SITI.YANG.MENAIP: JALAN-JALAN CARI MAKAN KE PERLIS

JALAN-JALAN CARI MAKAN KE PERLIS

/
60 Comments
January 04, 2019

JALAN-JALAN CARI MAKAN KE PERLIS

Jalan-Jalan Cari Makan Ke Perlis : Restoran Api-Api, Nasi Daging Bakar Hooney Northalgia dan Mee Mee Authentic Thai. Jujurnya Perlis bukanlah destinasi negeri pilihan aku untuk bercuti. Saja-saja rancang untuk ke Perlis memang tak melainkan ada urusan. Aku tak minat untuk shopping di Bukit Kayu Hitam atau Padang Besar. Tempat-tempat menarik di Perlis pun hampir kesemuanya aku dah pernah pergi masa kecil. Maaf orang-orang Perlis, ini adalah personal preference. Sejak kakak sepupu berkahwin dengan orang Perlis dan berpindah kesana, barulah kami kerap ke Perlis menziarah. Kadang-kadang pergi balik hari kadang-kadang bermalam. Disebabkan selalu juga ke Perlis, aku kenalah cari idea macam mana nak jadikan trip ke Perlis kurang bosan. Aku selalu cari tempat-tempat makan yang best untuk diterjah - makan tak pernah membosankan. Minggu lepas aku dan MamiZ ke Perlis dan kali ini aku sempat terjah ke beberapa kedai makan yang menyediakan hidangan yang sedap di Perlis. Thanks to my friend Wani, anak jati Perlis yang suggested tempat-tempat makan ni semua untuk dicuba.

RESTORAN API-API KUALA PERLIS - HIDANGAN MAKANAN LAUT IKAN BAKAR UNIK SAMBAL SANTAN

Ini adalah restoran pertama yang Wani suggested. Katanya among local people memang famous. Antara restoran yang menyediakan hidangan makanan laut atau seafood yang best. Marilah kita pergi cuba. First time nak makan ikan bakar di Perlis, teruja. Aku tergerak hati nak telefon dulu dan booking tempat duduk walaupun pergi hanya bertiga. Bila sampai tengok banyak sungguh kereta dan pelanggan. It is better untuk call dan buat reservation. Kalau dah biasa makan di Restoran Api-Api boleh terus order or else untuk yang pertama kali nak makan disana macam aku.. dah sampai baru order. Terus pilih ikan dan seafood lain. Kalau pergi ramai lagi seronok, macam-macam boleh pilih. Kami bertiga jadi menu tak banyaklah takut tak habis. MamiZ teruja dengan udang-udang yang ada. Udang-udang laut fresh katanya bukan udang bela.


 Ikan Siakap Bakar dan Sotong Goreng Tepung.

Udang Masak Butter.

Kami order Ikan Siakap Bakar, Sotong Goreng Tepung, Udang Masak Butter dan Kailan Ikan Masin. Bila ikan sampai tengok sambal warna kuning pelik pula rasa. Ingatkan sambal normal cili merah. Bila dah rasa sikit aku yakin rasa santan dan ada rasa manis-manis sikit. Sedap juga !! Sesuatu yang baru sebab selama ni aku makan ikan bakar dengan sambal cili merah. Untuk penggemar makanan yang pedas, mungkin rasa kurang sikit. Tapi ada sambal belacan dan air asam yang awesome memang kena dengan ikan bakar. Order Sotong Goreng Tepung untuk seorang makan saja sebab dah ambil udang agak banyak. Takut tak habis.. Aku suka Sotong Goreng Tepung di Restoran Api-Api. Next time kalau pergi lagi kena order banyak. Hantuuu sotong !! Udang Masak Butter pun sedap not bad - dimasak berkuah bukan kering.

