SITI.YANG.MENAIP: PULAU PANGKOR 2013 PART 2 - KILANG BUAT BOT + KILANG SATE IKAN + TOKONG FOO LIN KONG + MINI GALERI + KOTA BELANDA

PULAU PANGKOR 2013 PART 2 - KILANG BUAT BOT + KILANG SATE IKAN + TOKONG FOO LIN KONG + MINI GALERI + KOTA BELANDA

/
10 Comments
September 14, 2013

TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI PULAU PANGKOR PERAK

Entri sebelumnya diSINI.

PULAU PANGKOR | TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI SEKITAR PULAU PANGKOR DALAM MASA DUA JAM. Perjalanan diteruskan untuk hari kedua di Pulau Pangkor. Setelah sepetang bermain air sure malam tidur lena. Letak kepala memang terus pengsan tak sedar apa dah. Rasanya kakak berdua ada juga layan movie tapi aku laju lena dibuai mimpi. Tak sempat mimpi pun sebab lena sangat. Lepas solat semua pakat pengsan balik. Patutnya bersiaplah nak keluar jalan-jalan tapi since effect main air dengan ombak besar memukul, badan jadi sakit. Dah lama tak beriadah terkejutlah urat sendi. Lemau sikit rasanya that morning tapi digagahi juga. Puas berehat kami decide untuk keluar. Baru nak fikir apa aktiviti-aktiviti yang nak dilakukan. Berdebat juga seround dua sementara nak capai kata sepakat. Seorang nak naik motor seorang nak pusing pulau seorang nak mandi laut. Adik yang pening kepala. Tak ada apa sebenarnya. Adik yang paling bebal nak ajak kakak pergi buat itu ini. Bila kita pergi holiday, banyak perkara yang perlu kita consider. Duit belanja, makanan, souvenirs and macam-macam lagi. Selalunya memang akan terover budget. Setelah berjaya dipujuk, akhirnya kakak setuju untuk ronda pulau. Kita brunch dulu tepi pantai. Cuaca cerah cantik semoga tahan sampai malam tak hujan. Pekerja di reception bagi peta Pulau Pangkor. Kononnya nak jalan kaki saja ke selected places tapi obviously jarak dari satu tempat ke tempat lain adalah jauh. Jangan risau dimana nak cari makanan kalau stay area Teluk Nipah. Makanan memang akan sentiasa ada kedai-kedai makan banyak dibuka. Pukul 11:00AM nasi lemak pun masih ada. Setakat hari kedua makanan-makanan di Pulau Pangkor semua menepati citarasa kami. Harga sedikit mahal tapi normal. Inikan pulau kenalah bayar lebih sikit. Berdekatan dengan tempat kami makan, ada port taxi pink yang selalu bawa pelancong-pelancong pusing sekitar Pulau Pangkor. Sajalah singgah sembang kejap dengan pakcik-pakcik driver yang ada disitu. Tanya harga dan cadangan tempat yang boleh kami pergi. Lepas sembang pakcik driver offer dua jam perjalanan pusing pulau naik taxi hanya dikenakan sebanyak RM70 ringgit. Jeling pandang kakak tersayang tanya pendapat. Aku on saja memang niat datang nak berjalan. Kakak setuju jadi untuk tempoh dua jam pakcik taxi akan bawa kami bertiga pusing-pusing sekitar Pulau Pangkor.


Having our brunch tepi pantai.

