Trip Perth 2018 : 6.0 Bunbury, Mandurah, Rockingham Dan Perth (Bunbury Farmers Market, Lake Clifton, Mandurah Dolphin Cruise, Ar-Rukun Mosque) | SITI.YANG.MENAIP

Trip Perth 2018 : 6.0 Bunbury, Mandurah, Rockingham Dan Perth (Bunbury Farmers Market, Lake Clifton, Mandurah Dolphin Cruise, Ar-Rukun Mosque)

/
35 Comments
April 15, 2019
08 December 2018 Sabtu


WAJIB SINGGAH KE BUNBURY FARMERS MARKET, TROMBOLITES DI LAKE CLIFTON, MANDURAH DOLPHIN CRUISE, SOLAT DI AR-RUKUN MOSQUE ROCKINGHAM DAN CHECK-IN AIRBNB BALCATTA PERTH. Hari keenam adalah hari terakhir road trip ke selatan Western Australia. Kami akan naik semula ke Perth selepas ke beberapa destinasi yang dah disenaraikan. Nanti di Perth tak pindah randah.. Check-in di AIRBNB untuk empat malam seterusnya pula. Rasa sekejap sangat masa berlalu tengoklah pejam celik tinggal few days saja nak balik Malaysia dah. Destinasi hari ini adalah ke - Bunbury Farmers Market, Lake Clifton, Mandurah, Rockingham dan Perth.

Laluan perjalanan hari keenam di Western Australia :


Bunbury Apartment Motel - Bunbury Farmers Market - Lake Clifton Thrombolites - Mandurah Dolphin Tours - Ar Rukun Rockingham Mosque - Balcatta

Bunbury ni macam underrated sikit kawasannya tak ramai yang singgah, majoriti akan terus ke Margaret River atau memandu sampai ke Mandurah saja. Sebenarnya banyak sangat aktiviti dan spots menarik yang ada di Bunbury untuk kita terjah. Aku discover banyak tempat menarik di Bunbury masa aku nak buat itinerary. Kalau betul-betul nak enjoy, memang sehari tak cukup. Di Bunbury ada Dolphin Discovery Centre. Those yang berminat nak dapatkan close encounter dengan dolphin boleh singgah sini. At first kami berminat nak pergi tapi bila tengok entrance fee dan bayaran yang perlu dibayar untuk bermanja dengan dolphin terus tak jadi. Cuma.. in return pengalaman yang kita dapat pun memang sangat mahal. Kena dengan harga.. 

Tempat-tempat menarik yang ada di Bunbury : Bunbury Wildlife Park, Koombana Beach, Bunbury Farmers Market, Marlston Hill Lookout Tower, Back Beach, Bunbury Lighthouse Lookout, Mangrove Boardwalk, Bunbury Regional Art Galleries dan King Cottage Museum.

BUNBURY FARMERS MARKET

Hanya satu saja destinasi yang kami terjah di Bunbury, Bunbury Farmers Market. Asalnya tak masuk dalam perancangan tapi few weeks before fly ke Perth, ada seorang rakan kongsikan di Instagram tentang market ini. Terus jatuh cinta dan rasa wajib nak singgah. Awal pagi kami check-out dari Bunbury Apartment Motel, siap breakfast simple dan sediakan bekal untuk lunch kami terus ke Bunbury Farmers Market. Parking percuma tak perlu risau dan orang dah mula ramai.. Masing-masing nak memborong barang basah disini. Bunbury Farmers Market adalah satu tempat pengumpulan hasil tanaman petani-petani sekitar kawasan yang terus direct ke market tanpa melalui third party. Third party macam hypermarkets tu semua.. Ni terus direct dari ladang dikumpulkan disini. Memang first hand fresh dipetik tengok semua hasil pun nampak segar. Niat nak tengok saja sebab bekalan makanan kami masih banyak. Tak adanya !! Penuh juga bakul. Geram tengok semua buah-buahan dan sayur-sayuran yang besar dan fresh !!


Masuk dari entrance door terus disapa strawberries =D

Buah-buahan segar.

Favourite !! Anggur hijau.

Tengok pisang.. Teringat Minions.

Sebelum beli bincang dulu..

Jangan main-main.. sayur dah sama besar dengan kayu baseball.


Nak suruh beli lebih.. 3 for AUD3. Hihihi..

Kalah celery dijual di Malaysia !! Ni 4 kali lebih besar.

