Thursday, 1 October 2015

MELBOURNE VICTORIA 2015 | AUSTRALIA : DAY 1.1 - MYKI + FEDERATION SQUARE + BIRRARUNG MARR

JALAN-JALAN MELBOURNE : MELBOURNE CITY + FEDERATION SQUARE + ACMI + BIRRARUNG MARR


Entri sebelumnya di SINI.
14 September 2015

Ada yang bertanyakan sepanjang di Melbourne aku guna camera apa untuk ambil gambar. Semua gambar-gambar yang diambil adalah dari camera Sony NEX-3, Gopro Hero3, camera Kak Sal, camera handphone Cik Tia dan camera Iphone 5s aku. Aku beli Gopro Hero3 second hand dari kawan dengan harga yang berpatutan. Quality masih tip top dan aku dapat sehari sebelum aku berangkat. Jadi tak sempat nak experiment. Hentam kromo saja bergambar. Aku sangat mengalu-alukan pakar-pakar fotografi untuk komen gambar-gambar aku dengan memberi komen yang membina. Sebarang nasihat dan tunjuk ajar amat aku hargai. 

Okay selesai. Dah get ready nak berhuhuhu bersama ? Jom.

MELBOURNE AIRPORT AND ROUTE TO KEPPEL STREET




Keluar dari Melbourne Airport cuaca sangat cantik. Langit biru cerah tapi tidak berawan. Bagi yang ingin mendapatkan khidmat Melbourne Skybus yang berfungsi sebagai hotel dan airport transfer boleh terus ke kaunter penjualan tiket sebaik saja keluar dari Arrival Hall. Return tiket berharga 36AUD (RM115.20 approx). Boleh rujuk SINI untuk keterangan lanjut. Laluan di Arrival Hall Melbourne Airport ada tiga peringkat. Jadi korang kena extra alert. Di laluan mana sepatutnya korang harus tunggu. Laluan pertama adalah untuk taxi dan beberapa jenis kenderaan khas. Lintas jalan untuk ke laluan kenderaan shuttle dan lintas lagi untuk ke laluan kenderaan awam. Disebabkan Cik Tia dah minta tolong kawan-kawannya datang ambil kami, jadi kami hanya perlu tunggu di Platform 3C berhadapan dengan entrance Hotel Holiday Inn.





Sementara menunggu kami posing saja sini sambil layan Internet OPTUS yang awesome. Tak lama pun kami tunggu. Dalam 20 minit akhirnya kawan-kawan Cik Tia sampai. Cik Tia tak dapat datang jemput. Sibuk menyelesaikan kerja di lab. Thanks to kawan Cik Tia, adik Farahin dan adik Fawwas yang sudi datang jemput kami di airport dan bawa ke rumah Cik Tia di Keppel Street. Perjalanan ke Keppel Street memakan masa plus minus 30 minit dari Melbourne Airport. Jadi korang boleh estimate jarak perjalanan untuk sampai ke Melbourne City. 



Sepanjang perjalanan untuk sampai ke Keppel Street sangat interesting. Semua nampak interesting dimata aku. Tak ada satu ceruk pun yang aku rasa tak cantik. Kawasan suburb di Melbourne sangat kemas dan mempunyai susunan yang terancang. Rumah sebuah-sebuah kelihatan sangat comel. Hartanah di Melbourne adalah antara yang tertinggi nilainya di Australia. Kalau mampu untuk beli sebiji rumah yang ada kawasan lapang memang keturunan orang kaya atau profession tinggi. Pelik juga rasa bila tengok banyak rumah yang menggunakan papan kayu walaupun rumah masing-masing terletak di bandar. Aku tak ada jawapan untuk persoalan itu. Kekal tertanya-tanya sehingga hari ini. Makin menghampiri kawasan bandar utama, bangunan makin tinggi. Excited sungguh.




Akhirnya kami sampai di apartment Cik Tia around 11.30AM. Adik Farahin bawa kami naik. Adik Fawwas tolong angkat bag. Cik Tia dah tinggalkan kunci untuk buka pintu dan segala pesanan pada adik Farahin. Peluk cium adik Farahin dan bid goodbye. I wish we could spend time together lebih lama. To Farahin and Fawwas, if both of you happen to read this, thank you so much.

Masuk rumah Cik Tia terus terpandang memo yang Cik Tia tinggalkan atas meja makan. Ooouch !! She was being super sweet. Tinggalkan breakfast untuk kami makan with a small note that she will be home real soon. Walaupun aku dah makan dua kali sepanjang penerbangan, tetap lapar. LOL. Hang tu sentiasa lapar. Jadi kami bertiga mengadap sarapan yang disediakan. Tengah makan santai tiba-tiba pintu bergegar. Ohemgi !! Cik Tia is back. Nervous !! Can you imagine ? Kami dah hampir 10 tahun tak jumpa. Dup dap dup dap jantung. Over. Aku tenung pintu tunggu Cik Tia masuk rumah. Yeay !! Finally situasi jejak kasih pun bermula. *shed tears*

Kak Sal pun get along very well dengan Cik Tia. I am a happy CT. We continued chit chatting while tunggu waktu Zohor. Memang aku dah plan untuk keluar lepas Zohor. Senang. Tak perlu fikir nak cari tempat solat. Rest for a while dan bersiap untuk solat dan keluar. Mandi weh !! Seharian dah tak mandi. Mujur cuaca sejuk jadi tak berpeluh. Kalau rasa malas continue saja sampai malam. Ada berani ? Hihihi..

