SITI.YANG.MENAIP

04 December 2018 Selasa


MENGEJAR MATAHARI TERBENAM DI THE GAP AND NATURAL BRIDGE DAN HANOVER BAY, REPLIKA KAPAL BRIG AMITY DAN BIG4 EMU BEACH HOLIDAY PARK ALBANY. Menuju petang hari dan senja, langit sangat cantik oren kemerah-merahan. Dalam itinerary memang kami akan singgah ke The Gap and Natural Bridge belah petang nak tengok matahari terbenam sebelum check-in dan berehat. Dulu pergi tengah hari terik kali ni saja nak tukar sikit mencari kelainan. Dah siap solat Jama' Qasar di Katanning Mosque jadi tak terkejar-kejar nak perform prayers. Boleh berjalan dengan tenang enjoy permandangan. Dari Coles Albany Orana terus kami memandu ke Torndirrup National Park yang terletak di dalam kawasan Frenchman Bay. Kawasan parking yang luas disediakan jadi tak perlu risau. Ramai juga pengunjung walaupun dah lewat petang. Angin sangat kuat dan suhu sangat sejuk, pakai jacket pun masih terasa sejuknya.

THE GAP AND NATURAL BRIDGE TORNDIRRUP NATIONAL PARK ALBANY

Nak meronda seluruh kawasan Albany dalam masa sehari dua mungkin tak mampu. Banyak sangat hot spots yang menarik. Tapi The Gap and Natural Bridge wajib masuk dalam itinerary sekiranya korang bercadang nak ke Albany. Dah drive jauh rugi sangat kalau tak singgah walaupun hanya ada batu dan laut. Tak lengkap trip ke Albany kalau tak singgah kesana. Dua kali pergi dua kali juga aku terpegun. Permandangan memang sangat cantik, breathtaking !! Pergi waktu petang lagi cantik puas hati.



Tebing laut yang menyeramkan.

Subhanallah cantik.




Natural Bridge. Tak dibenarkan lalu.. Nak lalu juga tanggung sendiri.



Tenang rasa hati tengok cantiknya keindahan alam. Sejuk angin bertiup rasa nak melayang. Jangan main-main juga dengan angin disini sebab kuat. Ada papan tanda yang memaparkan jumlah kematian di The Gap and Natural Bridge. Peringatan supaya berhati-hati memang banyak. Ada kes bunuh diri juga. Kalau musim sejuk, Albany famous dengan whales watching. Dulu pergi during winter dapat rezeki tengok ekor ikan paus. Jakun sangat rasa.. Dari jauh pun dah ternampak besar, belum lagi tengok dekat-dekat. Tapi musim panas tak ada whales di Albany. Apa-apa pun permandangan memang sangat cantik. Puas layan view yang cantik, kami kena gerak nak check-in di Big4 Emu Beach Holiday Park. On the way ke hotel kami lalu Princess Royal Drive dan Hanover Bay, area berdekatan dengan replika kapal Brig Amity yang ada sejarah tersendiri. Cantik pula view mengadap kawasan perumahan di Albany. Singgah sekejap.

Baca : ENTRY 2016 THE GAP & NATURAL BRIDGE ALBANY

REPLIKA KAPAL BRIG AMITY DAN HANOVER BAY ALBANY

Kami tak singgah pun masuk dalam replika kapal Brig Amity, hanya lalu singgah kebetulan pula nampak dalam perjalanan ke hotel. Memang tak bercadang nak singgah tapi tak sangka lalu depan kapal pula. Tak ingatlah kenapa famous sangat kapal Brig Amity, adalah terbaca tapi tak focus. Menarik jugalah ceritanya kalau korang berminat pergilah cari maklumat sendiri. Bab sejarah aku lari dululah. Kami berhenti di tepi jalan mengadap Hanover Bay.

Replika kapal Brig Amity.

Hanover Bay.





