SITI.YANG.MENAIP

Sedapnya Mochi Durian Wall's - Tak Puas Makan Satu
Rasa Durian Padu Beb




Wall's Durian Mochi ni dah lama ada dipasaran tapi aku baru saja jumpa setelah lama mencari. Asyik kosong saja peti ais Wall's kat 7Eleven tu.. akhirnya jumpa juga.

Seketul Wall's Durian Mochi berharga RM3.00 dan memang tak puas makan sebiji. Bagi aku inti semua cukup dah tak adalah kedekut sangat. MamiZ tak puas hati dengan harga sebab seketul saja mana cukup. Paling kurang seorang kena makan dua tiga ketul baru puas hati tapi dah berapa ringgit pula. Sabar mak.. sabar. Nanti nak lagi kita pergi beli yaaa.. Nak jimat sikit nanti kita cari aiskrim durian makan dengan roti pun jadilah.. Padu sangat rasa durian - bukan gred durian murah sebab rasa manis pahit selalunya gred mahal sikit. Aku ni dahlah memang fan durian pahit. Lagi pahit lagi aku suka.. Nak terus ngap sebiji rasa serba salah jadi sikit-sikit gigit. Nikmatnya !! Buka bungkusan terus menusuk bau durian. Terus teringat durian sedap aku dan MamiZ makan di Balik Pulau. Haih..

Peminat durian saja faham perasaan asyik
kalau dapat durian sedap..

Betul tak ? Huhuhu..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Review Air Teh Tarik Botol Mamak Taste F&N - Sedap Atau Tidak ?




Ada kawan kongsi di Instagram kata air ni sedap.. gigih aku pi cari akhirnya jumpa di 7Eleven dengan harga RM3.90 sebotol. Bagi aku harga sebotol okay saja tak adalah mahal sangat. Sama lebih kurang macam standard minuman air dalam botol yang lain. Pengaruh rakan sangat kan pantang dikongsi benda-benda sedap terus laju nak cuba juga. Packaging cantik nampak exclusive sangat vibrant dengan warna oren terang dari jauh boleh nampak dah.. Setakat ni ada dua variasi saja yang aku tahu iaitu Teh Tarik Ori dan Teh Tarik Kurang Manis. Menggunakan tagline 'Mamak Taste'.. F&N memang tak tipu sebab sooo pekat likat tertarik menarik sebiji macam teh tarik di kedai mamak. Sesiapa yang suka teh tarik mamak memang wajib cuba - insyallah tak menyesal. Aku sebenarnya kurang gemar minuman bersusu tapi minum jugalah sesekali bila teringin. Bagi aku yang kurang minat ni pun aku rasa sedap dah air ni. Bagi tekak aku, Teh Tarik Kurang Manis lagi sedap dari yang original. Obviously sebab kurang manis jadi lebih sedap untuk dinikmati. Tapi yang original itulah yang pure kaw macam di kedai mamak. Minum sejuk lagi nikmat dan padu kalau tak sejuk pelik sikit rasa dia.

Menjawab persoalan diatas - sedap atau tidak ?
Mengikut selera aku.. jawapannya sedap.

Korang dah cuba ke ?
Ada kawan kata sampai sekarang dia cari tak jumpa.
Sabar.. sabar.. teruskan pencarian.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Bercerita tentang rumah idaman yang besar dan selesa untuk seisi keluarga memang menjadi impian semua orang. Seronok rasanya kalau dapat design dan bina rumah sendiri bila setiap sudut dibina kena dengan identiti dan citarasa tersendiri yang kita nak berbanding beli rumah siap yang dah tetap bentuk binaan dan segala-galanya. Rumah adalah tempat kita luang banyak masa bersama ahli keluarga dan berehat hilangkan penat bekerja jadi mesti kita nak yang terbaik dan cantik pada pandangan mata. Selalunya orang akan fikir mereka yang kaya berduit banyak saja yang mampu dan ada kesempatan untuk design dan bina rumah besar sendiri. Tapi zaman sekarang ni dah tak perlu risau sangat sebab semua orang sama ada yang kerja sendiri, government atau swasta pun dah mampu untuk design dan bina rumah sendiri mengikut kemampuan dan bajet yang ada. Nak yang kecil besar banglo moden semua pun boleh. Lagi bertambah menarik bila kita dapat bina rumah idaman yang kita mahu secara tunai.

