SITI.YANG.MENAIP: December 2018


Cepat sangat masa berlalu pejam celik hari ini adalah hari terakhir muka buku tahun 2018. Syukur diberikan kesempatan olehNya menikmati rezeki dan rahmat yang tak pernah putus datang. Dalam kesempitan hadirnya pertolongan.. Dalam diuji hadirnya kekuatan. Jatuh bangun perjalanan menempuh tahun 2018 yang sememangnya ada naik ada turun. Biasalah adat kehidupan. Put aside all the hustles I went through throughout the year, lets only recall all the good ones. I had a blast year filled with wonderful experiences and I was given a great chance to meet with beautiful people. Well sometimes, nasib tak berapa baik jumpa juga yang tidak-tidak. But take it positively, everything happens for a reason. Tiada satu yang sia-sia.

LIFE - Aku masih single dan comel. I did not involve in any love line jadi tak adalah moment butterflies in my stomach and such. Kecuali cinta kepada KPOP Idol dan pelakon-pelakon Korea. Masih menerima soalan bila nak kahwin dan kerja dari golongan-golongan pembawang but take it positively sajalah. Diorang sayang kita and concern (walaupun dalam hati rasaaa kepochi sangat) Hahaha !! Masih jobless tapi alhamdulillah adalah income serba sedikit here and there. This part memang complicated nak kongsi jadi untuk tak peningkan kepala masing-masing dan tambah pressure, marilah kita skip. Berdoa sajalah yang terbaik. Syukur.. Kesihatan alhamdulillah juga demam sakit sikit tu adalah. Normal Allah SWT kasi ujian. Nothing serious yang penting kita kena selalu berdoa untuk kekal sihat.

BLOGGING - Alhamdulillah aku masih rajin (baca : kerajinan celup celup cap ayam) untuk update blog. Target untuk dapat 1000 followers by the end of 2018 and yaaasss !! Dua hari sebelum new year jumlah followers berjaya genap 1000 orang. Terima kasih semua. I should celebrate sedekad usia blog. 2018 adalah tahun kesepuluh sebenarnya aku berblogging. Teringat hari pertama decide nak buat blog back in March 2008, zaman tahun pertama di universiti. Aku terpaksa revert to draft kesemua entry zaman tok kaduk demi kesejahteraan hidup. Tak delete sebab kadang-kadang rasa rindu nak baca kebodohan diri sendiri zaman muda remaja. Dari situ boleh reflect kesilapan dan khilaf zaman dedulu untuk diubah jadi lebih baik. Sebelum re-branding nama blog ke SitiYangMenaip, namanya lain. Tak usah dikenang. Hahaha.. Jelas terpapar tahap mentaliti ketika itu. Masih berkira-kira sama ada nak beli domain sendiri atau tak - akhirnya masih tak beli. Rasa sayang pula sebab katanya kena apply Adsense semula. Tak apalah malas nak bersusah-susah. Bahagia dengan keadaan sekarang tapi esok lusa tak tahulah kalau berubah hati.

TRAVEL - Diberi kesempatan kembali ke Korea tapi kali ini ke Jeju saja. Done wishlist untuk ke Jeju. Next visit kalau ada rezeki kesana lagi, nak explore kawasan lain pula. Penghujung tahun pula dapat kembali ke Australia. Empat tahun berturut-turut pergi Australia dah kenapa ? Nak buat macam mana.. Hatiku tertinggal disana. Bercuti dalam negara, Penang semestinya (kalau dok Penang kira bercuti juga ke ?) Bercuuuti sebab aku pergi tidur hotel dan terjah tempat-tempat yang tak pernah aku pergi. JJCM ke Melaka, Terengganu dan Perlis. I had a wonderful time subhanallah dengan insan-insan tersayang.

 To celebrate this last page of 2018, I would love to bring all of you untuk sama-sama mengimbau kenangan aku dan SitiYangMenaip sepanjang tahun 2018.

