SITI.YANG.MENAIP: TAWAU SEMPORNA SABAH | DAY 4 - PULAU MATAKING PULAU PANDANAN DAN PULAU POM POM

TAWAU SEMPORNA SABAH | DAY 4 - PULAU MATAKING PULAU PANDANAN DAN PULAU POM POM

/
44 Comments
January 14, 2017
Entri sebelumnya di SINI.

TRIP KE TAWAU DAN SEMPORNA SABAH | JALAN-JALAN SEMPORNA ISLAND HOPPING - PULAU MATAKING PULAU PANDANAN DAN PULAU POM POM. Lenguhnya badan segala urat sendi liatnyaaa nak bangun pagi. Tapi digagahi juga dah hari terakhir di Semporna kami dijadualkan untuk terjah lagi dua pulau iaitu Pulau Mataking dan Pulau Pom Pom. Memang kedua-dua buah pulau tak pernah dengar nama. Bila buat research mengenai Semporna baru tahu kewujudan pulau-pulau ini. Antara pulau-pulau yang menjadi favourite tourists bila ke Semporna rupanya especially tourists dari China. Tengok gambar dah teruja sangat rasa tergedik-gedik dalam hati. Belum sampai lagi. Ada Pulau Mataking Besar dan Pulau Mataking Kecil. Berkobar-kobar nak berlarian di atas beting pasir yang menghubungkan kedua-dua pulau yang besar dan yang kecil. Barang-barang sudah siap packing sebab nanti petang pulang ke Lato-Lato Mun Resort bersihkan diri dan solat terus saja bergerak ke mainland semula. Tour guide yang sama - Andis datang tepat pada waktunya. Semakin mesra dah boleh dibawa bergurau.

JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU MATAKING

Jauh perjalanan untuk ke Pulau Mataking tapi tak sejauh ke Pulau Kapalai dan Pulau Mabul. Island hopping agak mencabar kali ini sebab ombak bergelora besar. Aku selalunya memang tak ada masalah motion sickness tapi that day memang pening yang amat. Dari jauh dah nampak Pulau Mataking rasa sangat seronok. Tapi keseronokan sekejap saja. Abang-abang askar yang bertugas tak bagi kami turun ke darat. Hanya yang menginap di resort saja dibenarkan jejak daratan. Boleh berenang tapi jangan sesekali naik ke darat. Punah harapan berkecai disitu juga. Jauh tau aku bertahan naik bot melantun-lantun semata-mata nak sampai ke Pulau Mataking tapi tak boleh turun pula. Apalah nasib serba tak kena tak menjadi dari semalam. Nak pujuk abang-abang askar pun tak berani. Punah harapan nak berlari-lari di tepian pantai. Serious muka semua ketat dan menakutkan. Abang-abang askar semua nak menjaga keselamatan tapi hati kecil tetap memberontak. Benda dah depan mata tapi masih tak boleh capai. Bukan selalu dapat peluang tapi masih tak boleh. Sedih tau..

Boleh duduk atas bot goyang kaki saja. Nak turun tak boleh. Sedih !!

Sama nasib. Telan air liur saja sebab tak dapat ke daratan.

Boleh berenang. Tak boleh mendekatan daratan. Abang-abang askar jaga.

Turun juga dalam cubaan untuk ke darat.

Sempat jejak darat sikit sebelum kena tempik.

Selamat tinggal Pulau Mataking. Ada rezeki pasti akan kembali.

Memang sumpah dah hilang mood. Kita memang dari awal niat memang teringin sangat untuk ke Pulau Mataking mana pula tahu lain pula jadinya. Tak ada rezeki. Andis kata semuanya gara-gara perangai pelancong-pelancong dari China yang bangganya datang dan cabut corals di lantai laut. Habis semua orang terkesan dengan perangai kampung orang-orang China. Huurm.. Abang-abang askar nak mengajar pengajaran tapi kesianlah untuk kami yang datang dari jauh semata-mata nak berenang dan bergambar. Muka masing-masing monyok. Nak ke Pulau Pom Pom pun sebenarnya dah tak ada selera. Terus ajak Pakcik Driver Bot balik ke Lato-Lato Mun Resort. Pakcik Driver Bot pujuk jangan merajuk. Katanya nak bawa kami kejar penyu buat mengubati hati yang lara. Buntang balik biji mata. Oh yeah !!

JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU PANDANAN

Pulau Pandanan asalnya memang tak masuk dalam list yang dijanjikan. Pakcik Driver Bot bawa juga nak memujuk kami yang dah sendu. Pulau Pandanan dekat saja dengan Pulau Mataking jadi apa salahnya singgah. Tak ada penghuni langsung. Rumah sebiji pun tak ada dan pokok pun boleh bilang ada beberapa kerat. Cantik !! Dan di pulau inilah rupanya habitat utama penyu-penyu yang banyak berkeliaran di Semporna. Ada juga habitat lain tapi asalnya semua membiak di Pulau Pandanan. Yang mana divers jumpa memang rezeki penyu-penyu berenang jauh  Seriously tak tahu nak gambarkan perasaan teruja macam mana bila tengok penyu bersepah-sepah dalam air. Bila bot datang dekat kelam kabut lari. Kelakarnya rasa. Laju pula berenang nak selamatkan diri. Mesti ingat kami datang nak cekup bawa balik. Kami jadi hyper sekejap. Pakcik Driver Bot pun dah senyum balik seronok agaknya tengok kami dah tak monyok. Dia layan saja kami suruh pusing dia pusing matikan enjin dan semualah. Maybe dia rasa guilty sebab kami tak dapat turun di Pulau Mataking. Pakcik !! Kejar penyu pun seronok. Terima kasih.