Cara Buat Rumah Di Atas Tanah Milik Sendiri Secara Tunai

Bila tengok rumah orang lain dimurahkan rezeki dapat buat rumah yang besar dan cantik, sendiri  pun selalu berangan suatu hari nanti mudah-mudahan aku pula ada rezeki nak buat rumah atas tanah milik sendiri. Berangan dulu dan disebabkan taste tinggi jadi aku suka rumah-rumah yang nampak moden dan selesa. Bagi korang yang memang dah ada tanah, jangan membazir biarkan tanah terbiar. Jangan tunggu lama-lama untuk buat rumah sendiri. Cepat buat rumah mengikut kemampuan lebih-lebih lagi kalau korang masih diusia muda. Kalau dah nekad nak buat rumah sendiri tetapkan niat dan teruskan. Rumah murah lebih ramai pembeli, elakkan membeli hartanah premium kerana tak ramai yang mampu membelinya. Nak buat apa pun wajib ada ilmu jangan terus serbu baru dapat rumah yang naik harga tinggi dan senang dijual di kemudian hari.

Baca Panduan Bagi Yang Ingin Memiliki Rumah Atas Tanah Sendiri di Dawaibesi.com


Buat rumah idaman sendiri atau beli rumah ? Aku sokong kedua-duanya tapi kalau ada kemampuan semestinya aku nak buat rumah sendiri. Sekarang duduk rumah taman ada sikit sangat kawasan lapang. Kalau nak berkumpul ramai-ramai bersama ahli keluarga memang tak muat. Seronok kalau ada rumah sendiri yang ada kawasan lapang bebas nak beraktiviti. Banyak perkara yang perlu kita pertimbangkan sebelum kita buat keputusan untuk bina rumah di atas tanah sendiri. Perbelanjaan bukan sikit jadi kita kena teliti banyak benda supaya kita puas hati dengan setiap sen yang dah dilaburkan untuk buat rumah.

Sewakan Rumah Yang Kita Beli Dikawasan Strategik Atau Jadikan Homestay Untuk Pelancong

Kalau korang nak beli rumah rumah atau nak buat rumah, sila cari kawasan yang strategik. Kalau kata tak nak duduk dalam masa terdekat pun boleh dijadikan asset dan jadikan homestay. Aku suka tengok ramai orang dah mula pandai untuk jadikan rumah-rumah yang dibina sebagai homestay. Lokasi tepi pantai atau yang dekat dengan kawasan peranginan adalah bonus untuk homestay sentiasa laku dan mendapat demand yang tinggi. Lagi-lagi kalau dimusim cuti sekolah. Gunakan kelebihan korang yang dah ada tanah dan buat rumah sendiri untuk menjana income sampingan dengan bisnes homestay. Aku kalau pergi berjalan-jalan dengan ahli-ahli keluarga yang lain pun akan cari homestay untuk menginap. Senang dan selesa semua orang boleh duduk di dalam satu rumah. Antara lokasi yang menjadi hotspot tumpuan pelancong untuk buat homestay adalah seperti di Cameron Highlands dan sekitar Melaka. Cameron Highlands tu tak pernah sunyi sentiasa penuh dengan orang ramai tak kira masa. Bukan musim cuti pun ramai orang. Melaka pun sama.. banyak sangat tempat-tempat menarik dan tempat-tempat makan yang sedap. Macam aku, ke Cameron Highlands dah jadi trip tahunan. Setahun mesti at least sekali akan kesana dan aku selalu ke Melaka juga, pergi cari tempat-tempat makan yang menyediakan hidangan yang best.

Ini baru aku seorang, kalau semua rakyat Malaysia macam aku bagaimana ?
Untung korang yang ada rumah untuk buat business homestay.

Baca : Tempat Menarik Di Melaka Yang Free di Laman Sukamakanjalan


Memang untung sangat sesiapa yang ada rumah di dua kawasan ini dan dijadikan homestay. Kalau korang perasan, dulu tak banyak sangat option untuk tinggal di homestay kalau di Cameron Highlands, tapi sekarang lebih banyak pilihan. Orang ramai dah mula celik mata untuk jadikan rumah-rumah yang dimiliki sebagai homestay sebab dah siap dengan segala kemudahan sesuai untuk keluarga. Sebagai seorang muslim, jangan risau sebab sangat banyak pilihan-pilihan homestay yang mesra muslim untuk kita pilih. Tak perlu nak fikir nak samak segala perkakas dapur dan sebagainya.

Kalau aku ada asset banyak rumah dua tiga buah memang aku nak jadikan homestay. Dapat juga keuntungan sampingan.

