July 2019 | SITI.YANG.MENAIP


Banyak nak kongsi banyak nak diceritakan..
Ditunda-tunda.. Tak baik kerja bertangguh.

Pheeew.. Nak buat macam mana..
MALAS !!

Pertama kali cuba Bubble Tea dari Xing Fu Tang.


Rasanya demam minuman bubble tea atau 'boba' dah lama wujud sejak beberapa tahun yang lalu lagi. Tapi tak tahu kenapa sekarang sejak dua menjak ini menjadi-jadi pula 'kegilaan' untuk memburu minuman bubble tea. Pantang ada benda yang tular viral aku pun tak nak lepaskan peluang nak cuba. Jakun baru pertama kali beli bubble tea dari Xing Fu Tang. Hihihi..

I tak nak jadi seperti 'the frog under the coconut shell..'

Bubble tea yang selalu kita dengar adalah dari Chatime dan Tealive. Senang nak dapat juga sebab banyak kedai ada dimerata-rata. Sedap pun iyaaa.. Kalau teringin senang nak cari. Sekarang ini sangatlah banyak kedai yang menjual minuman yang ada bubble tea seperti Xing Fu Tang, Koi, The Alley dan Daboba. Nak kejar ligan buru semua serentak memang rasa tak mampu. Nantilah bila ada free time baru susun pi rasa dari kedai-kedai lain pula. Slowly but surely gituuu aku nak cuba bubble tea dari kedai-kedai ini.

Minum boleh tapi kenalah berjaga-jaga juga !!

Jangan hampa pi pakat minum minuman bubble tea hari-hari. Viral pun kena pandai jugalah fikir. Tak semua yang viral tu bagus. Jangan pi atur hari ni minum yang ni esok lusa try yang lain pula. Selang hari laaa juga. Minta yang kurang gula pun kadang-kadang masih terasa sangat manis dan tak bagus untuk kesihatan. Once in a while oookaylah untuk reward diri sendiri. Lepas tu kunyah elok-elok bubble tea yang liat tu janganlah terus telan. Kesian kat perut nak kerja keras hancurkan bubble tea yang sebiji-sebiji ditelan. Take your time enjoy minuman no need to rush.

Korang macam mana ? Apa favourite flavor dan dari kedai mana ?

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Sekelip mata dah separuh tahun berlalu pergi dan tak lama lagi dah nak 2020.. Sekejapnya masa. Beberapa bulan kebelakangan memang aku tak dapat nak tumpukan perhatian pada blog SitiYangMenaip - tak mampu nak luang masa mengadap screen dan siapkan cerita-cerita yang tertangguh. 

Untuk memecahkan kesunyian dan kesenduan blog yang terabai ini, aku nak mulakan dengan entry penghargaan kepada rakan-rakan bloggers yang masih sudi singgah ke blog SitiYangMenaip sepanjang bulan April hingga June 2019. Walaupun tak banyak entry, mereka ini masih rajin untuk tinggalkan jejak bertanya khabar. Maaflah.. Belum ada keizinan nak buat kunjungan balas. Kalau boleh memang nak senaraikan semua sekali tapi nanti sampai lusa pun tak habis, jadi aku pilih top ten commentators saja untuk dikongsikan. Ada nama yang kekal di carta dari dulu dan ada yang baru pertama kali masuk carta. Semua pun rajin singgah dan tinggal comments tapi sepuluh orang ini adalah yang extra rajin. Terima kasih semua yang luangkan masa untuk baca entries yang ada di blog ini dan tinggalkan comments. I really appreciate semuanya. Kalau korang belum pernah terjah blog rakan-rakan Bloggers di atas, boleh pergi jenguk dan buat kawan-kawan baru. These people memang rajin dan they have banyak entries yang menarik untuk dibaca. 

Ini adalah sepuluh rakan-rakan Bloggers yang rajin singgah ke SitiYangMenaip :


Insyallah next round adalah
Top Commentator July - September 2019 Blog SitiYangMenaip

'appreciate what you have.. where you are..
and who you are with in this moment..'

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.