Jalan-Jalan Ke Taman Herba Tasik Kenyir Terengganu | SITI.YANG.MENAIP

Jalan-Jalan Ke Taman Herba Tasik Kenyir Terengganu

/
44 Comments
October 31, 2019
Cerita tahun lepas baru sekarang nak kongsi. Alang-alang ada urusan di Kuala Berang lajak ke Tasik Kenyir, hanya 45 minit pemanduan. Kalau dari Kuala Terengganu pula lebih kurang 1 jam 30 minit. Jangan key in Tasik Kenyir semata dalam Google Maps nanti tak sampai pula. Kena set ke Pengkalan Gawi - pintu masuk utama dan tempat kita nak naik boat di Tasik Kenyir. Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia yang dibina pada tahun 1978 sehingga 1985 untuk menjadi pusat hydroelectric dan mengatasi masalah banjir di Terengganu. Tempat parking luas dan jangan risau, ada orang jaga kenderaan. Kami ke Pengkalan Gawi dan tengok package yang ada. Please note that trip ke Tasik Kenyir adalah decision last minute jadi tak sempat survey dan research dulu apa patut. Bila tengok brochure baru tahu ada banyak attractions di Tasik Kenyir. Aku ingat naik boat dan cruising saja. Kami sampai around 11:00AM dan banyak boats dah berlepas bawa pengunjung.

AKTIVITI-AKTIVITI DI TASIK KENYIR

Banyak pilihan dan package aktiviti-aktiviti yang ditawarkan berlainan harga. Boleh boat cruising, bermalam atas tasik di Houseboat, berkayak, jungle trekking, masuk hutan, pergi air terjun, ke taman herba dan macam-macam lagi. Ada juga Kenyir Elephant Conservation Village dan Kenyir Waterpark. Ohooo baru tahu ada taman tema air di Tasik Kenyir. Berdekatan juga ada Duty Free Shop dan aku baca review sikit, ada jual chocolates seperti di Langkawi. Tak tahu betul atau tak sebab tak singgah. Disebabkan kami sampai dah tengah hari, tak dapat nak ikut trip ke tempat-tempat yang agak jauh. Kami hanya boleh ke Taman Herba Tasik Kenyir memandangkan itu saja destinasi yang paling dekat dengan jeti. Disebabkan hanya aku dan MamiZ saja yang ada di jeti ketika itu, kami tetap kena bayar harga penuh untuk sebiji boat ke Taman Herba Tasik Kenyir berharga RM75.00 (harga pada bulan Jun 2018). Nak settle bayaran ada sekeluarga sampai jadi pakat kongsi ramai-ramai. 

Kalau nak enjoy Tasik Kenyir to the max, sila datang awal.


Jeti Pengkalan Gawi












TAMAN HERBA TASIK KENYIR

Lebih kurang 15 minit naik boat, sampailah di Taman Herba Tasik Kenyir di Pulau Sah Kecil. Sepanjang perjalanan air tasik hijau kebiruan sangat cantik. Tapi seram juga rasa mesti dalam. Jujurnya aku tak minat pun nak pergi taman herba tapi that was the only option yang ada jadi kita layan sajalah. Taman Herba ini merupakan produk pelancongan yang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) sejak tahun 1995. Fungsi utama adalah sebagai pusat pelancongan, pendidikan dan penyelidikan. Ada lebih 200 jenis tanaman herba yang ditanam di Taman Herba Tasik Kenyir - Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing dan Mas Cotek. Seperti biasa dimana-mana taman herba, penerangan mengenai kebaikkan dan khasiat setiap herba dipamerkan pada pokok-pokok. Pengunjung boleh minum air Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan Mahkota Dewa secara percuma. Kemas dan cantik juga tempatnya sesuai nak melepak santai. Walaupun cuaca panas terik, tapi redup dilindungi pokok-pokok tinggi disana. Kemudahan yang ada seperti tandas awam pun bersih dan kemas. Aku dan MamiZ tak meronda sangat pun. Kami hanya duduk dan enjoy the view.

Banyak Houseboats sedang berlabuh di Taman Herba Tasik Kenyir. Ramai pelajar sekolah. Extra ramah aku pergi tanya salah seorang pelajar. Budak Sekolah Menengah Sains rupanya. Diorang sewa Houseboats untuk tiga hari sebagai sebahagian daripada trip dan aktiviti kelab. Nampak kehulu kehilir kalut masing-masing berlari. Mesti ada tugasan yang nak disiapkan.

