Pengalaman Menarik Menonton Teater Di Encore Melaka | SITI.YANG.MENAIP

Pengalaman Menarik Menonton Teater Di Encore Melaka

/
21 Comments
January 10, 2020
Pengalaman Menarik Menonton Teater Di Encore Melaka | Melaka sememangnya adalah salah satu destinasi percutian di Malaysia yang menjadi kegemaran kami sekeluarga. Selain daripada pilihan hidangan makanan-makanan yang sedap, tarikan tempat-tempat menarik di Melaka pun sentiasa bertambah dari hari ke hari. Kiranya tak jemu ulang ke Melaka banyak kali pun sebab ada saja pembaharuan. Kali ini aku tak mau sembang pasal tempat-tempat di Melaka yang dah synonym dengan tourists. Instead, aku nak share dengan korang semua tentang Encore Melaka.

Korang pernah dengar ke nama Encore Melaka ?

Kalau ini adalah pertama kali korang tahu mengenai Encore Melaka jangan risau - meh nak cerita.

Encore Melaka yang terletak di Impression City Kota Syahbandar adalah sebuah bangunan yang menjadi pentas kepada pementasan seni teater yang berkisahkan sejarah Melaka. Lokasi pula sangat strategik - terletak di kawasan persisiran pantai mengadap Selat Melaka menjadikan kawasan Encore Melaka lebih unik. Pementasan teater di Encore Melaka bukan pementasan biasa - lebih unik dengan menggunakan gabungan teknologi yang canggih. Encore Melaka adalah yang terbaru dalam senarai koleksi iconic Impression Series dari China yang diperkenalkan pada tahun 2003 oleh directors terkenal Zhang Yimou, Fan Yue dan Wang. Sebanyak 150 buah negara telah bertanding untuk menubuhkan Encore Impression Series di negara masing-masing dan Melaka akhirnya terpilih untuk dijadikan lokasi pertama pementasan Impression Series luar dari negara China. Akhirnya pada tahun 2018, Encore Melaka telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Yang Amat Berhomat Tuan Haji Adly Bin Zahari

Encore Melaka menawarkan persembahan berkisahkan siri penceritaan sejarah Melaka - the Unfold Stories on Melaka yang memaparkan kisah masyarakat yang berlainan bangsa dan agama. Sepanjang 75 minit persembahan penuh dengan gambaran kisah silam zaman dulu di sekitar Melaka. Lagi unik, penonton akan dapat merasai pengalaman duduk di atas platform menonton yang mampu berputar 360 darjah  mengadap pentas sepanjang 240 meter. Tak perlu gerak.. Duduk relax dan enjoy.

SENI BINA BANGUNAN ENCORE MELAKA YANG UNIK DAN CANTIK

Seni bina bangunan Encore Melaka sangat unik, seolah-olah menyerupai sisik ikan yang berwarna biru dan putih. Tapi ini adalah sisik ikan moden kerana walaupun dibina dengan konsep yang minimalist, siap dilengkapi oleh ribuan lampu LED dan 50 723 keping aluminium composite panels yang berbentuk diamond yang memantulkan cahaya dari langit. Agaknya itula sebab kenapa masa aku pergi bangunan nampak warna kelabu asap - mungkin sebab hari tengah mendung nak hujan. Disebabkan binaan yang unik ini juga, bangunan Encore Melaka menjadi antara Intagrammable Spots di Melaka. Pada waktu malam, lampu-lampu LED akan dipasang jadi lagi nampak cantiklah kawasan Encore Melaka. Encore Melaka juga dibina berdasarkan concept East meets West, pertemuan langit dan laut, dan pergerakan dan ketenangan.

Encore Melaka dilengkapi juga dengan kemudahan-kemudahan seperti surau yang selesa, tandas yang bersih dan kawasan parking bertingkat turut disediakan untuk kegunaan pengunjung-pengunjung yang datang. Semua ada senang kalau nak datang tengok teater tak perlu risau.

 Kawasan kaunter tiket dan kedai souvenirs.

