SITI.YANG.MENAIP

Selain Penang, aku rasa Melaka juga adalah salah satu port yang menawarkan hidangan makanan yang sedap belaka. Negeri yang famous dengan hidangan asam pedas semestinya peminat asam pedas akan kesana nak cari asam pedas yang power. Aku tak minat sangat asam pedas jadi tak adalah excited nak mencari kedai asam pedas terbaik di Melaka. Selain restoran asam pedas, banyak lagi tempat-tempat makan wajib cuba di Melaka dan banyak yang dah viral. Awal tahun yang lalu, aku dan MamiZ ke Melaka lagi saja jalan-jalan santai pergi makan pergi cuci mata. Ada jugalah beberapa kedai makan yang kami pergi tapi hari ni tak mahu cerita pasal kedai-kedai makan.. Aku nak cerita pasal kedai air yang dah sebati dengan Melaka. Kalau pergi Melaka tak singgah ke Klebang Original Coconut Shake dan Mango Float Royale Melaka memang tak sah.

KLEBANG ORIGINAL COCONUT SHAKE & MANGO FLOAT ROYALE MELAKA



Ini kali ketiga aku ke Klebang Original Coconut Shake dan first time cuba Mango Float Royale Melaka. Aku memang aku suka kedua-dua minuman ni.. Aku suka coconut shake yang special ada extra ice cream on topMango float pun wajib kena ada extra ice cream. Nak kurang manis request saja nanti pandailah diorang sediakan. Harga pun berpatutan dah murah. Kat tempat lain pun ada juga coconut shake dan mango float tapi tak apalah.. Dah alang-alang sampai ke tempat orang, kita carilah apa yang famous disitu. Kalau saja dari Penang aku drive ke Melaka semata nak coconut shake tak ada pasal. Mengarut.. Selain di Klebang, satu lagi port coconut shake yang famous adalah di Batu Berendam. Sedap juga.

Jangan lupa cuba yaaa bila korang ke Melaka.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Kalau orang jamu mee udang aku memang tak akan tolak. Antara makanan favourite ni.. Lagi-lagi kalau udang besar juicy makan puas hati. Di bahagian utara ni banyak juga tempat yang menyediakan hidangan mee udang yang sedap. Salah satunya adalah di kedai Mee Udang Mak Jah yang terletak di Kuala Sepetang. Mee Udang Mak Jah dah sampai tahap representative dah untuk Kuala Sepetang. Siapa pergi Kuala Sepetang mesti kena makan dulu seround mee udang disini. Aku boleh kategorikan Mee Udang Mak Jah berada dalam Top 10 Hidangan Mee Udang yang sedap.







CARA PACKING BEG MENGGUNAKAN TRAVEL LUGGAGE ORGANIZER | Yang pernah travel sekali mesti tahu sebenarnya luggage aku tak adalah kemas mana dan kalau boleh aku nak angkut satu almari. Sentiasa rasa pakaian dibawa tak cukup jadinya terlebih muatan. Tapi semenjak dua menjak makin dewasa konon bersemangat rasa nak travel dengan lebih sistematik dan kemas jadi aku belajar untuk organize travel luggage aku. Ramai yang dah gunakan tips travel dan teknik ni untuk berkemas dan aku pun baru berjinak-jinak. Kali ini aku kongsikan cara aku kemas luggage supaya barang-barang tak tunggang terbalik dalam beg. Aku asingkan baju dan barang-barang yang betul-betul nak dibawa saja dan guna travel luggage organizer. Mana nak beli travel luggage organizer ni ? Aku beli di Shopee saja dan harga tak sampai RM20.00 pun untuk satu set.

Aku jalan bawa luggage belum reti jalan bawa beg ikut liter tu..

Entry ini tidak disponsor oleh Shopee yaaa..
Contohnya seperti dibawah ini.

TRAVEL LUGGAGE ORGANIZER


https://shopee.com.my/Travel-Organizer-Storage-Clothes-Luggage-Packing-Cubes-Laundry-Bags-QMTL-i.19039499.528131446

Ada banyak jenis warna dan design. Bagi aku kualiti biasa saja tak adalah wow sangat tapi just nice untuk digunakan untuk packing barang-barang nak dibawa ketika travel. Kalau korang ada budget lebih apa salahnya invest untuk beli yang lebih bagus dan tahan lebih lama. Especially yang kerap travel dan selalu on the go. Macam aku yang suam-suam kuku beli yang murah jadilah. Alhamdulillah sejak lebih setahun gunakan travel luggage organizer ni semua masih dalam keadaan baik. Aku beli beberapa set juga untuk kemas luggage MamiZ masa pergi tunaikan ibadah Haji tahun lepas and she liked it. Aku memang tukang kemas luggage MamiZ jadi bila pergi Haji aku tak ada dengan mak aku nak tolong jadi aku kemaskan supaya mudah MamiZ nak uruskan disana. Katanya sangat membantu dan mudah nak cari barang-barang.