KILANG BUAT BOT DI PULAU PANGKOR

Sebelum sampai ke tempat buat kapal, pakcik taxi bawa kami meronda ke kawasan pantai selain dari Pantai Bogak dan Teluk Nipah. Seronok juga pakcik taxi mesra dan rajin explain itu ini. Kenapa pantai yang kami lalu dah macam tempat jin bertendang tak ada orang mandi langsung. Hairan sebab kawasan lapang cantik. Rupanya sebab kawasan pantai yang mengadap ke jeti dan mainland lebih berselut jadi orang tak sukalah nak mandi. Mandi laut ke mandi selut. Kawasan Pantai Bogak dan Teluk Nipah lebih berpasir and landai sesuai untuk mandi. Gituuu.. Pusing punya pusing sampailah kami ke tempat buat boat. Majoriti penduduk di Pulau Pangkor memang kerjanya tangkap ikan and hasil hasil laut. They need good boats untuk cari ikan. Sebab tu ada satu kawasan khas yang sentiasa menghasilkan bot atau baiki bot rosak atas permintaan nelayan-nelayan. Kami tak bernasib baik sangat sebab tak ada bot yang almost nak siap or what. Semuanya dalam proses baru baru nak mula buat. Pakcik taxi cakap, kilang ini buat badan bot saja. Nanti bila badan dah siap, bot akan dibawa masuk air kemudian baru siapkan bahagian atas. Tak semua nelayan minta bot dibina sepenuhnya. Kadang-kadang ada yang nak bahagian bawah saja dibina atas buat sendiri. Ikutlah selera dan kepakaran masing-masing.



Lepas daripada menjenguk orang buat kapal, pakcik taxi bawa kami ke kilang sate ikan. Kalau pergi Pulau Pangkor wajiblah beli sate ikan atau produk-produk makanan laut yang lain. Memang banyak sangat kedai yang jual tapi kalau datang ke kilang dapat tengok ikan dijemur dan boleh beli yang baru siap dipanggang. Dapat rasa panas-panas lagi sate ikan Pulau Pangkor. Ramai pelancong yang singgah banyak van-van taxi ada. Memang port memborong. Harga memang dah tetap tak adalah nak tawar menawar memang tak dilayan. Kalau datang kilang memproses makanan-makanan laut kita boleh juga jenguk kawasan pekerja-pekerja sedang bekerja. Dapatlah tengok bersih atau tidak kawasan kilang. Setakat yang kami nampak bersihlah kawasannya. Yang tak nampak tak tahulah macam mana. Ada juga sotong-sotong kering digantung. Sedapnya sotong gula yang pedas manis memang favourite.

KILANG SATE IKAN PULAU PANGKOR





Jujur aku memang suka kawasan perkampungan nelayan. Suka nature tapi lebih suka tengok kawasan tepi pantai ada banyak bot-bot nelayan. Rasa tenang dan menarik sangat. Kami borong sikit makanan-makanan laut di kilang sate selain kenyang makan tester. Tak adalah banyak sangat borong sebab tak tahu nak bagi siapa. Beli untuk makan sendiri saja.

TOKONG FOO LIN KONG PULAU PANGKOR

Next destination adalah Tokong Cina Foo Lin Kong yang famous di Pulau Pangkor. Actually was was juga kitorang nak singgah tak pasti hukumnya apa tapi tawakal sajalah dah pakcik taxi sakan suruh turun. Kami pusing-pusing di sekeliling temple dan tak masuk pun ke kawasan penyembahan. Simple sangat kawasan sekitar tokong tapi cantik dan kemas. Rasanya sebab cantik tu yang terkenal. Banyak pokok-pokok besar menjadikan kawasan tokong redup. Angin pun bertiup sepoi sepoi. Nearby kawasan tokong ada orang jual souvenirs Pulau Pangkor. Belilah souvenirs disini sebab paling murah compared to other places sekitar Pulau Pangkor. Kami borong fridge magnets dan keychains disini sebab sangat murah. Tak ingat beza harga berapa tapi di Teluk Nipah memang mahal. Beli banyak lagi dapat discount. Murah hati sungguh. Boleh kalau nak kasi sepupu sepapat sorang sebiji fridge magnet sebagai kenangan. Design pun bukan yang buruk-buruk. Cantik-cantik juga.





