Trip Perth 2018 : 3.0 Sekitar Albany (Emu Point Beach, Albany Wind Farm & Albany Mosque) | SITI.YANG.MENAIP

Trip Perth 2018 : 3.0 Sekitar Albany (Emu Point Beach, Albany Wind Farm & Albany Mosque)

/
42 Comments
March 20, 2019
05 December 2018 Rabu


SEKITAR ALBANY - EMU POINT BEACH, ALBANY WIND FARM DAN ALBANY MOSQUE. Perjalanan road trip hari kedua kami akan cover beberapa tempat di Albany iaitu Emu Point Beach, Albany Wind Farm dan Albany Mosque sebelum bergerak ke Denmark, Tingledale dan bermalam di Pemberton. Perjalanan hari ini tak adalah sejauh perjalanan dari Perth ke Albany tapi memerlukan tenaga jugalah nak memandu. Kami check-out dari Big4 Emu Beach Holiday Park pada pukul 08:30AM dan meronda sekejap ke Emu Point Beach. Dekat sangat dengan hotel nak jalan kaki pun boleh. Asalnya tak masuk dalam itinerary tapi apa salahnya singgah sekejap. Emu Point Beach adalah antara pantai yang famous di Albany. Cantik sangat dan usually during summer memang ramai orang picnic dan berenang. Masih awal pagi orang tak ramai. Ada seorang pakcik tengah memancing.

EMU POINT BEACH ALBANY

Tak ke rasa nak terjun masuk laut berendam ?





Pagi hari tengok pantai macam ni tenangnya rasa hati. Air membiru jernih cantik sangat. Kami hanya bersiar-siar sekejap saja. Tak ada aktiviti pun dibuat. Marilah kita gerak.. Dari Emu Point Beach kami ke Albany Wind Farm. Masa pertama kali ke Albany pada tahun 2016, aku tak sempat nak singgah. Memang rushing sangat masa tu terkejar-kejar nak pergi tempat lain. Tengok gambar yang dikongsikan ramai orang memang rasa menyesal tak singgah. Ada rezeki kembali ke Albany dengan perancangan yang lebih teratur memang kami tak lepaskan peluang laaa untuk pergi. Subhanallah !! Tergamam tengok view yang sangat cantik. Betullah orang kata, rugi kalau tak singgah ke Albany Wind Farm kalau dah sampai ke Albany.


WAJIB KE ALBANY WIND FARM JIKA KE ALBANY

Albany Wind Farm terletak di kawasan Torndirrup National Park, sama seperti The Gap and Natural Bridge. Boleh saja singgah ke The Gap and Natural Bridge sekali harung dengan Albany Wind Farm tapi semalam waktu sampai ke Albany dah lewat petang. Jalan masuk ke Albany Wind Farm memang kiri kanan semak. Aku suggest pergilah waktu pagi atau tengah hari. Avoid waktu senja walaupun aku rasa permandangan mesti lagi awesome. Parking area luas tak perlu risau tapi sunyi sangat. Adalah tiga buah kereta campur kereta kami. Seram jugalah kalau kita saja yang ada disitu. Tiada sebarang bayaran dikenakan. Free !! Yang buat geram tu.. Banyak sangat lalat. Hinggap macam kita busuk setahun tak mandi. Jenuh menghalau. Besar-besar pula tu.. Stress jadinya. Angin memang kuat yang amat, sesuai sangat diorang bina wind farm disini dan merupakan wind farm terbesar di Australia. Bayangkan.. pembinaan wind farm di kawasan ini mampu menjana 80% tenaga yang diperlukan untuk kegunaan keseluruhan Albany. Sejuk berangin tapi matahari sangat terik. 

Rezeki nampak dua ekor kangaroos liar berkeliaran.

Jauh ke hujung sana untuk ke parking area.





Salah satu lookout point di Albany Wind Farm.

Speechless tengok laut membiru cantik macam ni.






