SITI.YANG.MENAIP: MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 4.2 - THE GREAT OCEAN ROAD PART 3

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 4.2 - THE GREAT OCEAN ROAD PART 3

/
117 Comments
October 17, 2015
Entri sebelumnya di SINI.
17 September 2015

JALAN-JALAN TRAVELOGUE MELBOURNE VICTORIA | AUSTRALIA GREAT OCEAN ROAD - LOCH ARD GORGE, LONDON BRIDGE DAN GIBSON STEPS. Semua dah ada dalam coaster. Mitchie buat headcount and we were ready to go untuk explore more interesting places di The Great Ocean Road. Masih ada dua lagi tempat yang perlu kami singgah sebelum pulang ke Melbourne City. Loch Ard Gorge dan Gibson Steps (London Bridge). Kedua-dua tempat ini memang antara tempat yang wajib dilawati kalau dah alang-alang jejak kaki ke Victoria.

LOCH ARD GORGE DAN GIBSON STEPS

L

Loch Ard Gorge adalah sebahagian daripada Port Campbell National Park. Loch Ard Gorge ada sejarah agung tersendiri. Dulu kala ada sebuah kapal yang diberi nama Loch Ard yang berlayar dari England ke Melbourne and things turned out bad. Kapal karam dan hanya ada dua survivors saja yang terselamat. Tom Pearce dan Eva Carmichael. Eva nampak Tom dan tarik Tom ke persisiran pantai. Few months after that, masing-masing bawa haluan sendiri dan ada yang balik ke negara asal. Sekitar kawasan Loch Ard Gorge ada ditampal sejarah kapal yang karam dan latar belakang dua orang insan yang terselamat. Aku personally rasa Loch Ard Gorge adalah tempat yang paling best untuk pergi singgah di sepanjang laluan The Great Ocean Road. Mitchie bagi banyak masa untuk kami melepak di Loch Ard Gorge. Menarik. Aku ada baca di blog kawan-kawan yang lain, di Loch Ard Gorge ada banyak tangga. Ya memang ada banyak tangga. Tapi battle sebenar bukan nak panjat tangga ada benda lain.



Permandangan Loch Ard Gorge dari atas.






Gigihlah kau menapak turun ke bawah sana. Turun laju. Nak naik balik problem. Tapi percayalah. Panjat tangga tak ada apa sangat. Laju saja korang dah sampai atas balik. Nak panjat pasir lagi hazab Serious berat gila nak berjalan atas pasir dalam keadaan mendaki. Pasir dalam keadaan lembab. Lenguh habis betis. Makin tinggi makin slow kami jalan. Tak larat. Siap berpaut kat tali yang disediakan. Macam tahu pula akan ada orang terseksa nak mendaki. Orang lain pun mengah. Jadi tabahkan diri kalau korang decide untuk turun. Tangga isu sangat small the matter. Pasir isu kena rasa sendiri perit ke tak baru mengerti. 

GIBSON STEPS | PORT CAMPBELL NATIONAL PARK

Bersebelahan saja dengan port Loch Ard Gorge. Ada cabang laluan untuk ke Gibson Steps. Tapi kami dah kepenatan mendaki pasir. Kami tak larat nak teruskan perjalanan ke Gibson Steps. Jadi tak adalah gambar di Gibson Steps. Mungkin korang boleh rujuk blog kawan-kawan lain. Kaki kami at that time memang dah berdenyut-denyut. Cannot continue nak menapak. Okay. Gibson Steps adalah kawasan cliff tepi pantai yang juga berada dalam kawasan Port Campbell National Park. Nama dia jadi Gibson Steps disebabkan oleh laluan bertangga di tepi cliff curam yang digunakan oleh tourists untuk turun ke tepi pantai. Itu saja. Kami antara yang terawal tiba di coaster. Mitchie pun tak sampai lagi. Tapi ada banyak kerusi yang disediakan jadi kami duduk santai sambil menikmati hembusan angin. Nikmatnya ditiup angin sejuk dari laut. Masing-masing layan perasaan sendiri.




