2019 | SITI.YANG.MENAIP

Oreo Red Velvet Limited Edition yang baru dipasaran !!


Peminat Oreo sila angkat tangan !! Sep sikit kita geng !!

Sambil menaip entry balas comment dan blogwalking sikit boleh ngunyah biskut Oreo Red Velvet Limited Edition yang baru dipasaran.

S - E - D - A - P

Ikut cita rasa anak tekak aku memang sedap tapi tak boleh makan sekali banyak. Manis melecaih dari Oreo biasa tapi setiap gigitan dan kunyahan penuh nikmat. Aku makan dua ketul saja lepas tu kena surrender sekejap kena berhenti. Sulam minum plain water pulak. Aku macam terbaca Oreo Red Velvet ni hanya ada dijual di 7Eleven tapi tak pastilah kalau dikedai-kedai lain pun ada dijual juga. But.. 7E is everywhere jadi senang nak dapatkan. Harga pun hanya RM3.70 (tolooong jangan kata mahal puuurlis puuurrrrlis jangan kata mahal, kalau ini pun mahal aku tatauuu nak cakap apa dah) habis affordable dah harga tu untuk sebungkus cookies yang sedap.. Kalau hampa kata mahal juga kena makan biskut timbang ada icing warna warni tu sajalah - itu pun dekat RM5.00 sekilo. Pfffttt.. !!

Aku kasi 4.5 / 5 sebab krim sikit tak macam normal Oreo.

Sementara stock masih ada. Cepat pergi beli.



18 APRIL 2019 (Isnin)

JALAN-JALAN ISTANBUL : BLUE MOSQUE (SULTAN AHMED MOSQUE) | Mari kita sambung cerita perjalanan hari kedua di Istanbul. Dah melawat Hippodrome dan German Fountain kita terus ke Blue Mosque pula. Tak jauh pun menapak sebab semua tempat-tempat menarik di Sultanahmet Square adalah berdekatan. Langit masih mendung kelabu suhu nyaman sejuk selesa. Orang dah mula ramai dan sesak disekitar kawasan masjid. Nak masuk masjid kena buka kasut dan simpan dalam plastic bag yang disediakan. Laluan keluar tak sama dengan laluan masuk jadi usung plastic bag tu pergi mana-mana jangan tinggal pula. Tak ada orang nak tolong jaga barang-barang kita. Non-Muslims juga dibenarkan masuk ke Blue Mosque dengan syarat berpakaian sopan. Tiada sebarang bayaran dikenakan.. free admission tapi setiap kali masuk waktu solat, masjid akan ditutup selama setengah jam daripada public untuk persediaan menunaikan solat. Nak masuk pergi sembahyang bolehlah tapi nak posing ambil gambar tak boleh. Kena check timing dan semak waktu solat dulu sebelum pergi kalau tak bercadang nak solat disana. Ketika waktu yang dibenarkan melawat pun kita boleh menunaikan solat juga. Ruang khas untuk solat disediakan. UstazN dah pesan suruh kami ambil wuduk siap-siap supaya senang untuk solat di Blue Mosque. Buatlah solat sunat apa yang perlu dah alang-alang dapat jejak kaki kesana.

Menuju Blue Mosque.

Ada beberapa pengawal security berjaga di pintu masuk.


BLUE MOSQUE (SULTAN AHMED MOSQUE) ISTANBUL

Selepas perjanjian perdamaian Peace of Zsitvatorok - peperangan 15 tahun diantara kerajaan Ottoman dan Habsburg Monarchy dan kekalahan Ottoman dalam perang Ottoman-Safavid Persia, Sultan Ahmed I mengambil keputusan untuk membina sebuah masjid yang besar di Istanbul untuk menaikkan semula nama Ottoman Empire. Blue Mosque merupakan masjid pertama yang dibina setelah 40 tahun. Blue Mosque telah dibina sekitar tahun 1609 - 1616 ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmed I dan sehingga hari ini masih berfungsi sebagai masjid yang active. Blue Mosque digelar sebagai Blue Mosque kerana seni binaan halus dinding dalaman masjid yang dipenuhi tiles yang dicat secara manual menggunakan tangan berwarna kebiruan. Pembinaan Blue Mosque mendatangkan rasa tak senang dalam kalangan ulama' Islam sebab kedudukan pembinaan yang berdekatan dengan istana kerajaan Byzantine dan juga bersebelahan dengan Hagia Sophia (ketika itu Hagia Sophia dah bertukar dari geraja menjadi masjid utama di Istanbul).