PS : Boleh pula aku tinggal tuala mandi. WTH sungguh. Lalala ~

GROCERIES SHOPPING AT WOOLWORTH


While waiting for Kak Sal untuk solat dan bersiap, together with Cik Tia dan Acik Yati sama-sama menapak ke Woolworth untuk beli barangan nak dimasak. Ala-ala Tesco dan Jusco. Sejak sampai memang Acik Yati tak sudah sebut makanan apa dia nak masak. Haruslah. Dia nak masak untuk anak tersayang. Kami tumpang tuah saja. Hihihi.. Dapatlah jenguk macam mana orang di Melbourne shopping barang. Tak jauh beza pun dari di Malaysia. Di Melbourne juga tak susah untuk dapatkan barangan basah yang halal. Seafood dan daging yang halal juga dijual di hypermart. Sistem bayaran saja yang mengagumkan. Ada section yang khas untuk pembeli buat bayaran sendiri. Maknanya tak ada pekerja tukang scan dan isi barangan dalam plastic. Pandai-pandailah kau nak uruskan sendiri. Swap saja card. Cik Tia kata orang Australia jarang jalan bawa cash banyak-banyak. Rasa boleh tak implement di Malaysia sistem macam ni ?

Selain membeli barang mentah di kedai yang jelas tertulis HALAL, boleh juga beli di hypermart. Sila pastikan ada label RSPCA ditulis. Insyallah dijamin Halal. Ada juga few forums di Internet yang membincangkan tentang RSPCA. Kalau berminat boleh teruskan pembacaan.

Aku bawa barang balik ke apartment while Cik Tia bawa Acik Yati looked around. Aku dan Kak Sal ada agenda lain. Gear up dan kami dah bersedia untuk explore Melbourne. Bought MYKI Card untuk aku dan Kak Sal. MYKI itself berharga 6AUD (RM19.20 approx) dan terus top up 14AUD (RM44.80 approx). Kalau tak cukup nanti boleh top up kemudian. Wajib beli kalau korang nak travel di Melbourne menggunakan Tram, Train atau Bus. Boleh beli di mana-mana kedai runcit yang ada label MYKI. Meh nak cerita sikit soal MYKI. Kalau berminat teruskan membaca. Kalau rasa bosan boleh skip. Aku pun pening while merancang budget untuk penggunaan MYKI. Tapi bila dah lalui sendiri jadi dah faham. 

KAD MYKI : CARA PENGGUNAAN DAN PENGIRAAN TAMBANG


Laluan public transport di Melbourne ada 2 zones. Zone 1 dan Zone 2. Majoriti tempat-tempat menarik terletak di Zone 1. Untuk penggunaan MYKI 2 jam yang pertama, kita akan di charge sebanyak 3.76AUD (RM12.03 approx) dan selepas dua jam penggunaan, kita akan di charge another 3.76AUD (RM12.03 approx) menjadikan total perbelanjaan maksima MYKI untuk sehari adalah sebanyak 7.52AUD (RM24.06 approx). 

Kalau di Zone 2 pula (noted that kita scan MYKI for the first time pada hari itu di kawasan Zone 2 dan hanya bersiar-siar di Zone 2 dan tak akan masuk Zone 1), charge MYKI untuk 2 jam pertama adalah 2.60AUD (RM8.32 approx) dan selepas dua jam penggunaan, kita akan di charge another 2.60AUD (RM8.32 approx) menjadikan total perbelanjaan maksima MYKI untuk sehari adalah sebanyak 5.20AUD (RM16.64 approx).

Bagaimana pula kalau kita nak travel dari Zone 1 ke Zone 2 ? Kita scan MYKI for the first time pada hari itu di kawasan sekitar Zone 1 dan bergerak ke Zone 2 dalam tempoh 2 jam. Kita akan di charge sebanyak 3.76AUD (RM12.03 approx) dan sekiranya mahu pulang ke Zone 1 dalam tempoh selepas 2 jam yang pertama, kita akan di charge another 3.76AUD (RM12.03 approx) menjadikan total perbelanjaan maksima MYKI untuk sehari adalah sebanyak 7.52AUD (RM24.06 approx) walaupun dah bergerak dari Zone 1 ke Zone 2 dan kembali semula ke Zone 1.

Jangan lupa untuk scan MYKI setiap kali naik tram, train atau bus. Bila turun dah tak perlu scan. Walaupun korang hanya nak tukar laluan, WAJIB juga scan. Untuk menyenangkan pengiraan budget, siap-siaplah ketepikan wang perbelanjaan untuk MYKI. Tak mungkin kita hanya nak berjalan menggunakan public transport selama dua jam saja. Jadi kita kira full fare terus. Apa yang aku buat, aku rancang perjalanan dan kira siap-siap berapa hari yang aku akan betul-betul menggunakan public transport dan sediakan 7.52AUD (RM24.06 approx) darab bilangan hari. Jangan kacau dah duit MYKI. Nanti tak cukup boleh ganggu budget lain.

Dah jangan nak pening sangat. Tak faham juga aku cerita baca SINI. Banyak lagi nak cerita ni..

EXPLORATION BEGINS : FEDERATION SQUARE + MELBOURNE VISITOR CENTRE + ACMI + BIRRARUNG MARR


Dari Elgin/Lygon Street, menaiki Tram Route 1/8 yang memang lalu depan rumah Cik Tia, kami terus bergerak ke destinasi pertama iaitu Federation Square. Memang semua orang wajib singgah tinggal bau kat sini. Federation Square adalah kawasan public yang menjadi tumpuan orang ramai sama ada penduduk Melbourne sendiri dan tourists. Antara port pilihan untuk melepak santai. Memang ramai sangat yang melepak di sekitar kawasan Federation Square. Ada banyak tempat yang menarik untuk dikunjungi. Binaan memang semua superb sangat. Menarik. Antaranya adalah Melbourne Visitor Centre, ACMI, National Gallery of Victoria dan banyak lagi. Kalau korang rajin bolehlah terjah semua. Kami tak rajin sangat. Kami pilih few places saja. 

