SITI.YANG.MENAIP

Entri sebelumnya di SINI.
15 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN BUSAN - BUSAN TOWER YONGDUSAN PARK. Dari Jagalchi Station kami decided untuk terus ke Busan Tower yang terletak dalam kawasan Yongdusan Park. Agak jauh sebenarnya tapi tak mengapa. Kalau tak mahu gerak dari Jagalchi Station boleh juga gerak dari Nampo Station Exit 7. Semak jarak perjalanan dengan Google Maps. Boleh korang rancang perjalanan dengan lebih lancar. Rujuk SINI. Hari masih muda tapi semakin gelap. Maklumlah musim sejuk waktu siang sangat limited jadi kena percepatkan langkah. Menapak melalui kawasan membeli-belah, BIFF Square (Busan International Film Festival) dan kawasan jualan street food akhirnya kami sampai di depan escalator yang disediakan untuk kemudahan orang ramai yang ingin ke Yongdusan Park. Terselit celah-celah kedai. Canggih sangat aku rasakan dan terima kasih banyak-banyak. Tak perlu susah payah menyeksa diri nak mendaki tangga lepas dah kepenatan menapak.

BUSAN TOWER / YONGDUSAN PARK

Busan Tower terletak dalam kawasan Yongdusan Park dan menjadi kebanggan warga penduduk-penduduk Busan. Macam orang-orang Alor Setar bangga ada Menara Alor Setar. Gituuulah perasaannya. Seluas-luas kawasan Yongdusan Park ada beberapa tourist spots selain Busan Tower yang boleh kita tengok seperti Statue Admiral Yi Shun Shin, Bell of the Citizens dan Flower Clock. Kami tak berminat pun nak naik Busan Tower plus hari dah gelap. Admission fee untuk naik ke Busan Tower adalah sebanyak 5000WON (Adult) 4000WON (Senior Citizen) dan 3000WON (Children). Kami hanya melepak jenguk kawasan. Kalau berminat apa salahnya. Tak adalah mahal sangat ticket untuk ke Busan Tower. Ada ramai orang naik untuk jenguk view Busan dari atas. Ada souvenir shops dan coffee house tapi tak beroperasi pun. Dari sekitar kawasan Yongdusan Park pun dapat tengok juga pelabuhan Busan. Cantik dan kemas.

Kenapa perlu kufur nikmat bila dah disediakan escalator.

Lotte Mall. Boleh naik ke rooftop dan menjenguk kawasan sekeliling juga.

Permandangan port Busan dari Yongdusan Park.

Bell of the Citizens.

Patung Pakcik Yi Shun Shin yang terpacak gagah.



Busan Tower

Basically ini saja yang ada sekitar Yongdusan Park. Ramai Ahjumma Ahjusshi tengah exercise macam-macam gaya ada. Yang bersiar-siar dengan anjing pun ada. Walaupun hari semakin gelap tapi pengunjung tetap ramai. Bagus betul. Banyak tempat duduk kalau nak melepak dan enjoy sceneries. Kami meronda cari tempat yang sesuai untuk menunaikan solat dan akhirnya jumpa car park bawah sikit dari kawasan Busan Tower. Agak terpencil sayup sikit but just nice untuk solat. Toilet pun ada disediakan berdekatan. Bergilir-gilir ambil wuduk solat dan jaga barang-barang. Selesai solat kami teruskan perjalanan. Shopping satu round dulu sebelum cari makanan untuk dinner. Singgah beli periuk belanga nak bawa balik.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.
15 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN BUSAN - GAMCHEON CULTURE VILLAGE. Dah selesai touch up dan bersiap di lobby Welcome Busan Guest House kami keluarkan itinerary dan merancang perjalanan memikirkan destinasi pertama yang akan dituju. Bersepakat untuk terus ke Gamcheon Culture Village yang sememangnya terkenal di Busan dan antara tempat menarik yang wajib dikunjungi. Kalau tak singgah katanya tak lengkap trip ke Busan. Gamcheon Culture Village terkenal sebab struktur binaan rumah-rumah berwarna-warni yang seakan-akan di Santorini, Greece. Tak mampu oooi kakak nak pergi pergi Greece kita terjah Busan dulu. JM dah pernah sampai ke Gamcheon Culture Village jadi dah memang tahu jalan ke sana. Kesian JM kena pergi lagi teman aku pula. Menjelang tengah hari suhu taklah sesejuk waktu pagi. Sedikit panas dan nyaman. Aku tak pakai longjohn pun tapi kalau nak pakai pun tak ada masalah. Memang ada orang yang sangat tak boleh tahan sejuk. Better pakai.

