SITI.YANG.MENAIP

AKHIRNYA AYAH PERGI JUA MENINGGALKAN KAMI


Allah.. Genap seminggu arwah DediS pergi meninggalkan aku dan MamiZ. Pejam celik saja. Aku rasakan macam mimpi. Setiap kali aku bangun tidur, aku berharap yang DediS akan ada dihadapan aku seperti selalu. Kadang-kadang dia yang kejutkan aku. Rasa macam DediS akan pulang ke rumah dan akan kami lalui hari-hari seperti biasa. Celik saja mata, aku kembali memujuk hati untuk sabar dan kuat. Kena belajar terima kenyataan yang kini DediS sudah pergi selamanya menemui Allah Yang Esa. Memang luluh hati bagai disiat-siat. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Tanpa aku bersedia untuk kehilangan DediS. Tak.. Tak akan ada seorang anak pun yang akan bersedia untuk kehilangan orang tuanya. Aku tak pernah menjangkakan yang DediS akan pergi meninggalkan aku secepat ini. Pernah terdetik jujurnya sebab DediS memang sakit tapi aku berada dalam keadaan denial mode sebab aku tak berdaya nak berdepan andai kata benar terjadi. Belum puas aku berbakti padanya.. Belum sempat aku memenuhi semua impiannya.. Cepat benar aku rasakan.

Ramai rakan-rakan bloggers sudah tahu berita pemergian DediS. Hari-hari aku terima kiriman Whatsapp bertanyakan khabar dan kata-kata semangat. Alhamdulillah. Sedikit sebanyak membantu aku dan MamiZ membina kekuataan untuk menempuh hari-hari mendatang. Terima kasih semua di atas perhatian dan kasih sayang yang diberikan walaupun kita tak pernah bersua muka. 

Kali ini, aku nak kongsikan cerita. Panjang.. Sangat panjang. Aku dah kongsikan di Facebook beberapa hari lalu dan kali ini aku nak kongsikan di ruangan ini pula. Kenangan untuk aku abadikan dan pengalaman yang ingin aku ceritakan kepada dunia selama 13 hari aku menjaga DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman yang telah terlantar koma dan akhirnya pergi meninggalkan aku dan MamiZ selama-lamanya pada Jumaat (30 Oktober 2015) yang lalu. Yang mana baik mari sama-sama kita ambil jadi iktibar dan yang buruk itu kita tolak jauh-jauh. Alhamdulillah. Aku dan MamiZ dikelilingi oleh insan-insan yang baik hati dan penyayang. Tak putus-putus doa dan kata-kata semangat dikirimkan. Masih ramai yang bertanyakan tentang keadaan DediS sebelum dan ketika sakit. Ramai yang ambil berat tentang kami sekeluarga. 

18 Oktober 2015 (Ahad)
Aku dan DediS dalam perjalanan ke Melaka. DediS sepatutnya menghadiri satu kursus disana. Walaupun nampak sakit tapi kerana komited dengan urusan kerja, DediS gagahi jua untuk menghadiri kursus. Aku yang memandu. Kami berbual seperti biasa. Kami berhenti untuk solat dan aku mula perasan langkah kaki DediS mula perlahan dan dia kerap mengurut dada kiri. Hampir terjatuh ketika menaiki tangga tapi sempat aku sambut. Kami meneruskan perjalanan dan aku mula sedar, DediS mula untuk sukar bercakap. Aku tak tahu nak buat apa dan hanya suruh DediS sandar dan tidur. Sampai di rumah kawan DediS, aku terus suarakan pendapat yang DediS tak sesuai untuk menghadiri kursus. Kawannya setuju dan kami pulang ke Parit Buntar. Sepanjang perjalanan memang DediS tidur. 

Kami bawa DediS ke klinik dan Doktor sarankan untuk bawa ke hospital secepat mungkin tapi DediS tak mahu. Memang ramai yang bertanyakan kenapa dari awal lagi tak mahu bawa DediS ke hospital. DediS yang tak mahu ke hospital. Setiap kali kami sebut hospital, mesti nampak stress dan urat-urat di kepala mula timbul. Jadi, kami tak mahu memaksa. Takut pressure DediS makin tinggi. Biarkan dia tenangkan diri. Siapa yang suka hospital ? Melawat orang sakit di hospital pun kadang-kadang kita tension. Jadi bukan sengaja kami tak mahu bawa ke hospital. Mudah bagi mereka yang bercakap dan menerjah kami dengan pelbagai soalan. Sebagai anak, ada satu perasaan sedih lain yang aku rasa sekiranya aku asyik memaksa DediS untuk ke hospital. Tak sanggup.

Kaki dan tangan kanan DediS tak boleh bergerak. Aku dah agak sejak dalam perjalanan pulang dari Taiping lagi tapi dikuatkan semangat hati untuk bertenang. Walaupun menggigil-gigil memandu, tapi masih cuba control ketakutan. Ya Rabbi.. dalam hati memang menjerit-jerit nak terus bawa DediS ke hospital. Aku tak ada medical skill jadi macam mana aku nak tolong DediS. Tengok DediS terbaring tenang di rumah, hati mula sedikit reda. Tapi tak lama. Tiba-tiba saja DediS tarik. Kaki dan tangan kejang. Aku dan Mak mula kalut. Pipi sedikit tertarik ke atas. Berjujuran air mata memicit-micit tangan dan kaki DediS. Aku terus panggil jiran sebelah untuk telefon ambulans. Nak dial 999 pun tak mampu. Jiran-jiran datang untuk membantu. Subhanallah. Terima kasih Ya Allah sebab hadirkan jiran-jiran yang baik hati. Mereka tolong picit kaki dan tangan sehingga kejang DediS hilang. Kami pujuk untuk ke hospital tapi tetap berdegil. Aku tetap panggil ambulans. DediS tak boleh dibiarkan. 

Ambulans dari Hospital Parit Buntar sampai tak lama kemudian. Aku jangkakan ambulans St. John yang akan tiba sebab nak bawa DediS terus ke Hospital Seberang Jaya mengikut saranan Doktor di klinik tapi dalam keadaan kalut itu, tak ada pilihan lain. DediS dibawa ke ER dan kami terpaksa menunggu di luar. Debaran yang teramat sangat. Doktor nak bawa DediS ke Hospital Taiping sebab peralatan di Hospital Parit Buntar adalah terhad. Pukul 6.00PM kami menunggu sehinggalah pukul 11.00PM baru DediS dibawa ke Hospital Taiping. Sekali lagi menunggu di ER Hospital Taiping sehingga pukul 3.00AM baru dapat masuk ke wad. Doktor ada memberitahu kami yang DediS ada pendarahan di dalam kepala kerana bacaan HBP telalu tinggi. Hati mula terdetik, kenapa tidak dibawa terus ke ICU ? Kenapa ke wad biasa ? Tapi bukan bidang kita. Banding diri aku dengan Doktor, haruslah Doktor lagi tahu. Jadi kami hanya ikutkan saja. Bermula dari saat itu, satu demi satu penderitaan DediS yang kami saksikan. Sejak dari saat ditolak masuk ke wad biasa, DediS hanya tidur lena tak sedarkan diri sehinggalah pergi meninggalkan aku dan MamiZ selama-lamanya.