Niat utama adalah untuk ke Melbourne Visitor Centre. Jom..




Melbourne Visitor Centre ni unik sebab bangunan sebenar terletak di bawah tanah. Yang kita nampak dari Federation Square adalah bumbung bangunan yang terjojol keluar. Jadi kita kena turun bawah untuk sebarang urusan. Kami nak beli package tour untuk ke Great Ocean Road. Kalau korang malas nak uruskan pembelian tour ke GOR dari awal, boleh saja selesaikan bila korang dah sampai di Melbourne. Jot down address company dan terus daftar walk-in. Aku sebenarnya nak settle semua urusan before depart tapi dua kali aku hantar email nak booking tak ada jawapan. Malas sudah nak cari company lain. Terus ke Melbourne Visitor Centre dan beli package ke GOR dengan harga 94AUD (RM300.80 approx) seorang bersama company Eco Platypus Tours. Makanan disediakan jadi kami tak perlu fikir dah. Package ke GOR paling murah aku jumpa adalah sekitar 78AUD (RM249.60 approx) tapi tour akan dilakukan dalam bahasa Mandarin dan makanan halal tidak disediakan. Kalau korang tak kisah boleh saja proceed. Makanan boleh tapau atau beli saja bila berhenti rehat. Ada banyak sangat company yang menguruskan tour ke GOR setiap hari dengan tawaran harga yang berbeza. Jadi rajin-rajinkan diri untuk search.

Selesai booking kami bersiar-siar sekitar Federation Square. Santai saja mengikut rentak kaki nak bawa kami kemana. Aku jujurnya memang tak berminat pun nak explore Federation Square dengan gigih. Ikut selera masing-masing. Nak cari port duduk dan cuba berlagak macam local tapi semua penuh dengan orang. Kita pusing-pusing dululah. Entah macam mana boleh termasuk pula ke ACMI. Terhasut dengan penerangan adik yang bekerja kat dalam ACMI tu. Hahaha.. Layan.




ACMI adalah acronym kepada Australian Centre for the Moving Image. Dalam ACMI ada dua bilik teater besar yang sesuai untuk digunakan buat persembahan guna format apa sekali pun. Aku kongsi apa yang aku faham saja. At first aku fikir akan bosan jalan-jalan dalam ACMI tapi menarik rupanya. Itulah. Do not judge a book by its cover. Ada pameran animasi. Ada pelbagai jenis interactive games yang menarik dari zaman dulu kala hingga yang moden. Macam mana kartun animasi daripada tak ada warna jadi berwarna dan semualah. Paling awesome adalah bila TV yang digunakan pada zaman Jepun masih lagi mampu beroperasi dipamerkan. Jakun baq hang !!

During our visit, ada few pameran yang lain sedang berlangsung di ACMI. Salah satunya adalah pameran mengenai Orry Kelly. An Australian guy yang mencipta nama dalam bidang fashion di Hollywood dan terkenal dengan hasil rekaan dia. Memang satu family kerja menjahit bermula dari ayah dia. The he moved to New York untuk mencari pengalaman kerja. Menang tiga kali Academy Award for Best Costume Design. Banyaklah pahit manis perjalanan hidup seorang Orry Kelly diceritakan. Aku yang dari tak kenal dia siapa dapat idea sikit pasal dia.

Jom keluar dari ACMI. Kali ni kami meronda ke belakang Federation Square pula.




Jalan punya jalan nampak ada kakak Turkish jual Gozleme. Terus hati melonjak keriangan. Makanan !! Tanya diri macam tak lapar sangat tapi tanya perut dah menjerit-jerit. Alasan sangat. Aku baca PLM makan Gozleme dan katanya sedap. I should give a try too. Gozleme ni makanan orang Turkish. Rasa outer layer tu in between rasa roti canai dan pratha. Lembut saja. Menjeling sakan kakak Turkish tu sebab at first aku tersebut Gargamel. Ceruk mana terkeluar Gargamel pun aku tak tahu. Maaf kak. Tak sengaja. Kami order satu set Chicken Gozleme dan sebotol apple juice untuk kongsi berdua. Total 13AUD (RM41.60 approx). Kalau kenang balik memang rasa macam tak akan beli kalau kat Malaysia dengan harga macam tu. Tapi dah sampai tempat orang memang pejam mata saja. Apa yang aku boleh cakap, kalau korang jumpa Gozleme, silalah beli. Sedap weh !! And portion besar elok kalau nak kongsi berdua.

Cari port baik punya acah-acah picnic tepi Yarra River. Burung makin banyak pula terbang dekat dengan kami. Nak curi Chicken Gozleme aku la tuh. Macam tak tahu. Hang ingat murah ? Jangan harap. Kami berdua makan licin habuk saja tinggal untuk burung. Muahahaha..

Keadaan lebih santai dan tenang di sebalik Federation Square. Couples pun ramai kat sini. Macam-macam gaya. Kalau terus berjalan ke depan boleh sampai ke Birrarung Marr, salah satu taman yang terselit di tengah-tengah kesibukan Melbourne City. Ada banyak scluptures menarik kat Birrarung Marr. Kami tak menapak sampai ke sana pun sebab kami dah jumpa port terbaik nak bergolek atas rumput. Bergolek ? Heee.. Betul tu. Bergolek.



Salah satu mission yang aku nak buat adalah berbaring di rumput sekitar Melbourne City. Nak buat macam locals disana selalu buat. Nampak tak ramai yang berbaringan disekeliling kami ? Haaa.. Ini adalah perkara biasa yang dilakukan oleh locals disana. Ada yang baring santai.. Ada yang baca buku.. ada yang bersembang dan ada juga yang memang lena sungguh tak sedar apa. Kak Sal sporting gila melayan aku. Sama-sama join. Cayalah kak.. Mujur jumpa port tersorok sikit. Malu juga kalau tengah-tengah Federation Square kena bergolek. Make sure kalau korang sampai sini, korang pun bergolek sakan tau. Kalau tak memang rugi. Huhuhu.. 

