Siapa Sahaja Boleh Ke Phuket | SITI.YANG.MENAIP

Siapa Sahaja Boleh Ke Phuket

/
46 Comments
October 02, 2019

I have never been to Phuket tapi aku percaya, Phuket adalah antara salah satu destinasi percutian yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat yang nak hilangkan stress setelah penat bekerja dan cuci mata tengok permandangan yang cantik-cantik. Nak bercuti ke Phuket pun tak perlu nak keluarkan bajet perbelanjaan yang tinggi sebab jarak dekat saja dengan negara kita. Naik kapal terbang dalam satu jam lebih dah boleh sampai. Ada banyak penerbangan dari pelbagai syarikat penerbangan yang boleh kita pilih untuk ke Phuket dan salah satunya adalah Thai Airways. Dengan memilih penerbangan Thai Airways, kita semua akan diberikan options seationg Economy, Premium Economy, Royal Silk dan Royal First Class. Kali ni aku nak kongsikan dengan korang macam mana nak dapatkan cheap Thai Airways flights semudah di hujung jari saja. Korang mesti dah pernah dengar tentang Traveloka Web atau apps kan ? Kalau ini adalah kali pertama korang dengar memang rugi sangat. Traveloka adalah tempat untuk kita semua buat perbandingan harga flight tickets untuk dapatkan harga yang paling murah mengikut bajet masing-masing. Tunggu apa lagi ? Jom kita ke Phuket dan travel ke tempat-tempat menarik disana.



Khao Rang (Bukit Rang) 
Khao Rang (Bukit Rang) terletak di utara Bandar Phuket adalah sebuah lokasi pemerhatian yang terkenal kat Phuket. Khao Rang Viewpoint adalah lokasi pilihan masyarakat tempatan untuk melepak santai dan pelancong-pelancong yang datang ke Phuket. Puncak yang berketinggian 500 meter ini menyajikan view yang cantic di sekitar bandar Phuket sehinggalah ke arah pulau-pulau indah kat sekitar Phuket. Khao Rang bukan sekadar lokasi untuk menikmati view yang cantic semata, puncak berlanskap indah ini turut lengkap dengan taman peramainan kanak-kanak, pusat rekreasi dan restoran-restoran menarik.

Phuket Old Town 
Tak ubah seperti Georgetown di Penang, Phuket Old Town penuh dengan kedai-kedai yang terletak dalam bangunan-bangunan lama yang cukup terserlah usia klasiknya. Bangunan-bangunan dengan gaya seni bina Sino-Portugis menjadi refleksi kepada kedatangan Eropah pada suatu ketika dahulu kerana kekayaan bijih timah bandar Phuket. Kat sini juga korang akan menemui banyak restoran, cafe dan butik yang sangat klasik seni binanya. Selain itu, Phuket Old Town turut menempatkan banyak kuil dan muzium-muzium dengan koleksi yang unik untuk ditengok.

Gibbon Rehabilitation Project 
Memiliki konsep yang sama seperti Phuket Elephant Sanctuary, Gibbon Rehabilitation Project menempatkan haiwan yang nampak macam monyet iaitu Ungka yang sebelum ini pernah didera atau diabaikan. Kesemua haiwan yang dimasukkan ke dalam  pusat pemuliharaan ini akan ditempatkan di dalam habitat semula jadi mereka. Lawatan ke sini dapat membuka minda kita sekeluarga tentang bagaimana spesies ungka menjadi kian terancam dan pelbagai kisah yang berkaitan dengan ungka-ungka yang telah diselamatkan di sini. Jangan lupa untuk memakai kasut yang sesuai untuk mendaki dan berjalan menempuh sungai dan hutan untuk tengok ungka-ungka yang banyak terdapat di atas pokok-pokok. Dikatakan buat masa ini terdapat lebih daripada 60 ekor ungka yang dipelihara.


Prompthep Cape Viewpoint 
Prompthep Cape Viewpoint adalah sebuah lagi puncak bukit yang terkenal di Phuket dalam kalangan jurugambar kerana keindahan lanskap yang seindah lukisan. Untuk menuju ke bahagian puncak kenalah berjalan sikit lebih kurang 30 minit. Mengah dan penat jugalah bunyinya tapi percayalah, selepas tengok view matahari terbenam atau matahari terbit dari puncak Prompthep Cape, confirm semua kepenatan  yang dirasai akan hilang serta-merta. Selain view yang cantik, Prompthep Cape Viewpoint turut lengkap dengan kedai-kedai cenderamata, kedai serbaneka dan tandas. Bagi yang memandu, ada tempat parking disediakan.

