SITI.YANG.MENAIP: March 2016

Entri sebelumnya di SINI.
21 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN GANGWON - NAMI ISLAND, MAKAN DI ASIAN CUISINE DAN SOTONG PEDAS JEGI-DONG. Tak sah kalau ke Korea tapi tak sampai ke Pulau Nami. Memang dah jadi satu kewajipan untuk semua jejak kaki ke Nami Island. Aku pun haruslah jejakkan kaki ke Pulau Nami. Sejak terjebak dengan pengaruh K-Drama dan K-POP dah lama aku menanam impian untuk ke Korea especially tempat-tempat menarik yang menjadi tempat pengambaran sesuatu adegan. Pandai betul Korea promote negara. Tunjuk saja dalam drama.

CARA UNTUK KE NAMI ISLAND

Untuk ke Nami Island, hanya perlu naik metro dan turun di Gapyeong Station. Kalau dari Itaewon Station ada beberapi kali juga kena tukar laluan. Di Taereung dan Sangbong kalau tak salah. Janji hampa semua sampai Gapyeong Station kira betul dah laluannya. Keluar dari Gapyeong Station ada beberapa pilihan juga untuk ke Nami Island. Boleh terus naik teksi yang sememangnya sedia menunggu penumpang atau boleh naik tour bus. Kalau naik tour bus harganya berbeza sikitlah dari biasa sebab pengunjung akan dibawa ke beberapa tempat menarik sekitar Nami Island juga. Untung sebenarnya tak perlu fikir transport dan entrance fee tapi kita terikat dengan schedule yang sudah ditetapkan. Kami bersetuju untuk naik teksi.

Gapyeong Station. Jalan terus untuk ke terminal teksi.

Teksi akan turunkan penumpang jauh sikit dari entrance utama Nami Island. Malas nak masuk sebab kena bayar.

Simbolik. Nak masuk ke Nami Island pun kena melepasi kastam.

Dengan bayaran sebanyak 8000WON (RM30.80 approx) seorang, kami terus dapat pass masuk ke Nami Island. Boleh tunggu feri untuk ke pulau. Selain naik feri boleh juga naik zip wire terus mendarat di Nami Island. Menarik tapi out of budget jadi tak mencuba. Boleh tahan juga ramainya umat manusia yang nak ke Nami Island. Nak cari sudut bergambar dalam feri pun susah. Permukaan air penuh dengan ais-ais yang pecah. Sampai di Nami Island lagi terkedu sebab disana pun memang manusia sangat ramai. Sesak sangat rasanya. Kami cuba untuk avoid dan pergi ke arah yang kurang pengunjung. Legaaa.. Masih ada ruang untuk menikmati keindahan Nami Island tanpa gangguan manusia yang ramai. Bila dah berjalan agak jauh tertanya juga mana hilangnya orang yang ramai. Sebab sunyi sepi pula. Walaupun rasa Nami Island macam kami yang punya tapi seram juga. Rasanya orang ramai terus serbu deretan pokok-pokok yang famous di Nami Island. Nak bergambar disana.


Umat manusia yang membanjiri Nami Island.



Sunyi sepi tanpa manusia. Mana hilangnya semua orang..



Deretan pokok-pokok yang terkenal di Nami Island. Disusun cantik berbaris.

Pokok togel sudah keguguran daun.

Tenang memang tenang. Cantik sangat Nami Island. Bayangkan kalau datang pada musim luruh atau bunga mesti lagi berganda-ganda cantiknya. Insyallah ada rezeki lebih boleh kita kembali. Merasa pula pengalaman musim lain. Dah berjalan jauh bermacam-macam gaya posing penat mesti rasa lapar. Bagusnya di Nami Island memang disediakan beberapa pilihan restoran makanan halal. Aku rasa sebab pengunjung muslim yang meningkat jadi orang ramai dah mula alert tentang demand terhadap makanan halal. Surau yang selesa pun turut disediakan. Nasi goncang Nami Island memang sudah terlalu famous. Kami nak cuba makanan di Asian Cuisine dah alang-alang berada satu bangunan dengan surau. Sambil meredakan kulit yang sudah kering dalam kesejukan. Tak tahulah nak kata beruntung atau tak. Dari jauh dah nampak kelibat Shahizey Sam, Hairul dan Keknis. Pandang dari jauh saja tapi sempat bergambar dengan Sam.