19-21 Oktober 2015 (Isnin-Rabu)
Tiga hari pertama di Hospital Taiping, kami dibiarkan sepi dihujung tingkap tanpa seorang Doktor pun datang menerangkan kepada kami situasi sebenar. Ya.. memang ada Doktor yang datang untuk menyelak-nyelak file medical di katil DediS tapi tak ada yang bersuara menerangkan apa-apa. Macam merempat sungguh kami rasakan terbiar tak berjenguk melainkan kunjungan dari kawan-kawan DediS dan MamiZ yang tak pernah putus kunjung. Bila ada yang bertanyakan keadaan DediS, aku tak mampu nak menjawab sebab kami sendiri tak ada jawapan. DediS terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. Wire berselirat di badan. Bunyinya sangat teruk. Macam orang mengeruh dan sangat kuat. Mulut dibiarkan terbuka dan balutan tidak dikemaskan. Sehingga bertukar warna kuning kain yang mengikat rahang DediS. Peliklah. Kenapa tidak ditukar tali itu. Kami tanya nurse, asyik 'nanti' 'nanti' dan 'nanti'. Apa yang aku terdaya lakukan ? Nak tukar sendiri ? Aku tak ada kepakaran. Maafkan ET.. tak dapat nak tolong Ayah. Nanah mula keluar dan pertama kali aku berdepan situasi begitu. Panggil nurse untuk bersihkan tapi lambat. Memang nurse datang tapi kemudian. Ya.. aku faham bukan DediS seorang yang sakit disitu. Kuatkan diri untuk mengelap kahak dan lendir yang keluar dari mulut DediS. Sumpah aku katakan, memang geli yang teramat sangat tapi Allah Maha Besar, kali kedua dan ketiga dan seterusnya, kekuatan datang dengan sendirinya. Perasaan tak sanggup untuk tengok keadaan Ayah begitu mengatasi segalanya.

21 Oktober 2015 (Rabu)
Petang itu tiba-tiba DediS kerap bergerak. Aku jangka itu adalah perubahan positif tapi bila mula bertindak agresif aku panik. Beberapa orang nurses datang dan aku dihalau pergi untuk tunggu di tempat lain. Terketar-ketar menanti. Datang seorang Doktor perempuan menenangkan. Katanya aku kena bersedia kerana DediS sedang nazak. Memang luruh hati mendengar. Aku masih tak dibenarkan menjenguk dan tak tahu apa yang sedang dilakukan ke atas DediS sehinggalah MamiZ datang dan beberapa orang sepupu masuk ke wad. Bila aku ke katil, memang DediS seolah-olah meronta-ronta. Datang pula seorang Doktor perempuan lain membantu DediS untuk bernafas secara manual. Lama.. hampir satu jam sebelum DediS diberikan sedatif untuk bertenang. Menurut Doktor perempuan itu, DediS mungkin bertindak agresif sebab sedatif lama sudah habis dan mula rasa sakit dengan adanya tiub alat bantuan pernafasan. Pandai-pandai saja kata nazak. Terjawab persoalan yang bermain-main di dalam fikiran aku dan MamiZ. Kami hairan kenapa DediS tidak sedar sejak hari pertama masuk ke wad sedangkan ketika kami hantar DediS ke hospital, DediS masih mampu memberi tindak balas. DediS diberikan sedatif rupanya. Nampak ? Kami langsung tak diberitahu tentang process apa yang dijalankan kepada DediS. Ditinggalkan clueless. Doktor terpaksa memberikan sedatif lagi untuk mengawal pressure yang semakin tinggi. Mesin alat bantuan pernafasan ditukar. Kali ini mesin khas dari ICU pula yang digunakan. Doktor mencadangkan untuk membuat pembedahan Tracheostomy bagi membantu DediS untuk bernafas kerana mesin alat bantuan pernafasan tak boleh lama digunakan. Sekali lagi luluh hati mendengar keputusan Doktor. Aku tak sanggup untuk tengok Ayah ditebuk-tebuk. Dalam hati hanya berdoa yang terbaik.

22 Oktober 2015 (Khamis)
Doktor-doktor dari pelbagai unit mula datang ke katil DediS untuk membuat pemeriksaan. Hairan sangat. Kenapa baru sekarang bermacam-macam jenis doktor baru muncul ? Kenapa tidak dari mula ? Drama apa yang sedang dilakonkan ? Seorang dari unit ICU.. Seorang khas periksa kidney.. Seorang datang periksa jantung.. Fisioterapist pun baru mula menjelma buat simple exercises dan DediS mula diberikan susu setelah 4 hari terkedang tanpa rawatan. Semuanya selepas DediS mula berada dalam keadaan 'nazak' seperti yang dikatakan oleh Doktor. Kemana mereka semua ini sewaktu kami mula-mula kami datang mengharapkan bantuan dan memerlukan penjelasan ? Masing-masing datang dengan teori masing-masing sehinggakan kami tak tahu nak percaya Doktor yang mana. Ada yang bercanggah pendapat dan masing-masing nak tunjuk hebat. Jadi siapa sebenarnya yang kami perlu rujuk bila macam-macam teori dikeluarkan ? Ingat DediS bahan experiment ? Datang dengan mesin-mesin canggih, wire makin berselirat sehinggakan kami nak dekat dengan DediS pun tak ada ruang. Matron mula menjenguk dan menjerit-jerit mengarahkan tali pengikat mulut ditukar baru. Akhirnya bertukar tali yang bersih. Saluran drip tersumbat dan terpaksa dimasukkan melalui kaki pula. Allah.. tengok DediS diperlakukan sebegitu rupa memang hancur berkecai hati. Tapi apakan daya.. tak mampu nak menolong. Mula ada sikit sinar di dalam hati bila perhatian mula diberikan kepada DediS. Nampak usaha Doktor dan nurse ingin membantu walaupun kami masih samar dengan keadaan Ayah.

Kami minta untuk ditukarkan DediS ke wad kelas pertama. Walaupun sudah diberikan GL masih juga tak dapat tukar ke wad kelas pertama. Katanya senang di wad kelas ketiga sebab doktor selalu visit. Haaa ? Nak tergelak pun ada. Doktor mana tu yang selalu visit ? Datang menjenguk pun sekali sehari. Itu pun acuh tak acuh. HO bersepah dalam ward adalah. Kehulu kehilir tolak trolley. Itu pun kerja ambil darah memanjang. Ada yang tak reti ambil darah pun. Cucuk lengan tak dapat.. Cucuk tempat lain pula. Habis semua tempat dicucuknya. Kita yang tengok pun rasa seram. Satu perkara lucu, bila MamiZ hulur GL, ada suara-suara dibelakang yang mengatakan bahawa gaji DediS sedikit besar dan DediS seorang cikgu. Mungkin ingat kami datang dari ceruk bumi mana dan tak educated agaknya melihatkan cara pemakaian kami yang selebet. Dalam keadaan panik, mana pula sempat fikir tentang fashion. Sarungkan saja apa yang ada. Jujur aku katakan, selepas diberikan GL, kami terima layanan yang sedikit baik. Baru ada beberapa orang nurses mula nak senyum sedangkan beberapa hari pertama ramai yang muka masam mencuka.

Aku tak pernah tengok hospital yang kotor seperti itu. Bukan nak jatuhkan nama baik pihak tertentu tapi sumpah, itulah pengalaman paling ngeri yang pernah aku lalui setakat ini. Seorang pesakit diabetes ditolak masuk dan duduk bertentang dengan katil DediS. Ibu jari kaki memang dah busuk habis dan Doktor memujuk untuk membuang ibu jari kaki. Aku dengar setiap butiran dan ingat pakcik itu akan dibawa ke OT. Ya Rabbi.. operation di katil itu juga rupanya. Maaf kalau itu memang procedures biasa di hospital kerajaan tapi ngeri !! Aku tak pernah tengok situasi macam tu. Mungkin perkara biasa bagi orang lain. Hygiene macam mana ? Patutlah boleh kena macam-macam infection. Darah dan iodine solution tumpah di lantai dan aku terus pergi dari situ. Tak sanggup nak tengok. While operation, Doktor bersembang-sembang santai. Cerita tentang menu lunch dan ketawa-ketawa kecil. Aku yang pucat lesi disitu. Soal etika kerja macam mana ya ? Huuurm..