Excited jumpa kentang pelbagai warna.


3KG kentang tak sampai RM3 !! Gila !!

Seronok locals.. hari-hari boleh makan beetroot fresh.

Syukur duit cukup. Hihihi..

Plastic bag kena bayar. Kalau kotak free or charge.


Video shopping di Bunbury Farmers Market.

Sebenarnya memang kami berbelanja diluar kawalan. Masing-masing ada selera tersendiri jadi teringin macam-macam. Again !! Concept kami kalau nak beli dan makan jangan berkira. Selagi tak kacau budget lain jangan risau, beli saja. Memang tak boleh resist buah-buahan disini. Patutlah kawan cakap - dari datang nak tengok terus membeli tak fikir panjang. Macam kena jampi bila dah masuk dalam market. Kawasan pula kemas lawa lantai tak basah langsung walaupun ada ais yang ditaburkan di sayur-sayuran. Sumpah kagum.. Hanya ada satu entrance saja dan sepanjang laluan untuk ke kaunter bayaran kiri kanan ada kaunter buah-buahan dan sayur-sayuran. Sambil berjalan sambil sambar benda yang nak dibeli. Buah-buahan disusun rapi ikut jenis dan warna (colour-coordinated) memang lagilah memanggil untuk dibeli. Lalu barisan juices dan fruit platter pun stress sebab rasa nak beli borong semua. Organic juices botol besar-besar dijual dengan harga murah. Pengsan !! Syukur ada empat hari lagi di Perth dan memang hari-hari akan masak jadi okaylah beli bekalan. Kalau ke Bunbury, tolong singgah walau sekejap. Baru korang faham perasaan yang aku rasa bila rambang mata tengok nak beli macam-macam.

LAKE CLIFTON THROMBOLITES

Dalam perjalanan ke Mandurah, kami singgah sekejap ke Lake Clifton untuk tengok thrombolites. Dulu aku tengok thrombolites di Lake Thetis di Cervantes tapi kali ni tak mahu ke sana dah. Aku cari lokasi lain pula untuk explore. Aku nak juga bawa Neddy dan AcikE tengok thrombolites sebab diorang tak pernah tengok lagi dan ini adalah antara fenomena semula jadi yang ada di Western Australia. Nothing much sebab kita bukan orang-orang bidang Science jadi tak berapa nak appreciate kejadian alam macam ni. Tapi dah sampai ke tempatnya kenalah tahu serba sedikit. Kalau banding dengan Lake Thetis, aku rasa Lake Clifton yang terletak di dalam kawasan Yalgorup National Park adalah lebih cantik. Apa benda thrombolites ni ? Thrombolites - juga digelar sebagai 'living fossil' adalah hidupan yang berbentuk batu-batuan yang dah wujud sejak berjuta tahun dulu lagi. Scientists percaya batu-batuan thrombolites ni semua hidup dan melalui process reaction living things. I am not really sure sama ada thrombolites ini adalah batu-batu sebenar atau terbentuk daripada reaction microorganism yang wujud. Thrombolites terbentuk apabila kandungan calcium carbonate dalam air sangat tinggi. Kalau korang berminat, bolehlah buat pembacaan lanjut. I do not talk Science jadi nanti makin aku explain makin korang pening nak hadam.




Lake Clifton yang luas.

Inilah thrombolites.




Baca : THROMBOLITES DI LAKE THETIS CERVANTES

Sekejap saja singgah memang just nak kasi Neddy dan AcikE tengok thrombolites. Nanti bila ke Cervantes tak perlu singgah ke Lake Thetis. Kalau di Injidup Natural Spa kami dengar saja bunyi rattling, disini siap nampak seekor 'si panjang' melintas. Elok melintas lepas AcikE jalan !! Walaupun kecil tapi kita kena berjaga-jaga sebab di Australia memang terkenal dengan species yang bahaya. Lalu sangat menyusur aku tak sempat nak buat apa-apa. Syukur 'si panjang' hanya melintas saja. Laju-laju aku dan Neddy jalan lintas kawasan tu.. Dah masuk dalam kereta baru kami bagitahu our moms. Takut nanti diorang panic sebab kawasan sekeliling memang semak samun. Bacalah doa semoga Allah SWT lindung setiap langkah dan perjalanan kita.