Laut luas terbentang ini adalah rumah atau laluan utama ikan-ikan paus berhijrah. Selalunya during winter between May ke October memang senang nak nampak kelibat ikan-ikan paus terutamanya Humpback Whales. Bawa binocular boleh teropong jauh sikit. Personally tak tertarik sangat pun dengan windmills itu semua. Lagi menarik tengok view yang ada. Tak tahu nak cakap macam mana cantiknya view disana. Pictures don't do justice dan aku nak describe guna words pun tak mampu. Kena pergi sendiri tengok baru faham. Kalau berminat nak buat coastal walk pun boleh, ada laluan Windfarm Walk dibina. Boleh pergi dekat dengan dengan windmills tapi hati-hati, amaran binatang liar seperti 'Snake Alerts' memang banyak dipasang. Musim panas memang musim kegemaran ular-ular keluar dari sarang. Hati-hati ya !! Lama juga kami melepak di kawasan Albany Wind Farm. Sayang rasa hati nak gerak. Makin ke selatan, waktu solat pun makin cepat. Kami lepak sampai nak dekat waktu Zohor baru gerak ke Albany Mosque untuk solat.


SOLAT DI ALBANY MOSQUE SERPENTINE ROAD

Info mengenai Albany Mosque tak banyak. Wujud sebenarnya Albany Mosque tapi tak famous macam mosques yang lain sekitar Western Australia. Aku guna Google Maps saja untuk cari lokasi Albany Mosque, alhamdulillah betul dan selamat sampai ke destinasi. Sangat humble binaannya dan mungkin orang ingat itu adalah masjid main-main. Aku pun acah-acah berani nak singgah sebab macam tak pasti betul ke itu masjidnya. Tapi kalau tak singgah kita tak tahu. Iya !! Itulah sebenarnya bangunan Albany Mosque. Rujuk SINI untuk gambar. Aku lupa nak snap picture sebab kalut nak solat. Dibina di atas tanah persendirian dan bercantum dengan rumah orang lain. Tak pastilah rumah siapa, mungkin tuan masjid. Tak ada orang lain selain kami berempat. Pintu utama tak dikunci. Ada yang pesan, kalau pintu utama kunci boleh masuk ikut dapur. Jujurnya aku rasa keadaan di Albany Mosque sedikit daif dan tak berapa sempurna walaupun cukup selesa untuk solat. Ada beberapa sudut yang nampak terbiar dan kotor sikit. Toilet okay dan bersih siap ada air panas. Telekung tak disediakan. Kami solat dan makan bekalan lunch.

Nasi goreng tuna campak-campak.

Baca : LITTLE BEACH TWO PEOPLES BAY, ISTANBUL KEBAB & TURKISH BAKERY HALAL DI ALBANY

Nikmat makan dalam perjalanan merantau. Simple saja aku masak ikut apa adanya tak tahulah rasa macam mana. Selesai solat dan berehat sekejap hilangkan penat, kami kena sambung perjalanan ke Denmark dan Tingledale pula. Alhamdulillah semuanya masih mengikut timing yang dirancang dalam itinerary. Banyak lagi sebenarnya tempat-tempat menarik di sekitar Albany yang boleh diterjah tapi sayangnya tak sempatlah nak cover semua. Dulu sempat ke Little Beach di Two Peoples Bay tapi memang tak boleh selit kali ni. Jauh sikit lokasinya dari bandar Albany. Kita kena pandai pilih tempat-tempat yang kita nak pergi ikut masa yang kita ada. Yang penting, lokasi-lokasi hot spots yang wajib diterjah sempat pergi. Perjalanan ke Denmark mengambil masa lebih kurang satu jam. Pastikan tangki minyak sentiasa penuh setiap kali nak mulakan perjalanan jauh. Alang-alang melalui pekan Denmark sebelum ke Tingledale, kita singgah sekejap tengok apa yang menarik. Tapi langit dah mula gelap.. Hurm !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

42 comments:

  1. kat sini view dia yang win..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat. tak tahu nak sampaikan thru words macam mana.

      Delete
  2. ya Allah cantiknya view dia..siti bawalah Cik Nor pergi tapi dalm mimpi la..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa takmola dalam mimpi. jom CikNor jom..!!

      Delete
  3. SubahanaAllah.. Cantiknya pemandangan laut tu.. Tenang betul..
    Bila jalan macam ini, masak apa pun sedap je.. kan Siti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. laut membiru tu memang cantik. hihi makanan tu entahla main campak saja apa adanya nak buat nasik goreng. janji tak sakit perut sudah hihi..

