March 2019 | SITI.YANG.MENAIP


Kalau diberikan kesempatan memilih satu destinasi percuma..
korang nak pergi mana ?

Sebelum Avengers End Game ditayangkan, peminat mungkin boleh tengok balik movies yang lepas mengikut chronology diatas !! Selamat menonton.

#WhateverItTakes
09 December 2018 Ahad


RAINBOW SEA CONTAINER BY MARCUS CANNING DAN FISH AND CHIPS CICERELLO'S WAJIB CUBA DI FREMANTLE PERTH. Perjalanan diteruskan setelah penat memetik buah dan shopping souvenirs. Ada lagi beberapa agenda yang nak diselesaikan. Hari ini memang khas diperuntukkan untuk meronda sekitar Fremantle saja jadi kami akan ke Rainbow Sea Container dan makan Fish & Chips di restoran Cicerello's. Jalan santai saja tak ada nak rushing apa-apa sebab aktiviti yang wajib dan penting dah selesai.

RAINBOW SEA CONTAINER BY MARCUS CANNING

Masa pertama kali aku ke Perth, aku tak tahu langsung pasal tempat ni. Bila dah balik dan tengok perkongsian dari orang lain baru tahu. Kali ini, dah dapat kembali haruslah masuk dalam senarai tempat untuk diterjah. Kawasan Rainbow Sea Container tepi jalan tapi tak boleh suka hati nak berhenti parking. Those yang naik public transport boleh turun di Bus Stand Canning Highway Before East Street dan bus yang melalui kawasan Canning Highway adalah bus bernombor : 111, 148, 158, 500, 910 (Green). Bagi yang memandu, boleh guna GPS dan terus ke Ferry Wharf dan letak kereta disana. Kena menapak sikit untuk ke kawasan Rainbow Sea Container dari parking area. Jangan lupa beli tiket parking walaupun hanya singgah sekejap saja. Biarlah bayar sikit daripada dapat surat saman.


Dari parking area di Ferry Wharf dah nampak Rainbow Sea Container.


Cak !! Syukur tak ramai orang.


Tak payah nak berlama sangatlah disini. Nak ambil gambar buat jadi kenangan dan bukti dah pernah sampai saja. Aku cadangkan datanglah petang sikit biar lepas waktu terik matahari mencanak atas kepala. Kalau terlalu terang nak buka mata pun susah nak bergambar. Alhamdulillah masa kami disana orang tak ramai sangat kecuali satu pasangan tengah photo shoot. Ada juga rombongan sekolah tapi diorang singgah sekejap saja ambil group photo kemudian terus gerak. Lepas dah puas bergambar kami terus ke Kaili's Fish Market Cafe di kawasan Fremantle Fishing Harbour. Kalau sesiapa yang ke Perth mesti wajib singgah makan fish and chips disini. Kalau tak singgah memang tak lengkap trip jadinya. Jangan risau pasal tempat parking walaupun korang datang during weekends. Banyak sangat parking area dan aku suka park di tepi Kaili's. Those yang memandu terus saja ke kawasan tepi Kaili's memang luas kawasan parking. Again !! Jangan lupa beli tiket parking dan letak di atas dashboard kereta.

Masa merancang untuk ke Fremantle, korang kena alert tentang waktu operasi satu-satu premis especially tempat shopping souvenirs dan restaurants. Kebanyakan kedai-kedai di Fremantle hanya beroperasi pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad saja. Mungkin ada juga yang beroperasi pada hari lain jadi inilah antara perkara terpenting yang korang kena semak.

FISH AND CHIPS DI KAILI'S ATAU CICERELLO'S FREMANTLE YANG LEBIH SEDAP ?

Ini adalah antara soalan yang selalu sangat aku dapat. Kedua-duanya ada daya tarikan yang tersendiri. Kena rasa sendiri baru boleh buat penilaian. Kalau aku cakap kena cuba di Kaili's kalau tak kena dengan selera korang nanti marah pula. Kalau nak rasa fish and chips dari kedua-dua kedai pun boleh - beli sajalah satu set dari kedua-dua kedai. Senang dan selesai masalah. Kami order dua set dari Kaili's dan dua set dari Cicerello's. Kami tapau dari Cicerello's dan makan di kawasan Kaili's. Aku personally suka fish and chips dari Kaili's tapi Cicerello's punya pun sedap juga. Haaa.. Dah pening nak pilih kan ? Order sajalah mana-mana yang korang nak cuba.