CARA UNTUK KE GAMCHEON CULTURE VILLAGE

  • Goejeong Station (Busan Subway Line 1/Oren) Exit 6 - Bus Sakha 1 atau Sakha 1-1 - Gamcheon Culture Village
  • Toseong Station (Busan Subway Line 1/Oren) Exit 6 - Bus Saha 1-1, Seogu 2 atau Seogu 2-2 - Gamcheon Culture Village
  • Jagalchi Station (Busan Subway Line 1/Oren) Exit 3 - Chungmudong Gyocharo Bus Station - Bus Saha 1-1, Seogu 2 atau Seogu 2-2 - Gamcheon Culture Village

Rujuk SINI dan SINI .

Kalau kita perhatikan betul-betul panduan di atas, bas akan lalu di semua station yang telah disenaraikan. Just make sure kita naik bas yang betul saja sebab naik dari mana-mana station yang disenaraikan pun boleh. JM pernah guna laluan melalui Jagalchi Station jadi this time pun aku ikut JM guna laluan Jagalchi Station. Keluar dari Jagalchi Station Exit 3 akan nampak Sinhan Bank disebelah kiri. Landmark seterusnya adalah kedai GS25. Depan kedai ada bus stand. Tunggu sajalah bas datang. Pastikan nombor bas yang betul baru naik. Sekejap saja perjalanan naik bus dah kena turun balik. Dekat sangat rupanya tapi tak mampu nak pergi rasanya kalau kena menapak. Kalau tengok laluan melalui Google Maps pun memang dekat. Tak sempat nak berangan. Bila dah nampak signage besar 'Gamcheon Culture Village' boleh stand by nak turun. Kalau tak pasti pun jangan risau sebab memang ramai orang akan turun sekali. Tambang hanya 900WON (RM3.45 approx) sehala. Jangan lupa scan kad T-Money ketika naik dan turun bas. Nanti kena tempik dengan Ahjusshi baru tau. Sambil tu jeling cepat berapa nilai duit yang dipotong untuk rekod perbelanjaan. Jom kita pusing Gamcheon Cultural Village tengok apa yang menarik. Tak ada entrance fee.

Beli roti ikan inti kacang merah buat bekal. Sedap makan panas-panas.

GAMCHEON CULTURE VILLAGE BUSAN

Ada sejarah tersendiri kenapa bangunan perumahan di Gamcheon Culture Village adalah sangat unik berbanding bangunan-bangunan perumahan di kawasan penempatan lain sekitar Korea. Something to do dengan sejarah pelarian dari Korea Utara dan ada juga unsur-unsur yang lain. Menarik sebenarnya macam mana tercetus idea membina penempatan sebegini dan rahsia disebaliknya. I do not want to talk history jadi kalau berminat nak tahu lebih lanjut mengenai sejarah Gamcheon Culture Village kena buat research sendiri. Rumah-rumah yang disusun rapi memang mirip Santorini. Penggunaan warna-warna pastel bumbung-bumbung rumah membuatkan semua rumah di Gamcheon Culture Village kelihatan sangat comel. Pandai sungguh cari idea nak tarik pelancong.



