SITI.YANG.MENAIP: JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017 DAY 3.1 - SAPPORO CRAB MARKET (JYOGAI ICHIBA) + RAMEN HORYU SOUHONTEN + SUSUKINO + SAPPORO TV TOWER

JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017 DAY 3.1 - SAPPORO CRAB MARKET (JYOGAI ICHIBA) + RAMEN HORYU SOUHONTEN + SUSUKINO + SAPPORO TV TOWER

/
29 Comments
January 12, 2018

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017

Entri sebelumnya diSINI.
6 December 2017 (Rabu)

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : SNOW CRAB / KING CRAB MAHAL DI SAPPORO CRAB MARKET (JYOGAI ICHIBA) + RAMEN HALAL DI RAMEN HORYU SOUHONTEN + SHOPPING SOUVENIRS DI SUSUKINO + SAPPORO TV TOWER. Ikutkan hati memang tak nak balik dari Wonderland Sapporo, tak puas rasanya nak duduk main snow. Nak meronda di kawasan belakang Snowmobile Land tapi Nakamoto-san dah bersungguh-sungguh suruh naik shuttle sebab snow makin lebat turun. Bahaya untuk jalan kaki ke bus stop. Baiklah ikutkan saja nanti susah hati pula. Kami minta diturunkan di subway station yang berdekatan. Ada beberapa destinasi lagi yang ingin kami terjah mengikut perancangan jadi kami diturunkan di Maruyama Koen Station. Singgah Aeon mini sekejap cuci mata sambil cari apa yang ada untuk disambar. Belilah coklat 'kapal terbang' yang dikatakan sedap dan wajib beli bawa balik. Beli sekotak dulu kalau sungguh sedap nanti beli lagi bawa balik. Beli juga beberapa jenis coklat lain. Destinasi seterusnya adalah ke Sapporo Crab Market atau Jyogai Ichiba. Dari Maruyama Koen Station, kami menghala ke Nijuyonken Station di laluan Tozai Line. Kalau larat ada super power boleh juga terus menapak kesana dari Maruyama Koen Station, setengah jam berjalan kaki. Pengsan !!

SAPPORO CRAB MARKET (JYOGAI ICHIBA)

Marilah kita naik subway terus ke Nijuyonken Station dan berjalan around fifteen minutes. Selain turun di Nijuyonken Station, boleh juga turun di Soen JR Station. Lebih kurang saja jaraknya. Ramai orang ke Sapporo Crab Market untuk menikmati hidangan ketam yang terkenal iaitu King Crab atau Snow Crab. Sapporo Crab Market terkenal sebagai port menjual ketam dan makanan laut yang lain secara wholesale. Boleh beli dengan harga borong tapi dah namanya borong bukan seekor dua. Kena beli banyak. Harganya boleh bikin sawan di tempat kejadian serta merta. Nak telan air liur pun mulut dah kering.. Bukan calang-calang. Kami ada niat nak cuba at least seekor tapi harapan punah. Syukur jugalah iman didada masih tebal. Tak terjebak dengan keinginan sangat walaupun teringin. Kalau beli juga memang ganggu habis segala perbelanjaan untuk hari-hari seterusnya di Jepun. Dengan budget yang kami ada rasanya mampu beli kaki ketam saja. Jeling-jeling saja mampu tengok ketam-ketam yang ada. Hihihi.. Kami hanya berpandukan Google Maps semata. Kalau tak ada access to the internet pun tak apa. Jangan risau sebab poster Sapporo Crab Market merata. Mesti tak akan sesat punya. Lagipun, majoriti yang turun di Nijuyonken Station memang nak pergi ke Jyogai Ichiba. Menonong jalan ikut pun mesti akan sampai. Sepanjang jalan kiri kanan penuh dengan kedai-kedai menjual ketam dan makanan laut lain. Ada restaurants, kedai ramen dan juga sushi. Orang tak ramai sangat jadi kami boleh jalan dengan tenang tapi masih extra caution. Takut jatuh gedebuk jalan licin. Adalah pelancong masing-masing datang nak makan King Crab atau Snow Crab. Sempat dengar conversation satu pasangan Inggeris tengah bargain harga. Kalau tak silap dengar, dua ekor King Crab rasanya berharga hampir mencecah RM1000. Haaaih !!