Surau - nak ambil gambar dalam tapi ada orang tengah solat.

Tandas pun luas dan cantik.

Sis cuba jugalah nak ikut trend.

Lampu LED dah dipasang.


PLOT PENCERITAAN TEATER DI ENCORE MELAKA

Secara basic, jalan penceritaan yang dipersembahkan adalah berdasarkan sejarah negeri Melaka - pembukaan dan bagaimana Melaka menjadi hebat. Melaka pernah jatuh ke tangan penjajah dan kesannya ada sehingga hari ini. Namun, disebalik seksa kejatuhan Melaka berjaya bangkit dan menjadi satu negeri yang kaya dengan etnik budaya dan seni. Menariknya juga, sepanjang persembahan menggunakan gabungan tiga bahasa utama - Bahasa Melayu, English dan Mandarin. Haaa.. Macam mana diorang gabung semua sekali ? Kenalah pergi tengok.

Jalan penceritaan persembahan teater di Encore Melaka dibahagikan kepada 7 scenes :

 Scene 1
Parameswara 
 Scene 2
Cheng Ho 
 Scene 3
 Nyonya & Wedding
Scene 4
 Six Mothers
 Scene 5
Pregnant Women 
 Scene 6
 Wau
 Scene 7
 Finale


credit : https://encore-melaka.com/ticketsonly/

Walaupun ada tujuh bahagian, pentas ada empat saja sebenarnya. Pandai-pandai diorang rotate tempat duduk kita bagi nampak perbezaan untuk menunjukkan ada tujuh scenes. Setiap stage ada technology dan style yang berbeza. My favourite scenes are Scene 2 - Kedatangan ChengHo ke Melaka sebab ada persembahan gendang yang awesome dan Scene 5 - Kisah ibu-ibu yang mengandung. Menarik sangat sebab ada gabungan element air sekali. Rasa nak request scene air kasi panjang lagi hahaha..

Untuk scene menggunakan air, ada kolam di atas pentas. They will pump the water in ketika persembahan dan ada effect mist yang cantik bertukar-tukar warna. Ada juga multi level stage setinggi tiga tingkat boleh naik turun. Semua replicas rumah yang digunakan dibina mengikut size sebenar bukan projection gambar digital. Setiap satu scene diiringi muzik iringan yang jelas dan menarik. Ada scene rasa meriah ada rasa berdebar dan ada juga yang rasa sayu. Main dengan emosi dan perasaan juga. Penonton tak akan rasa bosan dengan kelainan yang digunakan untuk setiap scene. Jadi masa tempat duduk kita berputar untuk mengadap pentas yang seterusnya, kita akan rasa excited sebab ternanti-nanti apa yang bakal ditayangkan.


One of my favourite scenes.


Into the hall, kita tak boleh bawa camera yang canggih dan yang seangkatan dengannya. Kalau dah terbawa pun jangan risau, ada locker disediakan untuk kita simpan barang. Smartphone boleh jadi itulah aku guna nak ambil gambar. Teruja rasa dapat tengok teater berkisahkan sejarah Melaka di Encore Melaka setelah bertahun-tahun tak pergi mana-mana show teater. MamiZ pula setuju nak teman jadi untuk trip pertama pembuka tirai Cuti-Cuti Malaysia 2020 kami rasmikan dengan ke Melaka untuk tengok teater. Aku sebenarnya suka juga luangkan masa tengok persembahan pentas seperti pementasan teater jadi bila ada peluang kita grab. Teringat zaman belajar di universiti dulu terpaksa ambil subject berkaitan teater untuk memenuhi jam kredit. Akhirnya totally fall in love dengan dunia lakonan teater - tak boleh lupa kenangan menjadi salah seorang barisan pelakon untuk pementasan Teater Muzikal Layla Majnun untuk Hari Wilayah 2010 di DBKL. Dah keluar cerita aku pula.. Tapi itu bukanlah bidang yang aku ingin bergiat active, hanya sekadar minat dan aku menghargai karya seni yang ditafsirkan dalam bentuk seni teater. Sejak last menonton Teater Muzikal P Ramlee pada 2014 memang tak ada pergi mana-mana show.