Baca : Homestay Di Melaka Yang Mesra Muslim Untuk Seisi Keluarga & 10 Homestay Murah Di Cameron Highlands. Terbaik Best & Mesra Bajet

Atau kalau korang ada tanah di kawasan tepi pantai yang cantik boleh buat rumah banglo yang besar selesa serta mempunyai pemandangan menarik menghadap laut dan dijadikan homestay. Macam rumah-rumah ini - 11 Homestay Di Melaka Tepi Pantai (sumber: ibusyurga) !! Cantik sangat weh !! Berbaloi duit labur buat rumah di kawasan macam ni kemudian sewakan untuk pelancong-pelancong yang nak tenangkan fikiran. Kawasan dining dan dapur menghadap laut. Hari-hari bangun tidur dan bila makan tengok view cantik dan tenang macam ni. Mesti seronok kan..

Inside views of Kampong Pinang Sebatang.
Kampong Pinang Sebatang Chalet

Bonda Homestay Pengkalan Balak

Umang-Umang Chalet ( Hermit Crab Chalet )

Casa Rasa Sayang

Semua Ini Mampu Jadi Nyata Kalau Kita Merancang Dari Usia  Muda. Beli Rumah Mampu Milik Dan Jual Semula Sebelum Pencen

Nak buat apa pun kena ada perancangan. Untuk mereka yang berhajat untuk ada asset rumah dimasa hadapan sesuai mula dari usia muda. Duit gaji penat bekerja tu asingkan sikit sebagai pelaburan untuk buat rumah. Alang-alang dah nak buat rumah t uterus buat rumah besar. Hihihi.. Buat terus rumah banglo  dua tingkat macam dalam pelan rumah di bawah ni. Cantik-cantik belaka mesti rasa seronok tak nak keluar rumah.

Baca : Design Pelan Rumah Banglo Dua Tingkat Oleh Nas Nuri.

INGIN MILIKI RUMAH IDAMAN, KONTRAKTOR RUMAH NAS NURI CONSTRUCTION ...
Pelan rumah banglo dua tingkat 7 bilik tidur 7 bilik air (luas 3500 kaki persegi)

Pelan rumah banglo dua tingkat 4 bilik tidur 3 bilik air (luas 2534 kaki persegi)

Proses Untuk Pastikan Rumah Kita Terjual Dengan Cepat

Ada sesetengah orang yang business minded memang sangat opportunist akan grab the chance dan cepat-cepat jadikan asset yang ada sebagai peluang untuk dapatkan keuntungan. Ada ramai yang beli rumah dengan harga murah dan di kemudian hari jual semula dengan harga yang lebih tinggi mengikut demand pasaran. Beli rumah pada usia muda dan setelah sepuluh atau dua puluh tahun kemudian Ketika harga tanah meningkat, jual semula. Memang confirm dapat keuntungan berganda.

Baca : 11 Proses Untuk Jual Rumah Cepat Menggunakan Service Ejen Hartanah (Baca Kat Sini)

Pastikan Selepas Rumah Terjual, Kita Jelas Dengan Cara Bina Rumah

Di bawah ini adalah panduan yang bagus sebagai rujukan buat kita semua untuk beli tanah dan bina rumah sendiri. Aku tak arif sangat bab ni jadi korang ken abaca betul-betul panduan yang disediakan. Beli tanah ni investment jadi kita kena pastikan yang terbaik dan berbaloi. Elakkan daripada salah beli tanah tau nanti pening kepala kita nak selesaikan macam-macam masalah nanti.

Baca : 7 Ciri-Ciri Tanah Lot Banglo Yang Wajib Dicari Yang Terbaik Untuk Bina Rumah (Rujuk Di Blog Ini)

Ramai Kontraktor Boleh Bina Rumah Tapi Tak Banyak Boleh Buat Banglo Mewah Berkualiti

Dah berjaya beli tanah di kawasan yang strategik dan selesai segala urusan lain, bolehlah fikir nak cari kontraktor yang hebat untuk bina rumah impian korang. Jangan salah pilih takut nanti dah berbelanja besar ratusan ribu ringgit tapi kualiti tak seperti yang dibayangkan. Dah rugi.. Bukan sikit-sikit belanja yang dikeluarkan. Kita nak buat rumah nak duduk selesa anak beranak jadi kena buat pilihan yang tepat. Sebelum pilih kena buat perbandingan dari pelbagai aspek dulu. Tengok pengalaman dan reputasi satu-satu kontraktor yang ada sebelum pilih. Antara kontraktor banglo mewah dan berkualiti yang menjadi pilihan ramai di Lembah KLang adalah Nas Nuri Construction. NAS Nuri Construction Sdn Bhd telah mula beroperasi sejak 1996 dengan nama N.A.S Nuri Enterprise diasaskan oleh Hj Noor Azman Sakiman.

INGIN MILIKI RUMAH IDAMAN, KONTRAKTOR RUMAH NAS NURI CONSTRUCTION ...