Sepanjang jalan kiri kanan kedai seafood.


Harga tuuu.. tengoklah harganya.

Separuh badan King Crab hampir mencecah RM300. Gila..

Snow Crab.. harga tak mahu kalah juga.


Acah-acah berminat. Dalam kepala tengah congak harga in RM.

King Crab hidup.







Antara situasi yang menarik adalah, tak ada seorang pekerja atau pemilik kedai yang offer kami berdua untuk beli ketam atau jemput masuk kedai ajak makan. Masa jenguk-jenguk tangki dan ketam-ketam yang tersusun pun tak ada seorang pun datang menegur. Jelas agaknya muka kami jenis yang tak berduit dan acah-acah saja berminat macam nak beli. Diorang mesti dah pakar baca reaksi orang ramai. Setakat ucap 'Hello' saja tak lebih dari itu. Hahaha.. Sudahlah memang tak ada hati (baca : tak mampu) nak makan King Crab. Jomlah kita pergi cari tempat makanan lain yang lebih menepati citarasa dan kemampuan. Kami decided untuk balik ke Sapporo City dengan menaiki JR Train. Sebelum ke Soen JR Station, singgah dulu di Aeon Soen jenguk apa yang menarik. Ada kedai Seria yang menjual barangan dengan harga sekitar 100Y - 300Y. Comel juga barangan yang dijual. Kena gaya boleh beli bawa balik dijadikan souvenirs. Aeon di Jepun sama saja dengan Aeon di Malaysia. Saja masuk dalam itinerary nak jejak ke Aeon di Jepun tengok keadaan Aeon disana macam mana.

Sedang seronok berjalan cuci mata, kami ditegur oleh tiga orang Jepun peramah dan fasih berbahasa Inggeris. Dua orang perempuan dan seorang lelaki. Macam-macam diorang tanya tentang kami dan Malaysia tapi aku ambil langkah berjaga-jaga untuk beritahu sekadar on the surface. Lama juga bersembang sampai salah seorang keluarkan card dan yeah !! Jangkaan aku tepat. Ini adalah orang-orang kuat Kristian yang cuba untuk menarik perhatian untuk mengikuti ajaran mereka. Aku pernah baca mengenai situasi ini dulu, jujurnya ada sedikit perasaan ragu dengan keramahan yang ditunjukkan. Modus operandi lebih kurang sama. Buat baik bersembang mesra towards the end baru cucuk jarum. Tapi disebabkan aku dah cakap dari awal kami Muslims, diorang pun kurang aggressive sangat. Syukurlah kami berada di tempat yang ramai orang, jadi apa-apa aku memang nak jerit. Bid goodbye dan berlalulah mereka. Sempat suruh telefon diorang kalau dalam kesusahan. Aku pernah terbaca juga, puak macam ni memang akan sebarkan kebaikan dan tunjuk mesra supaya orang terpengaruh dengan segala benda-benda baik yang dilakukan. In my opinion, sebenarnya tak salah sebab itu agama diorang dan salah satu cara diorang nak sebarkan dakwah diorang kononnya. Yang jadi masalah adalah, diorang aim orang yang berlainan agama dan cara mungkin berbeza-beza. Nasib kami baik mujurlah tak ada yang memaksa atau persistent nak suruh buat macam-macam. Aku takut juga sebenarnya tapi kena stay calm pura-pura tak panic. Berjaga-jagalah semua dimana saja korang berada..


JR Train di Soen JR Station.



Sapporo Station.

Salah satu entrance untuk ke Apia Shopping Mall.