RESTORAN HALAL ASIAN CUISINE NAMI ISLAND






Aku order Jajangmyun. Jujurnya sedap lagi Jajangmyun di Malaysia.


Pau kacang merah panas-panas. Beratur orang nak membeli.

Lepas makan kami sambung meronda. Masuk ke kedai souvenirs dan jenguk apa yang patut. Sempat rembat few magnets dan totes. Kami ingat nak ke The Garden of Morning Calm tapi tak jadi. Hari dah lewat. Lama rupanya kami berada di Nami Island. Rasa tak nak balik sebab tenang sangat. Sambil melangkah menghala ke feri sempat juga posing di beberapa tempat lagi. Orang masih ramai walaupun hari sudah menginjak kelam. Musim sejuk memang laju gelapnya. Disebabkan Nami Island sangat terkenal sebagai lokasi pengambaran drama popular Winter Sonata, memang setiap ceruk pulau ada saja benda yang berkaitan dengan Winter Sonata. Daripada gambar-gambar semasa pengambaran, patung replika pelakon-pelakon Winter Sonata dan macam-macam lagi. Kalau ikutkan dah more than ten years drama Winter Sonata mula ditayangkan. The impact is so huge sampai sekarang orang masih teruja untuk datang ke Nami Island. 







Dalam perjalanan pulang kami dah mula berbincang mana nak makan malam. Few places berada dalam cadangan tapi akhirnya bersetuju untuk makan Jjukkumi Bokkeum (sotong pedas) di Jegi Dong. Tak perlu tukar train banyak kali sebab terus dalam laluan yang sama. Ada juga terbaca di blog kawan-kawan yang lain. Sotong pedas di Jegi Dong memang tahap lima bintang pedasnya. Risau juga sebab tekak aku memang susah nak terima makanan pedas. Tapi tetap teruja. Bukan selalu nak dapat peluang macam ni. Dah alang-alang sampai haruslah cuba.

SOTONG PEDAS TERKENAL JEGI-DONG

Keluar dari Jegi Dong Station Exit 6 teruskan berjalan sikit akan terjumpa statue sotong emas tengah tabik hormat. Kalau nampak patung tu dah kira tepat sudah lokasinya. Kawasan Jegi Dong sangat terkenal dengan pelbagai restoran yang menjual hidangan makanan berasaskan sotong. Yang paling terkenal adalah Jjukkumi Bokkeum (sotong pedas). Selalu tengok orang lain makan this time kita pulalah yang cuba. Ada banyak kedai pilihan jadi pandai-pandailah nak makan dimana. Untuk kepastian tanyalah ada alcohol dalam makanan atau ada jual daging or not. They serve alcohol tapi tak campur dalam makanan. Alhamdulillah each time aku tanya untuk make sure tak pernah pula orang kedai rasa offended. Okay saja melayan dan terangkan. Mungkin they all dah prepare dengan soalan-soalan daripada Muslim.

Inilah dia statue sotong tabik hormat itu.

Deretan kedai-kedai yang menjual hidangan sotong pedas. Jalan terus ke arah kedai signage oren dan belok kanan. Jalan lagi terus ke depan sehingga jumpa kedai yang signage ada gambar nenek pakai hanbok.

Satu hidangan sotong pedas Jegi Dong. Side dishes dan nasi. Air memang diberikan secara percuma.

Jangan pandangku sebelah mata. Nampak macam biasa saja. Dah makan haaa.. Menangis !!

Muka tenang sebelum berpeluh-peluh gelabah.