Nak meronda sekitar Gamcheon Culture Village kena ada stamina yang kuat especially kaki. Kawasan sekeliling sangat luas dan semuanya kena mendaki tangga yang sangat banyak. Patutlah orang cakap tangga dan Korea berpisah tiada. Boleh kalau tak mahu panjat tangga dan hanya bersiar-siar melalui jalan utama, tapi tak seronoklah. Tak boleh nak nampak view Gamcheon Culture Village dari atas. Tengok Ahjumma Ahjusshi laju panjat tangga sendiri jadi malu. Siapa tua siapa muda aku pun tak tahulah. Depa makan ubat apa agaknya tua pun still bertenaga. Aku pula tak tahu berapa kali berhenti nak stabilkan pernafasan. Boleh beli peta Gamcheon Culture Village kalau berminat. Boleh penuhkan peta dengan cop-cop yang disediakan di beberapa kawasan terpilih sekitar Gamcheon Culture Village. Aku tak berminat. More to aku tak rajin sebenarnya. Memang tak ada cita-cita nak explore satu kampung pun. Nak jejak kaki saja niatnya.  Pusing mana yang termampu.  Agaknya kalau aku ronda seluruh kawasan mesti balik Malaysia MamiZ tak kenal aku siapa sebab dah kurus.

Ada banyak iconic spot yang menarik untuk kita bergambar. Yang mana kami jumpa memang tak lepaskan peluang untuk bergambar. Sangat artistic setiap ceruk ada saja benda comel nak dijadikan spot bergambar. Even benda simple pun jadi cantik dah namanya ditempat orang. Bagusnya orang-orang yang tinggal di Gamcheon Culture Village jaga kawasan kebersihan dan kecantikan. Geram tengok sebab memang bersih. Macam mana agaknya didikan yang diterima untuk lahirkan masyarakat yang macam ni. Memang selesa meronda  walaupun orang ramai sangat. Memang tengah musim cuti agaknya. Ada certain spots sampai kena que dan tunggu giliran. Kedai-kedai kopi comel pun banyak dibuka. Mini museums dan kedai-kedai souvenirs. Banyak products homemade. Rembatlah sebiji dua buat kenangan. Kalau nak makan street food pun ada. Pandai-pandailah survive buat apa yang patut kalau rasa nak makan.

Beratur lama sangat nak bergambar dengan 'Little Prince' dan musangnya. Tabah JM melayan nak ambil gambar. Yang tengah beratur masih redha menunggu.


Sempat ditahan dongsaeng-dongsaeng Koreans yang comel-comel. Nak siapkan project sekolah kena interview tourist menggunakan Bahasa Inggeris. In return kami dapat clay mask dan kuih ubi. 

Perkara terpenting adalah wajib untuk semua pengunjung panjat tangga untuk ke rooftop observation area yang ada di Gamcheon Culture Village. Gagahi jugalah memanjat walaupun termengah-mengah and sangat worth the effort. Jangan buat bising sangat takut terlalu excited pergi menjerit terpekik pula kat atas tu. Sekeliling ada rumah-rumah penduduk jadi sila hormat. Amaran pun dah ditampal nak ingatkan orang ramai. Jadi kita jaga diri baik-baik. Cantik sangat view Gamcheon Culture Village dari atas. Perlu naik yaaa kawan-kawan. No excuse please..




Terserempak dengan beberapa orang Malaysians. Ada yang datang dengan keluarga dan ada juga yang nampak macam pelajar-pelajar yang menuntut di Korea. Bertukar senyuman dan yang mana mesra sikit ada melambai tangan. Nampak juga ada yang mencuba fish cake yang terjual di kedai-kedai di Gamcheon Culture Village. Dengan cuaca sejuk makan panas-panas sedapnya.Tergoda juga rasanya nak makan macam dah terpanggil-panggil tapi hati masih tak berani. Tak apalah next time mungkin ada rezeki nak cuba. Lama juga kami melepak di Gamcheon Culture Village sebelum patah balik ke Jagalchi Station. Memang jalan santai saja tak rush. Jom kita gerak ke destinasi yang lain pula. Hari makin petang dan makin gelap. Naik bus di kawasan yang sama kita turun bas tadi. 