22-25 Oktober 2015 (Khamis-Ahad)
DediS masih diberikan sedatif, memang langsung tak bergerak. Bila kami bercakap-cakap dengan DediS, Doktor kata tak dengar apa-apa sebab DediS tak memberikan sebarang tindak balas positif. Lantaklah. Kalau Allah SWT izin DediS dengar, siapa dia nak kata tidak. Itulah aku cakapkan. Teori macam-macam aku dapat. Doktor kata DediS dah tak rasa sakit kerana otak memang dah tak function. Aku nak bawa kawan-kawan semua berfikir sekejap. Dia kata DediS tak rasa sakit.. tapi kenapa pressure yang stabil tiba-tiba shoot naik bila setiap kali ambil darah ? Maknanya rasa sakit kan ? Maaflah kalau silap. Aku bukan doktor. Ini teori aku sendiri yang melihat perubahan pressure DediS setiap kali darah diambil. Ada juga ketikanya, aku dan MamiZ bercakap-cakap dengan DediS dan air mata DediS meleleh. Doktor kata yang DediS tak dengar tapi aku yakin sebenarnya DediS dengar dan rasa sakit. Manusia lah !! Bukan robot. Bila aku suarakan pada Doktor, katanya itu adalah perkara biasa. Siap dibukanya kelas dan ceramah tentang pain receptors dan nerve system. Terkejut Doktor bila aku dapat menyampuk dan mengatakan yang aku tahu tentang semua tu dan gunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi. Dia ingat aku bodoh agaknya. Bukan nak tunjuk lagak, tapi Doktor itu sangat terseksa untuk bercakap dalam Bahasa Melayu jadi aku mudahkan untuk dia. Agaknya lama sangat duduk kat luar negara sampai Bahasa Melayu simple pun tersekat-sekat nak sebut. Barulah dia dapat terangkan dengan baik dan tak sangkut-sangkut. Dipujinya pula aku sebab dapat gunakan Bahasa Inggeris dengan baik dan bijak. Hoi !! Aku cikgu Bahasa Inggeris haruslah aku tahu speak in English. Ya Allah.. dia ingat aku tak sekolah ke ? Apa agaknya tanggapan yang Doktor disana ada terhadap kami ? Mengecewakan betul.

26-27 Oktober 2015 (Isnin-Selasa)
Sedatif dihentikan. Doktor kata nak tengok tindak balas. Dalam tempoh 8 jam DediS sepatutnya sudah boleh sedar tapi DediS tak menguit sikit pun. Doktor kasi tempoh selama dua hari. DediS tak juga sedar. Kami hari-hari bisikkan kata-kata semangat buat DediS. Santai. Kami mula melawak dengan supaya DediS sendiri rasa kuat bila dia dengar suara kami. Memang tak ada tindak balas langsung tapi kami tak putus asa.

28 Oktober 2015 (Rabu)
Mulalah Doktor kata DediS kena kidney infection. Mau tak kena macam-macam infection ? KOTOR !! Ubat masuk macam-macam jenis. After one and another. Aku faham itu adalah procedures pihak hospital untuk bantu DediS. Bila datang check mesti berdengus dan geleng-geleng kepala. Bukan nak explain atau kasi kata-kata semangat. Saja nak tambah stress kami. Kerja ambil darah sentiasa. Masuk ubat itu.. masuk ubat ini.. Bila tanya perkembangan DediS asyik jawab  'kritikal' 'kritikal' 'kritikal'.. Tak ada jawapan lain. Yaaa.. kalau tengok dengan mata kasar pun memang kita boleh nilai yang DediS memang dalam keadaan kritikal. Doktor minta kebenaran MamiZ untuk buat PD (Peritoneal Dialysis) untuk cuci kidney DediS. Katanya ICU penuh tak ada katil extra untuk bawa DediS untuk buat dialysis disana. We had to agree sebelum kidney DediS makin rosak. Hati memang rasa macam kena siat. Ampun Ayah.. we thought it could help you. Pusat ditebuk dan mulalah process PD. Doktor nak buat 60 cycles. Jujurnya aku tak faham apa-apa tapi berharap itulah yang terbaik untuk selamatkan DediS. Selesai Doktor set up PD untuk DediS, aku kembali ke katil. Terkejut yang amat !! Bawah lengan DediS bertakung darah. Bertakung ya.. Maknanya terlalu banyak. Sampai dah jadi jelly. Terus aku panggil Sister dan mulalah sekali lagi menjerit-jerit suruh nurse bersihkan. Macam mana tak kena infection ? Kalau darah sebanyak itu dibiarkan macam tu saja ? Patut ke dibiarkan begitu saja ?

Pembedahan Tracheostomy terpaksa ditunda kerana process PD sedang dijalankan. Kami sempat bersembang bertanyakan keadaan sebenar DediS dengan salah seorang Doktor dari ICU yang kebetulan berada di wad itu. Kami tanya dan paksa Doktor itu terangkan keadaan sebenar. Kami dah tak sanggup nak duduk dalam keadaan yang tak pasti. Akhirnya Doktor itu pun bersuara. DediS ada hemorrhage (pendarahan) dalam otak dan kedudukan hemorrhage terjadi di kawasan yang paling kritikal iaitu di kawasan Thalamus dan stroke DediS digelar sebagai Thalamic Stroke. Memang tak dapat nak dijalankan pembedahan sebab kawasan pendarahan terlalu dalam. Otak bukan kita boleh keluarkan belah buang dan jahit semula. Doktor sendiri mengaku tak tahu macam mana nak reach to that area. Kedudukan pendarahan betul-betul berada di atas lelangit mulut. Kami bertanyakan kepada Doktor ICU itu, kenapa tiga hari pertama kami terbiar tanpa sebarang rawatan ? Doktor itu terkejut. Dia tak percaya tapi kami jujur ceritakan pengalaman kami. Bila disemak-semak file perubatan DediS, rupanya tiga hari pertama, DediS berada dalam phase pengawalan dan observation sahaja. Maknanya.. mengikut teori medical, pesakit stroke seperti DediS hanya akan bertahan untuk beberapa hari saja. Dari ER lagi sudah diputuskan begitu. Jadi pada peringkat awal lagi Doktor dah memutuskan yang DediS tak akan bertahan lama. Amboi.. Tuhan ke Doktor-doktor tu semua nak judge begitu ? That was the reason why kami dibiarkan saja dan DediS tak dapat any rawatan. Itu juga adalah reason kenapa DediS dihantar ke wad biasa dan bukan terus ke ICU. Doktor menjangkakan yang DediS akan pergi dalam tempoh tiga hari, tapi sebaliknya yang terjadi dan DediS masih bertahan. Itu yang selepas tiga hari baru semua jenis Doktor baru muncul. Melihatkan DediS mula memberi reaction, dah menyangkal teori Doktor dari ER dan Doktor mula datang untuk buat rawatan. Peeergh !! Begitu sekali eh ? Semuanya baru terbongkar. Marah !! Sangat marah. Doktor dari awal dah menjangkakan yang DediS akan pergi ? Dari awal lagi sudah dilabel begitu. Patutlah tak ada seorang pun yang betul-betul ambil berat tentang DediS. Rupanya memang Doktor jangka DediS will go just like that. Doktor dari ICU itu sangat baik. Berbeza dari Doktor-doktor lain yang gunakan words yang kasar dan terkesan dalam hati. Doktor ICU tu terangkan dengan baik walaupun perit kami nak terima kenyataan.