Sampai di Sapporo Station terus on Google Maps lagi nak locate restoran ramen halal. Di sekitar Sapporo Station ada banyak shopping malls besar dan ternama. Memang pening juga kalau nak pusing seluruh kawasan. Mengikut GPS, kedai Horyu Ramen yang kami cari terletak di dalam bangunan Daimaru tapi pusing punya pusing naik turun tangga keluar pintu itu ini langsung tak jumpa. Dari Daimaru sampai tembus ke Apia dan pusing Sapporo Station dua tiga kali masih lagi tak jumpa. Ikut GPS berjalan sampai ke destinasi langsung tak ada kedai makan. Boleh tahan menduga juga GPS ni sebenarnya dan dimana kedai ramen yang dimaksudkan. Ikut peta hanya lima minit berjalan kami tapi dah dekat sejam setengah pusing-pusing langsung tak jumpa tanda kedai ramen. Lenguh kaki tak payah cerita tapi kami sangat lapar. Selain kedai Horyu Ramen, ada lagi option lain tapi nak juga cuba makan disana itulah gigih kami tak putus asa. Akhirnya fikit logic kami cuba sekali lagi. Patah balik ke Sapporo Station dan ikut lagi GPS. Memang sah lokasi yang ditunjukkan didalam GPS langsung tak sama. Tapi terdetik untuk turun menjenguk ke Ground Floor Daimaru berdasarkan lokasi kami berdiri ketika itu.

Tengok gambar kedai melalui internet kami compare kedudukan akhirnya kami jumpa kedai Horyu Ramen yang dimaksudkan. Di Ground Floor Daimaru rupanya memang mencabar sungguh. Kami dah meronda sebenarnya di kawasan itu beberapa kali tapi entahlah. Jenguk sua muka ke dalam kedai kami disambut mesra seorang pelayan perempuan. Sengih saja dia menghampiri kami. Belum sempat aku tanya apa-apa dia dah cakap dulu.. Tak ada menu halal disediakan di Horyu Ramen. Aduhai apa benda pula ni.. Dia bawa kami ke depan pintu masuk kedai. Di cermin kedai telah ditampal satu poster dan itulah lokasi sebenar Ramen Horyu Souhonten yang halal. Di Susukino !! Gilaaalah !! Dekat dua jam pusing merata sekitar Sapporo Station rupanya kedai yang dicari berada di Susukino. Mengeluh tak sudah. Gelak saja pelayan itu tengok kami. Dia dah biasa dengan gelagat pelanggan yang ingat Horyu Ramen adalah Ramen Horyu Souhonten. Lega jugalah rasa bukan kami saja yang pernah tersesat kesana. Hihihi.. Kedai mereka langsung tak sama tapi disebabkan Muslims selalu tersalah kedai, mereka ambil inisiatif untuk tampal poster kedai Ramen Horyu Souhonten yang betul. Rasa marah dengan diri sendiri geram dan kepenatan. 

Jarak Sapporo Station dengan Horyu Ramen mengikut GPS.

Poster Ramen Horyu Souhonten yang ditampal di cermin restauran Horyu Ramen.

Tahap kejujuran pekerja di Horyu Ramen memang kena salute. Tersenyum saja tengok orang bertudung masuk kedai. Dah tahu kenapa kami tersesat kesana dan tak jemu untuk terangkan kemana sepatutnya kami pergi. Chef yang tengah masak pun tersenyum saja. Kagumlah dengan sifat mereka. Apa lagi daya yang kami ada ada.. marilah kita gerak ke Susukino. Memang nak pergi kesana pun selepas makan jadi marilah tak payah nak mengeluh banyak sangat. Rasanya dah habis study dan research dah location semua tapi masih lagi salah. Tak apalah.. Pengajaran buat orang lain jangan tiru macam kami. Penat pun still kena berjalan juga. Dah gelah dah hari walaupun baru pukul 5:00PM. 

MISO RAMEN HALAL DI RAMEN HORYU SOUHONTEN DI SUSUKINO


Inilah dia lokasi sebenar Ramen Horyu Souhonten dari Susukino Station. Tak ada nama kedai yang specific pun menjelma di Google Maps. Kena masukkan alamat dengan lengkap baru boleh detect location yang sebenar. Rujuk SINI. Lebih kurang lima minit berjalan kaki tapi rasanya lebih dalam keadaan jalan penuh salji. Nak terkedek-kedek lintas jalan lagi. Yang penting kalau di GPS kata lima minit janganlah percaya. Speed orang Malysia menapak bukan laju macam speed orang Jepun menapak. Jadi pandai-pandai adjust masa. Since kami dah kepenatan yang amat sangat, memang melenggang slow motion. Janji sampai.. Nampak kedai dari jauh hati dah riang ria. Poster Halal Media Japan ditampal di pintu masuk kedai. Kelaparan yang amat memang tak sabar nak makan.