Baca : Kontraktor Rumah Selangor (Shah Alam, Bangi, Sepang Dan Kajang) - Klik Sini

Antara hasil rumah banglo mewah yang telah dibina oleh Nas Nuri Construction :


Tengok gambar-gambar banglo cantik hasil binaan Nas Nuri Construction buat aku lagi berkobar-kobar nak ada rumah sendiri satu hari nanti. Mudah-mudahkan aku dikurniakan rezeki melimpah ruah boleh buat rumah sendiri di tanah yang ada. Selalu juga aku tengok konsep binaan rumah orang lain. Kita pasang angan-angan dulu dan bekerja keras untuk jadikan impian satu kenyataan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

 Trip New Zealand 2019 : Blue Spring Putaruru

Day 6 [16122019 Monday]

Dari Matamata kami meneruskan perjalanan ke Rotorua lebih kurang satu jam pemanduan. Ada beberapa activities dah dirancang untuk dilalukan di Rotorua sebelum check-in sebab hari masih awal lagi. Hari mendung hujan renyai dan angin agak kuat bertiup sepanjang perjalanan. Memandu kereta kecil rasa juga dibuang angin kena alert sepanjang masa. Alhamdulillah kereta tak banyak sangat dan hanya sesekali berselisih dengan lori besar. Sebelum sampai ke Rotorua, kami detour sekejap ke Putaruru untuk ke Blue Spring. Kalau korang nak cepat dan ada benda lain lagi penting nak dibuat, tak payah singgah pun tak apa. Tempat ni aku jumpa dalam salah satu forum berkaitan New Zealand yang aku baca masa buat research. Tengok location macam tak kacau sangat perjalanan itinerary yang aku rancang jadi apa salahnya kita singgah sekejap. Menghampiri Blue Spring Putaruru, coverage memang langsung tiada. Aku dah set lebih awal GPS secara offline untuk digunakan cari laluan kesana.


BLUE SPRING PUTARURU

Kawasan Blue Spring Putaruru ni termasuk dalam kawasan Waihoi River mengalir dari Mamaku Plateau (kawasan tanah tinggi sikit) dan mengambil masa lebih kurang 100 tahun untuk mengalami process penapisan semula jadi. Punyalah jernih dan bersih air yang mengalir sehinggakan diiktiraf sebagai antara penyumbang utama industri air minum di New Zealand. Di sepanjang sungai ada disediakan track untuk berjalan sambil cuci mata tengok keindahan alam ciptaanNya. Kalau korang berminat nak buat walking activity, kena spend lebih kurang empat jam pergi dan balik sekiranya bermula dari Whites Road (State Highway 28) tapi.. kalau dari Leslie Road, hanya 30 minutes saja pergi balik. Semestinya aku pilih untuk gerak dari Leslie Road. Water temperature adalah consistent lebih kurang 11 degree celcius sepanjang tahun. Rasa segar bila bayang tempatnya tapi kita tak dibenarkan berenang disana yaaa.. Memang tak boleh jangan sengaja cari pasal. Kawasan parking disediakan percuma,  tak ada pengawal atau orang yang jaga. Park at your own risk. Masa kami disana seram juga sebab hanya ada sebiji kereta saja tapi tak lama lepas tu ada beberapa kereta lagi sampai. Iyaaalah dah nak masuk hutan sikit ni takut jugalah kalau kami berdua saja. Kena menapak sikit sebelum nampak signage Blue Spring tapi dari jauh dah kedengaran bunyi air mengalir.


Perjalanan dari Matamata ke Rotorua.

Bebiri gemuk ada dimana-dimana. Geram !!

Lembu pun sama sihat.. Hihihi..

Siap pakai baju hujan.

Baju hujan pink beli di kedai Eco.

Subhanallah !! Memang jernih membiru airnya.



Ingat !! Jangan cuba-cuba berenang.

Itik-itik sedang berenang.

Jernih membiru..



Memang rasa tergoda nak terjun masuk berenang. Air jernih sejuk.. Seronok kalau dapat berkuak lentang dalam tu.. Tapi jangan ya.. Nak cuba celup jari pun aku tak berani sebab tebing tinggi. Takut jatuh tergolek dalam air tuuu.. Tempatnya memang cantik nampak alam semula jadi yang tak bersentuh pun. Dijaga elok bersih kemas dan segar sangat. Dalam hujan renyai tu kami ignore saja sebab cantik sangat view dah tak kisah dah. Perlu ke singgah ? Seperti yang aku dah beritahu tadi, kalau tak ada masa tak apa skip pun boleh. Lagipun tak ada aktiviti apa sangat pun disini hanya tengok sungai. Tapi kalau ada extra time, apa salahnya singgah.

