SITI.YANG.MENAIP

TRIP KE TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI

TRIP JALAN-JALAN BUDGET MURAH KE TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI LANGKAWI. Ini adalah trip budget murah ke Langkawi yang tak berapa dirancang dengan baik tapi banyak juga tempat-tempat menarik yang kami terjah. Time pergi ni memang tak berapa nak ada sangat tapi nak berjalan. Semuanya bermula bila aku tengok ada seal Zero Fare di website AirAsiaGo untuk ke Langkawi. Zero Fare maksudnya tiket penerbangan adalah RM0.00 dan hanya perlu bayar harga penginapan saja untuk dua malam. Kalau ikutkan tarikh yang available tak berapa nak cantik tapi aku terus contact Momon tanya dia nak pergi atau tak, setuju terus. Pilih hotel-hotel yang tersenarai yang kami minat, majoriti hotel tiga bintang tapi okaylah not bad. Maka kami pun beli deal itu dan berlepaslah ke Langkawi. Pengalaman pertama buat self check-in sebab tak ada luggage nak drop dan berlepas dari KLIA2. Besar yang amat KLIA2 patutlah kena datang awal berjam-jam sebab nak selesaikan urusan dan menapak memang ambil masa. Lagi-lagi yang first time macam kami, langsung tak tahu di dalam sana macam mana keadaannya. Singgah makan dulu di Pastamania Gateaway KLIA2 sebelum ke departure hall. Ramai orang nak ke Langkawi, penuh flight.


Perjalanan dari KLIA2 ke Langkawi International Airport hanyalah lebih kurang 45 minit saja. Sampai di Langkawi disambut hujan penuh kasih sayang. Niat asal tak nak sewa kereta dah kata budget sikit tapi dengan hari hujan makin lebat, setelah berbincang kami pun setuju nak sewa kereta. Tambang teksi untuk ke hotel pun dah mahal jadi okaylah kita sewa kereta. Dapatlah RM140.00 untuk dua hari. Kalau korang memang niat dari awal nak sewa kereta, buatlah booking lebih awal. Harga lebih murah. Kami terus ke Sandy Beach Resort yang terletak di Pantai Cenang. Sengaja pilih nak duduk di Pantai Cenang, meriah sikit. Selama ni asyik duduk di Pekan Kuah, bosan. Disebabkan hari makin petang dan hujan lebat mencurah-curah, kami terpaksa ubah itinerary yang dirancang. Tak ada apa sangat nak dibuat melainkan berehat dibilik dan keluar makan. Nak makan di Kedai Haji Ramli tapi ramainya manusia. Dengan energy yang sikit saja masih berbaki, tak mampu nak tunggu. Kami just pilih mana-mana kedai yang ada di kawasan Pantai Cenang. Boleh tahan mahal makanan-makanan di Pantai Cenang. Sepinggan nasi goreng dan satu tin Pepsi berharga RM13.00. Nak kata sedap sangat biasa-biasa saja. Pejam mata sajalah.. Masih lapar, kami bungkus burger seorang sebiji. Terus balik hotel malas nak pusing-pusing. Mood hilang bayar makanan mahal.

Esok harinya bangun dan breakfast di hotel, makanan yang disediakan tak adalah meriah sangat tapi sedap. Itu yang penting.. Kami bersiap-siap untuk ke Oriental Village di Pantai Kok, nak naik cable car ke Gunung Mat Chinchang setinggi 709M dari paras laut. Aku rasa ini adalah tarikan utama di Langkawi sejak cable car mula beroperasi. Kalau datang ke Langkawi, tak lengkap kalau tak singgah naik cable car. Kami sampai di Oriental Village pukul 11.00AM dan kereta sangat banyak. Pusing cari parking dekat satu jam baru dapat. Tak sangka orang sangat ramai, waktu weekdays bukan musim cuti sekolah. Cuaca panas memang tak boleh bawa bincang. Walaupun berkabus, tak ada maknanya janganlah tertipu. Terik sungguh !! Redah jugalah nak berjalan punya pasal. Kami terus pergi beli ticket dan kena tunggu lagi satu jam sebelum giliran dipanggil untuk beratur naik cable car. Aku sebenarnya tak adalah excited sangat nak naik cable car, dah pernah naik dua kali sebelum ni. But it was Momon's first experience jadi layankan saja. Sementara tunggu giliran, merondalah around Oriental Village. Nak beli souvenirs pun boleh banyak yang cantik-cantik tapi harga sedikit mahal.

