Trip Perth 2018 : 5.0 Margaret River, Busselton Dan Bunbury (Canal Rocks, Injidup Natural Spa, Busselton Jetty & Bunbury Apartment) | SITI.YANG.MENAIP

Trip Perth 2018 : 5.0 Margaret River, Busselton Dan Bunbury (Canal Rocks, Injidup Natural Spa, Busselton Jetty & Bunbury Apartment)

/
45 Comments
April 11, 2019
07 December 2018 Jumaat


CANAL ROCKS DAN INJIDUP NATURAL SPA DI MARGARET RIVER, TRAIN RIDE DI BUSSELTON JETTY DAN BERMALAM DI BUNBURY APARTMENT. Pejam celik dah hari kelima di Western Australia. Masa mula sampai rasa lamanya perjalanan sepuluh hari. Sikit lagi nak habis road trip ke selatan sebelum balik ke Perth dan jalan ke utara pula. Hari kelima adalah perjalanan kami dari Margaret River ke Busselton dan seterusnya ke Bunbury untuk bermalam disana. Dari Margaret River ke Busselton hanya empat puluh minit memandu, tapi kami nak singgah ke Yallingup dulu jadi jauh sikit perjalanan. Banyak sangat tempat-tempat menarik di Margaret River Region - Canal Rocks, Ngilgi Cave, The Margaret River Chocolate Factory, Mammoth Cave, Injidup Natural Spa, Cape Naturaliste Lighthouse, Point Piquet, Bunker Bay Beach dan Meelup Beach. Aku dah pernah singgah ke The Margaret River Chocolate Factory dulu dan tak rasa nak pergi lagi. Sama saja dengan outlet factory yang ada di Swan Valley di Perth. Tak mampu nak terjah semua melainkan ada banyak waktu terluang, pilih yang wajib singgah saja. Di Margaret River Region ada banyak winery. Wine dari Margaret River adalah antara yang terbaik (bagi mereka yang minum). Ladang anggur dikiri kanan jalan pelbagai jenis dan jenama. Tapi bukan musim jadi buah belum ada. Bayangkan kalau tengah musim.. mesti lagi cantik dengan buah anggur yang banyak. Kalau rajin korang boleh tengok videos di Youtube, memang ramai yang kongsi pengalaman diorang ke winery. Kami ke Injidup Natural Spa dan Canal Rocks memandangkan dua lokasi hot spots ini adalah berdekatan. Memasuki kawasan Margaret River Region dan semakin ke utara, jalan raya dah semakin sibuk. Tak sunyi macam di Katanning, Albany, Denmark dan Pemberton. Kenderaan di atas jalan raya lebih meriah jadi taklah bosan sangat memandu. Permandangan pun lebih variety - banyak pokok-pokok besar, ladang-ladang yang masih hijau tak kering kontang dan juga kawasan perumahan.

Laluan perjalanan hari kelima di Western Australia :


Margaret River - Injidup Natural Spa - Canal Rocks -
Busselton Jetty - Bunburry Apartment

INJIDUP NATURAL SPA

Aku dapat tahu pasal Injidup Natural Spa through videos on Youtube. Ramai yang pergi untuk berenang sambil kena massage free dengan ombak. Disini ada rock pool yang lindung ombak besar Indian Ocean dan bila air pasang, ombak pecah dibatu dan mengalir ke dalam kolam batu yang terbentuk secara semula jadi. Locals panggil natural spa sebab concept yang sama kalau kita duduk bawah air terjun. Sedap kena massage kan ? Gitulah.. Tak masuk dalam plan asal tapi alang-alang dekat saja dengan Canal Rocks, kita lencong sekejap. Obviously kami tak adalah nak berenang, nak pergi tengok view Indian Ocean yang cantik. Kalau rezeki dapatlah nampaklah ombak besar mengganas dan macam mana Injidup Natural Spa terbentuk. Sebenarnya kami salah lokasi. Tempat yang kami pergi tak sama langsung dengan yang aku tengok dalam video. Okay !! Bila kami dah gerak baru aku notice another signage 'natural spa' yang menghala ke arah lain. Tak jauh dari simpang tempat parking. Tapi kami tak cari dah.. Nak pergi Canal Rocks pula. Walaupun salah lokasi, view tetap cantik dan menawan. Hari ini pakai skirt.. Aku memang teringin nak pergi jalan-jalan luar negara pakai skirt acah-acah ayu gituuu tapi dah pergi tempat berbatu-batu tak dapatlah nak panjat sangat. Neddy saja yang explore, aku tunggu dari jauh.