Sekejap saja singgah hari pun dah makin gelap. Nak pergi ke kawasan Emu Beach nak check in dan masak dinner. Reception pula hanya beroperasi sampai pukul 08:00PM saja. Kalau lewat kena call dan tunggu pekerja datang. Dulu aku tidur di 1849 Backpackers Albany. Okay saja tempatnya tapi kalau boleh tak nak tempat yang kena kongsi toilet. Biarlah spend sikit untuk keselesaan. This time kami pilih untuk tidur di Big4 Emu Beach Holiday Park berdekatan dengan Emu Beach, tempah melalui Booking.com dan selesaikan bayaran sebelum kesana. Satu malam hanya RM491.78 siap tempat masak, katil untuk empat orang dan kawasan parking khas.


BIG4 EMU BEACH HOLIDAY PARK

Bangunan Reception.

Small cabin yang comel.

1 bilik ada satu katil besar. MamiZ dan AcikE tidur sini.



Satu lagi bilik katil dua tingkat.

Dinner kami yang simple.

Pagi hari di Big4 Emu Beach Holiday Park.

Ada kawasan untuk caravan juga.




Kami puas hati dengan keselesaan small cabin di Big4 Emu Beach Holiday Park. Cantik kawasan tapi sayang kami tak sempat meronda. Ada macam-macam kemudahan. By 07:00PM memang kami dah settle down ready nak solat dan berehat. Aku memang plan itinerary setiap hari paling lewat pukul 6:00PM atau 07:00PM mesti dah check-in. Tak boleh lewat sangat sebab nak kena dapatkan rehat yang cukup untuk perjalanan hari seterusnya. Plus, waktu malam tak ada apa-apa aktiviti yang menarik pun. Petang hari lagi jalan raya dah sunyi sepi. Kami masak dinner simple saja. Lauk sambal kentang, sayur campur dan telur dadar. Nikmat makan di tempat orang semua pun jadi sedap. Tidur malam lena yang amat, penat memandu dari Perth. Sejuk macam tengah winter walaupun tak ada aircond dan kipas. Burrrr.. Selamat malam.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
04 December 2018 Selasa


PERJALANAN ROAD TRIP KE ALBANY, SOLAT DAN LUNCH DI KATANNING MOSQUE DAN GROCERIES SHOPPING DI COLES ALBANY ORANA | Hari kedua di Perth adalah permulaan road trip ke selatan Western Australia. Kami melalui pekan seperti Wandering, Wagin, Katanning dan Tambellup sebelum ke Albany. Kami singgah untuk solat dan lunch di Katanning. Perjalanan road trip hari pertama adalah yang paling panjang dan jauh, lebih kurang enam jam memandu dari Perth. Set alarm pukul 05:30AM nak solat Subuh, terjaga selak langsir tengok cahaya terang diluar. Blur sekejap nak digest apa terjadi. Kemain siap print waktu solat mengikut kawasan tapi silap tengok jadual. Waktu solat Subuh ketika summer rupanya pukul 03:15AM !! Padanlah matahari dah mencanak naik. Hamek kau.. Semua terlajak solat. Jalan waktu summer untung kitaran waktu siang lebih panjang. Advantage kalau nak berjalan jauh dan rancang untuk gerak awal. Ingatkan bila siang panjang di Australia maksudnya Maghrib lambat, rupanya Subuh yang cepat. Lain ceruk dunia lain waktunya. Matahari dah naik tinggi seawal 05:00AM, jalan raya masih sunyi sepi. Lengang..

FAMOUS APPLE STRUDEL HALAL DARI CORICA PASTRIES

Check-out dari Comfort Perth City Hotel pukul 08:00AM terus ke Corica Pastries nak beli Halal Apple Strudel yang orang kata sedap sangat tu.. Bagus, Corica Pastries beroperasi awal jadi tak perlu tunggu lama. First time ke Perth dulu tak tahu menahu pasal apple strudel ni. Hairan bila orang tanya pasal apple strudel rupanya diri sendiri yang terlepas pandang tak tahu. Kali ini harus beli dan rasa. Kedai tepi jalan saja tak jauh dari hotel dan tak susah nak cari. Guna Google Maps. Kami beli sekotak apple strudel berharga 25AUD (RM75.00 approx) untuk breakfast dan bekal kudap sepanjang perjalanan. Pejam mata sajalah bayar, dah ada ditempat orang nak buat macam mana. Sekotak cukup nak makan empat hingga lima orang, just nice untuk kami. Boleh juga beli untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kotak kemas dan senang nak packing. Ada packaging khas kalau beli banyak kotak.