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
15 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | KUALA LUMPUR KE BUSAN. Bismillah. Jom sama-sama mengembara ke Korea Selatan. Alhamdulillah dapat juga merasa jejak kaki ke Korea awal tahun yang lalu setelah bertahun aku pasang angan-angan. Pengembaraan bermula di Busan sebelum kami bergerak ke Sokcho dan Seoul. Masa aku usulkan cadangan mengajak JM ke Korea, harga tiket ke Busan tersangatlah murah dan kami tak mahu melepaskan peluang, kami terus beli. Kemudian baru fikir langkah seterusnya. JM banyak membantu dan memahami. In fact, itinerary juga JM yang sediakan aku ikut saja. Maaf tak membantu langsung sepanjang penyediaan nak pergi. Banyak dugaan tapi syukur akhirnya diizinkan juga oleh-Nya untuk terbang sama-sama ke Korea.

POCKET / PORTABLE WIFI WIYO UNTUK DIGUNAKAN DI KOREA

Aku memerlukan internet all the time jadi memang kena make sure sentiasa ada. Ramai suggest beli saja simcard atau sewa portable internet bila dah sampai ke Korea. Fikir punya fikir akhirnya aku decided untuk menggunakan WIYO - portable internet dari Malaysia yang boleh digunakan di Korea dan beberapa negara lain. Berurusan direct melalui website dan terus settle payment sebab memang confirm nak. Dah ada kemudahan dari negara sendiri lebih senang berkomunikasi dan adjust semua perkara. Harga berpatutan dan kalau berjalan dalam group yang besar lebih berbaloi sebab ramai boleh guna. Aku tak kisah janji dapat internet. Paling best adalah tempat pick up. Tak perlu pergi jauh sebab WIYO dah ada kaunter khas di KLIA2 yang terletak bersebelahan saja dengan Toys "R" Us. Urusan semua senang. Memang dah tersedia diasingkan datang pick up dan isi borang sikit. Bateri memang dah siap full tak perlu risau. Kita akan diajar cara guna and you are good to go. Coverage juga memuaskan tak meragam sepanjang di Korea dan di atas puncak Mount Seorak pun covergae masih full dan terbaik. Memang aku recommend sangat untuk korang cuba.

Berjanji untuk jumpa JM di KLIA2 seawal 10.30PM (14 Januari 2016). Drop luggage dan seterusnya melangkah ke departure gate. Itu bukan pertemuan pertama dengan JM jadi tidaklah awkward dan malu-malu. Kami pernah berjumpa beberapa kali sebelum ke Korea. Flight kami pagi seawal 01.15AM (15 Januari 2016) dan tak delayed terlalu lama. Busan adalah bandar kedua terbesar di Korea Selatan selepas Seoul. Memang terkenal macam Seoul juga dan selalu jadi sebutan kalau dalam rancangan-rancangan dari Korea. Pandai sungguh marketing nak mempromosikan negara. Tak hairan kalau Busan pun jadi tempat tarikan tumpuan pelancong. Majoriti sesiapa saja yang ke Korea wajib akan singgah ke Busan juga. Jadi alang-alang Air Asia X dah menyediakan penerbangan direct dari Kuala Lumpur ke Busan, marilah kita meneroka Busan dulu. Perjalanan mengambil masa selama hampir tujuh jam. Naik flight makan dinner terus kami tidur memang tak terasa jauhnya. Terjaga untuk menunaikan solat Subuh (sekadar solat hormat waktu) dan sangat teruja bila semakin menghampiri destinasi.