Pintu masuk ke Ramen Horyu Souhonten di Susukino.

Antara muka-muka famous yang pernah makan di Ramen Horyu Souhonten.





Terserempak dengan satu keluarga Melayu yang baru habis makan. Tanya pendapat sedap atau tidak katanya biasa saja. Tiga bintang diberikan.i  Expectation tinggi tapi rasa tak kena dengan tekak sangat. Itu pendapat makcik dan keluarganya yang kami jumpa. Mari kita rasa sendiri lepas tu sembang pula macam mana. Portion besar jadi eloklah kongsi tapi aku dan Ain tamak tak mahu kongsi. Selera kami berdua pun tak sama seorang suka pedas seorang tak makan pedas sangat. Jadi tak apalah kita pilih dua menu dapatlah kita merasa serba sedikit. Kami order semangkuk Gengkis Khan Miso Ramen berharga 1100Y (RM41.40 approx) dan Gengkis Khan Miso Pepper Ramen berharga 1208Y (RM45.20 approx). Kami juga order lima ketul fried Gyoza berharga 300Y (RM11.20 approx). Harga makanan memang mahal tapi what to do.. Dah nak makan rasa jadi jangan banyak cakap. Portion memang besar semangkuk kecil boleh kongsi dua. Kalau ada empat orang sesuai sangat order dua mangkuk saja. Aku setuju dengan makcik yang kami jumpa.. Yup tiga bintang saja layak diberikan or less. At first bila ambil first few bites macam sedap macam boleh diterima tekak, or maybe sebab tengah sangat lapar. Lama-lama rasa pening pula. Mine was the Gengkis Khan Miso Ramen dan kuahnya manis. Not really a good combo dengan hirisan-hirisan daging kambing yang terasa jelas bau hamis. Ain's was better mungkin sebab sedikit pedas jadi okaylah nak ditelan. The Gyoza sangat sedap. Wajib cuba. So kalau nak recommendation, I would recommend yang pedas untuk dicuba. Tak mampu nak habiskan pun sebab banyak sangat.

SHOPPING SOUVENIRS DI TANUKIKOJI SHOPPING ARCADE SUSUKINO

Dah kenyang dah happy kami teruskan misi yang tertunda beberapa jam. Maklumlah sesat tadi.. Baru nak kembali ke pangkal jalan. Dah dapat duduk sekejap merehatkan kaki energy pun kembali banyak. Kami nak shopping souvenirs di Susukino. Kawasan Susukino ni besar dan dalam keadaan kudrat tak berapa nak ada kita kena act smart. Pilih lokasi yang berdekatan saja tapi misi mampu dicapai. Di sekitar Susukino, ada Norbesa Shopping Mall, Don Quijote Sapporo Shop, Sapporo PARCO dan Tanukikoji Shopping Arcade yang terkenal. Kami terus menuju ke Tanukikoji Shopping Arcade selepas meronda sekejap di Norbesa Shopping Mall. Orang ramai dan suasana sangat lively. Tak ada kedai tertentu yang dituju, kami singgah saja mana-mana kedai yang jual souvenirs survey harga kemudian baru pilih mana nak beli. Souvenirs di Jepun harga memang tak ada ampun. Semua mahal walaupun hanya seketul keychain. Jadi kena pilih betul-betul apa yang nak dibeli dan untuk siapa. Tak boleh nak beli extra sangat sebab memang mahal. 



Salah satu kedai yang menjual souvenirs.


Average harga souvenirs especially keychain dan fridge magnet bermula 300Y (RM11.00 approx) sehingga 700Y (RM26.10 approx) bergantung kepada tahap kualiti satu-satu barangan. T-shirt pula memang bermula 1000Y (RM37.40 approx) sehelai ikut pula jenis kain dan design. Kalau nak beli tshirt buat souvenirs seorang sehelai memang menangislah tak berlagu. Lain kedai lain design tapi ada juga yang standard sama saja. Beza juga harga ikut kedai jadi eloklah survey dulu dua tiga kedai sebelum decide nak beli. Banyak pilihan souvenirs adalah berbentuk makanan : cookies, chocolates dan snacks. Memang orang Jepun suka beli makanan agaknya buat buah tangan. Berbungkus-bungkus yang diborong. Kita pula gigih cari souvenirs lain. Dapatlah sambar beberapa benda : keychain, fridge magnet, tshirts dan totes. Pejam mata sajalah semua pun untuk diri sendiri dan ahli keluarga terdekat. Mahal pun untuk orang yang disayangi jadi tak apalah..