Kedai pastries Corica di Perth CBD. Lengang..


Almond Slice pun famous. Ramai kata sedap tapi aku tak cuba pun..

Sedap nampak semuanya.

Tarts dan cookies. Tema Christmas.

Sekotak saja kami beli.

Apple Strudel Corica Pastries. Very yummy !!

I have tasted something similar tapi tak ingatlah dimana. Not the best apple strudel yang aku pernah makan tapi boleh masuk kategori sedap layak dirindui oleh sesiapa yang pernah rasa. Walaupun disimpan dalam chiller, puff pastries tak lembik, masih crunchy. Tak terlalu manis. Rancang nak bungkus sekotak dua bawa balik Malaysia, tapi tak sempat nak singgah beli sebelum balik. Elok sediakan pisau dan bekas kalau nak makan dalam kereta. Berterabur teruk !!

Jomlah kita mulakan perjalanan jauh ke Katanning sebelum ke Albany.


DARI PERTH KE KATANNING (KATANNING MOSQUE)

Minyak kereta masih full. Kalau nak isi pun nantilah bila dah sampai Katanning. Jujurnya aku mengantuk gila memandu memang pedih mata. Bosan sangat permandangan kiri kanan yang gersang kering. Kenderaan pula tak banyak. Makin jauh dari Perth, makin sunyi. This is one of the reason kenapa tak dinasihatkan memandu pada waktu malam. Siang pun sendu apa lagi waktu malam. Lampu jalan pun tak ada. Nak memandu perjalanan jauh silalah memandu pada waktu siang. Teringat dulu cantik permandangan hijau saujana mata memandang. Ladang-ladang lembu dan kambing. Tak sangka pula bila musim panas kiri kanan jalan kering kontang. Sepanjang perjalanan ada dua tiga hentian sebelah tapi seram sungguh. Hutan keliling dan disediakan meja dan kerusi. Amaran binatang liar merata-rata, nak berhenti rehat pun rasa takut jiwa tak tenang. Kalau seorang diri memang tak berhenti. Ada juga pekan-pekan kecil, ada cafe dan petrol station tapi semua nampak macam pekan cowboy.

Jarak Perth ke Katanning dan Albany.

Meninggalkan Perth CBD.

Jalan raya lengang sunyi sepi. Kiri kanan kering kontang.


Sejuk tapi matahari terik. Kambing pun berhimpit nak berteduh.


Lalang cantik menari mengikut rentak angin bertiup.


Singgah hentian sekejap. Stretching dan tukar pemandu.

Pekan Wagin. Sikit lagi nak sampai Katanning.



Optional sebenarnya singgah ke Katanning. Nak terus ke Albany pun elok juga. Jimat satu jam. Kami detour sebab nak singgah solat di Katanning Mosque. Katanning adalah satu pekan kecil yang penduduknya ramai terdiri daripada Muslims dari Kepulauan Cocos. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila buat pembacaan sendiri mengenai sejarah macam mana mereka yang dulunya tinggal di Kepulauan Cocos boleh berhijrah ke Australia. Trip yang pertama, aku singgah ke Katanning sebab pernah baca dalam Novel Julia masa Tingkatan 5 dulu. Antara latar tempat yang dipaparkan adalah pekan Katanning. Pengalaman disambut mesra komuniti Muslims dan dapat solat Maghrib berjemaah dengan penduduk Melayu Cocos di Katanning Mosque adalah sangat bermakna. Kali ni singgah nak tunaikan solat Zohor dan Asar pula. Sayangnya tak ada seorang manusia lain selain kami berempat. Sunyi sepi suasana di Katanning Mosque. Mungkin hanya meriah ketika Maghrib dan Isyak.