JANUARY

Pembukaan tahun yang meriah. Minggu pertama diraikan dengan trip singkat 2H 1M ke Lexis Suites Penang. Sejengkal saja dari rumah aku di Nibong Tebal. Aku booked dari Matta Fair 2017. Dapatlah harga murah berbanding biasa. Dua minggu kemudian, aku, MamiZ, Kak Sal dan dua lagi ahli keluarga dapat ke Jeju, South Korea setelah dua hari saja berbincang. Ingatkan nak tunggu dulu sebulan dua rupanya terus jadi. Inilah yang dinamakan rezeki. Trip 5H 4M bersama Jeju Muslim Travel yang best. Cuma aku belajar sesuatu, disebabkan aku baru tiga minggu balik dari Hokkaido dan Kansai terus bersiap nak ke Jeju pula, aku rasa penat !! Tak sempat hilang lelah dan keterujaan menanti trip seterusnya tak terasa. Rasa seronok sudah semestinya. Berjalan tengok negara orang tapi itulah sesuatu yang aku rasa. Untuk frequent travellers mungkin normal kesana sini. Since then aku decide, kena ada juga gap at least beberapa bulan persediaan fizikal mental untuk trip seterusnya. Semestinya persediaan duit juga.


Untuk pembacaan lanjut mengenai trip aku ke Jeju, sila tekan SINI.

FEBRUARY   MARCH

Banyak dipenuhi dengan aktiviti memenuhi undangan perkahwinan kawan-kawan dan juga anak-anak kepada kawan MamiZ. Kenduri aku tak tahu bila hihihi.. For the first time aku ke Pulau Aman walaupun jarak dekat sangat dengan rumah. Bertahun membesar duduk di Penang tak pernah sekali kesana. Menarik juga petang-petang nak makan mee udang di restoran terapung. Tak sempat nak karang cerita. Masih tersimpan dalam draft. In March pula, we had a mini trip around Penang. This time dengan Kak Sal. Kami decided untuk jalan-jalan sambil berehat sebab santai saja. Aku pergi tempat-tempat yang aku sendiri tak pernah sampai. Kami ke Avatar Garden, Nasi Tujuh Benua, Empangan Teluk Bahang, makan di Nasi Kandar Deen Maju dan beberapa tempat lagi. Banyak sangat new attractions yang ada di Penang.



Untuk pembacaan lanjut sila tekan SINI untuk Percutian Budget Rendah dan Menyeronokkan ke Pulau Pinang.

MARCH   APRIL   MAY

I had to go to Kuala Berang, Terengganu for few months. Tuntutan kerja sementara membawa aku dan MamiZ kesana. Aku ke MRSM Kuala Berang jadi guru ganti untuk dua bulan lebih. Jauh kan ? Dari Pulau Pinang ke Terengganu semata-mata nak jadi guru ganti sekejap saja. Itulah namanya takdir dan rezeki. DIA sajalah tahu apa yang terbaik. Tak tahu nak explain dan kongsikan macam mana dan kenapa. Why until sekarang kerja aku jadi guru ganti saja. Ceritanya panjang dan bosan. But !! Throughout the journey in Terengganu, banyak kenangan manis. I met beautiful kids (read : students) new kakak-kakak insan-insan baik dan semestinya I ate a lot of Terengganu local delicacies. Yuuumms !! Latih students untuk Chain Story Telling Competition. They won third place in state level. Discovered that my housemate for that short period of time sebenarnya kongsi tarikh birthday yang sama dengan aku. What a small world. Had few blast birthday celebrations because semua orang nak belanja kami makan. Even though tak menang, but I competed in a swimming competition among teachers. I played netball after yeeears tak bermain. The shocking part was - I played GS. This short chubby bam bam played GS !! and I scored few. Okaylah. Tak pernah tahu ada bakat jadi shooter. What an achievement biarlah syok sendiri sekalipun. Went to Tasik Kenyir and Pulau Perhentian, meronda around Terengganu - Kemaman, Marang, Kuala Terengganu, Besut, Kerteh (I used to live in Kerteh for few years when I was a baby). It was hectic. Few months in Terengganu yang sangat busy.

We went to places we used to go with DediS,
reminiscing the good old days =')





Untuk pembacaan lanjut mengenai trip aku ke Pulau Perhentian, sila tekan SINI.

JUNE   JULY

Selamat Hari Raya !! We went back to Bangi to celebrate raya. Hari raya pertama saja pakai baju raya. Since DediS tak ada memang both of us, aku dan MamiZ biasa-biasa saja sambut raya. Tak terasa pun kemeriahan. Sambut tetap sambut tapi itulah.. sekadar sambut. I went to Melaka twice this year. In June with MamiZ, we covered few places - Menara Taming Sari, The Stadthuys, Ikan Bakar Parameswara Umbai, Melaka River Cruise, Coconut Shake Klebang. While in July with my kawan-kawan Geng Bulat, after kami ramai-ramai pergi kenduri kawan, we went to Jonker Street, Asam Pedas Claypot Kota Laksamana and tasted the famous Keria Gula Melaka. Both trips pergi tempat berbeza jadi pengalaman pun tak sama.