Dah berpuas hati dengan hasil tangkapan, kami masih ada satu destinasi yang nak dituju sebelum balik ke rumah. Hari masih muda rugilah kalau balik awal. Walaupun kaki dah sakit tapi digagahi juga. Tak boleh dilayan sangat nanti makin menjadi-jadi. Jomlah kita teruskan perjalanan. 

SAPPORO TV TOWER ODORI PARK

Dari kawasan Susukino sebenarnya boleh terus saja menapak ke Odori Park melalui laluan underground. Ada juga shopping shops di situ tapi kami tak sanggup. Nak simpan energy dari terus berjalan jadi kami naik subway saja dari Susukino Station ke Odori Station. Odori Station ada banyak jalan keluar sebab kawasannya yang luas. Untuk ke Sapporo TV Tower, kita kena keluar melalui Exit 27. Exit paling jauh paling hujung. Keluar dari Exit 27 terus ada lift yang bawa kita ke lobby Sapporo TV Tower. Kiranya kita tak perlu keluar sebab terus masuk kedalam bangunan. Kalau nak meronda di kawasan luar boleh saja pilih mana-mana Exit lain. Sampai lobby selesaikan urusan ticket dan teruslah naik lift untuk ke observatory deck. Harga ticket dewasa adalah 720Y (RM26.90 approx). Rujuk SINI untuk maklumat lanjut. Dah lebih kurang sama dengan harga seketul keychain. Hihihi.. Santai saja kami menikmati permandangan malam hari dari atas orang pun tak ramai. Jelas nampak Odori Park yang bermandikan cahaya lampu atau illumination. Nampak juga kemeriahan German Christmas Night Market yang berlangsung selama sebulan bermula November. Nampak ice rink kalau nak main ice skating. Ikut rancangan asal memang nak meronda ke kawasan Odori Park tapi tak jadilah. Pandang dari atas sajalah sebab dah kepenatan.


Odori Park dari Sapporo TV Tower.

German Christmas Night Market.


SAPPORO SNOW FESTIVAL (SAPPORO YUKI MATSURI)

Setiap February, akan berlangsung Sapporo Snow Festival yang meriah dan mengundang kedatangan pengunjung yang ramai dari setiap pelusuk dunia selama seminggu. Jumlah kedatangan pelancong tertinggi yang pernah tercatat adalah seramai dua juta orang. Even orang Jepun sendiri sentiasa ternanti-nantikan Sapporo Snow Festival. Sapporo Snow Festival akan disambut di sepanjang kawasan Odori Park. Selalunya ada tiga kawasan utama : Odori Site, Susukino Site dan Tsu Dome Site. Menariknya Sapporo Snow Festival ini, ada banyak snow dan ice sculptures yang besar dan cantik akan dibina secara sukarela oleh orang-orang tertentu untuk menarik perhatian pelancong ke Sapporo. Di Odori Site, kebanyakan sculptures adalah besar dan tinggi. Di Susukino Site pula ditempatkan yang kecil-kecil untuk menghiasi jalanraya. Kalau nak merasai keseronokkan bermain sledge atau slides, boleh ke Tsu Dome Site yang lebih mesra keluarga. Rujuk SINI untuk info lanjut. Seronoklah yang pergi ke Sapporo awal tahun. Takino Suzuran pun dah beroperasi. Sayangnya kami datang bulan December memang tak ada apa sangatlah kemeriahan di Odori Park. 

Mesin tangkap gambar. Jakun !!




Sebelum balik sempat juga singgah mesin ambil gambar instant. Selalu tengok dalam drama Jepun dan Korea budak-budak remaja suka sangat mesin macam tu. Fine !! Kami yang dah senja remaja pun nak cuba juga tak mahu lepaskan peluang. Dengan bayaran sebanyak 500Y (RM18.70 approx) dapatlah dua keping gambar. Menarik sebab ada maskot Sapporo TV Tower sekali. Buktilah memang dah pernah sampai buat kenangan. Kena cepat juga posing dan edit apa patut hanya seminit saja masa diberikan. Stress jugalah semua nak cepat. Souvenirs semua mahal memang tak sanggup nak spend duit semata-mata untuk seketul fridge magnet walaupun nampak exclusive. Senang hati syukur satu lagi hari penuh pengalaman berjaya ditempuh. Jom balik rumah berehat..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

29 comments:

  1. RAJIN SITI MENAIP BANYA CERITA MENARIK DI KONGSI

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT taip je lepas tu tak larat baca balik.. hahaha..