HOUSEBOATS DI TASIK KENYIR

Sangat classic dan cantik. Tapi nak sewa kena make sure ada minimum 20 orang ahli baru Houseboat boleh jalan. Alamak.. Jenuh nak cari 20 orang. Kena bawa semua ahli keluarga baru cukup quota. Ak tak pasti boleh atau tak kalau kita nak sewa satu bilik saja dan kongsi dengan orang lain atau kena ada 20 orang dalam satu booking baru boleh tempah. Harga sekitar RM2000.00 - RM10000.00 mengikut jenis boat dan aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan. Mesti ada yang rasa harganya sangat mahal. Tak adalah mahal mana kalau dah divide 20-25 orang. Walaupun dengan harga yang begitu, kalau berminat kena booking awal. Sentiasa on demand. Masa kami kesana pun ada banyak Houseboats sedang beroperasi.


Selamat datang ke Taman Herba Tasik Kenyir.



Houseboats sedang berlabuh.










MENARIK ATAU TIDAK ?

Menarik jugalah trip singkat aku dan MamiZ ke Tasik Kenyir. At first aku tak ada expectation yang tinggi sangat tapi bila dah sampai, seronok juga. Aku lebih enjoy pemandangan sekeliling dan menghargai the boat ride. Terkilan sikit sebab tak dapat pergi ke tempat-tempat menarik yang lain. Teringin nak ke Air Terjun Langsir dan Kelah Sanctuary tapi tak apa.. ada rezeki kita pergi lagi. Kena datang awal dan buat perancangan yang lebih teratur. Yang berada di kawasan berdekatan bolehlah masukkan Tasik Kenyir dalam destinasi korang. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

44 comments:

  1. my favourite tasik kat malaysia ... dulu pergi dengan tourism kat sini ... best .. macam-macam ada kan? kalau naik flight, view dari atas pun cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. naik flight dari ke KT ke ? sekali je naik rituu tapi tak perasan hahaha..
      tidur kot. itula tatau rupanya ada macam2. esok nak pegi hari ni malam baru decide kalut laaa..

      Delete
  2. cantik2 nya gambar siti. Akak is jeles tau.
    akak suka tasik. tapi hubby tak suka. ada naga kata nya..hehehe.. so kalau tasik dlm negeri sure akak tak dapat nak explore.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi CT tibai je janji dalam duduk lepak leisurely seronok dah..
      hahaha memang cakap gak tanya kat boatman.. ade naga x ? dia kata tu kat Chini
      alamaak..

      Delete
  3. Temopat yang menarik.. Aktiviti houseboat tu nampak ohsem.. Kalau dah ramai-ramai, tak adalah terasa sangat bayaran tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah kalau ramai2 pegi ookay je. 3 hari 2 malam pulak tu n jadual dia pack elok dah. kita pi enjoy jaa hehe..

      Delete
  4. cantik nya tasik kenyir, view kat sana cantik.. sesiapa yang sukakan hutan, air dan ketenangan mesti suka datang sini kan.

    kalau akak, suka jugaklah tapi tak berapa minat hutan tu hehehhe... akak ni prefer pantai

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite tak minat jugaaakkk hahaha tapi kite suka yang ada air air ni.. boleh naik boat kite suka. suruh hiking ke apa ke memang tidakla..

      Delete
  5. tak pernah lagi sampai ke sana. nampak macam best house boat tu tapi tu la, nak cari 20 orang payah juga. taman tema air tu macam tak percaya je. hihihi. kena pergi dan tengok sendiri juga ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. masa memula tengok boat house tu bestnya.. nampak orang dok lepak2 santai dalam tu. tapi mana nak cari 20 orang hehe.. ada taman tema tu.. krik2 gak memula eeeh tapi betol pula wujud..

      Delete
  6. Dok Rumah bot ramai-ramai mesti seronok kan. Kalau dapat pergi dengan geng ramai-ramai...mesti syiok. Tapi ngeri tenguk air dalam......huhuhu dah le tak reti berenang. Imaginasi pulak yang bukan-bukan....ada pulak terbayang ikan jerung lah pulak. Aiyakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. ajak kawan2 sekepala semua pi sekali. memalam karoke tengah tasik kekeke mesti meriah. air tu dalam tengah2 tu ijau gelap. tapi bila tepi2 tu jernih la jugak best kalo dapat brenang.

      eh eh jerung ? hihihi..