Lantaklah rumput basah sekalipun. Janji dapat golek.

-SITI YANG MENAIP (SYM)-

Reach me via email at :
sitiyangmenaip@gmail.com

216 comments:

  1. Complete travelogue for your journey to Melbourne. Bestnya! Tengok gambar pun dah boleh terasa happening tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. while menaip pun could imagine macam still there huhuhu.. thanks Pojie..
      hope dapat jadi rujukan orang lain =D

      Delete
  2. SERONOKNYA IKUT SITI TRAVEL KE MELBOURNE SAMBIL KLIK2 JER...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi memang bawa kawan-kawan semua bersama..
      ada rezeki akak pula sampai kesana =)

      Delete
    2. bestnya siti.. moga i pun dpt merasa pi australia plak nanti. .. hehehe

      Delete
  3. sedapnya gozleme ... yummmyy

    bestnyer bersantai-santai kat rumput tu : )

    ReplyDelete
    Replies
    1. uuuish jangan dikenang.. mana nak cari Gozleme kat Malaysia ni.. ahaha..

      Delete
    2. betuii..betuii..betuii : )

      Delete
    3. kalau jumpa tempat jual Gozleme jangan lupa inform CT k..

      Delete
  4. Setuju ngan CT... kat sana semuanya nampak cantik dan kemas...

    Memang syok melepak kat Federation Square sebab ada free wifi...

    Gozleme hmmmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat tempat orang.. lalang longkang pun lawa =P
      weols pakai OPTUS lineee terbaaaik..
      awat PLM nape ngan Gozleme ? PLM kata sedap iols gave it a try la.. sedap je..

      Delete
    2. Sedap gozleme tu... telan air liur ni... hehe

      Delete
    3. ooookay daku bersetuju =)
      kalau tau ada kat mana2 in Malaysia kena pi beli hehe..

      Delete
    4. ishh...bila turn SJM lak ni...PLM n CT dah rasa Gargamel tu eh silap Gozleme tu

      Delete
    5. ahaha sebutlah Gargamel.. kena jeling nanti.. menikam kalbu..

      Delete
  5. Assalam ct..kak wana jenguk jap sni..maaf bz sgt

    ReplyDelete
  6. Seronok kak wana baca catatan perjalanan ct d sna..rasa excited jga..wow best!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe thank you Kak Wana.. mari Penang meh kita jalan2..

      Delete
  7. sakans., best kan golek2 kat melbourne tuu., ammvoii ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe Wak dulu ada goleks2 dak ? haaha.. baru ammmmvoooi skali =D

      Delete
    2. wak golek-golek macam dalam filem hindustan kan wak? hehehe

      Delete
    3. Wak tak mainlah golek2 kat atas rumput.. xdak privacy =P

      Delete
  8. Saya tak sempat nak singgah yg ct pergi. Ada peluang lagi untuk repeat trip ke Melbourne lain kali. Hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh yes betul tu.. harus kembali. reason untuk golek2 di Melbourne =D

      Delete
    2. Maz!! kalau nak ke sana jgn lupa daku!!!!

      Delete
    3. amboi travel partner berdua ni.. ahaha.. jomlah !!
      kalau ada budget memang harus ku pergi lagi.. tapi kawan dah balik..
      so kena cari hostel ehehe..

      Delete
  9. tak salah mencuba makanan baru di tempat baru...jangan balik baru menyesal bila org menyebut2 kannn.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak.. daripada balik terkulat2 terkilan..
      baiklah makan. pejam mata sajalah bayar ehehe..

      Delete
  10. Haha.... akak pun x masuk acmi tu... lalu atas je. Masa tu ada riot mnghentam tony abot. Semua public transport freeze... geram nya ahkak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi memang sakan riot kan diorang ni.. fikiran terbuka tu terlampau sangat
      sampai semua diorang berani suarakan.. kitorang dapat tengok protes 'anti-racist'
      bagusnya sikap berhemah yang nak protes pun cara aman..

      habis tu naik apa ? jalan kaki je ke ? ooohemgi !!

      Delete
    2. sikit hari lagi Huda nk ke sana lagi kan?

      Delete
    3. hehehe tup tup sampai je Kak Huda ke sana.. rumah kedua kan Melbourne =D

      Delete
  11. Siti ada edit ka gambar yang diambil guna go pro?

    ReplyDelete
    Replies
    1. opcoz abg long.. haruslah ada process edit2 sikit huhu..

      Delete
    2. bukan ke gambar guna GoPro tu dah cantik...kalau edit dh x nampak Ori

      Delete
    3. ahaha jujurnya biasa2 saja cuma unik sket.. still kena edit..

      Delete
    4. hahaha...ngan otai fotografi tak boleh nak auta la

      Delete
    5. gambar dengan GoPro memang lawa.. tapi still kena edit..
      sama ada edit dengan apps phone atau di laptop =D

      Delete
  12. Cik tia tu kawan lama ka? Kenapa makin baca makin jeles. Waarghh nak travel juga. Ok insyaallah satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. kawan masa sekolah menengah.. hehe.. jangan jelly laaah !!
      jom travel.. ehehe.. kalo Arz kena budget extra lah..

      Delete
  13. Pasal rumah kayu mungkin kayu di sana masih murah atau mereka lebih selesa dengan rumah kayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. nice try tapi kurang tepat..
      ahaha okay CT dah dapat jawapan kepada persoalan itu.. nanti iols hapdet..