MANDURAH DOLPHIN CRUISE

Ini adalah highlight perjalanan kami untuk hari keenam. Nak tengok dolphin !! Dua lokasi famous yang selalu orang ramai pergi kalau nak tengok dolphin adalah di Rockingham dan Mandurah. Last time aku datang pun aku book tour di Mandurah jadi this time pun sama jugalah. Niat asal nak cuba tengok di Rockingham tapi harga tour extra mahal. Kami tempah siap tickets secara online dan dapat harga lagi murah tapi sampai satu jam awal di Mandurah. Harga ticket dolphin cruise untuk seorang dewasa adalah 32AUD (RM99.20 approx). Hulur saja booking number selesai segala urusan. Aku minta kalau boleh naik ikut trip yang lebih awal. Alhamdulillah boleh jadi tak perlulah kami tunggu another hour. Ini adalah tour yang lain dari yang aku naik dulu. Saja nak tukar angin dan buat perbandingan tour mana yang lagi best. Yang basic adalah Dolphin & Scenic Canal Cruise.. Tour santai keliling kawasan perairan mewah Mandurah dan juga kawasan Peel-Harvey Estuary yang menjadi tempat persinggahan burung-burung berhijrah mengikut musim tertentu. Kalau nak tour yang lebih extreme boleh ambil package Dolphin Island Adventure. Memang dibawa ke laut lepas untuk tengok wild dolphins. Bangunan perumahan di Mandurah semua besar dan cantik. Bahagian depan mengadap terus ke canal dan majoriti setiap rumah ada bot persendirian. Hari-hari boleh tengok dolphin. Tak tahulah berapa juta duit kena ada kalau teringin nak ada sebiji rumah di Mandurah. Dulu aku naik boat tour dari Mandurah Dolphin Tours dan berlepas dari Dolphin Quay. Kali ni kami naik tour dengan Mandurah Cruises. Boat tour lebih besar dan nampak exclusive. Dua tingkat dan ada open deck.




Redeem tickets disini.






Disambut mesra pekerja Mandurah Cruises.

Dari open deck di upper floor. Captain tengah berucap..


Cicerello's di Mandurah.

Marina di Dolphin Quay.


Ada tour kapal Captain Hook juga.

Rumah-rumah mewah di terusan Mandurah.






Berbanding trip yang lepas, kali ni sangatlah kurang nampak dolphins, hanya dua ekor saja itu pun segan silu nak muncul. Memang tiada jaminan untuk nampak dolphins. Kalau tak nampak langsung jangan question syarikat tours pula sebab dah diberitahu dari awal.. Sampai kesudah lepas satu jam meronda pun masih tak nampak dolphins, semuanya adalah diluar kawalan. Mandurah adalah natural habitat dolphins tapi disebabkan pembangunan pesat makin lama makin berkurang. Bentuk semula jadi Mandurah memang sedaya upaya dikekalkan supaya dolphins tak rasa terancam dan berhijrah. Itulah sebabnya.. Semua terusan dan kawasan-kawasan estuary tak diubah suai. Kekal dengan bentuk asal cuma ada pembinaan kediaman saja. Selesai tour kami pergi Chocolateria San Churro Mandurah untuk redeem churros. Belakang receipt pembelian ticket dolphin tour ada promotion 'Buy 1 Free 1' set churros. First time makan churros dari Chocolateria San Churro adalah di Melbourne. Memang sedap jadi marilah kita guna promotion yang ada dan enjoy makan churros di Mandurah. Kami cari port untuk makan lunch. Picnic di Mandurah sangatlah awesome sebab view memang sangat cantik.

Churros dari Chocoloteria San Churro.

Meja kecil untuk picnic makan lunch.


Seagulls yang ada dimana-mana saja..

Video tengok dolphin segan-segan muncul.

AR-RUKUN MOSQUE DI ROCKINGHAM

Lepas makan dan lepak sekejap di Mandurah, kami gerak ke Rockingham. Kalau korang rajin boleh singgah ke Cape Peron tapi kami dah tak larat. Niat utama ke Rockingham adalah nak cari masjid dan solat. Di Rockingham ada masjid Ar-Rukun, dibina pada tahun 1994 adalah sebuah masjid yang active, besar dan kemas. Masa kami sampai tak ada orang lain tapi nampaklah di notice board aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Ar-Rukun Mosque. Tak lama lepas tu ada beberapa buah kereta lagi masuk perkarangan masjid. Rombongan dari Malaysia dan Singapore. Meriah jadinya..