Alhamdulillah kami dah sampai di Busan.


| Kuala Lumpur - Busan |

GIMHAE INTERNATIONAL AIRPORT

Kami tiba di Gimhae International Airport pada pukul 8.30AM (15 Januari 2016). Teruja sangat rasanya memang tak boleh sorok excited. Lama sungguh penantian terasa nak tunggu detik berlepas dan sampai ke Korea. Memang lama sangat berangan akhirnya Allah izin menjadi kenyataan. Jadi korang jangan risau bertanya bila turn korang pula. Ada rezeki kalau dah tertulis insyallah memang akan sampai. Lambat dan cepat saja. Urusan imigresen tak cerewet sangat. Tak lama pun tunggu semuanya selesai. Perkara pertama kami buat adalah top up T-Money. Aku tak beli pun T-Money sebab JM kasi pinjam dia punya kad. Ada extra (akhirnya jadi hak milik). Selain T-Money, penggunaan kad CashBee juga berleluasa di Korea. Ikutlah mana yang ada. Ada sikit beza  itu pergi research sendiri tapi tibai saja janji dua-dua pun boleh digunakan. Yang penting ada kad pengangkutan untuk digunakan. 

Tergedik-gedik nak beli susu pisang Korea yang terkenal.

Duduk bertenang sebentar di arrival hall sambil keluarkan baju sejuk. Kena transform secepat mungkin. Setiap kali pintu automatic terbuka mesti nak ketap bibir angin menderu masuk. Kasar betul angin -6 celcius. Kena salin baju tak kira macam mana pun. Dah terasa sejuk sampai ke tulang. Jenguk groceries shop. Checked !! Dah beli dan rasa susu pisang Korea yang terkenal dengan harga 1300WON (RM4.99 approx) sebotol. Orang panggil Banana Uyu. Not bad dan layak menjadi kegilaan. Aku bukan fan minuman bersusu dan bila mampu pun dah dianggap memuaskan. Jom kita gerak mulakan pengembaraan. First of all haruslah mencari jalan ke Welcome Busan Guest House yang bakal menjadi tempat berteduh untuk satu malam. Welcome Busan Guest House terletak berdekatan dengan Choryang Station (Exit 6). Boleh naik Airport Limousine dari Gimhae International Airport ke Busan Station dan seterusnya menaiki metro ke Choryang Station. Rasanya tambang adalah sebanyak 7000WON (RM26.88 approx) sehala. Kenal pasti lokasi tempat penginapan. Kalau lokasi adalah lebih mudah nak sampai melalui Airport Limousine eloklah naik Airport Limousine.

LALUAN AIRPORT LIMOUSINE BUSAN

Dari Gimhae International Airport
International Terminal - Domestic Terminal – Seomyeon (Lotte Hotel) – Seomyeon (1st Street) - Hyundai Department Store - Busanjin Station - Busan Station - Toyoco Inn Hotel - Jungangdong - Coastal Passenger Terminal - Nampodong - Chungmudong 

Ke Gimhae International Airport
Chungmudong - Nampodong - Coastal Passenger Terminal - Jungangdong - Busan Station - Busanjin Station - Hyundai Department Store – Seomyeon (Lotte Hotel) – Seomyeon (1st Street) – International Terminal - Domestic Terminal

Kami decided untuk tidak menaiki Airport Limousine dan memilih untuk menaiki metro saja terus dari airport. Beberapa laluan baru sudah dibina bagi memudahkan orang ramai. Sekarang dah boleh naik metro kalau nak gerak dari Gimhae International Airport. Tambang pun lebih murah. Hanya 1900WON (RM7.30 approx). Keluar dari arrival hall kena menapak sikit ke kanan. Ada satu bangunan lain dan itulah Gimhae International Airport Metro Station (Busan-Gimhae Light Rail Transit/Purple). Bangunan baru rasanya sebab bau cat masih kuat.  Kena tukar beberapa station untuk tukar laluan tapi bagus juga. Cepat sikit belajar cara-cara nak faham laluan metro di Busan. Tak complicated dan memenatkan pun jadi jangan risau. Bila dah sampai sana mesti automatic terus jadi pandai tengok peta metro. Permandangan sekeliling pun cantik belaka jadi terleka memandang.

Laluan metro di Busan.