Kalau memang suka makan makanan pedas memang aku suggest sangat-sangat datanglah makan di Jegi Dong. Aku tak suka makanan pedas tapi aku suka makan sotong. I wanted to challenge myself too jadi apa salahnya mencuba. Sumpah pedas dan memang aku tak tahu nak kasi berapa bintang untuk tahap kepedasan yang aku rasa. Complete untuk buat kita mengulang ke toilet beberapa siri. Alhamdulillah the next day sepanjang hari perut tak meragam. Seriously memang sangat pedas tapi sangat awesome juga at the same time. Kagum dengan diri sendiri yang berjaya juga habiskan satu hidangan. Memang tak dinasihatkan kasi budak-budak tapi ada saja budak-budak yang makan dengan selamba. Tak tahuuulah jenis lidah mulut apa dia ada.

Aku minta air extra. Ahjumma gelak tengok kami dah terkipas-kipas. Tengok air dah tinggal sikit dia offer lagi. Dah standby nak top up air. Total lost untuk hidangan di Jegi Dong adalah 22000WON (RM84.48 approx) untuk berdua. Rasanya kalau lebih ramai kena minta lebih dari satu hidangan. Baru puas nak merasa. Make sure masukkan Jegi Dong Jjukkumi Bokkeum (sotong pedas) dalam senarai tempat makan atau lokasi jalan-jalan cari makan di Korea untuk diterjah. Seriously tak rugi. Balik ke hotel dan dah nak tidur pun masih terasa-rasa tahap kepedasan super power Jjukkumi Bokkeum (sotong pedas). Berdoa semoga tak sendawa pedas. Kalau tak memang haru.. Semoga tenang perut kami meneruskan hari seterusnya.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Entri sebelumnya di SINI.
20 Januari 2016

JALAN-JALAN TRAVELOGUE KOREA MUSIM SEJUK | JALAN-JALAN HWACHEON - HWACHEON SANCHEONEO ICE FESTIVAL / PESTA AIS SANCHEONEO HWACHEON. Mengikut rancangan asal, kami akan ke Pyongchang Trout Festival di Jinbu tapi kami tukar dan bersetuju untuk ke Hwacheon Sancheono Ice Festival di Hwacheon. Dalam perjalanan pulang dari Yongpyong Ski Resort, kami duduk bersebelahan dengan satu pasangan dari Thailand. One of them tunjuk dan kongsikan mengenai Hwacheon Sancheoneo Ice Festival tapi aku jujurnya cakap tak tahu menahu langsung. Memang tak tahu apa-apa sebab tak buat research. Lebih kurang saja aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di kedua-dua festival. Apa kelebihan atau extra things yang akan kami dapat dikedua-dua lokasi. Kami compare kedua-dua festival dan selepas ditimbang tara, akhirnya decided untuk ke Hwacheon Sancheoneo Ice Festival.

JANGAN LAMBAT PLEASE BE PUNCTUAL

Sebelum ke Hwacheon aku berdrama satu round dengan Ahjusshi driver. That morning aku sangatlah lapar so nak makan something before naik bas. Singgah Loteria di Dong Seoul Bus Terminal nak beli nugget udang. JM dah pergi ke terminal bas and aku tunggu makanan. Lama pula jadinya menunggu. Tengok jam ada lagi seminit dua before bas gerak. Dapat nugget terus pecut cari terminal boleh tahan jauh. Tak pernah aku rajin berlari kat Korea aku lari sakan. Sampai terminal nampak bas dah gerak and JM dalam bas. Cuak gila Ahjusshi macam tak nak kasi keampunan buat aku. Dia pura-pura tak nampak. Nampak JM berdiri lagi aku rasa nak menjerit. Tapi bila bas dah undur dia buka pintu sambil memaki hamun aku (aku rasalah since aku tak faham dia cakap apa). Bila dah duduk aku pun nak cerita apa jadi. Sambil tercungap-cungap selepas memecut berlari dan suara pun agak kuat, Ahjusshi driver sekali lagi tegur aku suruh diam. Terus senyap terkedu. Nak nangis pun ada. Janganlah korang buat perangai macam aku. Lupakan saja perut lapar ke nugget udang sedap ke lupakan semuanya. Terus saja tunggu bas di terminal dari kena tinggal dan kena sumpah. Aku nak makan nugget pun takut kena marah. Manalah tahu tak boleh makan dalam bas. Maka nugget udang terbiar sejuk membeku. Ambil pengajaran. Be punctual. Kita bukan ada kat Malaysia.

