Tempat Makan Best Penang : Laksa Tempurung Ombak Damai Gertak Sanggul | SITI.YANG.MENAIP

Tempat Makan Best Penang : Laksa Tempurung Ombak Damai Gertak Sanggul

/
29 Comments
February 09, 2020
Kalau datang jalan-jalan ke Penang memang tak sah kalau tak cari makanan yang sedap kan ? Selalu cerita pasal Nasi Kandar, Roti Canai Jalan Transfer dan Pasembor Joget tapi this time kita cerita pasal laksa pula. Antara menu yang menjadi pilihan orang ramai di Penang adalah Laksa Penang yang sedap. Banyak kedai di sekitar Penang yang sediakan hidangan laksa yang sedap dan salah satunya ada di Gertak Sanggul, Laksa Tempurung Ombak Damai. Dah lama aku tau mengenai kedai ni dan memang famous. Lokasi pun sangat menarik tapi disebabkan aku bukan peminat laksa, lambat sikit masuk senarai kedai yang nak diterjah. Tapi MamiZ suka jadi itulah sebabnya boleh jadi sampai ke Gertak Sanggul

Tak susah pun nak cari kedainya. Guna GPS cari Laksa Tempurung Ombak Damai terus sampai insyallah tak sesat. Tempat parking tak besar sangat tapi rasanya cukup untuk menampung jumlah pelanggan yang ramai. Kami pergi tengah hari jadi sedikit terik tapi sedap dihembus angin laut.

Laksa dihidangkan dalam tempurung kelapa.

Ohoohoi dengan ABC pula tengah hari ni..

MamiZ kasi 3.5 stars untuk rasa laksa tempurung disini. Aku kena percaya rating yang MamiZ kasi sebab aku tak rasa jadi tak tahu nak comment apa. MamiZ kata rasa sedap yang just nice untuk hidangan petang nak makan-makan. Harga aku tak ingat sebab dah lama aku pergi. Tapi standard harga laksa tak adalah melampau benar mahal. Selain daripada laksa ada juga pilihan makanan lain seperti Char Kuey Teow - khas untuk orang tak makan laksa. Kawasan Gertak Sanggul ni jauh sikitlah dari tempat-tempat main attractions sekitar Georgetown tapi kalau korang memang aim nak jalan-jalan cari makan ke Penang apa salahnya sumbat laksa tempurung dalam list. Selamat makan !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

29 comments:

  1. Suka laksa. Nasib baik merata tempat jual laksa. Tak tahu bila boleh pergi Gertak Sanggul.

    ReplyDelete
  2. Sebagai seorang yg bukan peminat laksa, bagi tekak sy rasa laksa di sini sedap juga

    ReplyDelete
  3. Kuah die nampak merecik siti..huhuhu.. kadang nk je tny resipi..sb nk pergi ny jauh..slalu kalau dpt buat kuah warna coklat..nj dpt warna merah mesti sedap

    ReplyDelete
  4. Dah cuba ais tingkap?kalau dtg penang mesti cuba...

    ReplyDelete
  5. bestnya..makan laksa di tepi laut..

    ReplyDelete
  6. nampak sedap! tapi sayangnya kaella tak pandai makan laksa ni. dah berapa kali try. tekak tak boleh nak terima..

    ReplyDelete
  7. nampak sedap kuah tu ada warna tak pusat lesi...mesti pedas sikit2 kan

    ReplyDelete
  8. nmpk nya kena try laa mggu dpn kalu jadi turun penang ;-)

    ReplyDelete
  9. lpr plak tgk laksa tu..dpt plak abc tu yummyyy

    ReplyDelete
  10. Macam dah lama pulak tak pekena laksa.

    ReplyDelete
  11. Akak pernah ke Gertak Sanggul ni tapi tak tahu pula ttg kedai ni. Nampak gaya nak kena ke sini lagi :)

    ReplyDelete
  12. sedap nampaknya kuah laksa nya tuh... laksa pun nampak tebal dan lain macam biasa...

    ReplyDelete
  13. Gad!! the gambar so tempting! Bulan 11 akan ke Penang.. Ku rasa macam wajib ke sini.. hahah

    ReplyDelete
  14. Tetiba rasa lapar, nanti boleh cuba

    ReplyDelete
  15. Laksa kureng minat sikit tapi kalau dapat yang kena dengan tekak....huh licin sambil menghirup kuah lagi. hehehe

    ReplyDelete
  16. Kak Sue memang peminat laksa, nanti kalau ke Penang boleh datang sini. Tq for sharing ya..

    ReplyDelete
  17. Husband ksarie peminat laksa. Boleh hasut dia makan laksa kalau ke Penang nanti.

    ReplyDelete
  18. Mmg nampak sedap laksa Tu.. pekat Tu.. ok boleh masuk list

    ReplyDelete
  19. Ya allah...kenapa la akak masuk sini pepagi ni...terus terliur...

    ReplyDelete
  20. wah.. nampak sedap.. kalau ada rezeki bolehlah cuba..

    ReplyDelete
  21. makkaiii pekatnya kuah dia. sedap tu

    ReplyDelete
  22. Baru balik Penang haritu, kenapalah tak tau pasal Laksa ni...?
    Kalau tak boleh try sebab kadang2 bosan juga jalan tempat orang tapi asyik cuba makanan yang sama.

    ReplyDelete
  23. Bila laksa berjumpa ABC...sedapnya

    ReplyDelete
  24. Peminat laksa datang hehe, boleh cuba nanti ni, tengok gambar pun dah nampak sedap

    ReplyDelete
  25. Hana jarang makan laksa. Tapi kalau dah ada depan mata, boleh ja layan! hehe =D

    ReplyDelete
  26. dulu pernah makan gak laksa tempurung kat penang tapi lupa sama ke dengan yang ni..

    ReplyDelete
  27. Sedapnya laksa. Uniknya sebab makan dalam tempurung.

    ReplyDelete
  28. cikbunga pon habtu laksa;)

    next trip to Penang nak hunting laksa Penang . ;)

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.