HUJAN LEBAT SEPANJANG HARI DI ROTORUA

Dalam perjalanan ke Rotorua dari Blue Spring Putaruru, kepala tengah pening memikirkan macam mana nak adjust itinerary yang nampaknya memang akan tergendala sebab hujan macam tak mahu berhenti. Makin lama makin lebat sampai agak terjejas pandangan nak memandu. Slow habis aku drive sebab takut.. Ikut plan asal kami nak ke Government Gardens, Lake Rotorua Kuirau Park - Mud Pool, Sulphur Point dan bersiar-siar di bandar Rotorua cari souvenirs sebelum check-in. Sebelah malam pula kami rancang nak ke Redwoods Forest. Walaupun hari masih awal tapi langit kian gelap. Susah hati sebab dah nampak bayangan tak boleh nak terjah semua tempat-tempat yang dirancang. Nak buat macam mana.. Hukum alam bukan kita yang kawal. Jadi kami terus check-in dan decided untuk susun balik itinerary untuk keesokan harinya walaupun jadual dah sangat pack. Kita cuba..

PENGINAPAN DI ROTORUA : THE BACKYARD INN (LAUNDRY DAY)

Di Rotorua kami bermalam di The Backyard Inn dengan harga RM316.14 satu malam. Seperti biasa memang tak ada gambar bilik yaaa.. Memang habit aku tak suka ambil gambar bilik. Korang Google sendiri yaaa.. The Backyard Inn is recommended sangat kalau korang nak stay sini. Ada cheaper rooms tapi shared bathroom pula jadi kami tak mahu. Aku request untuk bilik ground floor dan alhamdulillah dapat senanglah nak angkat barang. Siap boleh park depan pintu terus. Bilik kali ni tak ada stove top jadi kena masak di kitchen yang disediakan. Tapi menu kami simple saja panaskan lauk instant tak perlulah nak ke dapur. Guna rice cooker saja settle.. Dah masuk hari keenam di New Zealand, haruslah baju busuk pun menimbun. Kami bawa outfit untuk rotate jadi kita kena basuh batch pertama baju yang dah dipakai. Aku dah siap atur hari-hari yang kami akan buat laundry sepanjang berada disana dan make sure lodging yang kami pilih ada service laundry. Sabun aku bawa siap dari Malaysia, aku beli yang packaging kecil senang nak usung dan estimate sesiap berapa kali basuhan. Satu peket untuk sekali cuci. Kalau tak mahu bawa pun tak apa, beli saja disana atau pun beli di hotel yang kita duduk. Majoriti disana semua ada sediakan mesin basuh dan dryer jadi no need to worry. Campak dalam mesin selesai semua - NZD3.00 (RM8.57 approx) untuk cucian dan NZD4.00 (RM11.42 approx) untuk keringkan baju-baju. 

Hujan oooh hujan.. Sampai ke malam lebat tak ada tanda nak berhenti. Tak ada rezeki meronda ke Redwoods Forest waktu malam. Lepak dalam bilik saja berehat sambil tengok TV dan melayan perasaan mendengar deruan hujan.

Semoga cuaca esok hari lebih cerah.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Trip New Zealand 2019 : Hobbiton Movie Set Tour Matamata

Day 6 [16122019 Monday]

Hobbiton Movie Set tersenarai diantara tempat wajib visit dan iconic di North Island tapi mengikut perancangan awal, aku tidak berminat untuk singgah. Sebab utama - aku bukan peminat trilogies Lord Of The Rings dan The Hobbits jadi tak teruja dan tak excited pun. Memang nak skip dan pergi tempat lain. Tiba-tiba MamiZ sebut tentang Hobbiton Movie Set dan tanya kami akan kesana atau tidak. MamiZ nak pergi - aik !! Macam mana dia tahu tentang Hobbiton pula.. Rupanya ada kenalan berkongsi gambar-gambar yang diambil di Hobbiton Movie Set di FB. MamiZ kata cantik jadi baiklah aku include dalam itinerary. Faktor kedua aku malas nak pergi - harga ticket mahal. Aku cuba cari deals ticket discount murah di Bookme tapi semua ada bergabung dengan activity lain dan extra mahal. Tak berminat.. Ticket dibeli online direct terus di website Hobbiton Movie Set Tour dengan harga NZD89.00 (RM253.31 approx) untuk seorang dewasa. Aku bayar guna Debit Card saja dan terus approved dapat confirmation email. Kena book slot siap-siap jadi rancang perjalanan sebaik mungkin. Aku ambil slot pagi pukul 9:30AM. Jarak dari bandar Matamata ke Hobbiton Movie Set tak adalah jauh sangat - sekitar 20 minutes memandu. Jadi mari kita ke Hobbiton Movie Set Matamata. Mari tengok berbaloi atau tidak kesana dan betul ke cantik seperti yang MamiZ bayangkan ?