29 Oktober 2015 (Khamis)
Hari kedua DediS dikenakan rawatan PD. Aku notice ada darah yang keluar dari saluran PD. Makin lama makin banyak. Tak sedap hati. Aku panggil nurse dan dia betulkan saluran. Tersumbat katanya. Beberapa jam selepas itu, saluran PD kembali bermasalah. Akhirnya process PD diberhentikan dan DediS terkedang dengan semua jenis saluran masih di badan. Kenapa dihentikan tidak pula diberitahu. Sedih teramat sangat tengok keadaan DediS begitu. Nak dekat dengan DediS pun tak boleh. Aku dan MamiZ hanya mampu pegang kaki saja dengan harapan DediS dapat rasakan kehadiran kami berdua dekat dengan dia. Aku nak DediS tahu yang kami tak pernah tinggalkan dia keseorangan disitu berdepan dengan semua penyeksaan. Hanya alunan Al-Quran saja yang dipasang tak henti-henti ditelinga DediS. Semoga tenang DediS mendengar alunan ayat-ayat suci.

30 Oktober 2015 (Jumaat)
Doktor sekali lagi datang menjenguk. Rutin menjenguk hanya pada setiap pagi. Kali ini sayu hati dari pagi tak dapat dibendung tapi tak tahu kenapa. Akhirnya Doktor panggil aku dan MamiZ. Doktor menerangkan dengan jujur bahawa DediS dah tak ada harapan untuk hidup. Katanya pelbagai jenis rawatan dah dicuba tapi DediS masih memberikan tindak balas negatif. Rawatan PD dihentikan sebab kidney DediS dah tak berfungsi dengan baik. Doktor hanya berikan SATU pilihan saja iaitu cabut life support DediS dan pilih sama ada nak cabut di hospital atau bawa DediS pulang ke rumah dan cabut mesin di rumah. Aku memang dah tak mampu nak menahan air mata. Memang tak ada pilihan lain. Semua rawatan akan dihentikan dan tak akan masuk any ubat dah. Kalau kami decided untuk masih tempatkan DediS di hospital, mesin pernafasan akan kekal digunakan sehinggalah jantung DediS berhenti sendiri. Doktor anggarkan yang DediS akan pergi paling cepat dua jam dan paling lama adalah selama dua hari. Memang kelu tak tahu nak cakap apa. Bila itu saja pilihan yang kami ada. Setelah ditebuk dirobek sesuka hati, itu yang Doktor cakap. Nak marah tapi tak dapat nak susun kata-kata. Dalam hati hanya ketakutan saja yang ada. Redha dengan ketentuan-Nya kami tak sanggup nak biarkan DediS di hospital. Dengan persekitaran yang sangat open dan orang yang mula tak pedulikan kami, akhirnya kami mengambil keputusan untuk bawa DediS pulang. Memang sayu hati sendu yang teramat sangat. Sentiasa kami berada disisi DediS sebelum ambulans datang untuk bawa DediS pulang. 

Selepas Doktor putuskan yang DediS tak akan diberikan apa-apa rawatan, tak ada seorang nurse pun datang menjenguk kami. Sekali lagi dibiarkan tersadai sepi kecuali seorang nurse yang setia memberi DediS minum susu. Akhirnya pukul 5.00PM ambulans pun sampai. Kami terpaksa menggunakan khidmat private ambulans untuk bawa DediS pulang. Hospital tak sediakan khidmat ambulans sebab perjalanan jauh hampir empat jam dari Taiping ke Bangi. Hanya MamiZ dan abang saudara saja yang menemani DediS di dalam ambulans bersama sukarelawan paramedik. Sepanjang perjalanan langit mendung dan hujan lebat seolah-olah menangisi kepulangan DediS. Tiba di Bangi pukul 9.30PM dan selepas sepuluh minit alat bantuan pernafasan dicabut, akhirnya DediS pergi meninggalkan aku dan MamiZ selama-lamanya. Begitu pantas. Ada titisan air mata mengiringi hembusan nafas DediS yang terakhir. Walaupun terkilan tak sempat nak bersama DediS ketika detik-detik terakhirnya, alhamdulillah ada sepupu lelaki yang bersama-sama DediS ketika DediS ingin pergi. Ada juga beberapa orang kenalan DediS yang sudah sedia menanti di Bangi. Syukur DediS tidak keseorangan.

-------------------------------------------

Selesai sudah urusan DediS di dunia. Selamat kembali kepada pencipta-Nya. Allah SWT izinkan DediS bersama kami selama 13 hari dalam keadaan sakit untuk aku dan MamiZ merebut peluang untuk sama-sama berbakti menjaga DediS. Walaupun terpaksa berdepan pengalaman ngeri selama di hospital, aku yakin semuanya adalah ketentuan Allah SWT. Masih punya ruang dan kesempatan untuk mencipta memori bersama walaupun DediS terbaring kaku. Masih memberi ruang buat aku untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin sebelum DediS pergi. Semuanya sudah diatur dan sebaliknya tetap akan ada hikmah yang kita tak akan dapat jangka. Ramai yang bertanya kenapa bawa DediS pulang ke Bangi sedangkan kampung DediS di Kepala Batas, Pulau Pinang. Seminggu sebelum DediS diserang stroke, DediS kerap ajak kami semua pulang ke Bangi. DediS selalu hitung hari bila nak cuti sekolah sebab tak sabar nak pulang ke Bangi. Jadi aku berbincang dengan MamiZ, mungkin DediS was actually hinting sesuatu. Alhamdulillah, Tok (mak DediS) izinkan. Takut juga sekiranya bawa DediS pulang ke Bangi tak akan ada orang yang datang menjenguk. Namun kuasa Allah SWT mengatasi segalanya.

31 Oktober 2015 (Sabtu)
Seawal pukul 2.00AM lagi aku sudah mula menerima kiriman Whatsapp dari bekas-bekas pelajar DediS sewaktu DediS mengajar di MRSM Kerteh suatu ketika dahulu untuk datang melawat. Subhanallah. Aku yakin memang susunan Allah SWT itu yang paling terbaik. Ramai bekas pelajar DediS dari MRSM Kerteh, MRSM Balik Pulau dan juga MRSM Transkrian.. kawan-kawan sekerja.. kenalan lama DediS dan MamiZ datang tak putus-putus sesudah Subuh. Ada yang datang dari jauh semata-mata nak menziarahi DediS. Hati kami yang resah pada mulanya mula ada harapan. Melihatkan betapa ramainya orang yang datang memberi penghormatan terakhir pada DediS, aku yakin DediS gembira. Seawal pukul 10.30AM lagi DediS sudah siap dikafankan. Tapi atas permintaan Tok yang masih dalam perjalanan ke Bangi dari Pulau Pinang, kami minta Imam tunggu. Subhanallah. Semuanya baik-baik belaka. Imam juga sangat memahami. Bacaan tahlil dibuat sementara menunggu Tok sampai. Sempat juga bekas-bekas pelajar DediS dan kawan-kawan yang baru sampai mendirikan solat jenazah buat DediS. Ramai yang jejak kasih ketika menziarahi DediS. Bayangkan.. bekas-bekas pelajar DediS batch pertama di MRSM Kerteh dapat bertemu kembali. Kenalan-kenalan lama DediS datang menjenguk. Cantik sangat susunan-Mu. Ya Rabb.. ketika itu aku sangat terharu dengan kerjasama semua pihak. Tok sampai di Bangi pukul 11.30AM dan urusan pengebumian DediS selesai pukul 12.30PM.