Binaan Blue Mosque terdiri daripada lima kubah utama, lapan kubah kecil dan enam menara (tiang masjid). Mengikut kajian sejarah, architect yang ditugaskan untuk membina Blue Mosque tersalah dengar arahan sultan. Sultan mengarahkan untuk membina 'altin minareler' - tiang emas bukan 'alti minare' - enam tiang. Ketika itu kecoh jugalah keadaan seolah-olah Blue Mosque meniru keunikan Masjidilharam di Mekah. Salah faham saja sebenarnya. Malas melayan.. sultan akhirnya tempah satu lagi tiang khas untuk dibina di Masjidilharam. Seperti masjid-masjid gah yang lain, Blue Mosque juga menempatkan makam Sultan Ahmed I yang terletak di tengah perkarangan masjid.


Dengan kaki kanan.. Ayuh kita masuk.

Umat manusia pelbagai bangsa dan agama.

Plan corak seni binaan dalaman kubah.

Cantik sangat tiles yang kecil tersusun kemas.

Ruang solat untuk wanita.

Ruang ambil wuduk lelaki.

Pintu masuk ke Blue Mosque. Kena beratur kalau terlalu ramai.

Pintu keluar.


Untuk yang merancang ke Blue Mosque, datanglah awal pagi sikit untuk elak crowd yang ramai. Tak selesa sangatlah nak duduk bertenang. Jaga barang-barang peribadi elok-elok jangan biarkan unattended sambil korang buat benda lain. Banyak juga kes-kes kecurian dan seluk saku terjadi disana. Ada Muslims ada juga Non-Muslims jadi bercampur dalam ruang masjid. Most of them tak tahu sangat pun mengenai Islam dan diorang pergi untuk enjoy seni binaan yang cantik dan bergambar. Bising pun iyaaa juga walaupun diingatkan untuk tak buat bising. Tapi faham-faham sajalah.. dah namanya melancong memang akan riuh. Aku rasa korang boleh faham keadaan di dalam masjid macam mana dengan ragam yang pelbagai. Nak bergambar pun berpada jugalah sebab ini adalah kawasan beribadat. Wajib untuk korang enjoy dan hargai kecantikan binaan Blue Mosque. Ikut rules yang dah ditetapkan dan hanya explore kawasan yang dibenarkan saja. My personal point of view, Blue Mosque sangat cantik. Jelas terserlah kesenian Islam pada setiap satu sudut binaan dan corak pada dinding masjid. Jom !! Kita pergi tempat lain pula..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Magnum Macadamia Salted Caramel


Lepas tengok perkongsian seorang rakan di Instagram terus rasa nak cuba. Pengaruh media sangat kan.. Alhamdulillah lepas sebulan mencari.

Khas buat penggemar aiskrim perisa salted caramel.
This is made for us !!

S-E-D-A-P

Baca : DARI KUALA LUMPUR KE ISTANBUL MENAIKI OMAN AIR

18 APRIL 2019 (Isnin)

KOTA LAMA (ISTANBUL OLD CITY) SULTANAHMET SQUARE, HIPPODROME DAN GERMAN FOUNTAIN | Selamat pagi Istanbul !! Hari kedua disambut langit mendung kelabu. Matahari sayup malu-malu nak keluar. Suhu memang sejuk nasib badan bawa baju nipis belaka. Aku tak sangka pula musim bunga pun sejuk macam ada salji. Bangun pagi kemas barang bersiap dan turun breakfast. Ramai dah ada dibawah tapi hari masih awal. Ada satu jam lebih lagi sebelum waktu yang sepatutnya kami berkumpul. Makan dulu bagi perut kenyang dan happy. Choices of food memang meriah tapi aku tengok semua macam tak inviting sangat untuk tekak. Pusing dua tiga kali akhirnya aku decide makan yang simple saja. Tak mahu terus teruja sumbat makanan Turkey banyak-banyak nanti terperanjat perut. Alhamdulillah ada kentang !! Dimana ada kentang insyallah aku boleh hidup. Hujan dah mula turun, macam mana pun kena juga gerak meninggalkan hotel dan meneruskan aktiviti-aktiviti yang dah dijadualkan. Pengajaran pertama yang aku belajar - always sediakan jacket atau baju hujan. Pengajaran kedua - tolong jangan malas nak pack payung sekali.

Permandangan luar dari tingkap bilik.

Awal budak ni turun breakfast.

Syukur ada hidangan kentang. Legaaa..

AuntyM makan roti cheese and salad.

Breakfast aku yang sangat 'healthy' hihihi.. Nasi kentang dan sausage.