      Delete
    2. tekalah Akak JM.. Arz teka kurang tepat tu ehehe..

      Delete
  14. Dia bawa plak pula Hindustan pi sana golek2 hehe
    Menarik travel ke Melbourne ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, arz.. kita pikir bnda yg sama.. hehhe

      Delete
    2. ehehee Kak Sal kan peminat Hindustan so kita acah-acah golek lah..
      tak ada kebun bunga nak main cak-cak =D

      Delete
    3. nak golek ngan suami, belum ada lagi...golek ngan CT jelah...hihi

      Delete
    4. jadilah kak.. CT pun tak ada hasben lagi..
      ingat kot dapat cekop seorang kat Melbourne.. haraaaapan =P

      Delete
  15. amboi abang arz, kemain dia komen macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahaha dia memang gitu.. keeeeeemain sangat dia..

      Delete
  16. kak CT, syoknya tengok gambar gmabar and pengalaman kak CT ke sana!!1 sedihnya x dapat folo sekali. one day kita g travel sesama eh. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. one fine day kita find a destination yang sesuai ngan selera kita bersama..
      and yang paling penting.. when we both have EXTRA money hehehe..

      amin =D

      Delete
  17. okay, melbourne nampak sangat bersih macam kak CT cakapkan tu. serius 10 tahun. omg! syoknya jejak kasih semula!!!!


    oh, tu cara rupanya nak cari makanan halal ye. okay2/ faham dah. boleh bookmark entri kak Ct dari skang eehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh yes 10 years.. contact thru facebook jadi tak adalah lost gitu saja..
      nebes seh Amy.. dup dap dup dap mcam nak jumpa calon suami ahaha..

      yup. certain shop jelas tulis HALAL jadi senang. just incase nak beli di hypermart..

      Delete
  18. Macam mana K wa boleh tak perasan ada Yarra river belakang tu...aduhhh..
    Tapi segala ceruk Melbourne memang lawa dan bersih kan..setuju sangat-sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pun tak niat nak pusing-pusing sampai ke belakang..
      cumanya memang nak jalan santai jadi jumpalah Yarra River tu..

      kena pegi lagilah gamaknya =P

      Delete
    2. arghh! Melbourne!! pesal asyik Seoul je di hati ni ohhhh tidak..nak ke Melbourne pulak...blog Wa pun SJM x habis baca kisah Melbourne tu

      Delete
    3. kalau Kak Huda kampung dia Melbourne.. kampung akak Seoul.. okaylah tu..
      haaa citer blog Kak Wa pergi tempat2 lain.. dia pi main snow..

      Delete
  19. best betul korang sempat explore smpai dalam2 bangunan kat federation square tu....kitaorg lalu je situ huhuu...
    wahhh..harga skybus dah naik le, tahun lepas baru 30 AUD return..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu namanya tak ada arah tuju.. sebab memang niat jalan santai sana to kill the time..
      haaa tulah ada baca 30AUD je dah naik harga..

      Delete
    2. m ke Habislah! kalau SJM ke sana lagi 2 tahun kan CT ntah2 cecah AUD50 huhuh

      Delete
    3. ehehe tak apa Akak JM.. selain naik bus tu CT ada solution lain..
      walaupun sikit mahal tapi berbaloi dan selesa =D alaaa.. pejam mata je bayar..

      Delete
  20. golek2 atas rumput turun bukit, pastu hujan.. baru hindustan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha haip jangan diminta hujan tika langit cerah begini..
      golek jugak nanti.. nangis golek golek..

      Delete
    2. nangis golek2 laju2.. hehehe..

      Delete
    3. hahaha itu dramatic sangat tu Phais.. tak pernah ku fikir..

      Delete
  21. nape x gi taman yg byk scluptures tu . nak gak tgk gambar2 nya ... huhuhuuu ... biru sungguh langitnya . mcm manalah agaknya suasana senja di sana ... tetiba membayangkan ... arghhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak ada niat nak pergi.. lagipun kena jalan another 20 minutes then kena cross
      bridge then jalan lagi baru sampai.. kalau yang banyak masa terluang memang sesuai pergi..

      Delete
  22. Syokknya jenjalan.. Gambaq pun cantek2 belaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe gambar Mummy pun semua cantik2 jugak =D

      Delete
  23. Ya Allah bestnyaaa dapat pergi jalan-jalan ke negara luarrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jom Ena ehehe.. kita terjah tempat lain pula =D

      Delete
  24. Wowwww... menarik.... saya yang ddk tgk gmbar ni pun dah teruja apa lagi org yang travel kat sana tu....

    p/s: Tertarik bila akak cakap motsly rumah diorg buat dgn papan... Sangat2 berbeza kat negara kita sebab org skrg berlumba2 nak bila "rumah batu"...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe mana tahu nanti rezeki Ikhwan untuk betul2 sampai.. akak pun mula dengan
      impian.. pelan2 menabung =)

      haaaa bab tu akak dah ada jawapan.. nanti kita cerita..

      Delete
  25. wahhh.. lama jugak sy bc entri ni.... best gila gi Melbourne :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe thank you sudi baca =D
      rasa nak pergi lagi.. jom jom.. travel ramai-ramai..

      Delete
  26. Hai CT...baru habis baca dari A sampai Z...so get ready eh nak BOOM!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. miahahaha iols dah standby jugak ni untuk diserang =D

      Delete
  27. mak aih!!!! camera Sony NEX-3, Gopro Hero3, camera Kak Sal, camera handphone Cik Tia dan camera Iphone 5s? nape x cukupkan sepuluh je ahahahaha...mesti gambar ribu riban...best arghh kalau dpt travel ngan CT...boleh mencelah muka dalam GoPro dan Iphong ngeh ngeh ngeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar memang banyak pun.. banyak gambar yang repeat sebab ye la.. bila dah masuk laptop baru dapat belek betul-betul.. jadi main snap saja.. ehehe..