SEJARAH PEMBINAAN HOBBITON MOVIE SET MATAMATA

Hobbiton Movie Set adalah salah satu lokasi sebenar tempat pengambaran filem-filem bersiri Lord Of The Rings dan The Hobbits. Banyak lagi lokasi-lokasi pengambaran films ini disekitar New Zealand yang synonym dengan gelaran 'Middle Earth' - fictional setting yang dicipta oleh JRR Tolkien. Lokasi Hobbiton Movie Set pada asalnya adalah ladang ternakan kambing biri-biri milik keluarga Alexander seluas 1250 acre. Masa nak start shooting team LOTR tengah mencari lokasi dan set yang sesuai untuk membina 'The Shire - perkampungan The Hobbits'. Jatuh cinta dengan kecantikan sekeliling dan ciri-ciri lokasi adalah hampir sama dengan apa yang digambarkan dalam novel by JRR Tolkien, Peter Jackson terus beli 12 acre tanah untuk membina set pengambaran kekal perkampungan The Hobbits pada tahun 1998. Satu kawasan kecil saja ditengah-tengah ladang kambing biri-biri ada seketul perkampungan The Hobbits. 9 bulan masa diambil untuk menyiapkan pembinaan lokasi pengambaran - 37 buah Hobbit Holes™, The Mill, Green Dragon™ Inn dan jambatan. Ada satu pokok besar yang memang sedia ada di lokasi dikekalkan sebab fit dengan gambaran sebenar The Shire di dalam novel. Kerajaan New Zealand telah meminjamkan askar-askar untuk membantu pembinaan jalan untuk menyiapkan set pengambaran. Baik sangat haih.. Sebagai menghargai jasa askar-askar, Peter Jackson tengah mengambil kesemua askar sebagai pelakon tambahan especially untuk watak-watak Army of the Dead. Gituuu.. Lepas selesai pengambaran, diorang nak demolished The Shire tapi masih ada beberapa Hobbit Holes™ yang remained. Dari situlah bermulanya idea untuk membuka pintu The Shire kepada semua peminat-peminat trilogies LOTR dan The Hobbits untuk menjenguk set sebenar lokasi pengambaran bermula pada tahun 2002.


Signage Hobbiton di bandar Matamata.

i-Site Matamata - walking distance dari hotel. Awal sangat.. tak buka lagi.

Kena claim ticket di counter.

PILIHAN TOUR DAN HARGA TIKET HOBBITON™ MOVIE SET

Kita tak dibenarkan berkeliaran meronda sesuka hati di dalam Hobbiton jadi kena ikut masa tour yang ditetapkan dan package tertentu. Kita akan masuk secara berkelompok dan ditemani seorang tour guide yang akan bawa kita mengelilingi sekitar Hobbiton sambil menerangkan tentang sejarah dan cerita belakang tabir pembikinan filem-filem LOTR. Tempoh untuk habiskan tour adalah sekitar 2 jam jadi cukup masa nak bergambar sepuasnya. Bukan concept touch and go singgah sekejap terus balik. Ada banyak options dan packages yang available jadi kita pilih mana yang kita nak dan bersesuaian.

1. Hobbiton™ Movie Set Tour

Ini paling basic dan pilihan ramai orang. Guided tour dan bergerak dalam kumpulan kecil sekitar 20 orang. Bila kita beli ticket, kita diminta untuk isi sekali waktu berlepas yang kita nak. Kalau bawa kenderaan sendiri, boleh terus park di The Shire's Rest™ dan claim tickets di counter seterusnya beratur untuk naik bus yang telah disediakan. Harga tickets adalah NZD89.00 untuk dewasa dan NZD44.00 untuk kanak-kanak. Percuma untuk kanak-kanak berusia 8 tahun dan kebawah. Kalau tak bawa kereta sendiri, ada juga dua points berlepas iaitu dari Matamata i-Site, akan ada shuttle datang ambil dan hantar balik dan harga sama dengan berlepas dari The Shire Rest™. Those yang dari Rotorua pun boleh ke Hobbiton Movie Set sekiranya tak ada kenderaan sendiri - ada service shuttle juga.

Tapi !! Disebabkan ujian pandemic (ketika entry ini ditaip), hanya departure dari The Shire Rest™ saja yang available.

