SITI.YANG.MENAIP


Kalau yang pergi Jepun mesti akan beli chocolates as souvenirs bawa balik selain daripada souvenirs wajib seperti fridge magnets, keychains dan tshirts. Antara yang famous adalah Meiji Macadamia dan Bourbon Alfort (biskut coklat kapal Jepun). Few months ago RaihanF pergi Osaka dan belikan aku chocolates diatas as souvenirs. KitKat pun banyak sangat choices menarik disana tapi kena belek betul-betul tengok ingredients sebelum beli. Diorang suka sangat letak mirin (sejenis alcohol) dalam makanan. Kalau korang tak ada idea nak beli souvenirs apa untuk kawan-kawan, belilah dua jenis chocolates diatas. Meiji Macadamia sedikit mahal lebih kurang 300Yen - 500Yen (RM9.00 - RM15.00 approx) sekotak tapi Bourbon Alfort atau biskut kapal Jepun yang lebih popular boleh dibeli dengan harga paling murah sekitar 100Yen (RM3.00 approx) sekotak di kedai-kedai tertentu. Kalau dah jumpa dengan harga 100Yen tu rasanya dah murah habis. Biskut kapal usually terhad sikit pembelian kalau korang jumpa kedai jual murah. Sebab orang Jepun tau ramai suka nak borong. Maybe sekali purchase boleh beli 10 kotak saja. Tak semua kedai, sesetengah saja yang macam ni. Mana nak cari ? Seingat aku masa disana, aku banyak jumpa coklat kapal di kedai-kedai menjual snacks dan juga kedai-kedai yang menjual barangan kecantikan. Banyak kedai yang jual dan yang membezakan adalah harga saja. Kena pergi ulang beli banyak kali.. Bagi aku dedua sedap dan berkualiti nak dijadikan souvenirs tapi Meiji Macadamia lagi awesome. Majoriti kedai-kedai di Jepun memang ada jual chocolates ni jadi jangan risau nak cari dimana.

Kat Malaysia sekarang pun dah ada dijual especially di Family Mart dan big grocery stores jadi kalau teringin boleh dapatkan tak perlu susah payah ke Jepun semata nak membeli.  Aku pun dah few times beli bila rasa rindu nak merasa. Cuma harga disini sedikit mahal berbanding disana. Tapi sesekali apa salahnya..
Haluuu semua !! Korang masih okay ke tu ? Salam Movement Control Order fasa ketiga. Tak apa jangan risau jangan runsing. Aku rasa ramai dah mula redha kena berkurung dalam rumah. Fikir balik rasa normal dan jadi routine sudah. Tak apalah.. we play our part baik-baik. Paling kecil sumbangan kita kepada negara - duduk rumah. Hari tu aku share senarai KDrama yang aku nak tengok dan hampir 90% dah tengok. Kena buat senarai baru nampak gayanya marathon drama hari-hari. Nak put aside KDrama sekejap kali ni nak share pula senarai movies yang aku dah senaraikan nak tengok. Ada yang memang berlapuk dalam simpanan ada yang aku plan nak tengok secara online.

Majoriti movies yang aku dah tengok dan nak repeat balik.

Inilah masanya untuk tengok balik sequel Harry Potter. Favourite aku adalah Harry Potter & The Goblet Of Fire. Semua pun favourite tak jemu tengok.

Men In Black | Now You See Me | Fantastic Beast | Maleficent

Haaa.. ini pun nak repeat tengok. Suka MIB yang Chris Hemsworth berlakon. Series Now You See Me ada magic semua aku sukalah. Series Fantastic Beast mengubat rindu nak tengok filem dari hasil penulisan JK Rowling dan Maleficent sebab suka gila dengan scenes dalam movie ni.

Sejak Chris Pine mula berlakon series Star Trek - aku signed up jadi fan. Rasanya dah lebih 10 kali aku ulang Star Trek sampai kadang tu ada dialogues yang aku dah hafal. Tak jemu tengok.

Handsomenyaaa Captain James T. Kirk !!


Joker | Ip Man 4 | The Witcher | The 100
Shadowhunters | 6 Underground | Jack Ryan | Locke & Key

Baru lepas tengok Joker few days ago and that night susah nak tidur sebab teringat Joker punya cara gelak. Adooi !! Walaupun ramai kecam tapi aku rasa cerita Joker ni bawa message kepada masyarakat. Look at what will happen kalau kita terlalu menghukum seseorang. Asal jiwa baik saja tapi rosak sebab manusia sekeliling. Ip Man 4 yang baru tak tengok lagi. Final sequel katanya.. The Witcher pun best tapi pening betul nak faham peranan setiap watak. Cerita ni jangan tengok dengan kanak-kanak eyh.. Aku stress tengok The 100 tapi nak juga tengok sampai habis. Tension betul tak lekang dengan ujian setiap season. Comel sangat bila main leads got married in real life. Gituuu haaa.. Nak tengok balik Shadowhunters.. Best !! Watak-watak pun rasa lively tak slow sangat.

6 Underground aku dah tengok dan bukan sebab Ryan Reynolds.. tapi sebab Ben Hardy. Gosh !! British accent dia buat nampak handsome and sexy gila. Lepas tu excited tengok ada nama Dave Franco tapi kecewa.. sekejap saja dia berlakon. Huurm.. Jack Ryan obviously aku nak ulang tengok sebab Chris Pine tersayang. Tengok banyak kali tak apa..

Locke & Key belum mula tengok. Soon..

Kingsman : The Golden Circle | WU Assassins | Limitless | Snowpiercer

Kingsman saja yang dah tengok. Comel Eggsy !! Walaupun bagi aku cerita Kingsman ni agak ganas tapi jalan cerita dia awesome dan best sebab berlawan pakai suits. Cuma part yang brutal tu aku memang tutup mata. Takuttt nak tengok.. WU Assassins, Limitless dan Snowpiercer belum tengok tapi dah aim nak tengok bila tengok ada dalam senarai Netflix.

17 Again | Percy Jackson

Ohhh my Zac Efron !! Handsome !!
Ada yang kata taste movies aku macam kanak-kanak hahaha.. Biarlah !!

To All The Boys I've Loved | The Umbrella Academy

Aku layan juga films yang cheeky dan romantic ni.. Tengok pun tak stress tenang saja comel dan sweet. Ada lagi few dalam list nak tengok dan majoriti di Netflix saja. Tengah tunggu bilalah sambungan The Umbrella Academy nak keluar di Netflix. Lamaaa sangat hanging nanti terlupa dah jalan cerita. Kenalah ulang balik tengok.

Selain semua movies diatas aku dah susun few animations yang baru nak tengok dan few others yang nak repeat. Aku suka cartoons tak jemu tengok dan seronok. Jalan cerita tak heavy dan relax saja. Tak stress sangat pening kepala.


 Ada yang dah banyak kali tengok tapi still gelak kalau repeat. Tahlah..
Nak masuk 3 series dah aku ni.. tapi macam budak-budak. Suka yang ada watak animals sebab comel dan semua benda yang ridiculous dalam animations pun kita terima sebab tahu cartoon. 

Korang macam mana ? Movies apa korang layan sepanjang MCO ni ?

#StayAtHome
#KitaJagaKita









DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.