Halal atau tidak ?

Kalau kita nak cari tanda logo halal memang tak akan jumpa disini. Jadi gunakan garis panduan yang telah ditetapkan untuk memastikan yang makanan yang dihidangkan adalah halal atau tak. Kami dah bertanya sehabis baik dengan pekerja untuk memastikan fish and chips yang kami makan adalah halal. Tak boleh juga kita nak main bedal saja. Kami tanya mengenai minyak yang digunakan untuk goreng ikan, bahan-bahan yang digunakan untuk menyalut ikan (fry batter) dan sama ada alcohol digunakan atau tak. Semua pekerja sangat baik melayan - Diorang dah biasa diterjah dengan soalan-soalan oleh Muslims. Untuk kepastian dan kepuasan hati sendiri, tolong tanya again sebelum buat pesanan. Kalau dari awal dah terbit rasa was-was dan syubhah.. adalah lebih baik korang tak makan langsung.


Outdoor dining area di Cicerello's.

Kaunter memesan makanan di Cicerello's.

Indoor dining area di Cicerello's.

Outdoor space di hadapan Kaili's. Makan sambil mengadap harbour.

Wajib cuba sotong goreng tepung di Cicerello's. Sedap !!

Aku suka sangat kawasan Fremantle sebab rasa tenang dan cantik. Kalau korang nak lepak sini tak payah rushing sangat unless itinerary terlalu padat. Santai sudah.. dan slowly enjoy permandangan sekeliling. Makan dan bersembang santai bergurau senda. Datang waktu petang-petang pun menarik sebab suasana syahdu sikit. Tak kalut tak bising sangat. Selain daripada tempat-tempat yang kami terjah sebenarnya ada banyak lagi yang menarik seperti : Fremantle Prison, Round House, Fremantle Arts Centre, Esplanade Park dan Bathers Beach. Lepas makan around 5:00PM kami terus balik ke Airbnb. Untuk hari ketujuh memang aku tak plan untuk meronda sampai lewat malam. Kami kena balik dan rehatkan badan untuk trip esok harinya yang memerlukan tenaga yang banyak. Perjalanan juga jauh jadi eloklah balik berehat. Seronok juga balik awal dapat lepak sambil tengok rancangan di TV. Rasa macam locals pun iyaaa juga.

Baca : TRIP TENGOK DOLPHIN DI MANDURAH DAN SOLAT DI MASJID AR-RUKUN

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
09 December 2018 Ahad


ARALUEN BOTANIC PARK, SOLAT DI IBRAHIM MOSQUE, SHOPPING SOUVENIRS MURAH PERTH DI MEGABES FREMANTLE MARKET, RAINBOW CONTAINERS DAN MAKAN FISH AND CHIPS DI FREMANTLE. Lepas petik buah di S&R Orchard, kita sambung lagi perjalanan hari ketujuh di Western Australia meneruskan beberapa lagi aktiviti yang sudah dirancang. Kami nak lunch di Araluen Botanic Park. Lepas lunch kami pergi solat di Ibrahim Mosque kemudian terus pergi shopping dan makan di Fremantle. Dalam itinerary yang dirancang memang kena pergi Fremantle hari Ahad juga sebab kebanyakan tempat di Fremantle hanya buka hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, lebih-lebih lagi kawasan yang menjual souvenirs. Kena check waktu operation supaya tak silap hari nak terjah Fremantle. Disebabkan kami hanya balik ke Perth semula pada hari Sabtu, memang ada hari Ahad saja nak meronda di Fremantle. Kalau tunda memang tak dapatlah nak shopping di Fremantle.