AIRBNB BY JENNA DI BALCATTA

Lepas solat terus naik ke Perth sebab dah aim nak sampai ke Perth sebelum Maghrib. Singgah beli kebab di Rockingham - nak kasi Neddy dan AcikE rasa kebab sedap di Australia. Alhamdulillah urusan check-in ke AIRBNB sangat mudah. Aku cari rumah setingkat tak perlu naik tangga bagai. Kami cari yang ada dapur dan kemudahan-kemudahan lain juga. Dapatlah satu malam around RM203. Sebelum jumpa rumah Jenna di Balcatta ni.. Aku dah booking rumah lain yang lebih murah. Dah potong amount card credit tapi after empat hari owner masih tak balas apa-apa. Aku report ke AIRBNB sebab susah hati jugalah dah confirm semua tapi macam tak ada assurance. Dilayan baik oleh wakil dari AIRBNB sebab diorang ada record kita sembang dengan owner jadi tengok sendirilah aku tunggu owner reply macam mana. Diorang minta a day untuk cuba contact owner dan selesaikan masalah. Later that day, tiba-tiba dapat call dari US !! Hahaha.. Nervous kakak jawab phone. Pihak AIRBNB sendiri dah cuba contact owner tapi tak dapat jawapan juga. Solution yang diberikan oleh pihak AIRBNB adalah - cancel booking dan refund semula duit ke dalam account card credit. Sebagai tanda sorry, diorang kasi aku code discount sebanyak 100AUD untuk aku guna sekiranya aku masih nak book rumah melalui AIRBNB. 100AUD tu banyak oookay !! Bila aku tengok berapa nilai setelah ditukar ke RM hampir RM300 jugalah. Dengan amount RM300 ni dah cover expenses untuk dua malam. Cari punya cari.. jumpalah rumah Jenna di Balcatta dengan harga RM178 satu malam. Dah tolak code discount, total amount adalah jauh lebih murah daripada amount rumah yang aku tempah previously. Tengoklah.. disebalik sesuatu kesusahan itu pasti ada hikmah.

Walaupuna Jenna dah replied dan comfirmed booking, dia pun sejenis owner yang ada penyakit lambat reply message. Kena tunggu separuh hari baru dia reply satu message. Tension jugalah cuma bagus dia terus bagi manual nak check-in jadi pandai-pandailah baca sendiri. Dalam manual semua benda dah ada. Dia tak ada tanya lebih-lebih, tahap percaya tinggi gila just wish hope kami enjoy duduk rumah dia. Urusan check-in mudah kunci semualah senang.

Porch kereta.

Meja makan next to the kitchen.

Couch selesa. Aku tidur kat sini instead of dalam bilik.

Bilik 1 - Tak ada kipas tapi sejuk.

Bilik 2 - Ada kipas dan semestinya sejuk juga.


Dah masuk check-in check semua benda dan message Jenna inform dah masuk rumah.. Esoknya baru dia respond 'Enjoy'. Garu kepala dapat owner macam ni. Suka hatilah janji dia happy kami pun happy. That night kami masak nasi dan sayur campur, makan kebab dan grilled lamb yang dibungkus dari Charcoal Chicken. Iyaaa.. Sempat pergi tapau satu round dulu buat bekalan dinner. Hahaha.. Rehatlah masing-masing betulkan urat dan sendi. Masih ada beberapa hari lagi di Perth yang penuh dan padat dengan aktiviti.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

35 comments:

  1. bestnya... geram nengok segala buah2 n sayur tuh, pttla masing2 hilang kawalan diri memborong yek hehehhe...

    pastu batu thrombolite tu mmg cantik... sebijik batu , ingat batu2 biasa tuh je

    umah penginapan tu pun bestnya, kalau rate semalam tu terasa cam murahnya tuh... rumah lak lawo n selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. memang tak boleh control rasanya nak borong macam2. ikutkan harga tu tak adalah murah sangat tapi macam dah tak pedulik.

      yup. rumah tu tak sangka juga murah. plus rezeki dapat code discount dari AIRBNB hehe jadi penjimatan disitu =)

      Delete
  2. KSarie paling teruja tengok sayur yang segar bugar dan beraneka warna serta jenis kat Farmers Market tuh. Kalau tengok cerita omputih ata baca baca buku omputih yang berlatarbelakangkan desa, mesti depa selit cerita tentang Farmers Market ni. Satu hari nanti in sya Allah nak juga merayau ke 'pasar tani' omputih ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. depa pandai tau susun ikut warna cantik2 gitu memang orang pun rasa cantik teruja nak membeli ja. kalau countryside punya pasar lagi meriah dan lebih dekat dengan culture. ni modern nye..