Terima kasih semua yang sudi hadir menjenguk jenazah DediS dan sudi sama-sama bersama kami mengiringi DediS untuk dikebumikan. Air mata tak henti-henti mengalir bertambah pula rasa sayu dengan kehadiran ramai pihak. Sebagai satu-satunya anak DediS, sudah pasti aku tak mampu nak uruskan DediS seorang diri. Maka Allah SWT hadirkan mereka-mereka ini semua untuk berikan aku dan MamiZ kekuatan. Insyallah berkat doa semua pihak, DediS will be fine disana. 

-------------------------------------------

Terima kasih untuk semua insan yang tak putus-putus tanya khabar kami anak-beranak. Hari-hari kami dapat kiriman kata-kata semangat. Yang sentiasa ambil berat sepanjang kami berada di hospital, terima kasih banyak-banyak. Tolong bawakan makanan dan datang melawat tak henti-henti dan macam-macam lagi. Nak nyatakan memang terlalu banyak. Sangat terharu kerana tak ada satu hari pun DediS tak menerima kunjungan sahabat-sahabatnya. Buat semua pelajar DediS, baik yang sedang menduduki SPM dan bekas-bekas pelajar, terima kasih banyak-banyak kerana sudi menziarahi DediS ketika di hospital. Tak dapat nak balas jasa baik semua. Semoga Allah SWT yang membalasnya. Untuk semua Doktor dan nurse di Hospital Taiping, Perak, terima kasih kerana menjaga DediS selama 13 hari kami disana. Andai kehadiran kami menyusahkan, aku memohon maaf bagi pihak keluarga. Andai ada yang terasa hati sepanjang kami di sana, sekali lagi aku memohon maaf. Aku tak berniat nak menjatuhkan nama baik sesiapa tapi hakikat sebenar ini terpaksa aku kongsikan buat pengajaran pihak hospital agar ada improvement ke arah yang lebih baik.

Buat beberapa orang nurses yang baik hati, thank you so much. Bagi DediS minum susu.. Bersabar dengan DediS ketika susu tak hadam dengan baik dan pujuk DediS untuk terima makanan.. Puji kekuatan DediS yang mampu bertahan sehingga 13 hari.. Tolong bersihkan tiub pernafasan DediS.. Tolong tukarkan alas tidur DediS.. sama-sama menangis ketika Doktor beritahu yang DediS dah tak ada harapan untuk hidup dan macam-macam lagi kebaikan yang awak-awak semua lakukan. Teruskan bekerja dengan ikhlas dan bukan kerana terpaksa. Mudah-mudahan Allah SWT kurniakan pahala yang besar buat awak-awak semua. Kehadiran awak-awak semua di wad itu sedikit sebanyak memberikan semangat buat aku nak MamiZ yang dalam keadaan tak berdaya. Terima kasih banyak-banyak dan maafkan aku dan MamiZ andai ada yang tidak menyenangkan pihak hospital sepanjang kami di sana.

Aku yakin ada ramai bekas-bekas pelajar DediS yang sekarang bekerja sebagai Doktor dan nurse. Terutama bagi yang beragama Islam, jadilah Doktor dan nurse yang baik dan lakukan kerja dengan ikhlas lillahitaala. Tetapkan nawaitu agar hati bersih nak bekerja dan bukan kerana gah nama seorang yang bergelar Doktor. Jangan double standard dan berikan layanan yang sama rata bukan ikut kelas pangkat dan darjat. Besar pahala yang diterima bekerja dalam bidang perubatan sebab awak-awak semua berkhidmat membantu. Letak diri kita dalam keadaan pesakit-pesakit dan mudah-mudahan hati jadi lembut ikhlas membantu tanpa merungut. Kita tak pernah dapat jangka masa depan. Kalau bukan kita, anak kita dan ahli keluarga kita mungkin akan berada dalam keadaan susah. Jadi apa salahnya lakukan kerja dengan ikhlas mudah-mudahan Allah SWT mudahkan urusan awak-awak semua. Kenapa pesakit-pesakit semua datang ke hospital untuk jumpa Doktor ? Kerana ada satu titik pengharapan yang diharapkan daripada awak-awak semua. Harapan untuk memdapatkan bantuan. Kesembuhan itu datangnya dari keizinan Allah SWT, tapi Allah SWT beri kepakaran buat awak-awak semua untuk membantu. Skill yang tak ada pada orang lain. Jadi bantulah sebaik mungkin. Satu hari nanti, kita juga akan pergi cuma caranya kita tak tahu. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat dan redha-Nya.

-------------------------------------------

Sedih hati memang tak terkata. Terlalu pantas DediS pergi meninggalkan aku dan MamiZ. Seminggu berlalu dan kami masih lagi mencari-cari arah untuk meneruskan kehidupan. Menguruskan beberapa urusan penting bagi pihak DediS sangatlah mencabar emosi. Bila bersendirian kadang-kadang terbayang kembali DediS yang sedang terlantar sakit lemah tak bermaya. Kadang-kadang terbayang pula detik-detik manis ketika DediS masih hidup. Flashback kembali semua scenes yang pernah terjadi. Peritnya aku rasakan untuk telan realiti yang DediS sudah tak bersama kami lagi.

Pasti aku akan rindukan bunyi tapak kasutnya yang dari jauh sudah aku tahu, itu kepunyaan DediS. Menjelang tengah hari aku sudah tahu siapa yang pulang ke rumah walaupun aku tak tengok siapa yang berada di muka pintu. Bunyi kunci keretanya sudah cukup untuk aku pastikan yang DediS sudah pulang dari sekolah. Terlalu banyak kenangan bersama. Sudah pasti. Aku hanya ada DediS dan MamiZ. Aku tak punya adik-beradik yang lain. Dari kecil memang mereka berdua yang melayan aku. Siapa yang nak teman aku sekarang ? Teman aku keluar mencari makan tiap malam sudah tiada. Teman aku untuk meronda bersiar-siar sudah pergi selamanya. Tak pernah menolak walaupun kepenatan seharian bekerja. Pasti akan setuju saja kalau aku ajak kemana-mana. Pasti akan teman aku walau hanya sekadar ke kedai runcit di depan taman perumahan. Tak akan dibiarkan aku pergi seorang diri. Sekarang.. aku kena belajar untuk menguruskan banyak benda sendirian. Perginya seorang lelaki yang menjadi imam keluarga. Lelaki yang selalu mendengar keluh kesah aku. Sedia menerima setiap bebelan aku. Tak pernah mengeluh bila hari-hari mendengar rungutan aku dengan kehidupan. Seorang yang faham aku. Apa yang aku suka dan apa yang aku tak suka. Kami berkongsi citarasa yang hampir sama. 

Aku yakin.. dalam hati DediS pasti penuh kerisauan. Satu-satunya anak yang dia ada masih belum bekerja dan masa depan masih samar. Dalam usia sebegini aku masih seolah-olah seorang anak kecil. Semuanya perlu diingatkan. Mesti DediS risaukan banyak perkara. Bayangkan.. nak kopek kulit udang dan keluarkan isi ketam sendiri pun aku tak tahu. Semuanya DediS yang buat untuk aku. Ketika aku sakit tak dapat nak berdiri gosok baju sekolah, DediS pasti akan gosok baju-baju sekolah untuk seminggu terus.Ambil baju kotor di asrama dan bawa balik rumah untuk basuh. Kadang-kadang tolong basuhkan kasut sekolah dan jemur di tepi dapur. Setiap kali ada tugasan/homework yang aku tak dapat siapkan, mesti DediS akan berusaha tiru tulisan aku untuk tolong aku siapkan. Setiap kali aku sepahkan rumah, bila bangun tidur mesti dah kemas tersusun rapi. Tak pernah lewat jemput aku pulang dari sekolah. Tak pernah tak datang untuk ambil report book. Mesti akan datang di Hari Anugerah sekolah. Tak pernah jemu berulang alik dari Penang ke Selangor setiap minggu untuk jenguk aku di universiti. Walaupun sudah ada kereta sendiri, MamiZ dan DediS akan escort juga aku untuk pulang ke Penang. Ampun.. Aku sentiasa merisaukan hati DediS. Maafkan anakmu ini ayah.. Terlalu banyak menyusahkan ayah..

