March 2020 | SITI.YANG.MENAIP

Ramai dah susun atur Korean Drama yang nak di tengok sepanjang MRO. Marilah sama-sama kita berganding bahu marathon tengok KDrama. Dah siap standby cerita-cerita yang aku rasa sesuai dengan jiwa aku untuk mengisi kebosanan terperap di dalam rumah. Aku ni ada penyakit sikit.. aku tak berkenan nak tengok cerita-cerita baru yang tengah in tengah viral dan menjadi bualan orang. Tapi ada jugalah beberapa yang terkecuali kalau aku rasa excited yang teramat nak tengok atau ada pelakon-pelakon yang aku suka. Selalunya aku akan tunggu semua orang dah habis teruja baru mula tengok. Itulah sebabnya aku selalu tengok KDrama yang lama sikit - tahun 2018 2019 punya. Bila tengok drama yang lama ni boleh skip part yang tak best sangat.

Ini adalah beberapa KDrama yang aku dan RaihanF dah sepakat nak tengok.
Genre yang aku suka santai saja tak heavy sangat sebab aku tak suka nak pening kepala semata-mata layan KDrama. Aku nak yang happy cute chill relax. Romantic comedy aku suka. Cerita horror ada benda terkejut terperanjat memang aku reject dari awal. Action pun suka tapi selected juga. Usia makin tua ni aku pilih tapis jugalah drama mana yang sesuai nak tengok. Kalau ada yang serious pun sikit kot..

 Catch The Ghost
Strongest Deliveryman
Welcome To Waikiki 1
Welcome To Waikiki 2

Sejak tengok Kim Seon Ho berlakon dalam 100 Days My Prince, terus fall in love dengan dia. Sejak dia jadi new cast untuk 2 Days 1 Night lagilah hati sentiasa berbunga. Tak pernah aku minat 2D1N tu tetiba terus jadi fan. Itulah jadinya aku cari semua drama yang dia berlakon. Nak marathon tengok sebab haiiih..!! Handsome. Welcome To Waikiki dah lama lapuk dalam simpanan tapi tengoknya tak sempat. Jadi marilah nanti kita marathon..

Itaewon Class
Crash Landing On You

Dua ni KDrama baru dan tengah hangat orang bercerita. Ikutkan hati memang lambat lagilah aku khatam tapi terkecuali dan terpaksa masuk dalam senarai sebab RaihanF nak tengok. Kami dedua sama-sama suka Park Seo Joon jadi tak apalah layan sajalah drama dia berlakon. Crash Landing On You aku dah tengok separuh.. Okaylah buat stock rasa diawang-awangan sesekali. Bunga-bunga cinta bersemut gituuu. Haih manalah nak cari Captain Ri dalam dunia reality ni.. Nanti sambung tengok lagi. Tergantung di pertengahan.

Romance Is A Bonus Book
Hotel Del Luna

Romance Is A Bonus Book maybe lambat sikit aku tengok itupun kalau rajin walaupun review kata best. Sebabnya aku kurang berkenan Lee Jong Suk. Haaa.. memang. Pelakon-pelakon memainkan peranan untuk aku decide nak tengok ke tak satu-satu KDrama tu. Kalau pelakon-pelakon tak berkenan memang tak layan. Hotel Del Luna pun dah tengok separuh. Aku suka IU jadi aku decide nak tengok. Hihihi..

The Dude In Me
Love Alarm
Two Cops
Touch Your Heart

Lama dah decide nak tengok The Dude In Me sebab Jin Young berlakon tapi tak ada kesempatan. Love Alarm tengok review macam best juga dan senang boleh tengok di Netflix. Two Cops cerita lama sikit Jo Jung Suk dan semestinya Seon Ho Oppa.. Itulah gigih aku cari cerita lama pun semata nak tengok Seon Ho Oppa. Touch Your Heart dah tengok separuh juga tergendala. Okaylah not bad dan aku tengok sebab aku suka Lee Dong Wook. Nanti sambung.. Hahaha banyak yang aku tengok separuh. Tak sempat nak tengok sampai habis

Banyak lagi KDrama tapi yang ini dululah aku plan nak tengok.
On going pun banyak yang best tapi itu nanti-nanti fikir.

Korang macam mana ?
KDrama apa korang tengah tengok sekarang ?

Stock jajan begini perlu ada untuk kekal waras sepanjang RMO.

Bekalan aku dan sepupu, RaihanF makin susut.
Perintah berkurung dilanjutkan.