LONDON ARCH (LONDON BRIDGE) THE GREAT OCEAN ROAD

Sadly, kami tak singgah pun ke London Arch (formerly known as London Bridge). Memang kalau dalam itinerary ada dalam bracket. I guess kalau waktu tak mengizinkan memang tak singgah. Kalau ada waktu lebih memang singgah. Kalau trip during summer where siang adalah panjang, confirm akan ada more time to explore The Great Ocean Road. Jadi tak adalah gambar London Arch untuk dikongsikan. Baca mengenai London Arch di SINI

COLAC, VICTORIA

Meninggalkan Loch Ard Gorge dan meneruskan perjalanan ke Colac. Kalau korang refer pada peta yang aku dah sediakan, kami balik ke Melbourne menggunakan jalan lain. Tak lalu kawasan tepi laut tapi lalu kawasan hutan dan ladang biri-biri. Mata pun dah kuyu sangat. Singgah sebentar di Colac untuk membuang. Dinner tak disediakan oleh pihak travel agency jadi kalau nak makan silalah guna duit sendiri. Ada McDonald's kalau rasa yakin nak makan. Other than that aku tak sure ada kedai makanan halal or not. Lepas selesai urusan melabur, kami terus menuju balik ke Melbourne. 


Macam-macam bunyi konsert dalam coaster bergabung. Tah-tah aku pun konsert skali. Pedulikan orang lain aku dah penat gila. Sedar buka mata dah sampai kawasan Docklands di Melbourne. Almost 8.30PM. Mitchie turunkan penumpang di pick up points. Last station adalah di Federation Square. Bid goodbye to new friends. Overall, aku kasi two thumbs up untuk service tour yang ditawarkan oleh Wildlife Tour. Pemandu pelancong yang cekap dan friendly. Makanan sedap. Jadi kalau korang berminat untuk ke The Great Ocean Road menggunakan pakej yang ditawarkan oleh Wildlife Tour, bolehlah rujuk SINI. Dari Federation Square kami tak terus balik. Meronda seketika menikmati suasana malam di Melbourne City. Beli kentang goreng di Lord of the Fries di Swanston Street. Sedap juga. Kami order yang banyak cheese. Penat menapak and terus decided untuk naik any tram yang menghala ke rumah Cik Tia. Ended up terpaksa turun di Melbourne University sebab tram dah sampai station terakhir. Last result adalah kami menapak saja untuk pulang. We stopped by this one pizza shop depan rumah Cik Tia and bought one large pizza for dinner. Super sedap menjilat jari. Mandi solat dan teruslah selamat malam.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
/>


You may also like

117 comments:

  1. huhuhu..memang betul, panjat pasir tu paling siksa!tapi akak pun suka lord arch george ni.maybe sebab boleh turun sampai ke bawah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kat 12 Apostle tu pun boleh turun sebenarnya. tapi kita ni masa limited thats why malas nak turun..

      Delete
    2. rasanya 12 apostles x boleh turun.tk nampak pun orang turun

      Delete
    3. CT penah tengok orang turun ke bawah tu.. kalo hashtag pun ada je orang turun ke tepi pantai 12 Apostle tu..

      Delete
    4. uu, syiok nya! serius sgt2 cantik cliff dia..huhu..subhanallah..

      Delete
    5. hehe kalo suka sukan extreme boleh buat cliff jumping hehe..

      Delete
  2. pantas siti taip entry..nak tiru je boleh tak..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe boleh je tiru.. CT charge skit jaa wakaka.. nak cepat sebab nak buat entry tempat lain..

      Delete
  3. SERONOKNYA SITI MENGUTIP PENGALAMAN BERADA DI PANTAI NEGARA YG INDAH.

    ReplyDelete
  4. walopun penat tapi best journey GOR...tengok mcm2 keindahan alam semulajadi..french fries & pizza..nyum, nyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. bila join tour tu kurang sket penatnya sebab tak perlu drive.. tapi ada kelebihan dan kekurangan dari sudut lain pula..

      Delete
  5. Tringin nak p tempat2 macam ni...Tapi jauh sgt.x kesampaian..kalau nak p pun sorang diri je lepas..sebab kalau berdua..kos tinggi pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe marilah kita pergi bersama-sama =)

      Delete
  6. Bilalaa nak sampai sini. Hihi
    Syiok tengok orang jalan2. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe insyallah tak lama lagi tuuu..

      Delete
  7. assalamualaikum..ct...apa khabar

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam Kak Yan !! sihat sihat.. maafla lama tak berkunjung..

      Delete
  8. so kesimpulannya tak hanis lah kak ct panjat tangga tu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe panjatlah Yana.. kalau tak macam mana akak turun ke bawah tu..