Selamat berehat ayah.. Selamat pulang ke pangkuan Ilahi.. I am a big girl and I can handle myself. I will take a good care of Mak. We have each other and worry not. Insyallah.. kita jumpa lagi disana kelak. I will make sure kita bakal berpegangan tangan sama-sama seperti selalu menuju Jannah.

Ya Allah.. sepanjang 25 tahun aku membesar bersama Ayah, sekali pun tangannya tak pernah pukul aku apatah lagi mencubit. Sekalipun suara tak pernah ditinggikan apatah lagi memarahi. Kalau menegur aku secara keras, mesti ayah akan minta maaf semula pada aku. Ya Allah.. cukup segala pendidikan dan agama yang ayah dah berikan pada aku. Kalau ada khilaf aku selama ini, bukan salah mak dan ayah.. salah aku sendiri. Terimalah ayahku dengan redha-Mu Ya Rabb. Ayah tak pernah lukakan hati aku dan kecewakan aku. Dalam serba kurang.. dia akan tetap pastikan aku dapat yang terbaik. Jadi Ya Rabb.. jangan kau seksa dia disana. Luaskan kuburnya Ya Rabb.. Jadikanlah ruang persemadian ayah sebagai salah satu taman syurga-Mu. Dengan kasih sayang-Mu.. ampunkan dosa-dosa ayah. Engkaulah Tuhan yang Maha Mengasihani..

AMIN

Al-Fatihah untuk arwah DediS, Shuhaimi Bin Sulaiman.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

ITINERARY PERJALANAN 7 HARI KE MELBOURNE VICTORIA AUSTRALIA

JALAN-JALAN TRAVELOGUE MELBOURNE VICTORIA | TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI MELBOURNE | PERBELANJAAN DAN BUDGET KE MELBOURNE. Akhirnya selesai pun perkongsian perjalanan ke Melbourne. Habis aku senaraikan tempat-tempat menarik di Melbourne untuk diterjah dan ceritakan tentang pengalaman sepanjang berada disana. Hampir setahun peram baru dapat habiskan. Kekangan masa dan kadang-kadang memang tak ada mood langsung.  Ini adalah senarai entries berkaitan trip ke Melbourne pada bulan September 2015. Musim bunga bakal tiba di Australia tak lama lagi, eloklah aku kongsikan dengan korang entries lama. Share idea apa yang patut. Tapi kena ingat satu perkara. Pengalaman setiap dari kita adalah berbeza dan cara juga berbeza. Apa-apa pun ikutlah kemampuan dan keselesaan masing-masing. Semoga dapat dijadikan panduan untuk merancang perjalanan ke Melbourne.










It was a blast journey and we had so much fun in Melbourne. Good food. Memang kalau ada rezeki untuk kembali memang nak pergi lagi. Banyak yang belum explore. Finally it's a wrap. Terima kasih untuk semua pihak yang membantu to make the trip possible dan sepanjang berada di Melbourne. Especially to my parents. Cik Tia, Acik Yati, Kak Sal dan AK. Thank you untuk semua kenangan dan days yang kita spent together. I am thankful enough to meet all the beautiful people while I was there in Melbourne. Harap perkongsian ini dapat membantu kawan-kawan yang sedang merancang ke Melbourne. Kalau ada sebarang persoalaan boleh drop komen atau email.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

BUDGET DAN PERBELANJAAN 7 HARI KE MELBOURNE AUSTRALIA

BUDGET DAN PERBELANJAAN KE MELBOURNE VICTORIA AUSTRALIA.  Selesai sudah aku bentangkan perkongsian journey haruslah share budget dan perbelanjaan yang telah aku laburkan sepanjang berada di Melbourne. Aku bukan seorang yang berjimat cermat. Jadi kalau korang berharap untuk mengetahui tips-tips berjimat di Melbourne, korang dah salah saluran. Hahaha.. Tapi bolehlah kalau korang semua nak buat panduan. Sekurang-kurangnya ada bayangan. Aku akan cuba sedaya upaya nak ingat balik semua perbelanjaan aku di Melbourne. Maklumlah dah hampir setahun diperam.


*Tukaran mata wang RM : AUD = RM3.14 : 1.00AUD (13/09/2015)

Tiket Air Asia X Kuala Lumpur - Melbourne = RM403.00
Tiket Air Asia X Melbourne - Kuala Lumpur = RM855.66
Luggage 20KG Kuala Lumpur - Melbourne = RM89.00 / 2 = RM44.50
Luggage 25KG Melbourne - Kuala Lumpur = RM153.04 / 2 = RM76.52
Luggage 5KG Melbourne - Kuala Lumpur = RM32.30 /2 = RM16.15
In-Flight Food Melbourne - Kuala Lumpur = RM51.52
Visa Australia = RM20.00
Food = RM50.00 / 2 = RM25.00

TOTAL : RM1492.35

Tukaran mata wang AUD : RM #1 22/8/15 = 600AUD (x 3.03) = RM1818.00
Tukaran mata wang AUD : RM #2 26/8/15 = 400AUD (x 3.08) = RM1232.00
Tukaran mata wang AUD : RM #3 12/9/15 = 600AUD (x 3.13) = RM1878.00

TOTAL : RM4928.00 (1600AUD)

DAY 1 (14 September 2015)

Optus Yes (sim card) = 15.00AUD
MYKI = 6.00AUD
Top up MYKI = 7.52AUD x 4 = 30.08AUD = 31.00AUD
Package Tour Great Ocean Road = 94.00AUD
Chicken Gozleme Federation Square = 13.00AUD / 2 = 6.50AUD
Fizzy Coke 7Eleven Flinders Street Station = 3.00AUD
Mini Shopping Woolworth = 17.90AUD

TOTAL : 173.40AUD

DAY 2 (15 September 2015)

Road Trip (2 Days) = 200AUD / 4 = 50.00AUD
Petrol = 100AUD /4 = 25.00AUD
Maru Koala & Animal Park Entrance Fee = 20.00AUD
Kangaroo Food = 2.00AUD
Postcards = 3.90AUD
Lunch Panny's Chocolate Factory = 23AUD / 2 = 11.50AUD
Churchill Island & Heritage Farm Entrance Fee = 12.25AUD
Dinner Bali Bagus Melbourne City = 25.00AUD

TOTAL : 149.65AUD

DAY 3 (16 September 2015)

Rayner's Stonefruit Orchard Entrance Fee = 18.00AUD
Fruits 4KG = 20AUD / 4 = 5.00AUD
Blueberry Muffin = 3.90AUD
Tesselaar Tulip Festival Entrance Fee *student price = 20.00AUD
Assorted Nuts = 15.00AUD
Souvenirs Teeselaar Tulip Festival = 6.99AUD
Puffing Billy *student price = 41.00AUD
Souvenirs Emerald = 5.99AUD
Souvenirs Puffing Billy = 7.99AUD

TOTAL : 123.87AUD

DAY 4 (17 September 2015)