HUJAN PUN KENA REDAH JUGA

While all of us were having our breakfast, luggage kami semua dah selesai disumbat dalam bas. Memang ada staff yang akan uruskan kita tak perlu susah payah usung luggage. Make sure letak luggage dalam kelompok yang betul jangan salah group. Banyak tour groups menginap di hotel yang sama takut nanti tertukar luggage dah jadi satu kerja lain pula. Sangat efficient diorang bekerja on time terus semua naik bus dan gerak. Hujan dah reda sikit tapi langit tetap mendung. Kami terus ke Sultanahmet Square dan sepanjang perjalanan Ali kongsikan maklumat tentang sejarah dan peradaban di Turkey. Boleh tahan jugalah traffic di Istanbul agak slow bergerak, iyaaalah kawasan bandar. Mungkin juga sebab kami menuju ke kawasan tarikan pelancong jadi semua orang nak kesana. 

Turkish people semua nak pergi kerja. Inilah Metro di Istanbul.

Dah mula sesak.

Bus turunkan kami disini. Lepas tu kena menapak..



SULTANAHMET SQUARE / SULTANAHMET MEYDANI (ISTANBUL OLD CITY)

Di Sultanahmet Square / Sultanahmet Meydani ini terletaknya beberapa monuments yang terkenal di Istanbul. - Hippodrome, German Fountain, Hagia Sophia, Topkapi Palace dan Blue Mosque. Lepas turun dari bus kami ke Hippodrome dan German Fountain dulu sebelum ke tempat-tempat menarik yang lain. Semua walking distance dan aku suggest untuk spend satu hari khas untuk cover semua attractions disini. Cari saja laluan ke Sultanahmet Station, boleh naik tram atau bus. Jatuh hukum wajib untuk ke Sultanahmet Square sekiranya korang ke Istanbul. Tak lengkap trip kalau tak singgah !!

Kawasan ini dinamakan bersempena dengan nama Sultan Ahmet I yang juga pengasas Blue Mosque yang terkenal di Istanbul. Di kawasan ini juga ada banyak monuments dari zaman pemerintahan Byzantine dan Ottoman dan inilah sebabnya dipanggil sebagai 'Istanbul Old City' dan 'The Historic Heart' yang juga disebut sebagai 'Stamboul'. Dari situlah wujudnya nama Istanbul. Lama tu kalau kira dari tahun pemerintaan kerajaan-kerajaan lama dan bayangkan bangunan-bangunan dari zaman berkenaan semua masih wujud. Memang layaklah dipanggil pusat kota lama. Kawasan Sultanahmet ni unik sebab betul-betul mengadap Bosphorus Strait dan Turkey bahagian Asia

Lokasi monuments bersejarah di Sultanahmet Square.

HIPPODROME OF CONSTANTINOPLE

Monument pertama yang kami terjah adalah kawasan Hippodrome of Constantinople yang merupakan satu taman yang dulunya sangat gah digunakan sebagai pusat lumba kuda, circus dan kawasan hiburan. Hippodrome pertama telah dibina di bandar Byzantium (nama sebelum Constantinople) dan diperluaskan lagi kawasannya ketika zaman pemerintahan Septimius Severus - Roman Emperor. Constantinople (nama sebelum Istanbul) adalah capital ketika zaman pemerintaan Byzantine. Masa ni Byzantium belum jadi capital lagi jadi ketika zaman pemerintahan Emperor Constantine The Great, dia pindahkan pusat pemerintahan kerajaan Roman di Rome ke Byzantium dan menukar nama Byzantium ke Nova Roma (New Rome). Tapi nama Nova Roma tak glamour jadi Constantine tukar pula ke Constantinople. Gituuu ceritanya.. Korang jangan keliru pula. Jangan fikir tentang negara-negara yang wujud sekarang ini dalam peta dunia. Aku tengah cerita pasal empayar jadi melibatkan kawasan takluk yang sangat besar. Jangan pening fikir sekejap Byzantine sekejap Roman. Kerajaan Byzantine adalah sambungan kepada kerajaan Roman jadi lebih kurang sama saja kedua-duanya.