MAKAN TENGAH HARI / LUNCH DI ARALUEN BOTANIC PARK

Aku excited nak pergi Araluen Botanic Park bila tengok ramai orang kongsi gambar dengan bunga tengah blooming cantik. Silap musim sungguh bunga tak banyak pun iyeeelah bukan musim bunga jadi ada sekadar ada saja. Memang tumpuan orang ramai adalah pada musim bunga. Bagi aku tak berbaloi sangat dan kalau tahu dari awal memang skip terus. Buang masa rasanya pergi walaupun boleh makan picnic dalam park. Entrance fee tak adalah mahal sangat hanya AUD6 (RM18.54 approx). Plan asal nak lunch ala-ala picnic gituuu.. Tapi panasnya Ya Rabbi !! Ingatkan ada gazebo ke pondok ke boleh juga selesa nak makan. Kawasan park tu besar yang amat tapi yang seronoknya boleh bawa masuk kereta. Tak adanya sanggup nak menapak keliling taman dengan cuaca terik. Pengunjung tak ramai sangat pun ada beberapa kereta saja. Itupun tak tahu diorang pergi meronda kawasan mana. Memang tak meriah langsung. Kalau pergi seorang dua seram jugalah sunyi sepi. Bunyi serangga kuat. Belek peta tengok mana nak pergi kami terus setuju nak ke Rose Garden, dengan harapan okaylah keadaaan disana. Ikut saja signage yang ada. Aku rasa itu sajalah kawasan yang okay at that time dengan cuaca dan suhu.




Sekitar kawasan Rose Garden.

Syukur ada sudut teduh sikit nak makan.
















Lepas makan meronda sekitar Rose Garden ambil gambar bunga sikit-sikit terus kami gerak ke Ibrahim Mosque sebelum sambung aktiviti shopping di Fremantle. Nak duduk lama melepak layan tengok bunga-bunga pun tak berapa nak layan sangat sebab bahang. Kebetulan masa kami singgah nak solat di Ibrahim Mosque ada aktiviti apa tak pasti. Ramai penduduk Muslims tempatan datang.  Ada juga jumpa beberapa keluarga Melayu yang dah lama menetap di Perth. Diorang tengah ada jamuan makan-makan dengan komuniti setempat. Kami disambut baik dijemput makan sekali dan ramah sangat dilayan. Tapi tak makan pun sebab baru lepas lunch dan petang hari nanti nak pergi makan lagi. Kena simpan ruang dalam perut. Dah selesai semua teruslah kami ke Fremantle.

SHOPPING SOUVENIRS MURAH DI MEGABES FREMANTLE

Salah satu aktiviti wajib yang boleh dilakukan di Fremantle adalah shopping souvenirs dan perfumes. Kalau kakak-kakak dan makcik-makcik sekalian nak cari pinggan mangkuk Corelle di Fremantle mungkin bukan tempat yang sesuai. Kalau nak shopping souvenirs dan perfumes yang murah baru boleh dapat di Fremantle. Untuk perfumes, ramai yang selalu ke Chemist Warehouse di Fremantle. Ikutkan dimana-mana Chemist Warehouse pun boleh borong perfumes, tapi Chemist Warehouse di Fremantle agak besar. Aku lalu saja tak pernah singgah Chemist Warehouse di Fremantle.. Memang murah sangat perfumes yang dijual disana dan range pilihan adalah perfumes dari brands yang famous. Aku pernah beli Enchanted by Taylor Swift dengan harga 7AUD (RM21.63 approx). Hairan kenapa murah sangat - rupanya akan expired dalam masa setahun. Tapi masih sangat berbaloi. Kena check betul-betul sebelum beli. Jangan terus rambang mata bila tengok harga murah sangat-sangat. Disebabkan kami tak minat sangat perfumes, aku skip terus Chemist Warehouse dan terus ke Megabes di Fremantle Market untuk shopping souvenirs Australia yang murah.

Dulu kedai souvenirs Megabes dibuka di bangunan E-Shed Markets, juga di Fremantle. Tapi dah permanently closed dan dibuka di Fremantle Market. Di E-Shed Markets ada juga beberapa kedai yang menjual barangan souvenirs yang murah jadi nak terjah mana-mana satu pun okay. Kalau rajin dan ada banyak masa boleh terjah dua-dua kedai. Aku dah pernah shopping souvenirs di E-Shed Markets jadi this time nak merasa shopping di Fremantle Market pula. Satu saja yang aku meluat nak pergi Fremantle Market, susah gila nak cari parking. Memang tak akan dapat punya parking yang dekat dengan bangunan Fremantle Market sebab always penuh. Kalau dapat memang murah rezeki betul. Nak tak nak memang kena parking di kawasan parking area yang berbayar. Di E-Shed Markets pun parking kena bayar tapi tak jauh. Bayar di mesin berapa jam kita nak parking dan letak printed ticket di dashboard kereta. Gituuulah caranya..

Baca : SOUVENIRS MURAH DI E-SHED MARKETS DAN FREMANTLE MARKET


Antara souvenirs yang berbaloi dibeli sebagai kenangan - Tote bags.