Untuk pembacaan lanjut mengenai trip ke Melaka, sila tekan SINI.

AUGUST  SEPTEMBER  OCTOBER  NOVEMBER

Gabung semua sekalilah. Sama saja routine yang dilalui. Alhamdulillah rezeki sekali lagi dapat jadi guru ganti. Again !! Aku pening nak kongsi kenapa dan bagaimana. Terima sajalah percaturan yang sudah diatur. Kali ni tak perlu pergi jauh sebab sekolah dekat dengan rumah. Jadi cikgu ni seronok kalau memang dalam hati ada jiwa nak mengajar. Aku memang dari kecil nak jadi cikgu. Belum sampai rezeki yang tetap. Berserah pada Allah SWT. Ikut saja flow. He knows best. Untuk tiga bulan aku mengajar dan macam-macam aktiviti aku buat. Ikut trip pelajar-pelajar pergi belajar buat Labu Sayong, berkesempatan ikut projek tanam pokok bakau dan beberapa lagi. Went to MRSM Parit to visit my students yang nak ambil SPM this year and in the middle of November, aku, MamiZ, Ain and Azie had a mini trip around Penang. Hahaha !! Iyeee.. Jalan-jalan pusing Penang lagi. Aku kena make sure kami selit tempat-tempat yang kami tak pernah visit lagi. We went to Laksa Tempurung Teluk Bayu, makan Rollney, cuba Chelor Chelor di Padang Brown dan beberapa lagi. Kenalah cari kelainan kalau tak mahu bosan. 



Untuk pembacaan lanjut mengenai trip JJCM Penang, sila tekan SINI.

DECEMBER

December memang synonym dengan musim berjalan bagi rakyat Malaysia tak kira di dalam negara atau keluar negara. Alhamdulillah this year dapat sekali lagi cop passport terbang keluar merangkap tanda trip penutup tahun 2018. Perancangan asal adalah nak ke New Zealand. Dari tengah tahun study dan susun perjalanan tapi akhirnya kena tukar destinasi. Syukur belum beli ticket flight. Akhirnya dengan salah seorang kawan Geng Bulat dan ibunya, aku dan MamiZ sama-sama kembali ke Perth, Western Australia. Kenapa pergi Perth lagi ? Ahaa.. Nantilah aku kongsikan dalam entry yang akan datang. Balik dari Perth duduk Bangi sekejap adalah keluar jalan-jalan dengan Ain dan Farah. Jumpa seorang kawan yang kenal dari Instagram. Outing makan Fish n CO, Zanmai Sushi dan Ice Bucket. Menutup tirai minggu terakhir bulan December pula, aku dan MamiZ lari sekejap ke Perlis. Saja jalan-jalan sambil ziarah saudara. Dah siapkan list tempat makan sedap yang nak diterjah. Dapatlah pergi beberapa lokasi makanan yang sedap di Perlis hasil recommendation dari seorang rakan. Perlis pun ada macam-macam hidangan sedap to offer. Later aku kongsi ya..




Dari January penuh jadual. Walaupun adalah sesak sikit here and there tapi syukur masih okay. Kadang-kadang tak faham mana datangnya kekuatan. Alhamdulillah another year has passed with joy and fun. Banyak kenangan pahit manis sepanjang tahun untuk dikenang. Yang baik dijadikan iktibar dan yang sebaliknya dijadikan pengajaran. Semoga tahun baru yang akan mendatang lebih cemerlang dunia akhirat dan membawa rezeki melimpah ruah kepada semua. Even though another year has passed, the love we share will always continue to last. Always spread good thoughts and vibes. Let us grow physically mentally and spiritually healthy and beautiful. Bermaaf-maafan sesama kita menasihati dan ubah semuanya menjadi positive. Cuci hati cuci jiwa rohani kearah kebaikan. Tak salah sebarkan dan berbuat kebaikan esok lusa yang baik akan datang pada kita semula. Hidup ini mencabar dan cabaran itu mematangkan. Hidup tak selamanya mudah dan yang susah pula tak selamanya kekal. Yakin pada janjiNya, disebalik segalanya ada hikmah. Semoga kita semua sama-sama membesar jiwa hati dan rohani ke arah yang positif. Dimurahkan rezeki dan diberi keafiatan kesihatan. Selamat tinggal 2018 yang penuh suka duka dan selamat datang 2019. Semoga tahun hadapan membawa lebih rezeki dan rahmat buat kita semua..