Dibawah pemerintahan Constantine, Constantinople berkembang pesat dari hari ke hari. Makin maju dan salah satu sumbangan terbesar Constantine adalah dengan memperbesarkan Hippodrome sehingga mampu menampung 100 000 orang penonton. Hippodrome ni berbentuk U jadi senang nak buat acara lumba kuda. Nak kasi gambaran senang, Hippodrome ni macam stadium, ada track larian ada tempat duduk dan berbentuk U boleh buat pusingan. Punya besar dan megah binaan Hippodrome sampaikan tempat duduk untuk emperor bersambung dari istana. Hanya emperor dan hulubalang istana saja yang boleh guna laluan khas ke Hippodrome. Pemerintah-pemerintah dari empayar lain pun datang ke Hippodrome untuk bertaruh. Disebabkan Hippodrome adalah kawasan social, jadi bukan setakat tertumpu pada kawasan berlumba saja. Ada banyak lagi aktiviti-aktiviti lain seperti kesenian. Jadi ada banyak monuments yang dibina dan dipamerkan di Hippodrome. Ada yang dibina oleh empayar kerajaan lain dan dihantar ke Constantinople sebagai tanda persahabatan. Okay cukup aku kongsikan sampai sini saja sebab sejarah lain memeningkan bila ada kaitan dengan politik pemerintaan, taruhan perlumbaan di Hippodrome dan zaman kejatuhan pemerintahan Constantine dan tumbangnya kemegahan Hippodrome. Korang buat pembacaan sendiri.. Menarik !!

File:Constantinople imperial district.png
https://en.wikipedia.org/wiki/File:Constantinople_imperial_district.png

Semegah-megah binaan Hippodrome akhirnya tumbang juga ketika Constantinople diserang puak Venetians. Haaa.. Kerja diorang memang suka berperang jadi biarkan saja. Kita cerita kisah sekarang pula sebab hanya empat cebisan monuments saja yang tinggal saki baki keruntuhan Hippodrome - Obelisk of Theodosius, the Serpentine Column, Column of Constantine dan satu water fountain yang cantik, German Fountain. Setiap satu-satu monuments yang tinggal melambangkan budaya dan kesenian negara asal ataupun zaman kemegahan pemerintahan seseorang emperor. Nak cerita sejarah satu-satu monuments yang tinggal memang panjang. Sampai tahun depan aku taip tak habis kalau nak sambung cerita.

Obelisk of Theodosius yang dibawa dari Egypt.

Sebelum buat hal sendiri, dengar dulu Ali cerita apa.

Yang depan adalah monument Obelisk of Theodosius  dan belakang sana adalah monument  Column of Constantine. Constantine mengarahkan untuk membina Column of Constantine sebagai tanda pengisytiharaan Byzantium sebagai pusat pemerintahan Roman Empire yang baru.

 Column of Constantine dan Obelisk of Theodosius. Aku tak ambil gambar Serpent Column rupanya. Korang Google sendiri yaaa..

Ukiran seni pada Obelisk of Theodosius.


GERMAN FOUNTAIN

German Fountain terletak tak jauh dari monuments yang ada di Hippodrome. Nak teruskan perjalanan ke Bue Mosque, Topkapi Palace dan Hagia Sophia mesti akan lalu German Fountain. Fountain bergazebo yang cantik ini dibina di German untuk meraikan ulang tahun kedua lawatan Emperor German Wilhelm II ke Istanbul pada tahun 1898. Binaan German Fountain dibawa ke Istanbul sikit demi sedikit dari German dan siap dibina pasang pada tahun 1900. Binaan German Fountain ada influence dari kesenian Byzantine - ada lapan tiang (column), kubah berbentuk octagonal dan didalamnya penuh mosaics berwarna emas. Bagi aku memang sangat cantik German Fountain ni.. Memang nampak mewah dan seni yang halus. Disinilah kawasan peristiwa kejadian pengeboman di Turkey pada tahun 2016 yang mengorbankan 13 orang dan 12 daripada jumlah mangsa adalah warganegara Germany.

Ditepi kawasan Hippodrome ada kedai-kedai yang menjual pelbagai souvenirs dan makanan. Bolehlah jenguk sebab aku rasa harga souvenirs murah juga berbanding di Grand Bazaar. Aku menyesal tak beli apa-apa disana. Konon nak tunggu yang lagi murah.. huurm..

Bahagian dalam kubah ada mosaics keemasan.

Pouch Turkey murah disini. Tshirt pun boleh dapat 10TL - 20TL bergantung pada quality dan design. Tapi keychain dan fridge magnets agak mahal.


Ali bagi masa untuk kami explore kawasan Hippodrome. Tak adalah lama sangat sebab nothing much kecuali kita minat nak baca nota-nota sejarah yang ada. Aku jujurnya tak minat sangat  tapi bila dah balik baru rasa nak study sikit pasal sejarah disana. Makin dibaca makin rasa nak discover macam-macam cerita disana. Di sekitar Hippodrome ada beberapa lagi tarikan menarik seperti Museum of Turkish & Islamic Arts (bangunan cantik) dan galeri-galeri seni. Dah puas bergambar dan selesaikan urusan masing-masing di Hippodrome, kami gerak ke Blue Mosque pula. Ramainyaaa umat manusia !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.