SITI.YANG.MENAIP

HIDANGAN ITALI PIZZA DAN SPAGHETTI DI PASTAMANIA GATEWAY KLIA2

Aku memang sangat suka hidangan Itali especially Pizza dan Spaghetti. Tak adalah selalu makan tapi antara hidangan favourite. Siapa akan tolak sepinggan Spaghetti dengan sos yang marvelous dan pizza yang penuh cheese as toppings ? Kali ini aku nak kongsikan dengan korang satu tempat makan di Gateway KLIA2 yang menyediakan hidangan Itali yang sedap. Sambil tunggu nak check-in bag atau depart, bolehlah singgah makan sekejap di Pastamania. Asalnya adalah food chain dari Singapore dan baru saja dibuka di Level 2, Gateway KLIA2. Yang kedua dibuka di Pavillion. Deco kedai sangat cantik, rasa macam di Itali. Very colourful. Hidangan pula macam-macam ada. Dari snack ringan hinggalah ke hidangan berat, semua ada. I went there to dine twice. Sekali dengan MamiShurie masa kami nak ke Kuching dan kali kedua dengan Momon masa nak ke Langkawi. Jadi in this entry, aku nak kongsikan gambar-gambar hidangan yang dah kami cuba.






MENU-MENU YANG SEDAP DAN HARGA HIDANGAN DI PASTAMANIA

Harga bagi aku standard kedai yang jual hidangan macam ni.. But the food tak adalah mahal sangat plus portion besar. Harga mampu milik. Kami makan kongsi takut tak habis. Menu sangat menarik rambang mata nak buat pilihan nak makan yang mana. Macam-macam sangat..

















Memang tergoda dengan menu-menu yang ada. Gambar makanan yang recommended pun besar-besar jadi memang jelaslah kalau nak buat rujukan. Memang awesome sebab aku memang suka tengok menu menu restoran yang cantik-cantik. Susunan gambar pun tidaklah terlalu memeningkan. Hidangan semua sedap-sedap kami berpuas hati. Makan licin pinggan kira memang sedap sungguhlah. Jadi kalau korang berada di Gateway KLIA2 dan sampai awal tak tahu nak pergi mana melepak, bolehlah ke Pastamania. Boleh makan spaghetti sambil tunggu nak fly. Happy eating !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
TRIP MENGEJUT 24 JAM TANPA DIRANCANG KE PENANG - PADANG KOTA LAMA, 1926 HERITAGE HOTEL, ROTI CANAI JALAN TRANSFER, PENANG STREET ARTS DAN CHEW JETTY. Bila kau tengah sedang elok lepak santai dirumah, tiba-tiba dapat message dari kawan-kawan KL diorang dah on the way memang gelabah teruk. Inilah yang terjadi hari tu bila kawan-kawan aku bagitau nak ajak aku ke Penang jalan-jalan and diorang dah nak sampai. Aku ingatkan bergurau, betul pula sebenarnya siap suruh aku masak. Memang tak lah dah lewat malas nak masuk dapur. Aku bagitau MamiZ dan DediS nak keluar makan dengan kawan-kawan. Aku call Sass Cafe tempah meja dan set steamboat. Tak payah lepak rumah aku, terus pergi kedai. Lepas tu nak ikut diorang ke Penang. Isk !! Korang jangan buat perangai macam ni ya.. Tak ada angin ribut terus menjelma. Kami jumpa di roundabout Bandar Baharu terus ke Parit Buntar. Syukur buat tempahan dulu, ramai pula orang that night. Dah kenyang kami terus gerak ke pulau. Kami duduk melepak di Padang Kota Lama sambil menyembang macam-macam cerita. Dah hampir pukul 11:00PM kakak-kakak semua rupanya tak book hotel pun. Konon nak walk-in haaa.. Walk-in sangat hampir semua hotel yang kami call penuh. Yang tinggal di Booking.com semua mahal. Lain kali rancang betul-betul jangan terjah saja. Penang ni hari-hari ramai orang. Syukur lepas hampir satu jam akhirnya jumpa hotel. Kami menginap di 1926 Heritage Hotel di Georgetown. Dulu pernah beberapa kali menginap disana ikut MamiZ dan DediS meeting. Sampai terus check-in dan tidur. Kepenatan sangat..