Baca : AUGUSTA DAN MARGARET RIVER - CAPE LEEUWIN LIGHTHOUSE, MILLER'S ICE-CREAM DAN MARGARET RIVER TOURIST PARK

Ada tiga kereta tapi tak nampak seorang manusia pun selain kami..







Paling berani nak panjat batu..

Laut lepas Indian Ocean.

Ambil gambar Neddy dari jauh.




Katanya ada whale carcass (tulang bangkai ikan paus) yang pernah tersadai disini suatu ketika dahulu.. Diorang simpan biarkan tak terusik untuk visitors tengok. Kena menapak jauh sikit dari tempat kami bergambar. Teringin nak tengok peninggalan bangkai ikan paus tapi kami dengar bunyi rattling (macam bunyi si panjang tu..) pula dalam semak bushes kecil-kecil sepanjang laluan ke kawasan carcass. Tak sedap hati sebab memang musim panas musim banyak si panjang. Biarlah berwaspada tak apalah tak dapat tengok whale carcass pun daripada nanti jadi benda yang tak diingini. Jomlah kita gerak pergi Canal Rocks. Dekat saja dengan kawasan Injidup Natural Spa.

CANAL ROCKS

Kalau dah memandu dari Perth ke Margaret River Region, tolong masukkan Canal Rocks dalam itinerary. Terletak di Yallingup, hanya empat puluh minit memandu dari pekan Margaret River. Tak lengkap trip ke Margaret River kalau tak jejak ke Canal Rocks. Wajib singgah !! Tempat ni dari trip yang lepas aku dah senaraikan nak terjah tapi sayangnya tak sempat. Terkilan jugalah tapi nak buat macam mana. View memang cantik walaupun hanya ada batu-batu dan laut lepas. Tak ada bayaran apa-apa pun.. semua free. Datang cuci mata tengok permandangan saja. Bila time air pasang ombak laut Indian Ocean meninggi memang sangat cantik. Cuaca sangat terik walaupun berangin sejuk. Kita boleh juga kalau nak panjat batu-batu granite yang ada Canal Rocks tapi keselamatan tanggung sendiri. Antara tarikan lain adalah jambatan yang dibina untuk pengunjung cross kawasan kolam atau lagoon yang terbentuk di coastline Canal Rocks. Jambatan kecil sangat kalau selisih dengan orang mesti berlanggar. Kalau ada rezeki boleh nampak banyak ketam sebab kawasan Canal Rocks adalah antara habitat ketam-ketam. Kalau nak snorkeling atau memancing pun boleh tapi di kawasan lapang yang lebih selamat dan tenang ombaknya. Bukan disini.. Melambung-lambung nanti.










Ombak besar tak sampai ke jambatan. Tempias sikit saja..




Lagoon yang terbentuk di Canal Rocks.






Nak tunggu ombak pecah kena standby camera.








Air yang jernih.


Jambatan yang sempit. Hihi..