Dua pintu utama kunci, cuak dah. Syukur pintu ketiga tak kunci. Kalau tak memang berkelah makan lunch dan solat diluar nampak gayanya. Nampak notice didinding. Sepatutnya waktu lain memang pintu masjid akan dikunci. Rezeki kami dapat juga masuk. Semakin ke selatan Western Australia, waktu solat juga semakin cepat. Ruang solat wanita sangat selesa. Telekung juga ada disediakan. Selepas solat kami makan dulu sambil hilangkan penat memandu. Bunyi angin kuat sangat diluar dan suhu pun sejuk. Tinggalkan sedikit wang dalam tabung masjid, tanda terima kasih bagi tumpang solat. Semoga ada jodoh kita berjumpa lagi, Katanning Mosque.

Bekalan nasi dan sambal sotong instant. Lunch box bawa dari Malaysia.


Perkarangan Katanning Mosque. Tengah check pintu yang tak berkunci.


Kosong. Tapi pintu pagar utama terbuka luas..

Dari Katanning, perjalanan diteruskan ke Albany. Dua jam pemanduan..

BELI BARANG DAPUR DI COLES ALBANY ORANA

Selepas dua jam memandu, alhamdulillah sampai juga ke Albany. Jalan raya makin cantik kemas dan lebih lebar. Kenderaan pun banyak sebaik saja masuk Albany Highway, tak adalah sunyi sangat. Kami singgah ke Coles Albany Orana dulu sebelum ke destinasi seterusnya untuk beli barang-barang dapur. Untuk trip kali ini, memang kami akan singgah banyak kali ke groceries stores untuk beli barang-barang nak dimasak. Kalau beli siap-siap takut rosak sebab nak commute dari satu tempat ke tempat lain. Groceries shopping adalah sangat seronok. Geram rasa macam-macam nak dibeli. Buah-buahan dan sayur yang segar. Konon nak beli sikit saja, akhirnya penuh cart. Cuma kena ingat satu perkara, banyak groceries stores yang tutup awal kalau di kawasan-kawasan luar bandar. Kena rancang perjalanan elok-elok.



Happy shopping barang dapur.

Memang kami plan untuk beli kuali disana.

Tukang punggah barang.

Tukang bayar.


Tak ada restriction nak beli barang-barang dapur buah-buahan atau sayur. Ikutlah our moms nak makan apa yang diorang teringin. Janji makan sampai habis jangan membazir. Paling puas hati beli peach, mango dan cherry. Sedap !! Aku rasa harga tak adalah murah sangat tapi tak apalah, sesekali. Duit untuk perbelanjaan barang-barang dapur memang kami dah asingkan dari awal. Tak akan ganggu perbelanjaan lain. Neddy yang pegang semua duit jadi bab bayar membayar, memang dia yang uruskan. Aku tak masuk campur, memang serah pada seorang saja untuk manage. Simpan receipt dan rekod semua perbelanjaan untuk dijadikan rujukan. Baru tahu duit kita dibelanjakan untuk apa. Sebelum check-in dan berehat, kami sempat singgah ke satu destinasi hot spot di Albany. Jalan-jalan cuci mata enjoy sunset. Jom !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Aku dah share tips dan persediaan, budget dan itinerary dalam posts yang lepas. Sekarang nak cerita perjalanan ke Perth Western Australia selama sepuluh hari. Aku dan MamiZ nak ke New Zealand tapi tahun lepas banyak kali terbabas nak menabung, budget tak mencukupi. Neddy cadang ke Jepun, menarik tapi baru lepas ke Hokkaido dan Kansai. Mungkin kena tunggu setahun dua lagi untuk repeat kesana.. Kali ini kalau boleh tak nak pergi tempat sejuk, nak rasa pengalaman yang berbeza. Walaupun seronok main salji tapi sebenarnya penat usung beg berat bawa baju tebal sana sini. Nak merasa pakai casual attire pula. Kami bawa mak masing-masing, jadi pilihan destinasi kena mesra veterans. Not that our moms tak fit enough, tapi kita tahu kalau jalan naik turun train dan bas penatnya macam mana. Orang muda pun kadang-kadang pancit kena jalan banyak. Setelah berbincang dan ambil kira beberapa faktor penting seperti keselamatan, pengangkutan, tempat tinggal dan perbelanjaan, akhirnya kami bersetuju untuk ke Perth.