      Delete
  9. tapi kan apa apa pun gambar dalam setiap entry vanti especially laut tu ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. gapo diaaa tu Yana.. typo teruk ehehe..

      Delete
    2. nak cakap 'cantik' kot, jadi vanti

      Delete
    3. ehehe agaknyaa.. Yana typo gitu skali..

      Delete
    4. hahahah maaf kak ct,
      kak sal betul! :D

      Delete
    5. ehehe alaa sebenarnya akak faham je.. saja ngusik =P

      Delete
  10. exercise tu berjalan dekat pasir, dah serupa macam dalam selut. makin dalam makin susah nak gerakkan kaki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaaargh akak lenguh habis betis sebab jalan atas pasir ahaha.. lenguh !!

      Delete
  11. takde ke gamba pizza dgn friesnya? :p
    Loch ard ni pun mmng glemer kat melbourne, slalu tgk org pegi melbourne wajib sangatlah dtg sini. kisah sejarah dia menarikk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe ada ada.. nanti kita up pasal makanan saja k.. buat semua terseksa muahahaha.. jahatnya =P

      Delete
  12. pantai dya! erm rasa nak gedebushh.. hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe uish takut haih nak gedebush.. takot ada jerung =P

      Delete
  13. Indahnya pemandangan... Ciptaan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu Kak MF.. cantik sangat =)

      Delete
  14. Replies
    1. ehehe jangan gitu.. babap kang..

      Delete
  15. memang seronok...memang tak puas lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe ok jom kita repeat lagi ehehe..

      Delete
  16. Anak nassier akan bekerja di sana...dapat merayau2 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaah alhamdulillah rezeki.. bila nak pegi lagi ?? nak ekot..

      Delete
  17. Gibson steps pun tak habis jalan lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe takpe tu nanti Uncle bleh p repeat..

      Delete
  18. Aritu PLM lalu Colac juga... sempat pekena apple pie ngan hot coffee kat Mekdonal tu... Setuju... Lorh Ard Gorge memang tempat paling cantik di laluan GOR tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya kalau ikut tour memang lalu Colac kot.. sebab jalan GOR tu kan xdee lampu bahaya lalu tepi2 gaung tu ehehe..

      Delete
  19. Replies
    1. eeheh tak lama lagi tu.. jom bukak tabung sama2..

      Delete
  20. Subhanallah, sangat cantik... Kualiti gambar juga sangat hebat... Bilalah dapat pergi ^-^

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah ada rezeki mesti sampai =)

      Delete
  21. WAh macam guna drone je amik gambo

    ReplyDelete
    Replies
    1. muahaha tak mampu lagi nak ada sbijik drone ehe..

      Delete
  22. Aussie ni memang lautnya lawa-lawa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. tapi kat Malaysia pun cantik2 jugak kan..

      Delete
  23. Cantiknya Aussie.. selalu tengok jee.. nak jejak kat sana entah bilalah.. (mood jeles) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah x lama lagi tu.. meh bukak tabung cem CT..

      Delete
  24. Salam singgah dari GA
    http://wanhanisahwanmat.blogspot.my/2016/04/giveaway-cash-april-part-2-by-emas-putih.html
    #donefollow

    ReplyDelete
  25. Blogwalking and terjumpa entry ni.. Baru ja my mom called cakap teringin nak pergi Aussie.. Will read more of your entry.. Pakai camera/edit software apa.. Cantikkkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe for now CT sebok xdan nak update.. kalau nak more info boleh email ya.. im available on fon like every sec ehehe.. ahaha malu nak cakap edit pakai apa.. Photoscape je wakakaka..

      Delete
    2. Oooo yang dark effect dekat corner tu guna photoscape la ya.. I guess camera tu mmg had done a decent job.. Mmg serious lawa-lawa gambar dekat sini.. Nampak macam photographer pro..

      Delete
    3. a ah semua edit gambar2 CT ni.. the camera contributed a bit la jugak tp kalau mmg tangan berseni xyah edit pun gmbr dah lawa.. Photoscape utk noob tu malu nak ngaku =P

      Delete
    4. "dark effect dekat corner".. He He He.. We call it "vignette"..

      Delete
    5. ambooooi SS hahaha.. not everyone talk jargon tau..