Phi Phi Island
Ini adalah top choice aku secara peribadi. Phuket is all about Phi Phi Island yang sememangnya terkenal dengan kecantikan pantai yang awesome. Kepulauan Phi Phi adalah antara pulau yang terindah kat Asia Tenggara sehinggakan pulau yang terbesar kat dalam kepulauan ini, Ko Phi Phi Lee,  pernah dipilih untuk dijadikan lokasi penggambaran filem Hollywood lakonan Leonardo DiCaprio bertajuk The Beach. Antara keindahan yang menanti kita semua di sini adalah pembentukan pantai-pantai tropika dan batu-batu yang sungguh mempesonakan. Di samping itu, air yang berwarna hijau kebiruan ditambah lagi dengan hidupan marin yang penuh warna-warni turut menyejukkan mata. Rasa nak terjun terus masuk dalam air laut berenang sepuas hati.


Dengan beberapa saja suggestions tempat-tempat menarik di Phuket yang boleh dilawati, aku rasa makin ramai yang mula jatuh hati nak pergi kesana. Jangan lupa untuk download application Traveloka di smartphone masing-masing sebab melalui Traveloka kita semua boleh dapat flights to Phuket online booking yang murah saja. Bolehlah kita spend time yang berkualiti dengan orang yang kita sayang. Bila lagi nak bercuti ke luar negara dengan bajet serendah yang mungkin. Semoga kita semua boleh save duit untuk our next trip ke tempat lain pula. Kan dah ada solution, jadi korang tak boleh kasi alasan sangat kata harga flight tiket ke Phuket mahal-mahal belaka. Come on guys.. Inilah masanya untuk kita semua have fun dan rehatkan minda. Happy travelling !!

Credits :
http://www.thailandlife.info/wat-khao-rang-phuket/
http://www.phuket.com/phuket-magazine/khao-rang-viewpoint.htm
https://girleatworld.net/old-phuket-town/ 
http://www.phuket.com/island/phuket-viewpoints.htm
http://www.phuket.com/island/promthep-cape.htm 
https://www.thrillophilia.com/tours/phi-phi-island-bamboo-island-trip 
http://www.abstract-living.com/koh-phi-phi-the-isle-of-dreams/
http://aroundthailand.asia/promthep-cape-viewpoint-phuket.html
http://www.phuket.com/island/phuket-tour.htm 
http://www.phuket.com/magazine/gibbons.htm 
https://stories.travel360.com/gibbon-rehabilitation-project-return-rainforest/ 
http://thingstodoinphuketthai.blogspot.com/2016/03/gibbon-rehabilitation-project-phuket.html
https://www.trazy.com/experience/detail/phi-phi-islands-from-koh-phi-phi-don-tour-long-tail-boat
http://www.globaltravelmate.com/asia/thailand/phuket/phuket-volunteer/577-phuket-gibbon-rehabilitation-project.html
https://www.onceinalifetimejourney.com/once-in-a-lifetime-journeys/asia/walking-tour-phuket-old-town/



You may also like

46 comments:

  1. insyaAllah november ni saya ke Phuket. rasa tak sabar pula tengok gambar2 ni. free trip by Shaklee

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah seronoknyaaa !! nanti ambil gambar banyak2 k.. kite nak tengok =D

      Delete
  2. cantik betul pemandangan pulau nya tuh, dengna lautnya yang berwarna biru zamrud tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru tengok gambar kan.. belom tengok depan mata sendiri lagi. cantik =D

      Delete
  3. Wah best ni, this year trip Free Shaklee untuk regional trip, gi Phuket! Wohhooo xD FOC. Baca info kat sini rasa tak menyabar nak gi hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. part FOC tu lagi best hehe bawak duit banje je =D

      Delete
  4. yesza..thai airways mmg best..akak penah travel guna thai airways ni..terbaik...layanan tip top...minuman boleh mintak byk kali kat steward/stewardess tanpa caj tambahan..jarak perjalanan jauh, dorang provide selimut sbb masa tu akak travel wktu mlm..mmg best sgt...phuket tak penah smpai lagi..tapi akak penah ke krabi..so ada amik island tour..antaranya phi phi island tu..mmg cantik sangatttt pulau dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin juga nak naik flight negara lain. so far Thai Airways belom lagi pernah naik. kalo service bagus tip top memang seronok kan..