03 December 2018 Isnin

HELLO PERTH, KERETA SEWA, HALAL CHARCOAL CHICKEN DIANELLA DAN COMFORT HOTEL PERTH CITY | Hari pertama kami adalah hari perjalanan ke Perth Western Australia. Santai saja tiada aktiviti-aktiviti utama. Penerbangan dari KLIA2 pukul 09:30AM departed on time. Sampai di Perth International Airport pada pukul 03:00PM waktu tempatan. Ramai orang Melayu, rupanya waktu mendarat tiga penerbangan dari Air Asia X, Malindo dan Malaysia Airlines hampir sama. Walaupun ramai yang beratur di custom declaration, cepat juga urusan laju. Disapa mesra oleh pegawai, senyum saja siap ucap 'Welcome Back to Australia'. Rasa lega syukur tak ada masalah dengan ETA dan Passport. Pegawai tick (*) di sudut tepi Arrival Form aku. Tak terkejut, memang aku seorang saja yang buat declaration bawa makanan. Semua makanan kami letak dalam satu luggage dan akulah yang akan bawa luggage itu, jadi aku seorang saja yang declare. Kalau kena tahan untuk check, selalunya pemegang luggage saja yang akan disoal. Aku tahu isu nak bawa makanan masuk ke Australia ni memang antara yang paling memeningkan. Selalu dapat email tanya pasal makanan. Kita bawa bertenang. Ikut dan hormat undang-undang negara orang insyallah kita selamat.

TOLONG DECLARE SEMUA MAKANAN YANG DIBAWA

Sebelum mendarat, kita akan diberikan sekeping Arrival Form. Tak susah nak isi dan tolong isi Arrival Form siap-siap supaya tak kalut masa di kaunter kastam. Dalam Arrival Form inilah kena buat segala declaration sekiranya kita bawa barang-barang tertentu yang dilarang atau dipantau keras oleh kerajaan Australia. Bunyi menakutkan tapi janganlah risau. Itu pentingnya kita declare semua benda dalam senarai yang ada dalam Arrival Form. Jadi masalah kalau degil tak mahu mengaku bawa macam-macam, siap sedialah nak kena saman kalau kantoi. Jangan ingat yang tak declare (tapi secretly bawa makanan) akan lepas dan selamat walaupun Arrival Form tak ditanda apa-apa oleh pegawai kastam. Tiba mood swing pegawai kastam nak check passengers randomly, yang tak ada tanda pun boleh kena tahan. Jadi janganlah bebal sangat !! Tanda sajalah declare segala benda yang kita bawa. Aku rasa nervous, kami bawa makanan dari Malaysia penuh satu luggage. Kalau nak buat list makanan dan ingredients segala bagai tu semua lebih bagus, langkah berjaga-jaga. Aku tak buat sebab aku malas. Tawakal sajalah !! Dah declare kena ikut arahan seterusnya. Pengalaman aku di kawasan custom declaration berbeza-beza setiap kali ke Australia. Memang ikut nasib dan rezeki. Lepas urusan ETA dan Passport, pergi ambil luggage akan ada lagi screening. Ada seorang pegawai akan tunggu untuk asingkan kita sama ada terus exit ke Arrival Hall atau kena lalu laluan khas dulu. Usually yang ada tanda (*) akan kena screening lagi sekali dan diasingkan ke laluan lain sebelum boleh keluar. Hulur Arrival Form dan tunggu arahan. Kalau tak ada masalah boleh terus exit. Kadang-kadang walaupun tak ada masalah tapi kita dilihat mencurigakan pun kena tahan juga. Aku tengok ramai Malaysians kena tahan, aku pun dah ready kalau kena tahan sekali sebab memang declare bawa makanan. Rezeki kami that day, aku hulur Arrival Form, pegawai hanya tanya jenis-jenis makanan yang aku bawa - instant noodles, instant rice dan ubat-ubatan sikit. Ditanya ada bawa fresh fruits and vegetables atau tidak.. Tak. Dia tanya ubat-ubat apa aku bawa.. Aku cakap normal medicines macam Paracetamol, ubat demam dan supplements. Dia senyum saja angguk-angguk - You may go !! Tak perlu ke kaunter khas nak buka luggage bagai. Alhamdulillah.