Ini baru sekumpulan kecil yang sedang beratur.


 Berkabus tapi cuaca tetap sangat panas.










Tak lama pun kami naik sebab sangat panas. Tak ada angin dan orang sangat ramai. Nak sambung ke platform satu lagi pun kena beratur panjang. Tak tahulah bila pula dapat naik. Langkawi Sky Bridge pun tengah ditutup untuk process penyelenggaraan. Nak cari sudut nak duduk bertenang minum air pun susah. Memang wrong timing sungguh pergi. Dah bergambar satu dua round terus saja turun. Marilah kita pergi tempat lain.. Kami singgah Telaga Harbour Marina sekejap ambil gambar. Lawa juga tempatnya banyak kapal layar tempat orang-orang kaya. Tak adalah nak berlama melepak, hangus nanti. Terus saja kami ke Telaga Air Hangat dan Pantai Pasir Hitam. Lebih sepuluh kali pergi Langkawi, that was my first visit ke Pantai Pasir Hitam. Pantai Pasir Hitam sangat unik, pasirnya berwarna hitam terbentuk hasil minerals semula jadi tak ada di pantai-pantai lain. Disini, ada notice board yang menceritakan mitos dan lagenda yang dipercayai turun-temurun tapi tak tahu sahih atau tak. Tak ramai orang, adalah dua tiga orang kanak-kanak sedang bermain. Tak ada yang picnic juga, mungkin ramai orang suka ke Pantai Cenang, lebih meriah. Tapi bagus juga, sudahlah baru berdepan lautan manusia di Oriental Village, eloklah kami duduk bertenang di Pantai Pasir Hitam. Penat berjalan, minum air kelapa sebiji. Haaaih !! Alhamdulillah nikmat.








Dah lega basah tekak, laju drive ke Telaga Air Hangat pula. Tapi pergi meronda ke Tanjung Rhu dulu. Kawasan pantai yang cantik. Ramai penduduk tempatan tengah main layang-layang. Sekejap saja singgah sebab nak kejar masa. Sampai di Telaga Air Hangat, elok ada satu jam lagi sebelum ditutup. Ada beberapa buah kereta dan dengar juga suara kanak-kanak menjerit. Teruja nak tengok apa yang ada. Masuk lalu main building tapi tak ada orang jaga. Kami tak pasti nak kena beli ticket atau masuk memang percuma. Dah blur pandang kiri kanan tak ada orang juga, kami redah sajalah. Lepas saja dari pagar ada kolam besar. Aku celup kaki ingatkan panas, sejuk !! Rupanya bukan itu kolam air panasnya, ada dibelakang. Woooho.. Kami memang dah standby dengan pakaian yang mesra kalau tiba-tiba nak mandi laut atau berendam dimana-mana. Kecil saja kolamnya kalau masuk dua tiga orang dah sempit. Sesuai nak rendam kaki saja. Ada juga service mengurut disediakan kalau berminat silalah.






