SITI.YANG.MENAIP: WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 5.1 - MYEONGDONG + NASI GORENG SEAFOOD YOOGANE

WINTER TRIP | SOUTH KOREA 2016 : DAY 5.1 - MYEONGDONG + NASI GORENG SEAFOOD YOOGANE

/
27 Comments
March 26, 2016
Entri sebelumnya di SINI.
19 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN SEOUL - MYEONGDONG DAN NASI GORENG SEAFOOD YOOGANE. Sampai ke Seoul dari Yongpyong Ski Resort hari dah gelap. Baru pukul 5.30PM macam malam dah. Perut berkonsert tak perlu nak bagitau macam mana. Memang kebulur walaupun dah makan. Rancangan malam hari memang untuk makan di sekitar Myeongdong lagi. Ada beberapa restoran dalam list tapi kami bersetuju untuk makan di Yoogane. Ramai juga kawan-kawan bloggers yang dah cuba makanan di Yoogane jadi marilah kita pula cuba rasa macam mana. Bas dari Yongpyong terus turunkan kami di Myeongdong jadi tak perlu susah payah naik train dan sebagainya. Ada dua kedai makan Yoogane di Myeongdong. Aku dah tak ingat exact location dimana. Pandailah korang pusing-pusing sendiri cari nanti. Tak adalah susah sangat dan tak tersorok pun. Sebelum jumpa Yoogane dan makan, sempat meronda cuci mata sekitar Myeongdong. Dua hari berturut-turut meronda di Myeongdong.


Egg Bun yang sedap. Setiap kali ke Myeongdong aku beli.

Nanti dikopek dan dipanggang lepas tu tabur cheese. Menggoda sangat rasa.

Menariknya Myeongdong pada waktu malam sebab sangat lively. Meriah sakan dengan orang ramai dan suasana hidup peniaga dan pembeli. Serious rasa sangat happening. Tengok makanan yang dijual sumpah rasa teruja nak rasa tapi kena perhati betul-betul bahan yang digunakan sebelum yakin nak membeli. Kalau rasa yakin bolehlah cuba. If sedikit berani tanya saja untuk hilangkan rasa ragu. Pusing punya pusing akhirnya jumpa Yoogane. Serabut sikit pintu masuk kedai dengan stickers promosi ditampal merata. Pintu masuk pun agak kecil. Tapi luas didalam. Banyak meja dan kawasan kedai yang lapang. Kalau aku seorang diri memang tak tahu itulah kedainya. Mujur JM pernah sampai jadi memang dah expert. Masuk dalam kedai ada beberapa meja dipenuhi orang Malaysia. Ada yang senyum ada yang buat tak tahu.

NASI GORENG SEAFOOD YOOGANE MYEONGDONG

Untuk dinner malam tu, kami pilih Nasi Goreng Seafood dan rice cakes. Sukalah aku duduk Korea selalu makan rice cake. Sedap-sedap rice cake disana. Macam pulut kat Malaysia. Kenyal and chewy. Selalu tengok dalam drama Korea ada kedai makan yang tolong masakkan makanan untuk pelanggan. Turn aku pula nak tengok dengan mata sendiri. Excited kemain aku jakun tapi kena cover. Kang malu saja. Onni yang tolong masak pun kemain sengih-sengih tapi tak cakap apa pun. Gigih dia keletung keletang kuali tu tunjuk skill.

Yoogane Myeongdong. Ada dua Yoogane di Myeongdong.


Menu-menu makanan di Yoogane Myeongdong. Bolehlah buat rujukan.

Itu dia.. Sotong dan sayur-sayuran. 

Nampak merah menyala. Pedas jugalah tapi masih boleh tahan.

Bukti kami kelaparan. Tinggal kerak saja. Side dishes pun licin.

Total damage makan malam kami berdua di Yoogane hanyalah 13000WON (RM49.40 approx). Puas hati dan sedap. Portion pun besar sesuai untuk makan berdua. Lepas makan kami sambung meronda. Singgah kedai-kedai underground yang bersambung dengan metro on the way nak balik ke Itaewon Inn Guest House. Jumpa baju cantik hanya 10000WON (RM38.00 approx). Yang paling penting best sebab size besar. Beli jangan tak beli nanti teringat-ingat. Sambung cuci mata dan target siap-siap apa yang bakal dibeli bawa balik. Memang ada plan untuk datang ke Myeongdong lagi.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

27 comments:

  1. SEDAP NAMPAK NASI GORENG TU..DH KENYNG MKN BARU SERONOK RONDA2 MYAENDONG KAN SITI

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe bila perut kenyang kita memang always happy kak hehe..

      Delete
  2. Macam sedap je nasi goreng penyek tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeh ngeh ngeh.. bila sampai Korea ni kan PLM.. semua pun sedap =p

      Delete
  3. kenyang perut suka hati la..lalallaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesungguhnya benar sekali. bila kenyang mesti happy =)

      Delete
  4. bila travel ke tempat org ni dok nampak makanan diorg jelaa.. nak plak husna si kaki pemakan.. adehhh.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah kalau semua kita boleh bedal memang lagi macam macam akak nak cuba hehehe =D

      Delete
  5. kat Myeongdong kalau tak ulang2 tu mmg tak best lah kan.
    ada je benda yg nak ditengok atau disambar.
    akak suka food kat situ.
    memacam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT rasa Myeongdong paling best.. hehe ada food ada baju ada barang2 ada semua hehehe.. memang kalo ulang banyak kali pun tak apa..

      Delete
  6. Bilalah nak dapat pergi ke sana. HUhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah.. ada rezeki pastikan sampai =)

      Delete
  7. Meals tu nampak menarik!
    Salam kenal.
    Done follow sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. ada masa CT akan berkunjuung semula ya..

      Delete
  8. Kenyang perut senang hati.. Seronoknya dapat g sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul.. kalo da kenyang memang akan senang hati =)

      Delete
  9. sedapnyaaa,,teringat dakgalbi pulakk tgok gbr makanan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalo tetiba teringat atau tertengok gambar makanan Korea memang jadi teringin le sangat2 hehe..

      Delete
  10. syok deh ct g korea sokmo...

    ReplyDelete
  11. bestnya dah sampai korea. gambar semua menarik dan cun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. masih belajar nak dapatkan gambar yang lagi menarik =)

      Delete
  12. Myeongdong mmg best..jln2 cuci mata..test street foods..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehhe pecah rekod tiga kali pi Myeongdong ngeh2..

      Delete
  13. Siti.. Kalau order..kena ikut kepala ke or ikut kite nak order berapa?

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.