Itu pengalaman paling senang yang pernah aku berdepan di Australia bila bawa makanan. Sekali aku pernah lepas dengan mudah di Sydney sebab memang tak bawa makanan langsung. Aku pernah ditahan untuk screening khas dengan anjing polis di Melbourne. Orang cakap menakutkan. Bila lalui sendiri, tak adalah seram sangat. Kita disuruh berdiri jauh dari luggage bila anjing polis datang hidu luggage. Diorang pun faham orang-orang Islam tak selesa dengan anjing. Dijelaskan lebih awal apa yang dilakukan adalah procedures negara Australia jadi semua kena hormat. Di Perth pun ada juga ya anjing-anjing polis. Kalau anjing polis hidu luggage kita lama-lama itu jadi masalah, memang kena buka luggage. Kalau dia hidu terus pergi tak ada sangkut apa-apa. Sekali di Perth, aku kena buka semua luggage termasuk luggage pakaian walaupun dah asingkan pakaian dan makanan. Dia nak tengok semua, buka sajalah biar dia belek sendiri. Jadi memang ikut rezeki masing-masing. Doa banyak-banyak semoga semua urusan jadi mudah. Kita pergi sana nak tengok alam jadi jangan takut.

BELI SIMCARD YES OPTUS ATAU VODAFON DI ARRIVAL HALL

Dah selesai urusan dan keluar ke Arrival Hall, kita beli simcard pula. Nak beli simcard atau sewa portable wifi dari Malaysia ? Untuk ke Australia, aku cadangkan beli simcard. Lebih mudah dan jimat berbanding portable wifi. Keluar ke Arrival Hall terus nampak kedai YES Optus dan hujung sikit ada Vodafon. Selama ni aku pakai YES Optus, service sangat memuaskan. Ada yang kata coverage tak elok, tapi so far tiada masalah. Hanya 2AUD sehari dan dibekalkan dengan 500MB data. More than enough untuk kegunaan seharian nak buka Whatsapp, layan Instagram atau guna GPS. Kali ini nak cari kelainan, aku tempah simcard Vodafon online yang tengah sale. Simcard akan dihantar terus ke hotel yang kita menginap, tak boleh claim di kaunter Vodafon di airport. Menurut tracking, patut elok sampai dah waktu aku check-in ke hotel. Sementara nak dapat simcard, aku on data roaming percuma untuk sehari pada pengguna Celcom. Sadly, sampai hotel receptionist kata parcel tak sampai agi. Angin jugalah sebab esok dah nak check-out dan gerak ke Albany. Balik dari road trip baru dapat singgah semula untuk ambil parcel. Sabar sajalah.. Terpaksa on roaming beli data untuk seminggu terus. Redha sajalah kena bayar mahal. Bukan tak boleh nak cari mana-mana kedai yang jual simcard tapi aku malas. Buang masa dan kacau perancangan itinerary yang dirancang. Jadi peringatan ya !! Tak payah nak beli simcard secara online sangat walaupun murah, elok sampai airport terus beli.

SOLAT DI PRAYER ROOM PERTH INTERNATIONAL AIRPORT

Di Perth International Airport ada Prayer Room untuk kita solat di Arrival Hall, bersebelahan dengan kaunter-kaunter kereta sewa. Bercampur lelaki dan perempuan tak ada separate area. Kalau perempuan solat, lelaki akan tunggu dan vice versa. Tempat wuduk pun ada cuma telekung tak disediakan. Cuma aku nak pesan, lepas solat tak perlu melepak bersembang dalam Prayer Room. Lebih-lebih lagi waktu peak hour ramai nak solat. Selesai solat sila keluar cepat bagi orang lain pula guna. Kalau perempuan nak solat mesti tak selesa ada ramai lelaki tengah duduk dalam bilik tu. Kecewa sangat bila ada yang ignore orang tengah solat dan bersembang sakan dengan suara kuat. Dalam Prayer Room sangatlah nak discuss itinerary dan perjalanan. Boleh discuss diluar ada kerusi selesa lagi nak duduk. Consider orang lain sama dan tolong kawal anak masing-masing jangan buat bising dan berlari sana sini. Nature budak-budak memang semua orang faham macam mana, tapi kena ditegur diajar untuk hormat orang tengah solat. Bukan juga tempat untuk tukar diapers anak-anak. Tak kena gaya dan malu sangat bila nampak ada orang Melayu kalut mandikan anak-anak dan basuh segala benda kat tempat wuduk. Janganlah macam tu.. Orang dah sediakan kemudahan kita guna sebaik mungkin. Jaga nama baik negara kita, the least mungkin yang kita boleh lakukan. Semoga ada perubahan, sama-sama kita usaha.