Sedap elok rendam kaki, ada seorang Minah Arab datang. Selamba dia berendam mandi dalam kolam panas tu.. Siap berkuak lentang. Tak selesa jadinya kami pun bangun. Haaa.. Berendamlah puas-puas. Tapi tak lama lepas tu ada staff suruh that girl keluar dari kolam. Kami terus gerak ke Pekan Kuah. Nak pergi kedai Idaman Suri, tempat kegemaran makcik-makcik shopping barang dapur yang murah di Langkawi. Untuk pengetahuan semua, Idaman Suri dah tak jual chocolates ya.. Mainly hanya pinggan mangkuk saja. Kami pun pusing-pusing cuci mata, cari juga apa yang menarik nak bawa balik. Memang niat nak belikan something untuk makcik. Dah pilih mana yang berkenan, kami gerak ke Haji Ismail Group di Haji Ismail Kompleks. Siap ada kompleks dah sekarang.. Makin maju. Kami memang nak borong chocolates di HIG sebab murah. Chocolates import yang harga mahal di luar dijual dengan harga yang murah di Langkawi. Tak adalah murah sangat, tapi murahlah berbanding di tempat lain. Banyak Cadbury dari Australia dan chocolates lain yang sedap.

Selesai memborong kami terus balik ke hotel. Singgah pasar malam sekejap beli dinner. Tak larat dah nak keluar cari makanan. Tapau sajalah apa yang ada di pasar malam. Meriah juga macam-macam pilihan ada. Penat weh.. Seharian suntuk berjalan-jalan. Lega dapat berehat dan mula packing sikit-sikit. Memang bawa pakaian sikit saja sebab nak bawa balik chocolates. Mujur muat sebab rasa terlebih muatan sangat dah..




Esoknya lepas breakfast, kami pergi ke Pantai Cenang nak berendam mandi air laut. Orang tak ramai sangat masih awal pagi. Tenang saja kami main air. Dah penat balik bilik mandi dan siap untuk check-out. Kami singgah Makam Mahsuri, singgah beli minyak gamat kemudian terus pulangkan kereta semula di airport. Memang saja sampai awal walaupun ada tiga jam lagi sebelum departure. Nak selesaikan urusan luggage dan makan tengah hari. Makan lunch di airport saja sebab tak order in-flight food. Biarlah awal daripada nanti terkejar-kejar. Alhamdulillah semua urusan okay tak ada terlebih muatan dan selamat sampai di KLIA2. Secara keseluruhan, aku habiskan kurang dari RM500 untuk perbelanjaan kami sepanjang disana. Habis banyak sebab borong chocolates tapi untuk ahli keluarga, apa salahnya sesekali. Tak adalah susah pun untuk travel dengan budget yang rendah ke Langkawi. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG

Entry sebelumnya diSINI.

TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG | PENGALAMAN PERTAMA KE ESCAPE THEME PARK PENANG. Hari terakhir meronda di Penang dengan Momon dan Mira, kami ke Escape Penang sebelum adik-beradik berdua balik ke KL. Dah lama Escape dibuka tapi baru ada chance nak pergi. Escape adalah theme park yang menawarkan aktiviti-aktiviti lasak seperti high ropes course, zip lines dan a climbing tower. Pakai pakaian yang sesuai nak berlasak. Kasut yang selesa. Jangan pakai skirt pula !! Untuk harga ticket masuk ke Escape Theme Park boleh rujuk SINI. Harga berbeza-beza mengikut hari dan season. Sesiapa yang suka aktiviti-aktiviti lasak sesuai ke Escape. Aku memang dah lama retire buat aktiviti-aktiviti lasak sejak injured tapi bila tengok courses di Escape, teringin pula jadinya. Kami check-out dari hotel pergi breakfast dulu. Breakfast area Batu Ferringhi saja ada kedai jual roti canai.