Sampai Hwacheon Station nak turun saja dari bas aku said sorry pada Ahjusshi sambil cakap terima kasih. Pandang Ahjusshi driver sambil senyum. Dia senyum juga akhirnya tak ada muka ketat nak marah dah. Hati riang. Dia pun angguk-angguk kepala cakap it's okay. Yang ni aku faham. Aku confirm dia cakap gitu. Sekian drama satu babak. Serik.

HWACHEON SANCHEONEO ICE FESTIVAL

Naik bas dari Dong Seoul Bus Terminal ke Hwacheon. Tiket bas berharga 13900WON (RM53.57 approx) sehala. Bas pertama berlepas pada pukul 07:05:00 dan bas terakhir adalah pada pukul 19:35:00. Perjalanan mengambil masa hampir dua jam tiga puluh minit. Kami terus beli tiket balik setibanya di Hwacheon Bus Terminal. Jadi kita boleh estimate masa berapa lama kita ada untuk enjoy sepanjang di Hwacheon Sancheoneo Ice Festival. Di Hwacheon Bus Terminal ada banyak brochures dan pamphlets tentang Hwacheon Sancheoneo Ice Festival. Peta kawasan yang terlibat dan lokasi-lokasi tertentu sepanjang festival berlangsung. Ambil dan jadikan rujukan. Free of charge. Dah ambil peta kita belek dulu seround dua. Adjust mana nak pergi dulu sambil budget dengan masa yang kita ada sebelum balik ke Seoul.

Kalau tengok peta nampak macam satu pusingan saja lokasi-lokasi menarik sepanjang Hwacheon Sancheoneo Ice Festival. Kami pun decided untuk bergerak dalam pusingan. At the end of the day akan kembali ke Hwacheon Bus Terminal. Destinasi pertama yang dituju adalah ke Ice Illumination Plaza. Ada entrance fee kena bayar. Bukan percuma. Setuju untuk masuk terus kami beli tiket berharga 3000WON (RM11.52 approx). Jom masuk tengok apa ada didalam.

Dah sampai. Ahjusshi sibuk dimana-mana photobomb nak bergambar.

Signages ada merata. Confirm tak sesat.

ICE ILLUMINATION PLAZA

Masuk ke dalam Ice Illumination Plaza terus rasa terpukau tengok bongkah-bongkah ice yang diukir kemas mengikut bentuk-bentuk binaan tertentu. Cantiknya ice sculpture yang dibina. Siap ada lampu lagi. Lagi cantik jadinya. Di setiap binaan ada penerangan kenapa satu-satu binaan itu dibina. Kalau rajin boleh baca. Aku malas. Besar juga kawasan Ice Illumination Plaza sebab rasa macam tak habis meronda walaupun dah lama pusing-pusing. Tiket masuk pun murah harga berpatutan jadi tak kisahlah. Terlalu banyak sculpture untuk dilihat. Kanak-kanak sangat ramai mungkin ada rombongan sekolah. Siap berpakaian seragam semua orang. Comelnya. Menariknya lagi masuk dalam Ice Illumination Plaza sebab ada sculpture yang big enough untuk menampung berat kalau kita nak kita panjat dan bergambar. Percaya dan yakin. Ada juga beberapa slides disediakan untuk kanak-kanak bermain. Aku cuba juga hahaha.. Tapi halfway saja turun then kena mengensot sendiri. Huh..






