SITI.YANG.MENAIP: JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017 DAY 0.0 - ITINERARY MUSIM SEJUK 11 HARI DI HOKKAIDO DAN KANSAI + BUDGET PERBELANJAAN

JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017 DAY 0.0 - ITINERARY MUSIM SEJUK 11 HARI DI HOKKAIDO DAN KANSAI + BUDGET PERBELANJAAN

/
12 Comments
February 21, 2018

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017

JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017 DAY 0.0 - ITINERARY MUSIM SEJUK 11 HARI DI HOKKAIDO DAN KANSAI + BUDGET PERBELANJAAN. Selesai sudah perjalanan sebelas hari di Hokkaido Region dan Kansai Region di Jepun. Sekali harung kita cover dua regions tapi tidaklah pergi keseluruh kawasan kalau tak sampai sekarang tak balik Malaysia lagi. Tapi sempatlah terjah tempat-tempat menarik di Hokkaido dan sekitar Osaka. Pengalaman pertama ke Jepun berjaya mengubah perception aku mengenai negara itu. Kalau dulu rasa tak teringin nak pergi tapi sekarang rasa macam nak pergi lagi. Dulu belum terbuka pintu hati tapi sekali pergi rasa jatuh cinta terus. Negara yang kaya dengan adab santun dan disiplin yang tinggi. Banyak yang boleh dipelajari disana pengalaman yang mahal dan berharga. Dalam post kali ini, aku akan kongsikan itinerary perjalanan kami selama berada di Jepun serta budget perbelanjaan disana. Untuk budget, aku senaraikan yang penting saja bukan segalanya. Harga barang-barang yang dibeli dan gambaran harga souvenirs dan tambang pengangkutan semua aku dah kongsikan dalam entries lepas. Terlalu banyak kalau nak aku senaraikan jadi aku hanya pilih few things yang selalu ditanya - tambang flight dan penginapan. Idea perkongsian kali ini hanya untuk bagi gambaran saja bukan niat negatif sebaliknya. Apa yang akan aku kongsikan adalah yang bersesuaian dengan cara aku dan Ain berjalan setelah kami buat keputusan untuk ke Jepun - masing-masing telah bersetuju dan kata sepakat dicapai bersama. Tak suruh ikut bulat-bulat tak kata inilah yang terbaik dan sebagainya. Buat timbang tara dan judgement sendiri. Yang baik bolehlah korang cedok dan yang mana tak sesuai jangan ikut.

Videos sepanjang di Jepun diSINI.


PERBELANJAAN UMUM PERJALANAN DI HOKKAIDO DAN KANSAI

Air Asia X Kuala Lumpur - Kansai - Kuala Lumpur (30KG each + Seats + Meals) 
= RM 2784.60 / 2 = RM1392.30 pax

Peach Aviation Kansai – New Chitose – Kansai (20KG each + Seats)
= RM1425 / 2 = RM712.50 pax

Takaful Etiqa Travel Insurance = RM80.12

AIRBNB Sapporo Hokkaido (4 Nights)
= RM795.89 / 2 = RM397.95 pax

Chitose Station Hotel (1 Night)
= 10 000YEN (RM 363.19 approx) = RM345.17 / 2 = RM172.59 pax

AIRBNB Osaka Kansai (4 Nights)
= RM814.06 / 2 = RM407.03 pax

Kansai Wide Area Pass 5 Days
= 9 500YEN (RM345.03 approx)

Kansai Area Pass 3 Days
= 5 300YEN (RM192.85 approx)

• Simcard RM167 / 2 = RM83.50 pax (7 Days + 5 Days)

Osaka Amazing Pass 1 Day 
= 2 500YEN (RM90.80 approx)

Ini sajalah yang ingin aku kongsikan. Gambaran harga ticket dan penginapan dan harga passes yang aku beli dan guna sepanjang berada disana. Untuk di Hokkaido, aku gunakan KITACA Card, sama seperti Touch N Go saja top up dan guna. Sejujurnya nak berjalan di Jepun kena ada duit yang banyak sebab semuanya mahal. Mungkin korang lebih pandai berjimat dan mampu cut down budget tapi aku tak reti. Aku boros dan kalau boleh semua benda aku nak bawa balik. Terkesan jugalah balik dari Jepun bila tengok total damage walaupun seronok tak terhinga dapat pergi sana. Prepare lebih awal juga mungkin salah satu jalan terbaik untuk dapatkan harga ticket yang lebih murah. Kami decided dan prepared tiga bulan sebelum terbang jadi sendiri tanggunglah.