ESCAPE THEME PARK PENANG : TAMAN TEMA AKTIVITI-AKTIVITI LASAK DI PULAU PINANG

Dari pagi sebenarnya cuaca gloomy hari nak hujan. Tapi misi ke Escape tetap diteruskan. Semoga semua baik-baik saja. Kami beli ticket dan masuk selesaikan hal locker tiba-tiba hujan mencurah-curah lebat. Aku tengok yang tengah selesaikan misi 'Monkey Business' teruskan saja jadi kami pun redah hujan. 'Monkey Business' adalah main attraction di Escape, ada tiga level kesukaran. Kena selesaikan satu level dulu baru boleh proceed ke level seterusnya. Aku dah siap nak pakai safety harness tapi semuanya terbantut bila dengar explanation dari pekerja. Those yang ada back pain tak dinasihatkan untuk cuba. Alaa.. Berat maximum untuk cuba 'Monkey Business' adalah 120KG jadi jangan risau. Kalau rasa takut dan nak berhenti tengah jalan, nanti staff akan tolong kita. Momon dan Mira habiskan ketiga-tiga level aku sajalah kena duduk tunggu jadi tukang ambil gambar. Tapi tak selesa nak usung camera sepanjang berada di Escape sebab kita nak buat aktiviti jadi mengganggu pula kena fikir camera nak letak mana. Jadi lepas ambil gambar sikit aku simpan saja dalam locker. Tak banyaklah gambar yang diambil. Macam-macam aktiviti ada tapi sayangnya semua aku tak boleh cuba. Tak apalah atas faktor-faktor keselamatan. Cuma sayanglah.. Aku dah bayar ticket.










Selesai main kami terus mandi dan salin baju. Ada beberapa aktiviti yang tak beroperasi sebab hari hujan. Tak apalah.. Ada rezeki boleh pergi lagi. Lepas solat Zohor dan Asar kami terus gerak keluar. Singgah sekejap di Batu Ferringhi untuk lunch dan terus pecut ke airport. Biarlah sampai awal walaupun flight ke KL ada lagi beberapa jam. Perjalanan dari Teluk Bahang ke Bayan Lepas agak jauh dan traffic kita tak boleh jangka macam mana. Alhamdulillah gerak awal, memang sangkut sikit dalam heavy traffic. Sampai di Penang International Airport, aku singgah solat dan kemudian peluk cium hantar Momon dan Mira ke Departure Hall. Muka masing-masing kepenatan tapi seronok. Macam-macam aktiviti kami buat sepanjang empat hari meronda Pulau Pinang. Sebenarnya banyak lagi yang menarik tapi tak sempat nak cover. Insyallah dalam entry yang lain akan kongsikan lebih banyak tempat-tempat menarik di Pulau Pinang yang boleh diterjah. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG

Entry sebelumnya diSINI.

TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG | AKTIVITI-AKTIVITI SEKITAR BATU FERRINGHI. Disebabkan terlalu penat, terlupa terus nak charge camera. Bangun pagi tengok kosong tak boleh nak salahkan sesiapa melainkan diri sendiri. Aktiviti-aktivti di hari ketiga hanyalah aktiviti-aktiviti santai sekitar Batu Ferringhi. Dah seharian semalam kehulu kehilir mengayuh basikal, hari ini tak ada yang dikejar sangat just nak melepak tepi pantai dan berendam saja. Siap pakai pakaian yang sesuai nak terjun berendam dalam air. Asalnya nak pergi breakfast di Astaka Taman Tun Sardon tapi tak kuasalah dari Batu Ferringhi nak drive kesana. Kami cari breakfast di kawasan Batu Ferringhi saja. Ada banyak kedai, pergilah mana-mana yang korang nak. Kami singgah kedai makanan arab berdekatan dengan Petronas Batu Ferringhi untuk breakfast. Ada hidangan arab tapi awal pagi sangat nak bedal nasi, masing-masing order roti naan dan ayam tandoori. Sedap !!