TShirts pelbagai corak yang menarik. Check label dulu.. Made in China murah sikit dan quality sedikit low. Made in Australia obviously lebih mahal.

Suka beli beach towel as souvenir untuk diri sendiri. Dah ada dua dalam koleksi.

Terkejut aku tengok seorang kakak ni borong semua baju-baju di atas kaunter tu.. Sengih tuan kedai sambil scan dan bungkus baju-baju tu semua.

Antara yang selalu dibeli. Tak tahulah kenapa aku tak pernah berminat nak beli set apron dan kitchen gloves ni. Set kitchen gloves dan apron 6AUD (RM18.54 approx).

Kalau sebelah saja Kitchen Glove hanya 1.50AUD (RM4.64 approx).

Comel kan ? menarik semua design tea towel yang ada. Tapi again.. tak berminat nak borong atau beli sebab tak tahu nak buat apa.



Aku tak shopping sangat sebab kebanyakan benda-benda aku dah pernah beli. Cuma MamiZ nak tambah mugs dan keychains untuk kawan-kawan. Beli patung Koala seekor sebab ada orang kirim. Itu sajalah dan selebihnya tunggu Neddy dan AcikE membeli. Megabes dah tak sediakan plastic bag tapi ada beg shopping yang dikenakan bayaran 1AUD each. Kalau tak mahu bayar extra sila bawa shopping bag sendiri. Harga souvenirs di Megabes memang dah paling murah yang kita boleh jumpa diserata Western Australia. Boleh compare dengan harga souvenirs kedai sebelah Megabes pun memang berbeza sangat. Pergi kedai souvenirs lain memang tak jumpa harga yang sama. Jadi sabar tahan diri dari shopping dikedai lain dan terus saja membeli di Megabes. Dimiliki oleh anak beranak dari Singapore yang dah lama berhijrah ke Australia jadi bolehlah sikit cakap Melayu. Cuma.. Kedai Megabes di Fremantle Market ni kecil dan padat dengan barangan jadi bila ramai ahli jemaah datang serbu memang berlanggar bahu. Belum lagi tambah yang cerdik pandai usung stroller anak masuk kedai kemudian suka hati nak u-turn. Celah mana nak kasi ruang pun tak tahulah. Kita akan dapat tengok pelbagai gelabat manusia - yang takut stock souvenirs habis jadi dia seorang conquer rak-rak souvenirs, yang buka semua lipatan tshirt walaupun dah ada sample display lepas tu tinggal bersepah macam tu saja, yang menjerit panggil pasangan masing-masing yang tunggu diluar kedai, yang shopping express main ambil saja janji penuh bakul sebab nak cepat, yang terus duduk atas lantai tak peduli pun orang lalu lalang dahlah lorong sempit dan yang slow and steady membelek satu-satu sampaikan orang lain mengantuk tunggu turn. Sayangnya.. majoriti orang Malaysia yang buat macam ni. Orang negara lain cool dan relax saja. Paling terkesan aku tak boleh lupa kakak yang nak u-turn stroller di lorong sempit. Setepek kena 'stupid lady' depan muka terus dari seorang English Guy yang ada disitu. Aku yang rasa panas muka tumpang malu dengar kena label macam tu. Jalan sajalah terus kemudian pusing lorong sebelah ini gigih juga nak u-turn. Ni realiti oookay !! Kalau korang sampai ke Megabes boleh saksikan sendiri. Bukan cakap aku baik tapi aku tak buat perkara-perkara diatas. Kita kena ada common sense ya kawan-kawan.. Bukan kita saja yang nak shopping disitu. Jaga manners dan nama baik negara.

Di Fremantle Market ada dijual macam-macam benda lagi selain daripada ada kedai Megabes. Ada bahagian food dan ada juga beberapa kedai yang menjual Halal Food untuk dicuba. Kena pastikan betul-betul yaaa.. Aku tak berkenan sangat walaupun ada dijual makanan halal disini. Sebelah kedai doughnut yang halal ada menjual pie berinti pork. Aku rasa oookay saja ramai yang beli tapi aku personally tak minat nak cuba. Terpulang ikut pendapat dan keyakinan masing-masing. Diorang disana tak sensitif bab-bab begini jadi kita yang lebih faham halal haram kena beringat sentiasa. Kami ronda sikit saja di sekitar Fremantle Market kemudian terus gerak ke destinasi seterusnya.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
09 December 2018 Ahad


