flavour, aku boleh cakap yang Snickers White Limited Edition ini sedap !! Ada kacang, nougat dan caramel. A perfect combo. Rasa pun tak manis sangat.

Aku beli di Petronas dengan harga RM4.50 kalau tak silap.
Cepat korang pergi cari yaaa.. Tak rugi cuba.






Dah cuba ke belum ?

Apa pendapat korang tentang McDonald's Sea Salt McFlurry yang baru ? Weekends lepas baru ada kesempatan nak cuba. I like the colours nampak fantasy-like fairytale sikit ala-ala tema warna Frozen gitu.. Aku penggemar rasa-rasa masin sea salt or salty caramel jadi aku rasa Sea Salt McFlurry yang baru ini adalah saaaaaaaangat sedap. Sangat sedap berbanding McDonald's Gula Merah McFlurry yang rasa kelapa tu.. Ikut selera tekak aku begitulah.. Korang rasa tak sedap itu pendapat masing-masing. I like this one very much sebab rasa masin tu tak kuat sangat just nice tak adalah sampai mengganggu. Just a hint and very subtle. The blue swirls tu garamnya.. Ramai suggest suruh gaul sekata tapi aku tak buat pun.. Aku scoop je terus ngap. Sesiapa tak ada selera makan tu elok cuba ni sebab rasa masin selalunya membantu membuka selera. Hihihi.. Shimmering sprinkles tu pun sedap crunchy dan lepas kunyah sikit jadi chewy. Balance rasa manis dan masin haaaih.. Hopefully lama sikitlah ada dalam menu. Rasa nak pergi beli lagi ni.. Tak cukup satu..

Amacam ? Korang rasa macam mana ?

Kacang Edamame Brand Tesco


Kalau korang selalu pergi Sushi King atau kedai-kedai makanan Jepun mesti dah familiar dengan Edamame. Selalunya memang at least dua pinggan Edamame aku akan makan kalau di Sushi King. Ini bukan kacang peas hijau bulat-bulat dalam mixed veggies tu ya.. Yang tu tak sedap.. Ini kacang Edamame berganda-ganda sedap dan ralit bila makan. Bulan lepas ada kawan kongsikan di Instagram sepeket frozen Edamame brand Tesco macam ni.. Baru-baru ni pergi Tesco teringat nak cari terus kita grab. That day ada discount untuk semua products brand Tesco jadi tinggal RM9.70 gituuu.. Beli sepeket terus puas hati makan.. Edamame selalunya dihidangkan as appetizer atau snacks dimakan begitu saja terus dari pod - squeeze pod untuk keluarkan kacang dan terus ngap. Selalunya orang akan rebus atau steam dan makan dengan garam. Aku steam siap-siap dengan air garam jadi biar rasa garam tu blend in sendiri dengan kacang. Edamame ni tergolong dalam keluarga soybean (kacang soya) dan dipetik masa tengah muda lagi.

Edamame is a super food jadi sesuai untuk korang yang sedang diet - mempunyai kandungan Fibre (serat) yang tinggi, Antioxidant (elok untuk weight loss dan kurangkan kandungan gula dalam darah) dan juga kaya dengan Vitamin K. Edamamen juga adalah complete protein seperti daging dan product tenusu jadi Edamame kaya dengan kandungan Amino Acid yang sangat diperlukan oleh badan manusia. Menarik kan ? Jadi bolehlah sesekali selit Edamame dalam diet harian bila rasa tak ada idea nak mengunyah apa.

Dah macam buka kelas Science pula.. Hihiks..

Semerbak Harum Bau Cadbury Dairy Milk Durian Baru


Clue paling tepat aku boleh bagi bila makan first bite Cadbury Dairy Milk Durian yang baru ini adalah sama rasanya dengan keropok atau jajan durian yang kita selalu makan masa kecil dulu. Epic !! Buka cover terus menyirap semerbak satu ruang penuh bau durian. Memula aku rasa sceptical juga nak rasa tapi teruja nak cuba. Ingatkan kot tak lalu bila rasa durian dicampur dengan chocolate tapi sebaliknya sedap !! Rasa tak keterlaluan sampai tak lalu nak makan. Just nice. Bagi aku.. well balanced dan tak melampau. Berminggu juga aku cari akhirnya jumpa di Tesco. Harga pula not bad standard harga chocolate Cadbury yang lain. Hari tu ada ada potongan harga discount sikit dapatlah satu bar besar ni dengan hanya RM6.40. Kalau tak silap harga asal RM8.70 kot.. Tak ingat.

Aku tak sure Cadbury Dairy Milk Durian ni dah lama atau baru ada dipasaran. Bagi aku baru sebab aku tak pernah tahu before this..

Overall sangat menarik combination yang dipilih oleh Cadbury kali ni..
Berbaloi gigih aku mencari.

Dah cuba ke belum ? Cepat cari di kedai berdekatan korang..
Don't miss the train..

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.