'There are far far better things ahead.. than any we leave behind..'

Terima kasih kerana sentiasa memeriahkan SitiYangMenaip.
Setiap kunjungan dan kasih sayang amatlah dihargai.
Semoga ukhwah fillah kita dirahmati dan berkekalan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Bercuti Budget Jalan-Jalan Santai & Makan Sedap di Pulau Pinang | Bagi aku yang membesar di Pulau Pinang, tak adalah rasa nak bercuti sangat di negeri sendiri. Biasalah tu normal tapi setiap kali ada kawan-kawan yang nak datang berjalan aku pun sama teruja. Merancang nak kemana, tinggal dimana, apa aktiviti yang nak dibuat dan perbelanjaan mestilah yang budget kalau boleh. Nak jalan ke Penang pun kena buat perancangan rapi walaupun hanya bercuti dalam negara. Ada banyak lokasi percutian dan aktiviti-aktiviti budget yang boleh dilakukan di Penang. Ada yang aku sendiri tak pernah cuba pun. Banyak sangat benda baru tak dapat nak kejar semua. Antara entry di blog aku yang selalu dicari adalah entry pasal Pulau Pinang, jadi rasa nak cerita pasal Pulau Pinang banyak kali pun tak apa. Hampa memang suka mai jalan ke Penang kan ? Marilah aku cerita lagi trip aku ke Penang bersama kawan-kawan. Kali ini aku kongsikan pula trip aku, MamiZ, Ain dan Azie beberapa bulan lepas. Kami cadang trip yang santai makan-makan dan relax. A trip with a bunch of good people.


Kami dah booked apartment di Butterworth untuk dua malam melalui Booking.com. Memang cadang nak bermalam di Butterworth dan enjoy santai jalan-jalan cari makan yang sedap di seberang. Asyik pulau saja jadi kali ni nak cari kelainan. Semuanya okay kami hubungi manager dan dapatkan confirmation. Tapi hakikatnya ketika nak check-in unit yang kami booked dah penuh. Dilayan macam sampah oleh guard sementara tunggu manager yang aku dah contact turun. Cakap nak naik suara sambil perli-perli. Oii !! Dia ingat dia siapa. Orang dah booked kot bukan mai mengemis. Seriously perangai low class punya fikiran. Panas hati mendidih lambat pula manager nak sampai. Dah sampai buat muka sekupang macam tak bersalah. Dia suruh kami tunggu sekejap buatlah kalut call sana sini. Seriously guys !! For the entire dua puluh minit dia berbincang dengan kami sepatah 'Sorry' tak keluar dari mulut dia. Alhamdulillah kami tak buat apa-apa bayaran lagi. Memang pangkah terus apartment tu.. Disebabkan hari dah mula hujan dan kami tak mahu cancel trip, carilah hotel lain.  Aku dah report pada Booking.com dan syukur masalah kami dilayan baik. Cepat pihak Booking.com selesaikan dan kami sangat berpuas hati. Kami terus walk in ke Pearl View Hotel Seberang Prai dan bermalam disana. Tak ada family room penuh sudah. Kami terpaksa ambil dua bilik connected. Nampak tunggang langgang sikit pada mulanya walaupun perancangan rapi dah dibuat. Biasalah ujian dan cabaran. Permulaan yang mengganggu mood tapi tak apalah. Adalah hikmah setiap apa yang berlaku. Masuk check-in rehat dan solat.

PAPAROGER CAFE & DELIVERY DAN AHMAD LIM BLACK PANCAKE

Disebabkan hujan makin lebat tak ada selera nak bersiap cari dinner. Nak makan Shell Out dan aku dah cari tempat makan yang best kami nak terjah tapi cuaca pula tak mengizinkan. Tapi di Paparoger Cafe & Delivery kita boleh pesan Shell Out dan dihantar terus ke rumah. In our case, hantar terus ke hotel. Penghantaran percuma sebab hotel dekat sangat dengan cafe. Kalau jauh kena extra charge. Urusan tempah menempah dibuat melalui Whatsapp saja. Mudah. Dalam setengah jam siap dah turun pergi ambil di lobby. Aku dan Ain pergi Bandar Sunway kejap beli Ahmad Lim Black Pancake. First time nak rasa. Bentanglah semua makanan dan makan ramai-ramai. Ditemani hari hujan..

LOKASI PAPAROGER CAFE & DELIVERY


 Sedap dan puas hati makan. Plastic lapik pun diberikan sekali.

Teringin Ahmad Lim Black Pancake dah lama. Baru dapat cuba.. Sedap !!