 Muka bahagia masing-masing tidur lena.








Dekat pukul 10:00AM jugalah baru kami check-out. Lambat sikitlah dari yang dirancang masing-masing liat nak bangun. Previous trip dengan Momon dan Mira, aku dah bawa pergi makan roti canai di Jalan Transfer, this time kakak-kakak request benda yang sama juga. Nak cuba roti canai disana. Baiklah mari kita pergi.. Sebenarnya tak sure masih ada roti canai atau tak, tapi pergi jugalah tengok. Memang rezeki diorang, ada lagi rotinya dan pelanggan masih ramai. Siap kena tunggu sekejap baru dapat meja. Lepas tu pergi Armenian Street pula cari Penang Street Arts. Memang itulah aktiviti kalau datang Penang. Disebabkan baru pergi, aku tak adalah excited sangat. Layankan sajalah kakak-kakak kesayangan..






 Pelanggan masih ramai walaupun dah pukul 10:30AM.





 Ais Kepal Armenian Street.






Hari panas terik tak usah nak cerita. Memang berpeluh-peluh.. Gigihlah kami menapak sampai ke Chew Jetty. Sampai tengah hari saja kami meronda, kakak-kakak kena balik ke KL. Singgah Exit Bandar Baharu turunkan aku, MamiZ dan DediS dah tunggu. Senang nak drop di exit, tak banyak kereta. Walaupun sekejap tapi puas hati jugalah dapat pusing beberapa tempat menarik di Penang. Lain kali datang biarlah ada rancangan yang elok, tak adalah berterabur sangat schedule. Kena ada proper planning tak kiralah nak pergi mana sekalipun. I hope they had fun.. Next time datang lagi ya. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

TRIP KE TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI

TRIP JALAN-JALAN BUDGET MURAH KE TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI. Ini adalah trip budget murah ke Langkawi yang tak berapa dirancang dengan baik tapi banyak juga tempat-tempat menarik yang kami terjah. Time pergi ni memang tak berapa nak ada sangat tapi nak berjalan. Semuanya bermula bila aku tengok ada seal Zero Fare di website AirAsiaGo untuk ke Langkawi. Zero Fare maksudnya tiket penerbangan adalah RM0.00 dan hanya perlu bayar harga penginapan saja untuk dua malam. Kalau ikutkan tarikh yang available tak berapa nak cantik tapi aku terus contact Momon tanya dia nak pergi atau tak, setuju terus. Pilih hotel-hotel yang tersenarai yang kami minat, majoriti hotel tiga bintang tapi okaylah not bad. Maka kami pun beli deal itu dan berlepaslah ke Langkawi. Pengalaman pertama buat self check-in sebab tak ada luggage nak drop dan berlepas dari KLIA2. Besar yang amat KLIA2 patutlah kena datang awal berjam-jam sebab nak selesaikan urusan dan menapak memang ambil masa. Lagi-lagi yang first time macam kami, langsung tak tahu di dalam sana macam mana keadaannya. Singgah makan dulu di Pastamania Gateaway KLIA2 sebelum ke departure hall. Ramai orang nak ke Langkawi, penuh flight.


