Segmen Bloglist PKP 2020 | SITI.YANG.MENAIP

Segmen Bloglist PKP 2020

/
36 Comments
May 03, 2020

Mari ramai-ramai join mmeriahkan segmen The Wonderful Jannah. Syarat-syarat penyertaan sangat mudah dan menarik - sambil join segmen sambil kongsi cerita pengalaman menarik sepanjang MCO.

Pengalaman sepanjang MCO :

  • Lebih rajin masuk dapur untuk masak. I love cooking tapi aku ni pemalas but since MCO kena jugalah masak tolong MamiZ. Seronok sebenarnya masak ni kalau kena time mood tengah okay. Tried few new recipes - buat cake kukus, kuih seri muka dan beberapa menu masakan dan alhamdulillah tak perlu masuk group viral Masak Apa Tak Jadi. Walaupun rupa mungkin tak sesempurna professional buat tapi tidaklah cacat. Yang penting rasa tetap ada uumph..
  • Sepanjang MCO ada beberapa kali juga keluar pergi beli barang di kedai Acheh berdekatan. Aku self proclaim diri sendiri as ketua keluarga. Masa first time keluar during MCO tiba-tiba kena attack rasa semput di kedai dan aku rasa itulah perasaan bila kena panic attack. Tak pernah rasa macam tu sebelum ni. Aku jadi takut tengok orang yang ramai dikedai membeli barang seolah-olah tak ada virus yang menular. Semua bersesak-sesak membeli dan berebut tidak menghormati arahan untuk menjaga jarak. Memang sakit dada sangat dan terpaksa berpaut pada rak-rak barangan untuk beberapa minit. Susah nak bernafas kena ketuk-ketuk dada. Bila rasa lega sikit cepat-cepat bayar masuk kereta tenangkan diri. Bawa ke esok hari jugalah rasa semput tu.. Alhamdulillah slowly rasa normal balik. Lepas tu ada keluar lagi kalau nampak ramai orang dalam kedai, aku tunggu sampai dah reda sikit.

Inilah serba sikit apa yang terjadi during MCO ni.. Tak adalah pengalaman menarik sangat just normal daily routines untuk mengisi masa terluang.





You may also like

36 comments:

  1. new normal bak kata orang.. nanti nak join jugaklah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. new normal yang harapnya Malaysians boleh terima..

      Delete
  2. Nisa join dari sini https://anisa-mylife.blogspot.com/2020/05/segmen-bloglist-pkp-2020.html

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas sokongan,SYM😊

    ReplyDelete
  4. Lepas ni boleh terus kekalkan masuk dapur dengan bermacam resipi tau.Selamat bersegmen.

    ReplyDelete
  5. Good luck, kak Siti :)

    ReplyDelete
  6. Semoga bertuah ;-
    Rasanya lepas MCO akan wujud ramai orang yang dah terror memasak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah itula tu.. lepas MCO ni ramai yang terer hehe..

      Delete
  7. selamat bersegmen siti.

    ReplyDelete
  8. Memang raaamai yang suka cuba resepi baru kan PKP ni. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua jadi makin pandai masak sejak2 MCO ni..

      Delete
  9. moga semput panic attack tu dijauhkan dan kembali sihat dan ceria

    ReplyDelete
  10. selamat bersegment

    ReplyDelete
  11. memang seram kalo nampak orang ramai gila dalam supermarket musim mco ni..sebab diorang kelam kabut macam ape...kalo sebelum mco dulu ramai gak tapi semua tenang2 aje membeli...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaaa diorang macam tak rasa pape je tengok bila dok beli barang. kadang kedai da buat line pun diorang main redah je x follow. memang seram tengok..

      Delete
  12. Hakak pulak rasa mcm sakit sakit tekak lepas keluar beli barang CT....Padahalnya tak de pun agaknya psikology kot sebab musim covid ni kan hihi... Take care ye CT

    ReplyDelete
    Replies
    1. stuju jugak part psikologi tu mungkin la sebab saya pun fikir macam tu. bila da bagitau diri sendiri xdak pape la ni jangan risau baru rasa okay sikit..

      Delete
  13. Selamat bersegmen Siti..

    ReplyDelete
  14. Selamat bersegmen SYM :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.