ITINERARY MUSIM SEJUK 11 HARI DI HOKKAIDO DAN KANSAI JEPUN

Secara kasarnya inilah jadual perjalanan kami selama sebelas hari di Hokkaido dan Kansai termasuk hari perjalanan pergi balik. Boleh terus fly dari Kuala Lumpur ke New Chitose tapi at that time harga ticket sangatlah mahal jadi kami terpaksa detour sikit. Sedia maklum, during winter memang Hokkaido adalah kawasan tumpuan sebab taburan snow yang banyak. Itulah sebabnya harga semua mahal especially ticket flight. Jadi kalau korang yang buat perancangan awal jumpa harga lagi murah, jangan ditunggu-tunggu sila terus grab. Kami susun itinerary mengikut citarasa kami berdua hasil research serba sedikit dan rujuk entries dari kawan-kawan bloggers lain juga. Semoga dapat memberi sedikit gambaran buat kawan-kawan yang ingin kesana pula. 


Day 1

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kansai
Ini adalah hari perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kansai. Sampai dah lewat malam jadi kami bermalam di Waiting Area Terminal 1 atau lebih dikenali sebagai Aeroplaza. Pagi esoknya adalah hari penerbangan ke New Chitose. Banyak kerusi disediakan dan percuma saja. Kedai makan sudah tak beroperasi tapi ada beberapa convenience store yang beroperasi 24/7.

  • Penerbangan Air Asia X adalah pada pukul 2.15PM
  • Sampai di Kansai International Airport pada pukul 10.00PM waktu tempatan
  • Solat di Prayer Room Terminal 1 Kansai Airport
  • Bermalam di Waiting Area Terminal 1 / Aeroplaza


Day 2

Ke New Chitose Hokkaido
Kami terpaksa batalkan trip ke Mount Moiwa sebab snow fall sangat lebat dan menyukarkan pergerakan. Kena always semak laporan cuaca from time to time. Check-in time ke AIRBNB was at 3.00PM jadi ada banyak masa lagi sementara nak masuk rumah, kami ubah plan untuk solat dan lunch di airport. Kalau mendapat di Terminal 2 New Chitose Airport kena menapak ke Terminal 1 sebab Prayer Room hanya ada di Terminal 1. Luas dan selesa tapi wuduk kena ambil di tandas. Kami tak strict sangat jalan santai saja. Bawa bekalan makanan dari Malaysia dan beli buah-buahan disana yang fresh dan sedap.

Itinerary asal :

  • Penerbangan Peach Aviation ke New Chitose
  • KITACA Card di JR Train Office
  • Check-In AIRBNB / Lunch (Bekalan dari Malaysia)
  • Mount Moiwa Observatory Deck
  • Daiso Sapporo Central
  • Tanukikoji Shopping Arcade
-----------------------------------------------------------------------------------
  • Penerbangan Peach Aviation ke New Chitose
  • KITACA Card di JR Train Office
  • Solat di Prayer Room Terminal 1 New Chitose Airport
  • Lunch di Donburi Chaya New Chitose Airport
  • Check-In AIRBNB 
  • Daiso Sapporo Central
  • Dinner (Bekalan dari Malaysia)


Day 3

Snowmobile Land Sapporo
Aktiviti utama kami di Sapporo adalah bermain di Snowmobile Land Sapporo. 3/4 hari habis disini saja jadi carilah tempat-tempat lain yang bersesuai untuk dimasukkan dalam itinerary. Jyogai Ichiba sangat menarik kalau bercadang untuk makan King Crab tapi kalau saja-saja nak singgah buang masa saja sebab tak ada apa sangat melainkan kedai-kedai yang menjual King Crab. Harga pula mencekik lebih-lebih during winter. Lebih baik ke tempat lain.