Hurrm..
TRIP TURKEY 2019 : ITINERARY & BUDGET PERBELANJAAN KE TURKEY. Alhamdulillah selesai juga akhirnya perkongsian pengalaman perjalanan aku ke Turkey. Lama betul rasa nak siapkan sebab mood pun ada pasang surut nak menaip. Aku ke Turkey bersama Juara Travel & Tours jadi kali ni tak jalan sendiri. Semua diuruskan dengan baik dan layanan super tip top from A to Z memang puas hati sangat. Kalau korang malas nak rancang perjalanan sendiri boleh consider untuk pergi dengan Juara. Dalam post kali ini, aku akan kongsikan itinerary dan budget perbelanjaan perjalanan kami selama berada di Turkey. Untuk budget, aku senaraikan yang penting saja bukan segalanya. Harga barang-barang yang dibeli dan gambaran harga souvenirs semua aku dah kongsikan dalam entries lepas. Terlalu banyak kalau nak aku senaraikan jadi aku hanya pilih few things yang selalu ditanya. Perkongsian ini hanya untuk bagi gambaran saja bukan niat negatif sebaliknya. Tak suruh ikut bulat-bulat tak kata inilah yang terbaik dan sebagainya. Buat timbang tara dan judgement sendiri. Yang baik bolehlah korang cedok dan yang mana tak sesuai jangan ikut.


BUDGET DAN PERBELANJAAN DI TURKEY

Tukaran mata wang :
TL1.00 : RM0.78
USD1.00 : RM4.03

Package ke Turkey bersama Juara Travel & Tours April 2019 :
RM4679.00

Tukar USD100.00 :
RM403.00

Hot Air Balloon Ride di Cappadocia (Optional + Additional Cost) :
USD230.00 Credit Card (RM926.09 approx)

Whirling Dervishes di Cappadocia (Optional + Additional Cost) :
TL200.00 Cash (RM156.00) *deduct dari duit belanja

Duit belanja (Shopping)
TL1800.00 (RM1404.00)

RM4679.00 + RM403.00 + RM926.09 + RM1404.00 
RM7412.09 approx

Baca : ITINERARY PERJALANAN 9M 7H DAN BUDGET PERBELANJAAN DI TURKEY

Disebabkan aku pergi dengan travel agency, jadi kena bayar mahal sikitlah untuk package. Dah dibawa berjalan makan minum disediakan tempat tidur mewah jadi kenalah bayar untuk semua services yang diberikan. Boleh jimat banyak kalau pergi sendiri tapi kena atur baik-baik perjalanan dan sebagainya. Kedua-dua cara pun ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Aku memang bawa duit belanja untuk beli souvenirs untuk family members dan kawan-kawan rapat. Wajiblah dah berjalan jadi kita bawa balik kenangan sikit untuk diorang yang tak dapat ikut. Banyak jugalah aku belanja tapi untuk keluarga aku tak akan berkira dan tak akan aku pertikaikan. Ada rezeki kita kongsi sama-sama. Kalau ada duit banyak memang semua aku bawa berjalan sekali. Aku bawa duit untuk aktiviti wajib juga seperti Hot Air Balloon Ride di Cappadocia. Dari awal memang dah asingkan jadi kat sana tak adalah lari budget. Memang dah sedia maklum harga akan mahal sampai sana tak terkejut sangat. Rancanglah perbelanjaan korang baik-baik sebab kita berjalan ni tak mahulah stress kalau tak cukup duit atau tiba-tiba kena keluarkan belanja dah jenuh nak cari kat mana. Asingkan juga wang kecemasan dan simpan jangan kacau. Activekan juga Debit atau Credit Card senang nak swipe bila perlu - biasalah perempuan kalau shopping semua nak beli bukan ingat duit dah kurang. Kenalah cari jalan lain nak membeli. Apa-apa pun.. soal budget ni kena tanya selera masing-masing. Ada orang pandai sangat manage perbelanjaan jadi memang tip top dapat berjimat. Aku ni tak berapa pandai sangat sebab jenis boros. Tapi ikut kemampuan jugalah - kalau tak ada budget nak boros pun tak boleh. Apa yang ada sajalah.. You know yourself better dari orang lain so you are free to plan your trip the way you want it to be.


ITINERARY 9 HARI 7 MALAM KE TURKEY BERSAMA JUARA TRAVEL & TOURS

Aku pergi dengan travel agency jadi perjalanan dah ditetapkan dan aku rasa kalau pergi dengan travel agency mana-mana pun lebih kurang saja itinerary yang dah dirancang. Mungkin kalau berbeza pun beberapa tempat mengikut kesesuaian musim.