      Delete
  28. kalau sis JM kan CT...bagilah camera canggih manggis mcm mana pun..gambar tetap tak cantik...x pandai cari angle...main hantam kromo je..jom belajar take pic from SS!

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT pun teknik dan skill pun tak tahu.. tapi sebab suka ambil gambar jadi macam
      adalah try and error sikit2.. kadang tu mngeluh gak sebab tak kena.. lagi2 gambar makanan..

      camera CT basic Akak JM.. berumur dah camera tu =D

      Delete
    2. Sis JM, kita satu kelab. Saya memang fail bab amik2 gambar ni.

      Delete
    3. huhuhu samalah kita sebenarnya Kak Farrah..
      kalau orang pro judge ni memang fail jugak.. tapi CT pakai teori.. janji sedap mana tengok..

      Delete
  29. nah sekali bergambar Sony di leher, GoPro di tangan Kanan dan Iphong di tangan kiri...mmmg SYTLE lah CT...isshhh sis JM ni mampu samsung young je..pastu ambil gambar guna Samsung Galxy Tab 7 plus je..sob sob sob..Iphong? tunggu Wak hadiahkan...larikkkkkkkkkkkk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha.. okay yang ni lawak. tak perasan pun tau !! ahahah.. gila teliti baca sampai boleh detect.. yang diri sendiri pun dak sedar.. hehehe.. GoPro keluar sekali sekala je kak.. banyak camera biasa sebab senang terus snap..

      Wak ooo Wak.. nak jugak sebijik ipong.. ehehe..

      Delete
    2. tu belum campur kitorang yang jadi tukang tangkap gambar lagi...hihi

      Delete
    3. travel partner terbaik.. sporting abes.. tolong amek gambar CT =D

      Delete
  30. CT...36AUD tu harga standard ke semua semua hotel yg kita book or mcm mana..ehh...CT ada orang jemput so nak tahu lebih lanjut perlu klik link tu lah eh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. 36AUD tu kira macam hotel transfer lah tapi naik bus.. kena naik bus ke salah satu main station di Melbourne City then akan ada another transport to hotel pula..
      kalau tak silap macam ginilah..

      Delete
  31. tak ada jawapan utk soalan kenapa rumah masih guna papan kayu? x try tanya tuan rumah ngeh ngeh ngeh atau pun tanya je Cik Tia

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh dah dapat dah jawapan.. ada kawan dah explain..
      nanti CT kongsikan in next episode =)

      Delete
  32. Adik Farahin tu pompuan eh..ingatkan lelaki...x de ke gambar 2 orang adik tu Farahin n Fawwas..its double F

    ReplyDelete
    Replies
    1. F yg ketiga datang menyibul kat sini :)

      Delete
    2. As usual, dah tekan publish, baru check spelling,...*menyibuk :)

      Delete
    3. ehehe F yang ketiga always datang suka menyerbu..
      tak adalah gambar dengan diorang.. tula.. patutnya snap gambar sama-sama..

      Delete
  33. tinggal tuala mandi tu mesti CT ingat stay di hotel kan..so make sure buat checklist eh before packing bag heee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha CT memang tak letak pun tuala dalam baju2 yang nak dibawa..
      confident saja macam dah bawa tuala.. hehe.. kalo kat hotel memang rembat saja..

      Delete
  34. Betul CT, kaunter bayar sendiri mmg apply di semua cawangan woolworth...sis JM pernah tgk di Gold Coast dulu..ciss! x nak kalah tu nak kabo jugak dia ada pengalaman tu heeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh haruslah kena kabor kan ? baru lah pengalaman yang ada tu dikongsi sama2..
      kalau kat Malaysia agaknya macam mana ya kalo buat cemtu..

      Delete
  35. mak aih!!!! ayam sekilo 9AUD? almost RM30 sekilo?

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu.. pikir banyak kali kan kalo nak makan ayam..
      sekali sekala tak apalah.. tapi dah lama duduk Melbourne kawan kata dah biasa dah..

      Delete
  36. pasal kad Myki tu...kesimpulan nya kalau kita naik turun bas, train or tram dan tak kira berapa kali turun naik nak mudah kita spend 7.52AUD sehari darab berapa bilangan hari kita nak naik public transport tu tul tak CT? x kisah lah naik train zon 1 pastu naik train zon 2 dan kluar naik tram zon 1..kalau betul mmg sis JM x perlu lagi klik link myKI - Public Transport tu..perghh! cayalah CT mmgbuat budget lengkap betul..kalau sis main agak2 je..so no more pasni perlu buat budget betul2 baru tahun berapa perlu spend

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kalau nak senang memang asingkan siap2 lah 7.52AUD darab berapa hari yang kita akan naik public transport. kalau sepanjang kat sana guna public transport maka darablah.. biarlah kita asingkan lebih daripada kurang.

      jangan tipu naik tram bila tambang MYKI tak cukup. kami dah witnessed sendiri ada orang datang check jumlah tambang while dalam tram. time tu memang kena bayar compound on the spot. haaaaa melayanglah 70AUD.

      Delete
  37. it means...urusan bkooking di msia x berjaya jadi CT ke Melbourne visitor centre ni buat booking baru? ada kemungkinan tak tarikh kita nak pegi tu full booked? Eso Playpus tu prepare makanan HALAL eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan diorang yang prepare, tapi diorang tolong booking je..nanti sampai part GOR kte story lagi lanjut ye (tolong jawabkan)..hihi

      Delete
    2. a ah tak menjadi sebab diorang nak credit card lah nak bayaran guna paypal lah..
      mengada2 sangat processnya jadi CT malas nak layan.. senang teruslah pergi book kat sana.. kalau taknak kat MVC tu.. boleh salin alamat company tours then nanti carilah bila dah sampai kat Melbourne. ehehe..