Esoknya kami check-out dan terus masuk ke pulau. Breakfast pagi lebihan pancake dan tembikai yang dibawa dari rumah. Tak boleh kenyang sangat seharian suntuk nak pergi mencari makanan. Kami akan bermalam di pulau pula. Last minute aku scroll Booking.com dan jumpa penginapan yang awesome. Ahli jemaah semua bersetuju jadi marilah rombak semula perancangan asal. Aku suka trip kami kali ni sebab memang drive santai. Tak ada benda nak dikejar sangat.

LAKSA TEMPURUNG TELUK BAYU GERTAK SANGGUL PULAU PINANG

LOKASI LAKSA TEMPURUNG TELUK BAYU


Aku bukan peminat laksa walaupun dah bermastautin lama di Pulau Pinang. Aku makan tapi tak suka. Tak reti nak kasi gred laksa sedap atau tak. Masih tak mampu membuka hati meminati laksa sepenuhnya. Tapi kawan-kawan yang lain dan MamiZ memang suka laksa. Jadi marilah kita pergi cari laksa. Laksa Tempurung Teluk Bayu memang famous dalam kalangan masyarakat tempatan di Pulau Pinang. Kalau tengok hashtag di Instagram memang ramai yang dah cuba. Selain daripada laksa yang dihidangkan di dalam tempurung kelapa, lokasi yang cantik tepi pantai angin bertiup sepoi menambah lagi tarikan pengunjung ke Laksa Tempurung Teluk Bayu. Kalau korang jenis tak makan laksa macam aku jangan risau. Ada banyak lagi pilihan makanan yang lain untuk dipilih. Aku makan Char Kuey Teow dan okaylah sedap juga.



Aku tanya MamiZ berapa bintang dia nak kasi - 3.5 Bintang. Hihihi.. Memang seronok duduk tepi laut sambil makan. Ramai yang datang bawa anak dan keluarga. Seronoklah kanak-kanak main pasir main kejar ombak. A good spot untuk hanging out dengan kawan-kawan juga. We ordered ABC dan Mango Shake juga. For me, Mango Shake sedap. Char Kuey Teow also not bad. Habis aku makan kira sedaplah tu. Bolehlah korang pun masukkan Laksa Tempurung Teluk Bayu dalam list Jalan-Jalan Cari Makan ke Penang kalau minat makan laksa. Dah kenyang eloklah pergi check-in. Kami akan bermalam di The Southern Boutique Hotel di Muntri Street Georgetown. Aku sebenarnya tak berkenan sangat bermalam di Georgetown sebab susah cari parking. But for those yang bermalam di The Southern Boutique Hotel akan dapat pass parking dan boleh parking dikawasan berdekatan hotel. Menariklah hotel ni dahlah cantik. Konsep boutique selalunya mahal tapi harga family room untuk satu malam sangatlah berpatutan.

THE SOUTHERN BOUTIQUE HOTEL YANG CANTIK DAN SELESA

LOKASI THE SOUTHEN BOUTIQUE HOTEL






Cantik sangat deco dalaman family room dan semualah cantik. Konsep minimalist hitam dan putih memang sangat menarik perhatian. Biliknya tak adalah besar sangat just nice nak melepak dan berehat. Ruang nak solat pun okay selesa tak adalah sampai berlanggar dengan katil. Cuma kalau bawa anak kecil tak cukup ruanglah nak berlari-lari dalam bilik. Kami sampai dalam tengah hari, lepas solat Zohor terus decide untuk keluar berjalan-jalan. Few weeks before trip kami, aku ada ternampak seorang kawan kongsi di Instagram, tempat makan di Padang Brown yang agak famous di Penang. Nampak tak ? Walaupun aku dah duduk lama di Penang, aku bukan tahu semua tempat pun. Masih kena refer posts dan suggestions orang lain. Hihihi.. Selain Padang Kota dan Gurney Drive, Padang Brown juga adalah salah satu lokasi tempat makan yang mengumpulkan hidangan-hidangan terkenal Pulau Pinang seperti Pasembor, Mee Goreng Mamak dan Mee Sotong. Tapi kami tak mahu makan itu semua !! Kami lebih tertarik nak cuba cucuk-cucuk bebola yang semakin hari semakin famous di Padang Brown. Macam makan steamboat juga cuma dicelur dengan air biasa tak ada kuah.