Gimhae International Airport - Welcome Busan Guest House.
1. Gimhae International Airport (Busan-Gimhae Light Rail Transit/Purple) - Sasang (Line 2/Hijau)
2. Sasang (Line 2/Hijau) - Seomyeon (Line 1/Oren)
3. Seomyeon (Line 1/Oren) - Choryang (Line 1/Oren)
4. Choryang Station - Exit 6



Senang sangat nak jumpa Welcome Busan Guest House. Keluar melalui Exit 6 terus pusing ke belakang. Nampak signage. Kawasan langsung tak sibuk dengan kenderaan lalu lalang. Kami disambut mesra oleh receptionist dan kemain baik hati siap tolong angkat luggage. Kad untuk access ke bilik dah diberikan tapi tak boleh check-in lagi. Masih awal pagi dan bilik belum kosong. Faham saja sebab memang kami sampai sebelum waktu check-in. Kami tinggalkan luggage di lobby saja. Nanti pekerja akan terus hantar ke bilik. Pinjam toilet nak touch up sikit apa patut. Terkejut pula orang-orang Korea kalau tengok muka aku tak touch up. Jakun tengok toilet canggih banyak sangat button tak tahu nak tekan yang mana. Takut salah tekan jadi drama lain pula dalam toilet. Semua pula in Hangul lagi pening jadinya nak faham. Mujur ada kepala paip dan small baldi. Dah siap touch up duduk bincang untuk atur langkah kaki kemana mahu pergi. 

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
TEMPAT MAKAN BEST | SHELL OUT DAN MEAT OVERLOAD DI 7SKY CAFE MYDIN MERU IPOH | Sekarang memang trend kaki-kaki makan untuk hunt kedai makan yang serve makanan berkonsepkan 'Shell Out'. Aku tak nak lepaskan peluang untuk cuba. Asyik tengok orang lain saja makan. Tak boleh jadi. Aku tak tahu 'Shell Out' tu apa. Yang aku tahu, orang makan seafood lambak atas meja. Ketam, udang, kepah, lala dan macam-macam lagi. Sedapnya. Since aku berada di Perak, this time aku nak discover tempat makan awesome sekitar Ipoh yang menawarkan service Shell Out untuk dicuba. Jalan-jalan cari makan sekitar Perak. Google here and there, baca review sana sini, akhirnya aku decided untuk ke 7Sky Cafe yang terletak di dalam bangunan Mydin Meru, Ipoh. Besar ruang kedai. Kalau nak angkat satu angkatan pun tak apa. 

SHELL OUT DI 7SKY CAFE | MYDIN MERU IPOH BUAT PENCINTA SEAFOOD

Kalau korang memang die hard fan seafood dan tinggal sekitar Ipoh, you should try this menu out. Memang puas hati makan dan sangat teruja tengok seafood terlonggok atas meja dan dihidangkan panas-panas. Baru faham konsep Shell Out yang sebenar. Maaflah kakak jakun seketika maklumlah first time baru dapat cuba. Hanya dengan RM25.00/pax, korang boleh menikmati hidangan Shell Out yang sedap di 7Sky Cafe. Dapat nasi dan air percuma.

Hidangan Shell Out, Ketam, Udang, Kepah, Lambak Atas Meja, Makan Seafood Atas Meja, CTxMakan, TravelockCT,

Hidangan Shell Out, Ketam, Udang, Kepah, Lambak Atas Meja, Makan Seafood Atas Meja, CTxMakan, TravelockCT,
Tuang jangan tak tuang. Lapar sangat dah ni.

Hidangan Shell Out, Ketam, Udang, Kepah, Lambak Atas Meja, Makan Seafood Atas Meja, CTxMakan, TravelockCT,
Hidangan satu pax pun sudah cukup untuk dikongsi berdua.

Maafkan muka kakak yang sedang rakus nak tokak ketam.

