SITI.YANG.MENAIP

HIDANGAN MAKANAN SEDAP DI RESTORAN DE PAUH GARDEN PERMATANG PAUH. Restoran De Pauh memang antara port favourite untuk orang-orang Penang melepak makan-makan. Sama ada dengan ahli keluarga atau kawan-kawan, De Pauh sentiasa menjadi pilihan. Selain daripada makanan-makanan tempatan viral yang selalu dikongsikan di Pulau Pinang, makanan-makanan di Restoran De Pauh pun sedap-sedap belaka. Kami sekeluarga memang suka ke De Pauh, tak kira untuk makan tengah hari atau makan malam. Kadang-kadang, birthday celebration pun kami pergi makan-makan di De Pauh. Selama aku jadi pelanggan di Restoran De Pauh, tak pernah lagi kecewa dengan makanan-makanan yang dihidangkan. Aku suka pergi waktu malam, lebih sejuk dan meriah. Pilihan makanan-makanan juga lebih banyak. Menu-menu di De Pauh ikut masa yang ditetapkan tapi jangan risau, semua yang sedap-sedap ada sepanjang masa.

MENU-MENU SEDAP DI RESTORAN DE PAUH GARDEN

Gambar Pilihan Makanan Sedap Di Restoran De Pauh Garden Permatang Pauh Pulau Pinang

Setiap kali pergi mesti rasa nak cuba menu yang berlainan, sangat banyak pilihan. Tapi kadang-kadang akan pilih favourite menu juga. Pilihan aku adalah - Set Nasi Ikan Bawal, Set Nasi Ayam Kampung, Mee Udang, Ikan Bakar, Ikan Masak Pedas, Sotong Goreng Tepung dan Satay. Hidangan-hidangan western juga ada dan portion besar dan mengenyangkan. Kalau teringin nak makan makanan western, aku akan order Lamb Chop atau Burger. Bertingkat-tingkat !! Kalau bulan Ramadhan, memang kena tempah lebih awal untuk berbuka, tak boleh walk-in. Ramai sangat pelanggan.

Makan Sedap di Restoran De Pauh Garden Permatang Pauh

Mee Udang Sedap di Restorang De Pauh Garden Permatang Pauh

Makan Sedap di Restoran De Pauh Garden Permatang Pauh

Hidangan Nasi Goreng Sedap di Restoran De Pauh Garden

Makan Sedap di Restoran De Pauh Garden Permatang Pauh

Makan Sedap di Restoran De Pauh Garden Permatang Pauh
Set Nasi Ayam Kampung.

Makan Sedap di Restoran De Pauh Garden Permatang Pauh

Makan Sedap di Restoran De Pauh Garden Permatang Pauh

Makan Sedap di Restoran De Pauh Garden Permatang Pauh

Makan Sedap di Restoran De Pauh Garden Permatang Pauh

Satay Sedap di Seberang Jaya di De Pauh Garden

Selalu sangat pergi makan disana, banyak dah gambar yang aku ambil. Itu tandanya memang puas hati dan sedap sebab repeat banyak kali. Tak adalah jauh sangat dari kawasan rumah aku. Kalau ada kawan-kawan yang minta suggestion nak makan dimana yang sedap di kawasan Seberang Jaya, memang aku akan suggest Restoran De Pauh Garden. Tak semua yang datang ke Penang rajin nak masuk ke bahagian pulau semata-mata untuk makan. Di seberang pun ada banyak pilihan makanan-makanan yang sedap. Kita sendiri tahu memang sedap, eloklah suggest kepada orang lain juga untuk dicuba. Lokasi pun tak susah nak pergi, tepi main road saja. Tempat makan yang selesa dan luas, kawasan parking yang luas disediakan jadi jangan risau berhimpit-himpit. Surau sangat selesa dan mesra pelanggan. Boleh datang makan dengan rasa senang hati. Happy eating !!

SITI YANG MENAIP

Ketahuilah bahawa aku dah cuba yang terbaik. Tapi ada batas ada lelahnya.
Aku tak mampu penuhi segalanya.

I am sorry. I cannot please everyone.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
HIDANGAN DIMSUM YANG SEDAP DI DOLLY DIMSUM | Siapa suka makan dimsum ? Angkat tangan !! Sekarang ni agak mudah nak dapatkan dimsum yang halal. Banyak restaurants yang menyediakan dimsum halal. Kalau korang peminat dimsum memang kena pergi Dolly Dimsum dan cuba dimsum dan makanan-makanan yang ada disana. Sedap atau tidak makanan-makanan di Dolly Dimsum ? Semestinya sedap !! Pergi sekali memang terus jatuh cinta. Aku pergi ke Dolly Dimsum Avenue K baru-baru ni. Banyak juga cawangan yang ada, di NU Sentral, Pavilion, Sunway Putra Mall, IOI City Mall, Avenue K dan Sunway Pyramid. Kami order macam-macam menu dan semuanya sedap. Rambang mata dan rasa tamak nak pilih macam-macam. Akhirnya kami minta - Siew Mai Dumpling, Har Gao Dumpling, Squid in Seafood Sauce, Yam Croquette, Cheong Fun, Rice Porridge dan Mango Desert. Semua aku suka semua kami makan licin habis kuah pun kalau boleh nak hirup. Punya banyak kami order, semuanya hanyalah RM76.90 untuk dua orang. Tak percaya sebab aku rasa murah. Itu tandanya boleh pergi lagi dan makan dimsum puas-puas.

 Rujuk SINI untuk maklumat lanjut.
Happy eating !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.