KERETA SEWA MURAH DI PERTH DARI NO BIRDS BAYSWATER

Aku compare rate kereta sewa dari company lain tapi rate No Birds Bayswater adalah yang termurah untuk sepuluh hari. Kalau tak mahu sewa dari No Birds Bayswater pun tak jadi masalah, ada banyak companies kereta sewa di Perth International Airport. Nak walk-in sewa kereta terus pun boleh tapi dinasihatkan, buatlah online booking lebih awal. Kereta-kereta pula subject to availability. Terkejut tergempar nanti tak ada kereta pula. Make sure sewa dari company yang bertauliah. Jangan sewa dari ulat-ulat kereta sewa. No Birds Bayswater tiada kaunter di Perth International Airport tapi diorang sediakan perkhidmatan pick-up service berbayar untuk bawa customers ke the nearest office di Kewdale. Dah selesai semua urusan di airport baru call beritahu kita dah ready. Semua booking dilakukan secara online dan tak ada bayaran akan dikenakan. Sampai sana nak ambil kereta baru bayaran dilakukan. Tunggu di luar kawasan Arrival Hall dalam sepuluh minit saja dah sampai van shuttle.

Van shuttle airport transfer dah sampai.



Urusan di office No Birds Bayswater mudah tak pening kepala. Lesen memandu Malaysia valid disana jadi tak perlu susah payah apply International Driving License. Dulu bayaran hanya boleh dibuat menggunakan Credit Card, tapi sekarang menggunakan Debit Card pun boleh. Tolong activate Debit Card untuk penggunaan luar negara, baru potongan duit boleh dilakukan. Kalau tak sia-sia saja usung kad sana sini. Kami dapat kereta Toyoto Corolla Hatchback, tak pasti kereta baru atau lama. Good condition bersih dan sedap dipandu. Aku akan ambil gambar setiap sudut dan lekuk kereta kalau dari awal memang ada dented areas. Takut nanti dituduh kita pula yang langgar entah apa-apa. Tapi dua kali berurusan dengan No Birds, tak ada masalah. Sangat smooth. Untuk sepuluh hari, kami dikenakan bayaran sebanyak 398.00AUD (RM1229.82 approx).  Harga termasuk additional seorang lagi driver, top cover dan unlimited mileage. Aku tak sewa GPS sebab dah roaming dan semua tempat nak pergi boleh guna Google Maps. Kalau takut tiada coverage, guna maps secara offline. Kita dapat kereta sewa dengan tangki minyak yang penuh. Bila nak pulangkan kereta, wajib isi penuh semula. Kalau tak penuh, nanti diorang akan potong duit dari Credit Card atau Debit Card kita. Mari mulakan pengembaraan sepuluh hari di Perth dan sekitar Western Australia. Kita pergi makan malam dan check-in hotel dulu yaaa.. Rehat cukup-cukup untuk perjalanan jauh beberapa hari nak road trip.


MAKAN MALAM DI HALAL CHARCOAL CHICKEN DIANELLA PERTH

Pergi ke Perth wajib singgah makan di Charcoal Chicken Dianella. Tak lengkap trip ke Perth kalau tak cuba ayam atau lamb ribs disini. Lamb ribs disini sedap tapi ditekak aku ayamnya rasa biasa saja. Portion yang banyak, satu hidangan boleh kongsi dua orang. That night, kami habis 35AUD (RM108.15 approx) untuk empat orang makan. Ambil dua set nasi quarter chicken dengan satu side dish dan dua set quarter chicken dengan fries. Side dishes sedap-sedap juga, ada egg salad, seafood salad, mac and cheese dan few others. Nak ambil asing-asing pun boleh. Jangan convert  !! Pejam mata saja dan bayar. Kalau asyik convert to RM nanti jadi tak lalu nak makan. Redha saja harga makanan di Perth dan Australia memang begitu.