  • Snowmobile Land Sapporo
  • Sapporo Crab Market (Jyogai Ichiba)
  • Dinner di Ramen Horyu Souhonten
  • Shopping di Susukino / Tanukikoji
  • Sapporo TV Tower
  • German Christmas / Sapporo White Illumination 


Day 4

Day Trip ke Otaru
Seharian suntuk diperuntukkan untuk ke Otaru. Kami turun di Otaru-Minami Station dan balik melalui Otaru Station menaiki JR Train. Banyak tempat-tempat menarik dan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Otaru jadi susunlah ikut citarasa masing-masing.

  • Otaru Music Box Museum
  • Marchen Square
  • Gin No Kane 
  • LeTAO Cheesecake Lab
  • Kitaichi Glass Outlet
  • LeTAO Le Chocolat
  • Suitengu Shrine
  • Lunch dan solat di Donburi Chaya Otaru
  • Denukikoji
  • Kitano IceCream Yasan
  • Otaru Canal
  • Otaru Mosque
  • Dinner (Bekalan dari Malaysia)


Day 5

Around Maruyama
Hari kelima dipenuhi dengan jadual sekitar Maruyama. Kami tak berkesempatan untuk ke Asahiyama Zoo di Asahikawa jadi berhasrat untuk ke Maruyama Zoo. Dekat sangat walking distance saja tapi cuaca tak menyebelahi tiba-tiba ada snow fall yang sangat lebat. Cancel untuk pergi ke beberapa tempat yang dirancang.

  • Maruyama Park / Hokkaido Shrine
  • Maruyama Zoo
  • Hokkaido University
  • ESTA / Stellar Place / PASEO etc Sapporo Station
  • Sapporo Mosque
  • Sapporo Factory
  • Dinner di Fukunoki Ramen Sapporo


Day 6

Sayonara Sapporo + Shopping di Rera Outlet Mall
Check-out dari AIRBNB di Sapporo kami akan gerak ke Chitose untuk bermalam di Chitose Station Hotel. Sebab utama adalah faktor cuaca jadi takut perjalanan train tergendala jadi kami decided untuk tidur di hotel yang berdekatan dengan airport. Seharian suntuk di Outlet Mall Rera jadi batalkan niat meronda sekitar Chitose.

  • Check-out AIRBNB Sapporo
  • Chitose Station Hotel
  • Outlet Mall Rera
  • Salmon Aquarium
  • Dinner (Bekalan dari Malaysia)


Day 7

Dari Hokkaido ke Kansai
Hari perjalanan patah balik ke Kansai menaiki Peach Aviation. Perjalanan santai saja tak ada mana-mana destinasi utama. Nak ke Dotonbori tapi cancel sebab nak rehat untuk perjalanan hari-hari seterusnya.

  • Check-In Peach Aviation
  • JR Office Kansai Airport - Kansai Wide Area Pass
  • Information Counter Kansai Airport - Osaka Amazing Pass
  • Lunch di Sojibo Restaurant Kansai Airport
  • Solat di Kansai Airport
  • Gerak ke Shin-Osaka Station
  • Check-in AIRBNB Shin-Osaka
  • Dotonbori
  • Convenience Stores


Day 8

Day Trip ke Himeji, Kobe dan Nara
Hari perjalanan yang panjang dan aku tak suggest korang ikut. Kalau nak ikut juga boleh tapi kena ada disiplin yang tinggi. Kami pun tersasar dari jadual tapi tak tahulah macam mana berjaya juga selesaikan semua yang dirancang. Perancangan asal hanya nak cover Himeji dan Kobe saja. Nara digabung sekali dengan Kyoto tapi tak jadi. Kami pergi Nara terus sebab fikir balik nak bagi rusa makan saja. Jujurnya aku rasa Himeji dan Kobe dalam sehari.. Nara dan Kyoto dihari yang lain better. Banyak tempat-tempat menarik sekitar Nara yang boleh dilawati selain daripada bagi rusa makan. Bawa bekalan makanan untuk diri sendiri sebab kami tak sempat nak cari tempat makan halal. Tapi di Kobe ada beberapa pilihan restaurants halal. Boleh sumbat dalam itinerary untuk cuba makan Kobe Beef yang famous.

