February 2019 | SITI.YANG.MENAIP

06 December 2018 Khamis


DARI PEMBERTON KE AUGUSTA DAN MARGARET RIVER - MEMBURU IKAN PARI DI HAMELIN BAY. Hari keempat di Western Australia kami akan gerak dari Pemberton ke Augusta dan seterusnya ke Margaret River untuk bermalam disana. Augusta dan Margaret River dekat saja tak sampai satu jam memandu dah sampai. Ada dua tempat yang kami nak pergi hari ini, ke Hamelin Bay dan Cape Leeuwin Lighthouse. Kedua-dua tempat ini aku tak pernah pergi lagi. Dulu aku hanya ke Margaret River dan tak sempat nak singgah Augusta. Kali ini baru ada rezeki nak pergi sana. Tak terkejar-kejar dan strict sangat hari ini tapi kena jugalah ikut timing yang dah dibuat supaya semuanya berjalan lancar. We could enjoy the view memandu santai layan perasaan tengok permandangan. Alhamdulillah cuaca elok cerah setelah semalaman hujan lebat. Risau juga kalau cuaca tak elok sebab aktiviti-aktiviti hari ini semuanya tepi pantai. Check-out dari Best Western Pemberton Hotel dah siap sedia meneruskan perjalanan. Neddy yang memandu - I am not a morning person jadi kalau memandu awal pagi senang mengantuk.

Laluan hari keempat di Western Australia : 


Pemberton - Hamelin Bay - Cape Leeuwin Lighthouse - Margaret River


Berhenti tepi jalan nak ambil gambar sungai.


Tak tahu sungai apa..


Laluan ke Hamelin Bay.

MEMBURU IKAN PARI DI HAMELIN BAY

Memburu disini bukanlah aktiviti pergi tangkap atau memancing ikan pari. Kami pergi main kejar-kejar tepi pantai saja sebenarnya. Ini adalah antara aktiviti yang aku paling teruja seronok nak buat dalam trip kali ini dan pengalaman yang tak akan aku lupakan. Sampai sekarang kalau teringat mesti terbayang perasaan teruja yang aku rasa ketika disana. Lupa terus masalah yang melanda jiwa yang buat serabut kepala tengok ikan-ikan pari berenang bebas tepi pantai di habitat natural dan kita berpeluang tengok depan mata. Suhu sejuk angin kuat tepi pantai tapi cuaca sangat terik. Hasil daripada pembacaan yang aku buat, ramai suggested untuk pergi ke Hamelin Bay awal pagi masa air masih surut baru nak pasang, waktu nelayan baru nak keluar pergi tangkap ikan. Lebih banyak dan senang nak nampak ikan-ikan pari berenang bebas. Boleh juga datang waktu petang. Ramai tak suggest datang tengah hari sebab ombak dah bergelora besar dan chances nak nampak ikan-ikan pari berenang agak tipis. Walaupun Hamelin Bay adalah natural habitat untuk ikan-ikan pari ni.. Nak nampak tu memang ikut nasib dan rezeki. Kawan aku tunggu dekat dua jam tapi seekor ikan pari pun tak kelihatan.

Holiday Park di Hamelin Bay.

Terik yang amat !! Biasa saja pantainya. Penuh rumpai.

Menapak sampai ke hujung mencari si ikan pari.

One decent photo of us four.



Sampai di Hamelin Bay around 10:00AM. Ada dua kawasan parking, satu kawasan khas untuk kereta dan satu lagi laluan khas boat ramp. Kami parked di kawasan parking kereta dah terpaksa menapak jauh. Berjalan atas pasir sangatlah memenatkan. Park saja di kawasan boat ramp sebab lagi senang terus sampai tepi pantai. Ramai pengunjung datang lagi awal dah berderet tunggu tepi pantai. Katanya dari pagi seekor ikan pari pun tak nampak lagi.. Ada yang dah tunggu dari pukul 07:00AM. Tapi dah namanya rezeki nak tengok ikan pari.. MamiZ dan AcikE yang dah menapak jauh ke hujung pantai jerit panggil aku dan Neddy. Rupanya diorang dah nampak seekor ikan pari. Subhanallah !! Seekor ikan pari hitam kelihatan. Size sederhana saja tak besar sangat. Ombak kuat susah nak tengok dari jauh. Tak fikir panjang terus masuk laut korbankan seluar. Lantaklah lencun janji dapat tengok ikan pari dengan jarak dekat. Kalau duduk tepi pantai saja memang tak dapat nak ambil gambar dan video. Tak apalah aku berkorban demi nak ambil gambar dan video. Ada banyak rumpai laut juga jadi mengelirukan nak beza mana ikan mana rumpai. Nampak macam ada benda berjoget dalam air, ingatkan ikan pari. Tenung punya tenung rupanya rumpai laut. Sebab kami dah terjerit-jerit excited maka ramai jugalah yang mula datang dekat kami. That day in total ada tiga ekor ikan pari datang berenang di tepian. We were lucky memang rezeki tak perlu tunggu lama macam orang lain.

