Menu Makanan Korea Sedap Di Eid Restoran | SITI.YANG.MENAIP

Menu Makanan Korea Sedap Di Eid Restoran

/
31 Comments
February 02, 2020
Siapa yang minat makanan Korea angkat tangan !! Kita geng. Aku suka tapi dah lama tak makan sebab tak ada geng. Salah satu kedai favourite aku bila mengidam nak makan makanan Korea yang sedap adalah Eid Restoran di Bandar Baru Bangi selain daripada Soopong. Pilihan menu tak semeriah di Soopong tapi okaylah not bad dan rasanya boleh tahan sedap. Tak pernah kecewa lagi dengan makanan di Eid. Walaupun dekat dengan kampung tapi jarang-jarang dapat pergi sebab tak ada geng. Dan kalau selalu makan pun ranap juga poket. Sedap itu subjective jadi kalau tekak aku rasa sedap mungkin tekak korang tidak. Eid ni memang dah famous dalam kalangan peminat makanan Korea atau mereka yang dah pernah pergi Korea dan rindu makanan-makanan disana. Asalnya Eid dibuka di Itaewon Seoul dan disebabkan sambutan hangat dari rakyat Malaysia.. owner buka sebuah lagi di Malaysia. Kalau tak dapat ke Korea jangan risau, kita bawa Korea ke Malaysia. Aku tahu kedai Eid ni macam dah tak in sangat dengan wujudnya banyak kedai-kedai makanan Korea yang lain tapi tak kisahlah. 

Janji sedap dan puas hati makan.

Teokbokki


Favorite menu adalah Beef Bulgogi, Teokbokki, Japche, Kimchi Stew dan beberapa lagilah. Aku suka juga suasana di Eid Restaurant tak sibuk sangat. Harga pun berpatutan dengan portion yang banyak. Kalau pergi dua orang memang kena pilih sikit saja menu nanti tak habis pula. Kalau korang nak options yang lebih banyak kena pergi B.Bap atau Soopong dan kedua-duanya ada di IOI City Mall. Memang meriah dengan choices tapi di Eid pun dah cukup kalau nak satisfy rasa mengidam tu. Kalau korang ingin cuba, pergilah and have fun. Happy eating guys !!

Tolong jangan tanya sedap atau tidak ya kawan-kawan..
Walaupun aku hargai setiap yang datang tinggalkan comment tapi hati ini tercalar setiap kali korang tanya sedap ke tidak bila terang-terang aku dah tulis 'SEDAP' even pada tajuk.

Terima kasih pada yang memahami.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

31 comments:

  1. wah sedapnyaa. kalau ada geng baru best makan :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang. kalo ada geng sebenarnya baru meriah
      and seronok nak pi makan.. macam2 boleh order =D

      Delete
  2. saya pun minat makan makanan korea^^

    ReplyDelete
  3. Tengok gambaq pun dah nampak sedap.. Kami tag nie mkan kat Dakgalbi jerr huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dakgalbi sedap gak.. penah p skali kat Gurney nun..
      amek yang set nasi goreng. okla puas hati gak =D

      Delete
  4. menu makanan korea mcm ni tk brp rasa nk mkn..tp kalo mcm ayam korea yg kt kfry tu ok la bole mkn

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe itula ikut selera masing2. ada kwn sy pun gila kpop suka kdrama tapi bab bab makanan korea dia surrender. kenooot go.. hehe..

      Delete
  5. rasanya pernah nampak kedai ni masa ke bangi aritu, nnati nka tryla.. akak tingin nk try japche dia tu... ngn toppoki tuh, sedap betul nampak semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. japchae tu saya kadang2 order saja makan gitu.. x makan dengan nasi.
      da ralit makan sebab sedap =D

      Delete
  6. Aduhh..teringin kimchi jjigae lak. sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak alamak.. kena pegi cari la
      da teringin tu.. sedapnya hirup kimchi jigae =D

      Delete
  7. Waa nampak sedap semuanya.. siapakah nak teman mama.makan makann korea

    ReplyDelete
  8. KSarie sebenarnya tidak pernah cuba makanan korea. Mungkin sebab dah makin tua ni tekak makin tak tau nak makan apa makanya tak tergerak hati nak cuba. In sya Allah ada rezeki nanti boleh cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe cubalah skali kak.. mana tahu berkenan..
      my mom dari tanak2.. skali cuba terus suka =D

      Delete
  9. Teringat asam pedas korea kat jeju..... enak makan sejuk-sejuk.....hehehehehe. Sedap ni ikut tekak memasing ler. Ikut tekak kita yang universal ni memang sodap jo tapi kalau tekak orang kampung memang tak leh masuk le tekak. hehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohooo akak !! makan kat Jeju dngn mak saya terus jadi peminat asam pedas Korea. jenuh nak cari kat Malaysia kedai mana ada jual menu tu haha.. yang tak suka asam pedas pun makan bertambah2..

      hehe okay je yang menu asam pedas tu.. sebab pedas2 sikit.
      yang menu lain tu maybe susah..

      Delete
  10. Sedapnyaaa nampak! Lapar pulak hah tiba tiba - rasa macam dah lama tak makan makanan Korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe apa lagi Nani !! inila masanya untuk pergi
      cari makanan Korea =D

      Delete
  11. Halamakk temgok gambar pun dah terliur tengok

    ReplyDelete
  12. peminat masakan korea mesti craving teruk bla bc entry ni hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha saya sendiri taip pun rasa tingin tetiba =D

      Delete
  13. nama macam kedai Arab. Ingat eid as in eid-ul-fitr. Hehehe. Akak tak berapa sangat makanan korea, tapi marilah kita berseoul garden

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe nak menunjukkan ciri2 Islam gituuu tu yang kat Korea pun nama kedai Eid jadinya hehe.. SG tu kira tak korea sangat. grill2 biasa je.. huurm saya nak mengKoreakan akak !! u wait =P

      Delete
  14. Wow... nampak menyelerakan... kena kumpul duit lu banyak² baru boleh melaram makan sini😆😆... saya pun peminat makanan korea🤤🤤..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe harga okay ookay ja. kalo datang ramai2 dengan kawan2 lagi puas hati nak makan sebab boleh order banyak2..

      Delete
  15. Menggoda sungguh.. Tapi tak ada geng nak makan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe samalah saya most of the time kesunyian..
      xdak geng.. jomla kak kita p makan =D

      Delete
  16. Rindunya nak makan Jjimdak dia T_T

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.