Aku dah standby RM150.00 nak bayar sebenarnya tengok-tengok tak sampai pun RM100.00. Aku suruh pekerja di kaunter kira semula. Aku rasa murah sangat !! Di Penang rasanya mesti akan exceed RM100.00 dengan menu hidangan yang hampir sama. Lagi-lagi kalau ambil udang yang bersaiz besar. Standby duit sajalah nak bayar. Bukan selalu kita nak makan macam ni spend beratus sesekali saja. Percaya tak percaya, itulah harganya.

Nak pergi lagi tak ? Semestinya !!

NASI DAGING BAKAR HOONEY NORTHALGIA

Ini kedai tepi jalan biasa saja. Very humble tapi manusia berduyun datang makan. Menghala ke Kuala Perlis selepas traffic light terus kena slow nak parking tepi jalan. Kalau terlajak boleh tahan jauh juga nak pusing. Ada dua kedai tau yang famous jual Nasi Daging (boleh check di Google). Lepas ditolak tambah baca review yang ada aku pilih kedai Hooney Northalgia. Nama kedai pun klasik dan comel. Hihihi.. Aku tak ada idea langsung hidangan nasi daging macam mana yang bakal aku berdepan. Bila Google adalah keluar gambar-gambar dan review dari orang lain dapatlah bayangan sikit. Ingatkan macam nasi daging yang selalu arwah tok buat - nasi dan daging rebus cicah air asam. Rupanya langsung tak sama. Sepinggan Nasi Kuning Daging Special adalah RM16.00. Yang normal a bit cheaper. Memang sungguh special, nak makan nasi kena selak daging baru jumpa nasi !! Tak percaya hampa tengok sendiri.

 Kedai Nasi Daging Hooney Northalgia.

 Rasa nasi kuning macam nasi ayam.


Sebukit daging bakar depa kasi. Haaa selaklah daging nak makan nasi. Tapi daging banyak macam ni kalau order yang special saja. Aku tengok orang meja sebelah order yang normal dapat daging pun normal. Very simple yet so delicious. Selalu daging nipis macam ni kalau bakar sedikit keras dan kering, tapi ini sangat lembut dan juicy. Apaaa rahsia agaknya. Nak belajar skill tu.. Nasi tu sikit saja dia letak atas pinggan tapi dapat semangguk lagi nasi tambah. Memang tak cukup nasi kalau harap dalam sepinggan tu saja and its free !! Air pun percuma dan free flow. Minumlah banyak mana nak minum. Kekurangan sikit bagi orang yang suka hot drink macam MamiZ. Di kedai Nasi Daging Hooney Northalgia tak ada hidangan menu air panas. Adalah diorang bancuh Teh O dan Kopi tapi suam-suam saja. 

Berapa bintang nak kasi ? Empat bintang.

MASAKAN THAI SEDAP DI MEE MEE AUTHENTIC THAI PADANG BESAR

Nak cari pulut mangga sebenarnya yang sampai ke Padang Besar. Tapi pergi dah petang sebab siangnya ada urusan jadi confirm kedai-kedai disana dah tutup. Wani suggested pergi Mee Mee Authentic Thai, di kawasan berdekatan Padang Besar juga. Kedainya tak adalah besar sangat dan ramai pelanggan kena tunggu sekejap baru dapat meja. Semangat pergi nak cari pulut mangga tapi hampa. Yang ada hanyalah pulut ayam. Mee Mee Authentic Thai tak jual pulut mangga. Kebetulan masa tengah tanya pasal pulut mangga tu, ada seorang customer menyampuk. Memang kena ke arked Padang Besar kalau nak pulut mangga. Banyak dijual kat sana. Oh no.. Sedihnya !! Tak ada rezeki. Dah alang-alang sampai ke situ hari pun makin gelap duduk teruslah order makanan lain. Sebenarnya tak ada rasa nak makan masakan Thai tapi nak buat macam mana. Kami order Ikan Siakap Tiga Rasa, Tomyam Putih Seafood, Somtam dan Pulut Ayam.

 Ikan Siakap Tiga Rasa, Tomyam Putih dan Somtam.