Bila tengok balik gambar-gambar yang diambil terang biji mata sebab terlalu cerah. Kena edit extra. Patutnya adjust setting camera tapi lupa dan terus pakai mode auto. Patutnya auto jadi eloklah gambar tapi tak tahulah kenapa buat perangi pula camera ni. Excited kejar ikan pari terus tak peduli camera. Dahlah tak pandai sangat nak edit gambar, hentam sajalah janji nampak elok. Memang teruk betul teriknya.. Cermin mata aku dah polarized jadi bila panas automatic gelap, tak perasan langsung gambar-gambar yang diambil semua too bright.

Video gembira mengejar ikan pari.


Yang ramai tunggu dari awal pagi.







Kalau korang bercadang untuk buat road trip tolonglah singgah ke Hamelin Bay dan rasai sendiri pengalaman berkejaran dengan ikan-ikan pari yang ada disana. Masuk dalam itinerary jangan lupa !! Kalau rezeki lagi baik memang dapat jumpa yang besar sangat. Boleh search #hamelinbay di Instagram dan tengok gambar-gambar yang pengunjung lain kongsi. Mesti korang rasa teruja yang amat nak pergi tengok ikan-ikan pari ini dengan mata sendiri.

BAHAYA PEGANG IKAN PARI ? SELAMAT UNTUK BERENANG ?

Apa yang aku nak kongsikan adalah pandangan peribadi dan hasil dari pembacaan yang aku buat berdasarkan pengalaman orang lain. Ended up ikut korang sendiri macam mana pun. Bahaya atau tidak nak pegang ikan-ikan pari di Hamelin Bay ? Ada yang kata bahaya sebab apa-apa keadaan sekalipun, ikan-ikan pari ini adalah haiwan liar dan ada yang kata tak bahaya sebab ikan-ikan pari ini dah biasa dengan kehadiran manusia di Hamelin Bay. Keadaan jadi bahaya bila ikan-ikan pari rasa terancam. Mulalah ekor yang tajam tu nak mencucuk. Mungkin ada yang terlalu excited bila nampak ikan-ikan pari sampai lupa diri. Terus nak pergi cuba tangkap. Ada yang lagi extreme dan berani, siap berenang lagi disana. I am not brave enough to do such thing. Jadi pandai-pandailah korang buat pilihan sama ada nak pegang atau tak. Kalau jadi apa-apa atas tanggungan sendiri. Amaran supaya tak pegang ikan-ikan pari dan larangan berenang memang ada dipasang. Tapi semestinya kita, dah namanya manusia dengan penuh sifat curiosity ini akan rasa tergedik-gedik nak pegang. Apa-apa pun.. Fikir keselamatan dulu dalam apa juga keadaan. Aku tak pegang pun ikan-ikan pari tu walaupun teringin sangat sebab MamiZ menjerit-jerit bila aku cuba nak pegang. Aku masuk air pun dia dah bising. Sayangnya camera aku hilang, kalau tak dapat juga rendam dalam air ambil footage. Benda dah nak jadi..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
06 December 2018 Khamis


CAPE LEEUWIN LIGHTHOUSE DI AUGUSTA, MILLER'S ICE CREAM DAN BERMALAM MARGARET RIVER TOURIST PARK. Hampir dua jam kami mengejar ikan pari di Hamelin Bay, surrender kepenatan akhirnya dan teruskan perjalanan ke Augusta. Lebih kurang satu jam memandu. Dua saja lokasi menarik yang kami akan terjah sepanjang hari keempat sebelum ke Margaret River untuk bermalam. Selesai satu urusan di Hamelin Bay, kita ke lokasi seterusnya pula. Trip yang lalu tak sempat singgah ke Augusta sebab nak cepat sampai Albany. Kali ini kena pergi. Di kawasan Margaret River Region dan Augusta ada beberapa lighthouse yang boleh kita pergi lawat. Yang famous adalah Cape Naturaliste Lighthouse di Dunsborough dan Cape Leeuwin Lighthouse di Augusta. Kami pilih salah satu lighthouse saja untuk pergi jenguk dan masing-masing setuju untuk ke Cape Leeuwin Lighthouse. Korang buatlah perbandingan, lighthouse mana yang lagi menarik untuk pergi. Aku personally rasa Cape Leeuwin Lighthouse lebih menarik berbanding Cape Naturaliste Lighthouse dari segi binaan, sejarah dan permandangan sekitar.

