SITI.YANG.MENAIP: November 2018

PERTH | WESTERN AUSTRALIA 2016 : WESTERN AUSTRALIA TRAVELOGUE VIDEO. Alhamdulillah setiap hari ada saja keywords carian mengenai entries Perth Western Australia yang membawa pembaca ke sini, blog aku yang tak seberapa. Kadang-kadang tengok ada yang cari tentang road trip, makanan halal dan paling famous adalah periuk pinggan mangkuk Corelle. Seronok jugalah rasa bila tengok ada jejak-jejak pembaca sekurang-kurangnya aku tahu jugalah ada orang juga yang baca hasil bebelan aku. Walaupun entries yang dikongsikan adalah entries tahun 2016 yang lalu. Harap-harapnya dengan apa yang aku kongsikan dapat membantu sikit sebanyak pencarian kawan-kawan yang merancang untuk ke Perth Western Australia. Yang baik dikutip yang tak berkenan letak tepi jangan diikut. Sebenarnya ada beberapa videos yang dah aku edit dan uploaded on my SITIYANGMENAIP Youtube Channel diSINI, tapi saja jugalah nak senaraikan dan kongsi disini. Saja nak mengada.. Disini aku kongsikan videos sepanjang beberapa hari di Western Australia pada tahun 2016 ketika musim sejuk bersama dengan related entries untuk rujukan.







Untuk rujukan penuh itinerary dan perbelanjaan sepanjang tujuh hari di Perth Western Australia boleh rujuk SINI. Seronok buat videos ni jadi apa salahnya kongsi dengan kawan-kawan semua. The best one aku rasa adalah video petik buah apples !! Subhanallah tak dapat lupa pengalaman mahal diberi kesempatan memetik buah apples di Australia. Video di Albany pun seronok juga sebab teringat-ingat kecantikan langit dan pantai disana. Kalau ada kesempatan dan rezeki boleh plan rancang untuk travel kesana. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
Antara menu kegemaran kami sekeluarga di hujung minggu. Hari-hari biasa pun buka juga. Lokasi yang lebih dikenali kepada locals jadi mari sini aku nak kongsikan dengan korang semua. Benda baik jangan simpan seorang diri. Nasi Lemak Kuning Pekan Lama ni dah lama beroperasi dan memang famous bagi penduduk Nibong Tebal dan Parit Buntar. Boleh masuk senarai hidangan sedap wajib cuba sekiranya dah terlajak sampai ke Parit Buntar. Simple saja hidangan yang disediakan tapi sedap. Nasi lemak kuning bersama telur dan sambal. Ada juga beberapa pilihan lauk pauk yang lain.


Nasi lemak kuning bersama daging masak kicap dan hati ayam goreng.

Nasi lemak kuning bersama sambal dan ayam goreng.

Silalah singgah. Tak sedap aku tak recommend. Kena pergi awal supaya lauk pauk masih banyak tak adalah nanti tinggal kuah. Kedainya kecil saja kedai pekan lama tapi just nice kemas dan bersih.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.