      Delete
  26. cik en kalau mai blog sym mesti entri berkaitan autralia cik en cari dlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe Cik En.. hembus sket semangat kat CT ni nak up entry baru..

      Delete
  27. Ct ..bestkan dpt makan angin.bila ada rezeki lagi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah tak lama lagi ada tu..

      Delete
  28. bestnye dapat jalan2 luar negara

    salam singgah dan perkenalan..

    ;)

    asha zida

    ReplyDelete
  29. Knock-knock. Assalamu'alaikum, CT. Akak datang nak menjenguk kejap. Nanti singgah lagi ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak.. knock knock jeee ke ?? lama dah akak tak terjah sini.. sob sob T.T

      Delete
  30. Dapat bayangkan kepenatannya macam mana sebab saya pun tak suka jalan atas pasir. Penat sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehehe memikirkan tempat tu lawa jeee kami redah jugak..

      Delete
  31. Hadoi... Baru dapat tembus blog ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahah siaaaaaan kanda.. benteng pertahanan blog ni tebal =P

      Delete
  32. Loch Ard Gorge ada banyak tangga? I super duper hate it!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe tapi kalo dah sampai mesti tak kisah dah tangga tu..

      Delete
  33. Cik Sal Munge memang sporting laa berwefie.. Setengah orang jgn harap! Caya laa Cik Sal yang comel itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe itupun sebab iols paksa dia daaaa.. tune balik dengan ayat2 rayuan..

      Delete
  34. Berat gila nak berjalan atas pasir dalam keadaan mendaki. tak faham ayat ni... mendaki ke berdaki?
    * Dah lama tak cari pasal... keh keh keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. isk.. payahlaaa orang tak baca bebetul ni.. korek mata tu kang..

      Delete
  35. Tu jalan atas pasir tu pakai kasut ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai kasut le.. x rela haih bukak kasut.. ehe..

      Delete
  36. Buat konsert eh? Abis laa.. ha ha ha

    ReplyDelete
  37. wah... pemandangannya amat menarik...

    ReplyDelete
  38. mcm tak percaya..bln 4 ..satu je entri..same to me ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha line teruk kak ooooi.. seksa nak up entry..

      Delete
  39. tak seram ke dgr byk tangga..kalau sis JM..ehehe..x de hal tangga tu..nampak x eksyen! hihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. tangga tu memang takde hal pun.. pasir tu yang halnya =D

      Delete
  40. hamooii..comei budak dalam pic no 2 tu

    ReplyDelete
  41. perghh view sgt breathtaking

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kalau langit tak mendung mesti lagi cantik =)

      Delete
  42. eh eh eh tggi jgk dak Sal ni eh ke sbb CT keme*** kah kah kah matiklah kena marah ngan dak CT ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap tu bior terang....

      Delete
    2. ahaha kan kan biar terang bersuluh.. sama tinggi je kami !!! ahaha..

      Delete
  43. dia jadi perit nak naik tu sbb mgkin pasir tu basah then dia 'sedut' kaki bila nak angkat langkah mmg jadi slow dan penat lah kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul !!!! naik tangga tu kejap je penatnya. jalan atas pasir tu sampai ke malam dok lenguh lagi. sakit abes otot2 kaki..

      Delete
  44. sis JM rasalah kan..kalau kita drive sendiri means sewa kereta mesti leh terjah London Bridge tu...hurrmm..nak sewaw kereta lah kalau ke sana..berangan dulu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dapat sewa kereta memang bestlah. boleh berhenti mana nak berhenti..

      Delete
  45. berapa banya CT 'melabur' kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. melabur apa ni tiba-tiba ?? hehe..

      Delete
  46. rasanya CT nyer konsert mesti lagi WIN ngeh ngeh ngeh..bertabahlah ye..jgn marah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. akak pun konsert jugak k =P

      Delete
  47. Seronoknya dapat menjelajah negara orang. View sangatlah cantik.

    ReplyDelete
  48. Untungnya dia travel jauh dari malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. sesekali Kak Ekin =)

      Delete
  49. bac a entry ni tingat kt pantai ajeebah....arghhhhh best nyerrrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe alamak CT terlepas entry Ajeebah ke.. nak kena korek balik..

      Delete
  50. rasa mcm tak mau balik tgk pantai kt sana.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe pantai tak boleh mandi pun Nina.. adala spot yang boleh tapi majoriti tak boleh. current kuat..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.