      Kak Sal rajin nak menyambung.. CT nanti2lah.. masih mencari kekuatan..

      Delete
  38. kalau ke obersea jgn lah convert ke RM mmg x mkan lah jawabnya heeeee...cian burung tu lapo

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahah burung tu tayah kesian lah kak.. kami ni lagi lapar kebulur..
      betul tu.. kalau convert memang tak makan dan membeli apa-apalah while jalan2..

      Delete
  39. nah!!! part dapat bergolek tu best cam atas katil je kan...ce coba golek atas rumput di KLCC tu ada bran?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak golek atas rumput depan KLCC? Apa kata sis JM tunjuk demo dulu :)

      Delete
    2. sat lagi ada bangla golek sekali.Ah...sudah!

      Delete
    3. hehehe baru bollywood abes kalo cenggitu.. nak nak lagi effect dramatic..
      terjun kolam air pancut tu.. memang superb lah.. siap ada penonton lagi =D

      Delete
  40. Datang sini sambung journey Melbourne ngan CT dan Sal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tunggu lagi nanti nak sambung journey.. macam2 nak cerita..
      entah bila nak dapat kekuatan menaip semula..

      Delete
  41. Puas hati tengok gambo banyakkkkkkk! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat nak panjangkan lagi entry ni.. tapi CT kan menaip memang berjela2..
      nanti juling pula orang nak baca.. kita buat pendek2 dulu sajalah..

      Delete
  42. First time gi blog ni....Chomelnya template..ada banyak bunga..i like :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaai kakak.. maceh sudi jenguk blog itew.. nanti itew jenguk blog kakak balik..
      jangan puji gitu nanti itew makin kembang.. ehehe..

      Delete
  43. Best nya pergi jalan2...Macam kenal aje adik yang sorang lagi tiew :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe yang sorang lagi tu yang kaki bola tuuuu la kakak.. ehehe..

      Delete
  44. ok nanti nak ke sini juga. tak boleh kalah haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha amboi dia.. terus tamo kalah eh..

      Delete
  45. Saya rasa kan negara-negara maju ni memang jenis yang main swap card je. Malas nak bawa duit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dekat Canada main swap2 jugak ke Farah ? sebab mind diorang tak corrupt kot..
      diorang tahu nak jadi sistematik macam mana.. kalo kat sini i doubt that..

      Delete
  46. cantiknya pemandangan di sana ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. memang cantik. lorong2 gelap pun cantik =)

      Delete
  47. Goshhh, I miss Australia very much...salam perkenalan ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. i miss Australia too.. ehehe.. bilalah dapat pergi lagi..

      Delete
  48. CT, Oh my bestnyaa dapat tengok negara orang. Nani yang baca pun rasa excited. Ehh part yang baring atas rumput tu Nani teringat hari tu dekat kampus ada student perempuan baring atas padang ambik gambar. Hahah, dia nak fefeeling kat luar negara mungkin :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kat luar negara memang perkara biasa dah Nani.. kalau kat negara kita memang
      pelik sikit sebab tak jadi trend. plus.. pasti ke tahap kebersihan terjamin sebab time kami
      decide nak baring ni.. sekor anjing ngan kucing pun kami tak nampak.. hihi..

      Delete
  49. betnya kalau dapat pi sini...jeles ngan Siti....cantik2 gambarnya dan kena ingat tau...pengalaman itu sesuatu yang paling berharga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. gambar tu edit saja lebih kak.. hehehe jangan jelly2 kak..
      mari kita menabung.. kita jalan-jalan =D

      Delete
  50. suka tgk persekitaran yg bersih mcm tu...tenang je...nk jln2 pun rs nyaman n tenteram...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang bersih sungguh.. dats why nak golek2 kami yakin..
      yang ada pun paling kotor rasanya bird poo sajalah..

      Delete
  51. ct, kalu cik tia sediakan nasi lemak kerang + telur mata, mau ada yg tak larat nak jalan2 nnt ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe memang besar rahmat tu kalo Cik Tia sediakan gitu..
      memang tak keluar jalan2 la lepas zohor hehe.. melingkar tido..

      Delete
  52. tak boleh baca habis..akan sambung next time.. semoga your dad sihat cepat.. jgn sedih2 ye cik ct

    ReplyDelete
    Replies
    1. awatnyaaa tak baca sampai habis ? ni nak kena babap ni..

      Delete
  53. syok betul berhuhuhuhuhu bersama baca entry ke melbourne siti ni...full with info dan senang paham...dan terasa bagaikan nak jugak bergolek golek atas rumput tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh nanti kita berhuhuhu lagi dalam next entry ya..
      memang kalo tengok ada rumput2 kat luar negara memang rasa nak golek2..

      Delete
  54. rajin lah adik kita ni buat penjelasan pasal MyKi..kak Sal jugak tak faham sampai ke sudah..Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe Kak Sal main scan saja eh ? CT sebenarnya pening pasal MYKI dari sebelum pergi lagi tapi lepas sembang dengan pakcik kat kaunter tiket tu terus faham hehe..

      Delete
  55. terjumpa Yarra River tu memang luck..ingat jauh nau, rupanya belakang je

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kat belakang saja.. ehehe.. ceq dah tengok peta siap2..
      patutnya kita terus saja kan kak ke Birrarung Marr tu.. taman tu cantik.. kuikui,.

      Delete
  56. sambung baca... bestnya golek2 depa..dah macam ayam golek tgk..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoooi dia datang sambung singgah pulak ya.. amboi Suida.. nak kena cabai ni..