Setiap set datang dengan enam items - tiga jenis berjaring size besar, sederhana dan kecil. Ada tiga pouches juga tapi tak guna sangat memang lebih kepada bekas berjaring saja. Tak silap aku ada juga dijual yang jaring saja tapi kena beli di Daiso. Kalau beli satu set memang tak cukup jadi belilah dua atau tiga set. Untuk aku dan MamiZ kalau kami berjalan sama kami perlukan lima set untuk kemas luggage kami berdua. Cara lipatan pun memainkan peranan juga. Aku lipat bergantung pada keadaan. Kalau terlalu banyak aku gulung tapi kadang-kadang yang digulung tu terlalu tebal jadi just lipat macam biasa saja. Ikutlah macam mana korang suka janji nampak kemas.

TOILETRIES ORGANIZER

https://shopee.com.my/NFW%E2%99%A5Multicolor-Floral-Print-Portable-Cosmetic-Toiletry-Bag-Makeup-Pouch-i.59895766.1605671345

Ini satu benda lagi yang korang kena beli.. Toiletries organizer. Ikutlah style macam mana korang suka tapi aku beli macam gambar diatas. Aku dulu sumbat semua dalam plastic saja buruk sungguh perangai. Lepas tu comot belemoih tumpah basah semua jadi tak tentu hala. Insaflah !! Aku pun beli bekas ni dan kemana-masa saja aku bawa - balik kampung pun aku usung bekas ni. Murah dan tahan lama tahan lasak. Paling suka sebab ada penyangkut jadi senang nak sangkut dimana-mana. Usually dalam bekas ni aku letak sabun, shampoo, conditioner, perfume, cleanser dan yang seangkatan. Ada orang suka transfer masuk bekas kecil sikit bergantung pada berapa hari nak jalan tapi aku malas. Aku beli sajalah agak-agak size yang perfect untuk dibawa - jangan beli size gabak sampai seksa nak usung sana sini. Time travel aku tak bawa sangat cream muka melainkan yang perlu macam aloe vera dan pelembab yang sesuai. Keperluan lain seperti sikat, ubat gigi, berus gigi, getah rambut extra pun sumbat sekali. Jangan dilupakan nail clipper dan kalau boleh beli gunting yang kecil. Bekas ni kita check-in sekali dengan luggage jadi tak apa bawa gunting pun. Make up pouch asing tak boleh campur. Tapi aku bukan jenis make up sangat pun jadi tak adalah sampai bekas khas untuk brushes bekas khas untuk eyeshadow dan sebagainya. Just cukup untuk buat muka nampak presentable jadilah.

Bekas untuk dibawa sekali dalam cabin lain pula. Kalau perjalanan tu singkat, ubat gigi berus gigi aku tak bawa naik cabin terus check-in. Kalau long journey aku akan pack beberapa keperluan dalam bekas mini travel size untuk dibawa naik cabin. Kena cuci muka kalau naik flight yang long journey tak selesa tidur kalau segala benda yang ditepek tak ditanggalkan. Usually bawa wet tissue saja as make up remover - memang dah tak usung cleanser naik cabin.

CARA PACKING LUGGAGE SUPAYA LEBIH KEMAS

Ini rupa luggage aku untuk trip Turkey.


Dua bekas jaring yang besar untuk sumbat semua pakaian yang berkaitan untuk sembilan hari. In this case jacket aku pakai jadi tak perlu masuk luggage - jimat ruang. Aku bawa tuala dan telekung travel jadi sangat jimat ruang dan tak bulky. Ada pakaian yang aku gulung ada yang aku lipat biasa janji muat dua bekas ini saja.


Satu bekas berjaring yang kecil untuk tudung dan pakaian-pakaian lain yang berkaitan. Tengok tu muat aku letak toiletries bag just nice disitu. Aku bawa dua pasang kasut jadi sepasang pakai siap, sepasang lagi pack dalam luggage. Pouch ubat-ubatan juga ada. It is a must untuk aku bawa extension dan kalau boleh aku memang bawa yang boleh charge empat atau lima benda serentak. Untuk camera, power bank dan handphone. Aku jenis travel tak bawa iron jadi aku tawakal semoga tempat dituju ada sediakan iron. Kalau tak ada menangislah dikau.. Dan ada juga tripod disitu aku check-in juga. Untuk trip ke Turkey aku tak bawa any makanan jadi tak adalah nak sumbat makanan. Kalau nak bawa makanan kena susun cara lain pula ikut kesesuaian. Sampai sana baru aku beli segala jenis jajan nak kunyah-kunyah.

Barang-barang electronic jangan korang check-in sekali pula. Naya nanti luggage kena tahan. Things like power bank dan charger tu kena masuk dalam cabin bag oookay..