AKTIVITI-AKTIVITI YANG BOLEH DILAKUKAN DI BATU FERRINGHI PULAU PINANG

BERKELAH DAN MANDI MANDA, WET WORLD WILD ADVENTURE PARK DAN BATU FERRINGHI NIGHT MARKET DAN FISH SPA

Dah kenyang, kami terus ke kawasan yang banyak aktiviti-aktiviti watersport. Berdekatan dengan Hotel Holiday Inn. Itu adalah private area jadi kawasan pantainya terjaga bersih dan ada banyak pilihan aktiviti-aktiviti sukan air. Sebelah laluan entrance ke hotel ada satu lorong kecil, masuk situ dan ada kawasan parking berbayar. Disini boleh nak sewa jet ski, banana boat, nak naik kuda pun boleh dan aktiviti parasailing. Harga pula standard harga tempat-tempat percutian. Semua bermula dari RM50.00 sekepala. Jadi pandai-pandailah pilih apa yang nak dicuba. Aku dah pernah cuba parasailing di Batu Ferringhi, best dan cantik view dari atas. Sebab dah pernah cuba aku tak rasa teringin nak cuba lagi. Kawasan ni tak berapa sesuai nak mandi berenang sebab banyak bot lalu lalang. Bahaya lagi-lagi yang bawa anak kecil. Kami tak main apa-apa pun, memang saja singgah nak duduk tengok gelagat orang ramai. Orang makin ramai kami pun beransur gerak. Nak cari port lain untuk melepak. Di Batu Ferringhi ada banyak pantai yang sesuai nak berkelah. Antara yang famous adalah Pantai Shamrock dan Pantai Miami. Dua pantai ni memang orang sentiasa penuh dan meriah. Makanan pun ada banyak dijual. Tapi taknak kesana, kami nak yang lebih tenang. Ended up kami ke pantai yang bertentang dengan Spice Garden Penang. Ada kedai jual laksa, ABC dan macam-macam lagi. Orang memang tak ramai jadi seronoklah kami main air.



Cuaca memang terik walaupun air laut sejuk. Abaikan sajalah demi nak berendam. Biasalah tu tepi laut memang macam tu bila masa saja tak terik. Hanya kami bertiga saja yang berendam dalam air. Yang lain ada yang melepak santai dan ada yang hanya singgah nak makan. Ada few yang tengah memancing atas batu-batu besar. Menarik juga.. Puas hati jugalah main air. Redha muka sunburn kami ignore saja. Kami tak bawa baju ganti pun.. Dah penat mandi kami bilas saja dengan air paip. Standby air paip bawa siap tapi disitu ada disediakan bilik salin pakaian dan air. Jadi terus bilas sajalah. Kemudian sambil makan ABC kita keringkan baju. Hotel dekat saja malas nak salin. Kami tapau makanan untuk lunch nanti tak perlu keluar dah. Sampai hotel terus pergi swimming pool sambung berenang lagi. Dah masuk waktu, kami solat dulu dan berehat. Memang relax saja sambil tunggu petang sikit nak ke Wet World Wild Adventure. Tapi semua terlajak pengsan. Kalut siap dengan harapan masih boleh masuk ke Wet World Wild Adventure. Sayangnya dah tutup untuk last admission !! Masih ada orang yang sedang bermain tapi itu adalah session terakhir. Tak boleh petang sangat sebab air laut surut. Tak ada rezeki tak apalah nanti datang lagi. Kami just main-main air sajalah tepi pantai sambil tunggu sunset.



Tengok sunset sekejap kemudian balik ke hotel nak solat dan bersiap untuk dinner. Dah janji dengan MamiZ dan DediS nak dinner sama-sama di Hammer Bay. Nak makan ikan bakar sedap dan paling penting DediS nak belanja. Hammer Bay adalah antara port makanan laut atau seafood yang famous di Penang. Ada beberapa tempat lain tapi that day kami pilih untuk ke Hammer Bay. Kenalah cepat jauh juga Batu Ferringhi nak kesana. Ingatkan Hammer Bay tu satu kedai saja, rupanya ada banyak kedai di dalam satu kawasan besar. Ada beberapa kedai jadi pilihlah nak makan di kedai yang mana. Kami order Siakap Bakar dan Siakap Masak Pedas, Udang Butter dan Sotong Goreng Tepung. Harga memang standard harga makanan laut. Semuanya berharg RM130.00 untuk lima orang makan. Aku pun tak tahulah nak cakap mahal atau tidak. Dah kenyang, MamiZ dan DediS balik rumah dan kami balik ke hotel. Kelakar pula rasa.. Selalunya kalau kawan-kawan datang nak berjalan ke Penang, aku memang akan suruh tidur hotel. Sebabnya rumah aku jauh di seberang. Rugi masa kalau hari-hari nak ulang alik. Tapi kalau nak datang singgah tu okay saja dialu-alukan. Balik ke Batu Ferringhi, singgah ke Batu Ferringhi Night Market lagi sekali sebelum balik hotel untuk cuba fish spa. Geli geleman bila ikan-ikan datang kat kaki. Menarik juga.. Dah selesai marilah pulang ke hotel. Esoknya seharian lagi nak menggunakan tenaga jadi mari berehat.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG

