Minuman Yogurt Berkarbonat Lotte Milkis Dari Korea Yang Sedap | SITI.YANG.MENAIP

Minuman Yogurt Berkarbonat Lotte Milkis Dari Korea Yang Sedap

/
30 Comments
April 10, 2020
MINUMAN YOGURT BERKABONAT LOTTE MILKIS DARI KOREA


Dah kata dah.. makin lama terkurung dalam rumah makin banyak benda aku borong dari Shopee. Service penghantaran during MCO pun laju juga makin semangat nak membeli. Hari-hari scroll ada saja akal aku nak beli entah apa-apa. Kali ni aku berjaya rembat tujuh perisa minuman ringan yogurt berkarbonat Lotte Milkis dari Korea yang sedap. Uniknya Milkis ini disebabkan rasa air susu yogurt tapi carbonated. Milkis memang famous ramai dah cuba dan sesiapa yang dah pergi Korea mesti familiar juga. Tapi aku tak pernah minum dan inilah pertama kali aku nak rasa. Niat asal nak beli yang original flavour saja sebab aku tak tahu pun ada flavours lain tapi teruja tengok ada macam-macam pilihan terus angkut semua yang available. Harga pun tak adalah mahal sangat.. hanya RM2.50 satu tin - tambah pula free postage lagilah sistuuur sakan memborong. Taip saja Milkis di search box haaa.. berderet kedai yang jual. Sekarang ni kat mana-mana pun dah mudah sangat nak dapat bekalan snacks dari luar negara. Aku pernah nampak juga Milkis dijual di Family Mart.

In total yang berada dipasaran ada berapa flavours aku pun tak pasti. Aku beli serba satu setiap flavour yang available di Shopee - Original, Peach, Banana, Strawberry, Muskmelon, Grape dan Apple. Secara general rasanya sedap manis dan just nice untuk diminum. Patutlah ramai orang suka. Pilihan favourite aku pula adalah Peach, Apple, Grapes dan Strawberry. Yang Original aku rasa biasa saja dan paling tak sedap di tekak adalah Muskmelon dan Banana. Pelik sikit rasanya tapi tak tahulah kalau korang cuba dan suka. Selera kita tak sama.. Lotte Milkis dah ada pengiktirafan halal dan insyallah boleh diminum tanpa ragu. Tapi kalau masih tak pasti, it is best kalau korang buat research cari sources yang boleh dipercayai sendiri walaupun ramai yang kongsi kata halal. Biar kita tengok dan baca dengan mata sendiri baru puas hati. Benda nak masuk badan jadi darah daging kena kaji betul-betul jangan tibai terus.

Selamat mencuba !!

#psstt !! aku dah terang tulis S-E-D-A-P kat atas tu..
jangan tanya lagi sedap ke tidak.. sedih tau dak..



You may also like

30 comments:

  1. Sejak dua menjak ni akaun bank akak makin menyusut sebab shopping online kat Shopee..nafsu shopping naik mendadakla sejak MCO ni. Sabar je la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi samalah kitaaaa ni kemain order macam2 online lepas tu tengok balance aaikkk hahaha tiba2 lupaa segala kejadian haha..

      Delete
  2. Tak pernah minum minuman ni. Teringin gak nak cuba. Tapi takut sebab kita takley minum susu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tak boleh minum tu better jangan sebab lactose intolerance tu bahaya kalo minum susu jugak. in my case.. i tak minum susu tapi xde masalah kalau minum so okay saja.

      Delete
  3. Wahhh... Bestnya! LeYa belum pernah try lagi.. Dengan harga yang murah, rasa nak gi beli juga la kat shopee.. Heheh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. harga tengah promosi tu thats why terus rembat semua flavours. kalau saja2 rasanya tak beli jugak sebab mahal.

      Delete
  4. Haha. Memang nampak Shopee ni macam kedai serbaneka. Tengok adik yang ada akan Shopee pun macam-macam beli masa duduk sini.
    Air gas ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha yup bergas carbonated.. tapi very light tak kuat pun.

      Delete
  5. Wow... Dapp nyer 👆👆. Korea baq hang😃😃

    ReplyDelete
  6. Wah.. macam best.. nak gi terjah shopee jugalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dipersilakan.. terjah jangan tak terjah =D

      Delete
  7. kat sini lambat plak pos.. makanya beli lepas pkp la nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. aik kenapa gitu ? Pos Laju and J&T laju gila sini..
      unless kat kawasan total lockdown and severe redzones baru tak sampai..

      Delete
  8. perghhhh ini memang memborong sakan ni! hahahha! kan best kalo kat shopee ada air coklat van houtten yang kat jepun tu!!! rindu lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe cuba cari tah tah ada. jangan tak caya Shopee ni macam macam ada hahaha yang kita tak sangka pun boleh jumpa.

      Delete
  9. Ni penghantaran dari Korea ke? Okay juga kalau laju sampai. Menarik, macam boleh try air ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari Malaysia je.. cari je kat Shopee banyak kedai jual. before that chat dulu tanya bila diorang akan post sebab MCO ni macam2 halangan.

      Delete
  10. Samalah...Akak pun dok menyoping online padahal sebelum ni tak adalah suka nak beli online. Ni dah berapa kali kuar masuk shopee.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itula hiburan dikala MCO ni.. time abang posmen sampai bawa parcel tu kita rasa seolah2 berjaya berkomunikasi dengan dunia luar.

      Delete
  11. Minuman ni memang femes. Tapi seingat saya pernah rasa yang original je kot. Tapi tak minat macam banana uyu XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun beli sebab teruja nak tahu rasa dia orang kata sedap.. ada la flavour yang sedap ada yang biasa saja.

      Delete
  12. Wah, menarik ni. Tak pernah dengar air ni. BOleh cuba nanti.

    ReplyDelete
  13. Replies
    1. kalau ikut tajuk yang saya da letak tu..
      sedap jawapannya..

      Delete
  14. Replies
    1. kalau ikut yang saya dah share diatas tu..
      Shopee jawapannya..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.