Mohon jangan tersesat.


Slides untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang lupa diri dah tua.



Alhamdulillah kukuh menampung berat.

Sila tabah nak main benda ni. Kalau tak kena mengensot.



Puas kami pusing-pusing dalam Ice Illumination Plaza. Macam-macam gaya posing dicuba nak dapatkan gambar yang terbaik. Aku suggest untuk korang masuk kalau berkesempatan ke Hwacheon Sancheoneo Ice Festival sebab tak rugi pun. Murah saja tiketnya dan aku personally suka. Next, kami terus menghala ke Hwacheon Stream yang terletak dihujung jalan. Memang besar dan menjadi lokasi utama aktiviti-aktiviti sungai sempena festival berlangsung. Banyak aktiviti dilakukan di atas Hwacheon Stream yang sudah membeku. Tapi satu benda yang kami sangat hairan dengan pekan kecil Hwacheon. Macam tak ada berpenghuni langsung. Kedai berderet dan semua beroperasi tapi manusia sayup yang amat. Kereta pun segan nak lalu. Adalah sebiji dua yang bergerak. Yang lain tersadai tepi jalan. Mana pergi semua orang kata ada festival tapi senyap saja. Betul ke ada festival yang sedang berlangsung ni..

Kami dah jalan sehingga ke jalan utama tapi keadaan masih lagi sunyi sepi dan lengang. Dah sampai ke Hwacheon Stream tapi secebis kemeriahan festival pun tak terasa langsung. Masih belum give up kami teruskan langkah. Nak tak nak kena lalu juga untuk kembali ke Hwacheon Bus Terminal. Memang tu laluan yang terpaksa kami guna. Banyak replika patung-patung memerang sekitar pekan kecil Hwacheon. Menurut pembacaan, ada banyak memerang di Hwacheon Stream itulah sebabnya siap ada patung memerang di tengah pekan. Dalam sungai ada banyak ikan jadi memerang memang sentiasa ada. Lubuk mencari makanan. Tapi sepanjang kami disana, tak nampak seekor pun. Sejuk sangat agaknya entah manalah pergi menyorok.

Lengang. Manusia pun seorang dua saja.

Langsung tiada sesiapa.


Gelanggang permainan dan khemah-khemah orang tapi dimanakah orang ramai.

Signage Hwacheon Stream (River). Mula nampak beberapa kelompok-kelompok manusia di atas sungai yang dah beku.

Mula nampak harapan bila beberapa kelompok manusia telah berjaya dikesan.

MEMANCING IKAN TROUT DI HWACHEON SANCHEONEO ICE FESTIVAL

Semakin menghampiri Hwacheon Bus Terminal semakin meriah bunyi yang kami dengar. Lega juga rasa hati seketika. At least taklah sendu semata-mata datang ke Hwacheon. Nampak ramai orang dihujung sungai yang membeku jadi kami cari jalan untuk turun ke bawah. Mula menghampiri orang-orang ramai tengok apa yang boleh kami buat dan cuba. Lokasi pertama memang sah adalah lokasi orang ramai memancing ikan trout. In Malay aku tak sure ikan trout nama apa and I am not sure dekat Malaysia ada atau tak. Hasil pembacaan aku, ikan trout biasanya ada dalam sungai-sungai air bersih (air tawar) yang berdekatan bukit atau gunung. Ramai sangat orang yang cuba aktiviti memancing ikan trout. Kalau refer kepada peta yang kami ambil, ada lokasi untuk peserta yang walk in dan ada lokasi untuk peserta yang sudah book beberapa hari lebih awal. Boleh cuba kalau berminat nampak happening sangat. Aku tak mahu cuba tapi berminat nak tengok dengan lebih dekat. Selamba nak masuk ke dalam kawasan memancing ada seorang Dongsaeng tahan tak bagi masuk. Hanya yang buat bayaran saja boleh masuk. Aku cakap nak ambil gambar saja tak buat apa-apa. Dia pergi tanya one of the workers senior kot yang ada nearby minta kepastian. Then dia senyum kasi masuk. Tak banyak songeh. Bagus. Kamsahamnida..