      Delete
  3. uiiiii kenapalah buah-buahan dan sayur-sayuran kt sana nampak segar bugar? apa rahsia kejelitaan depa ni??? hahahaa

    terharulah siti bila tgk ada masjid kt situ... harap lps insiden chrischurch masjid di sana lebih makmur

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan !! faham tak prasaan dia nak membeli macam mana ? rasa semua benda nak borong. kalau tak difikirkan harga memang lagi macam2 beli.

      betul. kita pegi nak ziarah masjid tinggal jejak. takut juga skarang ni tapi kita berdoa sajalah banyak2 semoga Allah SWT sentiasa lindung kita.

      Delete
  4. Kalau tak nampak dolphin masa tour tu, dia ada offer tak untuk join the second time for free?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks for asking Farah.. yes diorang akan offer untuk join again later for free. nanti akak update. terlupa pasal tu..

      Delete
  5. ya Allah..sukanya tgk sayur ngn buah-buahan tu.. segar2 semua..rasa nak trus mkn kat ctu jer..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kat bahagian depa jual buah potong lagi geram. display pun dah lawa memang rasa nak sambar semua.

      Delete
  6. Wpun underated tp rasanya berbaloi singgah tu.. apartment pun nampak selesa

    ReplyDelete
    Replies
    1. aa ah tula. kalo ada masa banyak boleh meronda banyak tempat lagi. tapi tak danlah.. ada yang lagi wajib singgah =)

      Delete
  7. Kenapa brg kat market tu nampak fresh sgt!! Geram tgk..haha bestnya awak!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat geram kan !! memang kemain sungguh buah2 n sayur2 diorang.

      Delete
  8. waaaa...semua nampak fresh...
    cantik² pemandangan dkt sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang nampak fresh. kalau tak fresh pun still nampak fresh hahaha..

      Delete
  9. fulamak silau mata tgk segala buah & sayur sana punya fresh & besarrrrrrr! bersih tu dah tentulah kan? mudahan selamat je spnjg trip pergi & balik siti walau dimana juga hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. sangat bersih.. lantai tak basah langsung. memang cekap sistem diorang ni. aamin yaa rabb mudah2an. terima kasih mendoakan =)

      Delete
  10. Ct geramnya tengok buah-buahan dengan sayuran segar2 sungguh kan

    ReplyDelete
  11. How I wish suatu hari nanti Safiena dapat pergi sana. Suka tengok market dorang. Meriah dengan fruits & veges yg fresh.

    ReplyDelete
  12. Wah ... Farmers market tu menggoda jiwa raga .. Adeh ...

    ReplyDelete
  13. sekali pandang map tu macam dari Penang ke KL ... haha

    ReplyDelete
  14. Wahhh cantiknya view dia tu.. menggoda betul la

    ReplyDelete
  15. cantik rumah tu, nampak selesa!

    ReplyDelete
  16. cantik2 sayuran & buah2..mmg rambang mata..

    ReplyDelete
  17. dalam dok layan pemandangan atas tu... pisang juga melekat kat mata.... dah kenapa? Hahahaha

    ReplyDelete
  18. ya allahhhh.. menggoda semuanya. buah2nya..
    gambar2 tu lagi buat akak jeles tau.. i love all your pictures. siti pakai camera apa ek?

    ReplyDelete
  19. bestnyaaa tgk sayur dgn buah-buahan segar..

    ReplyDelete
  20. bestnya tengok pelbagai pilihan buah-buahan dan sayur-sayuran segar tu..kalau saya di situ, semua nak dibelinya

    ReplyDelete
  21. bestnyaaa la haiii..kalau kita sampai market tu pun confirm menyambar segala benda yang murah2 tu!
    airbnb tu kira murah jugak la kan, ada dua bilik, lepas tu ada dapur lagi...berbaloi-baloi gilerr!

    ReplyDelete
  22. Mak oii iolls tgok pic ja buah2 tu boleh jadi gila jugak ni hahhaha.. Pic semua cantik2

    ReplyDelete
  23. fulamak.....bestnya penuh buah-buahan dan sayuran segar....ni memang asyik memborong ni. hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.