Day 1
17042019
Wed

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Istanbul

  • Berkumpul di KLIA pada pukul 06:00AM
  • Penerbangan ke Muscat, Oman menaiki Oman Air pada pukul 09:30AM
  • Kuala Lumpur - Muscat (07 jam 10 minit)
  • Transit di Muscat selama 2 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul
  • Muscat - Istanbul (05 jam 30 minit)
  • Tiba di Istanbul disambut oleh Ali
  • Check-in Ramada Encore Hotel Istanbul

Day 2
18042019
Thurs

Dari Istanbul ke Bursa

  • Lawatan sekitar Istanbul - Hippodrome, Blue Mosque, Topkapi Palace dan Hagia Sophia
  • Meneruskan perjalanan ke Bursa 
  • Istanbul - Bursa (175KM / 02 jam 30 minit)
  • Shopping Turkish Delight di Munira Bursa
  • Check-in Ramada Nilufer Hotel Bursa

Day 3
19042019
Fri

Dari Bursa ke Kusadasi

  • Lawatan sekitar Bursa - Ulu Mosque, Silk Market (dibatalkan kerana jalan ditutup sempena aktiviti berbasikal kebangsaan)
  • Green Mosque dan Bursa Silk House
  • Meneruskan perjalanan ke Kusadasi
  • Bursa - Kusadasi (181KM / 02 jam 45 minit)
  • Isa Bey Mosque
  • Temple of Artemis
  • Sekitar Kusadasi - free and easy
  • Souvenirs shopping - Baklava etc
  • Check-in Carina Hotel Kusadasi

Day 4
20042019
Sat


Dari Kusadasi ke Pamukkale

  • Lawatan sekitar Kusadasi - Leather Factory, Ephesus Ancient City
  • Meneruskan perjalanan ke Pamukkale
  • Kusadasi - Pamukkale (191KM / 03 jam)
  • Lawatan di Pamukkale - Hierapolis Ancient City Ruins - Cotton Castle
  • Check-in Pamukkale Triopolis Hotel

Day 5
21042019
Sun

Dari Pamukkale ke Cappadocia

  • Perjalanan ke Cappadocia melalui Konya
  • Pamukkale - Konya (150KM / 02 jam)
  • Lawatan di Konya - Mevlana Museum, Sultanhani Caravanserai
  • Meneruskan perjalanan ke Cappadocia
  • Konya - Cappadocia (225KM / 03 jam 45 minit)
  • Check-in Tassaray Hotel Cappadocia (2 malam)

Day 6
22042019
Mon

Cappadocia

  • Lawatan sekitar Cappadocia - Goreme Open Air Museum, Turkish Turquoise Store, Underground City, Pigeon Valley, Esentepe Hill dan Pottery In Avanos
  • Aktiviti malam (optional) - Whirling Dervishes

Day 7
23042019
Tues

Cappadocia ke Bolu

  • Aktiviti awal pagi (optional) - Hot Air Balloon Ride
  • Meneruskan perjalanan ke Bolu - kami bersepakat untuk tidak ke Ataturk Mausoleum di Ankara
  • Cappadocia - Bolu (500KM / 06 jam)
  • Bolu - free and easy (shopping)
  • Check-in Hampton by Hilton Bolu

Day 8
24042019
Wed

Dari Bolu ke Istanbul

  • Bolu - Istanbul (290KM / 03 jam)
  • Lawatan sekitar Istanbul - Bosphorus Cruise, Grand Bazaar
  • Tukar itinerary - rancangan asal adalah ke Suleymaniye Mosque dan Ayub Al Ansari Mosque
  • Itinerary baru - Emirgan Park
  • Bergerak ke Istanbul Airport

Day 9
25042019
Thurs

Istanbul - Muscat - Kuala Lumpur

  • Penerbangan pulang awal pagi ke Muscat, Oman
  • Transit dua jam di Muscat
  • Meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur



Alhamdulillah selesai. Satu pengalaman manis untuk dijadikan kenangan. Aku dah senaraikan cerita-cerita berkaitan sepanjang berada di Turkey buat rujukan. Rasanya semua dah dikongsikan yang mana patut. Mana baik rasa korang rasa sesuai boleh jadikan panduan. Yang tak okay tak sesuai buang jauh. After all, it is your journey jadi rancanglah perjalanan korang sebaik mungkin supaya berbaloi setiap langkah menapak dan setiap sen yang telah dibelanjakan. Aku doakan semoga murah rezeki semua untuk terjah meneroka bumiNya. Stay safe dan happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Tabahlah kawan-kawan.
Semoga ujian ini cepat berakhir.

Stay safe. Duduk Dirumah Diam-Diam.
Semoga Allah SWT lindung kita semua sentiasa.

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.