Menghampiri kawasan pemancing-pemancing ikan trout.

Menggunakan kesempatan yang diberikan sebaik mungkin. Dah dapat kebenaran masuk eloklah kita bergambar puas-puas.

Tabah Dongsaeng ni menunggu ikan trout makan umpan. All the best yaaa..

Ahjusshi pemancing dengan anaknya kasi pinjam joran. Buat habuan bergambar.

Macam-macam gaya memancing ada. Siap bawa tilam dan ada juga yang bawa khemah mini. Nampak bersungguh benar nak tangkap ikan trout. Dimata aku, semuanya adalah scenery yang sangat menarik. Ahli keluarga sama-sama datang dan spend time memancing melakukan aktiviti berkualiti untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Sangat healthy aku rasakan. Tengok macam mana Ahjusshi Appa dan Ahjumma Omma ajar anak-anak memancing. So beautiful teremosi seketika. Tak lama pun kami masuk dalam kawasan memancing ikan trout. Dahlah orang kasi masuk tanpa bayaran jadi jangan lebih-lebih sangat. Walaupun taklah diberi warning atau kena halau tapi sedar sendirilah. Dah puas bergambar dan poyo silalah keluar.

Depan daripada kawasan memancing ikan trout ada khemah-khemah yang menawarkan service memasak atau menyiang ikan-ikan trout yang dipancing. Fresh dari sungai. Hang dapat tangkap jaaa terus hang boleh makan. TAPI !! Dalam pada kami tengah terpegun melihat Ahjusshi tukang masak membakar ikan terus rasa tak berselera kalau kena makan ikan-ikan tu semua. Ikan yang ditangkap diketuk sampai mati dan terus dilumur garam. Dibalut dengan aluminium foil dan terus dibakar. Tahulah nak makan ikan fresh tapi segala isi perut dan insang ikan-ikan tak dibuangnya. Hasil kena ketuk sure berdarah-darah pun tak dibersihkannya. Kakak cannot brain that cannot. Tengok pula orang-orang sana berselera makan. Loyaaa tekak jadinya.

Ahjusshi tukang masak in action. Nampak tu taburan garam..

Masa beli tiket entrance masuk ke Ice Illumination Plaza, kami dibekalkan dengan kertas-kertas seakan-akan kupon. Tapi dengan tulisan Hangul obviously aku tak faham dia tulis apa. Simpan sajalah kupon tanpa tahu apa kegunaannya. Lepas daripada kawasan orang memancing ikan trout, ada kawasan-kawasan permainan. Macam-macam aktiviti ada boleh cuba dan main. Semua pun aku teruja nak cuba. Nak main semua benda. Tamak. First sekali aku cuba main entahlah apa benda. Sort of motor scooter ke apa benda tak tahulah. Macam menarik aku tengok budak-budak lain main. Lupakan faktor usia aku pergi beli tiket. Sekali lagi dapat kertas kupon. Harga ditulis 5000WON (RM19.20 approx) tapi dapat 4000WON (RM15.36 approx) untuk satu pusingan. Penyesalan pun ada jugalah main benda alah tu tapi redha sajalah. Tak cuba mana nak tahu bosan atau tak. Tapi dapat sembang dengan Dongsaeng comel yang teman aku sepanjang aku bermain. Dia ajar macam mana nak control speed supaya tak jatuh terlentang. Kang malu seumur hidup. Pandai speaking walaupun taklah fluent jadi language barrier antara kami kurang.

Kupon misteri.