      Delete
  5. ammi pun tak pernah pergi... memang ada cita2 tp bila ntah kesampaian

    ReplyDelete
  6. dah sampai ke Phuket , dengan kereta saja.tapi kebas punggung lama sangat. yg bestnya jalan darat ni boleh singgah merata ikut suka hati .

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh sungguh tu sampai kebas montot hihi.. xpa lepas ni nak repeat naik flight je terus sampai. CT ni x sampai2 lagi sana..

      Delete
  7. stesyen minyak dia pun best. ada kios kecil jual macam2... 7E pun wajib ada kat situ.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best dari petrol station kita ka ? nak kena jugalah experience sekali macam mana 7E dengan station minyak depa.

      Delete
  8. Phi phi island tu cantikkk. Semoga satu ahri nnti Ain Athirah dapat pegi jugak sana dgn Thai airways amiinnn hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin insyallah. nanti ada rezeki tu boleh sampai sana =)

      Delete
  9. teringin jugak nak ke phuket ni, tapi belum kesampaian lagi...suami aje yang selalu ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi next time suami pi sana awak ikut la sekali k..

      Delete
  10. Phuket antara wish list akak... since dr zaman sekolah dah terbayang2 nak ke sana.. haha..
    Traveloka..sukaaa sgt guna Apps ni sbb boleh dpt diskaun & coupon :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best ada apps discount2 ni. skrng semua hujung jari je kak.. tekan2 je settle banyak benda. boleh dah tu aim nak pegi Phuket =D

      Delete
  11. Nak juga pi satu hari nanti๐ŸŒน

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin insyallah. semoga ada rezeki kita p sana =)

      Delete
  12. Saya baru balik dari phuket. memang best lagi2 bab makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best tu.. nanti share di blog k..
      nanti kite boleh jenguk2..

      Delete
  13. Uiiii lawa gilos tempat dia.. Nak pi jugakkkk

    ReplyDelete
  14. pernah gi lama dulu..tahun 90an..gi Phi Phi Island je, yg lain-lain tu tak pi..huhu..

    tak pernah lagi guna apps traveloka...maybe nak try next time..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom try apps Traveloka. mana tau ada deals menarik..
      hihi CT memang Thailand tak penah sampai lagi..

      Delete
  15. Ada plan nak pi tapi taktau lagi bila nak boleh 'execute' plan tu ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜†

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpee plan je dulu. mana tau rezeki sampai haaa da boleh terus ready nak pegi =)

      Delete
  16. dya pun tak pernah sampai phuket. teringin nak pergi sana tapi tulah nk sampai situ yg tak tahu bila.haha

    ReplyDelete
  17. Hai siti. Akk x pernah lagi sampai phuket ni. Baru sampai krabi je. Deepavali ni nak ride ke thailand lagi dgn geng motor en suami. Nanti ada rezeki nak try ke phuket la

    ReplyDelete
  18. Phuket nampak menarik.. Tapi sekarang duit Thai baht agak mahal kann

    ReplyDelete
  19. Teringin juga nak datang sini..

    ReplyDelete
  20. Wow, Phuket memanggil-manggil dah ni hahaha

    ReplyDelete
  21. ingin sungguh saya nak pergi tetapi perlukan teman hehehe

    ReplyDelete
  22. kita tak penah sampai lagi phuket hehe... insyaALLAH nak jugak merasa smpai sana...

    ReplyDelete
  23. teringin sangat nak pergi phi phi island tu. Cantik sangat!

    ReplyDelete
  24. Thank share tempat menarik di Phuket. Entah bila nak jejak sini tak tahu lagi. Boleh buat rujukan kat sini :)

    ReplyDelete
  25. Dah banyak kali member ajak ke Phuket tapi tak pernah kesampaian lagi hajat ke sini. Banyak rupanya tempat menarik kat Phuket. Thanks Siti share info ni

    ReplyDelete
  26. Cantiknya phi phi island tu. Rasa nak ke sana je pulak. Tggu bajet lepas dulu. Haha

    ReplyDelete
  27. Huhuu teringin. Mama suka pntai

    ReplyDelete
  28. mmg teringin nak ke sini tp tu laa bla kita nk g pantai, org lain nk tgk bangunan aduhhh

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.