Trip Perth 2018 : 2.1 Mengejar Matahari Terbenam (The Gap And Natural Bridge, Brig Amity, Hanover Bay & Big4 Emu Beach Holiday Park) | SITI.YANG.MENAIP

Trip Perth 2018 : 2.1 Mengejar Matahari Terbenam (The Gap And Natural Bridge, Brig Amity, Hanover Bay & Big4 Emu Beach Holiday Park)

/
52 Comments
March 17, 2019
04 December 2018 Selasa


MENGEJAR MATAHARI TERBENAM DI THE GAP AND NATURAL BRIDGE DAN HANOVER BAY, REPLIKA KAPAL BRIG AMITY DAN BIG4 EMU BEACH HOLIDAY PARK ALBANY. Menuju petang hari dan senja, langit sangat cantik oren kemerah-merahan. Dalam itinerary memang kami akan singgah ke The Gap and Natural Bridge belah petang nak tengok matahari terbenam sebelum check-in dan berehat. Dulu pergi tengah hari terik kali ni saja nak tukar sikit mencari kelainan. Dah siap solat Jama' Qasar di Katanning Mosque jadi tak terkejar-kejar nak perform prayers. Boleh berjalan dengan tenang enjoy permandangan. Dari Coles Albany Orana terus kami memandu ke Torndirrup National Park yang terletak di dalam kawasan Frenchman Bay. Kawasan parking yang luas disediakan jadi tak perlu risau. Ramai juga pengunjung walaupun dah lewat petang. Angin sangat kuat dan suhu sangat sejuk, pakai jacket pun masih terasa sejuknya.

THE GAP AND NATURAL BRIDGE TORNDIRRUP NATIONAL PARK ALBANY

Nak meronda seluruh kawasan Albany dalam masa sehari dua mungkin tak mampu. Banyak sangat hot spots yang menarik. Tapi The Gap and Natural Bridge wajib masuk dalam itinerary sekiranya korang bercadang nak ke Albany. Dah drive jauh rugi sangat kalau tak singgah walaupun hanya ada batu dan laut. Tak lengkap trip ke Albany kalau tak singgah kesana. Dua kali pergi dua kali juga aku terpegun. Permandangan memang sangat cantik, breathtaking !! Pergi waktu petang lagi cantik puas hati.



Tebing laut yang menyeramkan.

Subhanallah cantik.




Natural Bridge. Tak dibenarkan lalu.. Nak lalu juga tanggung sendiri.



Tenang rasa hati tengok cantiknya keindahan alam. Sejuk angin bertiup rasa nak melayang. Jangan main-main juga dengan angin disini sebab kuat. Ada papan tanda yang memaparkan jumlah kematian di The Gap and Natural Bridge. Peringatan supaya berhati-hati memang banyak. Ada kes bunuh diri juga. Kalau musim sejuk, Albany famous dengan whales watching. Dulu pergi during winter dapat rezeki tengok ekor ikan paus. Jakun sangat rasa.. Dari jauh pun dah ternampak besar, belum lagi tengok dekat-dekat. Tapi musim panas tak ada whales di Albany. Apa-apa pun permandangan memang sangat cantik. Puas layan view yang cantik, kami kena gerak nak check-in di Big4 Emu Beach Holiday Park. On the way ke hotel kami lalu Princess Royal Drive dan Hanover Bay, area berdekatan dengan replika kapal Brig Amity yang ada sejarah tersendiri. Cantik pula view mengadap kawasan perumahan di Albany. Singgah sekejap.

Baca : ENTRY 2016 THE GAP & NATURAL BRIDGE ALBANY

REPLIKA KAPAL BRIG AMITY DAN HANOVER BAY ALBANY

Kami tak singgah pun masuk dalam replika kapal Brig Amity, hanya lalu singgah kebetulan pula nampak dalam perjalanan ke hotel. Memang tak bercadang nak singgah tapi tak sangka lalu depan kapal pula. Tak ingatlah kenapa famous sangat kapal Brig Amity, adalah terbaca tapi tak focus. Menarik jugalah ceritanya kalau korang berminat pergilah cari maklumat sendiri. Bab sejarah aku lari dululah. Kami berhenti di tepi jalan mengadap Hanover Bay.