  • Himeji Castle - Shinkansen (Kansai Wide Area Pass)
  • Himeji City Zoo (tak dirancang)
  • Shopping souvenirs di Himeji
  • Gerak ke Shin-Kobe Station - Shinkansen (Kansai Wide Area Pass)
  • Shin-Kobe Ropeway / Nunobiki Herb Garden
  • Kobe Muslim Mosque
  • Kobe Harbourland Umie
  • Mosaic Big Ferris Wheel
  • Gerak ke Nara - Shinkansen & JR Train (Kansai Wide Area Pass)
  • Mochi Nakatanidou
  • Nara Park
  • Shopping souvenirs / snacks 
  • Gerak ke Osaka - JR Train (Kansai Wide Area Pass)
  • Dotonbori
  • Dinner - Takoyaki & Luke's Lobster


Day 9

Around Kyoto
Disebabkan Nara dah pergi pada hari sebelumnya jadi kami ada banyak masa di Kyoto. Boleh jalan santai tak terkejar-kejar. Kalau nak gabung Nara dan Kyoto pun cantik juga tapi mungkin kena cancel few places di Kyoto yang tak berapa penting. Antara Kyoto dan Nara, aku pilih Kyoto. Jadi tak terkilan sangat sekejap saja di Nara sebab aku rasa Kyoto lagi menarik dan berbaloi untuk spend masa lebih lama.

Itinerary asal :

  • Bergerak ke Kyoto dari Osaka - JR Train
  • Fushimi Inari Shrine
  • Gion Corner
  • Arashiyama Bamboo Forest
  • Gerak ke Nara - JR Train
  • Nara Park
  • Balik ke Osaka
  • Dinner di Matsuri Restaurant

----------------------------------------------------------------------------------- 

  • Bergerak ke Kyoto dari Osaka - JR Train
  • Arashiyama Bamboo Forest
  • Fushimi Inari Shrine
  • Keihan Line Subway (Beli tiket sehala)
  • Gion Corner
  • Dinner di Halal Ramen Gion Naritaya


Day 10

Around Osaka
Sehari sebelum balik ke Malaysia memang dikhaskan untuk pusing sekitar Osaka saja. Terlalu banyak tempat-tempat menarik jadi mustahil dapat cover semuanya dalam masa sehari. Jadi aku dan Ain senaraikan yang kami rasa paling berbaloi dan berkenan di hati. Itupun banyak juga yang kami cancel sebab dah penat sangat tak mampu nak teruskan. Dengan menggunakan Osaka Amazing Pass yang super jimat kita boleh terjah macam-macam tempat jadi rancanglah perjalanan korang baik-baik.

  • Osaka Park / Osaka Castle
  • Osaka Tennoji Zoo
  • Umeda Sky Building Observatory Deck
  • Lunch dan solat di Osaka Station
  • Santa Maria Cruise Day Trip
  • Tempozan Ferris Wheel
  • Tempozan Market Place
  • Osaka Aquarium Kaiyukan
  • Tsutenkaku Tower
  • Dinner di Osaka Naritaya
  • Dotonbori


Day 11

Perjalanan Pulang ke Malaysia
Tak ada tempat-tempat menarik diterjah. Memang hari perjalanan pulang semata-mata sebab beli tiket balik awal.

  • Kansai International Airport
  • Beli Royce Chocolate di Kansai Airport




Alhamdulillah selesai satu siri yang lama terperam. Penuh pengalaman suka duka dan penuh makna. Rasanya semua dah dikongsikan yang mana patut. Mana baik rasa sesuai boleh jadikan panduan. Yang tak okay tak sesuai buang jauh. Rancanglah perjalanan korang sebaik mungkin supaya berbaloi setiap langkah menapak dan setiap sen yang telah dibelanjakan. Any confusion atau soalan boleh terus email dan insyallah akan cuba dibantu secepat mungkin mana termampu.  It is a big world out there lets go and explore. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

12 comments:

  1. wah..bestnya..bila la blh cuti2 macam siti..:)

    ReplyDelete
  2. Seronoknya berjalan ke negara orang.. Pengalaman yang tak dapat ditukar ganti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. walaupun balik nangeh tengok wallet. pedih je mata ni.. ahaha..

      Delete
  3. Bolehlah rujuk post ni balik kalau ada rezeki saya sampai ke Jepun suatu hari nanti :D

    ReplyDelete
  4. suka baca entry2 travel kak siti, memang bagi info detail habis :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you Mazni. hope that they will be useful for others ^^

      Delete
  5. entah bila la dapat holiday ke sana...

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.