Hidangan bernilai 32AUD (RM108.15 approx) bersama tiga botol air.

Satu set nasi quarter chicken dan satu side dish. Kongsi berdua.

Kenyang sangat walaupun kongsi. Nak habiskan rasa seksa penuh perut. Terpaksa tapau fries sebab banyak lebih. Korang jangan datang lewat sangat, tengah hari or around pukul 5.00-6.00PM just nice nak pergi makan disana. Kalau lambat sangat takut lamb ribs habis. Memang laku keras ramai yang beratur nak beli. Kedainya pula kecil saja bukanlah restaurant besar. Agak sempit limited space nak duduk tapi ada  tempat makan disediakan jangan risau. Lepas makan kami singgah Coles sekejap, belakang Charcoal Chicken saja. Saja jalan-jalan cuci mata beli snacks sikit buat bekalan untuk jalan jauh. Air paip di sana katanya selamat untuk diminum terus tapi MamiZ tak nak, nak air mineral juga dah terbiasa minum jadi kenalah beli. Rupanya AcikE pun tak nak minum air paip walaupun dah dimasak. Okay settle !! Kita semua minum air mineral. Memang dah asingkan duit untuk groceries jadi guna duit itulah nak beli barang-barang dapur.

CHECK-IN COMFORT PERTH CITY HOTEL

Untuk hari pertama, kami tidur di Comfort Perth City Hotel. Transit satu malam sebelum gerak ke selatan Western Australia. Hanya RM273.72 sebilik untuk empat orang melalui Agoda. Hotel terletak di tepi jalan utama dan sepanjang jalan ada tempat parking. Cuma, siang hari memang kena bayar tapi lepas pukul 08:00PM free. Boleh parking percuma sehingga pukul 08:00AM esok hari. Kami sampai memang dah malam lebih kurang pukul 08:15PM, tak perlu risau bayar parking. Yang tak memandu, hotel ni sesuai sebab kedudukan yang strategik tengah bandar. Staff hotel sangat baik dan membantu. Parcel dari Vodafon yang sepatutnya dah sampai memang tak nampak bayang. Nak buat macam mana.. Terpaksalah minta tolong staff hotel simpankan dulu simcard Vodafon sampai aku balik semula ke Perth nanti. Bilik besar katil selesa dan memuaskan. Sampai hotel, tengah kemas barang baru aku sedar rupanya camera Sony FDR-X3000 aku tak ada dalam beg sandang. Jenuh selongkar cari memang tak ada. Aku cuba ingat mana last guna tapi langsung tak ingat. Aku keluarkan dua kali, sekali dalam flight dan sekali lagi masa tunggu airport shuttle. Kemungkinan tertinggal dalam van. Dah call No Birds, diorang pun dah tolong cari tapi tak ada. Memang teruji betul emosi bila camera kesayangan hilang. Mesti jatuh tercicir. Marah diri sendiri sebab cuai. Lagi terasa sebab camera tu beli dengan duit tabung sendiri. Memang terkilan sangat. Satu benda yang aku syukur, aku dah transfer semua gambar-gambar lama dan belum banyak gambar yang diambil untuk trip kali ini. Kalau tak memang bertambah terkilan dengan gambar-gambar sekali hilang. Sedih sangat tapi tak tahu kenapa kat sana tak menangis pun. Masih berharap ada miracle. Tapi dah balik Malaysia tengok wires battery semua terus melalak. Haaaih !! Sabarlah hati.

Enough sedih !! That night kami tidur awal supaya esok pagi rasa fresh dan bertenaga nak jalan jauh. Masak nasi siap-siap untuk bekalan lunch. Layan Netflix sampai mengantuk. Selamat malam..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.