Lagi satu jam sampai ke Augusta.


Permandangan sepanjang jalan ke Cape Leeuwin Lighthouse.

Subhanallah. Lautan Indian Ocean yang membiru terbentang luas.

CAPE LEEUWIN LIGHTHOUSE AUGUSTA

Aku rasa semua orang tahu apa fungsi dan kegunaan lighthouse atau rumah api kepada pelayar, tentera ataupun nelayan. Kalau tak tahu.. Meh aku kongsikan sikit. Tak pasti sama ada zaman sekarang lighthouse masih diperlukan atau tak. Tapi kalau zaman dulu, memang sangat penting sebagai penunjuk arah (navigational aid) ataupun sebagai pemberi amaran sekiranya sesuatu yang bahaya akan berlaku atau sedang berlaku. Mana ada Waze dan Google Maps, jadi kenalah berpandukan GPS manual. Zaman dulu proses perdagangan atau ketenteraan memang banyak menggunakan laluan air, jadi itulah sebabnya banyak rumah api dibina ditepi laut. Lebih kurang macam lampu isyarat. Lighthouse keeper selalunya akan hantar isyarat kepada kapal-kapal yang akan melalui perairan menggunakan isyarat lampu. Adalah codes tertentu untuk berkomunikasi. Cape Leeuwin Lighthouse adalah rumah api yang paling tinggi di daratan negara Australia dan masih lagi mampu berfungsi dengan baik. Kawasan perairan di Cape Leeuwin dianggap antara yang berbahaya di dunia. Bentuk muka bumi, kelajuan angin lintang dan menjadi titik pertemuan dua lautan, Southern Ocean dan Indian Ocean bertemu menjadikan ombak laut bergelora besar dan boleh mendatangkan bencana kepada kapal-kapal dagang atau tentera. Untuk pembacaan lanjut mengenai sejarah Cape Leeuwin Lighthouse, rujuk SINI.

Apa aktiviti yang boleh dilakukan di Cape Leeuwin Lighthouse ? Selain daripada menikmati permandangan kawasan sekitar, kita boleh panjat ke atas rumah api sambil dengar perkongsian sejarah dan enjoy view yang cantik dari atas. Kalau nak masuk dan hanya bersiar-siar di ground area, hanya perlu bayar AUD8 (RM24.80 approx) untuk seorang dewasa tapi kalau nak panjat rumah api sekali, total bayaran adalah sebanyak AUD20 (RM62.00 approx). Kami memang nak naik ke rumah api yang paling famous di Australia ni. Boleh nampak dengan lebih jelas titik pertemuan dua laut, Southern Ocean dan Indian Ocean. Menariknya, walaupun dah berusia, Cape Leeuwin Lighthouse masih beroperasi dengan baik, jadi ada beberapa keepers diperlukan untuk memastikan maintenance lighthouse terjaga elok. Tour untuk memanjat lighthouse dikendalikan oleh penjaga rumah api selang satu jam.




Berkumpul dan dengar penerangan sikit sebelum panjat rumah api.

Dalam rumah api. Keselamatan amat penting sebab tangga curam.

Tangga rumah api yang memusing.

Dah sampai atas. Subhanallah cantik sangat view.



Pemisah dan titik pertemuan dua lautan, Southern Ocean dan Indian Ocean.



Menurut tour guide, batu di tengah laut sana adalah grid coordinate sebenar pertemuan Southern Ocean dan Indian Ocean.


Nak turun lagi seram !!

Review khas dari aku.. sangat seronok sebab dapat pengalaman naik ke rumah api yang masih elok beroperasi di Australia. Tak pasti kat Malaysia kita boleh dapat pengalaman yang sama atau tak. Tour guide sangat baik dan mesra berkongsi pengalaman. Dengar sejarah pembinaan dan kejadian kapal karam yang pernah terjadi suatu ketika dulu memang menarik. Kalau dah sampai, sila bayar sekali untuk naik ke atas. Tangga memang curam dan siapa yang gayat mungkin akan ada masalah sikit. Walaupun ada pemegang tapi we cannot avoid daripada memandang ke bawah. Nak turun lagi seksa. Aku pun tak sangka lutut aku terketar-ketar masa turun tangga. Double seram dari waktu memanjat. Bila dah sampai atas tak rasa tinggi mana pun.. Sangat cantik dan berangin. Menurut tour guide, ombak laut that day dikira baik dan tak ganas sangat. Bukan rezeki kami nak nampak dengan jelas bila dua lautan bertemu di tengah laut.