Best melepak di Canal Rocks sebab nak tunggu ombak pecah. Bila pecah je ramai yang menunggu mesti jerit. Masing-masing siap sedia dengan camera untuk dapatkan shot yang terbaik. Bukan kami saja.. semua yang disana memang itulah gelagatnya. Air mengalir sangat jernih rasa nak terjun berenang tapi di kawasan jambatan tak boleh berenang ya.. Kalau nampak ada yang bebal berenang juga jangan pula korang ikut. Jangan suka hati melompat masuk air. Walaupun nampak tenang tapi sebenarnya deras dan sedikit berpusar. Keselamatan adalah tanggungjawab sendiri. Tapi jauh sikit di kawasan yang tenang boleh picnic dan berenang. 

Dah puas hati, marilah kita gerak ke destinasi seterusnya. Hanya lebih kurang empat puluh minit memandu, kami pun sampai ke Busselton. Busselton bagi aku adalah satu kawasan petempatan yang tenang dan terkenal dengan pantai yang cantik terlindung dari ombak besar. Musim ikan paus humpback berhijrah, Busselton adalah antara lokasi terbaik untuk spot whales. Other than that, tarikan utama tentu Busselton Jetty yang dah berusia hampir 19 kurun lamanya !! Panjang Busselton Jetty pula adalah sepanjang 2KM ke tengah laut. Kalau rajin dan ada stamina yang kuat boleh menapak hingga ke hujung dan boleh ke Underwater Observatory. Tapi kalau tak larat macam kami, boleh naik train service yang disediakan.

BUSSELTON JETTY TRAIN RIDE

Cadangan asal nak beli tiket online tapi tak jadi. Takut kami tak sempat sampai ikut waktu yang ditetapkan. Jadi terus saja walk in sampai sana baru beli. Kita boleh adjust timing sebab interval time setiap kali train akan berlepas adalah selang satu jam. Trip yang lepas, aku dan MamiZ singgah juga ke Busselton Jetty tapi tak ada rezeki nak naik train. Sampai awal pagi sangat train belum beroperasi. Ini kali ada kesempatan naik.. Seronok juga duduk santai dalam train electric (Stocker Preston Express Electric Jetty Train) sambil cuci mata tengok laut Geographe Bay yang terbentang luas. Kalau tak nak naik train pun tak apa.. just beli day pass untuk access ke jetty berharga 4AUD (RM12.40 approx). Dengan day pass, kita boleh berjalan menapak sampai ke hujung jetty atau nak berenang, picnic atau dive ke dalam laut. Ada beberapa spots yang dibenarkan untuk berenang. Memang ramai yang melompat dari jetty ke dalam laut. Geram tengok air laut jernih. Untuk jetty train ride pula, harga tiket pergi balik adalah 13.50AUD (RM41.85 approx). Nak masuk ke Underwater Observatory ada bayaran lain pula.. 

Main building Busselton Jetty. Beli tiket train disini.


Jenis-jenis tickets yang available.


Check ticket dulu.

Roy Morris Platform.



Tunggu kepala kereta api dialih dulu.

Tak sabar nak naik train.





Bye bye.. nanti jumpa lagi.


Bovell Platform.

Lebih kurang 25 minit train ride sampailah kita ke hujung Busselton Jetty di Bovell Platform. Terbentang luas lautan di Geographe Bay di depan mata. Train memang lalu ngam ngam lebar besar jetty jadi jelas kita boleh nampak air laut. Kalau ada pengunjung lain yang menapak, train akan bunyikan horn supaya ketepi. Beri laluan pada train. Menarik atau tidak ? Aku vote - Menarik. At least sekali kena cuba bila dah sampai ke Busselton, tak kiralah nak menapak atau naik train. Janji kena sampai ke hujung jetty. Nothing much tapi kalau korang nak jalan bercuti santai enjoy the breeze and view memang padu !! Angin kuat sangat dan sejuk walaupun matahari terik mencanak atas kepala. Kami tak pergi pun ke Underwater Observatory. Pelantar bawah laut yang dibina sedalam 8M. Boleh tengok hidupan laut dan karang-karang laut di bawah jetty. Kalau tengok gambar memang menarik jugalah tapi tak berminat. Kami lepak santai saja sambil tunggu kereta api datang semula untuk ambil kami. Layan perasaan dibuai angin. Satu sajalah yang rasa kurang sikit.. Tempat nak duduk berteduh tak banyak. Kalau hari terik memang seksa sebab panas yang amat. Lebih kurang setengah jam juga nak tunggu train sampai. Sila prepare pakai topi atau bawa payung. Bawa bekalan air juga ya.. Sangat mahal kalau terpaksa beli. Selain daripada menjadi antara icon terkenal di Western Australia, Busselton Jetty ada sejarah tersendiri. Di hujung jetty ada dipasang papan maklumat mengenai sejarah pembinaan dan tragedi yang pernah berlaku di sana. Aku sejenis yang tak minat sejarah sangat tapi baca jugalah sikit..