      Delete
  2. besar2 seafood nya
    best nya dapat ke sini

    ReplyDelete
  3. Perghhhh bestnya..... Nurrul negara paling dekat pun tak pernah mmai lagi.. Singapura..

    ReplyDelete
  4. Kalau saya memang semput nak cover semua tempat tu sekali gus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi semput jugaks tapi terpaksa hahaha..

      Delete
  5. Pengalaman jauh lebih berharga daripada seketul fridge magnet. Setuju setuju :D Teringin nak pergi Sapporo masa musim salju. Nampak gambar cantik sangat 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok. ada rezeki dan kesempatan sila pergi.. memang pengalaman yang tak dapat nak gambarkan macam mana =)

      Delete
  6. Seronoknya CT dapat berjalan ke negara orang. Rezeki CT kan. Boleh tahan juga mahal ye ketam tu. Berpeluh tengok harga tu. Takpela tak daat makan pun takpe yang penting pengalaman tu yang mahal. Doakan kinah dapat jejak ke sini jugak ye CT

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin insyallah one day akan sampai.. rezeki kita xleh jangka. tak payah le ketam tu unless memang ada budget nak cuba. teruk sangat harganya..

      Delete
  7. Waahhh bestnya semua.. Thanks for sharing ya Siti. Boleh refer trip ni kalau pi Jepun nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh silakan.. yang baik diambil yang tak baik tu campak jejauh =P

      Delete
  8. terbaik laa siti, suka travel. semoga Allah murahkan lagi rezeki siti untuk travel ke seluruh dunia..")

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin amin amin.. semoga termakbul doa akan untuk CT ni =D

      Delete
  9. First time baca pengalaman dekat oversea yang pasal berdakwah tu. Nasib baik la depa tak memaksa apa apa.

    Apa la rasa ketam depa. Besaq gedabak puas makan gituh. Tapi harganya memang menangis lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. syukur tak ada yang memaksa. kalau tempat tak ramai orang tak pastilah macam mana. tu dalam shopping mall. memang kena always alert.. makan ketam kat Malaysia sajalah kak hihih.. harga macam sebulan gaji. jenuh..

      Delete
  10. dah sampai FM...terima kasih CT dan ciksal

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay.. alhamdulillah da selamat sampai barangnya ^^

      Delete
  11. Fuh! Nak pergi Japan gak ^^
    Ya.. yg Kristian tu sy pernah terserempak gak. Banyak orang Korea kat area Komtar wat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah yup yup.. gerakan macam tu sebenarnya kat Malaysia ada. tapi bila kat negara sendiri macam tak takut sangat. kat luar.. kita dan kawan kita je ada.. tu seram..

      Delete
  12. Besarnya Ketam dia..nampak Segar Pula tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hargaaaa dia tak da main2 punya.. macam sebulan gaji =D

      Delete
  13. Wow! The night view :D

    Regarding the friendly approach by the Christians, dekat Korea saya pernah kena jugalah. Banyak kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farah kena macam mana ?rasa macam pernah baca tapi ingat2 lupa. awak lagilah jalan sorang kan time tu.. akak penah baca orang cerita ada yang sampai tarik2.. syukur kami ni kat tempat public dan akak da aware dengan situation tu. thanks to those yang berkongsi cerita..

      Delete
  14. Pergh!! seafood dia.. mengancam sungguh.. Harga pun dasyat ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga diaaa memang berani tengok saja. nak sentuh ketam pun tak brani takut kena bayar jugak hehehe..

      Delete
  15. mahalnya ketam2 di sana..
    akak pun pernah kena approach dgn pendakwah Kristian otw to Namsan Tower, sib baik tak agresif, bersoal jwb jg, then bagi pamphlet..

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.