Replika kapal Brig Amity.

Hanover Bay.





Sekejap saja singgah hari pun dah makin gelap. Nak pergi ke kawasan Emu Beach nak check in dan masak dinner. Reception pula hanya beroperasi sampai pukul 08:00PM saja. Kalau lewat kena call dan tunggu pekerja datang. Dulu aku tidur di 1849 Backpackers Albany. Okay saja tempatnya tapi kalau boleh tak nak tempat yang kena kongsi toilet. Biarlah spend sikit untuk keselesaan. This time kami pilih untuk tidur di Big4 Emu Beach Holiday Park berdekatan dengan Emu Beach, tempah melalui Booking.com dan selesaikan bayaran sebelum kesana. Satu malam hanya RM491.78 siap tempat masak, katil untuk empat orang dan kawasan parking khas.


BIG4 EMU BEACH HOLIDAY PARK

Bangunan Reception.

Small cabin yang comel.

1 bilik ada satu katil besar. MamiZ dan AcikE tidur sini.



Satu lagi bilik katil dua tingkat.

Dinner kami yang simple.

Pagi hari di Big4 Emu Beach Holiday Park.

Ada kawasan untuk caravan juga.




Kami puas hati dengan keselesaan small cabin di Big4 Emu Beach Holiday Park. Cantik kawasan tapi sayang kami tak sempat meronda. Ada macam-macam kemudahan. By 07:00PM memang kami dah settle down ready nak solat dan berehat. Aku memang plan itinerary setiap hari paling lewat pukul 6:00PM atau 07:00PM mesti dah check-in. Tak boleh lewat sangat sebab nak kena dapatkan rehat yang cukup untuk perjalanan hari seterusnya. Plus, waktu malam tak ada apa-apa aktiviti yang menarik pun. Petang hari lagi jalan raya dah sunyi sepi. Kami masak dinner simple saja. Lauk sambal kentang, sayur campur dan telur dadar. Nikmat makan di tempat orang semua pun jadi sedap. Tidur malam lena yang amat, penat memandu dari Perth. Sejuk macam tengah winter walaupun tak ada aircond dan kipas. Burrrr.. Selamat malam.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

52 comments:

  1. The Gap and Natural Bridge tu cantik sangat! :D

    ReplyDelete
  2. wah..cantik2 la view kat sana..rasa nak terbang jer g sana..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomlah CikNor. insyallah plan elok2 x banyak belanja =)

      Delete
  3. SubhanaAllah cantiknya suasana sunset di Albany..
    Untung CT dapat peluang macam ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik. ada rezeki Husniey kesana jangan lupa lepak tepi pantai tengok sunset. sama cantik je dengan di negara kita.. feeling je tak sama =D

      Delete
  4. Subhanallah, cantik betul view nie.. Akak pun teringin nak pegi ke sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah ada rezeki pasti sampai. jangan lupa terjah matahari terbenam =)

      Delete
  5. Seronoknya selalu travel. Belum sampai Aussie lagi. Kawan2 semua dah pi. Btw, seram tgk tebing tu..kuat betol angin sampai jatuh org. Kalo bella melayang nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak selalu.. sesekali saja bila tabung penuh. betul.. memang ada kes orang melayang kat sini. atau depa memang saja pegi tepi tebing tu tataula..

      Delete
  6. Cantik view dgn warna biru langit

    ReplyDelete
  7. cantiknya view tepi laut..best... tengok makanan nampak simple, mesti sedapkan..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. makanan tu main campak je apa adanya. hehe trasa nikmat makan macam tu bila jalan2 ni. semua pun rasanya jadi sedap ehehe.. =p

      Delete
  8. Cantiknya view....
    boss nak pergi perth juga..
    boleh la share link blog ni dkt dia...sebagai rujukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe waah bos hehe.. semoga bermanfaat =)

      Delete
  9. Subhanallah..cantik-cantik semua gambar!