Haaa sekarang dah faham konsep Shell Out tak adalah ketinggalan zaman sangat. Memang menarik tabik spring pada siapa yang mulakan idea ni. Lain dari yang lain sebab semua seafood yang dimasak akan dilonggokkan terus di atas meja dan makan beramai-ramai. Tak ada mangkuk atau pinggan. Terus direct tabur atas meja yang dilapik plastik atau kertas. Lepas tu pandai-pandai hampalah nak makan macam mana. Kalau korang tak suka seafood sangat pun tak apa. Jangan risau. 7Sky Cafe ada menyediakan hidangan superb yang lain untuk korang pilih. 

MEAT OVERLOAD | KOMBINASI DAGING AYAM, LEMBU DAN KAMBING

Meat Overload 7Sky Cafe adalah menu dan tarikan terbaru untuk korang yang tak berapa gemar makan seafood. Ada daging ayam, lembu dan kambing. Memang complete package all in one. Kadang-kadang kesian untuk orang yang allergic seafood. Sana sini offer hidangan seafood yang gempak tapi tak boleh makan. Aku tahu korang sure nak juga makan hidangan besar macam Shell Out tapi tak tahu nak makan apa. Sekarang dah ada pilihan Meat Overload di 7Sky Cafe. Tak perlu risau lagi. Boleh ajak ramai orang terjah dan makan dengan senang hati.

Hidangan Shell Out, Ketam, Udang, Kepah, Lambak Atas Meja, Makan Seafood Atas Meja, CTxMakan, TravelockCT,
Hampa pilih saja nak daging ayam, daging lembu atau daging kambing.

Uniknya hidangan Meat Overload di 7Sky Cafe adalah sos yang digunakan. Kombinasi rasa yang lain daripada yang lain. Aku tak dapat nak teka apa ramuan yang digunakan tapi sedap jugalah. Satu hidangan kecil Meat Overload di 7Sky Cafe hanyalah RM40.00. Percuma dua pinggan nasi dan dua air. Sesuai untuk 2-4 orang makan. Kalau big platter pula hanyalah RM80 dan sesuai untuk 8 orang makan. Jadi korang bolehlah budget elok-elok hidangan apa yang nak dipesan.

HIDANGAN-HIDANGAN LAIN DI 7 SKY CAFE | MYDIN MERU

Selain daripada signature dishes Shell Out dan Meat Overload, 7Sky Cafe juga menawarkan hidangan-hidangan lain yang gempak. Ada juga makanan western food untuk dicuba. Korang memang patut try their Cheezy Chicken Chop yang awesome. Siap ada potato cutlet lagi. Memang sangat cheezy dan sangat sedap. Aku memang suka potato jadi kena sangat dengan tekak dan selera. Ada juga Mojito and they have 7 choices. Ikut selera tekak masing-masing nak order perisa apa. 

Hidangan Shell Out, Ketam, Udang, Kepah, Lambak Atas Meja, Makan Seafood Atas Meja, CTxMakan, TravelockCT,
Cheezy Chicken Chop
RM15.00

Hidangan Shell Out, Ketam, Udang, Kepah, Lambak Atas Meja, Makan Seafood Atas Meja, CTxMakan, TravelockCT,

Hidangan Shell Out, Ketam, Udang, Kepah, Lambak Atas Meja, Makan Seafood Atas Meja, CTxMakan, TravelockCT,

Hidangan Shell Out, Ketam, Udang, Kepah, Lambak Atas Meja, Makan Seafood Atas Meja, CTxMakan, TravelockCT,
7 Colours Mojito
RM6.90

Teh Tarik
RM2.00

Hidangan Shell Out, Ketam, Udang, Kepah, Lambak Atas Meja, Makan Seafood Atas Meja, CTxMakan, TravelockCT,
Hidangan-hidangan lain di 7Sky Cafe.

LOKASI 7SKY CAFE | MYDIN MERU


7SKY CAFE,
Mydin Meru, Bandar Meru Raya,
31200 Ipoh, Perak.