CHELOR CHELOR / LOK LOK MEDAN SELERA PADANG BROWN

Orang Penang panggil Chelor Chelor sebab kita akan celur bebola cucuk-cucuk dalam air panas. If I am not mistaken, Chinese people panggil Lok Lok. Presentation menarik tersusun kemas memanggil-manggil orang nak mencuba. Harga mengikut warna lidi. Dari RM1 hingga RM7 secucuk. Nak makan banyak boleh sedia duit saja. Personally aku rasa agak pricey sebab ridiculous tiga bebola RM2-RM3 yang sememangnya kita tahu harganya taklah semahal mana. Tapi exclusive di Padang Brown dan konsep unik jadi terima sajalah. Dah nak makan kenalah ready nak bayar. Kalau tak nak.. Banyak lagi hidangan yang ada.

 Pilih yang kita nak dan celur. Celur air saja bukan kuah sup atau tomyam.


Beberapa jenis sos disediakan untuk dipilih.

Colourful dan menarik kan ? Itu jadinya tergoda nak mencuba. Kami bertiga (MamiZ tak ikut) makan rasanya around RM45 jadi average RM15 seorang. Kenyang jugalah. Sebelum balik ke hotel sempat singgah Rollney Penang, kedai yang menjual Hungarian Chimney Cake dengan soft serve. Dah viral dan ramai kata sedap. Marilah kita cuba. Macam-macam dah masuk perut tapi namanya melayu nak juga makan nasi. Duduk sekejap lepak dalam bilik lapar semula. Terus pergi cari nasi kandar. Nasi kandar famous paling dekat dengan The Southern Boutique Hotel adalah Nasi Kandar Line Clear. Jalan kaki sikit dah sampai. Lama sangat aku tak pergi Nasi Kandar Line Clear, asyik makan di Deen Maju. Makan lagi satu round - dinner katanya. Kenyang sangat !!

Sebelum tidur berehat sempat lepak di rooftop area The Southern Boutique Hotel menghirup udara malam. Mulalah keluar topik membawang. Hahaha.. Tak adalah. More kepada luahan hati rasa dan perkongsian. Penat lelah ujian cabaran. Kongsilah dengan kawan-kawan. Sometimes, we just need someone untuk mendengar.

IKAN BAKAR SEDAP DI RESTORAN IKAN BAKAR DIN KEPALA BATAS

LOKASI RESTORAN IKAN BAKAR DIN KEPALA BATAS


The next morning kami tak makan breakfast. Memang simpan perut nak makan ikan bakar di Restoran Ikan Bakar Din Kepala Batas. Masuk ke seberang menaiki feri terus sampai Butterworth. Lokasi kena betul yaaa !! Kalau guna GPS make sure ke 'Restoran Ikan Bakar Din'. Ini memang spot favourite kami sekeluarga. Kalau korang adalah pembaca setia blog aku memang dah patut tahu berapa kali aku mention Restoran Ikan Bakar Din. Sebulan sekali at least mesti kena pergi. Hidangan ikan bakar sedap untuk makan tengah hari. Selain ikan bakar, ada juga udang bakar, sotong bakar dan daging bakar yang menjadi pilihan utama pengunjung. Lauk pauk lain pun ada. Kari daging, sup daging, ulam-ulam dan macam-macam lagilah. Kalau orang tanya nak makan dimana yang sedap area seberang pulau, memang aku suggest ke Restoran Ikan Bakar Din. Tak akan menyesal punyalah.


Ikan Siakap Bakar, Sup Daging dan Daging Bakar.

Waktu yang sesuai nak pergi adalah pukul 11:30AM keatas. Masuk pukul 1:00PM tu berebut sikitlah dengan orang ramai. Kalau korang terlajak ke Kepala Batas pegilah makan di Restoran Ikan Bakar Din. Kami sampai dalam pukul 11:00AM lebih just nice nak brunch. We had a delicious lunch sambil sembang bercerita macam-macam. Lepas makan, semua pun bawa haluan masing-masing pulang ke rumah. Ain balik ke Kulim, aku balik Nibong Tebal dan hantar Azie naik ETS balik ke Taiping. It was a short trip tiga hari dua malam yang simple santai tak terkejar-kejar.

Perbelanjaan kasar secara general kali ini - RM250 seorang.
Penginapan dan makan. Happy travelling everyone !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Ahmad Lim Black Pancake Penang Bandar Sunway Seberang Jaya | Lama sangat dah nak cuba dari Bangi lagi. Each time balik kampung teringat nak beli tapi tak jadi. Ada saja halangan atau lupa. Lagi-lagi masa mula viral kalut nak try juga. Ended up berlalu sepi begitu saja. Tapi baru-baru ni ada Ain dengan Azie datang Penang jalan-jalan, terkeluar cerita black pancake dari Ahmad Lim. Terus teringat balik keinginan yang lama. Semua setuju nak cuba jadi marilah kita pergi beli..