    ReplyDelete
  10. SubhanaAllah.. Cantik betul pemandangan dekat tepi laut tuh.. Dengan batu-batu.. Pergh!! Ohsem.. Yang simple tulah yang menyelerakan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. masakan yang simple tu rasa lagi nak menambah. lagi2 tengah sejuk ya Allah nikmatnya rasa.

      Delete
  11. Cantiknya view dekat The Gap and Natural Bridge. Ala...entah bila tabung sesi berjimbaan nak penuh ni huhuhuhuhu. In sya Allah kalau ke Perth memang nak cuba pergi ke tempat-tempat yang Siti dah cerita dalam blog ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit sikit lama lama jadi bukit. insyallah. ada rezeki pasti sampai =)

      Delete
  12. Breathtaking views! Tebing yg seram tp tetap cantik :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tebing tu syukurlah depa buat pagar. kalo tak memang xde rasa nak pegi dekat. takut tengok dengan ombak ganas2 lagi..

      Delete
  13. Seronoknya dapat jejak kaki ke sana. Cantik2 sgt gambar :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih yang. jomla kita bukak tabung jom =D

      Delete
  14. Cantik-cantiknya gambar Siti dengan view yang sedia stunning. Bila lah dpt jejak kaki ke sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni akak boleh masukkan Perth dalam plan travel akak pulak. hihi mesti tak nyesal punya jalan2 ke Perth..

      Delete
  15. cantik-cantik pemandangannya...seram jugak natural bridge tu...agak2 kalo berat lebih 50 kg, bole lalu dengan selamat tak..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Natural Bridge tu memang depa da tutup laluan tapi kalo tengok di IG ramai je yang redah juga. kalo jadi apa2 tanggung sendiri.. 50KG tu ringan tu sangat hehe.. hati2..

      Delete
  16. subahanallah.. cantiknya gambarrrrrrrr kat hanover bay tu.. macam kanvas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. ada tempat yang memang rasa macam lukisan =D

      Delete
  17. suka tengok gambar....cantik-cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempatnya memang cantik. kite snap je.. kongsi dengan semua =)

      Delete
  18. Masya-Allah bestnya dapat jalan-jalan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki. jom kita bukak tabong jalan jom =D

      Delete
  19. cantik view kat the gap tu...klu tgk dpn2 lagiii cantik ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. kalo ada rezeki sampai jangan lupa pergi sana ookay =D

      Delete
  20. Subhanallah, view semuanya cantik..suka tengok bangunn kaler hijau tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaler ijau tu antara rumah2 yang ada di holiday park tu. siang hari baru dan jenguk2. malam senja takdan meronda =D

      Delete
  21. Pemandangan masyaAllah, cantik sungguh. Beruntung siti dpt tengok kebesaran Allah 😁😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki. Scha pun mudah2an ada rezeki sampai. ooor ke tempat yang lagi best. insyallah =D

      Delete
  22. sukanya tgk suasana kat big4 ni... rasa tenang je. rasa mcm bebas dr segala hiruk pikuk kota...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. rasa satu hari x puas duk situ. nak kena dua hari dapat explore holiday park dapat try BBQ kat sana macam mana. mesti best..

      Delete
  23. subhanallah..cantiks sgt pemandangan. best best!!

    ReplyDelete
  24. Wowowow cantik sangat ni gambar2 semua, wallpaper material belaka-laka. Terbaiklah! 👏❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sesuai eyh buat wallpaper ? pkir balik.. wallpaper laptop ni dok hitam kosong gitu je x penah tukar2 hehe..

      Delete
  25. Cantik gilerrr laut dia, tapi kuat ombaknyaa...
    Puashati ek tempat tinggalnya, sangat nampak selesa, kira dah penat, balik rehat, tenang juga nak tidur kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. cabin yang comel.. dats why rancang petang da sampai biar dapat rehat selesa lama sikit before gerak semula memandu. rugi bayar mahal2 kalo xdan nak lepak..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.