Ini adalah kali kedua aku makan pulut ayam. Pertama kali makan di kedai area Parit Buntar, aku tak lalu sebab pulut keras. Bila dah rasa pulut ayam di Mee Mee Authentic rupanya memang pulut yang dihidangkan dengan ayam bakar memang keras. Pulut kukus dan aku baru tahu memang hidangannya begitu. Macam makan kuih wajik. No offence, it is just me yang tak boleh makan pulut macam tu dah because pelanggan lain makan licin pinggan. The chicken was good. Cukup rasa dan lembut. Huuurm.. Aku serious berharap dapat pulut lembut macam kita makan dengan durian atau ikan masin. Thanks MamiZ tolong habiskan. Tomyam Putih dan Somtam pun sedap. Secara keseluruhan, makanan di Mee Mee Authentic Thai adalah sedap. Harga pula.. Sama macam yang aku bayar di Restoran Api-Api. Bandingkan sendiri. 

Oh pulut mangga.. Bilakah kita akan bertemu ?

Aku berpuas hati dengan trip ke Perlis kali ni.. Dapat makan sedap. Before this tiga empat kali ke Perlis ada juga pergi makan di restoran-restoran lain disana tapi belum berkesempatan nak kongsi dengan korang. Menarik jugalah kalau nak Jalan-Jalan Cari Makan ke Perlis. Selalu orang kesana nak lajak ke Hatyai kan ? Singgahlah sehari dua di Perlis pula. Explore ke tempat-tempat yang menyediakan hidangan sedap. Kalau korang ada kawan yang berasal dari Perlis, boleh rujuk diorang. Selalunya local lagi pakar tahu hot spots melepak dan boleh suggest tempat makan yang sedap. If you are reading this, thank you so much Wani. Happy eating semua !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

60 comments:

  1. ya ampunggg...lapar la tgk menu2 tu..daging ada lemak2 tu yummmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe itula tu yang buat lagi sedap kan.. yang lemak2 tu =p

      Delete
  2. Ya Allah sedapnyaaa tengok Udang Butter tu dengan daging bakar tuu.. Murahnyaa yang restoran api api tu tak sampai RM100.. 😍 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. tak percaya sangat harganya gitu.. sedap pulak tu =D

      Delete
  3. Nampak sedap semua food tuh tapi rasa sangat menggoda nak makan nasi daging bakar tuh sebab rare sungguh kena selak daging dulu untuk jumpa nasi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kan siap kena selak2 baru jumpa nasi.. memang rare. tapi dulu CT ada penah makan nasi goreng korek2. hahaha kena korek nasi baru jumpa lauk.

      Delete
  4. okey, boleh tambah dalam senarai tempat makan ni. selalu kalau gi perlis tak tau kedai makan mana yg sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi selalu memang tatau nak makan kat mana.. semua nampak sama. nanti bolehlah pergi terjah. nasi daging tuuu wajib..!!

      Delete
  5. wah seronoknya food hunting...moga kita sama2 dimurahkan rezeki untuk benda2 macam ni juga :D doakan ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah.. rezeki dtg dalam pelbagai bentuk yang. kadang2 dalam bentuk yang tak disangka2. memang selalu didoakan secara umum semoga kita semua dimurahkan rezeki =)

      Delete
  6. Nampak berselera gambar2-gambar makanan. Yang tak boleh tahan, sotong masak tepung dengan udang masak butter. Aduh, sedapnya~

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sotong goreng tepung dia ohsem. dia guna sotong kecil2 tu yg comel2 tu bukan yang besar potong2. cute la and just nice rasanya =)

      Delete
  7. Pernah 2 kali sampai di Perlis tp xpernah makan kt sini. Sedapnya lahai nampak nasi daging bakar tuuuu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu tandanya kena pegi kali ketiga hihi.. kalo pergi lagi nanti pegila cuba makanan2 ni semua yaa.. yup especially nasi daging tu..