Aku memang akan sediakan dua foldable begs kalau pergi mana-mana sekalipun. Contoh seperti gambar diatas - satu tote bag yang akan digunakan kalau pergi shopping senang semua masuk dalam tu dan satu lagi bagpack (kelabu corak bulat-bulat tu..) Aku beli di Ikea saja senang sebab boleh lipat dan sangat ringan. Ini apa yang aku buat.. Bila dah habis trip hari nak balik, semua baju akan aku sumbat ke bagpack dan akan dijadikan hand carry. Beg yang aku masa pergi jalan-jalan aku bungkus masuk luggage. Gantilah dengan beg baju sebab hand carry tak boleh banyak-banyak beg. Sumbat selagi boleh bagi cukup 7KG dan usung naik cabin - ngam semua baju beg camera dan documents perjalanan. Ruangan yang kosong adalah untuk letak barang-barang shopping dan souvenirs. Masa menyopping tu pandai-pandai agaklah ruang dalam luggage ada banyak mana. In my case, aku ada sebelah ruang penuh untuk sumbat semua benda aku beli. Alhamdulillah cara ini berjaya buat aku travel dengan cara yang lebih sistematik dan kemas. Tak ada dah kejadian barang berterabur sana sini dan nak gerak dari satu tempat ke tempat lain pun mudah.

Aku harap perkongsian ini dapatlah dijadikan panduan. Ada yang request suruh aku explain di Instagram tapi ni haaa panjang macam ni jenuh nak share. Jadi aku buatlah entry ini nanti korang baca dan digest sendiri. Yang mana elok diguna pakai yang rasa tak sesuai dengan style korang campak jejauh. Aku selalu ingatkan kawan-kawan yang bertanya tak kiralah soalan apa pun.. Bila kita rancang perjalanan, kita adalah tuan dan berhak tentukan sendiri gaya dan cara mengikut kemampuan dan keinginan masing-masing. Jangan risau orang nak kata apa macam mana cara sekalipun tak ada yang betul tak ada yang salah. Cuma kita boleh jadikan pengalaman orang lain sebagai panduan kalau kita rasa bersesuaian. Yang selebihnya kitalah yang tentukan. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Aku ni bukan penggemar minuman berasaskan kopi. Tapi selera ni kadang-kadang misteri tak ada jawapan bila muncul tebiat teringin lah pulak..

Minum dua tiga sedut.. dah lepas craving..
Terus offer kasi orang lain minta tolong habiskan.

=_=

Siapa yang minat makanan Korea angkat tangan !! Kita geng. Aku suka tapi dah lama tak makan sebab tak ada geng. Salah satu kedai favourite aku bila mengidam nak makan makanan Korea yang sedap adalah Eid Restoran di Bandar Baru Bangi selain daripada Soopong. Pilihan menu tak semeriah di Soopong tapi okaylah not bad dan rasanya boleh tahan sedap. Tak pernah kecewa lagi dengan makanan di Eid. Walaupun dekat dengan kampung tapi jarang-jarang dapat pergi sebab tak ada geng. Dan kalau selalu makan pun ranap juga poket. Sedap itu subjective jadi kalau tekak aku rasa sedap mungkin tekak korang tidak. Eid ni memang dah famous dalam kalangan peminat makanan Korea atau mereka yang dah pernah pergi Korea dan rindu makanan-makanan disana. Asalnya Eid dibuka di Itaewon Seoul dan disebabkan sambutan hangat dari rakyat Malaysia.. owner buka sebuah lagi di Malaysia. Kalau tak dapat ke Korea jangan risau, kita bawa Korea ke Malaysia. Aku tahu kedai Eid ni macam dah tak in sangat dengan wujudnya banyak kedai-kedai makanan Korea yang lain tapi tak kisahlah. 

Janji sedap dan puas hati makan.

Teokbokki


Favorite menu adalah Beef Bulgogi, Teokbokki, Japche, Kimchi Stew dan beberapa lagilah. Aku suka juga suasana di Eid Restaurant tak sibuk sangat. Harga pun berpatutan dengan portion yang banyak. Kalau pergi dua orang memang kena pilih sikit saja menu nanti tak habis pula. Kalau korang nak options yang lebih banyak kena pergi B.Bap atau Soopong dan kedua-duanya ada di IOI City Mall. Memang meriah dengan choices tapi di Eid pun dah cukup kalau nak satisfy rasa mengidam tu. Kalau korang ingin cuba, pergilah and have fun. Happy eating guys !!

Tolong jangan tanya sedap atau tidak ya kawan-kawan..
Walaupun aku hargai setiap yang datang tinggalkan comment tapi hati ini tercalar setiap kali korang tanya sedap ke tidak bila terang-terang aku dah tulis 'SEDAP' even pada tajuk.

Terima kasih pada yang memahami.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.