SITI.YANG.MENAIP


Mari lagiii episode acah-acah pandai masak sempena MCO.

Aku ni pandai makan dari pandai masak tapi kalau terbit rajin datang hampa jangan kacau aku bertukang di dapur. Antara favourite menu aku adalah Chicken Butter dan selalu makan kat kedai tak pernah masak sendiri. Dah terkurung nak beli dimana ? Kena pulun buat sendiri. Aku cari recipe Chicken Butter yang senang kat Youtube Instagram baca entries tanya kawan.. Semualah. Oookay bahan semua dah ada tinggal nak masak saja. Iyaaa !! Aku nak masak Chicken Butter saja pun kemain benar aku mengkaji.

Kisahnya dah campak semua benda aku rasa sikit macam ada serba tak kena.
Tak seperti yang aku bayangkan..

Aku tanya MamiZ kena letak gula ke tidak.. Mak aku pun tak sure memang masing-masing tak pernah masak Chicken Butter. Akhirnya aku ikut kata hati aku campak sikit gula. Haaa.. Dah mula rasa seperti yang biasa aku makan kat kedai. Ohooo ini ke rahsianya ? Jadi aku tambahlah sikit lagi bagi kena dengan tekak aku.

Nyuuumss.. Sendiri masak sendiri kata sedap.
Biarlah..

Nak tanya ni..
Sebenarnya memang kena letak gula ke tidak ?

#StayAtHome
#KitaJagaKita


Aku bukan seorang avid traveller tapi hati ada rasa rindu untuk terbang.
Walaupun untuk tahun 2020 aku tak ada perancangan aku tetap rindu..

Sabar buat semua yang terpaksa batalkan perjalanan. Semoga segala urusan refund ticket penerbangan dan penginapan dipermudahkan. Insyallah pahit ujian yang sedikit ini akan Dia ganti dengan sesuatu yang lebih manis.

#StayAtHome
#KitaJagaKita
MINUMAN YOGURT BERKABONAT LOTTE MILKIS DARI KOREA


Dah kata dah.. makin lama terkurung dalam rumah makin banyak benda aku borong dari Shopee. Service penghantaran during MCO pun laju juga makin semangat nak membeli. Hari-hari scroll ada saja akal aku nak beli entah apa-apa. Kali ni aku berjaya rembat tujuh perisa minuman ringan yogurt berkarbonat Lotte Milkis dari Korea yang sedap. Uniknya Milkis ini disebabkan rasa air susu yogurt tapi carbonated. Milkis memang famous ramai dah cuba dan sesiapa yang dah pergi Korea mesti familiar juga. Tapi aku tak pernah minum dan inilah pertama kali aku nak rasa. Niat asal nak beli yang original flavour saja sebab aku tak tahu pun ada flavours lain tapi teruja tengok ada macam-macam pilihan terus angkut semua yang available. Harga pun tak adalah mahal sangat.. hanya RM2.50 satu tin - tambah pula free postage lagilah sistuuur sakan memborong. Taip saja Milkis di search box haaa.. berderet kedai yang jual. Sekarang ni kat mana-mana pun dah mudah sangat nak dapat bekalan snacks dari luar negara. Aku pernah nampak juga Milkis dijual di Family Mart.

In total yang berada dipasaran ada berapa flavours aku pun tak pasti. Aku beli serba satu setiap flavour yang available di Shopee - Original, Peach, Banana, Strawberry, Muskmelon, Grape dan Apple. Secara general rasanya sedap manis dan just nice untuk diminum. Patutlah ramai orang suka. Pilihan favourite aku pula adalah Peach, Apple, Grapes dan Strawberry. Yang Original aku rasa biasa saja dan paling tak sedap di tekak adalah Muskmelon dan Banana. Pelik sikit rasanya tapi tak tahulah kalau korang cuba dan suka. Selera kita tak sama.. Lotte Milkis dah ada pengiktirafan halal dan insyallah boleh diminum tanpa ragu. Tapi kalau masih tak pasti, it is best kalau korang buat research cari sources yang boleh dipercayai sendiri walaupun ramai yang kongsi kata halal. Biar kita tengok dan baca dengan mata sendiri baru puas hati. Benda nak masuk badan jadi darah daging kena kaji betul-betul jangan tibai terus.

Selamat mencuba !!

#psstt !! aku dah terang tulis S-E-D-A-P kat atas tu..
jangan tanya lagi sedap ke tidak.. sedih tau dak..

BELI SUSU PISANG BINGGRAE KOREA PERISA PISANG MELON LYCHEE & PEACH SEDAP DARI SHOPEE

Not sponsored !!



Aku ni memang tak ada kerja lain kalau scroll Shopee dan Lazada mesti cari makanan. Last week aku beli susu Binggrae dari Korea yang sedap ni hasil cuci mata di Shopee. Sebenarnya nak rasa flavour Lychee & Peach tu sebab belum pernah rasa. Alang-alang nak membeli.. kita beli sekali flavous lain. Jadi aku top up perisa pisang kegemaran ramai dan perisa favourite aku - Melon. Ada perisa strawberry juga tapi aku kurang gemar jadi tak beli. Masa scroll ada juga aku perasan ada flavour Coffee tapi banyak dah out of stock. Itu pun aku tak pernah rasa lagi. Nak juga beli walaupun tak minat minum kopi. Aku jumpa harga murah di Shopee dapatlah sekotak dalam RM3.00 lebih. During MCO ni normal kalau parcel sampai lambat tapi not bad tak sampai lima hari abang posmen dah hantar. 

Susu Binggrae Korea perisa Lychee & Peach ni boleh tahan sedap juga. Manis sikit dan flavour lychee lagi kuat dari peach. Aku tetap pilih Melon sebagai favourite flavour.

#StayAtHome
#KitaJagaKita






Musim perintah berkurung ni sempat juga aku grab beberapa jenis jajan di kedai. Buat stock celah gigi dikala bosan. Ada enam flavours Pocky Stick yang aku berjaya rembat. Sebenarnya ini adalah first time cuba chocolate stick brand Pocky ni sebelum hanya makan Pepero. Aku suka Pocky ni sebab harga Pocky lebih murah. Tiga flavours - Choco Banana, Green Tea dan Sakura aku beli dari Jaya Grocer dan each box berharga lebih kurang RM3.50. Yang tiga flavous lagi - Chocolate, Strawberry dan Cookies & Cream aku beli di 99 Speedmart dengan harga RM2.65 sekotak. Flavours yang dijual di 99 Speedmart adalah flavours yang senang dapat selalu nampak di kedai lain pun ada jual. Flavour lain sedikit rare jarang jumpa tapi sebenarnya ada saja dijual merata. Sakura adalah flavour limited edition. Pocky stick ada keluluhan Halal Thailand - antara label Halal yang diiktiraf dan sah jadi insyallah boleh dimakan tanpa rasa ragu.

Semua flavours diatas adalah sedap dan ralit makan sambil layan KDrama. Dari enam pilihan flavours diatas, tiga top flavours pilihan aku adalah - Cookies & Cream, Choc Banana dan Strawberry. Aku pun terkejut sebab Strawberry berada dalam pilihan top choices sebab aku jarang suka benda yang ada flavour Strawberry walaupun aku suka gila makan buah Strawberry. Itulah tekak manusia memang misteri

Aku scroll Shopee tengok ada banyak lagi flavours unik yang lain.
Gatai tangan dah ni..

#StayAtHome
#KitaJagaKita

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.