Souvenirs The Great Ocean Road = 20.97AUD
Pizza = 15.00AUD / 2 = 7.50AUD


TOTAL : 28.47AUD

DAY 5 (18 September 2015)

Churros Flinders Street Station = 3.50AUD
Kebab Swanston Street =  11.00AUD
Churros Chocolateria San Churros = 12.00AUD
Bus Fare West Gate Park = 2.70AUD
Dinner Blok M = 22.00AUD

TOTAL : 51.20AUD

DAY 6 (19 September 2015)

Nutella Doughnuts = 4.00AUD
Souvenirs [Fridge Magnets + Keychains + etc] = 30.00AUD
Postcards = 4.00AUD
Stamps = 1.97AUD x 12 = 23.64AUD
Tshirt Melbourne Australia = 20.00AUD
Winter Jacket = 50.00AUD
Fruit [Strawberry + Blood Orange] = 10.00AUD
Chicken Wings + Lamb Ribs = 23.90AUD / 3 = 7.96AUD

Vans Sneakers 2 Pairs = 59.00AUD
Corelle 16 Pieces = 42.90AUD
Jumper Cotton On = 10.00AUD
Tee Esprit = 20.00AUD
Thermal Wear [Kathmandu] = 31.80AUD
Shirt & Tie = 39.90AUD

Tim Tam 2.89 x 10 = 28.90AUD
Chocolates Assorted Woolworth = 35.90AUD
Dinner Laksa Bar = 17.90AUD

TOTAL : 431.90AUD

Day 7 (20 September 2015)

Starbus Airport Shuttle = 20.00AUD
Cik Tia = 50.00AUD
Shopping Melbourne Airport (Chocolates) = 56.50AUD

TOTAL : 126.50AUD

TOTAL Perbelanjaan di Melbourne173.40149.65123.87 28.4751.20431.90126.50 = 1084.99AUD

Baki AUD : 1600.00AUD - 1084.99AUD = 515.01AUD 

TOTAL Perbelanjaan keseluruhan
1084.99AUD x 3.14 = RM3406.87 + RM1492.35 = RM4899.22

*Tukaran baki AUD ke RM sebanyak 500AUD x 3.11 = RM1555

Inilah dia perbentangan budget dan perbelanjaan sepanjang aku berada di Melbourne. Plus minus sebab ada yang aku lupa. Ada yang terlupa jot down aku anggarkan saja. Tapi baki memang aku convert balik 500AUD dan baki yang kecil aku buat kenangan. Aku banyak berbelanja sebab aku boros dan harus diakui perkara itu. Alhamdulillah thanks to Cik Tia kami tak perlu fikir about lodging because we were staying in her house. Kalau campur lodging memang lagi bertambah budget.

Perbelanjaan adalah subjektif dan mengikut kehendak dan kemampuan kita. Budget aku pada asalnya hanyalah sebanyak 1000AUD saja memandangkan harga tiket kami sangat mahal. Trip yang impromptu cenggini jadinya. Harga melambung. Jadi tempah tiket penerbangan awal supaya dapat harga lagi murah. Jimat banyak. Currency exchange pun sangat teruk at that time. Aku bawa extra just incase I was in need of money. Aku tak ada credit card nak swap jadi solution adalah bawa extra cash. Apa-apa pun ikutlah cara masing-masing. Perkongsian ini adalah sekadar berkongsi dan membantu memberi bayangan kepada korang yang bakal ke Melbourne.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.
20 September 2015

JALAN-JALAN TRAVELOGUE MELBOURNE VICTORIA | AUSTRALIA MELBOURNE - GOODBYE VICTORIA DAN STARBUS AUSTRALIA. Malam sebelumnya gigih kami menyumbat everything dalam luggage. Timbang nak kira berat. Kalau exceed masih sempat untuk top up. Alhamdulillah walaupun banyak yang diborong tapi masih within berat yang dibeli. Risau juga kalau berlebihan. One thing yang aku risau masa plan itinerary adalah cara untuk pulang ke Melbourne Airport untuk balik ke Malaysia. Aku buat research dan ramai yang suggest naik Starbus tapi that day was Sunday dan waktu Starbus beroperasi agak lewat. Flight was at 9.30AM and paling busuk kena ada di airport at least pukul 8.00AM. Jarak dari rumah Cik Tia ke Melbourne Airport lebih kurang 30 minit. Dari Malaysia aku fikirkan cara macam mana sebab memang tak sempat kalau nak catch a bus dari train station ke airport. Tapi Cik Tia dah tolong selesaikan. Mudahnya.

STARBUS MELBOURNE : DARI MELBOURNE CITY KE MELBOURNE AIRPORT

Perkhidmatan service Starbus ada disediakan dari Melbourne Airport ke Melbourne CBD dan juga sebaliknya. Tapi kena kaji dengan teliti laluan dan jarak dengan tempat penginapan masing-masing. Other than that, ada juga disediakan service dari pick up point tertentu khas untuk ke Melbourne Airport. Service dibawah company yang sama. Kita hanya perlu tunggu dijemput di tempat yang kita nak. Jadi two days before balik, Cik Tia dah tempahkan untuk aku dan Kak Sal. Hanya perlu buat tempahan melalui website Starbus.Au Airport Shuttle dan ikutlah arahan. Confirm masing-masing akan beli simcard Australia. Kalau tak nak booking online boleh terus call. Senang. Habis cerita.


HARGA SERVICE STARBUS DARI DAN KE MELBOURNE AIRPORT

Kita tengah bincang tentang medium nak bergerak dari dan ke Melbourne Airport. Maknanya bila kita baru sampai dan pergerakan kita untuk pulang. Perkara ni optional dan ikutlah keselesaan masing-masing. Kalau korang memang bercadang untuk naik Starbus (bus) dari Melbourne Airport ke Melbourne CBD terpulanglah. Selain option Starbus (bus), ada juga option Starbus (van shuttle). Ini yang aku nak kongsikan. Yang nak naik bus kena refer pengalaman orang lain sebab aku tak naik Starbus (bus). Jadi aku tak tahu flow yang betul macam mana. Yang aku faham setelah aku godek website, harga yang sama boleh apply kalau korang nak naik Starbus (van shuttle) yang terus sampai depan tempat penginapan. Lagi mudah daripada naik Starbus (bus) dan kena naik tram pula. Bayangkan kalau bawa banyak bag. In case korang berdepan situasi yang sama macam aku, flight awal pagi dan tak ada public transport yang cepat untuk bawa ke Melbourne Airport jadi inilah dia solution yang terbaik.


Rumah Cik Tia terletak di Carlton (Zone 2), jadi harga dari pick up point ke Melbourne Airport adalah sebanyak 20AUD (RM62.80 approx) seorang. Kalau dari awal kita book service Starbus tak kisahlah bus atau van shuttle, kita hanya perlu bayar sebanyak 34AUD (RM106. 76 approx) return. Dah tak perlu risau berebut bus dan ada jaminan terus sampai depan pintu.

WAKTU OPERASI STARBUS (BUS DAN VAN SHUTTLE)

Bolehlah korang rujuk waktu operasi Starbus untuk senang buat jadual perjalanana. Ingat ya elok rancang awal supaya nanti tak gelabah. Kena ambil kira juga waktu operasi tram kalau korang bercadang untuk gunakan tram juga, especially hari Sabtu dan Ahad.