Kalau ada drone boleh ambil gambar dari atas. Nampak mural whales.











Selesai naik train kami terus cari port nak makan tengah hari. Ambil bekal dalam kereta, memang siap tapau bawa dari Margaret River. Lauk simple juga.. Banyak kerusi dan meja disediakan. Cari yang berbumbung sebab cuaca sangat terik walaupun sejuk. Nikmatnya makan sambil mengadap pantai yang jernih kehijauan. Sambil makan sambil perhatikan manusia sekeliling. Keluarga yang ada anak kecil keluar beriadah.. Enjoy tiny little things yang ada disekeliling. Ada yang sedang bermain di playground.. ada yang berenang dan main pasir, so beautiful. Tak ada pun yang kalut nak pegang gadget. Sendiri rasa terpukul sebab tak lekang dengan handphone. Kami terus gerak ke Bunbury dari Busselton untuk bermalam di Bunbury Apartment Motel. Rujuk SINI. Sampai awal sebab memang tak ada tempat lain untuk singgah. Nak rehat !! Hari-hari seterusnya memang jadual pack tak boleh nak santai sangat jadi better kami rehat secukupnya. Boleh saja kalau korang terus nak naik ke Perth, boleh jimat masa. Ikutlah perancangan masing-masing. Singgah ke BigW di Bunbury sekejap cuci mata sebelum check-in. That night pun masak simple saja. Sardin hancur, telur dadar dan sayur campur. Nikmat !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

45 comments:

  1. Wahhhhhhh tak pernah tak cantik semua pemandangan yang Siti share. Walaupun tersalah tempat masa nak ke Injidup Natural Spa tuh pun tetap cantik pemandangannya. Berbaloi sangat. Bestnya dapat tengok water blow kat Canal Rocks tuh. Anak-anak ksarie sure seronok sangat kalau depa dapat naik keretapi merah dan tengok binatang di underwater observatory. Haishhhhhh. Memang wajib menabung daripada hari ni untuk ke Perth bagi 4 beranak 2 tahun lagi ni:))))))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kids paling seronok kalau naik train tu kak.. depa ceria memanjang. kita pula lagi excited tengok gelagat diorang comel2. insyallah semoga cepat penuh tabung akak ya.. bila pegi dengan anak2 ni memang kena menabung extra but nothing is impossible =)

      Delete
  2. Bestnya jalan di pesisir pantai Australian.. gambar Dan pemandangan mmg cantik sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik pantainya. tapi seram juga nak berenang. hehe.. kat sana lagi macam2 yang buas2 ada hehehe..

      Delete
    2. Oh no.. ikan jaws Ada kan

      Delete
  3. Subhanallah. Comeyy sangat tuu kak. Si panjang memang banyak kan kat sana? Seremm jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. lagi2 musim panas memang musim depa suka keluar dari sarang. kena hati2.. plus kat sana banyak yang jenis sangat berbisa..

      Delete
  4. Jernih dan birunya air laut dan lagit di sana, mabeles gambar2 semuanya πŸ‘πŸ»πŸ˜Ž

    ReplyDelete
    Replies
    1. jernih tu buat rasa nak terjun berenang seround dua. memanggil betul hehe..