      Delete
  4. That ocean view. Subhanallah, cantik sangat!

    ReplyDelete
  5. cantiknya viewwwww....
    macam tempat berlakon mira filzah dengan hisyam hamid tu kan..
    ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak citer apa tu.. hihi kite tak tengok drama Melayu sangat =p

      Delete
  6. Cantik sungguh la view nya. Pelbagai jenis warna biru dok ada kat situ. Kena simpan angan-angan (serta menabung bagai tak mau) untuk ke sini ni hhuhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. kadang2 tu kawasan laut sebelah2 je tapi ada biru tua muda ijau semua sekali. seram juga hehe.. lagi2 yang tempat gelap.

      Delete
  7. masya Allah...cantik sangat ct uii view laut tuuu! speechless kalo menengok depan2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. serious kita akan speechless. subhanallah memang cantik.

      Delete
  8. pengalaman menarik n cantik semuaa pic

    ReplyDelete
  9. view cantik mcm ni laa buat kita ralit. rs x nk blk je kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. duduk lepak saja2 pun dah ok dah. memang rasa xmo balik..

      Delete
  10. subhanallah, cantiknya semua tu.... tgk laut tu, nampak tenang n view mmg cantik sgt

    ReplyDelete
    Replies
    1. lautnya tenang2 dan ada juga yang ombak kuat. bila yang tu takut juga tengok..

      Delete
  11. Sun, sea & sand but not snakes..nasi goreng campak2 tu yg sedap..

    Oo..ni trip 2..mngimbau jalan kenangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang time summer itula musim yang kena berjaga2 dengan sipanjang. ada kawasan siap berbunyi lagi macam rattling sound tu. uuish seram.

      Delete
  12. SubhanaAllah. Indahnya alam ciptaan Tuhan. Tak dapat pergi.. Dapat tengok perkongsian macam ni pun dah syukur sangat-sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT kongsikan dengan kawan2. mudah2an semua pun ada rezeki kesana. insyallah.. rezeki itu misteri. kita tatau =)

      Delete
  13. CT..... Cantikkk sungguh view laut tu.. Untung dapat tengok kangaroo liar kat sana. Uniknya ciptaan Dia..

    Btw menarik hati tengok kawasan Albany ni, ada masjid juga kat sana ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. kangaroo tu sebenarnya dekat dengan kami tapi sebab warna sama dengan rumput kering kami x prasan. da jauh sikit baru nak amek camera. nampakla dikejauhan..

      Delete
  14. Subhanallah cantiknyaa permandangan!

    ReplyDelete
  15. Bestnyaaa dapat memancing kat situ, view pun breathtaking sangat! 👏✨

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak CT suka mancing.. dia kalo
      boleh nak join pakcik tu.. adoi parah. kena buat trip mancing kot lepas ni..

      Delete
  16. Cantik sungguh gambar Siti semuanya, Sis ko lebih tumpu nengok gambo dari membacanya hahahaha...tapi tengok keadaan cuaca macam panas ek..panas eh Siti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. panas sangat memang terasa terik tu mencucuk. tapi angin sangat sejuk.. dan keadaan kat sana brangin sentiasa. jadi kluar dari kereta elok pakai jacket.

      Delete
  17. YaAllah, memang cantik la pemandangan dia...

    ReplyDelete
  18. Pergh! Siap dapat tengok kangaroo liar lagi. Best moment ever la ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rezeki. tapi orang kata depa memang suka juga menjelma tiba2. bahaya kalau terlanggar juga. kemek kete..

      Delete
  19. Setiap kali baca cerita travel ni memang teringin betul nak jejak ke tempat-tempat menarik ni. Memang cantik sangat pemandangannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah one day akan sampai. setiap ceruk bumi ni cantik dan yang pastinya akan beri pengalaman dan pengajaran =)

      Delete
  20. Subhanallah cantiknya

    ReplyDelete
  21. Tetiba nampak nasi Goreng tuna tu sedapnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehlaaa nak makan Mama.. ehehe orang tak reti masak sangat masak =P

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.