      Delete
  7. Cantikkkk.. Lama tak ke sana..

    ReplyDelete
  8. Aritu g Ganu akak lalu signboard Tasik Kenyir. Tapi tak tau ada sgt byk aktiviti. Mujur Siti cerita, boleh la lain kali set trip utk ke situ je. sbb perlu masa lebih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. next time boleh singgah.. macam2 memang at least sehrian suntuk diperlukan.

      Delete
  9. Housemate akak beberapa bulan lepas g tasik kenyir ni dengan kawan2..duduk houseboat tu..best gila nengok..

    Cantik2 gambar ct..banyak awannnnn 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawan naik kat Hutan Belum.. menarik je 1 family pergi. kalo kumpul anak branak sanak saudara mungkin boleh sewa dua boathouse hehe..

      Delete
  10. xpernah sampai lagi tapi teringin juga nak pergi, view dia cantik giler :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo naik boat saja saja meronda pun dah okay rasanya. sebab air diaaa lawa..

      Delete
  11. Cantiknya permandangan tasik kenyir ni. Tak tahu ada taman herba. Ingatkan port orang memancing je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. port memancing sudahh pasti hehe.. tapi banyak lagi benda lain. menarik.

      Delete
  12. cukup menarik la tasik kenyir..

    terimgin rasa hati nak pergi

    ReplyDelete
    Replies
    1. pila nanti. ajak kawan2 sewa boathouse tu..

      Delete
  13. dah lama berangan nak naik houseboat kt tasik kenyir ni. nampaknya kena tggu thn dpn laa since kazen sy bakal berkahwin dgn org ganu hehehe

    tak dinafikan view kt sn mmg cantik2 belaka kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa elok tu kak.. ajak dedua family semua sekali boleh sewa boathouse. lagi ramai lagi baguiiih hehehe. meriah =D

      Delete
  14. Seronoknye jalan2. Salam kenal . kita baru aktiv kembali berblog harap sudi jalan n follow kita balik hehehe. Done follow sini.

    ReplyDelete
  15. Akak baru smp kt sini sekali ja,tu pun masa segala kemudahan belum lengkap dan cantik mcm skrg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilaaah masanya untuk repeat kak.. dah macam2 sangat dah skrang ni =D

      Delete
  16. Cantiknya Tasik Kenyir...gambar ni pun cantik2 belaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab cuaca elok terang okla ambil gambar. cantik rupanya Kenyir ni.. ingatkan hambar hehe cuma nak repeat tu jauh benor nak pi..

      Delete
  17. Next time kita pergi ye. Tapi mana nak cari 20 oeang. jenuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu.. mana nak cari eh ? kita buat iklan laaa sapa sudi join. haaa alaa ajak je adik bradik sepupu sepapat..

      Delete
  18. Dua tahun lepas sempat berkunjung ke sini tapi tak pergi ke pulau2nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. CikRenex buat aktiviti apa je sana kalau gitu ?

      Delete
  19. Teringin nak pergi tapi tak tersampai-sampai lagi Tasik Kenyir ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah.. lepas ni Zumal pula sampai k..

      Delete
  20. Macam menarik juga Taman Herba Tasik Kenyir ni tapi kalau nak pergi sini kena pergi dengan kawan-kawan sebab anak-anak ksarie tak minat tempat macam ni. Depa nak cari kolam nak terjun tiruk je heheehhehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe CT pun tak minat kak hahahahahah.. krik krik rasa tapi bila pegi enjoy the view sajalah macam outing cuci mata tengok keindahan gitu.

      Delete
  21. Cantik betul Tempat Ni. Seronok gak lepak houseboat sesekali. Tapi klu nak tido Dlm tu mma xnak

    ReplyDelete
    Replies
    1. laaa.. lepak sekali tidur semalam dua la Mama.. baru feeling habis bercuti sambil berlayar di atas tasik gituu eheh..

      Delete
  22. tak sampai lagi .... dulu sampai kat masjid terapung jew hahaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masjid Terapung mana ni ? hihi.. ada kesempatan pi lajak Tasik Kenyir k..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.