Dah turun dari lighthouse baru meronda kawasan sekitar..






Kami teruskan perjalanan dari Augusta ke Margaret River. Satu jam memandu, kami singgah ke Coles nak beli ikan dan makan ice cream di Miller's Ice Cream di Margaret River sebelum check-in di Margaret River Holiday Park. Dua tempat menarik yang ada dalam itinerary dah terjah jadi kita lepak santai saja no rush. Kami tak singgah solat dimana-mana sebab ikut rancangan memang akan terus solat di cabin holiday park. Aku plan untuk check-in awal, pukul 3:30PM dah masuk cabin supaya masing-masing dapat rehat yang cukup untuk teruskan perjalanan dan menikmati percutian hari-hari yang masih berbaki di Western Australia. Ikut korang nak design perjalanan macam mana. Kalau rasa rugi nak check-in awal boleh saja pergi meronda lagi. Untuk aku dan Neddy yang memandu kereta, we needed some time off supaya urat kepala dan muscle dapat berehat.

MILLER'S ICE CREAM MARGARET RIVER

Idea nak makan ice cream tak masuk dalam itinerary pun. Tapi cuaca terik buat rasa nak makan benda sejuk. Aku sempat juga Google kedai ice cream di Margaret River. Ramai yang suggest untuk cuba ice cream di kedai Miller's Ice Cream, betul-betul di pekan Margaret River. Aku guna Google Maps saja nak cari lokasi. Sebelum makan apa-apa ditempat orang pandai-pandai korang semak dulu ingredients dan tanyalah apa patut. Pay attention pada alcohol, wine dan shortening yang digunakan. Pekerja di Miller's Ice Cream sangat baik melayan setiap soalan kami. Kena alert dengan beberapa flavours yang kita sendiri tahu memang ada alcohol. Flavour seperti Rums & Raisins contohnya. Kalau aku nampak ada flavour Rums & Raisins memang aku tak beli terus walaupun bekas asing-asing. Masih ada potensi diorang guna scoop yang sama. Bila dah yakin baru makan.. Alhamdulillah tak ada yang meragukan. Senang juga nak dapat parking walaupun macam sesak. Margaret River agak sibuk dan meriah. Tapi malam memang sunyi sepi. Alert dengan notice parking. Ada yang hanya untuk satu jam, dua jam dan ada yang tak ikut jam



Enjoying their ice cream.


Vanilla ice cream di tengah hari terik.

MARGARET RIVER HOLIDAY PARK

Sempat singgah Coles beli ikan dan beberapa benda lain, tengok jam dah elok sangat boleh pergi check-in. Kami bermalam di family cabin Margaret River Holiday Park. Cabin sangat cantik dan selesa. Besar sangat lengkap dengan semua peralatan untuk memasak. Ada dua bilik dan dua katil besar satu katil kecil. Ada sleeping couch juga. Memang boleh sumbat ramai orang. Kami dah siap bawa periuk dan perkakas yang basic jadi tak guna pun apa yang sedia ada. Selesai urusan check-in dan masuk cabin, kami rehat sekejap sebelum makan bekalan lunch yang siap tapau. Baru rasa lapar. Dah kenyang sedap rasa nak tidur sekejap. Masing-masing layan perasaan. Petang sikit before prepare dinner, aku dan Neddy meronda sekitar holiday park. Saja ambil angin petang.. Kawasan Margaret River Holiday Park sangat bersih. Ada kemudahan seperti kawasan nak BBQ dan bilik laundry siap dengan dryer. Senang kalau nak basuh baju. Bunga-bunga pula tengah cantik kembang mekar. Memang cantik sangat bunga-bunga yang ada. Bau wangi sama dengan bau Downy. Semerbak !!

Reception area.

Family cabin. Besar !!





Bau sama dengan Downy. Hihihi..





Strawberries dan cherries yang dibeli di Coles.

Menu simple - Asam pedas, sayur campur dan telur dadar.

Ikan apa aku beli pun aku tak ingat dah dan itu adalah fish fillet paling murah, lebih kurang RM25. Dapat potong lima small pieces. Nak beli Salmon tapi tengok harga rasa tertindas pula nak bayar mahal sangat. Sedap juga ikan tak ingat nama ni sebenarnya bila dah pekena dengan Asam Pedas instant campak-campak. First time bawa pes masakan Asam Pedas untuk dicuba. Not bad tapi bukan selera aku sangat. Sayur campur banyak kentang dan cendawan. Habiskan bekalan broccoli dan carrot. Nanti boleh beli lagi.. Simple dinner tapi penuh nikmat. Layan tv sekejap dan rehat secukupnya. Bonne nuit !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.