LOKASI AHMAD LIM BLACK PANCAKE PENANG


Terletak di Bandar Sunway Seberang Jaya. Dekat dengan Sunway Carnival Mall.
Lebih tepat lagi.. Sederet dengan Affin Bank Seberang Jaya.

LOKASI LAIN AHMAD LIM BLACK PANCAKE

Bangi
Shah Alam
Wangsa Maju
Melaka
Johor Bharu

Facebook Page : Ahmad Lim Black Pancake

Disebabkan kawasan Seberang Jaya dan Bandar Sunway adalah tempat aku selalu bermain, tak adalah susah sangat nak cari lokasi Ahmad Lim Black Pancake Penang. Kalau refer GPS pun jumpa punyalah cuma nak masuk simpang ke kedai tu kena hati-hati sikit. Elok sangat lepas selekoh jadi slow down mesti nampak lorong nak masuk. Those yang first time berkemungkinan terlepas simpang sebab keliru sikit. Yang dah biasa rempit di Bandar Sunway insyallah tak ada masalah.


Menu di Ahmad Lim Black Pancake.



Tara !! Inilah dia pancake yang sedap itu. Kami ambil satu topping saja Chocolicious RM40. Nak try yang ada empat flavours terus tapi dah habis promotion. Kalau ikut harga memang terkejut mula-mula. Tak expect harga mahal begitu. Tapi bila tengok topping yang banyak dan memang tak kedekut langsung terus tak jadi rasa mahal. Okaylah kalau kongsi makan berempat atau berlima berenam. Lagipun bukan makan hari-hari. Sesekali saja. Makan seorang diri memang tak akan habis. Kami tengok ramai yang makan di kedai tak habis tinggal begitu saja. Aduh rugi !! Kami pun tak habis makan tapi simpan untuk breakfast esok hari. Masih sedap walaupun dah sejuk. Tetap lembut. Rasa macam apam balik penuh coklat. Puas hati makan..

MamiZ pun makan berkeping-keping. Sedaplah tu.. Ihiks.
Happy eating !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Di Parit Buntar sebenarnya ada banyak lubuk tempat-tempat makan yang sedap. Walaupun aku tinggal di Nibong Tebal, aku dan keluarga memang rajin juga explore cari tempat makan yang best dan sedap di Parit Buntar. Sass Cafe adalah salah satu lokasi kegemaran kami sekeluarga. Aku suka Sass Cafe sebab ada steamboat. Selalunya kami memang pergi makan steamboat saja jadi jarang order hidangan panas. Pernahlah sekali dua tapi lebih kepada makan steamboat. Konsep steamboat di Sass Cafe bukan konsep steamboat buffet. Kita bayar ikut set yang kita pilih untuk berapa orang yang nak makan. Untuk aku dan MamiZ, memang kena pilih yang paling minima - hidangan untuk dua orang. Memang cukup terlebih kenyang.

LOKASI SASS CAFE PARIT BUNTAR


Konsep aku mudah - Kalau tak sedap aku tak kongsi di blog dengan korang semua. Tak cukup jari nak kira berapa kali sudah aku ke Sass Cafe dan makan steamboat. Pilihan kuah yang ada adalah tomyam dan sup. Aku suka campur sebab tomyamnya pedas. Kena campur dengan sup sikit. Tapi kalau tak pedas tak sedap pula. Dibawah adalah koleksi gambar-gambar yang aku ambil setiap kali ke Sass Cafe. Banyak sangat sebab asyik ambil gambar walaupun hidangan yang sama. Kalau kawan-kawan datang rumah menziarah, aku akan bawa makan steamboat di Sass Cafe. Suasana tak hectic sangat tak bising just nice nak menjamu selera.