Entry sebelumnya diSINI.

TRIP BUDGET 4 HARI 3 MALAM KE PENANG PART | SEKITAR GEORGETOWN DAN STREET ARTS PENANG. Hari kedua meronda sekitar Georgetown dan jadual agak padat. Kami nak terjah beberapa lokasi tempat makan yang famous - kedai roti canai yang sedap dan nasi kandar, naik basikal mencari lukisan-lukisan Street Arts Penang yang famous, lepak di Padang Kota, cari souvenirs di Chowrasta dan naik Bukit Bendera. Fuuh !! Semua sumbat dalam sehari. Lambat juga kami keluar dari hotel masing-masing kepenatan semalam. Tapi kena paksa diri kalau tak rugilah, macam-macam dah dirancang. Dah dah siap cepat !!

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DAN TARIKAN DI GEORGETOWN PULAU PINANG

ROTI CANAI JALAN TRANSFER, STREET ARTS PENANG, FORT CORNWALLIS, CHOWRASTA, NASI KANDAR KAPITAN, BUKIT BENDERA

Untuk breakfast kami pilih untuk makan (1) Roti Canai Jalan Tranfer yang sememangnya sangat famous di Georgetown. Aku memang tahu pasal tempat ni tapi tak pernah datang pun. Lagipun aku duduk di Nibong Tebal, tak ada kerja ke Georgetown semata-mata nak makan roti canai. Dah alang-alang ada kawan datang berjalan, kita pun pergilah cuba. Jujurnya roti canai bukanlah hidangan favourite aku. Sesekali aku makan jugalah. Dah sampai kenalah cuba baru tahu rasa macam mana. Tak ada gambar kami kelaparan jadi camera semua simpan. Tak susah nak cari lokasinya ikut GPS saja. Bersebelahan dengan Hotel Penaga. Kami sampai around pukul 09:00AM orang dah ramai. Roti canai bentuk memang macam-macam ikut dan saja. Suka hati pakcik tukang buat roti canai dia nak buat bentuk apa. Boleh makan dengan kuah ayam atau daging. RM6.00 untuk setiap set, sekeping roti canai dan kuah daging. Selain roti canai, ada menu lain seperti roti bakar dan telur separuh masak. Dah kenyang marilah kita continue dengan agenda yang seterusnya. Kami akan mengayuh basikal mengelilingi Georgetown untuk cari lukisan-lukisan (2) Penang Street Arts