      Delete
  8. Kalau nak terai pulut mangga (especially harumanis), kena mai Perlis dalam bulan April - Mei laa SYM 😋

    Kat sini kalau nak terai western food yang mabeles & hipster dengan harga yang boleh tahan mahai reganya, bolehlah singgah ke Blackwood Kangar dan Speedline Bistro Kangar. Menu depa memang power, sepadan la dengan reganya 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tula kakak cakap mai salah musim.. tapi yang org tu cakap kalo kat Padang Besar tu ada all the time cuma bukan harumanis la mangganya. xpela insyallah nanti pegi lagi. Blackwood ada lalu on the way ke Kuala Perlis tu.. tapi pegi dengan mak dia tak minat western ni.. kalo CT ooon je hihi =P

      Delete
  9. Bestnyer...nasi daging Tu terliur. Btw salam perkenalan and done follow 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal too ^^
      nasi daging tu memang something. terlio sangat bila tengok balik..

      Delete
  10. Hai kak , yana belajar perlis 2 tahun takpernah pergi pun tempat kat atas, asyik duk arau tu jelah , pergi bandar arau pun naik bas uitm je hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooho iye ke Yana blaja kat Perlis dlu. kalo ikutkan akak rasa xde apa pun disana itulah tu kena cari aktiviti nak buat jadi menarik..

      Delete
  11. tak ada transport payah, tapi yana boleh cakap makanan kat perlis ni afforable untuk student apatah lagi untuk yang dah kerja kan :) tak tahu lah bila pula akan sampai perlis tak tahan kot nak naik bas tganu perlis , taknak dah cukuplah 2 tahun je. penat

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauhnyaaa Trengganu and Perlis.. kematu montot kalo naik bus. dari Penang pun akak rasa jemu dah perjalanan apa lagi kalo dari jauh. xpelaa nanti da ade anak2 bawak mai.. haaa sinila mama belajar dulu =P

      Delete
  12. wahhh sedapnya 😂 kita dekat dengan perlis pun taksuka gi perlis hehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi jomla lepas ni kita pegi Perlis. akak da memang kerap jugala kesana hahaha nak buatt macam mana =P

      Delete
  13. Uihh seDapnya.. negeri yg mama x penahsampai lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh pasni Mama plan ke Perlis. jjcm kesana pulak =)

      Delete
  14. Tak singgah Mat Rock Der Cafe ke kat Kuala Perlis... individual shellout nya sgt mabeles...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak tahuu xpe xpe ni boleh masuk next trip insyallah =D

      Delete
  15. Memula tengok dalam tv ari tu ingatkan pulut ayam tu lembut.. Sekali bila sampai kat Perlis, wa.. tak lalu nak makan.. kikiki.. Kejung semacam je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kaaaan !! kalola depa buat yang lembik macam kita makan dengan durian or ikan masin tu alangkah sedapnya. xpela kak kita buat pulut sendiri n bakar ayam sendiri =D

      Delete
  16. Saya pun tak pernah lagi betul2 jejak kaki di Perlis sebab bercuti, sebab tak berapa tau tempat menarik yang best kat sini. Tapi bila tengok makanan tu terutama daging bakar, boleh plan bercuti JJCM la kot ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula kalo nak jalan2 tempat menarik rasanya tak la kot.. tapi ada jeee tarikan kat sana cuma da pergi sekali so xpela xnak pegi lagi. tapi untuk jjcm okaylah not bad. menarik juga apa yanv Perlis has to offer =D

      Delete
  17. Tu dia akak pun dah lama giler tak sampai Perlis. Nasi daging tu temptingnya. Dahla nama kedai pun unik. Kalau ke sana kena try ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengok dish tu pun haih tringin balik. tapi this year azam kena kurangkan makan daging2. untuk kesihatan hihi.. nama kedai dia sangat uunik kan.. tu antara tarikan kot..