PENGALAMAN PETIK BUAH SUMMER STONE FRUITS DI S&R ORCHARD DI PERTH VALLEY. Hari ini aku khaskan untuk aktiviti petik buah dan shopping santai. Enam hari sebelumnya dah penat berjalan-jalan road trip jadi hari ini kita relax saja. Kalau korang pembaca setia mesti tahu aku suka aktiviti petik buah kalau berkesempatan dalam setiap trip. Three years ago aku ke Perth, alhamdulillah dapat merasa petik buah apples di Donnybrook. Petik buah di negara orang memang seronok lebih-lebih lagi buah yang tak tumbuh di Malaysia. Musim panas di Australia memang synonym dengan buah-buahan stone fruits seperti cherry, peaches, nectarines, apricots dan plums. Di sekitar Perth memang ada banyak orchards dan ada pelbagai jenis buah-buahan. Kita kena tahu jugalah buah-buahan mengikut musim disana. Sebulan sebelum ke Perth lagi aku survey orchards yang menawarkan pengalaman 'Pick Your Own' dan jumpa beberapa options. Memang tunggu masa untuk orchard buka slot untuk booking session nak petik buah.

ORCHARD BATALKAN SESSION PETIK CHERRY

Hancur gila hati !! Aku teringin sangat nak petik cherry tiba-tiba pihak orchard batalkan session 'Pick Your Own' ikut tarikh yang aku dah tempah. Aku dah sampai Perth baru dapat tahu orchard akan tutup during weekends yang sepatutnya dibuka untuk orang ramai pergi petik buah. Serabut jadinya sebab memang dah confirm kena tukar itinerary. Aku cari orchard lain tapi semua tutup untuk petik cherry. Hairan.. Sebab sebelum pergi memang banyak yang buka. Tak tahulah kenapa tiba-tiba semua shut down. Syukur dah prepare back up tapi bukan orchard cherry cuma ada masalah juga.. Aku memang selalu search juga S&R Orchard tapi orchard ni buka during Summer Festival saja. Memang meriah dengan pelbagai aktiviti dan aku tak pasti selain dari tarikh yang ditetapkan orchard akan dibuka kepada public atau tak. Kalau ikut tarikh memang tak kena dengan tarikh masa kami disana. Summer Festival berlangsung dua minggu lepas tarikh balik ke Malaysia. Aku beranikan diri untuk message pihak S&R Orchard di Facebook, tanya boleh ke nak pergi orchard sebelum tarikh Summer Festival and I told them apa yang terjadi. Nervous tunggu reply sambil dalam kepala bertambah serabut kalau tak ada jawapan. Alhamdulillah.. Dilayan baik dan kami berempat dapat keizinan untuk datang orchard walaupun bukan during tarikh untuk Summer Festival.


S&R ORCHARD PERTH

Masuk ke perkarangan S&R Orchard dah nampak deretan pokok-pokok buah-buahan yang kemas ditanam mengikut kelompok. Kami terus ke bangsal di hujung orchard dan disambut baik oleh seorang Uncle. Maaflah aku tak ingat nama dia. Memang tak ada orang lain selain kami. Dengan bayaran sebanyak 10AUD (RM30 approx) seorang kami diberikan plastic bag sekeping. Sepatutnya kami hanya boleh petik sebanyak 1KG saja seorang (akan ditimbang dan antara rules yang aku baca during Summer Festival) tapi rezeki kami that day, petiklah banyak mana nak petik dan makanlah banyak mana nak makan. Uncle explain area mana yang buah-buahan dah masak dan cara nak petik buah dengan betul. Kalau nak makan pilih yang dah lembut dan ranum tapi kalau nak simpan bawa balik Malaysia, pilih yang keras sikit. Dia lepaskan kami meronda suka hati. Dah puas makan dan petik buah boleh terus balik. Dia nak pergi tengok ladang sayur. Seluas ladang hanya untuk kami berempat !! Ya Allah excited sangat aku rasa.


Deretan pokok-pokok buah plum yang belum masak.

Semua kawasan boleh pergi. Ikut suka korang nak buat apa..

Kawasan pokok-pokok buah peach. Kecil saja pokoknya tapi buah lebat.


Subhanallah !! Geram sangat tengok buah peaches ni..