Pulau Pandanan di kejauhan.

Quality not good extract dari video. Nak share hasil mengejar penyu.

Serious terus rasa happy semula. Cover balik rasa murung dari semalam ke Pulau Kapalai dan Pulau Mabul. Rasa juga dapat something bila kejar penyu walaupun hanya dari atas bot. Kalau dapat berenang sekali lagilah excited rasanya. Tapi takut mana tahu ada abang-abang askar celah-celah pokok tengah menyorok. Bersepah-sepah sana sini penyu banyak sangat. Kadang-kadang ingat corals atau batu rupanya bukan. Kena perhatikan betul-betul. Berenang laju kemain bila dengar kami dah dekat. Tak sempat nak ambil gambar pun berdesup hilang. Video saja itulah gambar kurang jelas. Before kami pulang ke Lato-Lato Mun Resort, kami singgah ke Pulau Pom Pom. One last pit stop before balik ke mainland.

JALAN-JALAN SEMPORNA SABAH | PULAU POM POM

Lepas kejar penyu kami ingat nak terus balik ke Lato-Lato Mun Resort tapi Pakcik Driver Bot nak juga bawa ke Pulau Pom Pom sebab dah masuk dalam senarai pulau yang kami kena pergi. Ikutkan tenaga memang dah penat yang amat sangat dah. Tak larat rasanya dengan pening kepala lagi terhuyung hayang dalam bot layan sajalah. Mula rasa nak celup kaki saja. Tak jadi !! Dah sampai terjun juga dalam air. Tergoda jadinya dengan kawasan luas tak ada batu tak ada corals. Macam one large swimming pool. Awesome. Satu benda yang tak seronok kat Pulau Pom Pom ada banyak kawasan pantai yang ditanda sebagai private properties. Jadi kita tak boleh nak berendam sesuka hati. Ada dua kali kami kena halau. Tension betul. Semua pun nak main halau.

Kapal lanun. Kapal-kapal mahal untuk tourist yang menginap di Pulau Pom Pom.



Tak boleh pergi bawah jambatan sana. Kena halau juga.







SELAMAT TINGGAL SEMPORNA | ADA REZEKI JUMPA LAGI

Lepas dah hangus di Pulau Pom Pom kami terus gerak balik ke Lato-Lato Mun Resort. Barang siap kemas sudah. Kami just mandi salin baju dan solat. Andis dan Pakcik Driver Bot setia menunggu. Mentang-mentang tunggu janganlah pula ambil your own sweet time. Cepatlah juga bersiap. Haih.. Sedih rasanya dah nak kena tinggalkan Semporna dan Lato-Lato Mun Resort. Hati meronta tak nak balik lagi walaupun dah sunburn teruk. Masih rasa nak tinggal dan enjoy kecantikan Semporna. Sekejapnya empat hari berlalu pergi. Macam baru saja sampai rasanya. 






Selamat tinggal Semporna dengan sebuah kenangan yang tak terhingga. Tak sangka trip mengejut hujung tahun berjaya tinggalkan banyak kenangan manis untuk kami semua. Tak pernah terlintas akan sampai ke Semporna dan completely jatuh cinta dengan Semporna. Memang betul antara tempat yang sempurna. Peluang belajar diversity masyarakat sekeliling dan jumpa ramai orang yang baik-baik belaka sepanjang perjalanan adalah satu rahmat. The beauty of travelling untuk membuka mata dan hati betapa kerdil diri kita sebenarnya. Mengajar erti syukur dengan kurniaan-Nya dan apa yang dilalui tak dapat dibeli dengan apa jua nilai harga. Ada rezeki kita jumpa lagi. 

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

44 comments:

  1. Ada hikmah x dapat turun mataking, dapat tengok penyu. Hehe..cakap abang askar jangan dilawan. Kesian diorang, sekadar menjalankan tugas

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula pandai pakcik bot nak beli jiwa kami balik.. dia pun sama sakan pusing bot sana sini nak kejar penyu hehe.. heee tak brani lawan haih.. tengok muka pun takot da hehe..

      Delete
  2. Bila kita nak g holiday sesama lagi. Kaki kak sal dh gatal nak berjalan. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT ni dengan badan2 pun gatal sekali hehe.. tapi air mata berjurai each time tengok baki dalam bank hahaha.. insyallah nanti kita plan eh..