Lepas daripada melompat sana sini bergambar dan bersiar sekitar tokong, pakcik taxi bawa kami singgah satu mini galeri yang baru saja siap dibina. Kecil galerinya tapi banyak juga benda yang dipamerkan. Sejarah Pulau Pangkor dan haruslah ada sejarah Perjanjian Pangkor yang terkenal. Bagi pencinta sejarah, kalau datang ke Pulau Pangkor memang disarankan singgah menjenguk mini galeri.  Infonya semua tersusun dan tak pening pun nak baca. Sesetengah muzium atau galeri, terlalu banyak input yang nak sampaikan, pening kepala jadinya. Tapi mini galeri ni memang straight to the point banyak gambar dan yang penting tulisan besar senang baca. Paling suka tengok duit zaman dulu kala. Nampak sangat mata duitan. Pergi mana pun tertarik dengan duit. Hehehe..

KOTA BELANDA PULAU PANGKOR

Last pit stop sebelum kami dihantar pulang ke resort haruslah singgah sekejap di Kota Belanda. Kalau dah datang Pulau Pangkor wajiblah ke Kota Belanda. Tak ada apa sangat pun. Kota Belanda adalah kota peninggalan Belanda suatu ketika dahulu ketika menjajah Tanah Melayu. Tinggal sikit saja tapaknya tapi dah datang sini memang haruslah menjenguk. Ambil gambar seround dua. Dulu rasanya masa aku datang tempat ni tak rupa macam sekarang. Dah ada banyak benda yang berubah. Kawasan ni sedikit panas dan bahangnya memang terbaik jadi kalau korang jenis puteri putera lilin, pakailah topi or sunglasses. Menyucuk-nyucuk rasa.





Plus minus daripada trip meronda sekitar Pulau Pangkor adalah beberapa tempat lagi yang kami dibawa meronda. Batu Bersurat yang famous tu pun kami sempat singgah. Beberapa lagi pantai yang pakcik taxi terangkan dan pusing-pusing di perkampungan Cina dan Melayu. Memang ngam dua jam nak pusing satu pulau. Alhamdulillah selesai pusing satu pulau. Petang hari niat dihati nak sambung bermandi manda. Tapi air laut sedang pasang and ombak memang lagi tinggi dan bergelora. Tak berani untuk ke tengah pun. Memang duduk kat pesisir jew tunggu ombak datang bawak pasir. Sekali check poket penuh dengan harta karun. Jadi sampai ke senjalah kami duduk kat tepi pantai kene tibai ombak. Memang nasiblah gamaknya. Sempat juga hujan turun seround dua time tengah mandi. Awal tahun pergi Pulau Tioman pun time hujan musim monsoon. Asal pergi pulau saja musim hujan. Makan ikan bakar for dinner and had a good sleep. Esoknya pulang ke Parit. Seronok juga plan percutian mengejut. Boleh buat lagi.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

10 comments:

  1. teringat masa pi pangkor dua tahun lepas. balik2 muka merah sebab sunburn..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. biasalah kalau dah pergi jalan kat pantai or pulau memang kena get readylah nak sunburn.. hihihi..

      Delete
  2. bestnyer akak baru sekali sampai pulau pangkor

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehla repeat lagi.. nak tak ? berendam laut puas puas heheh..

      Delete
  3. pernah ambik gambar kat dutch fort tu :D rasa mcm tak yah gi jauh pun nak ambik gmbr ala2 luar negara. kat Malaysia pun banyak tmpt2 sejarah kan :) tapi pengalaman yg lebih penting kan? hehe. kat spain banyak tinggalan2 kubu/istana yg ala2 fort tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi memang banyak tempat bersejarah yang menarik tapi tak feel lah Hanis oooi. kena pi negara orang jugak baru ada uuumph. uish panas sungguh kat kawasan ni. jenuh lap peluh.

      Delete
  4. Best pula tengok kilang buat bot tu :)

    ReplyDelete
  5. Apsal gambar CT tak de kat profile tu?

    ReplyDelete
  6. Bestnya, Zumal belum pernah pergi. Cuma naik bot lintas pulau je...

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.