Lokasi paling famous nak mula cari Penang Street Arts adalah dari Armenian Street. Nak jumpa parking memang susah maka bertabahlah. Ada beberapa kawasan parking berbayar tapi limited. Lorong kecil jadi drive carefully. Ada beberapa lorong yang ditutup pada siang hari khas untuk pelancong yang jalan kaki. Kena alert dengan semua signs. Attire pula biarlah yang santai saja dan selesa. Cuaca memang terik, bawalah topi dan pakai sunscreen. Nak pakai shades pun boleh. Sediakan air mineral siap-siap tak perlu nak beli. Harga semua mahal. Aku dah suruh Momon dan Mira bawa sneakers, biar selesa menapak jauh. Kami sewa basikal dari salah satu kedai di kawasan Armenian Street. Hanya RM8.00 untuk sebuah basikal, gunalah berapa jam, pergilah mana nak pergi janji pulangkan sebelum pukul 05:00PM. Padlock pun diberikan jadi bila nak berjalan tu jangan lupa kunci basikal. Jangan sepahkan merata. Peta kawasan Penang Street Arts juga dibekalkan bila sewa basikal. Jadi senanglah nak locate lukisan-lukisan mural yang famous. Kawasan Armenian Street ni famous sebab lukisan-lukisan mural yang mula-mula sekali dilukis ada disini. Kena creative nak bergambar disini baru jadi cantik gambarnya. Kalau sejenis yang tak photogenic macam aku, kakulah. Disebabkan orang ramai kena tabahlah tunggu giliran. Sambil beratur tu fikirlah siap-siap nak posing macam mana. Sebelum merebak ke kawasan-kawasan lain, itulah pasal ramai orang akan tumpu di kawasan Armenian Street. Kayuh basikal bawah terik matahari tak tahulah nak explain perasaan macam mana. Baru pukul 10:00AM tapi panasnya macam dah tengah hari. Kami redah jugalah demi nak meronda. Sambil cari murals kami singgah (3) Chew Jetty, boleh tengok Pengkalan Raja Tun Uda dengan lebih jelas. Nampak feri lalu lalang dari Butterworth ke Georgetown. Selain Chew Jetty, ada Clan Jetty dan Tan Jetty.










Aku pun sama excited walaupun panas terik sebab first time juga ke Chew Jetty. Boleh duduk lepak juntai kaki sambil enjoy view perkampungan tepi laut di Georgetown. Dihujung jeti ada temple, jadi ramai jugalah yang pergi kesana untuk aktiviti keagamaan masing-masing. Menarik jugalah tengok permandangan di Chew Jetty. Bukan selalu kita pergi at least once, singgahlah. Ada juga beberapa rumah di kawasan jeti yang dijadikan tempat penginapan untuk tourists. Kedai-kedai snacks dan souvenirs pun ada tapi harga sedikit mahal. Di sepanjang Armenian Street lagi murah. They sell benda yang sama, jadi survey dulu sebelum beli. Ikutkan plan asal, kami akan ke Padang Kota at night tapi tak jadi sebab dah sewa basikal, lajak terus kesana. Hati-hati ya kayuh basikal alert dengan kenderaan lain. Tak jauh pun kayuh dari Chew Jetty ke (4) Padang Kota Lama Penang / Fort Cornwallis. Menurut MamiZ dan DediS, dulu nak masuk ke Fort Cornwallis free sekarang dah kena bayar. Tapi RM2.00 saja okaylah tak ada mahal sangat. Aku tak ingat langsung memory ke Fort Cornwallis masa kecil. Kami simpan basikal berdekatan dengan tempat beli tiket. Sebelum meronda, cari kawasan teduh sikit minum dulu hilangkan lelah. Kalau minat sejarah, bolehlah masuk ke Fort Cornwallis sebab ada banyak perkongsian sejarah yang ada dari detik Francis Light buka Penang sampailah segala penjajahan berlaku. Storyboard cantik-cantik dan kemas, lengkap dengan info. Disini ada souvenirs exclusive muka Francis Light, tak ada dijual ditempat lain. Kalau ada pun tak secantik di Fort Cornwallis. 