      Delete
  3. hmmmm...saya yang aslinya orang sabah pun tak dibenarkan masuk..sedih jugak la..memang dah tutup khas untuk tourist yang menginap je..owner resort kat sana yg buat syarat mcm tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gituuu ke citernyaa.. ala tapi jeles tau tengok orang yang pegi dapat turun. cantik pulak tu berdiri kat beting pasir tu. sedihnyaaa gini..

      Delete
  4. siti, lawanyaaa gmbr. guna kamera apa ni? bestnyaaa travel lepastu gmbr lawa mcm ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada campur2 ni.. DSLR Gopro dengan Sony 4K and yang lebih tu edit =P

      Delete
  5. Bestnya K. Siti. Hmmm, saya yang berasal dari Sabah ni belum pernah ke Semporna!

    Pstt, gambar semua lelawa. Thumbs up! :)

    Lama tak singgah blog Kak Siti

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you Pojie but i still have lots to study. akak pun dah lama tak jenguk blog kawan-kawan.. will singgah bila free okay ? hehe =)

      Delete
  6. tak bermoralnya diorang cabut corals tu :( kesian pengunjung lain yg terpaksa kena tempias..
    nasib baik dpt ganti kesedihan dgn tengok penyu kan? hehe. saya tk pernah lagi berenang dgn penyu sbb haritu masa pegi perhentian pun sampai mabuk laut. melepas nk kawan dgn penyu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaaa kesian kat orang lain laa jadi mangsa keadaan. tah pape tah pegi cabot. kita pun tak jakun and buat perangai macam tu. hehe Perhentian dalam wishlist tapi tatau bila nak pegi..

      Delete
  7. kenapa tak boleh jejak darat mahupun laut ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe laut tu boleh kalau nak berendam.. cuma tak boleh pergi tepi pantai tu.. sebab ada kes orang cabut coral..

      Delete
  8. SUbhanallah.. birunya laut.. cantik + geram

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe geram kan.. tengok balik rasa nak terjun jugak =)

      Delete
  9. Allahu. Nak menagis tengaok ayaq laut dia !

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh jangan nangeh jangan nangeh =D

      Delete
  10. Saujana mata memandang... biru semua... cntik sangat! Lma dah x p snorkeling.. last skali p redang last year...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh CT pulau redang tak pernah sampai lagi.. sana katanya pun cantik banget kan.. hope lepas ni next boleh pergi situ..

      Delete
  11. Cantiknya semua gambar..deoan mata ni mesti lahi cantik..sayangnya kan..tempat sndri melamcong tp kena halau.hahaha..

    Takpelah takde rezeki..rezeki lain Allah bagi dapat kejar2 penyu..mandi manda best sgt tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. sendiri dianaktirikan.. nasiblah kita ni nak buat macam mana. kalau dapat turun berenang dengan penyu mesti lagi syiook hehe..

      Delete
  12. wah siap nak berlari lari semangat betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha wajib weh nak berlari tu.. tengok pantai tergoda..

      Delete
  13. alahi...kesiannya...sabar jela...mudah-mudahan next time abg askar benarkan berlari lari di tepi pantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak berlari sana kena tidur kat resort tu dulu huhuhu..

      Delete
  14. tetapi menarik...tengok gambar pun dah rasa menarik belum lagi sampai betul betul kat sabah ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh bawak anak bini mai sini Arz hehe.. bawak Cik Puteri jalan2 mandi laut..

      Delete
  15. santeknya! rindu nak g sabah. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe jom jom kita pegi lagi =)

      Delete
  16. hai siti
    lamanya akak tak singgah kat sini : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe hai kak.. samalah CT pun tak sempat blogwalking.. hehe..

      Delete
  17. subhanallah cantiknya pemandangan kat sini.
    air laut yang membiru
    gambar2 tu cantiknyer : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik kak.. rasa hati masih tertinggal disana =)

      Delete
  18. banyaknyer penyu kat Pulau Pandanan. kalau tengok gambar siti tu yang kehitaman kat dasar laut . Seronoknya, teringin lak nak gi sini : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah yang tompok-tompok hitam tu tapi tak semua. mungkin juga batu jadi kena perhati betul2.. kadang kita da dekat baru tahu tu penyu sebab depa kabut lari..

      Delete
  19. kak ct ! still remember yaya tak ? hehehe masa 2015 yaya aktif dkt blog. kak ct pn rajin blogwalk blog yaya dulu . hehehe . sekarang jenguk2 blog . rindu nak blogwalk . hehehe . dah merata2 kak ct jenjalan . bestnyaa .

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat Yaya !! where have you been ? hilang pi mana.. hehe rindu blogging la tu kan tetiba menjelma balik ni. hehe rajin2 la menjenguk. nanti akak kesana pula..

      Delete
  20. cantiknya semporna, sha duk sabah pn blm pernah pgi..haha tp kan btul tu trip last minit biasanya best..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. plan pun sebulan before pergi and alhamdulillah semua okay. memang cantik kena plan pergi tu dah memang duduk Sabah =)

      Delete
  21. Sabah memang cantik dan terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju.. memang tempat yang cantik =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.