      Delete
  57. Ct kata Gozleme tu sedap, tang mana leh dapat kat sni eh? nak p ausie xtau lah bila..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha belum dapat dikesan lagi kedai yang menjual Gozleme kat Malaysia..
      rasanya ada tapi kena gigih cari ehehe.. kedai makanan Turki ada kot..

      Delete
  58. Hai Cik Siti,
    Panjangnya entry! rajin sungguh Siti Yg Menaip taip yek?
    Cantiknya Melbourne..bandar yang nmpk terancang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe hai.. ini kira pendek ni sebab kalo dak rasa macam nak tambah lagi..
      maka tabahlah membaca hehe.. memang hobi menaip panjang2..

      Delete
  59. Replies
    1. best best.. kita kena menabung dulu baru lagi terasa best tu.. eheh..

      Delete
  60. takziah atas siti sekeluarga diatas penyakit yg menimpa ayah siti.. smoga dipermudahkanNya...

    ReplyDelete
  61. masa spring and summer memang best lepak2 kt padang awam, sunbathing..ala-ala piknik..hihi..bestnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe summer tamolah kak.. panas.. nanti peluh2.. omputih tak apa diorang tu macam tak pakai baju.. kita takan nak gitu =P

      Delete
  62. gambar2 uols mmg awesome
    leh pinjam gopro hero tu x hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe boleh kak.. nanti kita sign kontrak pinjaman k hehehe..

      Delete
  63. nak pg jgkkkk... hehehehe kumpul duit dulu...

    ReplyDelete
  64. Replies
    1. kan.. bila tengok balik sendiri pun rasa excited sangat hahaha..

      Delete
  65. Tak paham jugak pasal MYKI tu.. kalau ada rezeki nak sampai sana, kena ulang2 baca lah nampak gayanya.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe memang pening dan CT dah cuba susun sebaik mungkin dah tu..
      tak apa.. nanti betul tu dah sampai sana mesti lagi faham =D

      Delete
  66. Nak gegolek jugak.. cantik rumput itu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita cari port rumput kat Penang then kita golek2 nak ? kot lepas tu jadi trend ehehe..

      Delete
  67. Hi, nak tanya worth tak amik tour GOR dgn Eco Platypus Tours tu ?
    Sebab malas nak book thru web..Ingat nak walk in tiba sampai sana jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari sudut harga memang mahal sebab ada yang lagi murah.. tapi kalau dari segi quality okay saja. tak menyesal pun CT book mahal dengan diorang.. lagipun malas dah nak fikir tentang booking semua tu yang walk in saja..

      Delete
  68. Bergolek atas rumput dia, best ! Lagi pun kat sana everything nampak bersih, so tak delah takut kut-kut ada cik meow tinggal harta ke ape, hiks :p. Waiting for next entryyyyy :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha betul-betul.. in fact.. Cik Meow pun kami tak nampak sekoq pun..
      mana pergi tah semua meow meow kat Melbourne..

      Delete
  69. syoknyaaaaaaaa berjalan tempat orang. moga kami pun dapat peluang murah rezeki boleh intai2 negara org amin amin hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok.. puas dah menabung so kita enjoy pula =)

      Delete
  70. Ehhhh! Pesal SS boleh terlepas baca entry ini! Iskksss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. huwaaaa nampak sangat dah lama SS tak jenguk sini kan..

      Delete
  71. Jangan edit berlebihan sangat.. Simple is beauty dear... Make sure muka jangan terlalu kuning or oren...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa kuning2 gitu bleh acah2 kulit tan =P

      Delete
  72. SS pernah tak mandi lebih 2 hari... So... No Problem! Ha Ha Ha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoi anak dara oooooi.. apa tak mandi dua hari ? apekaaaah ??? ahaha..

      Delete
  73. Tertinggal tuala mandi? Keh Keh Keh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaip !! jgn nak gelak sangat..
      nasib Kak Sal ada come to the rescue..

      Delete
  74. Replies
    1. maceh ZF.. hasil mengedit je ni.. huahua..

      Delete
  75. menarik..tq..boleh dijadikan panduan ke sana dis 2015,

    ReplyDelete
    Replies
    1. eehehehe bestnya Uncle nak pergi Melbourne..
      nak tumpang dalam luggage boleh dak hehe..

      Delete
  76. Ok.. Akak teruja tgk Gozleme tu.. Seriously kat malaysia nie mana nak cari..
    And yang paling win dah tentulah babak SYM bergolek sakan atas rumput.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe memang kalo Gozleme ada jual kat Malaysia.. CT nak pergi cari..
      rindu haih Gozleme.. mana nak cari eeeeh.. hehe.. wajib tau kak golek2.. baru feeling macam orang sana hahaha..

      Delete
  77. mak aiiiiiiii mahalnya siti..tapi kalau sedap apa salahnya..lagipun makanan yg rare tak ralat la keluar duit yer dak..hehehe ...syok la dapat golek2 kat padang mcm tue.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kalau bab makan memang dak berkira sangat.. tapi kalo mahal tu pikir-pikir jugak.. tapi tibai je kak.. nak makan punya pasal.. hehe..

      Delete
  78. Nak golek-golek atas rumput jugak. Huhuh

    ReplyDelete
  79. Seriously view kat sana memang cantik... gambar2 yg CT snap pun awesome... jelly sngt..huwaaaa...

    ReplyDelete
  80. amboi, mahalnya gozleme tu.. huhu... tapi apa salahnya kan? bukan senang nak dapat kat Malaysia.. nasib baik sedap :) kira berbaloi la dgn harganya :)

    ReplyDelete
  81. Excited sampai tak bawak towel yerp.

    Seronok kita membacanya. Cantik betul gambar2 ni. Suka tengok. Awan biru...cantik sangat.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...