Sendiri tayang gambar sendiri nak telan air liur. Lemah betul !! Aku memang pantang tengok makanan-makanan ala steamboat ni. Tengok saja gambar mula rasa teringin. Nak kena ajak MamiZ pergi makan steamboat nampak gayanya. Hihihi.. Kalau korang tiba-tiba tersesat ke Parit Buntar dan tak tahu dimana nak menjamu selera, bolehlah ke Sass Cafe. Happy eating !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
READY TO EAT DAN READY TO COOK SHARIFAH FOOD
MUDAH SEDAP UNTUK DIBAWA TRAVEL

Bila ada rezeki pergi berjalan aku memang malas nak bawa makanan tak kiralah Ready To Eat atau Ready To Cook apatah lagi kalau kena masak atau kena siapkan bekal dan sebagainya. Aku prefer makan luar kalau di destinasi yang aku pergi ada hidangan Halal. Cuma a bit pricey dan kena spend extra. Ikutlah style masing-masing. Aku akan bawa juga cuma sikit sangat tidaklah sampai aku sediakan satu luggage khas untuk makanan. Usually aku bawa instant noodles dan biscuits tapi ended up tak habis sebab aku sejenis yang tak minat instant noodles. Tapi kita manusia sehari demi sehari belajarlah benda baru dan cuba perubahan rasai pengalaman. Tak cuba tak tahuuu.. Sejak ke Jepun dengan Ain aku mula belajar sikit bawa instant food (at that time aku bawa Brahims). Bawa nasi goreng instant senang panaskan saja. Mula rasa senangnya hidup panaskan saja dah boleh terus makan. Jimat pun jimat..

See !! There is always something good in everything.

Alhamdulillah aku baru balik dari 'kampung' setelah sepuluh hari disana. Decided dari awal lagi yang kami akan cuba control budget sebaik mungkin dan salah satu caranya adalah dengan bawa makanan dari Malaysia dan masak disana. Aku setuju sebab aku nak rasa pengalaman masak memasak di luar negara. Kami sediakan satu luggage khas untuk makanan dan total berat luggage makanan bekalan sepuluh hari untuk empat orang adalah 23KG. Huhuhu.. Details later aku kongsikan. Kalau dulu cuba Brahims, kali ini aku cuba Sharifah Food pula. Tengok ramai kawan-kawan kaki jalan kata sedap. Ini bukan sponsored entry tak ada satu sen bayaran diterima.


Ini adalah sebahagian daripada Ready To Cook dan Ready To Eat Sharifah Food bersama makanan-makanan lain. Secara general aku boleh katakan semuanya sedap. Ada yang sangat sedap dan ada yang biasa-biasa. Favourite aku adalah Sambal Sotong Kering dan Kari Ayam. Kami order banyak juga. Beras Nari Briyani, Nasi Goreng Instant, Lauk Ready To Eat dan Pes Masakan. Memang puas hati sangat. Pes Sambal pun sangat membantu. Kami beli bahan basah disana dan terus masak. Memudahkan kerja. Boleh juga cari di hypermart. Tapi aku dah tak sempat nak pergi shopping. Senang ingat terus nak beli online. Aku cuba nak beli Sharifah Food terus dari website tapi tak jumpa nak order dimana. Scroll Instagram jumpalah Sharifah Food, Travel & etc - agent yang menjual stock Sharifah Food.  Bolehlah korang juga order dari agent ni. Dilayan mesra tabah layan aku tanya macam-macam. Post sampai tepat pada waktunya few days before fly. Lain kali jangan tempah last minute. Tak sempat nak susun menu. Terus bungkus bawa berjalan. Disanalah pandai-pandai atur menu mana yang sesuai.

For those yang tertanya-tanya Sharifah Food sedap or not..
Aku boleh katakan sedap. Silalah cuba. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
ICE CREAM VANILLA M&M's


Bila sesekali dapat peluang ke Jaya Grocer memang rajin menjenguk peti ice cream. Ngintai sikit ada apa di dalam. Selalunya tak intai kosong. Kali ini dapat rasa ice cream perisa vanilla dari M&M's. Memang semua tahu M&M's adalah antara pilihan chocolates yang sedap. Teruja nampak ice cream bar terus beli. Tak ingat exact price tapi rasanya lebih kurang RM6.00. Rasa biasa saja seperti ice cream vanilla yang lain. Dalamnya adalah chocolates M&M's yang dihancurkan. Krup krap krup krap jugalah kena kunyah. Mahal pada jenama. Sesekali bolehlah buat reward diri sendiri. Next time pergi kita intai lagi..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

Hilang mood. Idea banyak tapi malas !!
Apa-apa pun syukur alhamdulillah. Baru balik dari satu lagi trip untuk tahun 2018.
Nak pergi tempat lain tapi rezeki tertulis ke tempat lain.
Allah knows best.
Tak sabar nak kongsikan cerita pengalaman dengan yang sudi membaca.

Tunggu ya..
Semoga rajin datang tak lama lagi.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.