Tak lama pun aku main sebab macam segan pula ramai kanak-kanak dari yang dewasa. Redha sajalah satu pusingan aku dah berjaya buat. Tak sanggup dah maka terus aku turun dan pergi survey games lain. Ada snow sleigh and that time aku ajak JM main sekali. Kat Yongpyong Ski Resort aku seorang saja yang cuba. This time aku kena make sure JM cuba juga. Tiket hanyalah 5000WON (RM19.20 approx) dan boleh naik lima kali. Kita akan dapat satu pass yang akan ditanda setiap kali kita selesai satu pusingan. Jadi tak boleh mengelat. Cumanya ni ride kampung sikit tak adalah tangga automatic. Jenuh memanjat tangga sampai atas tercungap-cungap. Dahlah kena usung tiub sendiri.

Banding dengan di Yongpyong Ski Resort, lagi menarik di Yongpyong tapi terlebih mahal sangat harganya. Tapi kalau dibandingkan factor speed dan extreme lagi dasyat di Hwacheon Sancheoneo Ice Festival. Lajuuu menjunam rasa turun bawah. Heartbeat pun tak menentu dah rasa. Sampai bawah dengan tiub pun boleh terpusing-pusing lagi. Atas sungai yang beku aku takut retak seribu saja. Aku kena tazkirah satu round lepas hantar gambar kat MamiZ berdiri atas sungai beku. Dia takut retak sebab aku berat.

Hanya lima kali saja dibenarkan naik. Setiap pusingan akan ditanda.

Nampak macam rendah dan tak curam. Hakikatnya curam !!

Turun mengadap depan. Sampai bawah dah berpusing-pusing. Siap langgar tiub orang lain.

Kutip tiub sendiri dan usung naik atas.

Baru main dua kali aku rasa nak pergi tandas. Tak tahan dah satu hal nak mencari toilet pula. Aku cakap kat JM aku tak nak main dah walaupun berbaki lagi tiga pusingan. Sebab nak pergi cari toilet. Takut jauh kang nak patah balik pula. Sorry.. Rasa membazir sangat sebab tak habis main tapi tak menahan dah. Nature is calling. Miaaanhae. Lepas jumpa toilet kami teruskan perjalanan. Lalu dikawasan ada banyak permainan tradisional yang selalu kita tengok dalam drama-drama historical Korea. Tengok budak-budak main alahai comelnya. Papan jongkang-jongket tradisional dan macam-macam lagi. Terus lagi kami jumpa khemah-khemah orang jual makanan. Beli kuih ikan tapi tak sesedap di Busan dan Seoul. Kedekut inti harga kemain mahal. Kemudian aku nampak orang membeli sambil hulur kertas yang banyak kami dapat. Terus memerhati dan akhirnya aku pergi ke kedai jual buah berangan. Aku tak tahu nak cakap apa tapi terus tunjuk kupon-kupon yang aku ada. Rupa-rupanya kami boleh redeem makanan dengan kupon-kupon yang kami dapat. Sebungkus buah berangan boleh ditukar dengan kupon bernilai 3000WON. Kami ada beberapa keping dan memandangkan tak ada makanan lain boleh dimakan, semualah tukar dengan buah berangan. Makanlah kau sambil berangan. 

Dah tu cukup-cukuplah bermain. Hari pun dah mula nak gelap. Kami beli tiket pulang pukul 5:30PM tapi pukul 4:45PM kami dah sampai ke Hwacheon Bus Terminal. Lama lagi nak tunggu. Masuk toilet dulu ambil wuduk. Nak cari mana-mana spot tersorok untuk solat. Selesai ambil wuduk nampak ada bas yang tulis Seoul. Tanya Ahjusshi driver boleh tak naik walaupun tiket lambat lagi. Dia angguk dan suruh naik. Pukul 5:00PM bas gerak. Tak perlulah tunggu sampai 5:30PM. Untuk more information mengenai Hwacheon Sancheoneo Ice Festival boleh rujuk SINISampai Seoul terus rasa nak serbu makanan. Seharian tak dapat makanan berat. Hanyalah snacks dan nugget udang penuh drama. Jomlah kita pergi makan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.