      Delete
  5. Ui..cantiknya view dia..best giler..

    ReplyDelete
  6. masyallah..cantiknya...ahkak mmg suka laut tp tang panas tu tak boleh tahan..hehehehe..
    combination of blue kat sky dgn earthy/gold colour of the rock..perghhhh...
    tak sampai sini macam dah sampai rasanya...terimakasih kerana berkongsi pengalaman sym..thru your eye and lenses...

    ReplyDelete
    Replies
    1. panas tak terasa sebab sejuk anginnya dah kencang. tapi kita tau terik.. sunburn teruk jugakla jadinya. im glad that you feel that way kak.. insyallah ada rezeki akak pula sampai kesana =)

      Delete
  7. cantik sangat.... tgk laut tuh, ya Allah, syok nya lepak situ... tp nampak panas tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang panas tapi tak terasa. tu bahaya tau tau da sunburn =P

      Delete
  8. Cantiknya gambar !!

    ReplyDelete
  9. cantiknya tapi mmg korang je ke ada walaupun ada 3 kereta...hahahaha...nak agak berapa luasnya tempat tuu..hahaha

    area Busselton pun bestnyaaa...luas mata tgk walau dalam gmbr

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat yang spa tu rasanya kami je situ sebab salah tempat. ada track asing pegi situ so maybe yang owner kereta2 tu tengah brendam disana hahaha..

      Delete
  10. Subhanallah, cantik sangat-sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Farah.. cantik. nature at its best =)

      Delete
  11. cantiknya canal rocks tu! mesti tu berangin sangat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. berangin teruk..!! tapi terik pun teruk jugak..

      Delete
  12. Semua cantik. Tapi scary la bila ada "haiwan" itu. Paling geli n takut dengan yang itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul.. dari excited terus seram.. kat sana spesis hebat2..

      Delete
  13. Tersalah lokasi pun lawa lah CT... Cantikkk semuanya.. Alhamdulillah tumpang gembira tengok rezeki CT ke sana.. Kadang tempat tak popular pun ada keistimewaan nya jugak kan.. Doakan husniey dapat sampai ke Western Australia sekali.. 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah ada rezeki untuk pergi.. Husniey pun jauh langkah tu. hehe masing2 dengan cara masing2 =)

      Delete
  14. bestyaaa dapat travel tempat2 macam ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok sesekali. tapi terik yang amat..

      Delete
  15. Byk pantai berbatu..view superb..si panjang yg x best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. majoriti view lebih kurang sama saja.. yang buat menarik tu bila ombak besar datang. ya Allah kak memang seram. rasa kena alert all the time lagi2 time lalu bushes..

      Delete
  16. subhanallah, cantiknya pemandangan ciptaannya. Salah satu tempat yang teringin nak pegi, semuga tertunai hasrat di hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin insyallah. CT doakan murah rezeki untuk kesana ya =)

      Delete
  17. Subhanallah.. cantiknya view kat sini kan..

    ReplyDelete
  18. ya allah.. cantiknya!!! kalau boleh pergi alangkah bestnya... tak mau balik kang.. haha

    ReplyDelete
  19. tetiba rasa nak amik pancing dan duduk kat celah2 batu tu berjam2 hahahaha


    cantik sungguh view nya!

    ReplyDelete
  20. Subhanallah, cantiknya tempat diorang.

    ReplyDelete
  21. Semua gambar pun cantik sangat ...

    ReplyDelete
  22. laut indian emang cantik...

    ReplyDelete
  23. sangat menyejukkan mata lihat permandangan pantai perth ni

    ReplyDelete
  24. jap eh, kumpul duit jap...nanti kita sampai

    ReplyDelete
  25. Bertuahnya siti dpt jejak negara orang, meneroka alam cantik ciptaan Allah

    ReplyDelete
  26. Cantiknya walaupun berbatu....tapi best naik train tu lagi tut tut tut

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.