Facebook - 7Sky Cafe

Sekarang dah tahu perasaan seronok makan Shell Out macam mana. Tak clueless lagi dah bila orang sebut shell out.  Sendiri dah cuba. To be honest, shell out di 7Sky Cafe sedap dan puas hati. Harap dapat kekalkan rasa dan kualiti. Best kalau datang ramai-ramai berebut seafood baru meriah.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
TEMPAT MAKAN BEST | HIDANGAN BERASASKAN COKLAT DI CHOCOLATE BOSS SUNGAI NIBONG PULAU PINANG. Lama sungguh tak buat food review. Banyak tempat-tempat makan lain yang tengah pending tak siapkan entry lagi. Nak reput dah simpan dalam draft tak edit. Bila datang mood rajin baru dapat share. This time aku nak kongsikan another tempat makan awesome yang korang boleh terjah di Pulau Pinang. For those yang suka makan chocolates, tempat ni memang sesuai sangat dengan jiwa korang. Angkat tangan kanan sikit sebab kita geng. Aku suka juga makan chocolates. Ceq nak share pasal this new cafe chocolate yang baru saja beroperasi. Cafe Chocolate Boss yang terletak di Sungai Nibong baru saja mula menapak tapi aku yakin Chocolate Boss boleh pergi jauh. Tekak aku yang kerja nak makan ni dah approve kesedapan desserts yang disediakan disini.

Sesuai dengan theme yang diketengahkan : Chocolate.Chill.Chat. Konsep kedai mengikuti trend semasa. Hipster gitu.

MENU PENCUCI MULUT BERASASKAN COKLAT DI CHOCOLATE BOSS.

Come on. Girls always have room for desserts. Hampa cakap kenyang macam mana pun kalau dah terhidang dessert mesti ngap punya. Aku, Dayah dan MamiZ had our outing together. Nak girls day out katanya. Lepas dah penat pusing sana sini we decided to have dessert. Itu jadinya terus terlajak ke Chocolate Boss. Nak cuba dessert yang gempak menurut ArzMoha di SINI. Betul ke gempak sangat. Kena cuba dulu baru tahu.





Sejak aku scroll IG Chocolate Boss lagi dah mula terliur. Tengoklah chocolate semua bukan main lagi. Menu di Chocolate Boss tak banyak tapi cukup nak penuhkan crave orang-orang yang suka makan desserts lagi-lagi yang berasaskan chocolate. As time goes by akan ada banyak pilihan lagi diperkenalkan. Harga yang dikenakan pun tak terlalu mahal. Kalau tiba-tiba teringin nak makan desert memang boleh sangat terjah Chocolate Boss. Tak payah risau duit cukup ke tak.

BROWNIES DAN AISKRIM YANG SEDAP DI CHOCOLATE BOSS



Boss Tower memang awesome. Tiga scoops aiskrim with cream dan chocolate sauce. Korang nak apa lagi toppings kacang dan krim  semua pun ada sekali. Memang complete package. Tengok Dayah sakan makan aiskrim. Ini memang superb. Aku memang peminat brownies. A+ untuk texture yang gooey dan chewy. Memang style brownies yang aku suka. Ada chocolate sauce and nuts lagi as toppings. Memang terbaik. Cepat-cepat aku habiskan tak nak kongsi. Dua jenis desserts saja kami cuba that day. Insyallah next visit aku nak cuba another dessert pula.

LOKASI CHOCOLATE BOSS


CHOCOLATE BOSS
D9, Kompleks Medan Suri,
Sungai Nibong Besar,
11900 Bayan Lepas, Penang

1.00PM - 9.00PM

012-4146407 / 019-5121271

mail.chocolateboss@gmail.com

Instagram - Chocolate Boss
Facebook : Chocolate Boss

'You cannot buy happiness.. but you can buy chocolate and that is kind of the same thing..'. Verdict aku agak memuaskan dan sedap especially the brownies. Perfectly made untuk peminat desserts. If korang tiba-tiba tersesat ke Sungai Nibong apa salahnya singgah sekejap ke Cafe Chocolate Boss untuk try few desserts yang ada. Lupakan seketika kandungan kalori and sugar. Just have fun. Happy food hunting everyone and stay cool.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.