Lepas pulangkan basikal, kami terus ke (5) Chowrasta memborong jeruk dan souvenirs. Jeruk Madu Pak Ali memang paling famous di Penang tapi sekarang dimana-mana pun boleh beli. Cuma seronok beli di tempat asal, lebih meriah. Kami masuk ke bangunan lama Chowrasta yang masih lagi aktif digunakan. Ada kedai-kedai yang menjual pakaian dan keperluan harian. Kagumnya.. Masih bertahan sehingga ke hari ini. Singgah beli cendol tapi tak pergi yang kena beratur panjang tu.. Kalau kawan-kawan aku insisted nak cuba, aku tak halang tapi diri sendiri aku tak akan beli. Terpulang pada pendapat masing-masing tapi banyak lagi pilihan yang tak meragukan. Peminat fridge magnets, silalah borong souvenirs disini. Banyak sangat pilihan rambang mata nak pilih. Ada yang tak jumpa ditempat lain even di Night Market Batu Ferringhi. Harga standard, tak adalah mahal sangat. Berdekatan dengan Chowrasta boleh terus lajak ke Nasi Kandar Line Clear tapi kami nak pergi (6) Restoran Nasi Kandar Kapitan. Memang dari awal aim nak makan disana. Aku pun dah lama sangat tak ke makan nasi kandar, ngidam pula. Bagi aku nasi kandar mana yang paling sedap adalah subjective. Nasi Kandar di Restoran Nasi Kandar Kapitan bagi aku bukanlah yang paling sedap. Ada lagi pilihan lain tapi okaylah not bad. Dah kenyang marilah kita singgah solat di Masjid Negeri Pulau Pinang sebelum ke (7) Bukit Bendera. Memang plan nak naik ke Bukit Bendera belah petang supaya dapat enjoy view waktu cerah dan malam sekali. Aku tak pernah naik Bukit Bendera waktu malam, jadi itu pengalaman pertama aku juga. Bukit Bendera buka sampai malam, last train dari atas adalah pada pukul 10:00PM jadi boleh lepak sepuas hati dulu. Harga tiket pula hanyalah RM8.00 untuk seorang dewasa dan RM4.00 untuk kanak-kanak. Wajib untuk bawa MyKad bersama untuk dapatkan harga warganegara. Tak ada MyKad kenalah bayar ikut harga pelancong. Sampai atas, kami terus pergi makan dulu. Light meal saja, Char Kuey Teow dan Nasi Putih dengan Ikan Bawal Goreng Panas. Sedap juga makanan-makanan yang ada di Bukit Bendera. Tempat makan pun dah bertambah cantik dan selesa. Sambil posing sakan dan melepak, dah masuk waktu Maghrib. Di Bukit Bendera ada surau tapi tak besar mana. Selesa tapi kalau waktu peak hour nak solat, memang sempit sangat. 









On the way balik ke hotel, singgah sekejap cari Pasembor di (8) Pasembor Menari Gurney Drive. Dah makan di Bukit Bendera, jadi nak makan Pasembor pula. Tapau saja kami makan di hotel. Pakcik yang jual pasembor ni sangat famous, beberapa kali masuk surat khabar. Sambil dia potong pasembor dan hidang pada pelanggan, dia akan menari joget. Itulah jadi namanya Pasembor Menari. Lagu Hindustan memang sedaplah nak menari. Berpusing-pusing dulu satu dua round. Itulah tarikan dan bagi aku rasa pun sedap. Bolehlah masuk kategori pasembor sedap di Pulau Pinang. Nak parking agak susah area Gurney Drive. Waktu malam memang ramai orang. Tabahlah pusing dua tiga kali itu normal. Sebelah kawasan peniaga-peniaga Melayu, ada food court khas untuk Chinese people. Siap diasingkan. Selain pasembor, ada banyak lagi hidangan - Char Kuey Teow, Nasi Lemak, makanan panas dan bergoreng dan Satay. Kami konon nak beli sikit saja tapi akhirnya banyak juga dan harga hanyalah RM10.00. Selalunya kalau tak ambil sotong dan udang, standard harga begitu. Kalau ada sotong dan udang, standby saja nak bayar mahal. Syukur kami memang kelaparan jadi tak membazir. Lega.. dah sampai hotel dah boleh berehat. Seharian yang sangat panjang penuh aktiviti dan kepenatan tapi seronok. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.