Amacam ? Teruja tak nak pergi tengok teater di Encore Melaka ? Kalau dah berminat tu cepat-cepat pergi beli tiket supaya korang juga boleh experience kemeriahan pementasan teater berkisahkan sejarah Melaka.

HARGA TIKET (MALAYSIANS ONLY) 1 JANUARY - 31 DECEMBER 2020

 Categories
Normal Price 
Senior Citizen
& Student 
 Crazy Deal
Tues & Wed
 Buy 2
Free 1
 Standard Seat
RM148 pax 
 RM74 pax
RM120 / 2 pax 
 RM296
per package
 Premium Seat
 RM248 pax
 RM124 pax
 RM150 / 2 pax
 RM496
per package
 VIP Seat
 RM568 pax
 RM284 pax
 -
 RM1136
per package
 Wheel Chair
 RM98 pax
 -
 -
 -


Showtime :
Monday - Saturday
5.30PM & 08:30PM

Sunday
2.30PM & 5.30PM

Untuk maklumat terkini dan info lanjut, sila rujuk :

Website :

Facebook :

Instagram :

Selamat menonton semua. Have fun !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

21 comments:

  1. menariknya..background yg awesome & colourful..china technology..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite suka part colourful tu.. bulat mata tengok show =D

      Delete
  2. menarik sangat tempatnya. tapi tu lah harga tiket membuatkan tertelan ayaq liur. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi skrng tengah ada promotion. jimat banyak =)

      Delete
  3. terasa nak g jgk cni..tp bila xthu la..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh da tu atur plan nak kesana.. sesekali jalan2 kan =)

      Delete
  4. Memang selalu ternampak poster nih , tapi tak pernah gi lagi. Insya Allah, akan di jadikan salah satu agenda nanti ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah. ada kelapangan dan minat apa salahnya pergi tengok kan..

      Delete
  5. cantik kan CT senibina bangunan ni, kak ana belum sampai lagi ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. selalu je tengok orang OOTD kat bangunan tu sebab unik. heee lepas ni Kak Ana boleh plan da nak singgah sana =D

      Delete
  6. memang unik bangunannya.. ingat gambar first tu bangunan runtuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kretip depa buat bagi nampak macam tu.. unik kan =)

      Delete
  7. menarik juga layan teater ni, boleh la selit2 nanti bila berkursus di Melaka nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kesempatan boleh pergi tengok. seronok =)

      Delete
  8. Ohsem betul tempat ini..
    Haritu tengok luar dia je.. tak masuk tengok persembahan dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe lepas ni boleh la jenguk masuk tengok show pulak =)

      Delete
  9. kita da pergi tengok gak dua kali...kali pertama tertido time scene wau sebab da penat sangat berjalan seharian...kali kedua baru la tengok semua sampai habis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. adoiii lawak boleh dia sempat tiduuur pulak. tapi yela da penat kan.. mujur pastu dapat tengok second time boleh qada =D

      Delete
  10. Sebenarnya dua kali dapat invitation from Encore Melaka, dorang nak sponsor tiket for 2 tapi tu lah, I don't have my own transportation so I have to turned down the offer. Rasa nak menangis sebab dorang hantar invite tu beberapa hari selepas Tqa balik dari Melaka, kalau tak dapat pegi, bawak ayah tengok.

    InshaAllah ada rezeki I will bring my whole family to watch the performance here. Facilities pun nice and clean. No wonder this place has its own class.

    ReplyDelete
  11. Dah lama tak pergi Melaka sebab bila memikirkan jam hujung minggu tu, terus down. Hahaha. Selalu tengok orang post pasal Encore ni tapi tak pernah ambik tahu function dia. Rupanya teater. Gah betul nampaknya tempat ni.

    ReplyDelete
  12. wah macam best je ni. Kena masuk list ni. TQ CT

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.