Perjalanan dari KLIA2 ke Langkawi International Airport hanyalah lebih kurang 45 minit saja. Sampai di Langkawi disambut hujan penuh kasih sayang. Niat asal tak nak sewa kereta dah kata budget sikit tapi dengan hari hujan makin lebat, setelah berbincang kami pun setuju nak sewa kereta. Tambang teksi untuk ke hotel pun dah mahal jadi okaylah kita sewa kereta. Dapatlah RM140.00 untuk dua hari. Kalau korang memang niat dari awal nak sewa kereta, buatlah booking lebih awal. Harga lebih murah. Kami terus ke Sandy Beach Resort yang terletak di Pantai Cenang. Sengaja pilih nak duduk di Pantai Cenang, meriah sikit. Selama ni asyik duduk di Pekan Kuah, bosan. Disebabkan hari makin petang dan hujan lebat mencurah-curah, kami terpaksa ubah itinerary yang dirancang. Tak ada apa sangat nak dibuat melainkan berehat dibilik dan keluar makan. Nak makan di Kedai Haji Ramli tapi ramainya manusia. Dengan energy yang sikit saja masih berbaki, tak mampu nak tunggu. Kami just pilih mana-mana kedai yang ada di kawasan Pantai Cenang. Boleh tahan mahal makanan-makanan di Pantai Cenang. Sepinggan nasi goreng dan satu tin Pepsi berharga RM13.00. Nak kata sedap sangat biasa-biasa saja. Pejam mata sajalah.. Masih lapar, kami bungkus burger seorang sebiji. Terus balik hotel malas nak pusing-pusing. Mood hilang bayar makanan mahal.

Esok harinya bangun dan breakfast di hotel, makanan yang disediakan tak adalah meriah sangat tapi sedap. Itu yang penting.. Kami bersiap-siap untuk ke Oriental Village di Pantai Kok, nak naik cable car ke Gunung Mat Chinchang setinggi 709M dari paras laut. Aku rasa ini adalah tarikan utama di Langkawi sejak cable car mula beroperasi. Kalau datang ke Langkawi, tak lengkap kalau tak singgah naik cable car. Kami sampai di Oriental Village pukul 11.00AM dan kereta sangat banyak. Pusing cari parking dekat satu jam baru dapat. Tak sangka orang sangat ramai, waktu weekdays bukan musim cuti sekolah. Cuaca panas memang tak boleh bawa bincang. Walaupun berkabus, tak ada maknanya janganlah tertipu. Terik sungguh !! Redah jugalah nak berjalan punya pasal. Kami terus pergi beli ticket dan kena tunggu lagi satu jam sebelum giliran dipanggil untuk beratur naik cable car. Aku sebenarnya tak adalah excited sangat nak naik cable car, dah pernah naik dua kali sebelum ni. But it was Momon's first experience jadi layankan saja. Sementara tunggu giliran, merondalah around Oriental Village. Nak beli souvenirs pun boleh banyak yang cantik-cantik tapi harga sedikit mahal.

Ini baru sekumpulan kecil yang sedang beratur.


 Berkabus tapi cuaca tetap sangat panas.










Tak lama pun kami naik sebab sangat panas. Tak ada angin dan orang sangat ramai. Nak sambung ke platform satu lagi pun kena beratur panjang. Tak tahulah bila pula dapat naik. Langkawi Sky Bridge pun tengah ditutup untuk process penyelenggaraan. Nak cari sudut nak duduk bertenang minum air pun susah. Memang wrong timing sungguh pergi. Dah bergambar satu dua round terus saja turun. Marilah kita pergi tempat lain.. Kami singgah Telaga Harbour Marina sekejap ambil gambar. Lawa juga tempatnya banyak kapal layar tempat orang-orang kaya. Tak adalah nak berlama melepak, hangus nanti. Terus saja kami ke Telaga Air Hangat dan Pantai Pasir Hitam. Lebih sepuluh kali pergi Langkawi, that was my first visit ke Pantai Pasir Hitam. Pantai Pasir Hitam sangat unik, pasirnya berwarna hitam terbentuk hasil minerals semula jadi tak ada di pantai-pantai lain. Disini, ada notice board yang menceritakan mitos dan lagenda yang dipercayai turun-temurun tapi tak tahu sahih atau tak. Tak ramai orang, adalah dua tiga orang kanak-kanak sedang bermain. Tak ada yang picnic juga, mungkin ramai orang suka ke Pantai Cenang, lebih meriah. Tapi bagus juga, sudahlah baru berdepan lautan manusia di Oriental Village, eloklah kami duduk bertenang di Pantai Pasir Hitam. Penat berjalan, minum air kelapa sebiji. Haaaih !! Alhamdulillah nikmat.