Buah peaches ada bulu-bulu halus macam lapisan baldu.


Dah penuh suku plastic. Belum pergi kawasan buah-buahan lain..



Buah peaches lebih lembut dan sangat juicy.


Ready tripod. Kat tangan dah ada peach sebiji..



Rasa macam VVIP sangat sebab dapat petik buah tanpa gangguan. Tak perlu berebut dengan orang lain. Hikmah disebalik kesedihan tak dapat petik cherry. Di S&R Orchard ada pelbagai jenis buah-buahan. Yang sedang masak elok masa kami kesana adalah peaches dan nectarines. Lebih kurang sama saja peaches dan nectarines cuma ada berbeza dari segi texture dan rasa. Buah-buahan lain seperti apricots, pears dan plums dah berbuah tapi belum ready untuk dipetik. Peaches dah terlalu masak jadi tak banyak sangat kami petik, banyak yang kami ngap saja. Takut rosak atau hancur sebelum dapat bawa balik ke Malaysia.

Dah puas di kawasan peaches, jom kita petik Nectarines pula.

Pokok-pokok nectarins yang besar.

Ladang yang kemas dan bersih.

Nectarines yang menggoda !!





Nectarines ada pointed end. Kulit licin dan sedikit keras.


Crunchy bila digigit.





They look like apples but they are not !!

Kulit buah nectarines sangat berkilat.



Kakak dah penat jalan !!


Di Malaysia, pernah juga sebenarnya makan buah nectarines tapi ini first time jumpa nectarines jenis macam ni. Lain sikit daripada yang diimport masuk ke negara kita. Tak tahulah jenis apa yang kami petik. Sepanjang kami bersiar-siar dan petik buah, Uncle langsung tak datang jenguk. Nampak dari jauh memang dia focus tengok batas-batas sayur yang ada di S&R Orchard. Tahap percaya tinggi sungguh.. Kami lalu juga kawasan buah-buahan lain walaupun tak masak lagi. Pears masih muda dan plum masih hijau. Uncle kata, apricots maybe ada yang dah boleh petik tapi pokok-pokok apricots sangat tinggi. Berbanding peaches dan nectarines, apricots tak tumbuh di dahan yang rendah. Lagi tinggi lagi bagus dan elok menjadi buahnya. Kalau kami sampai nak petik bolehlah petik. During Summer Festival akan disediakan tangga jadi orang ramai senang nak petik apricots. Dah pergi berempat memang tak adalah tangga bagai. Tapi rezeki.. Memang ada beberapa biji apricots yang dah ranum. Dapatlah nak rasa seorang sedikit. Apricots macam peaches juga, ada bulu-bulu halus seakan lapisan baldu. Memang banyak yang masih keras dan muda. Jenuh lompat juga nak petik, masing-masing rendah. First time dapat makan buah apricots yang fresh, selalunya makan yang kering saja.

Pokok-pokok apricots.








Manis !! First time tengok buah apricots yang fresh.

Baby pears.





Baby plums. Masih hijau..


Dah nak mula tukar warna..

Peaches, nectarines dan apricots.


Video petik buah di S&R Orchard.

Alhamdulillah seronok sangat dapat petik buah di S&R Orchard. Sekali lagi nak highlight, aku tak pasti sama ada S&R Orchard dibuka untuk public pada hari biasa atau tak. Macam mana kami berempat dapat pergi adalah rezeki kebetulan ketika buah-buahan memang dah masak dan tarikh untuk Summer Festival lagi dua minggu. Atas budi bicara pihak S&R Orchad, dapatlah kami pergi. Aku nasihatkan korang email atau message pihak S&R Orchard terlebih dulu kalau ada perancangan nak datang dan petik buah. Rujuk SINI untuk maklumat lanjut. Rujuk website atau S&R Orchard Facebook Page untuk check tarikh yang available untuk petik buah. It was a great experience dapat merasa pengalaman memetik buah di negara orang. Kalau korang ada minat yang sama macam aku, silalah add mana-mana orchard yang available untuk pergi dan petik buah disana. Pengalaman yang kita dapat sebenarnya lagi mahal dari apa nilai sekalipun. Tunggu Uncle di bangsal tapi tak nampak bayang langsung. Ended up kami gerak keluar dari orchard dan lalu kawasan sayur-sayuran. Jerit dari jauh ucap thank you dan goodbye. Ada jodoh kita jumpa lagi..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.