Keluar dari Arrival Hall akan terus nampak signage Starbus (bus) dan kaunter tiket. Tiket boleh beli on the spot. Kalau nak gunakan service Starbus (van shuttle) kena lintas jalan sikit rasanya. Tunggu di tempat pick up passengers Melbourne Airport. Nak kepastian, silalah bertanya. Mengerti sudah sekarang jangan risau kalau terpaksa gerak awal ke Melbourne Airport. Dah ada jalan penyelesaian. Tapi sekali lagi ditegaskan, semua ini adalah optional dan pilihan keselesaan masing-masing. Tak bererti cara korang salah. Cuma memberi gambaran dan pilihan untuk dipilih. Bag dah kemas dan boarding pass pun dah dapat. Jomlah kita gerak balik. Tanah air tercinta sedang menanti walaupun ketika itu dilanda ujian jerebu yang teruk. Cerita pun dah tamat. Sekian.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.
19 September 2015

JALAN-JALAN TRAVELOGUE MELBOURNE VICTORIA | AUSTRALIA MELBOURNE - SHOPPING CORELLE MURAH DI DFO ESSENDON. Tak sah kalau ke Australia kalau tak memborong Corelle. At least kena rembat sekotak buat kenang-kenangan. Memang jiwa mak sangat aku rasa bila nak memilih design Corelle untuk MamiZ. Di Australia, harga Corelle memang jauh lebih murah berbanding yang terjual di Malaysia. Kalau di Melbourne, wajib kita masukkan DFO dalam list tempat shopping yang wajib dituju. DFO menempatkan butik-butik yang menjual barangan branded dengan harga yang lebih murah. Mungkin barangan yang sudah off season dilambakkan di DFO. Ada beberapa DFO sekitar Melbourne City, South Wharf, Homebush, Moorabin dan Essendon. Kena make sure DFO yang dituju ada jual Corelle atau tak. Tak semua DFO di Melbourne ada kedai Corelle. Since memang niat utama nak memborong Corelle, kami terus ke DFO Essendon. Boleh juga kalau nak datang guna public transport tapi kena study lebih sikit. Rujuk SINI. DFO South Wharf adalah yang paling dekat dengan Melbourne City dan boleh access through public transport tapi tak ada kedai Corelle. Balik dari Vic Mart, kami pulang untuk solat. Kemudian terus saja pecut semula ke DFO Essendon.

Aku ada baca somewhere yang Corelle boleh didapati dengan harga murah di BigW jadi kalau korang tak ada masa nak ke DFO Essendon boleh pergi BigW. Cuma harga taklah semurah di DFO but still murah dari harga di Malaysia. DFO Essendon sangat luas. Kena ada tenaga berjalan kalau nak ronda semua outlet. Terus kami mula shopping. Memang menggoda sungguh harga yang ditawarkan. Kalau convert to RM memang jauh lebih murah. Terus simpan camera sebab nak focus membazir. Thanks to Kak Sal yang sempat snap few pictures ada juga gambar nak share.

Among my favourite brands. Sepasang for 39AUD (RM122.46 approx) and dua pasang for just 59AUD (RM185.26 approx). Kat Malaysia sepasang dah RM200 plus kalau tengah sale.


Harga perfumes yang murah yakamat. Tapi aku bukanlah fan perfumes jadi tak teruja. Elok borong bekalan perfumes setahun dua kalau dah sampai ke Australia. Selain memborong di DFO, boleh juga borong di kedai MyChemist yang bersepah-sepah di sekitar Melbourne City.

Maaf tak ada gambar kedai Corelle sebab tangan penuh pegang barang. Rambang mata nak memilih. Walaupun design sangat limited tapi harga memang murah. Set 16 pieces hanya 42.90AUD (RM134.71 approx) dan selain Corelle ada juga kitchenware lain seperti Pyrex dan Corningware. Patutlah orang boleh hilang daratan seketika. Dah habis memborong kami pun beransur pulang. Hari dah gelap bila kami keluar dari DFO. Lama sungguh membazir. Kang tak muat bag nak bawa balik semua barang. Since esoknya dah nak balik, that night all of us had dinner with AK. Makan laksa versi orang Australia katanya. Will share about it later.

HASIL TUAIAN SHOPPING DI MELBOURNE

Since aku pernah dapat email dari one reader bertanyakan harga-harga barangan di Melbourne, jadi aku decided untuk share dengan korang juga. Ini bukan niat nak menayang. Just to give ideas apa yang berbaloi beli or apa yang boleh kita bawa balik dari Melbourne. Jangan fikir bukan-bukan pula. Fikir yang baik-baik saja.

Baju-baju dari Cotton On dan Esprit. Hanya 10AUD (RM30.14 approx) sehelai. I bought two sneakers from Vans dan ini salah satunya. Two pairs for 59AUD (RM158.26 approx). Perfume dari Elizabeth Arden hanya 15AUD (RM47.10 approx).

T-Shirt Melbourne dibeli di Victoria Market hanya 4AUD (RM12.56 approx) sehelai. Harga adalah berbeza mengikut hari. Kalau yang printed in Australia harga sedikit mahal. Kemeja and tie for arwah DediS 39.90AUD (RM125.29 approx). DediS tak sempat pakai pun. Allah loves him more. Thermal wear from Kathmandu hanya 16.90AUD (RM53.07 approx) untuk top dan 14.90AUD (RM46.79 approx) untuk bottom. I found them cheap sebab kat Malaysia mahal but AK said, pernah juga dijual dengan harga sekitar 5AUD - 10AUD.

Hasil tuaian di Queen Victoria Market. Total damage was 150AUD (RM471 approx) including a 50AUD (RM157 approx) red winter jacket, tshirts and souvenirs. For things yang made in China usually akan lebih murah and yang originally from Australia off course a bit pricey. 

Selalunya memang aku akan borong chocolates banyak-banyak. Senang nak kasi family members yang ramai. These chocolates are all from Woolworth. Korang boleh juga beli di BigW, Coles or any other hypermarket yang lain. Range adalah sekitar 1AUD - 10AUD sepeket. Depending on the bargain. Different days ada different offers. Jadi ikut rezeki kitalah. I would recommend Cadbury Caramello Koala and Woolworth's signature Selection chocolates. Dah chocolate bentuk koala memang ideal sangat nak buat souvenirs especially for kids.

Siapa suka TimTam angkat tangan yezza kita geng. I am a die hard fan of TimTam. It is so damn cheap in Australia. Off course sebab pengeluar. Kalau dekat Malaysia especially di Cold Storage or Jaya Grocer, sebungkus will cost us more than RM15. Tapi di Australia hanyalah 3.89AUD (RM12.21 approx) Yes. Masih mahal. Hari kami memborong ada 50% off untuk semua Arnott's products. Jadi sebungkus hanyalah 1.95AUD (RM6.10 approx).

Honeycomb & Caramel by Select (Woolworth) is so good. Kalau korang pencinta caramel memang elok sangat beli. Memborong Snickers and Mars (flavors yang tak available in Malaysia) for only 1AUD (RM3.14 approx). Boleh kasi anak-anak buah seorang sebiji.

Inilah sedikit sebanyak apa yang aku beli di Melbourne. I have ramai ahli-ahli keluarga so I need to berbelanja extra. Ada juga few exclusive fridge magnets yang dibeli di tempat-tempat tertentu seperti Puffing Billy dan Great Ocean Road. Mahal but it is okay sebab dah menandakan yang kita dah sampai. Apa-apa pun berbelanjalah mengikut budget masing-masing. Mana yang dirasakan berbaloi untuk diborong silalah borong. Kalau berkira-kira sangat takut nanti teringat-ingat. Jadi belilah jika ada kemampuan. Semoga membantu memberi bayangan benda-benda yang boleh diborong dari Melbourne. Jom kemas dan timbang bag. Hopefully tak terlebih muatan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.