2. The Evening Banquet Tour

Rasai pengalaman berbeza meronda di The Shire ketika waktu senja dan hidangan makanan seperti di dalam filem The Hobbits juga akan disediakan di The Green Dragon™ Inn. Tempoh untuk tour ini adalah sekitar 4 jam. Harga pula adalah NZD199.00 (RM566.40 approx) untuk seorang dewasa dan NZD162.00 (RM461.09 approx) untuk kanak-kanak dewasa. Pergh hargaaa.. Tercekik rasa tapi kalau dah namanya die hard fan, they will go to this extend. Pilihan makanan pun banyak - berbaloi dengan harga yang dilaburkan.

Ada banyak lagi packages available - boleh terus rujuk Hobbiton - Packages.
Packages berubah-ubah ikut musim dan ada pelbagai festival diadakan sepanjang tahun. Sebelum beli tickets tu study dulu jadual-jadual dan offers yang available.

Jom kita ke The Shire..


Departure point di The Shire Rest.

Our tour guide, Sandy tengah bagi taklimat ringkas.

Sandy sangat ceria dan energetic. Gigih dia explain semua trivia dan facts setiap ceruk tentang Hobbiton Movie Set. Setiap perincian habis dia ceritakan.  Segala computer trick macam mana nak bagi Hobbits nampak pendek dan muat masuk ke Hobbit Holes dan macam-macam lagi. Sandy juga explain beberapa spots yang wajib bergambar disana. Setiap sudut yang penting mesti Sandy akan suruh stop dan ambil gambar. Di Hobbiton Movie Set ada beberapa buah Hobbit Holes yang famous - rumah watak-watak utama seperti Bilbo Baggins dan Frodo Baggins. Memang ramai nak bergambar disini sebab sangat iconic dalam movie. Lepas tu ada juga Hobbit Holes yang dikategorikan mengikut warna. Yang ini Sandy explained tapi aku dah lupa. I did not pay attention sangat sebab aku bukan peminat LOTR dan The Hobbits jadi ada banyak benda aku tak boleh relate. Adalah tengok beberapa movies tapi tengok gituuu saja. Tahulah sikit-sikit nama watak utama dan plot cerita. Bila Sandy tanya soalan-soalan related to the movies, orang lain laju jawab aku sah-sah terpinga-pinga disitu. Sandy told us that semua pengambaran setting saja dibuat disini, segala actions dan kebanyakan lakonan dilakukan di studio especially kalau scene dalam Hobbit Holes, mana muat pelakon nak masuk dalam tu.. jadi bukan 100% shooting di Hobbiton.


Kawasan tak wheelchair friendly tapi boleh naik buggy.

Kami paling belakang sekali..

Jangan sampai terpisah dengan ahli-ahli rombongan yang lain..

Permandangan The Shire dari atas bukit. Macam postcard..

Antara props yang ditinggalkan.. Tak boleh masuk pun..

I believe this is Sam's house.


Holding the Gandalf's staff - might be a stick, cane or a wand.
Also known as the 'walking stick'.

Rumah Bilbo dan Frodo Baggins.

Dihujung sana - The Green Dragon Inn.

Traditional mill yang dibina mengikut gambaran novel.

Dah sampai ke The Green Dragon Inn.

Interior dalaman The Green Dragon Inn. Sebiji dalam movie..

Langit dah gelap hujan pun turun..

The Mill.

Hobbit Holes yang mengadap tasik. Wow..

My personal favourite view.

THE HOBBIT™ SOUTHFARTHING™ RANGE

Last pit stop before naik bus dan kembali ke The Shire Rest adalah di The Green Dragon Inn. The Green Dragon Inn adalah tempat melepak khas untuk The Hobbits berkumpul dan bergembira. Disini, semua pengunjung The Hobbiton Movie Set boleh dapatkan minuman khas bernama Southfarthing secara percuma. Rasa ala-ala Ginge Ale katanya.. Dihidangkan terus dari barrel khas, ada dua jenis - with alcohol and without alcohol. You get to choose which one you nak. Obviously us Muslims, akan opt untuk yang non-alcohol. Ada juga cafe yang menyediakan menu-menu lain kalau berminat. Aku pun dah excited nak minum the iconic drink tapi.. Bila aku sendiri dah sampai disana, aku decided untuk tak minum langsung. Why ? Aku nampak gelas-gelas yang digunakan bercampur saja dengan yang minum ada alcohol atau pun non-alcohol. Hati mula ragu-ragu obviously masa dibasuh pun bercampur tak mungkin ada separate areas so I ended up tak minum apa-apa. Selebihnya.. korang sendiri buat penilaian sama ada nak minum atau tak. Masa kami di The Green Dragon Inn, langit dah gelap dan hujan lebat mula turun. Alhamdulillah sepanjang tour langit cerah cantik kalau tak mesti rasa tak selesa nak berjalan dalam hujan. Kami kembali ke The Shire's Rest.