      Delete
  18. Perlis terjah cuma jeti perlis untuk pi langkawi dan pi padang besar je. Dulu teringin nak pergi perlis bila katanya ada ladang anggur di sana tapi lah ni tak tahu lagi ada ke tidak. Kecur je tenguk ikan bakar tu dengan sotong celup tepung....yum yum yum erkkkk cuci mata je dah kenyang hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ladang anggur di Perlis tak pasti tapi yang Tasik Beris tu dah tutup. hehe samalah kak.. kalo ke sana tatau nak jalan mana. tu yang cari tempat makan je tu =P

      Delete
  19. banyak jugak tempat makan2 kat perlis ni.. tergoda tengok daging sebukit tuu nasi x nampak hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. menarik2 jugakla apa yang ada disana. i mean kedai2 makan hihi.. memang tip top yang daging tu hehe..

      Delete
  20. Amboi tengok makanan pun dah terliur. Kak Feni dah lama tak berjalan ke utara. Dulu selalu juga ke utara. Makanan sana memang mengancam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi saja kongsi nak goda kawan2 semua.. mehla jalan ke utara lagi Kak Feni. kalo singgah Penang roger2 eh.. ada rezeki boleh belanja makan =)

      Delete
  21. syoknya tengok siti jjcm. ngam sangat la tahun ni cik mien jaga projek di perlis. alahai tak sabar plak nak ke sana. hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaah apalagi tu Cik Mien bolehlaaa pergi terjah tempat2 makan sedap di Perlis. hehe nanti share dengan CT pulak k boleh cheq pulaaaa pi makan hehe..

      Delete
  22. bestnya..makanan sedap, price kira murah gak..akk pun kurang suka makan pulut keras, rasa letih nak kunyah..mmg style kat utara mcm tu kot, pulut ikan masin pun keras jg..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi CT nak reject terus lepas ni pulut keras. noo kena lembut then we can enjoy makan. wooo pulut ikan masin keras eh ? kalo mak buat slalu lembut macam makan dengan durian so ingatkan lembut la dimana2 jua hehe..

      meh kita buat sendiri la kan =D

      Delete
  23. Siti...tau tak Akak ni belum makan. Tengok apa pun sedap ni...haiiihh.
    Dah lama tak pekena seafood kat perlis. Nanti boleh la gi jenjalan sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi ampun ampuuuun hahaha.. nak buat macam mana keje CT kongsi gambar makanan. tapi kan diri sendiri pun always rasa lapar bila tengok gambar2 ni.. jenuh !!

      Delete
  24. Tengok semua menu tiba2-rasa nak pegi perlis 😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezzzaaa.. boleh dah tu plan trip ke Perlis =D

      Delete
  25. Orang Perlis ni pun tak pernah pergi lagi. Cuma restoren api-api selalu singgah untuk u turn keta je. Haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha apa kes jadi tempat uturn je ? hahaha..

      Delete
  26. baru nk ckp nk suh zumal bw ke tmpt2 mkn ni tp bc komen dia..... 😆😆😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula pasal.. dia pi nak uturn je sabar jela hahaha..

      Delete
  27. Perlis banyak tempat makan dan menu sedap. tapi sesetengah tempat agak mahal, maybe sebab org luar dtg sana kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo yeke ? CT pun ni baru nak mula JJCM Perlis je sebab da selalu pegi. tapi kalo kedai2 yang harga x reasonable tu memang pangkah dah lepas tu..

      Delete
  28. banyak juga tempat makan dekat perlis..boleh la jadikan rujukan ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga bermanfaat.. sedap2 juga makanan disana =D

      Delete
  29. bila nak turun perlis lagi , ada rezeki boleh jumpa CCL ,
    tak nafikan perlis memang tak banyak tempat menarik , tapi salah satu syurga makanan itu ya , restoran api - api & daging bakar tu slaah satu tempat feveret CCL selalu pergi , banyak lagi tempat2 makanan sedap yang baru tumbuh bak cendawan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT selalu naik pi Perlis.. insyallah soon ada nak pergi lagi. bolehlah insyallah nanti hello2 CCL hihu.. nxt dalam list ada kedai2 makan lain jugak kawan suggest. tapi ingat nak pi Padang Besar cari makanan sedap kat sana =D

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.