Dah lega basah tekak, laju drive ke Telaga Air Hangat pula. Tapi pergi meronda ke Tanjung Rhu dulu. Kawasan pantai yang cantik. Ramai penduduk tempatan tengah main layang-layang. Sekejap saja singgah sebab nak kejar masa. Sampai di Telaga Air Hangat, elok ada satu jam lagi sebelum ditutup. Ada beberapa buah kereta dan dengar juga suara kanak-kanak menjerit. Teruja nak tengok apa yang ada. Masuk lalu main building tapi tak ada orang jaga. Kami tak pasti nak kena beli ticket atau masuk memang percuma. Dah blur pandang kiri kanan tak ada orang juga, kami redah sajalah. Lepas saja dari pagar ada kolam besar. Aku celup kaki ingatkan panas, sejuk !! Rupanya bukan itu kolam air panasnya, ada dibelakang. Woooho.. Kami memang dah standby dengan pakaian yang mesra kalau tiba-tiba nak mandi laut atau berendam dimana-mana. Kecil saja kolamnya kalau masuk dua tiga orang dah sempit. Sesuai nak rendam kaki saja. Ada juga service mengurut disediakan kalau berminat silalah.






Sedap elok rendam kaki, ada seorang Minah Arab datang. Selamba dia berendam mandi dalam kolam panas tu.. Siap berkuak lentang. Tak selesa jadinya kami pun bangun. Haaa.. Berendamlah puas-puas. Tapi tak lama lepas tu ada staff suruh that girl keluar dari kolam. Kami terus gerak ke Pekan Kuah. Nak pergi kedai Idaman Suri, tempat kegemaran makcik-makcik shopping barang dapur yang murah di Langkawi. Untuk pengetahuan semua, Idaman Suri dah tak jual chocolates ya.. Mainly hanya pinggan mangkuk saja. Kami pun pusing-pusing cuci mata, cari juga apa yang menarik nak bawa balik. Memang niat nak belikan something untuk makcik. Dah pilih mana yang berkenan, kami gerak ke Haji Ismail Group di Haji Ismail Kompleks. Siap ada kompleks dah sekarang.. Makin maju. Kami memang nak borong chocolates di HIG sebab murah. Chocolates import yang harga mahal di luar dijual dengan harga yang murah di Langkawi. Tak adalah murah sangat, tapi murahlah berbanding di tempat lain. Banyak Cadbury dari Australia dan chocolates lain yang sedap.

Selesai memborong kami terus balik ke hotel. Singgah pasar malam sekejap beli dinner. Tak larat dah nak keluar cari makanan. Tapau sajalah apa yang ada di pasar malam. Meriah juga macam-macam pilihan ada. Penat weh.. Seharian suntuk berjalan-jalan. Lega dapat berehat dan mula packing sikit-sikit. Memang bawa pakaian sikit saja sebab nak bawa balik chocolates. Mujur muat sebab rasa terlebih muatan sangat dah..




Esoknya lepas breakfast, kami pergi ke Pantai Cenang nak berendam mandi air laut. Orang tak ramai sangat masih awal pagi. Tenang saja kami main air. Dah penat balik bilik mandi dan siap untuk check-out. Kami singgah Makam Mahsuri, singgah beli minyak gamat kemudian terus pulangkan kereta semula di airport. Memang saja sampai awal walaupun ada tiga jam lagi sebelum departure. Nak selesaikan urusan luggage dan makan tengah hari. Makan lunch di airport saja sebab tak order in-flight food. Biarlah awal daripada nanti terkejar-kejar. Alhamdulillah semua urusan okay tak ada terlebih muatan dan selamat sampai di KLIA2. Secara keseluruhan, aku habiskan kurang dari RM500 untuk perbelanjaan kami sepanjang disana. Habis banyak sebab borong chocolates tapi untuk ahli keluarga, apa salahnya sesekali. Tak adalah susah pun untuk travel dengan budget yang rendah ke Langkawi. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.