SOUVENIRS SHOP DI THE SHIRE'S REST

Haruslah ada souvenirs shop kan.. Disinilah nak dapatkan semua LOTR dan The Hobbits punya merchandises dan barangan-barangan lain. Harga memang standard barang original kena siap sedia duit kalau betul-betul berminat. Walaupun aku bukan fan LOTR dan The Hobbits, aku beli juga sikit souvenirs tanda aku dah berjaya jejak kaki ke The Hobbiton Movie Set. Jom tengok beberapa souvenis yang available disana yang mana sempat aku ambil gambar sikit..

Soft toy Gollum. Ada yang berminat ? Hihihi..

This is nice.. Hampir beli tapi tak jadi.

Buku-buku related to the stories. Range harga NZD15.00 - NZD60.00.

Cute baby romper.

Tumbler anyone ? Bagi aku this one nampak cheap tapi harga yahudi.

Board games.

I like this one as well tapi MamiZ tak kasi beli. Huhuhu..

Keychain.

And finally.. I bought this hat for NZD29.90 (RM85.10 approx).

TIPS KE THE HOBBITON MOVIE SET

1. Beli Ticket Secara Online

Disebabkan The Hobbiton Movie Set ni memang tarikan utama, orang ramai nak pergi. Jangan decide nak walk-in better beli ticket terus secara online. Decide tarikh dan waktu dan datang pada waktu yang dah ditetapkan supaya tak lama sangat menunggu. They are really punctual.

2. Pilih Outfit Yang Sesuai

This is an outdoor activity jadi pilih pakaian yang selesa dan sesuai. No high heels please.. Pakai sneakers elok. Jangan pilih outfit warna hijau sebab kawasan sekitar The Hobbiton Movie Set sangat penuh kehijauan. Nanti tak boleh beza korang dengan background. Hihihi.. Ada orang tak kisah sangat tapi aku kisah.

3. Tak Perlu Usung Tripod

Ini aku menyesal.. Gigih usung tripod konon nanti nak ambil gambar aku dan MamiZ berdua. Tak sempat pacak tripod pun nak setting. You can always ask someone nak tolong ambil gambar tapi sepanjang tour ramai saja offer help. Plus, yang mana ada selfie stick atau Gopro better ambil gambar sendiri.

4. Bawa Bekalan Makanan / Minuman

Makanan tak boleh bawa ke The Hobbiton Movie Set tapi boleh siap sedia lunchbox untuk makan di The Shire's Rest. Ada kerusi meja disediakan. Cantik kawasan sekitar ada ladang biri-biri. Tapi kalau hujan.. makan dalam kereta jawabnya. Bawa air sebab penat juga nak menapak seluruh kawasan Hobbiton.

5. Payung / Raincoat

Cuaca disana unpredictable.. Sekejap cerah sekejap terus hujan tanpa warning. Kawasan pula open space tak ada tempat berteduh. Nak masuk Hobbit Holes pun tak muat. Payung disediakan untuk semua orang kalau nak boleh ambil di entrance The Hobbiton tapi besar sangat dan berat. Aku rasa better sediakan raincoat senang nak pakai kalau tiba-tiba hujan turun.

6. The Hobbiton Movie Set Tidak Wheelchairs Friendly

Kawasan adalah berbukit dan tak sekata jadi memang tak wheelchairs friendly. Tapi untuk sesiapa yang kurang upaya, perkhidmatan tour bersama buggy ada disediakan. Kalau nak bawa family members yang dah sikit berusia, boleh sediakan tongkat. Tak adalah tinggi sangat nak kena mendakit tapi untuk keselesaan baik bersedia.

BERBALOI ATAU TIDAK KE THE HOBBITON MOVIE SET ?

Jawapan jujur dari seorang yang bukan peminat tegar - sangat berbaloi !! Alhamdulillah MamiZ ajak ke The Hobbiton Movie Set kalau tak mesti aku rasa terkilan. Walaupun korang bukan peminat, tetap kena pergi dan experience the tour. Bukan khas untuk peminat movie LOTR dan The Hobbits saja. Macam kami anak-beranak, we just enjoyed the view and the beautiful scenery di perkampungan Hobbits, The Shire sebab memang cantik so serene hijau mendamaikan. Pengalaman yang seronok jadi wajiblah untuk semua yang ke New Zealand especially di North Island untuk include this tour dalam itinerary korang. You should not miss this one out.

Okay. Masih jauh perjalanan nak sampai Rotorua.
Sambung lagi nanti..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.